Pintu bilik terbuka dari luar. Wajah Syafni terjengul di muka pintu.
‘dah siap?’ soalan yang tidak perlukan jawapan. Kira diam. Keluhan kecil dilepaskan.
‘Iman dah call?’ Tanya Syafni lagi. Dia bersandar malas di pintu bilik Kira.
Belum sempat soalan itu berjawab, telefonnya berdering. Biar Kira tahu itu panggilan dari Iman, dia tetap mengharapkan jangkaannya salah dan yang menelefonnya itu Hafiz, bukan Iman.
‘helo, hmm, ok. Kitorang turun sekarang.’ Kira bingkas lalu mencapai kunci bilik dan wallet. Telefon bimbit disumbat ke dalam poket jeansnya.
‘jom.’
Mereka beriringan turun dan mendapati Iman tersandar di keretanya, sebuah Proton Saga keluaran terbaru. Kacak? Sekilas Kira melihat Iman, memang layak gelaran yang diberikan Kak Ani padanya, lelaki paling hot di kolej mereka selain Hafiz. Hafiz? Ke mana lah engkau.
Kira merasakan ada kekosongan sebaik mereka menghampiri Iman.
‘mana Kak Ani?’ Tanya Kira. Iman tersenyum kecil.
‘tak jadi ikut. Ada hal. Masuklah.’ Jawab Iman seraya membuka pintu kereta pemandu dan masuk. Kira dan Syafni juga turut berbuat demikian.
‘Kira.’ Syafni menyigung siku Kira di sebelahnya yang seakan berada di dalam dunianya sendiri.
‘ha? Kenapa?’ Syafni tidak menjawab, sebaliknya membuat gerakan mata kehadapan. Kira diam. Tidak memahami maksud gerakan mata Syafni.
Dia memandang ke hadapan, dan matanya menangkap pandangan tajam Iman di cermin kereta itu.
‘kenapa Iman? Kenapa tak jalan lagi?’ Tanya Kira, betul-betul tidak memahami situasi itu.
Iman ketawa kecil. Matanya masih melekat di cermin, menatap wajah Kira dalam pantulan cermin.
‘awak berdua memang nak saya jadi pemandu betul la hari ni? Dah saya sorang je kat depan ni?’ ujar Iman dalam nada bergurau. Senyum melebar di wajahnya.
Kira tergamam seketika. La, lupa Kak Ani tak ada! Pantas Kira keluar kembali dari kereta lalu mengambil tempat di sebelah pemandu. Malu bukan main Kira. Iman Cuma tersenyum melihat Kira yang malu sendiri.
Kereta mula menyusur keluar dari kolej. Kira membuang pandang ke luar kereta. Tiada hati untuk berbicara. Iman menjeling Kira di sisi. Mencari peluang untuk berbicara. Semalam dan dua hari lepas dia terlalu riang berbicara, hari ini lain pula rupanya. Ceria wajahnya yang terlihat semalam juga sudah tiada. Iman tertanya-tanya sendiri.
Syafni yang juga menyedari kesuraman suasana cuba berbual dengan Iman. Bosan dengan suasana sunyi.
‘Iman, awak ambil apa?’
‘saya? Saya ambil architecture. Last semester, last year. Awak sama dengan Kira kan?’
‘haah. First semester, first year.’ Ujar Syafni pula, berbasa-basi.
Kira masih tidak berkutik. Iman menjeling lagi.
‘nama awak?’
‘Syafni, panggil Syaf je.’
‘oh Syaf. Nak Tanya. Kawan awak ni memang macam ni ke? Kejap ceria, kejap diam.’ Ujar Iman, suaranya sengaja ditekan untuk menarik perhatian Kira namun Kira masih memandang ke luar.
Tidak berkutik.
‘entahlah Iman. Awak Tanya la tuan punya badan, saya pun pening. Saya ikut ni sebab dia, tapi macam saya pula yang awak ajak, bukan dia.’ Ujar Syafni pula, sengaja beralasan biarpun dia tahu sebab sebenar Kira begitu.
Kira masih begitu. Melayan perasaannya.
‘Kira,’ panggil Iman.
‘Kira,’ lagi sekali, masih tiada response. Syafni di belakang Cuma menoleh sekilas. Membiarkan saja.
‘cik Kira Ayumi,’ masih tiada response. Iman tersenyum lagi. Apa agaknya dalam fikiran gadis ini? Berkali-kali dipanggil masih tiada reaksi.
Syafni pula yang tidak sedap melihat situasi itu. Ditepuk perlahan bahu Kira.
‘hah?’ Kira termangu-mangu. Dipandang Syafni dan Iman silih berganti.
Iman tergelak kecil.
‘awak ni dahsyat la.’ Tegur Iman dalam tawa. Syafni Cuma menggeleng.
‘kenapa?’ Tanya Kira pula, tidak memahami apa-apa.
‘saya panggil awak berkali-kali awak tak dengar ke?’ Tanya Iman seakan tidak percaya.
Kira terkulat-kulat.
‘awak panggil saya? Ye ke? Sorry Iman, saya tak dengar la.’ Ujar Kira kesal.
Iman ketawa lagi.
‘kenapa?’ Tanya Kira. Dipandang Syafni yang mempamerkan wajah tidak puas hati.
Kira mula tidak sedap hati.
‘kenapa awak panggil saya?’ Tanya Kira lagi, mahu menebus silapnya tadi.
‘saja-saja je. Awak tu mengelamun dahsyat sangat, kitorang mengumpat pun awak tak dengar.’ Usik Iman.
Kira tersenyum kecil.
‘mengumpat? Kalau saya tak dengar baguslah, saya dapat pahala, kan?’ ujar Kira, cuba mengembalikan cerianya dan menceriakan kembali suasana.
‘yelah tu. Boleh kitorang di sini tahu apa yang awak fikir sampai tak kisah orang keliling?’ Tanya Iman bersahaja.
Kira mengalih pandang ke luar tingkap kembali.
‘tak ada apa-apa lah. Saja je nak bagi chance dekat awak dengan Syafni berbual.’ Ujar Kira nakal.
‘ouch!’ jerit Kira apabila Syafni menghadiahkan sebuah cubitan di bahunya. Kira tersengih-
sengih sahaja menahan sakit. Iman Cuma tersenyum melihat mereka.
‘Syaf, aku tau kau sayang aku tapi takkan depan Iman nak bermesra jugak?’ usik Kira lagi.
Iman tergelak lagi. Jauh di sudut hati, dia gembira melihat Kira ceria kembali.
‘eh Iman. Ini tempatnya yang awak nak tunjukkan pada kitorang?’ Tanya Kira. Dia tersentak.
Tempat itu ialah tempat yang sama dia berkunjung dengan Hafiz tempoh hari. Iman memarkir keretanya di tempat letak kereta yang kosong lalu mematikan enjin.
‘dah sampai, girls.’ Iman keluar dari kereta, Syafni dan Kira menurut. Kira masih tergamam.
‘cantikkan?’ Tanya Iman.
‘ye lah, cantik betul tempat ni.’ Ujar Syafni yang jelas terpegun dengan keindahan tempat itu. Kira masih diam.
Iman yang menyedari gelagat Kira mula hairan.
‘Kira, are you ok?’ Tanya Iman.
Kira termangu-mangu seketika. Dia mengukir senyum tawar.
‘oh, I’m fine. Cuma terpegun je dengan tempat ni.’ Ujar Kira memberi dalih.
‘hmm, ok, you all tunggu sini kejap. Saya nak ambil something dari belakang kereta.’ Ujar Iman lalu berlalu.
‘alamak!’ Syafni berwajah mendung tiba-tiba.
‘awak kenapa?’ Tanya Kira, hairan dengan perubahan wajah Syafni.
‘saya rasa, saya kena pergi tandas la..’ ujar Syafni perlahan. Kira menjeling Syafni yang sudah terkulat-kulat.
‘awak ni, saya ingat apa tadi.’ Marah Kira. Dia memandang Iman yang sudah hilang di sebalik keretanya.
‘Iman, kitorang nak pergi tandas dulu la.’ Ujar Kira separuh menjerit. Iman menjengulkan kepalanya dari sebalik bonet.
‘ok, pergilah. Ikut je papan tanda dia kat sana tu.’ Ujar Iman seraya menunjukkan ke satu arah. Kira mengangguk sambil melihat ke arah itu.
‘nanti awak?’
‘saya pergi sana, korang tunggu sana je.’ Kira mengangguk.
‘ok, kitorang pergi dulu.’
‘ok.’ Kira dan Syafni mula berjalan ke arah yang ditunjukkan Iman tadi.
Mereka melalui taman bunga kecil yang dipenuhi pelbagai jenis bunga orked yang berwarna-warni. Kira terhenti seketika, terpegun melihat bunga-bunga itu. Ada yang bergantungan dan ada yang ditanam di dalam pasu dan diletak di atas tanah.
Syafni yang sudah terkulat-kulat wajahnya menepuk Kira perlahan.
‘aku pergi tandas sorang, aku dah Nampak dah tandas. Kau tunggu sini.’ Ujar Syafni, Kira mengangguk.
Dia gemar melihat bunga. Hari itu semasa dia datang dengan Hafiz, dia tidak Nampak pula taman ini. Mungkin terlindung oleh dinding restoran itu. Kira mencium bau bunga-bunga itu satu persatu walau dia tahu orked cantik namun tidak berbau. Sekadar menghayati keindahan taman itu.
Benar-benar cantik. Kira mengangkat mukanya. Dia terkenangkan Hafiz tiba-tiba. Dia mencari kelibat restoran itu yang kelihatan dari jauh. Di sebelah sana tasik itu. Kira termenung lagi. Di sebalik bunga-bunga yang berseri di situ, seri wajahnya sebagai sekuntum bunga juga hilang seketika.
‘awak suka bunga?’ suara itu menegur. Kira tersentak. Iman mengukir senyum lagi.
‘eh, awak. Em, suka sebab bunga cantik dan indah. Tenang mata melihat ciptaan Tuhan.’ Ulas Kira. Dia memandang segenap taman comel itu.
‘em, betul. Saya pun suka menatap indah ciptaan Tuhan.’ Iman mengiyakan, penuh dengan makna tersirat.
‘eh, awak ada kamera?’ Tanya Kira apabila melihat sebuah kamera tergantung di leher Iman.
Iman mengangguk.
‘saya memang minat mengambil gambar. Tujuan saya datang sini hari ni pun sebab saya nak ambil gambar untuk disumbangkan di hari pameran kelab kita nanti.’ Ujar Iman bersungguh-
sungguh.
‘oh ya? Bagus betul awak ni. Tak nak tangkap gambar saya ke? Saya boleh jadi model tak bertauliah awak.’ Ujar Kira menawarkan diri. Sebenarnya dia Cuma mahu mengusik Iman, tidak ikhlas mahu menawarkan diri dan sekadar berbasa-basi.
‘boleh saja kalau awak sudi.’ Jawab Iman tanpa berlengah. Kira terdiam.
Alamak, termakan dengan kata-kata sendiri.
Iman cuba menahan senyum melihat wajah Kira yang sudah gelabah.
‘awak nak ke tak?’ Tanya Iman lagi, mahu terus mengusik Kira dan melihat wajah itu merona malu.
‘eh, saya main-main je.’ Sekilas Kira menarik nafas lega apabila melihat Syafni sudah berjalan menghampiri mereka.
‘awak ambil Syafni la jadi model awak.’ Ujar Kira mendapat idea lain pula mahu melepaskan diri.
Syafni yang baru tiba termangu-mangu mendengar namanya disebut.
‘ha, kenapa ni sebut-sebut nama saya?’ Tanya Syafni.
‘Kira ni offer diri nak jadi model saya lepas tu tak nak pulak.’ Adu Iman. Kira terdiam. Gila!
Syafni Cuma tersenyum sambil membelek sekuntum bunga orked berwarna ungu.
‘apa la awak ni Kira, main-main pulak dengan Iman ya.’ Syafni memandang Kira penuh makna.
‘eh, jomlah. Kita ke tempat yang lagi best.’ Ajak Iman. Kira melepaskan nafas lega.
Syafni mendekati Kira apabila melihat Iman sudah menjauh.
‘padan muka, usik dia lagi.’ Ujar Syafni seraya menjeling Kira yang termangu-mangu.
‘saya saja je, tiba-tiba dia kata boleh. Mana saya tau dia nak.’ Ujar Kira membela diri.
Mereka beriringan membontoti Iman. Kira membuang pandang ke sekitar tasik.
Dia dapat melihat orang-orang bergerak di dalam restoran di sebelah sana tasik. Teringat peristiwa hari itu. Baru dia mahu mengalih pandang, Kira ternampak kelibat yang dikenalinya. Kira mengecilkan matanya, cuba memastikan dia tidak tersalah pandang. Memang betullah dia melihat Hafiz dan Wani di dalam restoran itu.
Kira melarikan pandangannya. Kecewa? Sedih? Marah? Kira tidak pasti apa yang dirasakannya saat ini. Juga tidak tahu layakkah dia merasakan semua perasaan itu bila dia sendiri yang sedia menerima apa jua keadaan sebelum menerima Hafiz dulu. Syafni di sebelah masih tidak menyedari gelagatnya. Sibuk memerhatikan keindahan tasik itu.
‘eh, saya dahaga lah. Apa kata kita pergi minum dulu?’ cadang Iman tiba-tiba. Kira tersentak. Tak nak!
Syafni mengangguk setuju. Memandang Kira yang berwajah keruh. Iman yang juga memerhati gelagat Kira mendekat.
‘nak minum tak?’ Tanya Iman lagi, matanya memandang Kira tepat. Kira membalas renungan itu, serba-salah.
Jika dia pergi, dia akan bertembung dengan Hafiz dan Wani dan dia tidak sanggup melihat mereka berdua. Bagaimana pula kalau dia menolak? Nak diajak ke restoran lain, di situ Cuma ada satu restoran sahaja. Takkan nak ajak balik terus? Kasihan Iman pulak.
Kira bermain jari-jemarinya. Resah. Dia membuang pandang ke tengah tasik. Cuba menyembunyikan resah di hati dari diketahui Iman.
p/s: hehe, sy mmg org yg suka mencuri masa, masih tak nak belajar dari pengalaman. apa-apapun, undilah pilihan u all ye..
- A ~ Kira menurut sahaja Syafni dan Iman ke restoran itu
- B ~ Kira memberi alasan mahu ke tandas tapi tak datang-datang ke restoran tu
- C ~ Kira mengajak Iman pulang sahaja
nak lg..
ReplyDeletehmmm..
nak pilih yg mna ya..
sya pilih A..
jgn tunjuk sgt yg kira tu ada apa apa ngan hafiz..
hehe
sambung cept2 yer...
ReplyDeleteA... smbg cpt ye...
ReplyDeleteaku pilih A
ReplyDeletebuat2 x nampak je hafiz ade kt situ
buat2 cam takde perasaan..
tgok hafiz perasan kira ade kt situ ke x