About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, November 1, 2009

Anaknya, Anakku Jua 39

“hai, sorry saya lewat sikit. Err, ada hal tadi kat bank.” Nisa' menjelaskan seraya menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan seorang wanita asing yang begitu ayu di sisi Irfan.

Nisa' menelan liur. Jadi inilah orangnya yang berjaya menambat hati Irfan?

“saya Nisa',” Nisa' menghulurkan tangannya dan hulurannya bersambut dengan senyum manis. Begitu manis orangnya.

“Sara.” Sara memperkenalkan diri. Irfan turut memerhati dengan senyum lebar. Gembira kerana Sara ada untuk membantunya.

“tak apa, kitorang pun baru je sampai. So, makan?” Irfan terus menyampuk sebelum sempat kedua wanita itu berbicara panjang.

“ish abang ni, lapar sangat ke?” tingkah Sara.

Nisa' terdiam. Abang?

Mesranya. Dari pandangan pertamanya, Sara wanita istimewa. Bukan mudah seorang wanita untuk berada di tempat Sara. Dan kedua mereka beruntung untuk mendapat satu sama lain. Dan Irfan juga kelihatan begitu gembira hari ini. Agak berbeza dari selalu. Terlebih ceria. Mungkinkah kerana kehadiran Sara di sisinya?

Nisa' tertunduk seketika. terasa kecilnya dia di hadapan mereka. Dan terasa menganggu pula walau hakikatnya dia yang meminta pertemuan empat mata itu diadakan.

“Nisa', jom?”

Sara mengerling Nisa' sekilas sebelum perhatiannya kembali pada Irfan.

“abang pergi dulu ambil makanan abang dulu. Nanti Sara dan kak Nisa' pulak.” Cadang Sara.

Irfan memandang Nisa', meminta kepastian. Macam pelik pulak budak-budak berdua ni.

Nisa' mengangguk pantas, menyokong cadangan Sara.

“ok jugak tu.”

Irfan terdiam, berfikir sejenak sebelum menjungkit bahu.

“ok.” Irfan bingkas meninggalkan mereka dan pergi ke kaunter makanan.

Nisa' tersenyum nipis.

“Sara, tak payahlah berkak-kak dengan saya. Saya mungkin sebaya awak je.”

Sara pantas menggeleng.

“eh tak, kak Nisa' lebih tua dari saya. Lagipun, kalau kita memang sebaya, saya tetap akan panggil kak Nisa', sebab kak Nisa' layak menerima penghormatan dari saya. I mean, setelah apa yang kak Nisa' buat, saya tak rasa saya layak untuk dibandingkan dengan kak Nisa'. Saya betul-betul kagum dengan kak Nisa'. Bila abang Irfan bercerita pasal kak Nisa', saya memang tak sabar nak jumpa dengan kak Nisa', Cuma tu lah, saya sibuk di Melaka.” Panjang lebar sarah berbicara.

Ikhlas pujiannya untuk Nisa'.

Nisa' tertunduk seketika seraya tersenyum.

“tapi awak lagi hebat dari saya.” Ujar Nisa' tenang.

“eh, kenapa macam tu pulak? Saya tak buat apa-apa pun.”

Nisa' menggeleng perlahan.

“Sara, tak ada perempuan yang sanggup benarkan kekasihnya tolong wanita lain sampai ke dunia perkahwinan. Kalau saya pun, mesti saya tak sanggup jugak.” Giliran Nisa' memuji.

Sara terlopong seketika.

“oh, ye lah kan? Haah.” Digaru dahi yang tidak gatal.

Lupa pulak Sara dengan tujuannya ke sini bersama Irfan. Untuk menyamar. Haish. Nasib baik tak terlepas cakap apa-apa.

Nisa' yang perasan dengan perubahan wajah Sara menegur.

“Sara ok ke?”

“oh, haah, ok, ok. Hmm, yelah kan, tapi, pada saya, apa yang kak Nisa' buat ni lebih mulia. Akak, cinta kita takkan terbukti tulus tanpa ujian. Hati kita takkan terbukti teguh dan tabah tanpa sebarang cabaran dan gurisan perasaan. Bagi Sara, cinta lelaki, atau cinta bertentangan jantina ni, bukanlah cinta agung jika dibandingkan dengan kasih seorang ibu. Sebab seorang ibu takkan korbankan anaknya melainkan terpaksa, dan kasih ibu kekal abadi. Sedangkan kasih lelaki, hari ini mungkin sayang, hari esok, tak siapa yang tahu. Kan? Jadi, kalau Irfan pergi dari Sara pun, pada Sara, tak ada jodoh. Mungkin itu yang terbaik.” Pengakhiran bicara Sara membuatkan Nisa' mengangkat kening.

“kenapa... Sara cakap macam orang kecewa? Ada masalah dengan Irfan ke?” soal Nisa' laju, dan seketika kemudian barulah dia menyedari keterlanjuran bicaranya.

“maaf, akak tak patut masuk campur hal korang. Akak minta...”

“tak apa kak. Saya tak marah, betul.” Sara tersenyum manis lagi membuatkan hati Nisa' yang rawan sebentar tadi sejuk semula.

Sara begitu menyenangkan. Berbicara dengannya membuatkan Nisa' rasa selesa, dan selamat.

“Irfan beruntung mendapat seseorang seperti Sara.” Tanpa disedari, apa yang bermain di fikirannya terluah.

Sara tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang Putih, dan entah kenapa ada riak pelik di wajahnya, seakan-akan tidak bersetuju dengan kata-kata Nisa'.

“tak, abang Irfan yang beruntung sebab dia dapat akak.”

Nisa' mengerutkan dahi.

“kenapa pulak?”

Sara menjungkit bahu.

“err, sebab dia dapat peluang nak buat baik kot?”

Jawapan selamba Sara membuatkan Nisa' ketawa kecil.

“Irfan memang baik. Saya terhutang budi dengan dia.”

Sara mengangguk.

“oh ya, saya ada dengar tentang Bakar dan Riani. Saya nak minta maaf bagi pihak mereka berdua.”

“kenapa pulak awak yang minta maaf? Bukan salah awak pun.” Tingkah Nisa' hairan.

Sara tersenyum mendengar jawapan Nisa'. Kalaulah Nisa' tahu siapa dia sebenarnya, mengamukkah dia?

Tak kisahlah, yang penting kena kahwinkan dua orang ni cepat-cepat, tu je!

“ye, tapi saya still rasa bertanggungjawab untuk meminta maaf bagi pihak mereka. Mereka memang selalu melampau macam tu, susah nak hormat orang. saya memang tak bersetuju dengan cara mereka. Geram jugak bila dengar cerita mereka dari Irfan. Bagi saya, Hana suci, sesuci kain Putih. Hana tak bersalah. Kak Nisa' juga seorang yang baik. Pastinya Hana akan membesar sebagai orang yang baik, sebagus umminya.” Puji Sara lagi.

Nisa' tertunduk, segan mendengar pujian itu.

“Sara, saya Cuma tunaikan amanah. Tak lebih dari tu.”

“tapi kalau saya di tempat kak Nisa', mungkin saya akan lari dari amanah tu. I mean, saya belum bersedia untuk semua tu. Belum berkahwin, tapi sudah ada tanggungjawab, seumur hidup pulak tu. Boleh gila kot saya dibuatnya?” seloroh Sara.

Nisa' ketawa kecil.

“saya pun hampir nak gila jugak sebenarnya, yelah, dengan mak lagi, amanah lagi, mana satu yang nak diturutkan, semuanya menuntut pengorbanan. Akhirnya, saya terpaksa melepaskan segalanya. Kekasih yang dah bersama selama dua tahun, dan sekarang, kekasih awak pula terpaksa menggantikan tempat tu untuk sementara. Kalau boleh, saya tak nak susahkan Irfan, tapi melihatkan kesungguhan Irfan, dan memandangkan saya tak ada pilihan, terpaksa juga saya turutkan.” Luah Nisa'.

Sara mengangguk-angguk.

“boleh saya Tanya sikit?” soal Sara.

“apa dia? Tanyalah.”

“erm, kalaulah, kalaulah je ni, kalaulah Irfan tu tak ada kekasih, tapi dia still nak tolong kak Nisa', kak Nisa' akan terima dia tak?”

“maksud Sara? Kak Nisa' tak faham.”

Sara menjungkit bahu.

“taklah, kana bang Irfan tu duda, so Sara rasa kak Nisa' boleh faham macam mana perasaan dia bila dia menduda tanpa kerelaannya. Yelah, isterinya meninggal dalam kemalangan. Kalau Sara tak ada, kak Nisa', akan terima dia kalau dia melamar kak Nisa'?” Sara menjelaskan soalannya.

Nisa' terdiam, seketika dia mengerling ke arah kaunter makanan, mencari-cari kelibat Irfan.

“akak, entahlah. Entah, akak pun...tak pasti.” Tiba-tiba ada keraguan terbit di situ. Apakah tindakannya jika benar itu terjadi?

Selama ini, dia tega mempertahankan pendiriannya, dia tidak mahu sesiapa terluka lagi. Benarkah itu yang dimahukannya? Tidak mahu ada yang terluka lagi? Tapi kenapa kali ini, dia seakan tidak pasti lagi dengan pendiriannya. Jika Irfan benar-benar solo dan terluka, akankah dia menerima kehadiran Irfan, dan membiarkan mereka saling menyembuhkan dan melengkapi antara satu sama lain?

Tapi itu Cuma andaian, dan itu tidak mungkin terjadi. Irfan milik Sara. Sara yang begitu sempuran. Jika benar Irfan tidak berpunya sekalipun, pastinya dia akan bersetuju untuk berkahwin dengan Nisa' semata-mata kerana Hana. Bukan kerana perasaan pada Nisa'. Semuanya kerana Hana. Pastinya.

“kak Nisa', akak ok ke?”

“hah? Sara cakap apa?” Nisa' termangu-mangu, malu sendiri kerana hanyut dalam dunianya sendiri.

“awak mengelamun ke? Pergilah ambil makanan.” Irfan yang sudah kembali ke meja menarik kerusi lalu duduk kembali.

Nisa' turut bingkas, membontoti Sara ke kaunter makanan.

********

“err, Irfan, saya nak cakap sikit boleh?” ujar Nisa' seraya mengelap mulutnya dengan sehelai tisu.

Sementara Sara ke tandas Nisa' mahu mengambil peluang ini berbicara tentang Shila, dan kesilapannya.

Irfan angkat kening.

“apa dia? Cakap la.”

Nisa' menelan liur. Jemarinya bermain dengan straw minumannya.

“sebenarnya, saya ingatkan kekasih awak, Shila.” Nisa' berterus terang,

Irfan membesarkan matanya, sengaja berbuat demikian walaupun dia tidak terkejut dengan pengakuan Nisa' itu. Mala sudah memberitahunya.

“oh, kenapa pulak awak boleh fikir macam tu?” nada terkejutnya juga sengaja dibuat-buat.

Nisa' menggaru dahi.

“err, yelah, saya dah salah. Tapi, bukan tu yang saya nak cakap sebenarnya ni.” Nisa' masih bermain kata.

Irfan mengerutkan dahi.

“apa dia sebenarnya?” soalnya, menumpukan perhatian pada Nisa' sepenuhnya, hairan melihat Nisa' keresahan.

“sebenarnya, tadi, saya terjumpa Shila.” Nisa' memulakan.

“oh, so?”

Nisa' menggigit bibir.

“saya, terlepas cakap dengan dia, yang awak ada girlfriend yang kerja kat Melaka.” Akhirnya terluah juga pengakuannya.

Irfan terlopong.

“what? Awak, cakap dengan dia, pasal saya ada girlfriend, kerja kat Melaka?” Irfan bertanya kembali, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Nisa' mengangguk dengan raut wajah bersalah tertampal di mukanya.

Irfan tersandar kuat.

Dia tidak menjangka semua ini datang.

Kalau Shila tau, susahlah, habis semuanya. Habis.

Sara kembali ke meja mereka dan mendapati keduanya senyap kaku.

“kenapa ni? ada ribut ke?” seloroh Sara.

Nisa' tersenyum nipis. Dia sendiri tidak pasti patutkah Sara diberitahu.

Belum sempat dia memikirkan jawapan untuk itu, Irfan sudah menyampuk.

“Shila dah tahu abang ada girlfriend.” Beritahu Irfan lemah.

“what?” bulat mata Sara tidak percaya.

“yup.” Irfan mengiyakan lagi.

“macam mana dia tau?” soal Sara, ada sedikit nada kesal di situ.

Nisa' mengangkat tangannya sedikit, seakan-akan mengaku kesalahannya. Pandangan Sara tertumpu padanya.

“akak tersilap, terlepas cakap dengan dia tadi. Sebenarnya, akak ingat, dia tu girlfriend Irfan. Tu yang terlepas tu.” Ujar Nisa' kesal.

Melihatkan wajah risau Irfan, Nisa' tahu dia sudah melakukan kesilapan besar. Tapi, siapa Shila sebenarnya? Sara pun kenal Shila?

“Irfan, saya minta maaf. Saya...”

“tak apa, awak tak tau.” Irfan meningkah. Berkerut-kerut dahinya menunjukkan dia sedang berfikir dalam.

“tak apa akak, benda dah jadi, sekarang, kita kena fikir macam mana nak selesaikan benda ni. sebab kalau kak Shila dah syak, Sara risau nanti kerja kita terganggu.” Nadanya risau.

Nisa' mengangguk-angguk.

Sepi melanda lantaran semuanya ligat memikirkan cara untuk mengatasi masalah itu.

“nak terus-terang dengan dia, dan minta dia bekerjasama?” cadang Irfan tiba-tiba.

Sara menggeleng pantas dengan raut wajah yang jelas menentang cadangan itu.

“tak boleh bang. Dia bukan jenis yang macam kak Zila tu. Kak Zila tu lainla, boleh menimbangkan pasal orang lain.” Sara menolak seraya memberi pendapatnya.

Nisa' mengerutkan dahinya, merenung Sara pelik.

“Sara, kenal arwah Zila?”

Sara yang sedar dia telah terlepas cakap saling berpandangan dengan Irfan.

“err, kenal sebab abang Irfan selalu cerita dengan Sara. Tak pernah jumpa, kami jumpa pun lepas arwah dah tak ada.” Sara pantas menutup kesalahannya.

Irfan mengangguk-angguk menyokong.

Nisa' tersenyum tawar.

“oh.”

Pantas Sara melarikan matanya. Sipi lagi.

Lama sepi beraja. Tiada cadangan yang boleh diberi.

“hah, Sara tau!” tiba-tiba Sara bersuara kuat.

Semua mata tertumpu padanya.

“apa dia? Cakaplah cepat.” Gesa Irfan.

Sara tersenyum lebar penuh makna membuatkan Irfan dan Nisa' kehairanan.

“korang nikah, senang cerita, apa-apa pun, kak Shila dah tak boleh cakap apa-apa sebab korang dah sah sebagai suami isteri.” Ujar Sara ceria dengan pandangan yang bersinar-sinar.

Untuk seketika Nisa' kehairanan. Sara ni macam tak kisah langsung je Irfan nak kahwin dengan aku. Ish, pelik!

Irfan melopong.

“maksud Sara, nikah dulu? Sebelum kenduri?”

Sara angguk pantas.

“yup. Sebelum orang lain buat hal.”

“tapi.. orang tua kita akan setuju ke?” Nisa' mula meragui kemungkinana cadangan itu berjaya.

Sara tersenyum saja mendengar kerisauan Nisa'.

“ala, cakaplah abang Irfan nak pergi outstation lama sebelum kenduri. Kalau nak buat nikah hari yang sama, takut kelam-kabut. Lagipun, nikah gantung ni jimat sikit. Ok?”

Irfan mengalih pandang pada Nisa' yang turut memandangnya.

“ok ke Nisa'?”

Nisa' terdiam.

“kalau itu saja caranya, ok je la.”

“parents awak macam mana?” Irfan bertanya lagi. Risau. Namun ada sedikit rasa senang yang terbit.

Nisa' jungkit bahu.

“entah. Weekend ni, kita balik. Kita cakap dengan abah. Harap-harap abah setuju la.” Ujar Nisa' penuh pengharapan.

Irfan mengangguk, mengerling Sara yang tersenyum penuh makna, Cuma dia dan Sara tau ertinya. Berjayakah mereka?

**********

“aku terima nikahnya, Khairunnisa’ binti Bustaman dengan mas kahwin, seratus ringgit, tunai.” Dengan mudahnya lafaz itu terlafaz dan termeterailah pernikahan Nisa' dan Irfan di masjid kampung Nisa', dengan bersaksikan tok imam dan beberapa orang kampung yang lain.

Nisa' yang sopan berbaju kurung sutera Putih bersimpuh semeter dari bulatan yang mengelilingi Irfan tertunduk sayu. Genggaman jari Mala semakin erat dirasakan. Menitis juga air matanya.

Ini bukan air mata gembira, tapi air mata sayu kerana dia berkahwin bukan untuk selamanya, dan dengan pernikahan ni, bererti perceraiannya juga akan menyusul. Dia akan menjadi janda untuk selama-lamanya.

Baru kini pilu itu menusuk jantungnya, begitu pedih. Sesal tiada gunanya. Ini pilihannya, ini keputusannya, demi Hana. Dan dia tidak akan menyesal, mahupun berpatah balik. Takkan.

Nisa' berpaling ke kirinya apabila pahanya terasa disentuh seseorang. Ummi.

Adakah Nisa' bermimpi? Ada titisan air mata jernih di pipi ummi.

“ummi..”

Ummi tidak berkata apa-apa, sebaliknya ditariknya Nisa' ke dalam pelukannya, dan menangislah mereka di situ. Mala turut menitiskan air mata.

“maafkan ummi, ummi doakan kebahagiaan Nisa', untuk selamanya.” Bisik ummi perlahan, dan bisikan itu bagai menyerap ke seluruh pembuluh darahnya.

Pelukan itu semakin erat.

Ummi, maafkan Nisa' kerana berbohong pada ummi! Maafkan Nisa'!

Sentuhan lembut di bahunya membuatkan Nisa' merenggangkan pelukannya, terlupa dia mereka masih di masjid, dan upacara masih belum selesai. Upacara membatalkan air sembahyang.

Dikesat air matanya dan juga air mata ummi. Pandangannya dihala ke hadapan semula, dan dia dapat melihat Irfan sedang berjalan ke arahnya.

Entah mengapa, saat mata mereka bertentangan debar di dadanya tiba-tiba menggila. Nisa' menunduk.

Irfan sudah melutut di hadapan Nisa', bersama sebentuk cincin di tangannya. Dia menghulurkan tangannya, dan Nisa' lambat-lambat meletakkan tangannya di atas tapak tangan Irfan.

Bagai ada sesuatu mengalir ke segenap inci tubuhnya saat kulit mereka bersentuhan.

Cincin disarungkan dan Nisa' pantas menyalami tangan Irfan, dan mengucupnya. Irfan pula menghadiahkan kucupan di dahi Nisa', membuatkan Nisa' tersipu-sipu sendiri. Biar ini Cuma lakonan, tetap ada rasa segan yang singgah, dan rasa lain yang semakin mekar.

“Alhamdulillah, selesai pun semuanya.” Haji Bustaman bersuara sebaik Irfan sudah duduk kembali, di hadapan Nisa'.

Nisa' berpaling ke arah Mala dan mengambil Hana. Dikucup kedua pipi gebu Hana bersama seribu satu rasa yang bercampur baur.

Kaum lelaki yang hadir sudah bingkas berdiri untuk bersurai. Mereka turut menyusul. Nisa' yang mendukung Hana mula tidak keruan apabila Irfan berdiri terlalu hampir padanya. Ummi dan abah sudah keluar bersama yang lain.

Bagai memahami rasa Nisa', Irfan mengalihkan perhatian pada Hana.

“jom ikut abi?” Nisa' mengangkat mukanya, merenung Irfan tatkala telinganya menangkap perkataan itu. Begitu mudah Irfan menggunakan perkataan itu.

Nisa' menyerahkan Hana kepada Irfan tanpa menunggu lama.

“jom, ambil gambar family bahagia ni.” cadang Mala. Di tangannya sudah tersedia telefon bimbit berkameranya.

Irfan mengangguk.

“ok jugak.” Irfan sudah menegakkan dirinya di sebelah Nisa'.

Mala menghadiahkan pandangan pelik pada Nisa'.

“Nisa', dekat sikit la. Kenapa jauh sangat?” tegur Mala.

Irfan yang mendengar teguran Mala itu mendekatkan jarak mereka, terlalu hampir wajah mereka sehinggakan Nisa' bagaikan boleh mendengar desahan nafas Irfan. Dan entah kenapa, dia tidak berdaya membantah tindakan Irfan.

Mala tersenyum lebar.

“ok, satu, dua, cheese!”

Klik!

Gambar mereka yang pertama, dan juga sebagai sebuah keluarga menyaksikan Irfan tersenyum bahagia dan Nisa', dengan wajah yang keliru.

**********

“Zil tidur luar. Mala dengan Hana tidur bilik Zil. Irfan masuk bilik Nisa'.” Abah mengatur selamba malam itu, sebaik sahaja tv dimatikan.

Nisa' dan Mala saling berpandangan. Irfan menggigit bibir.

“err, abah, tak apa. Kita ikut aturan biasa je.” Irfan cuba membantah secara baik.

Dia sedar kerisauan Nisa'.

“alah Irfan, kamu tu dah jadi suami isteri, dah halal dah. Biarlah yang adat tu. Ummi dan abah tak kisah.” Ummi pula menyokong.

Abah sudah mengatur langkah ke biliknya. Ummi membontoti abah. Fazil masuk ke biliknya dan keluar semula bersama sehelai selimut, tilam nipis dan sebiji bantal.

Mala menjungkit bahu dan beredar ke dalam bilik Fazil bersama Hana.

Nisa' kaku di situ, Irfan menggaru kepala.

Akhirnya, Nisa' mengatur langkah ke biliknya, dan entah kenapa, debaran di dadanya semakin menggila sebaik dia sedar Irfan mengikut langkahnya.

Walaupun mereka sudah diijabkabulkan sebentar tadi, Irfan masih belum menjejakkan kakinya ke bilik Nisa'.

Pintu bilik dikuak dan Nisa' masuk diikuti Irfan.

Nisa' berdiri di tepi katilnya.

Memandang Irfan tanpa sebarang kata.

“err, saya tidur bawah je. Awak tidur atas.” Cadang Irfan.

Nisa' menggigit bibir.

“tapi, tak ada tilam lebih. Yang ada pun kat bilik abah.” Beritahu Nisa' perlahan.

Hujung depan tudungnya digenggam kuat. Resah mahu menanggalkan tudung. Terasa janggal pula. Sejak tadi ummi sudah bising kerana dia tetap bertudung biar Irfan sudah bergelar suaminya yang sah.

Akhirnya ditanggalkan juga tudungnya dan disangkut tudung itu di penyidai.

Irfan yang menyedari tindakan Nisa' kaku seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Argh! Susahnya! Menyesal aku bagi cadangan bodoh ni!

“Irfan.”

“ya,” seraut wajah Nisa' yang tampak ayu tanpa tudungnya ditenung dalam.

“tidur je lah atas katil ni, saya minta maaf, patutnya, saya seludup dulu tilam tadi, tapi terlupa. Ingat abah takkan bagi kita tidur satu bilik lagi.” Ujar Nisa' kesal.

Irfan menggigit bibir.

“err, tak apa ke?”

Nisa' sudah melabuhkan punggung di atas atas katil. Diletakkan bantal golek di tengah-tengah.

“tapi, jangan lebih dari sempadan ni.” Nisa' memberitahu bersama senyum kecil.

Irfan angguk lambat-lambat.

Ish. Tak jamin ni.

Nisa' memandang Irfan pelik apabila Irfan masih tidak berganjak.

“tak nak tidur ke? Jangan risau, saya takkan masuk kawasan awak.” Usik Nisa'.

Saat itu dia teringatkan Sara. Kagum seketika mengingatkan wanita itu.

Irfan menuju ke katil, ke bahagiannya lalu duduk.

Nisa' bangun semula untuk mematikan lampu sebelum dia kembali ke katil di dalam gelap.

Perlahan dia berbaring di situ. Mungkin Irfan pun dah baring.

“Irfan.”

“ya.” Di dalam kelam mereka berbicara.

“terima kasih.”

“tak, saya yang patut berterima kasih.”

“kenapa pulak?”

“kerana semuanya.”

Nisa' mendiamkan dirinya, tidak lagi membalas.

Nisa' memaksa dirinya untuk tidur, walaupun sukar untuknya melelapkan mata, bimbang dengan apa jua kemungkinan yang akan terjadi. Dan malam itu, tidurnya diganggu wajah itu lagi, wajah seakan-akan Shila, dan kali ini, wajah itu tersenyum lebar sebelum ianya menghilang dan tidur Nisa' diganggu oleh suara lelaki.

11 comments:

  1. akhirnyaa....
    nkah jugak diaorang........
    smbung ag ..........

    ReplyDelete
  2. waahhaaaaa...
    nikah jugak..!!
    ske2...
    smbung2..

    ReplyDelete
  3. wuhhhh...
    bravo2....kawen pon dorang nih...
    yahooo

    ReplyDelete
  4. wah..!!
    suke nyer....
    akhir nyer diorg kawen jg....

    hehe...

    cpt smbg....

    ReplyDelete
  5. FAV! haha. betullah, mmg suka entry ni
    nikah jugak. boleh jd gila dgn nisa' ni. haha :P

    ReplyDelete
  6. fuhhh....walaupun terkejut sebab 'cepatnya' diorg kawen tapi daku lega. n3 kali ni amat membahagiakan walau tersentap masa episod lepas.

    Irfan dah berpengalaman. aku tak percaya dia boleh tido dgn aman. hahaha....

    pa pe pun syukur la nisa' tak kalut sampai diorg kawen. legaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. TQ2 anarif, sy senyum je x habis2. Suke sesangat ngan n3 ni. TQ again:D

    ReplyDelete
  8. credit to sara too, pandai sara ni. Suke ngan sara:)

    ReplyDelete
  9. awak.. best sgt n3 ni
    bila baca, rs mcm dah masuk watak je.. he3
    betul2 menjiwai la kiranya
    nak kata, ayat2 yg elok tersusun ni betul2 terkesan
    bagus2! =)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah....kawen jugak akhirnya

    ReplyDelete