12 Julai 2006
Argh! Aku sakit hati! Menyampah betul aku dengan Adi!!!!!!!!! Dia ingat dia pandai dia boleh buat suka hati dia je?? Aku pun ada perasaan la Adi! Benci! Tau tak, hari ni dia buat lagi bunyi lembu bila aku lalu depan dia dan kali ni depan Amran yang aku admire! Kenapa mesti jadi macam ni???? Aku malu dekat Amran! Benci nye!!!! Adi!!!!!!!! I HATE YOU!!!!
18 Julai 2006
Hari ni birthday aku. Aku bangun dengan harapan baru agar aku dapat menempuh hari-hari mendatang dengan kesabaran dan ketabahan dan beroleh kejayaan di hari muka. Tapi Adi sangat-sangat mencabar kesabaran aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dia cakap muka dan badan aku bentuk cam lembu depan semua orang! Sangat-sangat biadap! Hari ni dia telah memberi satu hadiah yang sangat-sangat pedih dan akan membuatkan aku ingat dia sehingga akhir hayat aku! Adi, bila sampai masanya, aku harap kau dapat balasan yang takkan kau lupa! Hanya itu yang mampu aku cakap kan tadi. Allah, berikan aku kekuatan!
28 november 2006
Hari ini hari terakhir persekolahan. Aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan seribu satu harapan aku akan beroleh yang terbaik untuk diriku walaupun aku tahu pastinya Adi yang akan memperoleh keputusan terbaik. Sejak kejadian di hari lahirku yang ke 17, aku tidak lagi menghiraukan dia. Itulah nasihat yang diberi oleh ibu dan guru-guruku yang lain. Teman-temanku terlalu menyukai Adi sehingga mereka melupakan aku yang teraniaya. Sedihnya tidak terkata. Adi yang pandai! Adi yang kacak! Adi yang macho! Argh! Menyampah! Seorang temanku sehinggakan pernah memberitahuku dia menyukai Adi dan selepas itu aku mendapat tahu mereka menjalinkan hubungan secara rahsia kerana di sekolahku pelajar tidak dibenarkan bercouple. Aku kecewa kerana semenjak itulah segala rahsia aku diketahui Adi dan sudah pastilah buah hatinya yang menjadi pemberi maklumat secara rela. Sehinggakan semua pelajar lelaki mengetahui rahsiaku. Kerana itu jugalah aku sangat membenci Adi! Sampai ke akhirnya aku cuma mampu berdoa Adi mendapat balasannya dan mampu melihat aku sebagai seorang manusia yang juga mempunyai perasaan. Harapan aku juga dengan berakhirnya musim persekolahan yang menyeksakan ini aku tidak akan lagi bertemu dengan teman-teman dan Adi kerana aku tahu aku tidak akan mampu menahan kesedihan untuk mengingati kembali kenangan pahit di sini.
18 julai 2012
Hari ini hari lahirku yang ke-23. Iskandar, buah hatiku sejak setahun yang lalu, telah memberitahuku yang dia akan memberiku satu kejutan. Apabila dia menjemputku pada pukul 8, aku tahu dialah yang akan aku pilih untuk menghabiskan seluruh hidupku bersama. Aku amat menyayanginya namun sungguh aku tak sangka, hakikatnya iskandar sudah beristeri dan dia telah menjalinkan hubungan denganku tanpa memberitahuku cerita sebenar di sebalik semuanya. Bagaimana aku mengetahuinya? Semasa kami sedang menghabiskan makan malam, seorang wanita datang menghampiri kami dengan mengendong seorang anak kecil. Apabila kanak-kanak itu memanggil iskandar ‘papa’ dan wajah iskandar berubah, aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Apabila aku bertanya siapakah mereka, dia dengan teragak-agak menjawabnya dan akhirnya isterinya sendiri menerangkan kepadaku dan aku hanya tergamam. Aku meminta kepastian dari iskandar dan dia hanya diam. Mengenalinya aku tahu diamnya bererti mengiyakan. Aku hanya mampu tersenyum tawar dan terus aku berlalu dari situ. Tidak sanggup aku menyaksikan lagi adegan seterusnya. Iskandar telah menipuku selama ini! Aku bersumpah aku tidak akan lagi bertemu atau menghubungi iskandar kerana aku tidak sanggup untuk menghilangkan sinar keceriaan dan kebahagiaan di muka kanak-kanak kecil tadi. Aku bersumpah dengan nama Allah!
20 september 2012
Hari ini aku baru berpeluang untuk melayari internet dan membuka laman blogku. Sudah lama aku tidak menulis. Suka-duka hidupku aku coretkan di sini. Ada juga cerita seawal zaman tadika dan sudah pasti aku tidak lupa untuk mencoretkan tentang ‘musuhku’ di sekolah menengah dahulu serba-sedikit. Aku berani meluahkan segala-galanya kerana aku menggunakan nama samaran dan tidak ada antara rakan-rakanku dahulu yang mengetahui kewujudan blogku ini kerana aku telah memutuskan langsung hubungan dengan mereka. Hari ini seorang pengunjung baru menggunakan nama Ida Irsa memberi komen kepada tulisanku yang mengisahkan tentang Adi di mana aku menceritakan segala-galanya dan meluahkan segala kebencian ku padanya dan bagaimana aku sangat berharap dia mendapat balasan setimpal kerana sering menganiaya aku dahulu. Komennya berbunyi agak pelik. Begini bunyinya:
“Cerita awak menarik sangat dan saya sangat-sangat yakin Adi dah mendapat balasannya kerana tidak menghiraukan perasaan awak dahulu. Bagaimana kalau dia meminta maaf dan mahu bersahabat dengan awak kembali? Awak terima?”
Pelik komen ini kerana dia bercakap seolah-olah dia kenal dengan adi. Namun begitu aku yakin dia tidak mengenali adi kerana tiada yang tahu emelku dan juga kewujudan blog ini. Aku cuma membalas begini:
“Saya tidak pasti bagaimana penerimaan saya sekiranya itu terjadi sebab saya tak rasa akan muncul saat di mana dia meminta maaf dari saya. Perlakuannya sangat menyakitkan hati saya dan saya tak rasa saya mampu memaafkan dia sampai bila-bila.”
Aku harap pengunjung yang memberi komen ini faham kerana sememangnya aku xkan memaafkan dia sampai bila2.
30 september 2012
Hari ini Ida Isra membalas komenku. Katanya:
“Sy fhm sgt dgn perasaan awak tapi awak rasa tenteram ke dgn berdendam? Kan lg elok memaafkan? Sedangkan Nabi ampunkan umat.”
Aku membalas:
“Sy bukan nabi, sebab itu sy x boleh berlapang dada dgn dia.”
Tidak lama kemudian dia membalas lagi. Perasaan hairan menguasaiku kerana dia seolah-olah sentiasa di hadapan monitor menunggu balasanku.
“Saya berminat nak kwn dgn awak. Boleh sy tahu email awak? Kita boleh berhubung di YM. Lagi mudah kan? Itupun kalau awak sudi. Btw, sy Ida.”
Aku berfikir sejenak. Setelah menimbangkan baik dan buruknya, aku membalas lg.
“Ok, no harm in making friends, rite? Saya Hilda. Email saya avenger_85@yahoo.com. Saya online skrg.”
Dan dia terus menghantar permintaan menjadi kawan di Ym dan aku menerimanya dengan senang hati. Berkawan x salah dan mlm ini kami bersembang di YM sehingga pukul 2 pagi. Dan baru ku tahu dia lulusan psikologi dari UKM, skrg bekerja di Jabatan Kesihatan Malaysia dan berasal dari tempatku juga, Alor Setar tetapi sekarang dia juga bekerja di Shah Alam sepertiku. Umurnya sebayaku dan aku dpt merasakan kami sgt serasi berkwn kerana dia sgt memahamiku. Itu pandangan pertamaku padanya.
30 oktober 2012
Sudah sebulan kami berkwn. Hampir setiap malam kami berchatting dan bnyk perkara yang dibincangkan termasuklah mengenai Adi. Aku menceritakan tentang Adi dengan lebih mendalam dengannya. Mungkin kerana dia seorang ahli psikologi, aku senang berbicara dengannya kerana sikapnya yang menyenangkan dan memahami. Aku meminta untuk melihat gmbrnya kerana dia tidak mepamerkan gmbrnya di dalam YM dan dia menolak. Dia memilih untuk bertemu terus dan kami menetapkan tarikh dan tempat pertemuan. Aku bersetuju untuk bertemu dengannya pada hari ahad akan datang di pizza hut Shah Alam City Center. Hmm, gemuruh jugak nk bertemu dengannya walaupun dia seorang perempuan kerana aku tidak pernah berkwn dgn org yang dikenali hanya secara maya shj.
5 november 2012
Hari ini aku bersiap awal dan sudah berada di pizza hut 10 minit awal. Tiba-tiba aku mendapat kejutan yang x disangka-sangka. Seseorang menegurku dan apabila aku berpaling, hampir luruh jantungku! Adi! Kenapa dalam bnyk2 tmpt kat sini jugak dia ada? Bencinyaaa!!!Terus aku berlari keluar dan dia mengejarku. Terus aku terlupa tentang janjiku dengan Ida. Adi mengejarku dan sempat memintasku. Dengan kasar aku bertanyakan siapa dia? Aku xkan mengaku aku mengenali dia. Dia membalas kembali, “kalau x kenal sy kenapa lari?” panas mukaku menahan malu. Terus aku meneruskan langkah yang terhenti! Menyesal aku berhenti tadi! Dan mlm itu ida bertanya di YM kenapa aku tidak dtg dan aku meminta maaf sambil menerangkan sebab aku pulang tanpa menemuinya dan dia seperti biasa memahamiku. Ida memintaku cuba memaafkan Adi kerana katanya itu yang terbaik. Memanglah tetapi hatiku sgt pedih apabila mengingati peristiwa di sekolah dulu. Dia terus memujukku dan akhirnya aku menjawab aku akan mencuba memaafkannya. Ida bertanya lagi, sekiranya aku berjumpa lagi dgn dia aku akan lari? Aku menjawab, ok, aku berjanji xkan lari lagi. Padaku, macamlah dia akan tahu sekiranya aku berbohong sekalipun. Kerana itulah aku mengikut shj kehendak Ida. Kami berjanji utk bertemu dan pertemuan diaturkan lagi. Ahad depan kami akan bertemu lagi. Aku bersetuju.
12 november 2012
Aku sudah menunggu selama 10 minit di Pizza hut ini. Tiada pun manusia yang aku rasakan adalah Ida. Tiada pun yang masuk dan mendekati aku. Tiba2 aku terlihat Adi sedang berjalan ke pintu Pizza Hut. Sebaik dia masuk dia terus menuju ke meja ku. Aku terkesima. Baru aku mencapai beg tangan untuk beredar dari meja itu dan tatkala aku sudah berkira-kira untuk mengaturkan temujanji lain dengan Ida kelak kerana terpaksa membatalkan lg temujanji kami, tanpa disangka-sangka Adi bersuara. “kan dh janji xnak lari lg?” aku terdiam. Kami berpandangan lama. “kenapa....awak tau?” hanya itu yang sempat aku tanyakan. Dia lantas bangun dan menghulurkan tangan kepadaku.
“hai saya Asri Adi aka Ida Isra. Nice to meet you!” aku tergamam, terus ku capai beg tangan ku dan beredar dari situ. Kalau boleh aku nak terus menghilangkan diri dr pndgn dia dan org lain! Sekali lagi, dia mengejarku dan kata-katanya xkan aku lupakan seumur hidupku.
“Hilda, x boleh ke kita berkwn balik?”
“kita prnh berkwn ke?”
“yes, as Ida and Hilda.”
“but Ida is a girl and she is dead the moment you introduced yourself!!”
“Hilda please listen to me first! Have u ever asked ida’s gender? So its not my fault that u think ida is a girl! I have a lot to say and explain! I have reason for doing that!”
“O really? But I don’t think I have anything to say to you!”
“You do have a lot to say to me, don’t contradict yourself!”
Pd masa ini, aku hampir terlupa, he is a psychologist! Aku xkan biarkan kau merendah-rendahkan aku lg Adi! Xkan! aku tinggalkan dia mcm 2 je. Aku rasa tertipu. Kenapa dia perbodohkan aku lg? aku bercerita bnyk dgn dia, too much hingga membuatkan aku terasa bodoh sgt! Kenapa aku boleh x perasan adi asri dan ida isra adalah nama manusia yg sama??? Orang yg paling aku benci??? Kenapa semuanya x adil bg aku? Kalau aku diberi pilihan, dialah org terakhir antara kwn sekolah yang aku akan pilih utk bercerita tentang diri aku, especially after what had happened with iskandar. Tuhan, berikan aku kekuatan! Aku pasti dia menungguku di YM tetapi aku tidak akan lg menerima kunjungannya seperti selalu. Aku memilih pilihan ‘invisible to this person always’ pada namanya di senarai kenalanku. Cerita aku dan Ida sudah menemui noktahnya.
13 november 2012
Pedih semalam masih terasa. Bagaimana mungkin aku boleh bersembunyi darinya lagi? Dia sudah mengetahui maklumat diriku terlalu bnyk, maklumat yg x pernah aku berikan kepada rakan-rakan sekolah yg lain. Mereka akan bercerita tentangku lagi. Aku pasti. Dia pasti memburuk-burukkan aku lg. susah untuk aku bekerja dgn tenang selepas apa yg terjadi. Ketenangan yg aku kecapi selepas perpisahan dgn iskandar terusik kembali. Adi, kenapa mesti kau menyukarkan hidupku? Ya, aku mempunyai bnyk perkara yg ingin aku tanyakan dan luahkan padanya. Aku menyimpan segalanya dan kerana itulah perasaanku tidak tentu arah. Aku tidak mempunyai tempat mengadu selain ‘Ida’ selama ini. Begitu bosan hidupku dan lantaran itu jugalah aku mudah mengingatkan kenangan lama yang menyakitkan hati itu. Penatnya fikiran... Apakah yang menantiku di masa hadapan?
17 november 2012
Adi menghantar komen ke blog ku lagi. Satu2nya cara dia utk berhubung dgnku. Dan tulisannya menjadi igauan burukku.
“Hilda, I’m sorry 4 everything. I seriously have to talk to you Hilda. Talk to me. Why are u always invisible in YM? I don’t want you to vanish again Hilda. Seriously. Btw, we will be having our batch reunion this sunday at dewan MBSA. Please come Hilda. Our frens are all missing u so much. If you want to come, let me know. I know you are not comfortable with me being around. You don’t have to run again. I will go. U have my words in this Hilda. I promise you. I will go.”
Aku sungguh tidak mengerti tujuannya menulis begini. ‘I don’t want you to vanish again’, apa erti kata-kata ini? Ku kira selama ini dia tidak pernah kisah akan kewujudanku. Reunion? Dia xkan hadir kiranya aku hadir? Betulkah apa yg ditulisnya? Aku tidak tahu mana yang betul dan mana yang tidak. Apa yg ku tahu, aku tidak prnh mempercayai lelaki ini dan tidak akan aku ubah prinsip ini selama2nya. Entahla. Runsing aku memikirkan perkara ini.
18 november 2012
Aku akan hadir dan aku sudah membalas komennya. Selepas itu, tiada lg balasannya dan tanpa aku sedari, aku menanti balasannya dan aku hampa apabila tiada lgsg blsnnya. Dia juga tidak lg online di YM. Oh tuhan, apa sudah berlaku dgn prinsipku?? Adakah aku sudah mengalah dengannya?
22 november 2012
Aku menjadi perhatian ramai kerana aku telah menyepikan diri tanpa sebarang berita selama 6 tahun dan ini membuatkan teman-teman ingin tahu tentang perkembangan terkiniku. Namun begitu, ramai yang bertanyakan bagaimana aku mengetahui tentang reunion ini. Aku hanya menjawab, “adalah”. Xkan nk bgtau cerita sebenar? Malulah aku. Di celah manusia yang ramai, aku mencari satu kelibat dan sehingga ke majlis sudah hampir ke penghujungnya dia tidak kelihatan. Benarkah apa yg dijanjikannya? Sebaik sahaja majlis hendak berakhir, pengerusi majlis yang juga merangkap ketua pengawas kami dahulu meminta hadirin yg hadir diam kerana dia ingin membacakan surat dr teman yg tidak dpt hadir dan namaku disebut sebagai org yg plg diminta utk memberikan perhatian kpd isi surat itu. Paling mengejutkanku, adi adalah penulis surat itu! Apa lg yg ingin dilakukannya? Tidak cukup lgkah penderitaan ku dahulu, Adi?
Isi surat itu namun begitu sungguh di luar jangkaanku.
“kepada Hilda, mgkn pd ketika kau tau aku penulis surat ini, kau cuma memikirkan yang aku akan memalukan kau lg dan menambah sakit hati dan bencimu pdku.
Hilda, benar kata kau. Aku telah mendapat balasan tuhan atas apa yg telah aku lakukan keatas kau dahulu. Aku ditimpa satu penyakit yang tiada ubatnya, melainkan kau sendiri mengizinkan ubat itu diberi padaku. Hilda, sejak kau menghilangkan diri, aku bagai hilang punca dan arah, dan baru ku tahu, usikanku dan marahmu adalah penyambung hidupku selama ini. Aku merinduimu, aku mencari-carimu tetapi tiada siapa yg tahu kemana kau menghilang. 6 tahun lamanya aku mencari, sehinggalah namaku yang ku taip di Google Search membawa aku ke blog Avengerism, tulisan kau Hilda dan penyakitku terubat sedikit. Penyakitku bertambah baik sebaik aku bertemumu kembali kali pertama di pizza hut. Namun harapanku agar penyakitku sembuh sepenuhnya tidak kesampaian kerana kau telah membunuh Ida sama sekali sebaik kau tahu akulah Ida Isra. Hilda, begitu keras hatimu dan aku tidak slhkan dirimu. Semuanya adalah salahku dan aku harus menanggung semua ini. Kerana itulah aku mengambil keputusan utk pergi jauh dari mu dan mengembalikan keceriaan dln hidupmu, jika itu yg kau mahu. Keranamu Hilda, aku rela menanggung dan menebus segalanya dan aku rela tidak mendapat penawar bagi penyakitku. Untuk kesekian kalinya, maafkanlah aku Hilda diatas segalanya. Semoga kau berbahagia sehingga ke akhirnya.
Yang tulus mencintaimu dan mendambakan kemaafan darimu,
Adi Asri”
Kala itu, semua mata tertumpu padaku. Salah aku kah? Bodoh! Lain kali cakap la awal2! Berpasang2 mata tertumpu pdku! Malunya!!!! Aku terus berlari keluar dari dewan dgn hajat utk pulang terus dan menyembunyikan diri kembali utk 6 tahun lg! Mgkn itu yg terbaik! Tiba-tiba satu suara menyapaku sebaik aku menghampiri keretaku.
“la, nk lari lagi?”
18 julai 2013
Hari ini hari yang paling bahagia bagiku kerana aku telah diijabkabulkan dgn insan yang amat ku sayangi, Hilda.
Hilda, abang berjanji akan menebus kembali setiap saat yang memalukan Hilda dahulu dgn setiap saat yang akan membuatmu tersenyum shaja. Hilda, kaulah penawar kepada sakit rinduku dahulu, pintaku jgn lah kau melarikan diri lg sayang. Abang amat mencintaimu. Kaulah hukuman terbaik yang pernah dianugerahkan kepada abang diatas sikap abang yang buruk dahulu. Semoga perkahwinan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat sayangku. Terima kasih Tuhan atas anugerahMu ini. Janjiku aku xkan mempersia-siakannya lagi. Itu ku pasti.
best...
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeletegaduh2 tu alasan jek...
best3x!
cayalah sis..
hilda dan adi ni ade sikit cm cerita idup saya
ReplyDeleteorg kter jgn benci sgt nnt jatuh sayang
tp bagi kitorg benci selamanya benci
this story is too good to be true
tp xdinafikan cerita awk sgt baik
memang best pun....
ReplyDeletex sangka kak aku ny berbakt....huhu..excellant sis!!!!
em best2....
ReplyDeletenia_ageera
beshnyer~
ReplyDeletetakiya genji...bru bce cerpen nie...haha...sweet..
ReplyDelete