About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Lu'lu' dan Marjan 2

Kereta memasuki pekarangan rumah banglo 3 tingkat itu. Laila keluar, diikuti Marjan. Dia melambung-lambung kunci di tangan, beriringan dengan Laila yang mengerlingnya.

‘hei, awak dah lupa ke ada sorang lagi dalam kereta tu?’ langkah Marjan terhenti.

Dia menoleh, dan pandangannya menangkap renungan berapi Lu'lu' menembusi cermin separa gelap kereta mewah itu. Marjan tepuk dahi lagi. Mampus! Hari first dah buat pasal. Kena pecat la aku Nampak gayanya.

Marjan kembali ke kereta. Membuka pintu. Lu'lu' keluar dengan dengusan kasar.

‘dasar driver lembab! Siap kau! Anggap jelah hari ni hari last kau kat sini!’ aduh!

Mampus aku! Baru nak menayang uniform aku kat budak sengal tu. Pintu kereta ditutup.

Marjan berjalan ulang-alik di situ. Nak masuk ke tak? kang masuk kena double rasengan pulak dengan dato. Dengan Datin Ifa lagi. Ish, susah ni. ah, tunggu je lah diorang jerit aku kena pecat kat sini. Kurang sikit malu. Eh, tapi, beg buruk budak sengal tu kat dalam. Alamak, macam mana ni? Marjan garu kepala serabut.

Tak pernah dia rasa berserabut seperti ini. Hidupnya senang dan tenang selama ini. Tiada gundah. Marjan mengeluh panjang. Bersandar di kereta. Matanya memandang tepat ke pintu rumah yang separuh terbuka. Menanti sesiapa keluar memberi berita buruk kepadanya.

Sesaat dua kemudian, Laila muncul di muka pintu.

‘awak, papa panggil masuk, makan.’ Dan dia menghilang kembali.

Hah? Makan? Biar betul! Aku tak kena pecat ke? Yes! Dia bersiul-siul senang masuk ke dalam rumah. Semuanya di meja makan. Dinner ke? Wah, lagi awal dari dinner time kat tempat aku ni!

Dato' Safwan terpandang Marjan yang baru masuk.

‘hah, Marjan. Mari, minum petang.’ Oo, minum petang.

Eh kejap. Mana beg buruk aku? Marjan berpusing ke ruang tamu, mencari beg lusuhnya. Atas sofa tak ada, bawah kusyen? Tak ada jugak. Apa kejadahnya aku lingkupkan ruang tamu orang ni? aduh, mana beg aku pulak? Garu kepala lagi.

‘Marjan, beg Marjan Mak Min dah letak dalam bilik Marjan.’ Beritahu Mak Min dari ruang makan.

Marjan tersengih-sengih macam kerang busuk. Oh, haha, aku ingat ada jugak orang rumah ni berkenan beg buruk aku tu. Dia kembali ke meja.

Semua kerusi sudah diduduki. Semuanya duduk minum, termasuk Mak Min dan Pak Mat.

‘ha, Marjan, duduklah. Rasa bubur durian Mak Min ni. roti benggali pun ada, sedap ni. duduk tepi Lu'lu' tu.’ Arah Dato' Safwan. Muncungnya menunjuk ke arah Lu'lu'.

Marjan dan Lu'lu' berbalas pandangan tak rela.

‘papa, apa pulak nak driver ni duduk sebelah Lu'lu'? tak naklah!’ protes Lu'lu'. Marjan bersiul kecil. Aku lagi rela duduk atas lantai dari duduk tepi kau.

‘Lu'lu', where is your manner? He is a member in the family starting from today. So, why can’t he sit next to you?’ tegur Dato' Safwan. Datin Ifa jadi tidak senang.

‘bang, betul apa yang Lu'lu' cakap tu. Dia kan driver baru, suruh je lah dia makan kat luar sorang-sorang.’ Datin Ifa membela Lu'lu'.

Lu'lu' menghadiahkan jelingan tajam pada Datin Ifa.

‘ibu jangan sibuklah! Lu'lu' tengah cakap dengan papa!’ marah Lu'lu'.

Marjan angkat kening. Aik, perempuan ni menengking mak dia depan orang lain macam tu je? Ni bukan lagi si tanggang ni, ni si tunggang-terbalik dah jadinya.

‘Lu'lu'! how many times I told you, behave!’ marah Dato' Safwan. Marjan kecut perut. Takut pulak aku tengok drama tak berbayar ni.

Lu'lu' mendengus kasar. Laila tenang di duduknya. Tidak berkutik. Leka menyuap bubur ke dalam mulutnya. Marjan tambah hairan. Yang tu pulak macam tak ada perasaan. Pak Mat dan Mak Min juga diam. Meneruskan makan seperti biasa. Datin Ifa terkulat-kulat. Kelat wajahnya.

‘Marjan, duduklah.’ Pelawa Dato' Safwan lagi. Marjan angguk-angguk, teragak-agak, ingat tadi nak makan kat luar je tapi memandangkan kecut perutnya melihat Dato' Safwan marah tadi, tak jadi dia mahu meminta izin untuk keluar.

Marjan duduk. Mangkuk buburnya yang telangkup diterbalikkan. Dia mahu mencedok bubur, tetapi mangkuk bubur itu terlalu jauh darinya. Marjan terkebil-kebil. Semua khusyuk makan, tidak menyedari tingkahnya.

Alamak, kena jugaklah aku mintak tolong minah ni.

‘err, awak,’ Lu'lu' mendengus kecil.

‘apa?’ tanyanya kasar.

‘tolong tarikkan mangkuk bubur tu,’ pinta Marjan, bersopan di depan semua.

‘ambikla sendiri. Tak ada kaki tangan ke ha?’ aisey, kena lagi. Menyesal betul aku!

Pak Mat yang berada di depan Lu'lu' yang turut mendengar dan melihat adegan itu menarik mangkuk bubur itu untuk Marjan.

‘terima kasih Pak Mat.’ Marjan mencedok sedikit bubur itu ke dalam mangkuknya.

Dirasanya. Hmm, sedap! Dia menyuap lagi, dan lagi sehingga dia betul-betul kenyang. Tak payah roti dah.

Dia tersandar kekenyangan sehingga dia tersendawa kuat, cukup kuat hingga semua yang ada memandangnya dengan seribu satu riak wajah.

Marjan menutup mulut pantas.

‘sorry....’ Dato' Safwan ketawa kecil.

Marjan tersengih-sengih saja.

Lu'lu' mendengus lagi.

‘dasar orang miskin tak senonoh!’ Marjan jeling Lu'lu'. Orang miskin? Kalau aku
tunjuk harta aku menangis tak berlagu engkau!

Dato' Safwan bangun dari meja, diikuti Datin Ifa, Laila dan Lu'lu'.
Marjan termangu-mangu seketika. Nak buat apa pulak ni?

Mak Min sedang mengemaskan meja, dengan dibantu Pak Mat. Marjan turut berdiri.

‘saya tolong Mak Min ya?’ wah! Marjan kemas meja! Hehe, bangga mak aku kalau dia tau! Bukan setakat tu, bangga seisi tempat tu kalau diorang tahu!

‘tak apa lah Marjan, pergilah masuk bilik, rehat.’ Mak Min menolak lembut. Penuh sifat keibuan.

Marjan sengih saja. Diangkat juga mangkuk dan cawannya sendiri, menurut langkah Mak Min ke dapur. Diletakkan mangkuk dan cawannya ke dalam sinki. Kemudian dia meminggir. Basuh pinggan sumpah aku tak berani. Kang tak pasal-pasal pecah pinggan mangkuk orang.

‘Marjan orang mana?’ Pak Mat masuk ke dapur, membuang sampah ke dalam bakul sampah di tepi sinki. Pandangannya masih seperti kali pertama mereka bertemu.

Apalah yang orang tua ni tak puas hati dengan aku?

‘saya orang kedah.’ Mujur ingat pembohongan tadi. Kalau tak, clashing facts, susah nanti.

Mak Min angguk faham.

‘oo, jauh tu. Dah lama kat KL?’ Tanya Mak Min lagi.
Lama gak! Sejak lahir lagi Mak Min!

‘baru je sebulan.’ Hehe.

‘lama jugak tu. Sebelum ni kerja apa?’ Marjan senyum kelat.

‘err, macam-macam. Tengoklah, yang mana boleh bagi duit isi perut.’ Padahal sebulan sebelum ni aku bersuka ria dengan mamat sengal tu!

‘oo, adik-beradik Marjan ramai ke? Marjan anak ke berapa?’ Marjan diam.

Pantas mengingat drama Melayu di tv yang selalu ditontonnya. Lagi-lagi astro mustika. Selalu orang susah adik-beradik ramai kan? Ah, hentam jelah.

’10 orang, saya yang sulung.’

’10 orang? ramainya! Jadi Marjan datang KL nak tolong family lah ya?’
Marjan angguk. Pak Mat sudah ke mana.

‘hmm, Marjan belajar sampai tahap mana? Family tak cukup duit ya untuk Marjan belajar tinggi?’

Marjan angguk lagi.

‘saya bagi peluang kat adik-adik untuk belajar Mak Min. Saya tak belajar tak apa. Asalkan diorang dapat belajar.’ Sayu. Huhu. Padahal satu Eropah aku dah tawaf masa aku kat Leads dulu. Ops! Umrah dah buat ya. Haji je belum. Tunggu seru.

‘hmm, Marjan kerja baik-baik ya. Dato ni baik. Mak Min dah lama kerja dengan dia, sejak Lu'lu' lahir lagi.’ Aik, Lu'lu' je?

‘Marjan tak nak sambung belajar lagi?’ oh tidak! Tidak! Aku dah nak termuntah mengadap buku. Tak pun, buku yang meluat tengok aku, tak reti-reti nak hargai diorang.

‘saya kena kumpul duit dulu Mak Min. Kalau ada rezeki saya, baru boleh saya belajar lagi.’

‘Marjan nak tak kalau Mak Min tanyakan pada dato?’ what? Takpe, takpe, thanks but no thanks!

‘hmm, malulah saya Mak Min. Saya siapa pada dia? Orang asing yang baru masuk ke sini. Tak apa lah Mak Min.’ Betul Mak Min! Saya merayu, jangan!

‘tak apa, dato tu baik orangnya. Mak Min percaya dia boleh uruskan semuanya.’

‘tak pe lah Mak Min, saya...’ lidah Marjan kelu. Lu'lu' berdiri di muka pintu dapur. Merenungnya tajam

‘hei driver, aku nak keluar.’
So?

‘cik Lu'lu' nak ke mana?’
Lu'lu' menjeling lagi.

‘kau sibuk kenapa? Drive je lah nanti! Jom! Aku dah lambat ni!’ Lu'lu' memusingkan badannya. Ish, ikut hati aku yang waras ni, aku lesing jugak minah ni. tak reti nak cakap baik-baik ke dengan aku? Dia tak tau aku sapa!

‘Mak Min, saya pergi dulu. Singa betina dah mengamuk.’ Seloroh Marjan. Mak Min turut senyum.

‘Marjan, jangan ambil hati dengan Lu'lu' tu. Sebenarnya dia baik, Cuma kasar sikit luarannya.’ Baik? Cheh. Tengok pun tau la. Judge a book by reading its preface!

‘hmm, oklah, Mak Min. Saya pergi dulu.’ Marjan keluar dari dapur, keluar rumah.
Lu'lu' sudah berpeluk tubuh menanti di tepi kereta.

‘cepatlah sikit!’

Oit! Tak reti sabar ke? Ke tak pernah dengar perkataan sabar?

‘ya cik.’ Marjan pantas ke pintu driver, mahu membuka pintu.

‘hei! Buka pintu aku lah!’ erk! Lupa lagi!

‘maaf cik.’ Dia berlari anak, membuka pintu Lu'lu'. Lu'lu' masuk, dan seperti tadi, tiada terima kasih. Cuma jelingan tajam. Marjan mengeluh panjang. Meluat.

Kereta dipandu Marjan diparkir masuk ke tempat letak kereta di hadapan sebuah salon kecantikan yang Nampak eksklusif.

Marjan turun dari kereta, membukakan pintu untuk Lu'lu'.

‘kau tunggu sini sampai aku datang.’ Tak cakap pun aku tau lah. Tinggal kang menangis pulak.

Marjan menyandar di kereta. Menyeluk poketnya. Sakit mata aku tengok handphone ni. didail nombor di situ.

Perempuan ni sah lama. Baik aku bergayut dulu.

‘helo,’

‘helo, bro! Kau apa cerita?’

‘aku ok! Believe it or not, aku dah dapat kerja!’

‘ye ke? Jadi apa? Tukang angkat sampah?’

Ches. Mangkuk ayun sungguh.

‘angkat sampah kepala engkau la! Aku jadi driver la, driver Dato' Safwan.’

‘Dato' Safwan? Tak pernah dengar pun. Dia tak pernah datang jemputan kita kan?’

‘tak kot, aku tak pernah jumpa dia pun.’

‘oo, so, misi kau amacam?’

‘misi aku tertangguh sekejap ar. Dato ni suruh aku jadi driver dua anak dia. Ni pun
sekarang ni aku tengah tunggu sorang anak dia dalam salon.’

‘salon? Perempuan la? Ha, apa lagi, jalankan la misi kau tu!’

‘ish, tak boleh ar, dia ni gila sikit. Kau tau, tiga suku. Dari tadi berapa puluh kali dah aku kena tempik dengan dia. Masuk kereta kena buka pintu, keluar kena buka pintu. Aku tak tau la berapa lama aku boleh tahan kat sini.’

‘hahaha! Memang tiga suku ar!’

‘eh, bonda sihat?’

‘macam tu lah. Nanti kau telefon la dia sendiri.’

‘ah, susahlah. Kau kirim salam je lah, dengan ayahanda sekali.’

‘eleh, telefon ada nak mintak kirim-kirim salam pulak. Blah la.’

‘wei, kau cakap bebaik sikit ar, aku ni berdaulat tau!’

‘baik, tuanku!’ mereka ketawa besar.

‘lagi satu, kau pun nak kena ek? Yang kau bagi handphone paling cikai dalam dunia ni kat aku kenapa? Carilah yang elok sikit. Ini, dah la gedabak giler, berat lak tu. Aku baling kat kepala kau mau kau koma seminggu!’

‘hahah! Handphone tu penting bro, lambang status kau. Kalau kau pakai handphone 3 ribu kau tu, kantoilah!’

‘yelah, tapi ni dah parah sangat ni!’

‘ala, oklah tu. Haha. Weh, oklah, mak aku panggil la. Ada orang nak datang ni. kena bersiap. Nanti call lagi ek.’

‘hah, ye la. Ok, ok, bye, bye, assalamualaikum.’

‘waalaikumussalam.’

Marjan mengorek telinga dengan jari kelingkingnya. Bingit telinga aku cakap dengan mamat dengan ni.

Dikerling ke dalam salon. Hai, kalau ke salon boleh jadi cun gila macam Angelina Jolie tu tak pe gak. Ini sama je. Lama lagilah ni. bosan! Dia mengeluh panjang.

No comments:

Post a Comment