Marjan menjeling jam di dashboard. Resah. Maghrib dah masuk ni. dia melirik Lu'lu' ikut cermin pandang belakang. Kan aku dah kata, macam tu jugak rupanya. Tak ada lah cantik pun. Sempat dia mengutuk di dalam hati.
Tadi, hampir sejam setengah dia tercangak menanti Lu'lu'. Mujur kereta ni ada radio. Tak lah aku mati kebosanan menunggu dia.
Sebaik Lu'lu' keluar dari salon, dia memberi arahan lain pula.
‘aku nak pergi shopping lepas ni. tak nak balik rumah lagi.’ Marjan telan liur. Aduh. Shopping pulak?
Marjan tenang dalam resah. Tiba-tiba, matanya terpandangkan satu signboard kecil di tepi jalan. Eh, ada masjid kat depan. Bagus.
Dia memperlahankan kereta sebaik kereta mewah itu mula memasuki perkarangan masjid.
Lu'lu' terpinga-pinga.
‘hei, kau ni tak reti bahasa ke? Kenapa kau berhenti kat sini?’ marah Lu'lu'.
Marjan ketap bibir. Memang nak kena perempuan ni.
‘cik Lu'lu', awak ni tak reti baca ke? Dah masuk kolej pun buta huruf lagi?’ perli Marjan. Enjin kereta dimatikan dan dia keluar, meninggalkan Lu'lu' terkebil-kebil.
Namun dia tidak terus pergi, sebaliknya dibuka pintu kereta di tempat duduk Lu'lu'. Dia merendahkan badan, menjenguk Lu'lu' yang jelas keliru.
‘saya ni hamba Allah, bos saya dah panggil. So, sebelum saya tunaikan kehendak awak, saya kena tunaikan suruhan Big Boss dulu. Kalau awak rasa diri awak tu Tuhan, tunggu je lah kat sini. Kalau tiba-tiba malaikat Izrail singgah, pandai-pandailah awak, saya tak tanggung, ok? Saya pergi dulu ya.’ Senyum sinis dihadiahkan dan Marjan berlalu pergi.
Lu'lu' mengetap bibir. Kurang ajar betul!
Lu'lu' tersandar geram. Dia memeluk tubuhnya. Dalam marah dan geramnya, ada sesuatu yang menyelinap ke lubuk hatinya. Masjid. Ingatannya melayang jauh.
****
‘mama, kenapa mama pergi masjid?’ mama senyum manis. Lu'lu' amat suka melihat senyuman mama, menenangkan hati yang gundah.
‘sebab, masjid rumah Allah. Kita akan merasa lebih dekat dengan Allah jika kita selalu ke masjid dan bersolat berjemaah.’ Terang mama. Tangan mama mengelus rambut Lu'lu' yang panjang mengurai.
‘kita hanya akan jumpa Allah di masjid saja?’ mama senyum lagi mendengar pertanyaan Lu'lu'.
‘tak sayang, Allah ada di hati yang mengingatinya. Tapi, masjid tempat khas untuk kita beribadah kepadanya. Di masjid, kita boleh bersolat dengan lebih tenang sebab tiada gangguan, dan semua yang datang ke masjid Cuma punya satu tujuan, untuk beribadat kepadaNya. Sebab itulah masjid itu mulia. Kita tak boleh bising di dalam masjid. Kena senyap. Kalau tak nak solat, duduk diam-diam.’ Mama mencuit hidung mancung Lu'lu' manja.
Lu'lu' ketawa kecil.
‘mama, kalau Lu'lu' nak ikut mama ke masjid?’
‘boleh sayang. Mama lagi suka. Lu'lu' nak solat?’
Lu'lu' angguk pantas.
‘baiklah, nanti mama ajarkan Lu'lu' solat ya. Macam ni lah anak mama.’ Mama memeluk mesra dan Lu'lu' merasa amat selamat dalam dakapan mama.
******
Mama...
Tanpa disedari, air matanya menitis. Pantas dia menyekanya. Dia sudah penat menangis. Dia tak akan menangis lagi. Itu tekadnya. Sindiran pedas Marjan masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia mendengus kecil. Mujur dia uzur. Sungguh begitu, jika dia tidak uzur sekalipun, mungkin dia tetap akan menanti sahaja di sini. Tidak akan masuk ke dalam masjid. Sudah lama dahinya tidak bertemu sejadah. Lu'lu' cepat membuang rasa bersalah yang bertandang.
Dia sudah tidak peduli. Jika Allah itu ada, kenapa mama pergi darinya walaupun sudah puas dia berdoa acap kali dia selesai solat? Mengapa mama diambilNya? Kenapa Allah tak mendengar doa aku? Kenapa Dia ambil mama? Kenapa?
Entah bila Marjan datang, dia tidak sedar. Sedar-sedar, kereta sudah mahu bergerak keluar dari pekarangan masjid.
‘cik Lu'lu' turun ke tak tadi?’ of course tak! macam aku tak tau!
Lu'lu' mendengus kecil.
‘tak!’
Marjan senyum sinis.
‘malaikat izrail tak datang jenguk ke?’ haha! Kasi kecut perut sikit.
Lu'lu' tidak menjawab. Dia telan liur. Dia dapat melihat sinis wajah Marjan di cermin pandang belakang.
‘eh, awak ni boleh diam tak?’ marah Lu'lu'.
‘well, saya mengingatkan saja sebab kita semua hamba Dia. Tak ada yang terkecuali. Kalau cik Lu'lu'...’
‘saya uzur lah!’ tengking Lu'lu'. Bicara Marjan terhenti. Haha. Bendera jepun rupanya. Penat aku bagi ceramah free.
Lu'lu' mendengus kasar. Dan sepi menyelubungi sehinggalah Lu'lu' pergi shopping dan Marjan lah yang terpaksa bertindak sebagai kuli angkat barangnya. Naik lenguh jari jemari dan lengan Marjan memegang barang Lu'lu'.
Ni kes balas dendamlah ni. tak apa, tak apa, ada lori ada ada bas, ada hari aku balas.
Mereka pulang ke rumah hampir jam 10.30. jika diikutkan Marjan, dia mahu terus tidur kerana baginya ini hari yang paling meletihkannya (sebab aku buat kerja, kalau aku enjoy mana ada letih!) namun niatnya terbantut apabila Dato' Safwan menunggunya di ruang tamu.
Aduh, apa kes pulak dato ni? tak Nampak ke mata aku dah bergayut lesung 1 tan ni? ngantuk giler. Marjan duduk di sofa, berhadapan Dato' Safwan.
Mak Min datang membawa teh untuk mereka.
Minum dulu baru segar sikit. Air di cawannya diteguk perlahan.
Dato' Safwan tersenyum nipis.
‘penat?’
Gila penat!
‘tak lah dato, biasa je. Saya dah biasa buat kerja macam ni.’
‘saya nak minta maaf bagi pihak Lu'lu' kalau-kalau dia menyinggung perasaan Marjan.’ Kejap aku kira, dah berapa kali dia kurang ajar dengan aku. Ni kena buat claim insurans ni.
‘tak apa dato, small matter. Err, ada apa dato panggil saya ni?’ nak naik gaji, nak potong gaji, no hal punya!
Dato' Safwan berdehem.
‘sebenarnya, Mak Min ada beritahu saya tentang keluarga Marjan, dan latar belakang pendidikan Marjan.’ Ah sudah! Mampus aku!
‘ya ka dato?’ tolong jangan cakap kau nak aku belajar lagi!
‘Marjan setuju tak kalau saya nak biaya pendidikan Marjan selama Marjan di sini?’ oh, tidak!!
‘err, saya, saya,’ saya mintak tolong sangat dengan dato, serius saya dah tak nak belajar!
‘Marjan jangan risau. Semua yuran saya tanggung. Marjan akan tetap jadi driver di luar masa belajar. Gaji Marjan tetap akan dibayar setiap bulan. Saya takkan potong sikit pun.’
Alahai dato, saya tak pernah kisah pasal duit pun!
‘err, saya, saya,’ macam mana ni? kalau aku tolak, gerentilah kantoi.
‘Marjan dah tak nak belajar? Mak Min kata, Marjan akan belajar jika ada peluang?’
Aduhai Mak Min!
‘bukan macam tu dato, saya ni, Cuma driver yang baru dato kenal. Dato jangan terlalu baik dengan saya,’ dato, saya merayu dengan dato, serius saya tak nak belajar dah!
Dato' Safwan senyum kecil.
‘kamu dah selamatkan harta saya Marjan. Kamu nak tau jumlah wang yang kamu selamatkan hari tu?’ Marjan tak angguk, tak geleng, terkebil-kebil.
‘2 juta Marjan, 2 juta ringgit. Kebetulan duit tu perlu dikeluarkan atas urusan perniagaan. Apa yang saya nak lakukan untuk kamu sekarang mungkin takkan memakan jumlah sehingga 500 ribu pun. Entah separuh dari itu pun tak sampai. Jadi apa salahnya saya membalas jasa kamu?’
Marjan tunduk. Aduh, pening! Apa aku nak buat ni??
‘kalau kamu setuju, saya akan daftarkan kamu di kolej Lu'lu' dan Laila, ok?’
Habis aku.
‘saya ikut saja pakcik.’ Waa! Tak nak belajar dah!
‘baguslah macam tu. Kamu pergilah tidur. Esok, saya akan beritahu kamu apa yang perlu dibuat untuk mendaftar di kolej tu, ok?’
‘baik pakcik, terima kasih.’
‘sama-sama, pergilah tidur.’
‘baik pakcik,’ Marjan bingkas. Tak boleh jadi ni, aku kena telefon budak sengal tu sekarang jugak!
Dia masuk ke dalam bilik yang diberikan kepadanya, mengeluarkan handphone nokia 3310 dari koceknya. Didail nombor itu sekali lagi.
‘helo,’
‘helo, bro, baru telefon tadi dah telefon lagi?’
‘aku ada masalah besar ni.’
‘hah? Kau nak aku hantar siapa? Jentera pengaman? FRU?’
‘tak, tak payah. Dato' Safwan nak masukkan aku ke kolej anak-anak dia, dia nak aku sambung belajar. Fully-supported by him.’
‘la, baguslah tu! Apa yang masalahnya?’
‘masalahnya, aku dah habis sarjana la ngok! Kepala aku dah biol belajar sampai tahap tu but now dia ingat aku lepasan SPM, so aku kena buat diploma sekarang ni!’
‘what? Hahahah! Nasib badan. So, kau nak aku buat apa?’
‘kau cari semua contact Kolej Astana sekarang jugak. By tomorrow morning, aku nak semua nombor tu ada, aku akan bagi arahan lain nanti. Mungkin jugak kau kena bersiapa sedia kalau-kalau aku perlu kau datang ke kolej tu esok.’
‘ok boss. Relaks. Malam ni jugak titah dilaksanakan!’
‘hmm, ok, tunggu arahan selanjutnya esok.’ Talian dimatikan. Marjan menghenyakkan tubuhnya di atas katil.
Aduh! Serabut betul!
**********
Keesokan paginya, Marjan bangun dengan muka yang agak keletihan.
‘ala, dah tak handsome dah anak mak ni,’ rungutnya di depan cermin di dalam biliknya.
Setelah bersiap ala kadar, dia keluar dari biliknya dan mendapati semua sudah bersedia di meja makan, sedang bersarapan. Matanya mencari kerusi kosong dengan harapan tinggi.
Alamak, tepi dia lagi? Bad luck la aku satu hari ni.
Dia melangkah longlai menghampiri meja dan duduk.
‘Marjan, nanti awak ikut Lu'lu' dan Laila ke kolej dan pergi ke office. Saya akan aturkan pendaftaran awak dari pejabat saya,’ saya pun akan aturkan semuanya semula dari handphone saya!
‘baik dato,’
Marjan minum sedikit.
‘oh ya, lagi satu, awak bawak Toyota Estima tu mulai hari ni. kuncinya minta pada Pak Mat.’
‘baik dato,’ Marjan sempat menangkap pandangan tidak senang Pak Mat padanya, masih seperti semalam dan 2 hari lepas.
Lantaklah. Malas aku nak layan.
Marjan tidak jadi makan. Tidak berselera. Dia teragak-agak mahu bangun.
‘err, dato, saya rasa saya keluar dulu, nak check kereta.’ Cheh, alasan betul.
‘hmm, ok. Pak Mat, beri kunci pada Marjan.’
Pak Mat seluk saku, dikeluarkan kunci tunggal dari poketnya dan diunjukkan kepada Marjan.
‘terima kasih Pak Mat. Saya keluar dulu.’ Marjan terus melangkah keluar.
Sebaik sampai di luar, dia berjalan ke sebalik sebatang pokok pinang yang ditanam di halaman rumah itu, mengintai sekeliling jika ada yang berada berdekatannya.
Tak ada orang. line clear. Dia mengeluarkan handphonenya dan didail nombor yang sama.
‘helo,’
‘helo, bro, apa cerita?’
‘dah dapat semua nombor?’
‘dah, siap dengan nombor cleaner semua aku ada.’
‘ok, kau bersiap kemas-kemas, jangan lupa bawa mohor. Nanti orang ingat kita penipu pulak. Kau tunggu aku kat depan kolej. Ok?’
‘ok boss.’
‘bagus, jumpa nanti, lagi satu, aku drive Toyota Estima hitam.’
‘ok boss,’
‘ok, bye.’
Marjan keluar dari sebalik pokok itu menghampiri Estima, berdiri di sisi. Mampus aku nak bawak kereta besar ni. selama ni bawak Lamborghini je. Aduh. Harap-harap tak fail. Kalau tak, kantoi aku.
Lu'lu' dan Laila keluar dari rumah, menuju ke arahnya. Marjan sudah bersedia membukakan pintu untuk Lu'lu'. Dia tidak akan memberi peluang kepada gadis itu untuk menyumpah seranahnya lagi.
Sebaik mereka masuk ke dalam estima, Marjan turut duduk di tempatnya dan dia memandu ke kolej yang bakal menjadi tempat belajarnya kelak.
Setiba di kolej, Lu'lu' sudah menghilangkan diri tanpa menanti Laila sebaik mereka turun.
Marjan angkat kening. Seingat aku, aku tak pernah dengar lagi diorang ni menyembang. Macam masing-masing tak wujud je. Apa kes diorang ni? perang saudara ke?
‘awak nak pergi office kan?’ Tanya Laila.
Marjan angguk. Aduh, mana budak sengal ni, tak Nampak lagi lubang hidung.
‘err, cik Laila, saya rasa saya nak ke tandas dulu. Lama kot. Cik Laila pergi dulu, nanti saya cari office sendiri.’ Moga-moga dia faham.
‘hmm, saya pun nak cepat ni. ok, saya pergi dulu.’ Laila berlalu tanpa menoleh lagi.
Phew!
‘bro!’ Marjan toleh pantas.
Wajah sengal Kasturi menyapa pandangannya.
‘hah! Apasal lambat?’
‘alamak, sorrylah, Lamborghini kau buat hal.’ Kasturi sengih panjang.
‘hah? Kau guna Lamborghini aku? Hampeh betul! Dah lah tak mintak kebenaran! Aku saman kang baru tau!’
‘aku mintak la kat penjaga garaj. So, sekarang, kita nak buat apa?’
Marjan garu kepala.
‘macam ni. kita pergi office dulu, settle dengan the highest personnel in position kat sini. pastu, baru kita settle dengan orang bawahan dia.’
‘ok, jom.’ Mereka beriringan masuk ke ruang legar kolej.
Mata Marjan liar mahu memastikan Lu'lu' dan Laila tidak melihatnya.
No comments:
Post a Comment