Kira merenung sahaja skrin computer. Kosong. Fikirannya kosong. Apa yang diajar oleh lecturer di depan tidak lagi didengarnya. Bicara Hafiz semalam masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia tahu dan sedar mulai sekarang dia harus memasang telinga dan mata ke mana jua dia pergi. Dia tidak tahu siapa lawan dan siapa kawan.
Bila-bila masa sahaja dia akan dicari. Dia perlu bersedia dari semua segi. Yang penting, janjinya pada Hafiz perlu dipegang. Dia takkan meninggalkan Hafiz walau apa pun yang terjadi padanya.
Syafni di sisi turut mengeluh. Tidak tahu apa yang boleh dibantu. Sejak semalam Kira begini. Lemah sahaja. Mengelamun sepanjang masa.
Habis kelas, mereka beriringan pulang. Tiba-tiba, Wani datang entah dari mana dan menghalang laluan Kira dan Syafni. Syafni mahu melenting namun pantas ditahan Kira.
‘awak nak apa?’ Tanya Kira. Perlahan. Tidak mahu menarik perhatian orang lain.
‘ada orang nak jumpa awak kat pejabat dekan. Seorang diri.’ Wani memaklumkan. Ada nada sinis di hujung suaranya.
‘siapa?’ Tanya Kira lagi.
‘adalah. Tapi ingat. Jangan sampai Hafiz tahu.’ Wani memberi amaran seraya berlalu.
‘ish. Menyampahnya aku dengan perempuan tu. Kenapa kau tak bagi aku cepuk je dia tadi?’ marah Syafni. Kira cuma senyum tawar. Dia memandang sahaja Wani sehingga dia hilang dari
pandangan.
‘biarlah Syaf. Kita pun tau hari ni akan tiba juga. Cuma aku tak sangka secepat ni. Aku kena pergi ni. Kau balik dulu ya.’
‘kau ok pergi sorang? Aku risaulah.’
‘tak apa. Aku kena pergi sorang. Hal ni hal aku. Aku tak boleh libatkan kau.’ Kira mengenggam tangan Syafni, menenangkan sahabatnya itu.
‘kau tak nak beritahu Hafiz?’
‘tak payahlah. Dah settle nanti aku beritahu dia. Aku bukan budak lagi.’ Syafni masih tidak yakin.
Kira senyum lagi seraya menolak Syafni pergi.
‘baliklah. Kejap lagi aku balik.’
‘hmm, aku balik ni. Jaga diri. Ada apa-apa call aku ok?’ pesan Syafni. Kira mengangguk.
Dia menghantar Syafni pergi dengan pandangan matanya sebelum melepaskan keluhan berat.
Hakikatnya, dia risau mahu pergi seorang diri tapi mana mungkin dia akan melibatkan Syafni bila dia yang menempah masalah ini?
Dia juga tidak mahu mengganggu Hafiz sekarang. Tidak pasti adakah dia akan kuat apabila Hafiz ada bersama. Kira menarik nafas dalam. Kira, you can do this. You have to do this. Fight for your love. Tekadnya. Lantas langkah kaki diatur menuju ke bangunan pejabat.
Semakin dia menghampiri bilik itu semakin kuat debarannya.
Dia sudah sampai di depan bilik yang bertulis ‘DEKAN’ setelah melepasi kaunter dan beberapa buah bilik lain. Oleh kerana sekarang waktu rehat maka pejabat itu agak lengang sedikit.
Kira menarik nafas dalam sebelum mengetuk pintu itu.
‘masuk!’ Kira memulas tombol lalu menolak pintu. Seseorang sedang duduk di kerusi di sebalik meja dengan membelakangkannya.
Kira menutup pintu kembali. Dia menghampiri meja itu.
Belum sempat Kira bersuara, suara itu sudah bertanya dahulu.
‘Kira Ayumi?’
‘ya, saya.’ Jawabnya sepatah. Debaran semakin kuat. Dan kerusi itu berpusing menghadapnya.
Kira terdiam. Memang wajah Hafiz. Tapi dia bukan dekan. Jawatannya lebih tinggi mesti dia
boleh pinjam bilik ni suka-suka hati je. Kira membuat kesimpulan sendiri.
‘awak tau kenapa awak dipanggil ke sini?’ Tanya lelaki itu. tiada tanda-tanda dia marah.
Suaranya tenang sahaja. Raut wajahnya juga begitu.
‘erm, tak tau kot?’ jawab Kira. Wajahnya antara senyum tak senyum.
‘kalau awak tak tau, saya akan beritahu awak. Saya ayah Hafiz, lelaki yang bercinta dengan awak sekarang.’
Kira menelan liur. Ok, so what?
‘saya tak pasti awak tau ke tak pasal ni tapi Hafiz memang tak boleh bercinta dengan orang lain selain Wani kerana dia akan berkahwin dengan Wani. Awak faham?’ lelaki itu bergerak ke depan sedikit.
‘jadi?’ Tanya Kira. Tiba-tiba keberanian datang untuk dia bersuara.
‘jadi? Jadi saya minta awak putuskan hubungan awak dengan anak saya. Bolehkan?’ pinta lelaki itu. lebih kepada ugutan pada pandangan Kira.
‘saya minta maaf…’
‘Dato' Syafie.’ Potong Dato' Syafie. Kira terdiam sebentar.
‘saya minta maaf Dato' Syafie tapi saya tak dapat tunaikan permintaan dato. Saya dah berjanji dengan Hafiz yang saya takkan tinggalkan dia walau apa pun yang terjadi pada saya.’ Ujar Kira tegas. Dato' Syafie senyum sinis.
‘saya dah agak itu jawapan yang awak akan bagi. Apa awak cakap tadi, walau apa pun yang jadi pada awak ye? Macam mana kalau sesuatu jadi pada kawan awak kerana kedegilan awak menunaikan permintaan saya?’ Kira tergamam. Tak mungkin. Syafni.
‘maksud dato?’ Tanya Kira pantas.
Dato' Syafie bingkas sambil membawa bersamanya sebuah sampul. Kira tertanya-tanya isi sampul itu.
‘kawan awak, Syafni namanya bukan?’ Tanya Dato' Syafie. Dia menghampiri Kira yang masih tegak di situ.
‘ya, kawan saya Syafni. Kenapa dengan dia?’ Tanya Kira cemas.
‘dia merupakan salah seorang penerima biasiswa dari syarikat kami. Saya tak pasti jika dia ada beritahu awak tentang ini tapi hidup dia sekarang memang bergantung pada biasiswa yang kami beri.’ tambah Dato' Syafie lagi.
‘ibu bapa kawan awak baru bercerai beberapa minggu yang lalu. Dia tak beritahu awak?’ Kira tergamam. Syaf. Tak mungkin.
‘dato bohong saya kan?’ Tanya Kira pantas. Dia tidak mahu masuk dalam perangkap Dato' Syafie.
‘apa gunanya saya nak bohong tentang itu? hairan. Kenapa dia tak cakap dengan awak ya? Malu mungkin?’ Dato' Syafie mengomel sendiri. Menambahkan beban di hati Kira.
Tiba-tiba Kira teringatkan waktu di mana Syafni pulang dari rumahnya dengan berwajah muram. Mungkin masa itu ibu bapanya baru bercerai? Kenapa Syaf sampai hati tak nak beritahu aku pasal ni? Pilu menggigit tangkai hati.
‘apa yang dato nak buat dengan dia? Dato, tolong jangan libatkan dia. Kalau apa yang dato cakap tu betul, dia dah cukup terbeban dato. Jangan dato tambahkan beban dia.’ Rayu Kira. Dato' Syafie senyum sinis.
‘itu terpulang pada awak, Kira. Hidup dia sekarang bergantung pada keputusan yang awak akan ambil sekarang. Tinggalkan Hafiz. Berhenti kolej dan belajar di kolej lain atau apa-apa saja. Yang penting, saya mahu awak putuskan hubungan awak sepenuhnya dengan Hafiz.’ Dato' Syafie bersuara keras.
Kira memandang lelaki itu tidak percaya. Tidak terkata.
‘kalau awak degil, saya akan tarik balik biasiswa dia dan kemungkinan besar dia terpaksa berhenti belajar. Surat yang meminta biasiswanya ditarik balik ada di sini. Di dalam sampul ini. Sekiranya surat ini sampai ke tangan yang sepatutnya, hidup kawan awak musnah.’ Tekan Dato' Syafie. Kira tersentap. Tak mungkin. Dipandangnya sampul di tangan Dato' Syafie.
Dia memandang wajah itu tidak percaya.
‘dato, kenapa dato sanggup halang kebahagiaan anak dato sendiri?’ Tanya Kira perlahan. Suaranya lirih.
Dato' Syafie menatap wajah Kira tajam. Tersentap dengan soalan itu.
‘kau jangan masuk campur hal keluarga aku.’ Larangnya tegas.
‘dato, Hafiz sayangkan dato. Teramat sayangkan dato. Tapi dato sanggup buat anak dato sendiri macam ni?’ persoal Kira lagi.
Dato' Syafie diam.
‘dato, saya rasa dato tak sayangkan dia. Kalau dato benar sayangkan dia, dato takkan buat Hafiz macam ni.’ Tambah Kira lagi. Dato' Syafie mendengus marah.
‘jangan masuk campur hal keluarga saya! Sekarang, awak nak tinggalkan Hafiz atau tidak? Kalau awak setuju dengan permintaan saya, saya akan beri awak surat ni. Tiada salinan. Ini satu-satunya suratnya.’ Tanya Dato' Syafie lagi. Kira memejam matanya rapat-rapat. Amat berharap ini Cuma mimpi. Bingung. Antara kawan atau cinta.
‘kalau awak seorang yang pentingkan diri dan memilih cinta dari sahabat awak, awak akan pilih Hafiz. Tapi saya tak tau lah kalau awak sanggup melihat kawan awak menderita dan berhenti kolej semata-mata kerana awak.’ tambah Dato' Syafie lagi.
Kira mengetap bibir. Air mata sudah menitis membasahi pipi. Tidak tertahan lagi sakitnya jiwa.
‘baiklah.’ Direntapnya sampul itu dari tangan Dato' Syafie.
‘tapi ingat! Jika hal ini sampai ke pengetahuan Hafiz mahupun Syafni, Syafni tetap tidak akan selamat. Surat itu boleh ditaip semula bila-bila masa saja jika saya tahu awak tak memegang kata.’ Dato' Syafie memberi amaran.
‘jangan risau dato. Saya sayangkan sahabat saya dan saya mencintai Hafiz, sampai bila-bila. Cinta dan sayang saya pada Syafni dan Hafiz lebih kuat dari sayang dato pada Hafiz yang merupakan darah daging dato sendiri. Saya amat berharap satu hari nanti dato akan menderita akibat perbuatan dato sendiri. Saat itu kelak dato takkan berpeluang lagi menebus dosa dato pada insan yang dato sayang. Semoga kita takkan bertemu lagi.’ pedas dan lantang bicara Kira.
Dia mengatur langkah keluar dari bilik itu. tersandar di muka pintu. Air mata mengalir laju membasahi tudung yang dipakai.
Hatinya tersayat. Pilu. Pedih. Benci. Marah. Geram. Sayang. Semua bercampur-baur.
Kira menggagahkan diri mengatur langkah menuruni tangga. Dia tahu dia tidak boleh pulang sekarang. Dia tidak boleh membenarkan Syafni tahu. Jika tidak pelajarannya akan terganggu. Hafiz juga tidak boleh. Ke mana lagi?
Langkah kakinya lemah. Dia tidak tahu sudah ke mana dia berjalan. Air mata masih setia mengalir. Entah bila mahu berhenti. Syafni. Hafiz. Kolej. Mama. Papa. Abang long. Iman. Satu persatu bermain di fikiran. Kira bingung. Kepalanya sakit. Berat. Kira sudah penat. Fikirannya letih. Akhirnya, dia terjelupuk di atas lantai. Bersama sampul di tangannya yang digenggam erat.
p/s: this time x pyh undi lah. sy penat fikir..hehehe...
hehehe..
ReplyDeletexpa..
kmi tggu je apa yg awk nak tulis..
hehe..
cpt smbg ya..
ego betul ayah hafiz tu..
its ok sis..
ReplyDeletetp jgn lme2 sgt 4 da next n3 k..
=]
dun worry...2 hari saja..mcm biasa if x ada aral...
ReplyDeleteunprofessional la ayh hafiz tu
ReplyDeletehal peribadi pon nak dicampur aduk ngan hal belajar ke..
sampai nak kene buang kolej
ape kes?
huhu