Nisa' membetulkan juraian bajunya yang berat menyapu tanah. Sudah berapa jam dia menyambut tetamu, dia juga tidak tahu. Sejak Irfan meninggalkan dia dengan Daniel tadi, mereka tidak lagi seiring dan sejalan. Irfan dengan kumpulan lain, Nisa' mendekati yang lain.
Bukan dirancang, tapi Nisa' tidak betah berada di sisi Irfan buat masa ini. Dan pelik, Irfan juga seperti tidak peduli untuk menghampirinya. Dalam diam, Nisa' tertanya-tanya di dalam lega. Kenapa Irfan tidak menghampirinya?
Sekali-sekala dikerling Irfan yang berada beberapa meter darinya, dipisahkan oleh dua baris meja. Sekejap-sekejap dia menyapa tetamu-tetamu yang hadir, dan yang dikenalinya. Daniel sudah ke mana. Harapan Nisa' cuma satu, agar dia berpeluang bertemu Puan Kamariah sebelum mereka pulang. Dia wanita beradab. Dia takkan biarkan mereka pulang tanpa menemuinya.
Nisa' mengerling lagi. Sara dan Hana, bersama Irfan. Dia tidak mahu menatap adegan antara mereka, tapi entah kenapa matanya terlekat di situ, tidak mampu diarahkan ke tempat lain walau seinci. Ketiga-tiga mereka kelihatan gembira. Seperti gambaran satu keluarga bahagia. Irfan juga begitu ceria.
Nisa' menghela nafas dalam. Dilarikan matanya, dan wajahnya beraut hampa. Nisa', tak perlu meminta yang bukan hak kau. Dia memujuk diri sendiri.
“cemburu?” Nisa' menoleh ke sisi.
Shila mengukir senyum nipis. Di tangannya, ada segelas air sirap yang kemudiannya dihulurkan pada Nisa'.
“for the bride. Mesti awak letih dari tadi berjalan…” gelas itu bertukar tangan. Nisa' tidak mampu menolak. Baru dia sedar dia begitu memerlukan segelas sirap itu.
Nisa' menarik satu kerusi kosong, lalu duduk. Shila turut mengambil tempat di sebelah Nisa', memerhati penuh minat. Dia mengarahkan matanya ke arah yang sama yang dilihat Nisa'. dia tersenyum lagi.
Sekali teguk, habis setengah gelas sirap itu. Dipegang gelas itu kejap.
“thanks..”
Shila jungkit bahu.
“you’re welcome..”
Nisa' melarikan mata ke sekeliling, Cuma ada seorang dua tetamu di situ yang sedang menjamu selera. Memang dia perlukan minuman ini, tapi dia lebih kepada mahu tahu, apa tujuan Shila mendekatinya? Mungkinkah dia mahu tahu lebih lanjut tentang bicara Nisa' yang salah tempoh hari? Di dalam hatinya, dia amat berharap Shila tidak akan bertanya.
“awak cemburu tengok Hana dengan Sara dan Irfan?”
“hah?” Nisa' merenung wajah itu lama.
“apa.. maksud awak?”
“tak ada maksud apa-apa. Pandangan awak tadi tu, macam pandangan tak senang. Saya Cuma bertanya saja. Kalau tak betul, maafkan saya..” perkataan maaf itu kedengaran tidak ikhlas di telinga Nisa'.
Nisa' turut tersenyum.
“Hana dengan siapa pun, walau dengan awak sekalipun, dia tetap anak saya. Tak ada siapa yang boleh rampas dia dari saya.” Tegas bicaranya.
Mata mereka bertentang seketika.
“walaupun Irfan sendiri?”
Nisa' diam. Apa tujuan Shila?
“kenapa pulak Irfan akan rampas Hana dari saya?” ada curiga di situ.
Shila tersenyum lagi sebelum dia mengerling sekali lagi ke arah itu. Nisa' turut mengikut pandangan matanya sebelum dua pasang mata itu bertentang.
“manalah tau. Gaya awak tadi, seakan-akan menunjukkan insecurity. Itu Cuma pandangan saya. Sekali lagi saya minta maaf kalau saya salah pandang..” dan sekali lagi Nisa' dapat rasakan Shila tidak benar-benar memaksudkan perkataan maaf itu.
Nisa' tidak membalas lagi. Bimbang lagi banyak dia bercakap, lagi banyak yang akan didedahkan.
“Nisa'..” Nisa' menoleh lagi.
“ya, Shila..”
“is there any possibility, that if you didn’t meet Irfan, whom you love, and who loves you so much, awak akan berkahwin dengan sesiapa saja, demi Hana?”
Nisa' memicingkan matanya. Soalan itu sekali lagi menyentapnya.
“cik Shila, what is that supposed to mean?” suara Nisa' yakin kedengarannya, namun Nisa' tidak mampu menipu. Getarannya tetap ada.
Shila jungkit bahu, wajahnya tenang, tiada riak bersalah langsung. Jelas dia tahu apa yang dimahukannya.
“I was just wondering. Hana anak angkat awak. and, from what I heard, she is not from a good family. And saya ada jugak terdengar cakap-cakap orang kampong yang datang ke kenduri ni masa saya berlegar-legar tadi, almaklumla, hidup di kampong ni, orang susah sikit nak tutup mulut. Dari apa yang saya dengar, awak, dah ada boyfriend, dan hampir nak bertunang sebelum you met Irfan. Dan dalam masa tak sampai 5 bulan lebih saja, you two are married. If you don’t mind, may I ask, what happened to you and your ex?”
Nisa' mengetap bibir, wajahnya Cuma dikawal sebaik mungkin. Shila sedang mencabarnya, dan jelas, dia mahukan sesuatu yang lebih dari “Saya kahwini Irfan kerana saya cintakan dia.”. Nisa' sedar, tersalah bicara akan mengundang padah.
Nisa' menarik nafas dalam, sebelum mengukir senyum nipis. Orang ramai di sekeliling mereka tidak mereka kisah, dan orang sekeliling juga seakan tidak Nampak mereka.
“why Shila, I think you could call that fate. Maybe you don’t believe in it, because you’ve never met one.” Dari mana dia berolah kekuatan itu, Nisa' tidak tahu.
Tapi dia tidak akan mudah mengalah. Dia tahu, Shila Cuma mahu mengusiknya. Dan dia tidak boleh cepat melatah.
Shila tersenyum hingga menampakkan giginya. Jelas Nisa' menyindirnya.
“I met one fate of such before, I guess, and it was one unfortunate fate. But I don’t think you want to hear more about it. But seriously, I know this marriage is more than what you just said. Fate is not fate until it is in the past. This is not fate.”
“kenapa awak begitu pasti?”
“sebab terlalu banyak yang tak kena. Awak dan ex awak, awak dan Irfan, awak dan Hana. I never believed in coincidence because there is no such thing as coincidence.” Tegas nadanya.
Nisa' tersenyum lagi. Shila begitu bersungguh-sungguh.
“so, what’s in your mind? Tell me, I’m interested to know…” Nisa' membalas, seolah-olah mencabar Shila. Gelas di tangan digenggam begitu kejap.
Shila menentang sepasang mata milik Nisa' yang masih kelihatan tenang, namun dia tahu, wanita itu sudah tergugat. Apa yang ingin diketahuinya akan diketahuinya juga, satu hari nanti. Jika hari itu bukan hari ini, hari lain masih ada. Perbualan dua wanita separuh umur di sebelahnya semasa dia sedang memegang dulang buah tadi membuatkan dia begitu berminat dengan Nisa'.
“ngah, Daniel ada datang?”
“entah, tak Nampak pun. Kau ingat dia nak datang? Nisa' tinggalkan dia sebab Hana, dan Nisa' dah nak kahwin. Mesti dia kecewa benar. Aku tak rasa dia akan datang, teh..”
Shila menunduk seketika. Daniel. Nama itu takkan dilupakannya, melainkan dia dapat merungkai apa yang menganggu benaknya sejak hari itu lagi. Hari dia terserempak dengan Nisa', dan Nisa' bertingkah pelik dengannya. Girlfriend Irfan. Boyfriend Nisa'. kemungkinan yang pelik. Dan minggu kemudiannya, dia mendapat berita mereka sudah bernikah.
Itu yang Puan Hasanah khabarkan apabila dia berkunjung ke rumah minggu itu. Walhal sebelum itu, tidak pula mereka merancang untuk bernikah sebelum kenduri. Aneh. Memang aneh. Kenapa mereka begitu tergesa-gesa? Semuanya begitu pantas.
Shila melirik Nisa' yang masih menanti balasannya.
“I don’t know. This is just a crazy idea that I have. Maybe, you don’t love Irfan at all. But I know, he has gone crazy about you. And since he likes you very much, maybe, you are using him. For a reason that is unknown to me, but of course you know it Nisa'. For Hana, maybe?”
Nisa' terdiam seketika. Idea gila! Tapi apa yang sedang berlaku lagi gila dan sukar untuk dipercayai. Irfan tidak digunakan oleh Nisa', dan Irfan tidak mencintai Nisa'. Irfan rela digunakan, tapi kerana Hana, bukan Nisa'.
Nisa' bingkas bersama senyum lebar. Gelas itu diletakkan di atas meja.
“well, cik Shila, I heard it, but as u said it, it is one crazy idea, and I have never thought of it. But I think I could put it into consideration if I ever think of using some men for my personal gain. Thanks for the tips, and for the drink. Saya mintak diri, I have guests to entertain..” dengan itu, Nisa' melangkah meninggalkan Shila, yang agak kecewa di situ.
Shila turut bingkas dengan hati yang belum puas. Dia tahu ada yang tidak kena dengan semua itu, dan dia pasti akan mendapat jawapannya. Dia melangkah mencari Puan Hasanah dengan hati yang membengkak.
Sementara itu, Nisa' menghampiri Mala yang sedang mendukung Hana di tepi tangga. Sara sudah ke mana?
“tadi Sara pegang dia, kau ke mana?” soal Nisa'.
Mala membetulkan dukungan Hana.
“pergi solat kejap. Nanti terlupa pulak. Kau dah solat belum? Irfan dah naik.” Mala memberitahu tanpa ditanya.
Nisa' memandang ke atas rumah. Tanpa sedar, dia mengeluh perlahan.
“kau ni kenapa? Muka tak ceria pun.”
Nisa' mengerling Mala. Jemarinya dilarikan pada wajah mulus Hana.
“patut ke aku ceria? This is not a genuine marriage.” Keluh Nisa'.
“aik, mengeluh nampak? You know you could always make it a genuine one…”
“Mala…”
“it’s true Nisa'. He’s legally yours…”
“yes, but morally, it’s not a good thing to do. I’m not going to quarrel for a man.”
“that man is your husband, Nisa'..”
“Mala, please, aku dah tak nak cakap pasal ni..”
Sepi. Nisa' mencium pipi Hana berulang kali. Tiba-tiba, Mala memegang lengan Nisa' membuatkan Nisa' tersentak.
“wait, you said you’re not going to quarrel for a man. Maksudnya, kau dah terfikir tentang tu. sebelum ni, kau takkan cakap macam ni when it concerns him..” Nisa' terdiam.
Dia sudah terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
“apa maksud kau?”
“Nisa', you fell for him, don’t you?”
“no, Mala, I’m just stating my principal. It’s not only Irfan, any man, whether I fell for him or not..”
Mala menentang mata Nisa' lama, dan Nisa' juga tidak mahu mengalah. Sekarang bukan masanya untuk rahsia hatinya terbongkar. Irfan harus dipulangkan dengan selamat pada Sara. Come what may, mereka tetap akan bercerai.
“ok…” ada nada kecewa di hujung suaranya.
Nisa' melepaskan nafas lega tanpa Mala sedari.
“aku naik dululah kalau macam tu. orang pun dah tak ramai. Nanti nak masuk asar dah..”
Nisa' pantas memanjat tangga tanpa menunggu lama. Fikirannya sudah serabut. Daniel, Shila dan Mala sudah cukup memberikan dia sakit kepala untuk dua minggu.
Sampai di depan bilik, Nisa' tidak terus membuka pintu. Antara semua orang, berhadapan dengan Irfan merupakan saat yang paling sukar. Dikuak pintu bilik yang sudah berubah wajah itu. Berhias cantik dengan warna tema hijau muda dan putih gading. Irfan sedang bersila di atas sejadah, membelakanginya.
“Nisa'?”
Nisa' tersentak. Sangkanya, Irfan tidak sedar dia masuk.
“y- ya.. saya..”
“pergilah ambil wudhu’, saya tunggu awak. kita solat jemaah.”
Nisa' terdiam.
“awak.. tak solat lagi?”
“belum, saya tunggu isteri saya. Tadi saya cari awak tak jumpa. Awak duduk di mana dengan Daniel?” Nisa' menggigit bibir. Dipandang belakang Irfan yang Cuma berbaju pagoda itu. Rasa geram tiba-tiba.
Dia tidak suka ayat itu. Dengan Daniel?
“saya di tepi rumah sikit. Bersembang dengan Shila..” saja ditekankan nama Shila. Geram dengan Shila, geram dengan Irfan.
“Shila? Bukan Daniel?”
Nisa' geleng walhal Irfan tidak menoleh langsung melihatnya.
“saya sembang dengan Daniel kejap je. As a friend. Good friend. But I saw you, dengan Sara..” kenapa mereka berdua seakan-akan mahu menyakitkan hati masing-masing?
Atau adakah itu Cuma perasaan Nisa' sahaja?
“oh..haah, dia dukung Hana. Comel.” Masih tidak berhadapan dengan Nisa', Irfan terus berbicara.
Hana ke Sara yang comel?! Bentaknya di dalam hati. Nisa' tidak lagi membalas. Makin banyak bicaranya, makin sakit hatinya.
Ditanggalkan segala hiasan kepala dan tudungnya dengan berhati-hati. Mekapnya juga ditanggalkan dengan kapas basah. Dia kemudiannya mengambil baju kurung sutera putih yang dipakainya di hari pernikahan mereka tempoh hari yang tergantung di dalam almari. Memang dia sudah merancang untuk memakai baju itu selepas baju pengantin ini ditanggalkan.
Saat itu, Irfan menoleh.
“nak salin baju kat mana?” seakan mengerti tindakan Nisa', Irfan menyoal.
Nisa' diam. Ditentang mata itu.
“err, di bilik ummi…”
Irfan menunduk seketika sebelum dia memandang hadapan kembali.
“ok…”
Nisa' terpacak di situ, kaku. Marah ke dia? Kecik hati?
Aku lagi kecik hati.. Nisa' mengeluh perlahan. Diatur langkah ke luar bilik. Dia perlu pantas. Suaminya sedang menunggunya. Suami?
aduh...bila la nak bertrus trg nie..
ReplyDeletelambat lg ke citer nie abis?
xsabar nak tau apa jd lps nie..
sambung lagi yer..
alahaaii...
ReplyDeletemacam prasaan rse ble bce n3 nieh..
huhu..smbung2..
ohohooho...
ReplyDeletenisa...nisa...
complicated jg crta ni...
hmmm cnta dlm hati hahahha...
best2x..
ala nisa....
ReplyDeletekte tgk smpai ble nisa nk pendam je cinta dia....
hehehe.....
irfan mesti bertindak ngan lbih pantas...
smbg2...
huhuhu..
ReplyDeletemisunderstanding byk tol..
hope nisa tau irfan sbnrnye suke die..
shila ni leh jd detective conan..ahaha..
plsss..jgn seksa hati tu nisa..huhuhu
ReplyDeletehuhu..akhirnya..finally..hehehe..
ReplyDeletetp kn cita nie pnjg lg ka??
just tny..
x kesah pun pnjg ka pendek lg ka..hehehe..
tamo la gaduh2..
ReplyDeletebiar je panjang2..blend lagi gaduh2.. i loike!
ReplyDeletesmbung lah cepat...huhuhu
ReplyDeleteayyak...kne tggu next n3 lg...
ReplyDeletecm org bercinta da rasenye..
hr2 dok dpn laptop tggu n3
anarif nk tye, utk blog anarifotherside ni, kt mn nk klik utk jd follower.
klu my art pieces tu nmpk la kt ats tu
anarif..sedap cerita ni tp x pyah la nk ada speaking org putih,,den x paham..hehehe
ReplyDeleteinspirasi hati~
ReplyDeletesalam. nk jd follower?hmm..sy nmpk link di follower box tuh.masa awak buka blog ni, x dek ke button tuh? cuba try lg sekali ya.if x bleh jugak, awak follow dr profile awak la.bukak dashboard awak, turun ke bwh skali kan ada list utk blogs u follow tu, click add. masukkan url blog sy.pas2 dia akan tanya nk follow publicly or privately.klu pilih public, akan naik icon awak di box follower blog ni.if awak choose private, x dek la icon awak. ;)
i hope i've helped you in this matter. thanks for reading n supporting!
salam,lama lagi ke nak n3,dah x sabar ni nak tahu kesudahannya.bila le irfan nak terus terang.dua2 suka sama suka tp pendam le pula....sambung lg yer ss saya dah x boleh nak tinggal cite ni...
ReplyDeletethanks anarif....
ReplyDeletefollower box tu main hide n seek ngn saya
mmg klu bkak dia x kuar...
so kne wat yg 2nd method tu
anyway thanks your helped
i really appreciated it :)
akak yg cedih ni..... berat mata memandang, berat bahu yg memikul.... berterus teranglah........................please...................
ReplyDeletecepat sambung tau...
ReplyDelete