“Nisa', baju pengantin kamu ni macam mana? Ummi dah tempahkan kad kahwin, khemah, segala benda, tapi baju pengantin, ummi tak tempah lagi tau.” Ujar Hajah Rubiah.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Tengahari nanti Nisa', Irfan, Hana dan Mala akan berangkat pulang ke KL.
Nisa' menggaru dahi. Mala di sebelah pura-pura tidak mendengar.
Tidak tahu jawapan yang patut diberikan. Hakikatnya, dia tidak sempat memikirkan hal kenduri langsung, segala persiapan kenduri, kalau boleh Nisa' mahu ummi yang uruskan semuanya. Dia Cuma akan mengeluarkan belanja. Oh, Irfan yang keluarkan belanja, hampir semuanya pulak tu.
Nisa' rasa tidak sedap juga memandangkan perkahwinan ini tidak akan bertahan lama namun Irfan berkeras juga. Nisa' terpaksa mengalah.
Kali ini, baju pengantin? Aduhai. Kenapa macam tak ada perasaan je aku ni nak berkahwin?
“hah, apesal diam je? Ummi Tanya kamu ni.”
Irfan yang baru sahaja keluar dari bilik menghampiri mereka dan mengambil tempat di sebelah ummi. Abah dan Fazil telah keluar ke kampung sebelah. Ada hal kata abah.
“Tanya apa ummi?” Irfan pula bertanya.
Nisa' membetulkan duduk Hana yang pada mulanya meniarap tapi tidak boleh menelentang kembali.
Irfan memandang ummi dan Nisa' silih berganti. Menanti jawapan.
Ummi mengeluh.
“ni ha, Nisa' ni, ummi Tanya dia, baju pengantin kamu berdua bila nak uruskan? Hari kenduri tinggal 3 minggu je. Kalau nak sewa, cari sekarang. Nanti tak kelam-kabut. Cuti nanti kan musim kenduri? Entah ada lagi baju untuk disewa, entah tak.” bebel ummi.
Nisa' senyum tawar. Irfan memandangnya lama, mengerti dilemma Nisa'. Nisa' tidak teruja bergelar pengantin baru.
Kerana itu dia tidak kisah dan tidak teringat tentang itu semua.
“err, kami dah ada baju ummi.” Balasan Irfan membuatkan Nisa' mengangkat muka, merenung wajah Irfan dengan dahi berkerut seribu.
Ummi turut menoleh.
“ye ke? Kalau dah ada kenapa diam je? Cakap awal-awal kan senang?” leter ummi lagi.
Irfan dan Nisa' berbalas pandang. Nisa' angkat kening. Irfan buat muka relax.
Nisa' tak puas hati. Pantas dia bangun dari duduknya.
“err, jap ye ummi, nak cakap dengan Irfan kejap.” Pinta Nisa'.
Dia memberi isyarat mata, meminta Irfan mengikutnya ke bilik.
“Mala, tengokkan Hana.” Sempat dia berpesan sebelum dia menghilang ke dalam bilik.
Irfan masuk ke dalam bilik dan ditutup pintu bilik. Bimbang ummi terdengar perbualan mereka.
“awak tipu ummi kenapa?” soal Nisa' seraya berbisik.
Tidak berkelip dia merenung Irfan.
“saya tak tipu. Betul, baju dah ada.” Jawab Irfan yakin, juga berbisik.
Nisa' mengecilkan matanya.
“bila pulak kita tempah or sewa?”
“tak payah, saiz awak lebih kurang Zila je. Awak pakai baju Zila masa kitorang kahwin dulu je.” Selamba jawapan Irfan.
Nisa' membesarkan matanya.
“what? Awak gila ke?”
“kenapa pulak? Awak tak sudi?”
Nisa' berpaling dari Irfan seketika.
“Irfan, bukan tak sudi, tapi, merepeklah awak ni.” ada nada pelik dan tidak percaya di hujung suaranya.
Irfan tersenyum.
“habis, awak nak sewa? Sempat lagi ke? Betul apa yang ummi cakap tu. Kenduri kita nanti time cuti sekolah kan? Itu musim kenduri jugak cik Nisa'. So, kita tinggal 3 minggu je lagi. Nak sewa jugak boleh, tapi mungkin agak mencabar dan makan masa nak cari yang elok dan sesuai. Yelah, pilihan dah tak banyak, masa makin suntuk dan....”
“ok, ok, fine. I got what u mean.” Kedua-dua belah tangannya di angkat sebelum sebelah tangannya diletakkan di pinggang.
Direnung Irfan lama. Pandangan tidak pasti dan ragu-ragu.
“are you sure about that?”
Irfan angguk laju.
“definitely, why not?” Irfan berpeluk tubuh. Jelas dia yakin dengan tindakannya.
“awak, tak rasa ke....err, yelah, saya, isteri baru awak, pakai baju pengantin arwah isteri awak yang..awak cinta, awak tak rasa janggal? Or rasa tak best? Tak?” begitu payah Nisa' meluahkan persoalan yang bermain di fikirannya.
“nope. In fact, saya rasa, if Zila ada pun, mungkin, dia takkan marah.”
Nisa' mengecilkan matanya.
“mana awak tau? Kalau saya, saya kecik hati.” Nisa' berterus-terang.
Irfan terdiam seketika, sebelum dia tersenyum nipis. Diurut-urut dagunya.
“ok, ok, fine, I got it. Kita sewa je baju.”
Berkerut dahi Nisa'.
“la, tadi kata nak pakai yang tu je?”
Irfan masih tersenyum.
“tak payah lah, cari baju lain.”
“kenapa pulak?”
Irfan garu dahi.
“saya terlupa, orang perempuan ni emotional attachment dengan stuff lain dari laki. Pada saya ok je, tapi if awak rasa tak selesa, yelah, pinjam baju bekas isteri saya kan, I mean, it doesn’t really sound nice and you, of course, you want something unique and....”
“wait, wait, wait. Irfan, ada saya cakap saya nak semua tu?” Nisa' pantas memintas.
Irfan ternganga.
“bukan ke? I’m sorry for not being sensitivie earlier. Saya tak sepatutnya...”
“no Irfan, pleaselah.. jangan cakap macam tu, saya tak suka.” Mulut Nisa' memuncung.
Dia mendekati katil lalu duduk. Dipandang Irfan silih berganti dengan dinding. Berfikir dalam.
Irfan setia menanti Nisa' meneruskan bicaranya.
“ok. Macam ni. we’ll see. If baju tu fit dengan saya, saya boleh je pakai baju tu, but,....”
Irfan mengangguk.
“but?”
“but, if tak fit, saya terpaksalah cari baju jugak. Sewa or beli.”
“kalau beli, duit saya.” Irfan memutuskan.
Pantas Nisa' berdiri, diangkat jari telunjuknya.
“no way. Saya la beli.” Tingkah Nisa' pantas.
Irfan geleng.
“tak payah la keluarkan duit awak, guna duit saya je.”
Nisa' menggeleng pantas.
“no, no, no. My dress, my money. That’s it. Full stop.”
Irfan tidak membalas, tapi direnungnya Nisa' lama sehingga Nisa' berasa rimas.
“Nisa', kenapa... awak susah sangat nak terima duit saya?”
Nisa' tersenyum sinis.
“saya yang patut Tanya pada awak soalan tu. Kenapa, awak terlalu bermurah hati dengan duit awak, sedang awak ada masa depan yang lain menanti, in fact, awak ada Sara, and you’re supposed to be married to Sara, and not me, but why are you so generous in terms of money? I have my own money, and you have contributed enough in this wedding when it should be my responsibility since this wedding is all about me, and Hana, it’s not about you and....”
“fine.” Berubah wajah Irfan tiba-tiba. Irfan terus berpaling lalu keluar dari bilik, meninggalkan Nisa' termangu-mangu.
“you... and me...” habis juga ayatnya, namun kala itu, Irfan sudah tiada di depan mata.
Nisa' mengetap bibir.
“Irfan..” dia memanggil di angin lalu.
Pelik. Aku cakap yang betul apa? Terasa ke?
Nisa' mengatur langkah keluar bilik.
Irfan tiada di situ. Melihat Nisa' keluar pandangan ummi mencerlung melihat Nisa'.
“kamu cari siapa?”
“hah?” Nisa' menggeleng pantas.
“tak, tak cari sesapa.” Dalih Nisa'.
Digaru lehernya yang tidak gatal, pelik. Ke mana Irfan?
“Irfan kat bawah. Dia keluar bilik terus turun bawah.” Nisa' terkedu.
Mala yang bersuara rupanya.
“bawah?”
Mala mengangguk.
“haah.” Hana lincah melonjak-lonjak di riba Mala.
Nisa' pantas masuk ke bilik semula dan keluar kembali bertudung.
Nisa' menghampiri Mala, dan diambilnya Hana. Hajah Rubiah menjeling dari ekor matanya, malas mahu mengulas apa-apa walaupun dari rupa Irfan tadi, seperti ada yang tidak kena.
“Nisa' turun bawah kejap.” Nisa' pantas menuruni tangga, bersama Hana.
“Hana, papa Hana merajuk dengan ummi ke?” bisik Nisa' perlahan, seolah-olah berbicara dengan Hana namun matanya meliar melihat sekeliling.
Mencari-cari Irfan namun tetap tidak kelihatan kelibat Irfan di mana-mana.
“mana papa Hana pergi ni?” Nisa' mengomel sendiri lagi.
Dipanjang-panjangkan lehernya. Kereta ada, maksudnya, dia ada sekitar rumah je la. Tapi, kat mana?
Nisa' melangkah ke tepi rumah pula. Tiba-tiba, ada bunyi sesuatu menampar cuping telinganya.
Nisa' pantas mengatur langkah mengikut arah bunyi itu. Semakin hampir, dan di sebalik pohon jambu air, kelibat seseorang sedang mencangkul mula kelihatan.
Nisa' menghela nafas lega.
“Irfan.”
Bunyi itu terhenti.
Irfan menoleh.
“oh, awak.” Dia mencangkul kembali. Seakan-akan tidak peduli dengan kehadiran Nisa' dan Hana.
Nisa' menghampiri, sehingga dua kaki jaraknya dari Irfan.
“apa awak buat ni?” soal Nisa' pelik.
Irfan tidak menoleh.
“mencangkul lah.”
Nisa' tersenyum kelat. Bukan itu jawapan yang diinginkannya.
“Irfan, we were talking, and then u left me just like that. Could you please tell me why?”
Irfan tidak menjawab. Tekun dia mencangkul rumput-rumput yang tumbuh di sekitar itu. Sebenarnya, tanah itu tidak perlu dicangkul. Biar sahaja rumput-rumput itu.
“no, I realized something. That’s why I left.”
Berkerut dahi Nisa', dibetulkan dukungan Hana.
“you realized what?”
Irfan berhenti mencangkul, dan pandangannya terarah pada Nisa', dan Hana silih berganti.
“saya tak penting pada awak.” Nisa' tergamam saat pandangan Irfan menikamnya, dan ada sayu bertandang.
Irfan mencangkul kembali.
“Irfan, saya tak faham. Kenapa awak cakap macam tu? Bila pulak saya cakap macam tu?”
“Nisa', that was what you said just now, this is all about you and Hana, right?” tanpa menoleh, Irfan terus berbicara.
Nisa' hilang kata. Apa ni? tak faham la!
“Irfan, saya... saya tak faham la apa yang awak cakap ni. tadi, we were talking about my dress, and then, bila pulak hal penting tak penting ni came up?”
Irfan berhenti mencangkul, sebelum dia menggeleng bersama senyum sinis.
Dia berpaling kembali, dan disandarkan cangkul itu ke pokok jambu. Dia menghampiri Nisa', terlalu hampir hinggakan Nisa' hampir mahu mengundur ke belakang apabila Irfan bersuara.
“Nisa', forget it.” Dihulurkan tangannya pada Hana dan Hana tanpa bantahan bertukar ke tangan Irfan pula.
Irfan terus melangkah pergi, meninggalkan Nisa' kebingungan.
alahaaaaaiii nisa'..
ReplyDeletegeramnyeee...
apelaa si nisa' nieh..
ngeeeeee..
da byk kali taw irfan makan hati..
huhu..
irfan,,pe kate tros trg je..?
ngeeeee..
geram gk ngn nisa ni..
ReplyDeletexknla xphm2.byk bnar da hint si irfan ni bg..
klu irfan bertrus terang kn..sure nisa rse tertipu..
eee....geramnye cite ni...sabo2
ReplyDeletenape la si nisa nie jnis yg lambat n xsensitif langsung psl perasaan org..
ReplyDeletecian irfan..
sambung lag..
aargghhh
ReplyDeleteaku tensi bila n3 cenggini
terus stress
kena out cepat2 la macam nih
tak suka laaa....hmmm...
nisa..fahamilah hati seorang lelaki...
ReplyDeleteaduhai,wujud lg ke org yg mcm nisa ni?
ReplyDeletenk kata innocent gle2,dh 2 kali couple..
xkn la xperasan lgsg ape irfan rasa..
xsensitif lgsg ngn perasaan org lain..
tlg la jgn jd 'baik' sgt..
kesian irfan
entri ni buat semua org berpihak kat irfan :)
ReplyDeletehehehhee....irfan, g outstation cepat2, biar nisa rasa kehilangan (erk..kalau boleh buat nisa jatuh cinta)
nisa...nisa.... dah dpt yg baik cam irfan pun, buat-buat tak fhm lak. he did it because he loves u!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletenisa' oh nisa' why u like that haa!
ReplyDeleteIrfan belikan nisa' baju baru lah x mau baju tu.