About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, April 16, 2009

Kira Ayumi 4

Kira memandang telefon bimbit yang sepi. Sepi sejak dia mendengar berita di tandas semalam. Hafiz tidak menelefonnya kembali mahupun menghantar mesej. Kira resah. Rasa bersalah dan ingin tahu yang menebal menguasai diri.

Tapi kenapa Hafiz pula bersikap tidak kisah dan tidak tahu secara tiba-tiba? Sungguh Kira tidak mengerti.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Wajah Syafni tersembul di balik pintu.

‘jom pegi makan. Aku lapar.’ Ajak Syafni. Kira bangun lalu menurut Syafni.

Setibanya mereka di medan selera, Kira terlihat sekilas wajah Hafiz yang sedang rancak berbual bersama rakan-rakannya. Syafni yang menyedarinya juga menolak siku Kira perlahan.

‘Kira, dia kat situ la.’ Syafni memaklumkan. Kira mengangguk. Menimbangkan tindakan yang paling wajar diambilnya. Panggilannya tidak diangkat. Mungkin ini masanya dia mendapat penjelasan dengan cara yang paling terang dan jelas yang dapat dilihatnya. Berdepan sendiri dengan Hafiz.

‘kau rasa aku patut pergi cakap dengan dia ke sekarang? Since call aku dia tak angkat, baik aku jumpa dia terus kan?’ Tanya Kira, meminta pendapat Syafni.

Syafni terdiam sebentar, memikirkan kewajaran tindakan itu.

‘hmm, mungkin juga itu yang terbaik.’ Syafni memberi pendapatnya.

‘so, kau ikut sekali ya?’ Syafni mengangguk.

Maka mereka beriringan menuju ke arah Hafiz yang masih rancak berbual dengan rakannya yang seramai 3 orang.

‘err, hai Hafiz.’ Tegur Kira. Debaran kian terasa. Bimbang Hafiz tidak mengendahkannya.

Namun jangkaannya meleset apabila Hafiz memandangnya dengan mengukir senyuman nipis.

‘oh, dah sampai pun.’ Tegur Hafiz. Kira terdiam. Syafni juga melongo. Apa pulak ni?

‘ok guys. Aku pergi dulu. Junior ni nak tengok contoh kerja Mr Syam.’ Hafiz beralasan. Dia bingkas lalu meninggalkan meja itu.

Langkahnya terhenti apabila Kira dan Syafni masih tidak berganjak.

‘eh, you all tak nak tengok kerja tu ke? Come on!’ ujar Hafiz sedikit kuat. Lalu dia meneruskan
langkahnya.

Kira dan Syafni pantas mengatur langkah menuruti Hafiz. Apa yang dia nak buat ni? Kira tertanya-tanya sendiri. Syafni juga tidak bersuara. Mereka setia mengikut langkah Hafiz sehingga mereka tiba ke sebuah tempat yang agak terlindung dari pandangan orang ramai. Hafiz terus melepaskan nafas lega.

‘you all ok? Sorry, kena buat lakonan sikit. Kan saya dah warn awak, jangan jumpa saya depan orang ramai especially kawan-kawan saya.’ Tegur Hafiz mengingatkan. Kira masih terdiam.

Dia baru teringat peringatan Hafiz yang itu, sungguh dia lupa. Namun bila mengingatkan betapa resah hatinya, Kira merasa marah dan geram secara tiba-tiba.

‘kenapa ada peraturan macam tu? Apa tujuan awak? Dan kenapa semalam awak buat tak kisah je lepas kita hampir terlanggar?’ luah Kira geram. Hafiz mengeluh panjang. Syafni Cuma diam, menjadi pemerhati setia.

‘Kira, you are still new here, there are a lot of things happening that you don’t know. Sebab tu saya pesan dekat awak macam tu, dan saya dah cakap itu semua untuk kebaikan awak, Kira. I mean it.’ Hafiz menegaskan.

‘then let me know. Tell me, what’s happening and what has happened?’ tekan Kira lagi. Dia perlu tahu semuanya.

‘Kira, saya tak boleh lama ni. Kita perlu berbincang Kira, dari dulu saya dah cakap tapi awak degil. Kenapa tiba-tiba awak nakkan penjelasan?’ tingkah Hafiz pula. Ada nada kecewa di hujung
ayatnya itu.

Kira memeluk tubuhnya.

‘saya terdengar Wani bercakap pasal awak and someone called Ayu. Who is she? And what is happening between you and Wani?’

‘awak jealous ke?’ Tanya Hafiz tiba-tiba. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

‘eh, perasan! Saya Cuma nak tau je. Sebab saya dengar pelik sangat. So saya nak tau la. Tu je.’
Kira beralasan. Ish laki ni, sibuk-sibuk pulak pasal tu.

Hafiz ketawa kecil. Syafni juga tersenyum-senyum.

‘ok, ok macam ni. We need to talk but not in the college ground. Tak boleh. Kita jumpa kat luar. Ok?’

‘bila?’

‘esok?’

‘hmm, ok. Saya pun nak balik rumah.’ Ujar Kira.

‘ok, apa-apa hal I’ll let you know. Saya pergi dulu, baru korang ok?’ atur Hafiz.

Dia melihat-lihat sekeliling sebelum melangkah pergi dari situ. Kira memandang tidak berkelip. Tidak percaya kenapa Hafiz perlu berlagak begitu. Apa yang besar sangat ni?

‘hairan la aku. Kenapa macam pelik je dia tu?’ Syafni meluahkan apa yang Kira rasakan pada saat itu.

Kira menjungkit bahu.

‘entah! Tak faham aku. Tak sabar aku tunggu esok, aku nak sangat tau apa yang besar sangat pasal dia tu.’ Ujar Kira.

Dan mereka pun mengatur langkah menuju ke medan selera semula.

Keesokannya, Kira berjanji mahu bertemu dengan Hafiz di stesen komuter. Sepuluh minit dia menanti dan Hafiz pun tiba dengan sebuah kereta Perodua Viva.

‘nak pergi mana?’ Tanya Hafiz sebaik Kira masuk ke dalam kereta.

‘tak tau, yang penting saya nakkan penjelasan. Tempatnya tak penting.’ Ujar Kira dingin.
Hafiz tersenyum sahaja.

‘awak ni, senyum la sikit. Itula, saya ajak jumpa awal-awal tak nak. Sekarang baru sibuk.’ Ujar Hafiz lagi, cuba mencucuk Kira supaya berbicara.

‘saya tak nak jumpa awak sebab saya takut. Mana taknya, Wani tu bagi amaran jangan ikut ajakan awak. Sebab tu la saya tak berani. Saya kan baru kenal awak? Buatnya awak tak senonoh dengan saya macam mana?’ Kira menjelaskan penuh emosi.

‘Wani bagi warning kat awak pasal saya?’ Tanya Hafiz seakan tidak percaya.

‘yela, ingat tak hari pertama kita jumpa tu, kan saya tengah bercakap dengan awak bila dia panggil awak? Lepas tu, bila awak dah pergi dia terus warn saya. So what do you expect mr Hafiz?’ ujar Kira sinis.

‘patutla awak marah sangat bila Nampak saya dengan dia.’ Hafiz membuat kesimpulan.

‘mana ada saya marah.’ nafi Kira.

‘tak marah apa sampai macam tu?’

‘saya marah sebab awak tak setia pada dia, sebab tu saya marah. Mana ada sebab lain.’

‘ada saya cakap awak marah sebab lain? Saya kata awak marah je kan?’ Kira terdiam. Dia sudah terperangkap.

‘Kira, lagi banyak awak bercakap, the more you reveal your feelings.’ Ujar Hafiz tenang.

Kira terus diam, tidak mahu bercakap lagi. Dan Hafiz meneruskan pemanduan ke destinasi yang hanya dia tahu.

‘ok, dah sampai.’ Ujar Hafiz apabila kereta itu memasuki sebuah simpang.

Kira memandang ke luar. Sebuah restoran di tepi tasik. Cantik.

Enjin kereta dimatikan. Kira melangkah keluar sambil menikmati keindahan tempat itu.

‘cantik tempat ni.’ Luah Kira. Hafiz tersenyum sahaja mendengarnya.

‘cantikkan? Saya suka datang sini, tenang. Makan pun best.’

Kira menurut langkah Hafiz. Mereka duduk di satu sudut yang agak terlindung tetapi mempunyai pemandangan yang cantik.

Selepas membuat pesanan, Kira masih tidak berbicara. Hafiz juga begitu. Masing-masing menikmati keindahan panorama di situ. Kira yang begitu asyik tidak menyedari yang Hafiz memerhati gelagatnya dari awal.

Apabila dia memandang ke hadapan, Hafiz tersenyum-senyum kecil. Kira hairan.

‘kenapa awak ketawa?’

‘tak ada apa.’ Jawab Hafiz.

‘awak tengok apa tadi?’

‘tengok keindahan alam kat depan saya ni. Yang tengah khusyuk tengok keindahan alam.’ Hafiz merenung sepasang mata bundar Kira.

Muka Kira memerah. Malu.

‘eh awak. Kita datang sini nak berbincang. Cepat, awak kena jelaskan dekat saya.’ Tuntut Kira.
Senyuman Hafiz mulai pudar. Dia pula merenung jauh.

‘kisah saya agak pelik Kira. Sangat pelik. Mungkin awak tak pernah dengar di mana-mana.’ Hafiz memulakan.

‘apa yang pelik?’

‘awak ni memang bukan penyabar ya?’ usik Hafiz.

Kira mencebik.

‘yela, yela. Saya tak menyampuk dah.’

Lalu Kira bersandar, menunggu bicara Hafiz seterusnya.

‘saya anak tunggal. Ayah saya dan mak saya dah bercerai, sejak saya kecil. Mereka berkahwin atas dasar cinta. Tapi saya pun tak tahu kenapa tapi cinta tu hilang tak lama selepas mereka kahwin. Mungkin sebab ayah terlalu sibuk, tak beri perhatian pada mama saya. Mama pun bosan dan cari lain. Kemudian bila ayah dapat tau, ayah ceraikan mama. Saya? Walaupun saya baru 4 tahun, tapi mama macam tak kisah. Ayah kata mama tak tuntut hak penjagaan langsung. Lepas cerai mama senyap macam tu je.’

Hafiz diam, seakan-akan cuba menyelami kembali kisah silamnya. Kira mula tersentuh. Simpati mula menyelubungi hatinya. Lelaki ini kekurangan kasih sayang, tapi kelihatannya dia penuh dengan kasih sayang. Kira membuat penghakiman sendiri.

‘ayah terus mengejar harta tapi dia tak pernah abaikan saya. Saya tak pernah merasa kekurangan kasih sayang seorang ibu Kira. Ayahlah ibu dan bapa saya. Kerana itulah, tak pernah terlintas di hati saya untuk melukai hati seorang ayah yang telah membesarkan saya.’

Dan bicara Hafiz terhenti apabila pelayan datang membawakan pesanan mereka.

Hafiz memandang Kira.

‘tak nak makan dulu?’

Kira menggeleng.

‘tak nak, nak dengar cerita awak dulu.’ Ujar Kira bersungguh. Hafiz menyedut jus orennya seteguk dua sebelum meneruskan cerita.

‘ayah saya sekarang merupakan timbalan presiden syarikat yang menubuhkan kolej kita. Wani anak presiden syarikat. Ayah telah berazam mahu mengahwinkan saya dengan Wani supaya kelak saya yang akan mewarisi syarikat itu. Wani sememangnya sudah lama menyimpan perasaan pada saya, Cuma saya yang tidak pernah melayannya. Kami sememangnya sudah saling mengenali sejak kecil tapi perasaan itu tak pernah ada. Tapi sekarang, saya terpaksa menurut kehendaknya kerana ayah telah meminta saya berbuat demikian. Ayah tidak mahu Wani terluka atau marah dengan saya supaya cita-cita ayah tercapai kelak. ‘

‘perasaan awak macam mana? Ayah awak tak pernah fikirkan pasal tu?’ ujar Kira agak tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Hafiz tergelak kecil.

‘perasaan saya? Saya pun pernah berfikir sebegitu Kira. Saya pernah memberontak dan mengabaikan harapan ayah. Dan Ayu menjadi mangsa kepada sikap pentingkan diri saya.’ Ujar Hafiz. Ada nada kesal di hujung bicaranya.

Kira mengerutkan dahinya.

‘siapa Ayu?’

‘Ayu orang pertama yang saya cinta dan sayang sepenuh hati. Kami bertemu 2 tahun lepas.
Ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini. Ketika itu, saya masih mentah. Saya anggap harapan ayah pada saya Cuma harapan kosong. Hubungan saya dan ayu sampai ke pengetahuan ayah. Akibatnya, hidup ayu disusahkan oleh pentadbiran kolej supaya ayu berhenti dan menjauhkan diri dari saya. Dan itu juga yang berlaku. Sejak ayu berhenti, kami tidak pernah lagi bertemu.’ Suara Hafiz semakin sayu. Kira terdiam. Tidak tahu apa reaksi yang patut diberikan. Terkejut dengan apa yang baru didengarinya.

‘Kira, sekian lama saya memendam rasa supaya saya tidak jatuh cinta lagi kepada sesiapa. Saya tidak sanggup melihat orang yang saya cinta disusahkan lagi. Saya rela menanggung semuanya. Saya tidak mahu peristiwa itu berulang.’ Ujar Hafiz sambil merenung ke mata Kira. Dalam dan menusuk.

‘dan itulah yang saya cuba lakukan dengan awak sekarang. Saya sedang cuba melindungi awak, supaya ayah tidak akan tahu tentang awak, dan saya masih boleh melihat awak, biar dari jauh.’ Jujur Hafiz meluahkan.

Kira menunduk. Tidak menyangka selama ini Hafiz sedang cuba melindunginya. Terharu dengan pengakuan itu.

‘salah saya Kira kerana menjebakkan awak dalam hidup saya yang dikawal oleh orang lain. Saya menyesal kerana menegur awak pada hari pertama awak di sini. Kalau tidak, mungkin awak tidak akan tahu dan hidup awak mungkin akan tenang setenang kali pertama awak menjejakkan kaki ke sini.’ Tambah Hafiz lagi.

‘tapi saya tak menyesal.’ Ujar Kira perlahan. Dia mengangkat mukanya, memandang tepat ke dalam mata Hafiz. Hafiz kelihatan terkejut.

‘Hafiz, saya tak pernah menyesal mengenali awak, sebab awak seorang yang penuh dengan kasih sayang walaupun awak sendiri tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya awak dapat dari seseorang yang bergelar ibu. Awak mempunyai perasaan mahu menyayangi dan disayangi dan awak berhak mendapat hak itu. Tiada sesiapa pun yang boleh mengambil hak itu dari awak. Walaupun ayah awak sendiri.’ Tegas Kira. Hafiz meraup wajahnya.

‘tak boleh Kira, saya tak mampu. Saya tak sanggup melihat awak disusahkan.’ Ujar Hafiz.

‘kalau saya sendiri rela disusahkan, bagaimana? Hafiz, saya tidak pernah merasai perasaan ini, benar, saya merasakannya kali pertama kita bertemu, dan hati saya merintih bila saya menolak mahu bertemu awak. Saya tidak mahu melayan rasa itu tapi ia tetap datang. Salah kitakah jika rasa itu hadir juga? Salah kitakah apabila kita mahu mencintai satu sama lain? Sedangkan adam dan hawa juga bercinta, dan cinta itu dikurniakanNYa, bukan atas permintaan kita. Jika dia mentakdirkan rasa itu milik kita, pastinya ada hikmah yang tersembunyi.’ Tambah Kira panjang lebar.

‘Kira, saya….’

‘Hafiz, saya menghormati pendapat awak, dan saya faham benar kehendak hati awak. Kita tetap boleh meneruskan apa yang telah bermula secara senyap-senyap bukan?’ cadang Kira.

‘Kira, maksud awak?’

‘jangan tunjukkan di depan orang yang kita berkawan, seperti yang awak cuba lakukan sebelum ini, Cuma kali ini, saya akan mengikut rentak awak bersama awak. Hafiz, tiada yang lebih agung di dunia ini melainkan cinta, bukan cita-cita atau harta. Tapi kasih sayang Hafiz. Itu yang menyatukan manusia sejagat di seluruh dunia.’

‘Kira, saya ingatkan awak akan menarik diri setelah mendengar semuanya. Dan saya juga harapkan begitu Kira. Supaya saya tidak akan melihat kesusahan awak kelak. Tapi saya tak sangka pulak ini jadinya. Saya tau awak pun memang ada perasaan pada saya.’ Suasana yang agak serius tadi menjadi relaks kembali.

Kira mencebik.

‘tak lah, saya cakap kawan je.’ Kira masih mahu menafikan. Malu bila diusik begitu. Hafiz tergelak kecil.

‘ok, ok, jom makan, dah sejuk dah ni.’ Dan mereka menikmati hidangan yang tersedia dalam sepi.

Selepas itu, mereka tidak lagi berbicara soal itu sehinggalah Hafiz menghantar Kira ke rumahnya.

‘Kira, betul awak maksudkan apa yang awak cakap tadi? Kalau orang tau pasal kita, memang awak akan susah Kira. Kalau awak nak berundur sekarang, masih belum terlambat.’ Hafiz bertanya lagi, mahu mendapatkan kepastian. Kira tersenyum.

‘Hafiz, saya pasti dengan apa yang saya cakap tadi, dan saya takkan menarik balik kata-kata saya. Berdua lebih baik bukan? Saya percaya dengan kata hati saya.’ Ujar Kira lagi, cuba meyakinkan Hafiz yang resah.

‘terima kasih Kira, kerana sudi menemani saya.’ Ujar Hafiz ikhlas dari lubuk hatinya.
‘dan terima kasih kepada awak, kerana menarik Kira yang tabah keluar dari kurungan.’ Usik Kira.

Hafiz tersenyum.

‘jumpa nanti.’ Ujar Hafiz.

‘bila pula la ya?’ balas Kira, mengusik lagi.

‘saya call awak malam ni?’

‘ok, bye. Assalamualaikum.’ Kira keluar dari kereta dan kereta Hafiz meluncur perlahan meninggalkan Kira.

p/s: alamak! dah tak ada idea nak bagi pilihan apa untuk pembaca. so saya nak mintak tolong boleh? you all boleh cadangkan apa jua idea yang terlintas untuk sambungan cerita ni. idea sy smemangnya ada tp nanti tak best la pulak kan? so just bagi je cadangan korg and nanti sy akan pertimbangkan utk the next Kira Ayumi, ok? so, lepas baca jgn lupa bg cadangan tau! tempohnya? hmm, kalau sy tgk bnyk idea yang diberi dan ada yang boleh menyumbang, sy akan terus sambung k? c u next n3!

2 comments:

  1. well... diaorg still keluar curi2... pastu, kawan si wani ni nampak. dia bgtau kat wani.. n then si kira ni... stkt tu jela.... or else, kwn si hafiz ni menaruh minat kat kira.. cuba ganggu kira.. cinta dia direject kira n dia dapat tau kira minat hafiz... pastu dia pakat ngan wani, nak memusnahkan mereka... hehehe..

    ReplyDelete
  2. hai dunia skrg
    x abis2 ngn hal cinta leh dibeli dgn wang ringgit..
    sbbkan pangkat, kuasa dan harta, manusia dh x nmpak nilai cinta yg sebenar..

    kalo aku jd kira, x sanggup den amik risiko
    nk terlibat2 ngn org2 cam hafiz..
    org kaye2 ni byk je idea dorg nk tindas org bawahan cm kite..

    ReplyDelete