Petang itu, rumah kayu pusaka itu menerima kunjungan seseorang yang sudah lama tidak berkunjung. Encik Rashid. Isabelle menyiapkan hidangan seperti biasa, kuih lapis dan seteko teh.
“Isabelle, masuk bilik. Nenek nak cakap dengan Encik Rashid kejap.” Arah Nek Zizah, perlahan dan tenang.
Isabelle merenung Nek Zizah sekilas. Sedar dia perlu akur. Sebagaimana yang selalu dia buat. Akur dengan arahan Nek Zizah.
Dia menundukkan kepala sedikit kepada Rashid sebelum dia mengundur diri, menghilang ke dalam biliknya.
Rashid tersenyum nipis. Rambutnya sudah keputihan sedikit, berbanding dulu. Namun nyata dia masih kelihatan segak, dan pasti ada yang menyangka umurnya baru di awal 40-an sedangkan umurnya sudah separuh abad.
“dia dah besar panjang..” komen Rashid.
Nek Zizah tersenyum nipis. Ada garis kerisauan terselit di situ.
Rashid dapat melihat senyum itu berhias bimbang.
“puan risaukan dia ke?”
Nek Zizah tidak menjawab, sebaliknya dia mengeluh perlahan.
“memang saya risaukan dia. Masa depan dia..”
Rashid membetulkan duduk.
“puan tak nak kahwinkan dia?”
Nek Zizah menentang mata Rashid seraya mendengar soalan itu.
“dah banyak pinangan, tapi dia tolak..” keluhnya.
“dia tak nak kahwin?”
Nek Zizah angguk.
“saya pun tak tau lah Rashid, apa nasib dia kalau saya pun ikut jejak suami saya nanti..”
Rashid menunduk, sayu. Kematian Tuk Khalid mengejutkannya. Sungguh dia tidak menyangka Tuk Khalid pergi begitu awal.
“sebab tu, saya panggil Rashid datang sini. Saya nak pastikan masa depan dia terjamin.” Kata-kata itu tegas, tenang, dan yakin.
Rashid mengangkat muka.
“tolong macam mana tu?” Rashid bertanya, pelik.
Bukankan dia memang sedang menjaga kebajikan Isabelle?
Nek Zizah mengeluh perlahan.
“cari anak saya.. Haliza..”
Rashid terdiam, buntang matanya, jelas terkejut dengan permintaan itu.
“ke- kenapa nak cari dia?”
Nek Zizah menunduk seketika.
“saya tak risaukan harta, yang saya risaukan, kehidupan Isabelle kelak. Saya nak dia hidup berterusan dengan kasih sayang, dan saya nak pastikan semua tu akan terjadi sebelum saya tak ada lagi di dunia ni. Dia ibarat sebatang kara. Kalau saya pergi, dengan siapa dia menumpang kasih?” suara itu sayu.
Rashid menelan liur. Dia menghela nafas dalam.
“jadi, saya kena cari Haliza sekarang?”
Nek Zizah angguk.
“saya akan bayar upahnya. Tapi jangan hubungi dia kalau dia dah ditemui. Beritahu saya. Kemudian, saya akan beritahu perkara seterusnya..”
Rashid mengetap bibirnya, kurang pasti. Tak pernah dia bertindak sebagai seorang penyiasat persendirian.
“bukan duit yang saya risaukan. Tapi amanah ni, agak berat pada saya. Tapi saya akan cuba..” Rashid memberi janji.
Nek Zizah menghela nafas lega.
“terima kasih Rashid, pada Rashid saja saya letakkan harapan sekarang. Perkara kedua, tentang ini..”
Dihulurkan satu sampul yang sudah agak lusuh.
Rashid menyambut, teragak-agak. Apa isinya?
“ini..wasiat Tuk Khalid.”
Rashid mengangguk.
“saya nak awak tulis wasiat saya, berdasarkan wasiat ni..” ujar Nek Zizah lagi.
Rashid kerut dahi.
“apa wasiat puan?”
Nek Zizah tersenyum tawar.
“bila Haliza dah dijumpai, saya akan beritahu…”
Rashid terdiam, dan direnung sampul itu lama.
“tentang Haliza, dia isteri pegawai daerah. Saya percaya tak susah untuk awak cari dia. Nama suami dia Nazri. Dia pernah bertugas di daerah ni. Itu petunjuk yang saya boleh bagi.”
“nama penuh dia Haliza?”
“ya. Haliza Khalid.”
Rashid mengangguk lagi. Sampul itu disisipkan ke dalam beg bimbitnya.
“baiklah. Saya akan cuba yang terbaik. Saya akan hubungi puan kalau saya dapat berita apa-apa..”
Nek Zizah tersenyum lagi.
“Rashid, terima kasih..”
Rashid tersenyum nipis. Dia kemudiannya mencapai cawan tehnya, dan diteguk air itu perlahan.
Haliza Khalid..
**********
Di sebuah rumah banglo 2 tingkat di kawasan perumahan elit..
“abang!” Nasha menjerit kuat.
Esfahan menoleh, seraya merengus perlahan.
“apa??” soalnya, marah. Kunci kereta di tangannya digenggam kuat.
Nasha mendekat, dengan mimik muka tidak puas hati. uniform sekolahnya untuk hari sukan elok tersarung di tubuhnya.
“tumpanglah!”
Esfahan berpaling, seraya meneruskan langkahnya meninggalkan Nasha yang sudah berwajah kelat. Berbeza dengan Nasha, lelaki itu begitu kemas dan kacak, dengan penampilan yang memikat. Siapa tak kenal Esfahan? Model sambilan dan juga arkitek muda.
“abang tak ada masa lah!”
Nasha mengekor langkah Esfahan.
“siapa nak hantar Nasha???” suara Nasha juga separuh menjerit.
Esfahan jungkit bahu.
“pergilah naik bas!”
Nasha geleng laju.
“tak nak! Nasha dah lambat ni!” protes Nasha.
Esfahan merengus kasar.
“abang hantar dekat simpang je!” Esfahan mengetap bibir geram.
Nasha senyum lebar.
“tak kisah, sayang abang!” dipeluk abangnya erat, namun cepat ditolak Esfahan.
“gila!” marahnya.
Nasha jungkit bahu.
Dia pantas menuju ke pintu tempat duduk sebelah pemandu, dan mengambil tempatnya. Esfahan turut mengambil tempatnya dengan wajah tidak puas hati.
Enjin kereta BMW 5 Series itu mengaum hebat sebaik dihidupkan. Menggambarkan betapa bengkaknya Esfahan dengan Nasha, sedang Nasha? Tersenyum gembira.
*********
“apasal kau lambat?” Nira, temannya merangkap pengurus tak rasminya menggeletek di sebelah Esfahan sebaik saja dia sampai di lokasi iklan mereka.
Esfahan memuncungkan mulutnya.
“adik aku yang bengap tu lah. Dia mintak aku hantar dia pulak! Director ada ke?”
Nira memuncungkan mulutnya ke satu arah. Wajahnya bermekap tebal. Mekap modellah katakan. Mereka beriringan ke sudut mekap. Krew penggambaran yang lain semuanya sedang bersiap sedia.
Jantina mereka mungkin sama, namun gaya mereka sungguh berbeza. Nira meliuk lentok, sedang Esfahan tegap, gagah perkasa.
Esfahan duduk di atas kerusi, dan Nira menjalankan kerjanya pantas. Touch-up wajah Esfahan. Sebagai seorang yang sudah biasa diperlakukan begitu, Esfahan tidak membantah.
“hah, putera Esfahan. Ingat sebulan lagi baru sampai..” Amri mencelah tiba-tiba. Diserahkan satu kotak seluar dalam lelaki, subjek untuk hari itu. Esfahan menyambut tanpa sepatah kata.
“mujur director ok hari ni. Kalau tak..” Amri menyambung lagi.
Esfahan mencebik.
“berani dia nak cari orang lain?” sinis bicaranya, angkuh juga.
Amri menjeling. Kacak, tapi bongkak.
Dia akhirnya berlalu. Malas mahu menyampuk lagi. Layan orang gila, kita pun gila!
Esfahan menjeling kotak di tangan. Tiada secebis rasa malu untuk memperagakan produk itu. Bukan sekali dua baru. Berkali-kali.
Tidak dia kisah mempertontonkan diri di khalayak, dan mempamerkan dirinya tanpa Seurat benang kecuali sehelai seluar dalam. Aurat? Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu.
Nira selesai melakukan kerjanya. Esfahan bingkas dan masuk ke dalam bilik persalinan.
Tidak lama kemudian dia keluar bertuala sahaja, ke pentas penggambaran. Dan tanpa secebis rasa bersalah, dia menanggalkan tualanya, membiarkan kelipan-kelipan cahaya kamera membaluti tubuh gagahnya, dan bertambahlah titik hitam di hatinya, menambahkan lagi kelam, menjauhkan hidayah. sedih.
*********
“nek..” Isabelle memicit kaki Nek Zizah perlahan.
Nek Zizah yang memejamkan matanya, membuka matanya sedikit.
“ya..”
“apa yang nenek cakap dengan pakcik Rashid?” Isabelle bertanya. Mencuba nasib.
Mana tau nenek nak cakap sikit-sikit.
Nek Zizah mengeluh perlahan.
“kenapa kamu tanya?”
Isabelle memuncungkan mulutnya.
“lain macam je nenek tadi. Bagitaulah…” pujuk Isabelle.
Nek Zizah menghela nafas dalam. Sepi seketika kecuali bunyi kipas angin di siling.
“makcik Haliza kamu..”
Isabelle mengerutkan dahi.
“kenapa dengan dia?” kenapa tiba-tiba?
Nek Zizah mendesah perlahan.
“nenek rindukan dia..” ujar Nek Zizah perlahan.
Lidah Isabelle kelu. Mulutnya terasa kering tiba-tiba. Kenapa nenek cakap pasal dia? Selalu nenek tak macam ni. Takkanlah..
“nek, nenek tak sihat ke? Kalau nenek tak sihat, cakap dengan Isabelle, ok?” pujuknya perlahan.
Nek Zizah tersenyum nipis.
“nenek sihat..”
Isabelle geleng. Wajahnya risau, bimbang yang teramat.
“tapi kenapa nenek bangkitkan pasal dia tiba-tiba? Nek, janganlah macam ni. Nenek buat Isabelle risaulah..” suaranya lirih. Jemarinya sudah berhenti mengurut. Dia kini menumpukan sepenuh perhatiannya pada wajah tua itu.
Nek Zizah geleng.
“Isabelle, nenek ok.. tapi nenek tak suka Isabelle macam ni. Kalau nenek pergi, itu takdir. Tiada siapa boleh lawan ajal. Isabelle tak boleh meraung, menangis, macam masa Tuk Khalid pergi dulu.. faham kan, sayang?”
Isabelle menunduk. Titis-titis jernih mula bergenang di matanya.
“walaupun kita rasa kita keseroangan, kalau Isabelle berpegang pada janjinya, seluruh dunia akan bersama kita. Itu janji Dia. Isabelle kena pegang pada semua tu. jangan terlalu kejar dunia. Kelak, kita keseorangan jugak. Kalau kita jadikan dunia ni penjara kita sekarang, insyaAllah syurgalah untuk kita di sana. Nenek nak Isabelle ingat pesan nenek ni..ya sayang?”
Isabelle teresak-esak perlahan. Dia mengangguk. Nek Zizah menarik Isabelle ke dalam pelukannya. Air matanya turut bergenang.
Allah, pelihara dia walau di mana dia berada.. itu saja pinta ku..
hehe..
ReplyDeletepaan..paan..
esfahan is paan right?
rosak2..
cpt2 la temukan blk paan n isabelle..
smbung2..
anarif, sy mmg ternanti2 citer ni.
ReplyDeletekalau baca n3 sure banjir kat sini, hu hu hu...
doa sy sama mcm nek zizah utk isabelle, Allah, pelihara dia walau dimana dia berada...
paan, paan knape jd cam tu:(
cedih..
ReplyDeletepaan paan..
paan ke tuh???
ReplyDeletex kan lar...
btw,,
best lar anarif..
nak lagi..
Erkk... Paan dh jd papan.
ReplyDeleteSmbg & xde perasaan..
Agak2 nape ek dia jd cenggitu??
alah..paan jadi cam tu mst sebab mak dia..
ReplyDeleteklu paan jd smbg cam tu..mak dia mst haliza tu mst lagi terukkk..huhu..
isabelle ga yg baik..hehe..
SALAM...NAK JADI KAYA???
ReplyDeletemari sertai saya di catcheyes jom.. yg bestnya..PERCUMA!
http://www.catcheye.com.my/?r=76267
Cara nak register.
1.klik http://www.catcheye.com.my/?r=76267
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar
berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3
jawapan A.
5.klik agree and proceed..Ok siap
kemudian apa perlu buat?
1.klik http://www.catcheye.com.my/?r=76267 dan sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni ni buletin myspace & emailkan kepada
kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level
1.percayalah!sebab benda ni 100% percuma
wah,,, dasyhat la paan sekarang!!jadi model seluar dalam!!! camne leh terseat jd model tu lak??? paan ooiiiiii!!!! takpe, hanya isabelle aje yg boleh mengubah paan ke paan yg asal!!. apapun, akak followwwwwwww
ReplyDeleteisabelle lah yg akan betulkan si paan tu..igt balik apa yg atuk dia penah ckp dulu...hehehe....bestlah anarif..
ReplyDeletelol..pa'an dah jdi mcm tu...isyyy...apa la haliza nie....x reti bsrkn anak ke ape...
ReplyDelete-anis-