Cendera pantas menunaikan tanggungjawabnya yang pertama hari itu, membersihkan tong sampah setiap meja di situ. Adoi penat! Dia meluruskan badan yang sakit kerana terbongkok-bongkok dari tadi. Tiba-tiba, matanya tertangkap kelibat seseorang.
‘Lela!’ jeritnya kuat.
Lela menoleh lalu tersenyum. Di tangannya sebatang penyapu dan penyodok.
‘Cendera, awal hari ni?’ Lela mendekati Cendera yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
‘hehe, memang selalu awal. Cendera nak jadi rajin macam Lela. Cendera nak datang awal supaya Lela tak payah buat banyak kerja. Biar Cendera yang buat.’ Jelas Cendera bersungguh-sungguh.
‘terima kasih Cendera. Dah habis nanti kita jalan sama ya.’ Ujar Lela lagi.
‘baiklah Lela. Itu dah semestinya!’ lalu Lela berlalu menunaikan kerjanya menyapu sampah di pejabat itu.
Mereka bertugas sebagai janitor di syarikat itu sejak 3 bulan yang lalu. Cendera rajin, Lela baik. Mereka bertungkus-lumus setiap hari memastikan pejabat itu bersih dan selesa untuk orang lain bekerja.
Sedang Cendera melayan angan-angan memikirkan apa yang hendak dibualkan dengan Lela nanti, Cendera terdengar suara orang marah-marah di bahagian hadapan. Cendera bergegas menuju ke arah itu.
‘awak buta ke? Kan saya tengah berjalan? Kenapa awak sapu kaki saya? Buta!’ kasar bentakan itu. Cendera tidak sedap hati.
‘maaf encik. Saya tak sengaja.’ Kedengaran suara itu gugup berbicara.
‘apa maaf maaf? Kau tau tak, kasut ni, tak mungkin boleh diganti dengan gaji kau sebulan tau! Tengok, dah melekat kotoran. Kau memang buta, kau tau tak? Buta!’ bentak suara itu lagi.
Cendera melangkah lagi ke hadapan lalu jelaslah pada penglihatannya situasi itu. Perasaan marah membuak-buak secara tiba-tiba.
‘encik. Dia dah minta maaf, sudahlah tu.’ Sampuk Cendera tiba-tiba. Taufik bengang.
‘kau tukang kutip sampah jangan masuk campur boleh? Ni urusan aku dengan dia.’ Cendera melihat Lela sekilas.
Air matanya sudah bertakung. Wajahnya sudah merona merah menahan malu diherdik di depan orang.
‘encik, saya minta maaf bagi pihak dia. Maafkan dia.’ Ujar Cendera lagi mempertahankan Lela.
‘argh! Apa-apa je la!’ lantas Taufik berlalu pergi. Orang ramai yang berkerumun juga sudah beransur sedikit demi sedikit.
Cendera mendekati Lela yang sedang sibuk membersihkan mukanya. Malu Cendera melihatnya begini.
‘Lela ok?’
‘ok, Cendera, terima kasih.’
‘hmm…tak apa. Jom.’ Ajak Cendera.
Lela mengerutkan dahi.
‘ke mana?’
‘bumbung.’ Lela masih kehairanan namun dia tetap melangkah menuruti Cendera.
Bumbung bangunan itu berupa sebuah taman yang dikhaskan untuk majlis kenamaan sahaja.
Taman itu cantik. Lela terpegun. Dia tidak pernah naik ke situ. Seakan dalam cerita dongeng.
‘cantikkan?’ Tanya Cendera. Lela tidak menjawab. Dia berpusing-pusing mengelilingi kawasan itu. Dia masih terpegun. Tidak sangka ada tempat secantik itu di sini.
‘Cendera, mana awak tau ada tempat ni? Saya tak pernah tau pun.’ Ujar Lela riang. Cendera gembira melihta Lela senyum kembali.
‘saya tersesat hari tu, sebab tu saya boleh tau.’
‘cantik sangat tempat ni. Macam dalam cerita dongeng.’
‘Lela, jom duduk.’ Cendera sudah melabuhkan punggun di sebuah buaian besi yang berukir cantik.
Lela turut melabuhkan punggung di sisi Cendera.
Cendera memandang jauh, kosong. Lela juga mendiamkan diri, menghayati keindahan tempat itu.
‘Lela, sampai bila Lela nak buat kerja ni?’ Tanya Cendera tiba-tiba. Lela diam, melepaskan keluhan kecil.
‘susah nak cakap Cendera. Lela miskin, mak dan adik-adik bergantung pada Lela. Lela kena bekerja Cendera. Kalau tak, mereka tak makan, tak sekolah.’ Ujar Lela sayu.
‘habis diri Lela macam mana?’
‘diri Lela? Tak pernah ada istilah tu dalam hidup Lela. Diri Lela tak pernah wujud. Yang ada Cuma keluarga Lela. Itu saja.’ Cendera menoleh memandang Lela. Sepasang mata redup itu direnungnya.
‘Lela tak nak kahwin?’ Lela diam, membalasa renungan tajam Cendera.
‘kalau Lela kahwin, ada orang jaga Lela, jaga keluarga Lela. Lela tak perlu kerja macam ni lagi.’ Tambah Cendera.
‘siapa orang tu Cendera, yang mulia dan boleh jaga keluarga Lela kelak macam mana Lela jaga mereka? Siapa dia? Ada ke orang macam tu? Susah Cendera, susah. Yang ada selalunya lepas kahwin isteri ikut suami, kena abaikan keluarga. Kalau tak derhaka dengan suami.’
‘Lela nak lelaki macam mana?’ Cendera bertanya lagi.
‘hmm, kalau boleh, Lela nak lelaki yang kaya, handsome, baik hati, penyayang, menghargai Lela dan keluarga. Yang penting dia boleh berjanji akan menjaga keluarga Lela macam mana Lela jaga keluarga Lela.’ Ujar Lela riang. Seketika senyumannya pudar.
‘tapi Cendera, itu hanya mimpi seorang Cinderella melayu. Tak mungkin jadi kenyataan. Mana ada orang nakkan tukang cuci macam Lela ni. Kalau ada pun, takkan ada yang macam Lela impikan tadi. Betul tak?’
‘kalau ada? Lela kena terus berharap. Kadang-kadang, harapan mungkin jalan pintas kepada kekecewaan tapi harapan membuatkan kita terus hidup. Impian membuatkan kita berusaha ke arah itu. Tercapai atau tidak belakang Kira kalau kita dah berusaha.’
‘hmm, tapi Lela tak nak berharap Cendera. Lela Cuma nak hidup sekarang. Untuk orang macam Lela, impian adalah pembunuh kehidupan. Kerana impian, hubungan kekeluargaan boleh terputus. Macam ayah Lela. Dia tinggalkan keluarga kerana mengejar impian hidup yang akhirnya membuatkan dia kecundang. Apa guna berharap? Bermimpi bila perkara tu hanya akan menghanyutkan kita Cendera?’
‘Lela, janji satu perkara. Terus berharap. Cendera pasti suatu hari putera idaman Lela akan datang juga membawa Lela pergi dengan kuda berhias. Percayalah.’
‘Cendera, Cendera. Ingat cerita dongeng dulu kala ek? Apa-apa saja la. Jom, sambung buat kerja. Nanti kena marah lagi.’ Lela bingkas. Cendera masih duduk, memikirkan dalam kata-kata Lela. Hakikatnya, dia sendiri tidak pasti mungkinkah Lela bertemu putera idamannya?
Pulang kerja, Cendera pergi bekerja di gerai makan Pak Ali pula bagi mencari pendapatan tambahan. Hari itu, dia menerima tetamu yang tak disangka-sangka.
‘encik Cendera b Mata?’ Tanya lelaki itu, lengkap bersut hitam berkaca mata hitam.
‘ya saya. Ada apa ya?’
‘encik dijemput ke istana Rasa Sayang oleh baginda raja Sukarasa sekarang.’
‘hah? Kenapa? Saya anak raja ke?’ Cendera riang. Akhirnya dapat juga dia jemput Lela dengan kuda berhias.
‘boleh jangan perasan tak? Ada urusan lain. Tolong cepat. Raja nak pergi tempat lain pulak nanti.’
Maka Cendera pun menaiki kereta mewah lelaki bercermin mata itu untuk mengadap raja.
Sampai di istana, raja sedang menunggu di atas takhtanya.
‘encik Cendera. Ayah awak namanya Mata bukan?’
‘benar. Ayah saya Mata wahai raja yang mulia.’
‘kami pernah berkawan dahulu. Semasa dia bekerja di istana di masa mudanya. Dan kami juga pernah berjanji akan bertemu kembali dan mengotakan janji kami untuk mengahwinkan anak kami iaitu encik Cendera dan puteri saya, Puteri Intan Payung.’
‘dukacita pula saya apabila diberitahu Mata telah pergi dulu namun saya tetap mahu mengotakan janji kami. Encik Cendera setuju?’
Cendera terkedu. Oh Lelaku! Bagaimana denga Lela? Kahwin dengan anak raja memang best, tapi Cendera tidak mahu meninggalkan Lela. Cendera rela tidak dapat kuda berhias untuk menjemput Lela asalkan dia bersama Lela. Cendera masih diam. Tidak tahu jawapan apa yang patut diberi.
‘ampun tuanku. Apakah natijahnya sekiranya saya menolak tuanku?’
‘apa? Anda tak mahu kahwin dengan puteri saya? Penghinaan apakah ini?’ murka raja.
‘tuanku, saya mencintai seorang gadis dan saya memang berhasrat mahu menjadi kaya dan melamar dia. Sekarang, peluang menjadi kaya telah muncul tetapi hasrat saya yang satu itu pula akan terhalang. Ampun tuanku. Saya benar-benar tidak pasti. Maafkanlah saya.’ Ujar Cendera jujur.
Raja berfikir sejenak.
‘baiklah, anda boleh memilih untuk tidak menunaikan janji ini tapi ada syaratnya.’ Cendera tersenyum. Lela, tunggu Cendera!
*********
Lela memandang sayu bunga-bunga di taman itu. Cendera, di manakah kau?’ Cendera berhenti kerja tanpa memberitahunya dan sekarang sudah 2 tahun mereka tidak bertemu. Cendera menyepi. Tak dinafikan Lela rindukan Cendera.
Sedang Lela bermenung, Lela terdengar riuh-rendah di bawah bangunan. Lela berdiri lalu dijenguknya ke bawah bangunan. Eh, bestnya! Pantas Lela berlari ke tangga untuk turun ke bawah. Sampai di bawah, dia terkejut apabila melihat sebuah kuda berhias di depan bangunan syarikat itu. Orang ramai juga sudah berkerumun.
Lela menghampiri kuda itu. Macam mimpi. Untuk siapakah kau wahai kuda? Diusapnya kuda itu.
‘Lela.’ Lela menoleh. Cendera berdiri di situ, kacak dan tampan dengan persalinan mewah.
‘Cendera!’ Lela tersenyum lebar.
‘Lela suka kuda ni?’
‘suka! Tapi, siapa punya kuda ni?’
‘Cendera la.’ Cendera menghampiri Lela lalu melutut di hadapan Lela.
‘Lela, sudikah Lela menjadi isteri Cendera?’
‘Cendera…’
‘Lela, jawablah ya. Cendera sakit lutut ni.’ Ujar Cendera separuh berbisik. Lela ketawa kecil.
‘ya Cendera. Lela sudi.’
‘walaupun Cendera tak kaya?’
‘ya. Sebab Lela tau Cendera ikhlas.’
‘walaupun Cendera kerja kotor?’
Kerja kotor?
‘kerja apa?’
Cendera sudah berdiri. Tersengih-sengih.
‘tak de apa-apa lah. Jom!’ ajak Cendera.
‘naik kuda? Bestnya!’ Lela riang.
‘eh tak la. Cendera iring je kuda ni, tak sempat belajar naik. Kita jalan-jalan keliling bangunan bawak kuda je.’
‘Cendera!’
‘hahaha!’ Cendera sudah ketawa terbahak-bahak. Lela menahan marah.
‘Cendera pergi mana selama ni?’
‘kerja la.’
‘kerja apa?’
‘PECACAI ANGKAT NAJIS Indah Water!’
‘hah???’
*********
Apa syarat raja ek? Syaratnya, Cendera kena kerja dengan Indah Water 2 tahun. Kemudian baru raja akan lepaskan Cendera dengan saguhati wang tunai RM1 juta! Kiranya, si Cendera dah kaya la. That’s why dia boleh datang lamar Lela denga senang hati! Sekian, kisah Cendera Lela.
x bes lah....budak2..emmm, xpe janji cter kira ayumi bes...hehehehe
ReplyDeletentah papa pny nm la cendera b mata..t dpt ank buh plak cenderahati..hehhehe..
ReplyDeleteak rs nice je utk satu cerita merepek merapu.
ReplyDeletehaha. keep it up
bleh thn lah...
ReplyDeletebest gak...
tp ending dia xmenarik hati...
keep the work
drg dok mne je????
ReplyDeletesiap ade kuda bhias lg...
LONDON ek??????