About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, June 4, 2009

Kira Ayumi 24

‘Hafiz, tak tidur lagi?’ Hafiz tersentak mendengar suara ayahnya. Dato' Syafie yang berdiri di sisi dikerling bersama senyum nipis.

‘belum ayah. Ayah, kenapa tak tidur lagi?’ Tanya Hafiz kembali. Dato' Syafie membuang pandang ke tengah halaman. Berdiri di beranda di malam hari memang mendamaikan dengan angin malam yang mendamaikan. Bulan kelihatan malu-malu untuk keluar, berlindung di balik awan.

‘ayah belum mengantuk.’ Sejak Hafiz pulang, mereka belum pernah berbicara dari hati ke hati tentang hal dulu. Cuma bermaafan sahaja. Hajat Dato' Syafie kali ini, mahu mencungkil rahsia hati Hafiz. Tentang Kira. dan Syafni.
Hafiz diam kembali. Melayan menungan tadi.

Peristiwa siang tadi masih berbekas di mindanya. Kira dan Iman, datang bersama. Dan bagaimana layanan Iman terhadap Kira. hatinya terguris melihat mereka berdua. Itulah yang mendorong dia bersikap serius dan sinis, dan juga berbicara kasar dengan Kira. sesungguhnya, dia tidak sengaja. Hatinya tidak rela namun semuanya terjadi sendiri. Didorong oleh rasa cemburu dan sakit hati.

Akalnya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Kira telah melupakannya, lama dahulu dan menerima Iman. Dia lari dari rumah, kerana marahkan ayahnya, kerana Kira. alih-alih, Kira sudah berubah hati. Dan paling mengejutkannya, Kira pergi bukan kerana ayahnya yang memaksa Kira, tapi kerana kerelaannya sendiri.

Apa yang diimpikan selama ini, bicara hatinya dengan Kira dahulu semuanya palsu. Sungguh dia tidak dapat menerima hakikat bahawa Kira telah mempermainkannya. Sungguh dia tidak menyangka itu semua.

‘Hafiz, ayah nak cakap sikit boleh?’ Hafiz beristighfar panjang. Lupa pula dia pada ayahnya yang masih di sisi. Bertongkat.

‘ayah, ayah duduklah, kaki ayah tak kuat lagi.’ Suruh Hafiz. Dato' Syafie menurut dan dia melabuhkan punggung dengan berhati-hati di atas sebuah kerusi di situ.

‘hmm, ayah nak cakap apa?’ Hafiz memusingkan badannya menghadap Dato' Syafie. Bersandar di jeriji besi beranda.
Dato' Syafie menarik nafas dalam. Dia menentang mata Hafiz.

‘Hafiz masih sayangkan Kira?’ soalan itu membuat Hafiz menunduk seketika.
Tanpa mengangkat mukanya, dia bertanya pula.

‘kenapa ayah Tanya macam tu?’ suaranya perlahan.
Dato' Syafie mengeluh panjang.

‘ayah, dah jatuh kasih pada Kira, dan kalau boleh, ayah mahu dia jadi suri di rumah ini.’ Ujar Dato' Syafie berterus-terang.
Hafiz mengangkat muka.

Dia turut melepaskan keluhan panjang.

‘ayah, Kira dah ada Iman. Sayang ke, cinta ke, perasaan Hafiz pada dia dah tak ada apa-apa makna pada dia lagi.’ Ujar Hafiz sayu. Kini, dia sedar dia Cuma ada ayahnya untuk meluahkan perasaan. Ayah yang satu masa dulu sering memaksa perasaannya untuk orang lain.

‘jadi Hafiz masih cintakan dia?’ telah Dato' Syafie.
Hafiz menatap mata ayahnya lama.

‘ayah, perasaan Hafiz pada dia tak pernah berubah. Tapi, Hafiz tak sangka, rupa-rupanya dah lama dia sukakan Iman. Hafiz je yang macam orang bodoh menangis depan dia, risaukan dia bagai nak gila. Kerana dia juga Hafiz lari dari rumah, ayah pun tau kan? Jadi rasanya ayah boleh nilai sendiri perasaan Hafiz pada dia. Tapi Hafiz rasa membazir je Hafiz suka orang macam tu. Perasaan macam lalang. Tak ada pendirian. Hipokrit. Apa yang dia cakap semuanya tipu. Dia tipu Hafiz dulu, dan sekarang Hafiz takkan percaya lagi cakap dia. Dasar perempuan tak guna!’ marah Hafiz.

‘Hafiz! Jangan tuduh Kira macam tu!’ tegur Dato' Syafie, agak kuat suara itu menempik membuatkan Hafiz terpinga-pinga.
Dia senyum sinis.

‘ayah, apa ilmu hitam yang dia dah gunakan pada ayah sampai ayah dah tak Nampak keburukan dia? Sekarang mungkin dia baik dengan ayah, esok lusa, ayah tak tau. Kerana dia, kerana dia, ayah, Hafiz lari dari rumah. Hafiz bencikan ayah! Kerana dia! Dia yang buat Hafiz salah sangka. Dan Hafiz tak tau ayah sakit. Semua kerana dia! Ayah masih sayang orang macam tu?’ Tanya Hafiz tidak percaya.
Dato' Syafie tidak menjawab.

‘Hafiz, kerana dia jugalah, ayah bersemangat kembali untuk hidup.’ Ujar Dato' Syafie perlahan. Hafiz senyum sinis mendengar bicara ayahnya.

‘dia yang menyebabkan ayah bersemangat untuk hidup? Apa mimpi dia? Rasa bersalah sebab buat Hafiz salah sangka dengan ayah, sebab tu dia datang dan jadi malaikat dalam rumah ni? Macam tu?’ tuduh Hafiz.

‘Hafiz, kalau bukan kerana dia, ayah mungkin takkan berjalan lagi sekarang. Ayah dah putus harapan, Hafiz. Tapi bila dia datang, ayah bersemangat kembali. Ayah nak sambut kepulangan kamu dan dia juga berjanji untuk mencari kamu. Dia memang malaikat Hafiz. Kamu takkan jumpa lagi orang macam dia. Percayalah cakap ayah.’ Yakin dan tegas bicara Dato' Syafie. Hafiz ketawa besar. Tidak ikhlas bunyinya.

‘ayah cakap macam ayah tau Kira tu luar dan dalam. Sedangkan ayah baru kenal dia. Ayah, tolong jangan jatuh dalam perangkap dia. Satu hari nanti ayah akan sakit. Macam mana Hafiz rasa sekarang ni.’ Lirih suaranya, menggantikan marah yang berapi sebentar tadi.

Dato' Syafie menarik nafas dalam.

‘Hafiz, ayah Nampak mak kamu dalam diri Kira. sifat dia, baik dia, macam ibu kamu dulu.’

Hafiz mengeluh panjang. Ibu. Nama yang sudah lama tidak didengarinya. Tidak sejak kematian ibu, dan sejak ayah mula menggilai harta. Kini, nama itu terbit kembali.

‘ayah pun tak tau, tapi rasanya, masa Kira mula-mula jumpa ayah, dari gayanya bercakap seperti dia pun menanti kamu. Tiba-tiba, dia cakap dia dah ada Iman. Sebelum dia jumpa kamu, dia tak pernah sebut nama Iman depan ayah. Sebab tu ayah fikir dia masih sayangkan kamu, dan dia menanti kamu. Kalau tak, dia takkan pergi dulu.’ Hafiz terdiam sejenak.

‘ayah cakap apa tadi? Kalau tak, dia takkan pergi? Maksudnya, dia pergi sebab Hafiz?’ Dato' Syafie mengalih pandang ke arah lain. Terlepas cakap. Dia sudah berjanji dengan Kira. aduh, pening.

‘eh, tak lah. Tapi, dari pandangan mata dia, ayah rasa dia masih sayangkan kamu. Ayah pun tak tau kenapa tiba-tiba Iman muncul. Dan kenapa dia tetap menafikan. Mungkin perasaan ayah saja kot.’ Hafiz menongkat dagu. Berfikir. Dari cakap ayahnya, seperti ada yang dia tidak tahu tapi apa? Hafiz tak keruan. Dia juga sedar sikap Kira lain. Bukan lagi Kira yang dahulu. Apa puncanya?

Mungkin dia perlu bersemuka dengan Iman. Untuk bertanyakan tentang hal itu. Jika benar Kira dan Iman saling mencintai, dia akan mengalah kerana bukanlah sikapnya memaksa cinta itu datang padanya.

Hafiz termenung kembali. Dato' Syafie juga melayan perasaannya. Perbualan mereka terhenti di situ.

*********

‘assalamualaikum,’ Hafiz mengangkat muka, menjamah sekujur wajah Iman yang ceria.

‘waalaikumussalam, duduklah.’ Restoran itu agak sibuk waktu petang begini. Iman menarik kerusi lalu duduk.

‘apa cerita?’ Tanya Iman. Mungkin pasal Kira.

‘rileks. Kita minum dulu. Sorry la ganggu kau hari kerja macam ni,’ Iman tersenyum nipis.

‘alah, kawan lama, no hal la. Eh, order air, aku belanja hari ini,’ riang Iman berbicara.
Mereka membuat tempahan minuman.

‘hmm, aku rasa, kau mesti dah agak kan kenapa aku nak jumpa kau?’ ujar Hafiz, memulakan. Iman mengerutkan dahinya.

‘pasal Kira?’ teka Iman. Hafiz mengangguk.

‘hmm, kenapa?’ Hafiz mendekatkan diri dengan meja, meletakkan kedua tangan di atas meja. Bermain dengan jarinya sendiri.

‘kau, tau kenapa dia berhenti kolej dulu?’ Tanya Hafiz lambat-lambat. Iman merenung bola mata Hafiz lama.

‘dulu? Aku tak ingat lah, kenapa?’ bohong Iman. Dia tidak mahu terlibat. Hafiz menyandar pula.

‘hmm, aku rasa macam ada yang tak kenalah dengan kes dia berhenti dulu. Tapi aku tak tau siapa yang tau ceritanya.’ Hafiz meluahkan kebuntuannya.

‘kenapa kau tiba-tiba nak tau?’ korek Iman.

‘tak lah. Ayah aku tiba-tiba macam pelik. Dan dari cakap dia, baru aku perasan, Kira pun lain sekarang. Macam, ada yang tak kena dengan dia. Aku tak tau apa, tapi ada lah.’ Luah Hafiz. Iman mengeluh kecil.

‘hmm, Kira tak cerita banyak. Why don’t you ask her yourself?’ cadang Iman. Hafiz pula mengeluh panjang.

‘masalahnya dia nak ke cakap?’ tingkah Hafiz. Minuman mereka tiba, menghentikan perbualan mereka seketika.

‘siapa lagi yang aku boleh Tanya ha?’ Tanya Hafiz pada Iman yang sedang meneguk minumannya.

‘wani?’ Hafiz terdiam mendengar usul Iman.

‘eh, kenapa aku tak pernah terfikir pasal dia hah? Yes, wani! Mesti dia tahu kan? You’re brilliant!’ puji Hafiz. Pandangannya bercahaya. Iman menggeleng sambil tersenyum.

‘apa-apa jelah kau ni.’ Hafiz meneguk minumannya, tidak menghiraukan komen Iman.
Sepi seketika.

‘Iman, kau betul sayangkan Kira?’ Tanya Hafiz tiba-tiba. Iman mengangkat muka, memandang seraut wajah teman lamanya itu.

‘memang aku cintakan dia.’ Tapi dia cintakan kau, Hafiz Dato' Syafie!
Hafiz senyum tawar. Nampaknya, betullah mereka saling mencintai. Kira juga sudah menekankan begitu. Jadi apa gunanya lagi dia bertanya hal lalu?

‘hmm, aku doakan korang bahagia. Jangan risau, aku takkan kacau korang.’ Hafiz memberi janji. Iman mengeluh panjang. Dua-dua buat aku pening!

‘eh, kita cakap pasal lain lah. Dah lama tak jumpa, apa kau buat selama ni?’ dan perbualan mereka tentang Kira terhenti di situ.

********

‘Hafiz, awak marahkan saya ke?’ Tanya Syafni perlahan. Sejak tadi, Hafiz banyak berdiam. Hakikatnya, sejak mereka bertemu Kira kembali, Hafiz sudah tidak banyak bercakap dengannya. Ada pilu yang menggigit tangkai hati.

Hafiz melepaskan keluhan panjang. Halaman rumahnya yang agak tidak terurus itu dijamahnya. Jahatkah dia kerana tidak mahu menghiraukan Syafni lagi? Namun dia juga tidak mahu terus memberi harapan. Syafni sudah maklum tentang itu.
Kunjungan Syafni ke rumah ini entah yang ke berapa kali, Hafiz pun tidak pasti sejak mereka berkumpul beramai-ramai hari itu. Wajah yang dirinduinya tidak kunjung tiba. Dia tahu dia tiada hak mahu meminta Kira datang. Dia bukan sesiapa lagi pada Kira.

‘Hafiz, awak dengar tak ni?’ suara Syafni menyentuh gegendang telinganya.

‘ha? Apa?’ lupa pula Syafni masih di situ. Ingatannya sudah melayang pada Kira.

‘Hafiz, Kira dah ada Iman, dia takkan balik pada awak.’ Hafiz menoleh pantas, memandang Syafni tidak percaya.

‘Syaf, I told you, saya tak boleh terima awak. Saya minta maaf sebab mungkin salah saya perasaan tu hadir tapi saya tak boleh terima awak. Please, Syaf. Saya nak awak jadi kawan yang memahami saya. Please...’ rayu Hafiz. Syafni menunduk.

‘hmm, nampaknya, sia-sia sajalah usaha saya. Sebenarnya, saya jumpa Kira dah lama tapi saya bohong dia bila dia Tanya tentang awak. Sebab saya takut awak akan pergi dengan dia. Sekarang, macam ni pun...’

Buntang mata Hafiz mendengar bicara Syafni.

‘you what?’ tempelak Hafiz.

Syafni tersentak. Terkejut melihat mata Hafiz yang bersinar marah.

‘saya, ya, saya tau saya salah, saya bohong dia bila dia Tanya pasal awak, sebab, saya takut awak akan pergi dengan dia. Tapi, dia ternampak kita. So, Kira tahu saya bohong dia. Dan dia tahu awak memang ada di KL. Saya dah minta maaf pada dia.’ Ujar Syafni. ada nada kesal di hujung suaranya.

Hafiz terdiam. Fikirannya ligat. Mungkinkah kerana kasihankan Syafni yang sanggup membohongi Kira demi mendapatkan aku, Kira menguburkan perasaannya? Mungkin kerana mahu aku kembali Kira melupakan semuanya? Tapi, apa yang terjadi dulu? Hafiz mula ragu-ragu dengan semua yang terjadi. Ada yang tidak kena. Hajatnya mahu melupakan semuanya sejak bertemu Iman tempoh hari, tapi kini rasa ingin tahu kembali menebal.

‘tapi tak guna juga, sebab awak tak boleh lupakan dia, sedangkan dia dah ada Iman. Hmm, sedih betul kisah kita kan?’ tiba-tiba Hafiz menoleh.

‘awak rasa pelik tak tentang Kira dan Iman?’ berkerut dahi Syafni.

‘pelik? Apa yang pelik?’ Tanya Syafni kembali.

‘Syaf, awak tau kan Kira dulu macam mana. Dulu, dia bertegas untuk teruskan dan hadapi semuanya dengan saya, awak tak rasa pelik ke tiba-tiba dia berubah hati? Dan, dia berhenti kolej kerana pakciknya? Awak tak pelik?’ Tanya Hafiz lagi.
Syafni terdiam. Terfikirkan sesuatu.

‘hmm, pasal pakcik dia tu, saya tak pernah pun dengar sebelum ni. Yang saya ingat, dia balik dari jumpa ayah awak hari tu, dia murung je, dan Nampak letih. Lepas tu, dia terus nak tidur. Saya tau dia sembunyikan something tapi saya tengok dia kepenatan, saya tak nak ganggu dia. Ingat nak Tanya esok hari saja, tapi tup-tup dia dah berhenti.’ Cerita Syafni kembali, peristiwa 5 tahun lalu.

‘apa yang dia cuba sembunyikan? Argh! Kira!’ jerit Hafiz. Syafni terdiam kembali. Beruntungnya engkau Kira, ramai yang sayangkan kau, sedang aku? Syafni mengeluh sendiri.

No comments:

Post a Comment