‘Kira, hari ni kena saya kena pergi jemputan pelanggan. Ganti boss. Awak nak ikut? Orang lain semua ada kerja. Awak je free kan?’ tanya Azmir satu tengahari. Kira mengangguk lambat-lambat.
‘memang saya free. Jemputan apa?’
‘jemputan lunch, function client. Dia jemput boss tapi boss kan kat Johor, so, boss minta saya ganti. Awak ikut saya boleh?’ Tanya azmir, lelaki beranak dua itu.
‘ok, saya pun tak ada job hari ni.’ Kira bersetuju.
‘ok, lunch nanti tunggu saya kat depan.’
‘ok,’
Sempat Kira menghantar mesej pada Iman memberitahu dia tak akan dapat lunch bersamanya hari ini.
Tengahari itu, seperti yang dijanjikan, Kira dan Azmir pergi ke tempat yang dimaksudkan, sebuah restoran yang kelihatannya ditempah khas oleh syarikat yang menjemput mereka tengahari itu.
Mereka masuk ke dalam ketika majlis sudah bermula. Majlisnya Cuma makan-makan sahaja sempena meraikan ulangtahun ke-lima syarikat itu.
Kira menghampiri meja buffet membiarkan Azmir bersembang dengan rakan-rakan niaga bossnya di satu sudut.
Di meja itu, beberapa orang pekerja wanita sedang mengisi pinggan masing-masing dengan hidangan yang disediakan. Kira menghampiri pinggan besar yang berisi udang goreng tepung. Diambil pinggan lalu diisi beberapa ekor udang. Seseorang menghampirinya, kelihatannya orang itu juga mahu mengambil udang tersebut. Kira mengangkat muka. Terkedu seketika.
‘Syaf.’ Panggil Kira perlahan. Mendengar namanya disebut, Syafni mengangkat muka. Dia juga tergamam.
‘Kira.’ Kira terdiam, Syafni juga. Sehingga datang seorang lagi wanita yang mahu mengambil udang meminta laluan dari mereka.
Kira meminggir. Lupa sebentar pada udang di tangan.
‘kau kerja sini?’ Tanya Kira. Lambat-lambat.
Syafni Cuma mengangguk. Mukanya tidak seceria Kira. Seperti tidak gembira dengan pertemuan semula mereka.
Kira diam kembali. Tidak mahu apa yang patut dibicarakan. Riak wajah Syafni seakan-akan menghalaunya pergi dari situ.
‘kau buat apa sini?’ Tanya Syafni, acuh tak acuh. Kira tersenyum.
‘aku datang jemputan lunch. Aku kerja kat syarikat percetakan sekarang. Designer. Kau?’
‘adalah kerja sikit-sikit dengan company ni.’ Jawabnya bersahaja. Matanya kerap dilarikan. Tidak mahu bertentangan mata dengan Kira.
Kira yang menyedari tingkah Syafni diam kembali.
‘Kira, aku pergi dulu. Hmm, jumpa nanti.’ Syafni meminta diri seraya berlalu. Kira memandang sahaja Syafni beredar.
Sayu menggigit hati. Tapi Kira sedar, ada salahnya juga jika Syafni menjadi begitu sekarang. Memang salahnya kerana meninggalkan Syafni begitu sahaja, dan Hafiz. Syaf, kadang-kadang kebenaran itu tak perlu kau ketahui.
*************
Kira meletakkan dua tiga buah buku yang baru dibelinya di atas meja.
‘dato, saya ada beli buku sikit untuk dato. Bagus untuk dato. Kalau dato rasa bosan terperap kat sini, dato bacalah buku-buku ni, ok?’ Kira melabuhkan punggung di kerusi. Memandang Dato' Syafie yang semakin berisi sejak kebelakangan ini. Wajahnya juga sudah semakin ceria.
‘terima kasih. Kira, pakcik ada satu permintaan lagi.’ Ujar Dato' Syafie. Kira tersenyum.
‘apa dia? Cakap saja, kalau saya boleh tunaikan saya akan tunaikan.’
‘jangan panggi pakcik dato lagi? Panggil pakcik saja, boleh?’ pinta Dato' Syafie. Kira terdiam mendengar permintaan itu.
‘baiklah pakcik Syafie.’ Ujar Kira bersama senyum lebar.
Dato' Syafie tersenyum mendengar panggilan itu. Dia memandang ke hadapan kembali.
‘Kira, pakcik ingat pakcik nak berjalan kembali.’ Ujar Dato' Syafie perlahan. Kira terkedu.
‘betul pakcik?’ Tanya Kira kembali. Riang.
‘hmm, pakcik rasa pakcik dah dapat nyawa pakcik semula. Terima kasih Kira, kerana memberi semangat pada pakcik. Kerana Kira, pakcik bersemangat kembali untuk hidup.’ Ujar Dato' Syafie. Sayu.
Kira terharu mendengar bicara Dato' Syafie. Dia menunduk seketika.
‘pakcik, semua ni adalah kehendak pakcik sendiri. Saya boleh membantu pakcik dengan menunjukkan jalan kepada pakcik, tapi keputusannya semua di tangan pakcik. Pakcik jangan terlalu menyanjung, takut saya tersombong pula nanti.’ Seloroh Kira.
Dato' Syafie tersenyum.
Kira berdiri dan mendekati Dato' Syafie.
‘ok, disebabkan dato dah bersedia untuk berjalan, saya akan telefon Falah dan beritahu dia yang pakcik bersedia untuk meneruskan rawatan, ok?’ Kira pantas mencapai telefon bimbit di atas meja lalu didail nombor Falah.
Dato' Syafie Cuma memerhati sahaja gelagat Kira dengan senyuman. Dalam hatinya, ada pilu menyelinap. Hafiz, di mana kau? Ayah rindukan Hafiz.
********
‘wah, wah, pakcik. Sejak ada Kira, pakcik bersemangat betul.’ Usik Falah yang baru tiba.
Kira mencebik mendengar usikan itu.
‘mestilah, saya kan anak emas pakcik?’ jawab Kira.
Falah tertawa kecil mendengan bicara Kira. Dato' Syafie Cuma tersenyum.
‘hati pakcik dah tenang sekarang Falah. Sekarang pakcik berharap pakcik akan dapat berjalan semula semula sebelum Hafiz pulang. Pakcik nak dia tahu yang pakcik akan jadi ayah dia sekarang, bukan lagi boss dia macam dulu.’ Ujar Dato' Syafie, tenang.
Kira tersenyum nipis.
‘pakcik. Yang lepas jangan dikenang ok? Sekarang, pakcik pandang ke hadapan. Saya percaya kalau Hafiz ada sekarang mesti dia gembira kerana ayah yang amat dia sayangi sudah kembali.’ Ujar Kira yakin.
************
‘Syaf, kau sihat?’ Kira menatap wajah itu yang masih seperti hari itu, tidak ceria melihatnya.
Hari ini, Kira telah bertekad mahu bertemu Syafni, bertanyakan tentang Hafiz. Dia mahu Hafiz pulang kerana dia tahu Dato' Syafie amat merinduinya. Hanya itu tujuannya bertemu Syafni pada hari ini.
‘hmm, kau nak apa?’ Tanya Syafni, acuh tak acuh.
Kira telan liur. Syafni amat dingin dengannya.
‘Syaf, aku nak tau, kalau-kalau kau tau Hafiz di mana.’ Kira memulakan.
Syafni tersentak mendengar nama itu. Dia memandang Kira sekilas.
‘mana aku tau, aku tak berhubung dengan dia dah.’ Jawab Syafni, seakan terpaksa jawapan itu diberi.
Kira menatap wajah Syafni lama. Dia dapat merasakan ada yang tidak kena dengan jawapan itu, namun cepat hatinya menghilangkan sangka buruk itu.
‘betul kau dah tak jumpa dia?’ Tanya Kira lagi. Masih tenang suaranya.
‘hmm.’ Itu sahaja jawapannya.
Kira diam kembali.
‘Syaf, kau marah aku ke?’ Tanya Kira, perlahan.
Syafni menoleh mendengar soalan itu. Wajahnya gusar, itu yang dapat Kira tafsirkan dari tau wajahnya itu.
Mata mereka bertentangan lama. Syafni tidak menjawab. Kira tetap menanti. Jauh di sudut hati, dia rindukan Syafni yang dahulu. Kenapa Syafni jadi begini?
‘Syaf, kalau kau marah aku kerana aku tinggalkan kau begitu sahaja, aku minta maaf Syaf. Aku buat semuanya bersebab. Tolong jangan marah aku?’ ujar Kira separuh merayu. Syafni masih dengan wajahnya yang tidak berperasaan. Tidak mempamerkan sebarang reaksi.
‘apa sebab kau?’ Tanya Syafni. Namun tiada kesungguhan dalam soalan itu. Dia tidak berminat langsung untuk mendengar alasan Kira. Jadi apa yang dimarahkannya? Kenapa dia dingin begini?
‘Syaf, aku tau kau tak nak tau pun sebab aku, kau tak nak dengar pun alasan aku. Tapi satu je aku nak tau, kenapa kau macam ni? Apa yang tak kena? Kita kan baru jumpa? Kau tak gembira jumpa aku?’ Tanya Kira lagi. Sayu suaranya. Pilu di hati mula menular.
Air mata sudah mahu bertakung. Sedih melihat kawan yang amat disayanginya melayannya begini.
‘hmm, entahlah. Eh, aku ada kerja. Aku pergi dulu.’ Syafni bingkas tanpa menanti lagi, tanpa menoleh kembali.
Kira memandang sayu. Air matanya menitis satu persatu.
Syaf, maafkan aku, tapi apa salah aku?
*********
Kira melangkah longlai, mengikut sahaja langkah kaki. Tiada arah tujuan. Jika semua orang yang datang ke sini masing-masing punya tujuan, namun tidak Kira. Dia mahu menenangkan fikiran selepas pertemuan dengan Syafni tadi. Di mana harus aku mencarimu Hafiz?
Kira bingung. Dia mahu menggembirakan Dato' Syafie.
Dia tahu Dato' Syafie pasti gembira jika Hafiz pulang. Orang ramai berpusu-pusu di kompleks membeli belah ini. Kira berhenti di hadapan sebuah kedai yang mempamerkan barangan cenderahati termasuklah patung beruang. Kira masuk ke dalam kedai itu, membelek setiap barang di kedai itu.
Dia berminat mahu membeli tetapi kepada siapa mahu diberi?
Sampai di ruangan yang mempamerkan patung-patung haiwan, Kira berhenti. Dia membelek teddy bear di situ, pelbagai rupa, saiz dan warna. Tiba-tiba, telinganya menangkap suara seseorang tidak jauh darinya.
Kira menoleh pantas. Hafiz berdiri di situ, tanpa menyedari kehadiran Kira. Dia sedang bertanya sesuatu di kaunter.
Degupan jantungnya pantas. Kira tergamam, lidahnya kelu. Kakinya melangkah perlahan tanpa disedarinya, mendekati Hafiz. Beberapa langkah sahaja lagi dia akan menghampiri Hafiz, seorang perempuan datang dari arah lain.
Langkah kakinya terhenti apabila dia menyedari kehadiran perempuan itu. Pantas dia memusingkan badan membelakangi pasangan itu dan dia bergerak ke sebalik rak, menyembunyikan diri di situ.
Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Syafni dan Hafiz. Kira mencuri lihat di celahan rak di situ. Mereka sedang beredar. Kelihatan mesra.
Kira menelan liur. Syaf tipu aku? Tapi kenapa?
haiya apa plak jd ni?
ReplyDeletesyafni ni pun, dgr la apa kira nak ckp >.<
aaaa hafiz haihhh
;)
mesti ada apa2 antara syafni dan hafiz kan kalau tak kenapa syafni tipu kira kan.....sian ngan kira....cepat sambung ek citer nie tak sabar ar nak baca.....
ReplyDeleteoh no!!!
ReplyDeletejahatnya syafni!!
kalo hafiz ngan syafni, kira ngan falah...
falah mcm baek jer...
knp syafbi jadi camni..
ReplyDeletekawan makan kawan ke..
dengarla kira nk cakap dulu