About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, June 5, 2009

Kira Ayumi (Final)

Hafiz termenung di beranda. Memerhati bintang. Entah kenapa, dia benar-benar tak keruan untuk melepaskan Kira pergi semasa di lapangan terbang sebentar tadi. Tiba-tiba, telefon bimbitnya menjerit-jerit minta diangkat.

Dari nombor yang tak dikenali.

Punat hijau ditekan.

‘helo,’

‘helo, Hafiz?’ suara lelaki. Iman ke? Tapi, suara Iman aku kenal.

‘ya, siapa bercakap?’

‘saya Daud, abang Kira.’

Hafiz menelan liur.

‘err, ya bang, ada apa abang telefon saya ni?’ ujar Hafiz. Sedaya upaya dia mengawal gugupnya.

‘Hafiz, awak tau kan Kira naik flight tadi?’

‘tau, kenapa bang?’

‘Hafiz, abang harap Hafiz tenangkan diri. Kapal terbang yang Kira naik, meletup di udara. Kami, baru dapat panggilan dari pihak berkuasa.’ Suara Daud tersekat-sekat di corong.

Hafiz menelan liur. Drama apa pula yang sedang dimainkan ni?

‘abang, abang jangan main-main bang. Walau macam manapun saya takkan tinggalkan Kira, bang. Abang jangan ingat abang boleh takutkan saya macam tu.’

‘Hafiz, this is the truth. Hafiz tak dengar berita?’ suara Daud juga sayu.

Bagaikan halilintar membelah bumi, Hafiz tergamam. Kira. awak dah pergi?

‘abang, Kira dah janji dia akan balik bang. Dia dah janji dengan saya.’ Hafiz sudah terduduk. Telefon bimbitnya digenggam kuat.

‘Hafiz, bersabarlah. Abang tahu Hafiz sayangkan dia, kami pun sayangkan dia. Tapi Kira takkan kembali. Abang harap Hafiz boleh datang tahlil di rumah lepas isya’. Hafiz datang ya?’

‘baik, baik bang, terima kasih kerana telefon saya.’ Talian dimatikan. Hafiz teresak-esak juga akhirnya di situ.

‘Kira, kenapa awak pergi? Kenapa awak tinggalkan saya?’ rintih Hafiz dalam sendu. Pintu biliknya terkuak.

Dato' Syafie masuk lalu menghampiri Hafiz.

‘Hafiz, kenapa ni?’ Hafiz menarik ayahnya ke dalam pelukannya lalu dia menangis di situ.

‘ayah, Kira, ayah. Dia dah pergi. Kapal terbang dia meletup ayah. Dia takkan balik lagi.’ Rintih Hafiz berselang-seli dengan esakan. Dato' Syafie terkedu.

‘innalillahiwainnailaihiraji’uun,’ sempat Dato' Syafie mengucapkan ayat itu. Air matanya turut menitis. Orang baik akan pergi dulu. Dia menenangkan perasaan sendiri.

Hafiz masih merintih memanggil Kira, membuatkan Dato' Syafie turut sebak. Kira, semoga roh Kira aman di sana.

*********

Suara bacaan tahlil dan surah Yasiin bergema di ruang tamu rumah dua tingkat itu. Di satu sudut, Puan Sabariah tersandar dengan hidung yang merah. Syafni di sisi juga tidak ketinggalan. Wajahnya murung. Sahabatnya telah pergi. Sahabat yang banyak berkorban deminya. Kira, terima kasih untuk segala-galanya.

Hafiz khusyuk mengalunkan surah Yasiin. Ikhlas dia mahu menyedekahkan surah itu buat arwah Kira. Iman di sisi juga tekun.

Tadi, semasa mereka tiba di rumah ini, Kak Timah yang mengecam Hafiz dan membawanya berjumpa Daud. Lama mereka berpelukan, berkongsi kesedihan di atas kehilangan insan tersayang.

Ayahnya tidak dapat turut serta lantaran keuzuran kakinya. Suasana rumah itu muram, tidak seceria selalu.

Selesai tahlil, mereka menjamah jamuan yang disediakan, namun jelas selera masing-masing tiada. Hafiz mahu bergegas pulang. Tidak tega dia berlama di rumah ini. Ingatannya pada Kira begitu kuat. Hatinya disayat pilu.

Daud menghantar mereka ke pagar.

‘Hafiz, abang harap Hafiz tabah. Kira amat sayangkan Hafiz dan Syafni. kalau tak, dia takkan bersusah kerana kalian.’ Syafni tertunduk air matanya mengalir laju membasahi pipi mendengar bicara Daud.

Hafiz memejamkan matanya rapat. Menahan air mata yang sudah bertakung lagi.

‘abang, terima kasih untuk segalanya. Kami balik dulu.’ Daud mengangguk.

‘Hafiz,’ serentak mereka menoleh ke arah suara itu.

Semua terkedu. Kelu di situ.

‘Syaf, korang buat apa kat rumah aku?’ Tanya Kira. Syafni pantas mendapatkan Kira, lalu dirabanya muka Kira tidak percaya. Beg baju besar Kira di setia ditarik di sisinya.

‘Kira, Kira, kau hidup lagi!’ jerit Syafni kegembiraan. Dipeluknya Kira berkali-kali sehingga Kira lemas.

‘apa semua ni? you all macam Nampak hantu je?’ Tanya Kira. Iman dan Daud memanjat syukur Hafiz melepaskan nafas lega. Benarlah, Kira masih hidup. Tapi, macam mana pula Kira boleh ada kat sini lagi?

*********

‘sebenarnya, tadi, Kira memang berat hati nak pergi, entah, macam tak sedap hati. Lepas tu, bila Kira fikirkan balik, Kira masih ada banyak masa untuk further study. Kenapa mesti tergesa-gesa?’ terang Kira. semua ada di situ. Termasuklah Dato' Syafie yang berkeras mahu datang berjumpa Kira.

‘so, Kira tak jadi nak pergi. Then, Kira terjumpa kawan lama. Dia ajak pergi rumah dia, jumpa her newborn baby. So, Kira ikut je lah. Then, bila Kira balik, rumah ramai orang, macam ada kenduri, dan Kira Nampak Hafiz.’ Perlahan saja dia menyebut nama Hafiz.

Puan Sabariah memeluk Kira mesra. Entah pelukan yang keberapa kali Kira pun tidak pasti.

‘kenapa tak call kami beritahu Kira tak jadi pergi?’ marah Daud.

Kira terdiam.

‘abang, Kira minta maaf. Kira tak teringat langsung. Lagipun, my battery is dead. Lupa nak charge. Sorry?’ Daud menjeling.

‘lain kali, ingat. Apa-apa pun telefon. Jangan buat bodoh je. Kitorang mati-mati ingat Kira dalam plane tu tau! Siap dah baca Yasiin lagi.’ Marah Daud lagi.

‘Kira minta maaf. Kira salah. Kira janji tak buat lagi.’ Hafiz tersengih-sengih melihat Kira dimarahi Daud.

Encik Karim pantas mencelah.

‘Daud, dah lah tu, dia ok, itu yang kita nak. Alhamdulillah, papa bersyukur keluarga kita dah bersatu.’ Ujar Encik Karim, tenang.

Dato' Syafie menjeling Hafiz di sisinya. Dicuit Hafiz.

Hafiz menoleh. Dia membuat gerakan mulutnya, bertanya ‘Apa?’ kepada ayahnya. Dato' Syafie menunjuk ke arah Kira.

Hafiz berpura-pura tak mengerti.

Dato' Syafie mencuit Hafiz lagi.

Hafiz menoleh, menjeling ayahnya tajam.

‘kalau Hafiz tak cakap, ayah cakap.’ Ugut Dato' Syafie.

Wajah Hafiz berubah.

‘ok, ok, Hafiz cakap.’ Ujarnya berbisik.

‘err, Encik Karim.’ Semua mata tertumpu padanya, termasuklah Kira. Hafiz gelabah. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan.

‘ya, Hafiz kan? Ada apa?’ Tanya Encik Karim.

Hafiz tersenyum tawar. Alamak, gelabah nak mati!

‘err, saya, saya,’

Dato' Syafie menepuk bahu Hafiz kuat.

‘saya nak kahwin dengan Kira!’ Hafiz menutup mulutnya. Dato' Syafie tersenyum. Semua yang mendengar tersenyum-senyum sahaja, tak kurang juga yang ketawa besar. Suasana mura sebentar tadi sudah berganti dengan riuh gelak ketawa. Kira tersenyum malu.

‘oh, ye ke? Ni Kira rombongan meminang lah ni?’ seloroh Encik Karim. Jenakanya disambut dengan ketawa yang lain.

‘ya Encik Karim. Hafiz ni dah kemaruk sangat dah ni. saya rasa kalau Encik Karim tak ada halangan, kita langsungkan secepat yang mungkin.’ Ujar Dato' Syafie.

‘saya tak ada halangan, kalau Kira mahu, saya tak kisah. Asalkan mereka bahagia. Kira, Kira nak kahwin dengan Hafiz?’ serentak semua mata tertumpu pada Kira pula.

Kira bertambah malu dibuatnya. Dia bingkas berlari masuk ke dapur. Puan Sabariah tersenyum saja.

‘orang tua-tua kata diam tandanya setuju.’ Kata-katanya disambut dengan ketawa yang lain.

‘kalau macam tu, kira jadilah majlisnya.’ Ujar Encik Karim.

Iman menepuk bahu Hafiz yang jelas bahagia.

‘tahniah!’ ucapnya. Hafiz tersenyum lebar. Akhirnya, aku akan kahwin dengan Kira. Kira, I love you!!!



p/s: BYE2 KIRA AYUMI!!!

13 comments:

  1. adehh..
    wat suspen je..
    haha...
    engtkan btol2 tadi taw..
    haha..
    malu2 lak kira..
    sweet je..
    heehe..

    ReplyDelete
  2. dah nak nangis dah tadi ingatkan heroin dah mati..huhuhu...good job writer...

    ReplyDelete
  3. uhhuuhuh...
    ending dia mcm novel hati seorang wanita...
    sapa ntah penulis dia...
    uhuhuhuh...
    anyway, gud job..
    =)

    ReplyDelete
  4. comelnya
    kesian iman
    err buatlah cerita iman dgn sesape plak
    haha :P

    ReplyDelete
  5. awak.. cite ni mmg best sangat..
    feeling berabes la bace cite ni..
    hahaha...

    teruskan berkarya.. :D

    ReplyDelete
  6. ngok ngek .
    ak da nangis da baca td.

    ReplyDelete
  7. wow! ending yg best!!! syok gila beb!! sepanjang 3 episod akhir ne, nangis giler aku!!! sob~~~

    ReplyDelete
  8. gud luck 4 u'r writing...
    mmg best sgt jln crita yg myentuh perasaan n byak gimik......
    tahniah pd penulis...
    tingkatkan usaha anda.....
    gud luch

    mazni_ani@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. hahaha...
    bt saspen je.
    mmg mcm novel ati seorang wanita. karya norhayati berahim

    ReplyDelete
  10. warghhhh
    saspen gila
    ingt dah pergi si kira nie
    nice writing.
    best2
    keep it up
    -na'dz

    ReplyDelete
  11. hahahahhaha,,
    gelak smp saket perut anis bce part akhir 2,,

    tp,

    x dinafikan..
    air mata nk kuar dah sbb plane 2 meletopp..

    huhu..

    bestt sgt2 novel2 awk,,
    keep up the good job... =))

    ReplyDelete
  12. woha..pekes la aku termenitikkan mutiara mahal satu titik...membazir je!

    ReplyDelete
  13. huhu... mmg ending sama ngan nvl 2... tp,, best2..<3

    ReplyDelete