Kulitnya agak cerah. Tingginya kurang sedikit dari aku. Perwatakannya? Baik, sopan-santun, lemah-lembut, pandai buat kerja rumah dan hampir semua benda dia tahu, baik, tak kedekut, tak berkira, tabah. Lupa pulak nak kenalkan. Itulah kakak ipar aku. Namanya? Zalina. Sedap kan?
Sesedap namanya, semanis itulah orangnya. Dan sehingga ke hari ini, aku mampu tersenyum bangga sambil mengaku dia kakak ipar aku. The only one. Sebab aku Cuma ada seorang abang. Uish, mintak simpang nak tambah kakak ipar. Sebelum apa-apa, aku sendiri akan sembelih abang aku. Oh, kidding.
Tapi, di sebalik senyumnya, tersembunyi kisah yang pahit. Pada aku, amat pahit. Jika aku di tempatnya, aku tak pasti sama ada aku akan mampu berdiri teguh sambil tersenyum selama 25 tahun. I might have gone through series of breakdown and I might turn out to be the most despicable human on earth, if I were her.
Kisah bermula di satu hari ketika abangku yang ketika itu masih bujang tapi sudah mengaku mempunyai teman istimewa berbicara denganku satu hari.
“Boleh teman abang pergi kenduri kawan? Kak Lin nak ikut jugak. So, abang kena bawak adik abang la.” Ajaknya.
Aku terdiam sejenak, berfikir.
“Erm, ok je.”
Esoknya, dia dah bersiap nak ke kenduri tu. Tanpa bagi aku warning.
“Aik? Cakap nak orang ikut.” Ada nada tak puas hati. Of course. Aku kan perempuan. Kalau dia dah siap, mesti dia kena tunggu aku bersiap pulak.
Abang aku geleng.
“Kak Lin tak jadi ikut.”
“Hah? Why?”
“Ayah dia tak bagi.”
Aku kerut dahi lagi.
“Why?”
“Mak dia dengan dia je tinggal kat rumah. Ayah dia suruh dia duduk rumah, masak untuk mak dia.”
Aku terdiam.
“Kalau dia nak keluar jugak, tak boleh ke mak dia bersimpati dengan dia dan bagi dia keluar? Bukan selalu dia jumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa.” Ceh, aku pulak beremosi, dan ayat skema memang tak tahan.
Oh, lupa nak cakap. Abang aku dan Kak Lin kenal di sekolah menengah. Lima tahun sekolah sama. Romantic tak?
Abang aku mengeluh perlahan.
“Sebab tu bukan mak dia.”
Aku terlopong. Kali pertama kami bertemu semasa hari konvo kak Zalina, sungguh aku tidak menyangka Makcik Ramlah ibu tiri Kak Lin.
“Tak tau lagi ke? Tu mak tiri dia. Mak dia dah lama meninggal. Masa dia umur 5 tahun.”
Aku terkedu. Oh, tidak. Tidak, tidak dan tidak.
“Dia dah merajuk dah dengan ayah dia. Tapi nak tak nak kena jugak duduk rumah. So, tak payah ikut abang. Abang pun pergi dengan kawan je.”
“Ok.”
Oh, itu mak tiri dia. Hmm, mak tiri pun, kalau ayah dia dah tak bagi, mak tiri tu tak kesian ke dengan dia? Kalau aku, fuh, mesti aku dah buat tornado kat rumah tu, mengamuk dan mengamuk. Mak tiri je pun. Ops, ini pendapat orang beremosi. Harap maklum.
Beberapa tahun kemudian. Takdelah lama sangat pun. Abang dah habis belajar, dan nak kahwin. Oh ya, aku lupa nak cakap satu benda lagi. Kak Lin ada pasangan kembar, Zali namanya. Adik dia. Dan nak dijadikan cerita, Kak Lin dan Zali Cuma dua beradik saja sebab mak tirinya, Makcik Ramlah dengan ayahnya, Pakcik Zubir ditakdirkan tak ada anak.
One fine day, hari raya. Kenduri Cuma beberapa bulan saja lagi. Persiapan kenduri dah ada yang dah siap. Kebetulan, raya tu, Cuma aku dan abang aku ada di rumah. Family aku dah terbang ke Sabah beraya di kampong nenek. Sebab abang aku dan aku punya jadual tak berapa tetap, so mak aku tak boleh belikan kitorang tiket balik. Jadi, tertinggallah kitorang di rumah.
Dan sebab kitorang tak tau nak beraya rumah siapa, semestinya rumah Kak Lin antara destinasi wajib. Sampai je kat rumah dia, sebagai seorang perempuan, aku serbu dapur la kan. Tertib. Aku tengok Kak Lin dengan t-shirt dan kain batik tengah masak dan masak dan masak.
“Dah sampai?” tegurnya sambil sibuk mengacau apa entah dalam periuk.
Aku sengih.
“Banyaknya Kak Lin masak.” Ada kek, ada spaghetti, ada pudding, mee kuah, dan bermacam-macam jenis makanan lagi yang aku tak ingat sebab aku tak makan.
Kebetulan aku tak berapa sihat, so aku tak makan banyak pun.
Dia tersenyum je.
“Ni kira sikit ni. Selalu, lagi banyak. Maklumla, rumah Kak Lin ramai orang datang. Sebab ayah Kak Lin sulung, so, memang jadi tumpuan. Kena prepare banyak benda.” Ujarnya panjang lebar.
Aku angguk je. Kalau aku, mintak ampun. Serius aku takkan masak sebanyak tu.
“Semua Kak Lin buat?”
Dia angguk.
“Haah.”
“Makcik tak tolong?”
Dia tersenyum lagi.
“Setiap kali memang Kak Lin yang masak semua. Mana ada mak masak.” Selamba je dia jawab, lepas tu dia dah sibuk tolak aku suruh pergi depan.
“Nanti Kak Lin salin baju, baru Kak Lin keluar. Dari tadi orang datang Kak Lin tak sempat keluar ke depan langsung pun. Ni baru nak berwangi sikit. Dah, dah, semua dah siap. Tinggal makan je.” Ditolaknya aku ke depan.
Aku sengih je. Kalau dia nak aku tolong pun, aku tak tau apa yang aku boleh tolong sebab aku bukan reti sangat. Ya, saya mengaku saya antara gadis yang masih belum mahir di dapur. Harap maklum.
Aku join abang aku di depan yang sedang bersembang dengan bakal adik iparnya, Zali dan Pakcik Zubir. Aku duduk senyap-senyap dan makan di situ.
Tak lama kemudian, Kak Lin pun keluar dengan pakaian rayanya yang baru dipakai for the first time sejak hari raya bermula secara rasminya. Kesian, kesian.
Lepas makan, kami sembang hal kenduri pulak. Ceh, kami. Yelah, aku pun tumpang sekaki duduk dengan diorang. Tapi, ada benda yang tak berapa sedap.
“Lin bagi 10 ribu, untuk bilik, set katil, semua. Untuk katil, sorang dua ribu la kalau ikutkan. Tapi, Lin tengok katil yang mak pilih untuk Lin, macam tak sampai dua ribu pun tapi adik punya macam lagi gah.” Suaranya sangat perlahan, dan terkawal.
Aku kunci bibir. Walaupun banyak benda aku nak tanya, aku tahankan.
Abang aku diam je, apa dia fikir aku tak pasti.
“Tak apalah. Yang penting, kenduri ni cukup semua.” Itu ayat abang aku untuk tenangkan tunang dia.
Kak Lin gigit bibir.
“Hmm, yelah, Lin pun dah tak nak fikir apa-apa lagi. Cepat-cepat kenduri, cepat-cepat selesai, dah lepas tanggungjawab Lin. Lepas ni, Lin dah tak nak fikir apa-apa dah.” Ujarnya lagi.
Ya, banyak benda bermain dalam fikiran. Naik kereta saja, terus aku pasang peluru dan tembak soalan bertubi-tubi.
“Zali nak kahwin jugak tapi tak ada duit?” soal aku dengan nada meninggi.
Abang angguk.
“Hmm, dia kan baru grad jugak. Mana nak ada duit. Tapi dah alang-alang diorang dua orang je, Pakcik Zubir nak buat kenduri sekali je.” Jelas abangku.
“Pakcik Zubir tu tak reti pikir ke? Orang paling pantang lelaki nak kahwin tapi menyusahkan orang lain. Tak bertanggungjawab langsung!” marah aku beriya-iya.
“Abang pun tak setuju tapi Kak Lin tak nak panjangkan. Faham-faham jelah, kat rumah tu, kalau pasal Zali, dia tak boleh kata apa. Semua Zali. Apa boleh buat.”
“Ish, kalau orang la, habis dah kena mengamuk satu rumah tu. Geram betul. Duit dia, patutnya barang dia la paling bagus. Ini, dah la bilik dia kecik je, bilik mamat tu besar gila. Taulah dia anak perempuan, tapi selama ni yang duduk dengan diorang sapa? dia jugak, kesian dia.”
Dan panjang lagi bebelan aku sepanjang-panjang perjalanan dari Alor Star ke Sungai Petani. Sampai mati aku takkan terima kebodohan macam tu.
Yang aku tak faham, mak dengan ayah tak boleh nampak ke kesedihan dia? Sekarang, dia Cuma ada abang aku untuk mengadu. Ish, mujur abang aku baik.
Dan selepas tu, barulah aku tau, di rumah tu, apa-apa saja mengenai kak Zalina, acuh tak acuh pun tak apa. Tapi kalau Zali, mesti lengkap. Mesti gah.
Konvo kak Zalina, Zali tak pergi.
“Alah, konvo je, nak pergi buat apa.” Perlekehnya.
Konvo Zali, Pakcik Zubir, Makcik Ramlah, buat ayat sedih lagi dengan kak Zalina supaya dia datang. Ish, dengar cerita pasal tu pun aku rasa bengang sangat-sangat.
Kalau pergi bercuti, tak ada kak Zalina tak apa. Tapi, kalau kak Zalina dah pergi satu-satu tempat, sibuk Pakcik Zubir nak bawak Zali juga.
“Adik tak pergi lagi. Kesian adik.” Padahal kak Zalina pun tak dibawak pergi banyak tempat yang Zali dah pergi, ada diorang kisah nak bawak dia?
Masa tu, aku rasa bersyukur sangat kak Zalina masuk dalam keluarga aku. Sebab mak aku, walaupun dia tak sempurna mana, tapi sekurang-kurangnya dia tak bezakan kasih sayang untuk anak-anak dia, dan aku tau, Kak Lin akan dapat kasih sayang yang banyak dari family aku.
Pendek kata, Zali memang dimanjakan sangat, dan dia membesar jadi seorang manusia yang tak pernah fikirkan pasal orang lain. Kalau nampak muka dia, aku memang rasa nak mengamuk sangat. Sebab aku kesian dengan Kak Lin. Apa salah dia? Kenapa dia dilayan macam tu?
“Bukan apa. Mak Kak Lin tu, Kak Lin rasa sebab dia ingat Kak Lin anak perempuan, nanti dah kahwin keluar dari rumah, bukan duduk dengan dia. Tapi Zali anak laki. Jadi dia kena ambik hati Zali. Nanti, Zali jugak yang akan jaga dia.” Kak Lin nak sedapkan hati aku.
Aku jeling tajam.
“Tak ada alasan untuk dia fikir macam tu. Dua orang je anak. Walaupun bukan anak sendiri, tak boleh ke dia layan baik-baik?” dengan itu, Kak Lin tersenyum je. Kelat.
Aku tau di dalam hati, mesti dia selalu menangis. Kalau aku jadi dia, tak dapat aku bayangkan.
Satu hari, masa tu, kak Zalina dah jadi ahli keluarga aku. Aku cakap dengan mak aku.
“Makcik Ramlah tu layan Kak Lin dengan Zali tak sama. Dia lebihkan Zali dalam banyak hal.” Keluarlah hal katil dan kenduri yang aku dengar dari diorang.
Mak aku jegil mata kat aku.
“Apa cakap macam tu? Tak baik.” Marah mak.
“Betul la, orang...”
“Sudah! Mak tak nak dengar lagi hal ni!” tengking mak aku.
Aku terus lari keluar dari bilik solat. Kenapa mak tak nak percaya? Dia ingat aku saja nak burukkan orang ke?
Bila aku cakap dengan abang, abang diam je. Lama baru dia jawab.
“Bukan mak tak nak percaya, tapi susah dia nak percaya. Mak dah tau semua dah. Abang dah cakap awal-awal lagi.” Oh, patutlah.
Tapi mak marah aku macam aku buat fitnah. Ish, tak puas hati betul.
Satu hari, aku beranikan diri tanya Kak Lin.
“Kenapa Kak Lin macam jauh sangat dengan Makcik Ramlah tu? Yelah, dia kan dah lama jadi mak tiri Kak Lin. Zali ok je dengan dia.”
Kak Zalina senyum je, tapi serius aku cakap, senyuman dia tersembunyi kepahitan. Aku dapat nampak dia dalam kesedihan bila isu tu dibangkitkan.
“Memang Kak Lin tak boleh nak anggap dia macam mak sendiri. Susah. Sebabnya, satu hari tu, Kak Lin makan nasi. Masa tu, mungkin Kak Lin umur 11 tahun. Kak Lin makan sepah-sepah. Yelah, budak-budak kan? Mak nampak, lepas tu, mak marah sangat Kak Lin. Dia.. dia campak tin susu depan mata Kak Lin. Kak Lin terkejut sangat. Bila ayah balik, dia buat biasa je. Macam tak ada apa-apa jadi. Masa tu Kak Lin terfikir, mak tiri, sampai bila-bila pun tetap tak sama dengan mak sendiri. Walaupun mungkin sebab dia marah dia buat macam tu, susah untuk Kak Lin terima sebab dia bukan mak Kak Lin. Kak Lin terasa sangat.” Ceritanya panjang lebar.
Aku dah bersimpati sangat. Sedih. Kesian dia.
“Sejak tu, Kak Lin berdikari. Apa-apa pun, Kak Lin tak pernah harapkan orang lain. Kak Lin tak pernah mengadu pada siapa pun apa yang Kak Lin rasa. Kak Lin pendam semua. Itulah, dah biasa sangat bersendiri dalam semua hal. Bila nak kahwin hari tu, abang cakap, jangan pendam-pendam dah. Sebab dia dah ada untuk Kak Lin. Apa pun yang Kak Lin rasa, atau fikir, cerita semua. Cakap, luahkan. Dia akan dengar.”
Aku terdiam lagi. Terharu dengan sifat abang aku. Abang aku memang baik. Nak laki macam tu!
“Tapi kenapa Zali tu bengong sangat? Orang bengang betul. Ish, kalau jumpa dia, rasa macam nak marah je.” Aku agak ber’emosi’ di situ.
Kak Zalina mengetap bibir.
“Sebab dulu, masa mak kandung Kak Lin meninggal, Zali yang paling terkesan sebab dia pun rapat dengan mak. Dia kan bongsu. Lepas mak tak ada, Zali selalu menyorok bawak sofa, lepas tu ayah kena tarik dia keluar dan pujuk dia. Dia selalu sakit sebab sedih ingatkan mak. Lama lepas tu, baru dia baik.” Terang Kak Lin panjang lebar.
“Tapi, tu bukan alasan untuk dia jadi manusia pendek akal. Dah besar panjang, kenalah fikir pasal orang lain jugak.” Marahku.
Kak Lin senyum sesaat.
Lepas kenduri, Kak Lin duduk rumah kitorang 4 hari. Lepas tu, baru dia balik rumah mak ayah dia dengan abang. Balik dari sana, aku dah sibuk bertanya.
“Ok ke balik rumah?” sebab aku sangat geram kalau aku dengar dia kena layan orang lain lebih-lebih bila dia yang patut dilayan!
“Biasa je. Adik tidur rumah mertua dia. Bila dia nak balik rumah dengan isteri dia, mak sibuk-sibuk suruh Kak Lin masak dan kemas rumah.”
Jatuh rahang aku.
“Apa kes? Itu kan rumah mak mertua. Dia bukan permaisuri. Kak Lin pun pengantin baru jugak!”
Kak Lin senyum je.
“Apa boleh buat. Sabar je la.”
Ish, aku yang tak boleh sabar.
Ditakdirkan, kami ke Sabah untuk kenduri saudara. Asalnya, Cuma kami berempat saja. Mak aku, abang, kak Zalina, dan aku. Tiba-tiba, seluruh isi rumah Kak Lin nak ikut. Ok. Kitorang kena jadi pelayan diorang pulak di sana.
Masa tu, baru dua bulan abang dan Kak Lin diijabkabulkan. Kiranya, ini bulan madu diorang jugak.
Kerana risaukan kemudahan diorang, mak aku dah mintak tolong kawan dia supaya pinjamkan rumah untuk diorang duduk. Abang, Kak Lin, Zali dan isteri, Pakcik Zubir dan Makcik Ramlah, dan jugak pakcik makcik Kak Lin belah mak kandungnya.
Ok, ada 4 pasangan. Aku tidur rumah makcik since aku seorang saja. Tak nak aku duduk sekali dengan diorang. Silap-silap ada orang makan pelempang.
Seminggu di sana, seminggu abang dan Kak Lin tidur berasingan. Kenapa? Sebab si Zali yang bengong itu. Aku pun tau cerita selepas kitorang dah balik dari Sabah.
“Kenapa abang tak letak beg siap-siap je kat bilik tu?” ujarku tak puas hati.
“Abang dengan Kak Lin kena keluar dari rumah kejap, ambik barang kat rumah makcik masa tu. Balik-balik, dia dah masuk bilik dengan bini dia. Abang saja la biar, nak tengok macam mana diorang nak handle pembahagian bilik. Sekali, macam tu rupanya. Lepas ni, memang abang takkan berdiam diri dah.” Tegas abangku. Muka dia memang geram.
Aku yang mendengar pun geram.
“Bilik tinggal lagi dua, kena bahagi la ikut perempuan laki. Apa boleh buat. Mula-mula, pakcik makcik nak tidur luar je. Tapi Kak Lin tak bagi. Abang pun tak sanggup. Ada pulak orang tua tidur luar.” Bicara abangku lagi.
“Mak dengan ayah Kak Lin?”
Kak Lin dan abang berpandangan.
“Diorang tak cakap apa-apa pun. Pakcik je yang cakap, kesian diorang, dah la ini bulan madu diorang, kena pulak tidur asing.” Tambah abang lagi.
“Korang tuan rumah. Patutnya, bilik tu korang punya la.” Sungguh aku tak sangka mereka terpisah sepanjang percutian di Sabah itu.
Sedihnya. Aku dapat memahami kesedihan Kak Lin. Sungguh aku simpati.
“Yang abang lagi geram tu, bini dia tak boleh solat pun. Bukan dia boleh buat apa-apa pun!” ayat tu buat aku gelak besar dalam nak marah.
Kalau abang aku dah cakap macam tu, maknanya dia dah bengang sangat.
“Tak kira, lepas ni, abang takkan berlembut dah dengan dia. Dia tetap adik. Kena ikut yang tua.” Tekad abangku.
“Yay! Go abang!” sokongku.
Kak Lin tersenyum saja.
Habis cuti, mak dah sedih. Sedih sebab Kak Lin dan abang yang baru berkahwin terpaksa berpisah sebab Kak Lin yang merupakan seorang guru di Johor belum dapat bertukar, dan abang baru saja dapat kerja tetap. Aku tau Kak Lin sangat sedih, sebab dia akan keseorangan jugak di sana.
Tapi dia tetap tersenyum.
Sebelum sekolah dibuka semula, Kak Lin duduk di rumah sewa abang di KL. Menemani abang sambil menghitung hari sekolah akan dibuka. Hari terakhir dia di KL, abang bekerja. Sangkaku, dia terus pulang ke Johor hari itu. Tapi rupanya dia singgah di pejabat abang, dan dari abang, aku dengar dia menangis juga.
Hati kecilku turut bersimpati.
Tidak lama kemudian, berita gembira pun tiba. Kak Lin kini hamil. Tapi, ada berita buruk menyusul. Dia mengalami pendarahan teruk.
Malam itu, abangku menelefonku. Nada suaranya cemas.
“Kak Lin, dia mengandung.”
“Syukur Alhamdulillah. Tapi abang cemas sangat ni kenapa?”
“Dia tak boleh bangun langsung. Pendarahan teruk. Kita kena ke Johor malam ni jugak. Ambik dia bawak balik Kedah.”
Tanpa berlengah, aku bersetuju. Abang memerlukan aku untuk sampai secepat yang mungkin kerana aku menggunakan kereta mak aku untuk belajar di KL.
Kami bertolak malam itu juga.
Sampai di rumahnya, dia menyambut kami dengan wajah yang keletihan, keadaan yang agak menyedihkan mata yang memandang, berbaring dan berstokin. Kalah orang dah bersalin.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” soalku sebaik saja kami duduk.
“Kak Lin tolong angkat buku untuk kawan. Buku SPBT. Tiba-tiba, darah keluar banyak. Syukurlah kandungan masih selamat. Tapi, Kak Lin memang tak boleh bergerak langsung. Semua kena buat perlahan-lahan.”
“Habis, nak naik kereta ni?” aku benar-benar bimbang.
Bagiku, cukup-cukuplah dia bersedih. Dugaan demi dugaan menimpa, namun dia masih mampu tersenyum.
“Tak apa. Boleh kot. Tapi kena baring la.”
Aku terdiam, atas bawah aku renung dia. Sakit hati aku melihat dia begitu.
“Arwah mak Kak Lin pun macam ni jugak, masa mengandung.” Dia membuka cerita.
Aku pandang dia terkejut.
“Kak Lin baru tau bila Kak Lin bagitau ayah pasal keadaan Kak Lin.”
Aku terdiam, bersimpati.
“Tapi mak Kak Lin dulu kembar. Kak Lin ni insyaAllah, takkan seteruk arwah mak. Arwah mak dulu, Sembilan bulan tak boleh buat apa. Memang ayah la yang buat semua masa tu.” Aku kerling abang aku yang tengah kumpulkan pakaian kotor Kak Lin.
Tuhan, mampukah aku temui lelaki sebaik abang?
“Naik tangga pun tak boleh. Kak Lin baring macam ni, baru tak jadi apa-apa.” Tambahnya lagi.
Keesokannya, kami berkemas. Lucunya, Kak Lin berbaring di situ. Dijeritkan saja arahan untuk abang, apa yang perlu diambil, apa yang perlu ditinggalkan. Aku ketawa sendiri. Bahagia melihat mereka bertekak bila abang tersalah ambil apa yang Kak Lin minta. Sesekali abang garu kepala, pening dengan keperluan wanita.
Pagi itu, abang mandikan Kak Lin. Sekali lagi, aku benar-benar tersentuh.
Mereka baru saja hidup bersama sebumbung selama dua bulan, dan terpisah berminggu-minggu. Pengorbanan abang memang tiada tara. Kini aku mengerti, istilah cinta sejati.
Melihat mereka berdua, aku benar-benar bahagia. Gembira kerana dia abangku, dan dia kakak iparku. Sungguh aku menyayangi mereka.
“MC berapa lama?” soalku.
“Dua minggu.” Jawab Kak Lin.
“Nak duduk mana?”
Kak Lin jungkit bahu.
“Duduk rumah kamilah. Mak boleh jaga.” Hakikatnya, aku benar-benar risau. Dalam keadaannya yang tak boleh lakukan apa-apa, di rumah ibu bapanya, siapa yang akan menjaganya?
Bagaimana kalau dia masih perlu memasak dan membuat kerja rumah bila dia pulang sebagai pesakit yang tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa langsung?
“Tengok dulu macam mana.” dia tidak yakin.
Aku pergi pada abang pula.
“Jangan bagi dia balik rumah dia. Nanti siapa nak jaga dia? Entah-entah dia kena buat kerja nanti.” Ujarku tidak senang.
“Tak pasti lagi. Pakcik Zubir suruh balik. Dia nak bawak Kak Lin pergi hospital kat sana, nak tengok apa doctor kata dulu.”
Aku mencebik.
“Orang tak jaminlah dia boleh dijaga baik-baik. Serius. Jangan bagi dia balik sana.”
Sampai di Kedah, kami singgah di rumahku dulu kerana rumah Kak Lin jauh lagi ke utara. Bermalam satu malam, aku menjalankan rencanaku lagi.
“Jangan bagi dia balik, mak. Kat sini, ada orang boleh jaga dia. Kalau kat sana, entah apa jadi nanti.” Ujarku menyampah.
Mak tidak membalas.
“Tak baik cakap macam tu. Itu mak dengan ayah dia. Diorang takkan buat macam tu kat dia masa dia tengah sakit-sakit ni.”
Aku tak percaya. Aku yakin Makcik Ramlah takkan bersimpati.
Keesokannya, igauanku menjadi reality.
“Abang nak tinggalkan Kak Lin kat rumah dia jugak?” soalku tidak percaya.
Abang angguk. Kak Lin Cuma merenung aku dengan pandangan biasanya, seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Aku tau, dia pasrah.
“Macam mana kalau tak ada orang jaga dia? Dia kan tak boleh buat apa-apa langsung? Kena baring je? Kalau gugur, macam mana?” aku benar-benar berang.
Abang beriak tenang.
“InsyaAllah, tak ada apa-apa. Kena balik jugak. Ayah Kak Lin nak jugak jumpa anak dia.” Abangku meyakinkan aku.
Namun aku masih tidak percaya.
Dua hari kemudian, abang dan aku kembali ke KL tanpa Kak Lin kerana abang perlu bekerja. Aku ada kelas yang perlu dihadiri. Fikiranku kacau.
Aku tidak yakin. Dengan apa yang berlaku padanya selama ini, aku tidak yakin dia akan dilayan baik di rumah sendiri oleh Makcik Ramlah. Bagaimana keadaannya? Siapa yang menjaga dia? Baikkah dia di sana?
Seminggu kemudian, aku dan abang pulang ke Kedah semula untuk mengambilnya. Menurut abang, dia sudah bertambah baik. Abang mahu dia duduk bersama abang di KL sementara MCnya masih ada seminggu.
Ya, apa yang lebih baik dari suami sendiri di sisi dalam keadaan yang begitu emosional seperti itu?
“Entah apa jadi kat dia...” ujarku penuh simpati. Abang yang sedang memandu mengerlingku.
“Eh, Makcik Ramlah jaga Kak Lin baik sangat. Hari-hari dia masak untuk Kak Lin.”
Aku terkedu.
Sebaik bertemu, aku terus mengasaknya dengan soalan. Dia tersenyum seraya mengangguk. Kali ini, senyumnya lapang, dan senang. Jelas dia gembira.
“Betul, mak jaga Kak Lin baik sangat. Kak Lin memang tak buat apa pun.” Ujarnya ceria.
Aku terkedu. Tidak percaya.
“Betul. Kak Lin tak tipu. Mungkin mak dah sedar, anak lelaki anak perempuan tak ada beza pun. Walaupun rumah mertua Zali dekat je, dia jarang balik rumah. Kesian ayah dengan mak, berdua jugak kat situ.” Ujarnya penuh simpati.
Aku bertambah kelu. Setelah apa yang berlaku, kasihnya tak pernah tergugat. Aku benar-benar kagum. Namun aku dapat menghela nafas lega. Jika benar Makcik Ramlah sudah sedar kasih sayang tak boleh dibahagikan, aku turut meraup wajah bersyukur.
Bagiku, kak Zalina satu dalam sejuta. Sedari kecil, kesusahan benar-benar telah membuatkan dia kebal. Sesekali kini dia menangis dalam dakapan suaminya, aku tau penat-lelahnya berbaloi.
Walaupun dia sendiri tidak pernah merasai kasih ibu dalam erti kata sebenar, dia sendiri bagaikan seorang ibu dan kakak pada aku yang mana kasihnya sukar untuk aku jelaskan dengan kata-kata.
Kebaikannya, kebijaksanaannya dan kematangannya menghadapi hidup membuatkan aku membuka mata. Tiada yang mustahil jika Allah sentiasa bersama kita. Ujian demi ujian yang kak Zalina hadapi, bukti cintanya Allah pada dia. Benar, Dia takkan menguji kita melainkan kita layak diuji. Tiada sekelumit dendam bertunas. Dia tetap mendoakan mereka sentiasa. Dan kini, mungkin kesabarannya itu sudah memberi pulangan yang manis. Tak dapat aku bayangkan jika aku tempatnya. Mungkin aku takkan sampai sejauh ini. Mungkin.
Aku benar-benar bersyukur kerana dia hadir dalam keluarga kami, memberi erti baru dalam hidup berkeluarga. Terima kasih kak Zalina. Keranamu aku kenal erti bahagia, keranamu aku melihat apa itu cinta. Semoga dirimu dan abang sentiasa dilimpahi sejahtera, hingga ke hujung nyawa. Amiin...
p/s: Watak2 dalam cerita ni mungkin dikenali atau dapat dicam mereka yang benar-benar mengenali saya. Harap jangan disebarkan kepada mereka. Yang baik jadikan teladan, yang tak elok jadikan sempadan. Bukan nak memburukkan, cuma nak memberi pengajaran dari kisah 100% benar. Kerana saya ialah 'aku'. ^O^
Al-Fatihah untuk arwah ibu Kak Lin...
tersentuh perasaan.. terharu.. sy doakan semoga abg n kak ipar awk bahagia :)
ReplyDeletekite dah agak..
ReplyDeletemesti kesah benar..
hope bahagia hendaknya
suci betul hati lin...tula..xboleh nk beza2 kn anak laki n perempuan mcm tu...ape yg kita harap xsemestinya jd kenyataan kan...semoga berbahagia..sejuk perut arwah mak k.lin dpt anak mcm die...alhamdulillahdia dpt suami yg baik juga...
ReplyDelete