Sufiah melangkah pantas mencari wajah-wajah yang dikenalinya di celahan orang ramai yang berpusu-pusu di KLIA itu. masing-masing punya tujuan. Dan tujuan dia? Mencari wajah tua abah yang amat dirindui!
‘Sufiah!’ Sufiah menoleh ke arah itu bersama senyum lebar di wajahnya. Senyumannya berbalas mesra. Bukan abah tapi wajah itu juga amat dirinduinya.
Hadi berlari-lari anak mendapatkan Sufiah.
‘abang dah lama tunggu?’ Tanya Sufiah. Troli begnya bertukar tangan. Tiada jabat tangan.
Mereka sedar status mereka yang bukan adik beradik kandung dan kerana itu mereka tidak pernah bersentuhan dengan sengaja. Di rumah juga Sufiah memakai tudung dan pakaian seperti di luar rumah jika Hadi ada di rumah. Dengan abah juga begitu. Tapi Sufiah tetap bersentuhan dengan abah untuk bersalam. Tidak lebih dari itu. itulah ajaran Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah. Ajaran agama yang dipegang kuat.
Hadi tersenyum sahaja.
‘demi adik abang yang sorang ni, lama mana pun abang sanggup tunggu.’ Jawab Hadi. Sufiah tersenyum malu.
Bicara itu menyentuh tangkai hatinya namun Sufiah cepat menghalang rasa itu dari merebak.
‘kenapa abah tak datang?’ Tanya Sufiah. Menukar topic. Tidak mahu membuai rasa.
‘abah ada kerja. Ummi tak larat. Alah, bukan tak jumpa pun nanti. Susah betul abang nak datang tadi. Abang nak bawak balik anak kesayangan diorang, bukan nak bawak lari tapi sebakul pesanan diorang tadi. Balik terus lah, jangan menyimpang lah. kalau abang bawak lari betul baru diorang tahu.’ Ugut Hadi, mengusik. Diangkatnya beg Sufiah masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang.
Dan mereka juga turut masuk. Hadi memandu tenang.
‘amacam? Best duduk sana?’ Tanya Hadi. Cuba mencari topic perbualan.
Sufiah memandang ke luar.
‘oklah. Alah abang ni. Tanya macamlah dia tu tak pernah belajar oversea.’ Tempelak Sufiah. Hadi ketawa bersahaja.
‘yelah, abang pergi lama dulu. Su pergi zaman moden. Lain.’ Jawab Hadi. Sufiah mencebik. Tahu Hadi sengaja mahu mengusiknya. Masih seperti dulu.
Sufiah memandang ke luar. 2 tahun dia tidak pulang kerana tuntutan belajar. Bukan abah tidak menawarkan biaya tambang tiket untuk dia pulang namun Sufiah menolak. Kasihnya pada abah dan ummi terlalu dalam bimbang jika dia pulang dia tidak mahu kembali menyambung pelajarannya.
Dan kini dia telah pulang. Tiba-tiba Sufiah teringatkan sesuatu.
‘abang, adik mana?’ Tanya Sufiah pada Hadi.
Hadi diam tiba-tiba. Mengetuk-ngetuk stereng kereta cuba mencari jawapan yang sesuai.
Sufiah mengerutkan dahi. Sufi kini sedang belajar di university tempatan dalam bidang kejuruteraan. Dia tidak bernasib baik seperti Sufiah dan Hadi namun hal itu tidak pernah menjadi batu pemisah antara mereka ahli keluarga.
‘adik…dia….sibuk. siapkan projek.’ Jawab Hadi. Alasan yang dia tahu tidak benar sama sekali.
Pandangan mata dilarikan. Sufiah memandang ke hadapan kembali. Mengangguk-angguk.
‘dia tau kan Su balik?’ Tanya Sufiah lagi. Hadi mengetap bibir.
‘err, abang dah beritahu dia. Taulah tu.’ Jawab Hadi lagi. seakan-akan tidak pasti dengan jawapannya sendiri.
‘tak sabarnya nak jumpa dia. Rindunya…’ Ujar Sufiah beriya.
Hadi menjeling Sufiah di sisi.
‘Su tak rindu abang ke?’
Sufiah terdiam. Dia mula tidak keruan. Jangan diusik perasaanku ini Hadi. Perlukah dijawab soalan itu? Hadi tersenyum melihat muka Sufiah yang sudah memerah malu.
‘Su rindu adik je? Tak rindu abang?’ tanyanya lagi. soalannya diubah sedikit. Dilihatnya Sufiah melepaskan keluhan nafas lega.
‘rindulah, Su rindu semua orang.’ Jawab Sufiah, tanpa memandang Hadi. Hadi tergelak kecil.
Kenapa Sufiah cepat melatah sekarang? Mungkinkah kerana kematangan dirinya?
Dia sedar Sufiah yang di sebelahnya kini bukan lagi Sufiah yang dia kenal 17 tahun dulu. Semasa dia pulang dari asrama dengan mendapati Sufiah dan Sufi di ruang tamu, sedang menonton tv.
**********
‘kamu siapa?’ Tanya Hadi. Beg baju yang dibawanya diletakkan di atas lantai. Sufiah memandangnya, ada perasaan bimbang terpancar di sepasang mata itu.
Sufi berdiri di belakang Sufiah, seperti mana kebiasaannya.
‘Hadi,’ panggil Dato' Ibrahim yang baru masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggung di sofa. Hadi menghampiri abahnya.
‘abah, diorang saudara kita ke? Tak pernah Nampak pun?’ Tanya Hadi yang baru berumur 13 tahun. Dato' Ibrahim tersenyum.
‘eh Hadi dah sampai?’ Tanya Datin Sariyah yang muncul dari dapur. Wanita itu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Biarpun dia memegang gelaran datin, namun dia tidak mengambil orang gaji dan dia menguruskan sendiri hal rumah tangganya.
Dulang air di tangan diletakkan di atas meja.
‘ummi, siapa diorang ni?’ Tanya Hadi lagi. untuk kali ketiga masih tiada yang menjawab soalannya. Datin Sariyah melabuhkan punggung di sisi Dato' Ibrahim. Dia juga mengukir senyum manis.
‘Sufiah, Sufi, mari sini.’ Panggil Datin Sariyah. Sufiah mengatur langkah menarik Sufi bersamanya. Mereka mendekati Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah. Hadi Cuma melihat sahaja.
Wajahnya jelas menunjukkan dia keliru dengan situasi itu. dia bertambah bingung melihat ummi dan abah tersenyum sahaja dari tadi.
‘Hadi,’ abah memulakan. Datin Sariyah mengelus-elus rambut Sufiah dan Sufi yang berdiri di sisinya.
‘mereka ahli keluarga kita yang baru. Anak angkat abah dan ummi. Hadi dah ada adik.’ Terang abah. Hadi diam. Wajahnya berubah.
Dia merenung wajah-wajah di hadapannya lama sebelum dia mengangkat kaki beredar dari ruang tamu.
Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah melopong melihat Hadi begitu. Datin Sariyah memandang suaminya.
‘abang, dia marah ke?’ Tanya Datin Sariyah cemas.
Dato' Ibrahim menggeleng. Dia pun tidak pasti. Hadi tidak pernah begitu. Selama ini dia sangat menghormati mereka sebagai ibu dan bapanya.
‘biarkan dulu dia. Dia masih terkejut. Dia perlukan masa.’ Ujar Dato' Ibrahim. Pada pandangannya, mungkin itu yang terbaik buat masa ini.
Sufiah Cuma mendengar bicara abah dan umminya. Dia menunduk. Adakah dia dan Sufi akan dihalau keluar sekali lagi kerana kehadiran mereka di sini juga tidak diingini?
Malam itu, Sufiah mengatur langkah perlahan ke bilik Hadi. Dia perlu berbicara dengan abangnya.
Tok! Tok! Dia mengetuk pintu perlahan. Pada hematnya, Hadi belum tidur kerana masih ada biasan lampu yang keluar di bawah celahan pintu.
‘masuk.’ Arah suara itu dari dalam. Sufiah berdebar-debar. Dia memulas tombol dan menjengulkan mukanya di pintu. Memandang Hadi yang memandang tepat ke wajahnya.
Tiada kata yang dilafazkan. Dia Cuma menanti bicara Hadi seterusnya. Sama ada dia dibenarkan masuk atau tidak.
Hadi mendengus perlahan.
‘apa kau nak?’ Tanya Hadi kasar namun perlahan. Sufiah menunduk.
‘boleh saya cakap dengan abang?’ pinta Sufiah sopan. Ummi telah mengajarnya banyak perkara
terutama tentang adab sopan selama hampir sebulan dia di sini. Namun baru kini dia berpeluang bertemu Hadi yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh.
Hadi tidak menjawab. Dia menyelak-nyelak buku teksnya. Tidak ada apa pun yang dibaca. Dia memandang ke pintu kembali dan Sufiah masih di situ. Menanti.
‘bila pulak aku jadi abang kau?’ Tanya Hadi tiba-tiba. Baru dia teringat yang mereka bukan adik-beradik dan dia sememangnya tidak pernah bermimpi tentang hal itu.
Sufiah tunduk lagi. tersayat hati keanakannya.
‘boleh saya cakap dengan awak?’ pinta Sufiah lagi Cuma bahasa panggilan sudah bertukar. Hadi diam. Rasa geli hati menggeletek perasaannya.
Dan tiba-tiba muncul niat mahu mengenakan Sufiah.
‘aku lagi tua dari kau. Panggil aku abang.’ Arah Hadi. Masih tidak memandang wajah itu.
Sufiah garu kepala yang tidak gatal. Tadi tak bagi. Tiba-tiba suruh panggil pulak. Ish, pening.
‘boleh saya cakap dengan abang?’ Sufiah mengulang kembali soalan yang sama dan kali ini Hadi tergelak besar hingga membuatkan Sufiah tersentak.
‘kau ni lawaklah. Kau tak reti ke? Aku nak kenakan kau pun kau tak faham?’ Tanya Hadi dalam ketawa yang masih bersisa.
Sufiah sengih-sengih di balik pintu. Masih tidak berani melangkah masuk.
Hadi masih ketawa namun sudah berkurang tawanya.
‘masuklah.’ Panggilnya.
Sufiah mengangguk lalu masuk. Ditutup pintu di belakang lalu diatur langkah menghampiri Hadi yang bergolek malas di atas katil. Buku-buku berselerakan di atas katil itu.
‘apa kau nak?’ Tanya Hadi lagi. namun kali ini nadanya lebih lembut.
‘saya minta maaf kalau abang tak suka saya dan Sufi di sini.’ Tutur Sufiah lembut dan perlahan.
Hadi mengangkat muka.
Menatap seraut wajah itu. dia mendudukkan dirinya lalu disandarkan badannya ke kepala katil.
‘mana asal kau?’ Tanya Hadi.
‘rumah saya kat hujung kebun.’ Jawab Sufiah. Jawapan yang sama diberikan pada Dato' Ibrahim di dalam kereta hampir sebulan yang lalu. Tegak dia berdiri di sisi katil Hadi.
‘hujung kebun? Hujung kebun mana? Kebun Pak Ali, kebun Muthu?’ Tanya Hadi tidak berpuas hati.
Sufiah mengjungkit bahu.
‘entah. Kebun Muthu kot.’ Jawab Sufiah. Hadi gelak kecil, tidak percaya.
‘kot? Kau ni betul ke tak?’ Tanya Hadi dengan nada mengejek.
‘betul kot?’ jawab Sufiah pula. Hadi membeliakkan matanya.
‘betul kot?’ terburai lagi ketawa Hadi. Sufiah sengih-sengih melihat Hadi ketawa besar.
‘sah lah. kau ni tak betul.’ Hadi membuat kesimpulan dalam tawa yang masih bersisa.
‘ye lah kot.’ Jawab Sufiah lagi. Hadi ketawa lagi mendengar jawapan itu.
Terlalu lurus kanak-kanak di hadapannya ini.
‘hei, sudahlah. Aku tak tahan nak ketawa.’ Ujar Hadi, cuba menghentikan tawanya. Sufiah masih tersengih, tercegat di sisi katil.
‘apa nama kau tadi?’ Tanya Hadi, apabila ketawanya sudah berkuarangan.
‘Sufiah.’
‘adik kau?’
‘Sufi.’
‘hmm, Sufi, Sufiah. Bagus betul gabungan tu.’ Ujar Hadi. Wajahnya sudah rileks kembali. Tidak seperti tadi semasa dikenalkan dengan Sufi dan Sufiah.
‘macam mana kau boleh masuk sini?’ Tanya Hadi.
Sufiah lantas menceritakan kisah malam itu. segala-galanya seakan diputarkan kembali untuk tayangan semula dan Hadi mendengar penuh khusyuk.
Apabila habis bicara Sufiah, Hadi terdiam. Dia merenung dalam muka mulus itu.
‘kesian korang.’ Ujarnya perlahan. Tersentuh hatinya. Tidak menyangka selama ini hidup mereka begitu menderita sedang dia hidup bahagia bersama abah dan ummi yang begitu menyayanginya sepenuh hati.
Tiba-tiba pintu dikuak. Sufi mengjengulkan kepalanya.
Sufiah tersenyum melihat Sufi.
‘adik, masuklah. Abang tak marah kita.’ Ujarnya seraya memanggil Sufi masuk. Hadi tergamam mendengar bicara Sufiah. Dia memandang sahaja Sufiah pergi mendapatkan Sufi dan
membawanya ke sisi katil Hadi. Sufi kelihatan takut-takut.
‘’berapa umur Sufi?’ Tanya Hadi.
‘6 tahun.’ Jawab Sufiah seraya memeluk bahu Sufi.
‘kau?’ tanyanya pada Sufiah pula.
‘8 tahun.’
Hadi melepaskan keluhan berat. Dia tiada sebab untuk tidak menerima mereka. Mereka masih muda namun sudah menempuh banyak dugaan hidup.
Hadi mengesot ke tepi katil dan menurunkan kakinya. Masih duduk di atas katil. Dia menghulurkan tangan pada Sufi.
Sufiah tersenyum sahaja.
‘adik, pergilah dekat abang. Abang tak marah.’ Arah Sufiah. Sufi memandang Hadi tidak berkelip.
‘Sufi, ni abang. Abang Hadi.’ Ujar Hadi memperkenalkan diri. Masih lagi menghulurkan tangan. Setia menanti tindak balas Sufi.
Dia sedar dia telah menakutkan Sufi sebentar tadi.
‘adik, pergilah. Abang panggil tu.’ Arah Sufiah lagi. lembut. Begitu matang bicaranya.
Sufi menghulurkan tangan kepada Hadi lalu mendekat.
‘Sufi, suka ada abang?’ Tanya Hadi seraya menarik Sufi perlahan ke hadapannya.
Sufi mengangguk-angguk.
‘nak abang jadi abang Sufi?’ Tanya Hadi lagi.
Sufi angguk lagi.
‘abang pun suka Sufi dan Sufiah jadi adik abang.’ Beritahu Hadi.
‘abang suka adik jadi adik abang? Kakak pun?’ Tanya Sufi lantang tiba-tiba. Hadi tersenyum lebar. Sufiah di sisi turut tersenyum.
‘Sufi pun suka ada abang. Terima kasih abang!’ ucap Sufi. Hadi terharu dengan ucapan itu lantas dia menarik Sufi kedalam pelukannya.
‘mulai hari ni, kita adik beradik. Ok?’ Hadi memeterai kata. Dipandangnya Sufiah yang mengangguk laju.
best, jalan cerita yg menarik
ReplyDeletekeep up da good works!!!
hehehe..
ReplyDeleteapa sdh jd ngan sufi..
hope cpt smbg ya..
bestnyer citer nie..tak sabar nak tgg next n3..
ReplyDeletegoruntulu show
ReplyDeleteücretli
4ZS