5 tahun kemudian…
Kira bangun awal hari itu. usai solat subuh dia sudah turun ke bawah. hari ini dia pulang kembali ke Kuala Lumpur setelah 5 tahun di sana. Dia telah menerima ijazah dalam bidang multimedia di sebuah kolej di utara dan telah bekerja selama 2 tahun juga di sana. Baru kini dia terasa mahu kembali selama 5 tahun dia tidak menjejakkan kaki langsung ke sini. Mujur mama dan papa memahami.
Mereka sering berkunjung ke utara jika ada kelapangan. Dan kini Kira dapat merasakan hikmah yang tersembunyi di sebalik semua yang telah berlaku. Mama dan papa telah kembali menghargai keluarga mereka dan mereka lebih rapat berbanding dulu.
Kira menjenguk ke dapur. Kak Timah sibuk memasak kelihatannya. Kira mendekat lalu menjengahkan kepalanya.
‘Kak Timah masak apa?’ Tanya Kira. Kak Timah tersenyum kecil.
‘Kak Timah masak nasi lemak sambal udang. Khas untuk Kira. Kira suka kan?’ Tanya Kak Timah. Bersungguh-sungguh riak wajahnya. Kira memeluk bahu Kak Timah. Dia mengukir senyum.
‘suka. Apa saja Kak Timah masak semua Kira suka. Kira nak keluar ke halaman kejap.’ beritahunya seraya berlalu. Kak Timah mengangguk sahaja.
Kira menyarung selipar di kaki. Berjalan ke tengah halaman rumahnya yang kelihatannya teratur sedikit dan lebih terjaga berbanding dulu. Kira tahu itu kerja mamanya. Mama sudah mengurangkan kerjanya di luar dan menumpukan lebih perhatian di rumah.
Kini Kira berasa lebih bahagia. Sangat bahagia dengan keluarganya. Dan kini dia sedar, sesuatu yang manis itu perlu bermula dengan sesuatu yang pahit.
Kira melabuhkan punggung di buaian kayu yang masih utuh seperti 5 tahun dahulu. Dia menongkat kepala.
Mengenangkan kembali kisah lalu. Kisah Hafiz dan dia yang tidak menemui kesudahan yang diangankan. Kira pasrah. Menurut apa yang dicakapkan Kak Timah, Hafiz berkunjung ke rumahnya selama 2 bulan lebih. Menantinya, mencarinya namun hampa. Selepas itu, dia tidak lagi ke rumah bertanyakan Kira. Dari Iman pula, Hafiz telah berhenti belajar, tidak menghabiskan pengajiannya.
Dan yang paling menyedihkan lagi, Hafiz telah lari dari semuanya, dari ayahnya, dari Wani, dari semua orang, sebagaimana Kira melarikan diri. Syafni pula masih di situ kerana Kira juga cukup sedar yang Syafni tiada pilihan. Lagi pula, dia tidak terlibat langsung. Kira tahu pasti itu yang Syafni fikirkan.
Hafiz menghilangkan diri, tiada siapa pun yang tahu ke mana dia pergi. Kira tahu dia hanya mampu melayangkan bingkisan doa dan harapan agar Hafiz selamat walau di mana jua dia berada dan itu juga yang dia lakukan selama ini. Pintu hatinya tertutup langsung kepada insan bernama lelaki selama dia pergi.
Hafiz, semoga kau selamat dan ketahuilah, aku tak pernah membenci engkau. Kau masih di hatiku.
Kira sudah memohon kerja di sini dan dia sudah di terima kerja di sebuah syarikat percetakan dan pengiklanan yang agak maju. Lusa dia akan bermula. Pengalaman berkerja selama 2 tahun memudahkannya mendapat kerja di sini.
‘Kira, jom makan. Nasik lemak dah siap.’ Panggil Kak Timah. Kira memanggung muka.
‘ok,’ dia bingkas lalu masuk. Keenakan nasi lemak Kak Timah sudah membuatkan dia kecur liur. Lupa sebentar tentang Hafiz.
**********
‘hai, saya Kira Ayumi. Designer baru di sini. Saya harap kamu semua dapat membantu saya di sini kelak. Terima kasih.’ Kira memperkenalkan diri. Ringkas.
Semua pekerja lama mendekat. Yang perempuan bersalaman dengannya sedang yang lelaki menyapanya. Syarikat ini mempunyai 5 orang designer senior. 2 perempuan 3 lelaki.
‘saya Azmir. Ketua designer. Kalau ada apa-apa masalah dengan boleh rujuk saya atau yang lain-lain. kerani kita namanya Kak Sham. Dia pun dah lama di sini. Kira boleh Tanya dia juga kalau ada apa-apa masalah. Yang itu Salmi, Khidir, Azfar dan Farah. Meja Kira di situ, sebelah Salmi. Jika perlukan apa-apa, Tanya saja dari kami, ok?’ terang Azmir panjang lebar. Kira mengangguk.
‘ok, terima kasih semua.’
Kira duduk di mejanya. Mahu memulakan kerja apabila Kak Sham menghampiri, menyerahkan kerja pertamanya.
‘Kira, ni ada bunting untuk sebuah majlis. Kira buat yang ini, boleh?’ Tanya Kak Sham. Kira menyambut kertas order.
‘ok, thanks Kak Sham.’
‘ok, buat kerja elok-elok.’ Pesan Kak Sham seraya berlalu. Kira mengamati arahan yang diberi dan panduan mengikut kehendak pelanggan.
Khusyuk dia bekerja sehingga dia tidak menyedari jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari. Tiba-tiba, Kak Sham memanggilnya dari kaunter.
‘Kira, ada orang datang cari Kira.’ Jerit Kak Sham. Kira tersentak. Aik, hari first ni siapa nak cari aku?
Kira bingkas jua. Apabila dia keluar ke ruang hadapan, seorang lelaki berdiri membelakanginya.
‘siapa ya?’ Tanya Kira dan lelaki itu berpaling. Kira tergamam.
‘Iman!’ ujarnya separuh menjerit. Dan kala itu pekerja-pekerja lain juga datang melalui ruang itu untuk keluar rehat.
‘oo, cik Kira kita dah berpunya.’ Usik Khidir. Kira tersengih-sengih sahaja. Malas mahu membantah. Iman juga tersenyum-senyum. Sebaik mereka semua pergi Kira terus bertanya.
‘eh, awal awak rehat?’ tanyanya. Dia sudah memberitahu Iman yang dia bekerja di sini mulai hari ini. Tidak sangka Iman akan membuat kejutan padanya.
‘yelah, nak jumpa orang tu, orang tu je yang tak sudi jumpa kita.’ Ujar Iman, berbau merajuk.
‘hah, yelah tu. Jom lah, kita pergi makan, saya belanja.’ Pelawa Kira.
‘ok, jom.’
*****
‘lama kan kita tak jumpa?’ ujar Kira. Dihirup jus tembikainya.
‘5 tahun Kira. Saya ni patut dah berkahwin beranak pinak dah.’ Jawab Iman. Kira menjeling.
‘habis kenapa tak kahwin?’ tingkah Kira. Dia tahu Iman mahu mengusiknya.
‘tunggu orang tu lah. entah bila dia nak setuju. Penat dah melamar.’ Tambah Iman lagi. Kira tergelak kecil. Iman juga.
‘awak sihat ke Kira?’ Tanya Iman.
‘well, what you see is what you get. Macam ni lah.’ ujar Kira bersahaja.
‘awak makin matang. Awak gembira sekarang?’ Tanya Iman lagi.
Kira menunduk seketika sebelum menjawab.
‘takrifan happy tu luas Iman. By the way, I’m happy with my life now. Though I have lost a
friend, a very good one. But I have got my family, and my friends, and you. So, I’m happy.’ Jawabnya, ceria, bersahaja.
‘what about Hafiz?’ Tanya Iman, nama itu laju meniti di bibirnya.
Kira terdiam sekejap. Jemarinya bermain dengan straw. Dia amat pasti dengan jawapan yang
akan diberikan namun bagaimana dengan Iman pula? Iman pasti kecewa.
‘dia masih di sini, bersama dengan saya.’ Jawab Kira, ringkas. Iman mengalih pandang.
‘awak masih mengharapkan dia?’ Tanya Iman lagi.
Kira tersenyum nipis.
‘harapan tu patut ada, Cuma jangan hidup dengan harapan palsu. Saya memang mengharapkan kesudahan kami seperti yang diinginkan dan sehingga sekarang, saya masih mengharap. Cuma harapan saya tidak setinggi mana. Jika harapan itu tidak tertunai dan lain yang terjadi, saya redha.’ Jawab Kira panjang lebar.
‘lagipun sekarang Hafiz hilang entah ke mana. Harapan saya sekarang Cuma dia sihat dan gembira.’ Tambah Kira lagi, mengeluh kecil.
‘kalau Hafiz tak ingatkan awak, macam mana?’ tingkah Iman tiba-tiba. Kira tersentap. Merenung Iman yang menunggu jawapan.
Dia tahu Iman bersikap realistic. Bukan mahu menyakitkan hatinya. Apa guna Kira menanti jika Hafiz sudah bertemu pengganti?
‘saya berserah segalanya pada takdir Iman. Biarlah apa yang tersurat antara kami menjadi penentunya. Hanya doa yang mampu saya berikan.’ Jawab Kira, perlahan tapi tegas. Dia mengerling jam di tangan.
‘eh, dah nak pukul 2. Jom. Nanti saya lambat.’ Kira sudah bersedia mahu berdiri apabila Iman menahannya.
‘saya akan tetap menanti awak, Kira.’ Kira tersenyum, mengalih pandang.
‘jom.’ panggil kira lagi. Iman juga bingkas. Mendapatkan Kira yang sudah melangkah keluar restoran.
p/s: sorry sgt2...sy x sempat nak menulis...almaklumla, dh balik rumah..bnyk side activities...huhuhu...
ala kesiannya iman >.<
ReplyDeletebg kira dgn iman boleh x?
haha :P