About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, May 4, 2009

Kira Ayumi 11

Dalam kesibukan ramai itu, Kira terlihat kelibat Iman. Dia melajukan langkahnya. Namun langkahnya mati apabila dia terlihat Hafiz bersama Iman. Mereka kelihatan sedang berbincang tentang sesuatu dengan seriusnya. Kira cuba berlindung di sebalik papan-papan yang berada di situ yang menjadi dinding tampalan gambar-gambar yang dipamerkan.

Dia memerhatikan sahaja lagak mereka. Apa yang dibincangkan? Mungkin perasan gerak-gerinya diperhatikan, Hafiz mengangkat muka dan matanya terpaku pada Kira. Kira terus berdiri tegak. Terkejut dengan tindakan Hafiz yang tidak diduganya itu.

Hafiz mengalih pandang. Wajahnya masih serius. Iman rancak mengatakan sesuatu. Hafiz tidak membalas. Kelihatannya dia sedang berfikir dalam. Tiba-tiba, Hafiz mengangkat tangannya mematikan bicara Iman dan dia berlalu begitu saja meninggalkan Iman termangu-mangu.

Kira terkejut melihat Hafiz begitu. Marahkah dia?

Kira terpaku di situ. Tidak berganjak. Iman menggaru kepala yang tidak gatal. Matanya tertangkap Kira yang berdiri tegak di satu sudut. Mata Kira melihat ke satu arah. Hafiz? Iman meneka sendiri.

Dia mendekat.

‘Kira,’ tegur Iman. Kira tersentak. Alamak, lupa pulak kat dia ni!

‘err, hai, Iman.’ Tutur Kira berbasa-basi.

‘awak buat apa kat sini? Bukan awak kena jaga bahagian awak ke?’ Tanya Iman. Kira diam. Baru dia teringat tujuan dia datang ke sini.

‘pasal awak lah.’ jawab Kira laju. Matanya tajam merenung Iman.

Wajah Iman seperti tidak percaya.

‘saya? Kenapa dengan saya?’

‘bila awak ambil gambar saya? Kenapa awak ambil gambar saya tanpa izin saya dan kenapa awak pamerkan gambar saya tanpa kebenaran saya?’ satu demi satu soalan ditanya. Iman menggaru kepala yang tidak gatal.

Riaknya serba-salah.

‘sudahlah, awak pun nak marah saya? Tadi Hafiz dah persoalkan hal tu. takkan awak pulak?’ tanyanya seakan tidak percaya. Kira melopong.

Hafiz persoalkan hal ni?

‘apa Hafiz cakap?’ Tanya Kira laju. Iman melepaskan keluhan berat.

‘kita duduk dulu boleh? Saya dah penat la. Dari tadi saya meronda.’ Pinta Iman. Kira diam. Mengangguk saja.

Iman mengatur langkah ke arah beberapa buah kerusi kosong yang diletakkan di tepi untuk urusetia. Iman melabuhkan punggungnya. Kira mengikut.

‘ok, jawab soalan saya.’ Ujar Kira terus. Iman tergelak kecil. Lucu dia melihat telatah Kira.

‘ok, ok, sabar. Firstly, saya minta maaf sebab saya ambil gambar awak dan pamerkan gambar awak tanpa pengetahuan dan kebenaran awak.’ Ujar Iman seraya mengangkat kedua tapak tangannya dan dirapatkan. Kira memeluk tubuhnya.

‘hmm, kalau saya tak maafkan pun tak ada maknanya dah. Satu kolej dah tengok gambar tu. Malu lah saya.’ Marah Kira.

‘nak malu apanya? Gambar awak cantik apa?’ puji Iman.
Kira mencebik.

‘tapi mesti ke awak pamerkan macam tu? Kalau awak diam-diam je simpan gambar-gambar tu mungkin saya tak bising sangat.’ Marah Kira lagi.

Iman menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak percaya Kira sedang marahkannya.

‘ok, Kira Ayumi. Saya minta maaf banyak-banyak. Maafkan saya?’ ujar Iman lagi.
Kira diam.

‘yelah, yelah.’ Suara Kira sudah mengendur. Iman senyum meleret sampai ke telinga. Tiba-tiba, Kira teringatkan sesuatu.

‘kenapa Hafiz marah?’

Iman membuang pandang ke arah lain sebelum menunduk. Membuat Kira ternanti-nanti.

‘kenapa awak nak tau?’ Tanya Iman. Tidak menjawab soalannya.

‘kan hal ni melibatkan saya juga?’ getus Kira.

‘yelah, yelah. Dia tak marah tapi dia hairan sebab dia tak tau ada kategori tu ada dan muka budak kita pulak yang keluar. Saya pun tak faham apa punca dia nak marah. Bagi saya hal ni tak perlu dipanjangkan terutamanya oleh dia. Kalau awak yang bising saya boleh terima tapi dia tak ada kaitan langsung. Alasan yang dia bagi pun tak munasabah.’ Luah Iman geram.

Kira terdiam. Munasabah lah dia marah sebab dia cemburu. Namun suara itu hanya berlegar di fikirannya. Tidak terluah.

Patutlah Iman membebel panjang tadi dan wajah Hafiz ada riak tidak puas hati.

‘dalam dia marah tu dia bida gambar awak.’ Ujar Iman perlahan, dengan niat memberitahu.

Kira berpura-pura tidak mengetahui tentang hal itu. dia mempamerkan riak wajah terkejut.

‘ye ke? Dia bida gambar saya?’

‘hmm…’jawab Iman sepatah. Kira melepaskan keluhan panjang.

‘hmm, kena lelonglah saya kejap lagi.’ ujar Kira seakan mengeluh.

‘kalau awak tak nak saya takkan benarkan.’ Iman menawarkan bantuan. Bimbang hal itu akan menganggu Kira.

Kira cepat-cepat menolak.

‘eh, tak, tak apa. Nanti orang kata saya ni tak sporting pula. Lagipun benda ni untuk kelab kan? Saya tak boleh terlalu tertutup sangat. Tak apa.’ Kira beralasan. Sebenarnya dia tidak kisah jika orang itu Hafiz.

Iman memandang Kira dalam.

‘kenapa?’ Tanya Kira.

‘ada apa-apa ke yang saya tak tahu tentang awak, Kira?’ soalan itu menusuk dalam.

‘well, banyak yang awak tak tau tentang saya kan?’ dalih Kira. Dia tahu apa yang dimaksudkan Iman. Belum masanya. Dia tak boleh tahu.

‘well, I guess I better get going. But Iman, could you please do me a favour?’ Tanya Kira. Dia sudah bersedia untuk berdiri.

‘apa?’

‘please, jangan buat saya macam ni lagi. saya tak selesa. By the way, saya perlu menghormati
perasaan seseorang yang menyayangi saya. Kalau awak buat macam ni, dia akan terluka. Boleh?’ pinta Kira. Iman tergamam.

‘Kira..’

‘Iman, saya dah dimiliki seseorang tapi tak perlulah saya beritahu siapa orangnya. Saya sayangkan dia dan hubungan kami. Saya minta maaf sebab saya tak beritahu awak awal-awal. Saya tak sangka begini jadinya. Sekarang awak dah tahu, boleh awak tolong jangan buat begini pada saya lagi?’pinta Kira lagi.

Iman menunduk. Pilu mencengkam di hati. Kira serba-salah.

‘Iman, please. Kita masih boleh berkawan kan? Saya tetap anggap awak kawan saya but not more than that. Maafkan saya.’ Ujar Kira lagi. dia menanti jawapan Iman lama namun sepi.

Akhirnya Kira mengangkat punggung lalu beredar meninggalkan Iman yang masih tersentap dengan permintaan Kira.

Kira menghampiri Syafni yang gelisah melihatnya.

‘so, how?’ Tanya Syafni tidak sabar.

‘hmm, dah ok kot? Aku dah berterus-terang dengan Iman.’

‘hah? Kau gila? Habis dia dah tahulah kau dengan Hafiz?’ suara Syafni terlebih kuat lantaran terkejut.

Wajah Kira berubah.

‘Syaf, kuat sangatlah kau cakap. Entah siapa yang dah dengar.’ Marah Kira. Syafni cepat-cepat menutup mulutnya.

Kira memandang keliling. Bimbang ada yang terdengar perbualan mereka. Tiada sesiapa yang mencurigakan. Kira menumpukan perhatian pada Syafni kembali.

‘tak lah, aku cakap aku dah ada someone dan aku tak nak lukakan hati orang tu. If dia buat macam ni mesti orang tu sedih. By the way, Hafiz confronted Iman pasal ni.’ Beritahu Kira. Suaranya semakin perlahan.

Syafni melopong.

‘ye ke? Apa dia cakap?’

‘dia marah atas sebab dia tak diberitahu kategori photogenic ada dan muka budak kita pulak masuk. Iman pun benganglah. Dia kata tak ada sebab Hafiz nak marah kalau semata-mata sebab tu. Well, you know why he is mad actually.’

‘mestilah. Dia marah dengan Iman sebenarnya. Jealous. Biasalah.’ Tambah Syafni. Kira menunduk.

‘hmm, peninglah aku. Dah Hafiz bida gambar aku pulak. Nanti nak kena lelonglah gambar tu. Tak sanggup rasanya aku nak tengok.’ Luah Kira. Syafni menepuk bahu Kira perlahan.

‘sabar jelah Kira. Macam ni lah cinta terhalang.’ Ujar Syafni berlucu.

‘banyaklah kau cinta terhalang.’ Tempelak Kira. Mereka ketawa.

‘habis tu, kau nak tunggu ke sampai masa lelong tu nanti?’ Tanya Syafni.
Kira diam, berfikir sejenak.

‘ikutkan aku tak nak lah. sakit hati dan risau aku. Tak tau apa pulak nak jadi.’ Kira meluahkan kerisauannya.

‘Kira.’ Kira menoleh ke sisi. Hafiz berdiri di situ. Cuma selangkah dua darinya. Wajahnya serius.
Sukar diteka emosinya. Kira dan Syafni sama-sama melopong.

‘sini kejap. saya ada hal nak cakap.’ Panggil Hafiz. Gayanya formal. Kira mengangguk. Hafiz sudah berpusing meninggalkan tapak itu dan Kira mengikut dari belakang.

Mereka terus berjalan sehingga keluar dewan. Ke satu sudut yang agak terperuk namun masih di tempat terbuka. Hafiz berhenti. Kira juga turut berhenti.

‘awak ok?’ Tanya Kira. Hafiz masih diam.

Wajahnya jelas menunjukkan dia terganggu.

‘Kira, maafkan saya.’ Tutur Hafiz, perlahan. Dia menyandarkan tubuhnya yang tinggi lampai itu di dinding. Memandang ke kejauhan.

‘kenapa? Sepatutnya, saya yang minta maaf pada awak. Bukan awak.’ Ujar Kira. Dia merenung wajah itu dari sisi.

‘saya bersalah sebab tak dapat bendung perasaan saya hari tu.’ Ujar Hafiz lagi. Kira diam. Dia bingung mendengar bicara Hafiz.

‘apa yang awak cakapkan ni? Hari tu? Bila?’ Tanya Kira berturut-turut.
Hafiz memalingkan mukanya. Dia menatap wajah itu. wajah yang dirinduinya.

‘hari tu, masa di tasik. Wani, dia beritahu ayah dan sekarang ayah dah mula bertanya. Saya masih cuba menyembunyikan tentang awak. Tapi saya tahu lambat-laun dia akan cari awak.’ Ujar Hafiz lambat-lambat.

Kira terkedu. Tidak percaya.

‘kalau hari tu saya bendung perasaan saya dan saya tak jumpa awak, Wani takkan tahu. Tapi saya rindukan awak dan saya geram dengan Iman. Saya…’ ujar Hafiz lagi, menyalahkan dirinya tidak henti-henti.

Kira menunduk. Kasihan Hafiz. Dia terseksa.

‘Hafiz, saya kan dah pernah cakap, saya takkan menyesal bersama dengan awak. Walaupun sekarang keadaan dah jadi macam ni, saya tetap tak menyesal. Awak jangan salahkan diri awak. Tindakan awak normal bila kita menyayangi seseorang.’ Pujuk Kira.

Kerisauan Hafiz tidak berkurang.

‘sekarang ni pun saya patutnya tak boleh berjumpa awak tapi saya risaukan awak. Saya perlu tengok awak.’ Luah Hafiz lagi. Kira mulai sebak.

‘Hafiz, kan saya dah janji kalau ada apa-apa jadi pada saya, saya akan beritahu awak?’ suara Kira lirih.

‘tapi saya risaukan awak.’ Tekan Hafiz lagi. pandangan mata bertentangan.

Air mata menitis di pipi Kira. Dia tahu Hafiz risaukan dirinya. Mereka baru sahaja bersama namun mengapa ikatan antara mereka begitu kuat?

Hafiz membuang pandang ke hadapan kembali.

‘Iman pula menambah marah saya. Saya tau saya tak patut bida gambar awak. Itu akan menunjukkan lagi pada orang yang kita ada sesuatu. Tapi saya geram dengan Iman. Kira, saya minta maaf.’ Ujar Hafiz lagi. untuk kesekian kalinya.

Kira teresak-esak kecil. Dia tersandar lemah di dinding. Lagi banyak bicara Hafiz, lagi pilu hatinya. Dia tidak sanggup mendengar lagi.

Hafiz juga menyepi. Yang kedengaran Cuma esakan Kira. Dia bukanlah seorang yang mudah menitiskan air mata namun kali ini entah mengapa, perasaanya begitu rapuh.

Hafiz memandang Kira sayu. Jika dibenarkan, mahu sahaja dia menarik Kira agar Kira dapat menangis di bahunya namun masih ada batasan antara mereka.

‘Kira,’ panggil Hafiz. Kira mengangkat muka.

‘tolonglah berjanji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya, walau apa pun yang berlaku. Saya tak sedap hati. Saya takut awak akan pergi juga. Macam mana ayu tinggalkan saya dulu.’ Rayu Hafiz. Kira tersedu kecil.

Kasihan Hafiz. Dia juga ingin merasai kasih sayang sejati namun acap kali peluangnya dirampas dari ayahnya sendiri.

Kira memandang tepat ke anak mata Hafiz.

‘Hafiz, saya takkan tinggalkan awak. Percayalah.’ Kira memberi janji. Air mata masih tidak berhenti mengalir. Hatinya sayu melihat Hafiz begitu.

Kebimbangan jelas terpancar di wajahnya. Dia seperti anak kecil yang bimbang ibunya akan pergi meninggalkannya. Hafiz mengangguk-angguk biar wajahnya masih seperti tadi. Takut dan bimbang.

Kira sudah tidak sanggup menunggu lagi. dia tidak tega lagi melihat wajah itu dirundung sedih.

Dadanya seakan mahu pecah. Lantas dia mengatur langkah laju meninggalkan Hafiz. Bukan kembali ke dalam dewan. Kira tidak mahu lagi bertemu sesiapa sekarang. Cukuplah semua yang telah terjadi.

Dia mendengar Hafiz memanggil namanya namun dia tidak mampu berhenti. Dia perlu menenangkan dirinya. Apabila dia pasti dia sudah jauh dari orang ramai dan Hafiz tidak mengejarnya, Kira memperlahankan langkahnya.

Air mata tumpah lagi. Kali ini esakannya lebih kuat. Dia menangis semahu-mahunya melepaskan semua yang terbuku di dada. Dia memegang dahan pokok yang berdekatan untuk menampung dirinya. Lama dia di situ. Sehingga kering air matanya dan tanpa dia sedari, ada yang memerhatikannya dari jauh.

Iman melihat sahaja Kira. Dia sudah mendengar semua yang Kira dan Hafiz bicarakan. Kebetulan semasa dia lalu di bahagian Kira dia ternampak mereka keluar dewan. Dan kini dia tahu kisah cinta yang terhalang itu. Iman tahu. Sejarah akan berulang. Namun hatinya juga sakit melihat Kira begitu. Biar mereka baru bertemu, dia pasti, sukanya pada Kira bukan mainan.

Kira, mengapa kau mesti terjebak di dalam semua ini dan mengapa aku turut terluka?

p/s: agak-agak apa jadi seterusnya? you all nak undi ke? hehe..ok,ok...saya bagi peluang u all undi...gerenti u all pening nak undi next n3 yg u all nak...hehe..

  • A ~ Kira tetap stay di kolej tu dan Ayah Hafiz bertemu Kira
  • B ~ Kira mengundur diri sebelum ayah Hafiz bertindak
  • C ~ serahkan pd penulis saja untuk wat n3 sterusnya...hehehe...

3 comments:

  1. must be A... BUT HOPE THE GOOD ONE... cnthnya, papa kira pun org berpengaruh ke apa ke.. APA2 AJE

    ReplyDelete
  2. hehe..best la citer nie..
    huhu..cpt2 yer smbung..

    ReplyDelete