“hai Mala. Dah lama tunggu?” Mala mengangkat muka, mengukir senyum nipis pada Irfan yang sudah menarik kerusi di hadapannya lalu duduk.
Mala menggeleng.
“tak, baru je. Awak baru sampai dari airport ke?” soal Mala prihatin, dan dengan rasa bersalah juga kerana memaksa Irfan datang bertemunya hari ini juga, sebelum Nisa' bercakap dengannya.
Semalam, sebaik dia masuk ke dalam rumah, dia terus mendail nombor Irfan yang diambilnya tanpa pengetahuan Nisa' sebentar tadi.
Ternyata Irfan masih di Sabah, namun Mala menarik nafas lega apabila Irfan sememangnya akan pulang ke KL hari esok, bererti hari ini. Mala telah memaksa Irfan berjumpanya terus sebaik dia sampai di semenanjung, dan Irfan dengan penuh rasa ingin tahu bersetuju, terutamanya apabila Mala memancing dengan mengatakan hal yang akan dikatakannya nanti berkenaan dengan Nisa' dan Hana.
Bagi Irfan pula, sememangnya dia merindukan suara itu, namun hatinya melarang dia dari menghubungi Nisa', bukan kerana ego, tapi kerana sedar diri tidak diperlukan. Nisa' tidak merasa seperti apa yang dia rasakan. Itu yang dia pasti. Dihalau oleh Nisa' dari rumahnya, Irfan rela namun dia tidak pasti jika dia rela Nisa' menghalaunya langsung dari hidup Hana dan dia. Irfan tidak mahu itu berlaku. Sungguh dia tidak rela. Kerana itu dia bersetuju untuk berjumpa dengan Mala.
Hairan juga Irfan kerana Mala tidak pernah kelihatan begitu berminat untuk bercakap dengannya. Selalunya mereka Cuma bertegur sapa begitu sahaja jika bertemu.
“haah, baru sampailah ni. mujur saya memang drive dan tinggal kereta di airport. Apa yang awak nak cakap dengan saya?” Irfan tanpa berlengah terus bertanyakan tujuan Mala.
“eh, orderlah dulu, awak tak lapar ke?”
“tak apa, saya dah makan atas flight tadi, lama flight, tak tahan lapar, beli aje, mahal pun mahallah.”
Mala mengangguk.
“minum je, ok?” Mala mencuba lagi.
Irfan akhirnya mengalah. Dua gelas fresh orange sudah diminta Mala.
“so, apa yang penting sangat tentang Hana dan Nisa' tu?”
Mala menarik nafas dalam. Tangannya diletak di atas meja, mencari ayat yang paling sesuai untuk memulakan niatnya. Niat yang padanya baik.
“saya rasa, saya tak salah kan kalau saya kata awak tak sanggup berpisah dari Hana?” Mala memulakan, menanti reaksi Irfan.
Irfan agak terkejut dengan soalan itu, namun dia mengangguk juga.
“ya, memang saya tak sanggup,” Irfan mengiyakan dengan nada hairan.
“dan awak juga sebenarnya tak nak berpisah dari Nisa', kan?”
Soalan Mala yang ini tidak dijangkanya, sangat di luar jangkaannya lebih dari soalan pertama tadi.
“apa kaitan semua ni?” soal Irfan, menjawab soalan Mala.
Mala tersenyum nipis. Dia menunduk seketika sebelum ditatap kembali wajah di hadapannya yang jelas bingung dengan situasi itu.
“Irfan, you can lie to Nisa' but not to me. I know u adore her, u like her, u actually, have fallen for her. Right?”
Irfan menelan liur. Memaksa diri tersenyum namun jelas senyuman itu plastic.
“siapa yang cakap?” terbayang wajah separuh abad Mak Su. Takkanlah.
“well, call it instinct but I know it’s all true.” Dengan yakin Mala berbicara lagi.
Irfan tidak menidakkan, tidak mengiyakan. Dia tersandar di kerusinya, matanya masih tidak lepas dari Mala yang kelihatan begitu yakin, memerangkapnya lebih dalam, memaksanya untuk berdiam seketika.
“so, what does that have to do with whatever it is that you want to tell me today?” Irfan masih tenang, walau gejolak di dalam sudah melebihi ribut taufan.
Dia tidak pasti sama ada ini yang dia mahu. Orang lain mengetahui isi hatinya.
Mala turut menyandar tenang.
“it has a lot to do with Nisa' and Hana, and the thing that I’m going to tell you, and afterwards, I think u should be thanking me for my precise instinct. Seriously.”
“ok, tell me, Mala, what is it?” Irfan semakin tidak keruan.
“Nisa' wants to call off the wedding.”
“what?” Irfan terdorong ke depan lantaran terkejut yang teramat, satu lagi perkara yang amat mengejutkannya.
Mala mengangguk.
“yes, Irfan, she wants to do it, unless...”
“unless what?” pantas Irfan memintas. Dia akan lakukan apa sahaja untuk memastikan perkahwinan ini tetap berjalan.
“unless she gets the proof that u don’t love her, and u are doing this merely to help her, that’s all, no more no less.”
Irfan tersandar kembali. Pelik.
“maksudnya apa? And why did this come up all of a sudden? Is this because of what happened that day? You know, back there at her house.” Jelas Irfan bingung.
Sebelum sempat Mala membuka mulutnya, pelayan datang membawa air mereka dan Irfan menanti penuh sabar pelayan itu beredar dari meja mereka.
“well, it is like this, and it has got nothing to do with that incident, in fact, she is ok now. Not mad or angry. But it’s Daniel. Daniel yang buat dia mula rasa yakin yang awak sukakan dia. Well, selama ni, actually I’ve been telling her and she would just walked me off. Dia tak percaya cakap saya and lucky you because if she did, dia takkan sampai ke tahap ni dengan awak. I mean, sampai bertunang.” Mala menghirup airnya, mengambil nafas.
Irfan turut menghirup minumannya namun perhatiannya tidak lepas dari apa yang dicakapkan Mala, dan yang akan diberitahu oleh Mala sekejap saja lagi.
“and then, I don’t know, last night, we went to Daniel’s parents’ house to meet them, and Daniel was there. Dia tak berapa senang tengok Nisa' dan Nisa' pun tak nak tunggu lama bila Daniel looked kind of disapprove us being there. So, before we left, Nisa' told them yang dia dah bertunang and Daniel Tanya to whom, dia cakaplah awak.” Dengan bersemangat Mala bercerita.
Irfan terangguk-angguk.
“then, apa reaksi Daniel?”
“well, he was quite shocked, but then dia kata dia percaya kalau awak sanggup jadi the scapegoat by marrying Nisa' sebab dia tau, from the first time korang jumpa, kat mana, kat klinik eh?”
Irfan mengangguk.
“yup, masa tu Hana demam.”
“ok, dia kata, masa tu lagi dia dah boleh nampak awak memang sukakan Nisa'. Dia dah tau, tapi yang tak bestnya, dia tuduh Nisa' heartbreaker sebab knowing that awak suka Nisa', but obviously on the other hand, Nisa' tak cintakan awak, but still Nisa' nak kahwin dengan awak merely sebab Hana. So, sekarang, Nisa' sangat determine untuk mendapatkan kepastian dalam hal ni, dan dia memang dah buat keputusan.” Mala berhenti seketika. menanti reaksi Irfan.
“what is it?”
Mala menjungkit bahu.
“dia takkan kahwin dengan awak if it’s true awak suka dia, and sebab awak tipu dia selama ni, but if dia tau awak memang tak sukakan dia dan awak memang ada girlfriend, dia akan teruskan with the plan. The marriage and divorce plan.” Akhirnya, Mala menghabiskan bicaranya.
“okkk...” Irfan agak terkejut dengan apa yang baru didengarinya.
Mala menghirup minumannya lagi. Menanti reaksi Irfan yang seterusnya.
“kenapa dia buat keputusan macam tu? I mean, yeah, I’m wrong for lying to her but I’m doing this merely because of Hana. My feelings for her comes second, because I don’t want Hana to be substitute of Nisa', because Hana really is someone, somebody dear to me, and I don’t want to lose her. Thats why I’m doing all this.” Irfan menjelaskan keputusannya.
Mala tersenyum nipis.
“so it’s true you love her, don’t you?” Irfan terdiam, sebelum mengangguk-angguk.
“yes, I do have feelings towards her, and its genuine. I like her because it’s her. And fullstop.” Irfan meyakinkan Mala.
Mala menggigit bibir.
“hmm, masalahnya dengan Nisa' ni, dia dah jadi fobia.”
“fobia dengan apa?”
“memainkan perasaan orang. u know, after Badri, dia still tak boleh terima orang lain but she accepted Daniel and it didn’t worked out. So dia dah rasa serik dengan perkara yang melibatkan perasaan, and dia tak nak sakitkan hati awak, because if awak betul suka dia, dia tak nak bila korang bercerai awak sorang akan kecewa sedangkan dia tak. dia dah tak nak sakitkan hati sesiapa. Thats why dia rasa dia perlu tahu perasaan sebenar awak.”
“dia...betul tak sukakan saya?” Irfan bertanya, ada nada mengharap di situ.
Mala menggeleng hampa.
“entahlah, dia kata dia suka awak, tapi bukan cinta. Saya pulak rasa, you both fit each other and you would make great and excellent parents for Hana. Thats why I’m here. To help you both.” Tutur Mala yakin.
Irfan mengerutkan dahi.
“and how is that going to happen? What’re you going to do?” soal Irfan tidak yakin.
Jelas sekali dia menipu Nisa', dan bagaimana harus dia yakinkan Nisa' dengan semua ini sedangkan semuanya palsu? Kecuali perasaannya pada Hana dan Nisa', yang lain jelas palsu.
“well, first thing first, kenapa awak nak kahwin dengan Nisa'? I mean, selama ni saya dengar dari dia je, but now saya nak dengar dari awak sendiri, supaya saya dapat tau apa yang saya sedang cuba lakukan ni memang betul-betul akan memberi manfaat, to us all.”
Irfan menunduk seketika.
“saya memang ikhlas nak tolong Nisa', serius. Apa juga perasaan saya pada dia, itu tak penting sekarang. Yang penting niat saya memang nak tolong dia. Tak ada lain. Dan apa yang saya buat ni demi Hana jugak.” Irfan menjelaskan, tenang dan tegas.
Mala memicingkan matanya.
“betul?”
“betul. Confirmed.”
“awak tak ada niat nak gunakan Hana untuk dapatkan Nisa'? awak memang akan carry on dengan plan korang walaupun nanti awak akan berat hati untuk lepaskan diorang?” soal Mala lagi, tak ubah-ubah seperti seorang detektif.
Irfan angguk.
“walaupun berat, tapi kalau saya tak sanggup, saya takkan cadangkan semua ni. saya Cuma nakkan kebaikan untuk dua orang yang saya sayang.” Hujung suara itu bernada sayu.
Irfan teringatkan Zila. Arwah isterinya.
“awak pun tau kan, saya hampir jadi ayah. Tapi mereka pergi sekaligus. Sekarang saya ada peluang untuk tebus dosa saya, sebab sampai sekarang saya masih menyesal, menyesal sebab tak hargai Zila selayaknya masa hidupnya. Saya memang nampak imej keluarga yang saya mahu, tapi saya bukan tamak. Dapat membantu Nisa' dan Hana pun dah cukup pada saya. Kemahuan Nisa' keutamaan saya sekarang.” Jelas Irfan lagi.
Mala terangguk-angguk.
“bagus, tapi minta maaflah, saya tak rasa saya nak tengok korang bercerai. Sekarang ni, saya Cuma perlu pastikan korang akan kahwin. Tentang bercerai tu nanti, terpulang pada awak, tapi saya harap awak jadi tamak. Means that, cuba sedaya upaya untuk tak bercerai.” Bicara Mala jelas mengejutkan Irfan.
“tapi...”
“ya, saya tau, Nisa' tak suka awak, tapi soal hati boleh dipupuk kelak. Awak tak jahat, dan saya percayakan awak. Thats why I’m here, to help both of you. Nisa' tak tau dia perlu ditolong, dan dia perlukan seseorang bergelar ayah untuk membesarkan Hana. Itu lebih baik untuk mereka. Jadi, saya nak awak janji dengan saya, kalau awak dan Nisa' kahwin, awak akan pastikan korang takkan bercerai. Nisa' bukan bodoh, dia faham agama, dan saya rasa korang tak ada buat perjanjian apa-apa kan untuk kahwin ni?”
“tak, tak ada. Semata-mata kepercayaan.”
“well then, Nisa' takkan minta cerai, I mean, kalau dia tak terdesak, dia akan diam je, menunggu awak tunaikan janji. But then, awak kan buat bisnes, awak ada banyak alasan untuk tangguhkan perceraian tu. Tambat hati Nisa', tapi jangan ketara sangat. Just be you. Supaya Nisa' tak sampai hati nak ingatkan awak dengan perjanjian korang. Be nice to her, dia takkan sampai hati. Saya percaya, cinta tu akan datang. Tapi, awak mesti janji dengan saya, jangan sakitkan hati dia, whatever it is. Kalau dia ungkit tentang plan tu, saya pun tak boleh kata apa dah. Lepas kahwin, semua terpulang pada awak, awak faham kan?” jelas Mala panjang lebar.
Irfan angguk seperti burung belatuk.
“faham.”
“so, now, malam ni Nisa' akan call awak, and you better find someone as your girlfriend, sebab dia nak jumpa awak dan girlfriend awak nanti. Dan dia nak tengok betul ke tak girlfriend awak rela korang kahwin and so on. Tugas saya dah selesai. Now, it’s up to you.” Mala menghela nafas dalam. Lega.
Irfan terdiam.
“cari girlfriend?”
“anyone, yang boleh menyamar, and obviously, awak kena brief that girl tentang semuanya, supaya tak kekok bila Nisa' bertemu dengan dia nanti.”
Irfan diam, ligat berfikir. Mana nak cekau pelakon macam tu? Ish.
Mala tiba-tiba teringatkan sesuatu.
“oh ya, saya baru teringat something. Shila.”
Irfan mengecilkan matanya.
“kenapa dengan Shila?”
“siapa dia? Nisa' memang ingat she’s your girlfriend.”
Irfan mati kata, sebelum keluhan kecil dilepaskan.
“Shila adik Zila, arwah isteri saya, kembar seirasnya.”
Mala melopong.
“oh. No wonder Nisa' kata dia rapat dengan mak awak.”
Irfan tersenyum tawar.
“ibu rapat dengan Shila bukan sebab tu. Tapi sebab ibu dan ayah pernah nak jodohkan saya dengan Shila lepas pemergian Zila. Sebab tak nak kahwin, saya lari dari rumah. Saya kecewa dengan ibu dan ayah, kecewa sebab diorang tak nak memahami hati saya. Muka sama tak semestinya dalamnya sama. Hati saya tetap pada Zila.” Ada nada kecewa di situ.
“dan sekarang, Nisa'?”
“Nisa' bukan pengganti Zila, Nisa' ialah Nisa', dan saya tak pernah nampak Zila pada Nisa'. Keduanya istimewa pada saya. Takkan ada pengganti.”
Mala terangguk-angguk.
“tapi, Nisa' cakap gaya Shila tu memang lain macam, memang macam dia tu someone yang rapat dengan ibu awak. Sebab tu Nisa' percaya.” Soal Mala kehairanan. Dia belum pernah bertemu Shila. Dia juga tidak pasti namun dia tahu Nisa' tidak berbohong.
Irfan tertawa kecil, namun jelas dibuat-buat.
“Shila memang ada hati pada saya. Tapi dia tak jahat. Dia tetap anggap saya sebagai abang ipar sebelum ni tapi lepas kematian Zila, ibu yang sememangnya nakkan cucu tak dapat menunggu lama. Ibu cadangkan Shila sebab baginya, lebih senang dengan orang yang dah lama kenal, tapi saya tolak. Shila tak begitu, dia patuh. Keluarga dia pun setuju. Tapi saya memang tak boleh.”
“ooo, patutlah bila Nisa' Tanya pada awak tentang Shila, awak malas nak bercerita, sebab ini kisahnya.” Kini Mala faham.
“ya, saya tak nak Nisa' batalkan semua sebab kesiankan Shila, atau kesiankan ibu. Entahlah.”
Mala diam, berfikir dalam.
“jadi kita memang kena pastikan perkahwinan ni tak gagal. Awak janji dengan saya?”
Irfan angguk.
“walaupun saya tak yakin, tapi saya yakin dengan awak, sebab awak rapat dengan Nisa'. Saya akan cuba sedaya upaya saya. Saya janji. Tapi saya minta maaf kalau saya tak dapat tunaikan janji saya nanti. In case...”
“janganla macam tu, yakin dengan diri awak. Ok?”
Irfan angguk lagi. Wajahnya kelihatan lega.
“Mala, thanks a lot for helping me.”
Mala tersenyum.
“see, I told you, you will be thanking me. Nothing much Irfan, saya Cuma nak kebahagiaan orang yang saya sayang. Tu je.”
Irfan angguk lagi.
Mala menggosok kedua tapak tangannya.
“ok, now, to find you a girlfriend. Siapa yang awak rasa boleh tolong kita?”
Irfan terdiam semula. Dia juga tiada jawapan. Siapa?
best2!!
ReplyDeletenk lg...:)
syg mala..
ReplyDeletehaha..
spe ..??
hurmmm...
smbung2..
u got talent...
ReplyDeletematured thinking and writing...
i'll promote u to my frens...
u do have agreat future in writing...
gud luck..
sayer...sayer
ReplyDeletesayer nak jadi gelfren Irfan
kejap pun takpe...i sudi
hehe
bagus Mala. susah nak dapat kawan macam Mala
err...jangan2 Mala tu jadi gelfren sementara Irfan
haa kau....
jgn irfan pilih shila jd gf sudah..
ReplyDeleteharu jadi nye..
sambung lagi yer..
yalah bagus Mala ni. Susah nak dpt kawan cam ni. Nisa' jgn lah cam tu sian Irfan.
ReplyDeletehehe..sape la yg irfan nk cri ek?
ReplyDeletehope bkn shila la..tkut shila bocor rhsia lak..
coz die ade hati kt irfan..
smbung3..
akak boleh isi tempat tu, irfan! hehehe......... for nisa and your happiness!!!!!!!
ReplyDeletekak aqilah
ReplyDeletekalu tua sangat kantoi plak
sayer takper....sebaya Irfan jer
so sayer sesuai laa
hehe
nak lagik
baca ur comments made me eager to join. hahaha! i mean, u all got so drifted by this story and i'm glad+surprised on how the effect of it on you..
ReplyDeletehehehe...dont worry, sy pecah rahsia dulu, neither mala nor shila yg akan jd the girl..heheh..tungguuuu...
by the way, I LOVE YOU ALL AND THANKS FOR UR UNDIVIDED SUPPORT!
senang hatidpt tau neither mala or shila, espcially shila...huhuhu...hehehe.
ReplyDeleteanarif...cpat ler sambung xsabar ni:D
lambatnye sambung :( cepat laaa
ReplyDelete