About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, February 22, 2011

Bulan Bintang 2

Sebulan lepas peristiwa tu, aku kena pergi satu function di Hotel Hilton (satu benda lain yang dah berubah, aku dah tak marah bila kena pergi function or event. Dan aku perasan Ria semakin senang menugaskan aku di luar, walaupun ramai wartawan lain ada di pejabat.) Kalau ikutkan, hari tu, aku dah ada assignment lain tapi alang-alang, kata Ria, dia nak aku ke situ pulak sebab wartawan yang patut ke situ ambil emergency leave.

Tanpa tahu-menahu apa-apa, aku pergi dengan Amri (dan sebenarnya aku tak nak pergi dengan dia sebab dia dah makin pelik sejak peristiwa Genting tu dan perubahan dia buat aku tak selesa) berdasarkan arahan Ria dalam bentuk SMS saja.

Bilik apa entah majlisnya, aku membebel sendiri.

“Ni kot?” tunjuk Amri pada satu bilik.

Kami sama-sama menjenguk, Amri dulu, baru aku. Masuk saja ke dalam bilik itu, aku dan Amri tercengang-cengang.

Sah kitorang salah bilik sebab dalam majlis ni, semua orang pakai sut mahal dan yang perempuan turut berpakaian kemas tapi cuma ada seorang dua perempuan. Kebanyakannya lelaki dan mereka seperti sedang mengadakan hi-tea.

Cepat-cepat aku cuit Amri.

“Bukan ni. Jom, keluar.” Ujarku seraya berbisik.

Aku baru pusingkan badan untuk mencapai tombol pintu.

“Muna.”

Amri menyikuku.

“Ada orang panggil nama kau.”

Aku tau, tak perlu kau bagitau aku lagi. Saat itu, terasa macam nak mengamuk pun ada sebab aku tau suara itu milik siapa.

Aku berpusing lambat-lambat. Dia di situ, segak dengan sut hitam bertali leher krim. Pasti mahal.

“Awak… buat apa kat sini?”

“Err, kami salah masuk bilik.” Jawab Amri tanpa ditanya.

“You must be Amri.” Amri jelas terkejut apabila namanya meniti di bibir Fakhri.

“Ya, saya Amri tapi kita belum pernah jumpa kan? Wait. You, anak Tengku Adnan, Tengku Fakhri, right?” Amri dah seronok tak terkata. Macam jumpa buah hati.

“Yep, tak salah lagi.”

Aku dah memeluk tubuh.

“Amri, jom.” Ajakku tanpa menanti lama.

Amri terpinga-pinga sebentar.

Dalam hati, aku berdoa supaya Amri tidak bertanya lagi. Kalau dia dah jadi ramah, selalunya dia akan bawa masalah. Masa tu juga…

“You kenal dia? Macam mana kau kenal dia? Hari tu, bukan kau tak kenal ke sapa dia?” Amri pandang aku, dan Fakhri silih berganti.

Aku mengeluh berat.

“Awak tak beritahu diorang perkara sebenar?” soalan Fakhri membuatkan Amri memandang aku tak berkelip.

“Hari tu, di Genting…”

Stop!” dua pasang mata tertumpu padaku.

Nothing happens, dan aku tak kenal siapa Tengku Fakhri Tengku Adnan.” Titik. Aku terus keluar tanpa melihat muka kedua mereka.

Amri mengejarku.

“Di Genting, kau dengan dia?”

“Amri, tolong jangan tanya lagi. Plus, we have work to do here. No playing around.

No, Muna, no.” suara Amri meninggi, dan dia menghalang jalanku.

It’s now or never.

“Amri, apa yang tak kena dengan kau ni?”

Amri merenung aku dengan renungan yang lain macam. Aku tak pernah tengok dia macam tu.

“Aku nak tau apa yang terjadi di Genting hari tu.”

“Amri, itu bukan hal kau. Dan benda tu dah berlalu. Tak boleh ke kalau kita biarkan saja, jangan sebut-sebut lagi?”

“Tapi aku perlu tau!”

“Why?”

“Sebab kau dah berubah sejak kau tertinggal di Genting, dan sekarang aku tau Tengku Fakhri ada kaitannya dengan perubahan kau!”

“Kalau betul pun itu berlaku, kenapa kau perlu tau? Siapa kau untuk tanya semua tu?”

“Sebab aku sayangkan kau!”

Gulp! Dan wajah Amri sangat tegang, dan serius.

“Amri..”

“Muna, kenapa kau tak pernah buka hati kau? Aku ingat, bila kau dah berubah, aku akan ada peluang, tapi sayang, kau tetap tak nampak aku. Sekarang, aku tau Tengku Fakhri ada kaitan dengan semua ni. Kan?”

Aku terdiam. Lidah aku bagai digam ke lelangit.

“Aku…”

“Muna, by any chance, kau dengan dia, did something happen between you and him at Genting?

“What? Apa maksud kau?”

“Bukan itu yang aku maksudkan. Maksud aku…”

Did something happen between us, Muna?” kami sama-sama berpaling.

Malangnya, Tengku Fakhri yang bertanya, dan entah sejak bila dia memerhatikan kami.

Aku dah pening. Apa sebenarnya yang jadi sekarang ni? Aku pandang Fakhri, kemudian Amri.

“Amri, please, sudahlah. Kita kena pergi sekarang.” Aku sedikit merayu.

Sebenarnya aku tak mahu berada di situ dengan Fakhri. Sudah-sudahlah.

Amri masih tak berganjak.

“Muna, selama ni aku berdiam diri sebab aku percayakan kau, dan aku tau, aku masih ada harapan. Tapi sekarang, aku terasa jauh dari kau. Kalau tak ada apa-apa jadi, kenapa kau tak boleh cakap dengan aku apa yang terjadi?” desakan Amri membuatkan aku rasa geram tiba-tiba.

“Because nothing happened!”

“Aku tak percaya. Mesti ada sesuatu yang berlaku.”

Fakhri menjadi pemerhati setia. Kalau dia bukak mulut masa tu, aku rasa satu penampar lagi boleh melayang ke wajah dia.

“Amri, I’m begging you! Kita kena pergi, sekarang!” aku perlahankan suaraku.

“Wow! Awak merayu, Muna? You didn’t do that to me before, right?” sampuk Fakhri tiba-tiba.

Shut up!”

Amri beralih pada Fakhri pula.

“Encik, macam mana encik kenal dia?”

Aku merengus kasar. Geram. Tanpa menanti jawapan Amri, aku membuka langkah, dan Amri mengejarku.

“Muna, nanti dulu!”

Aku terus berjalan dan berjalan, menuruni tangga dan melalui lobi. Di sekeliling aku, aku sedar mereka hairan melihat Amri mengejarku.

Aku sudah lupa tujuanku berada di sini. Geram dan marah bercampur baur. Marah dengan Amri, geram kerana Fakhri tidak tau batasnya, seperti dulu. Masih tidak berubah.

“Muna… dengar dulu apa saya nak cakap.” Jerit Amri dari belakang.

Tiba di tempat letak kereta, aku berhenti menghadap Amri.

“Sama ada kau hentikan perkara gila ni atau aku berhenti.”

What? Liking someone bukan kerja gila!”

Yes, it is for me sebab aku tak ada masa untuk benda ni.” Aku bercekak pinggang.

“Muna, kenapa kau tak pernah faham? Atau kau memang tak nak faham? Aku ikhlas sukakan kau.”

“Dan aku ikhlas menolak kau. Trust me, my interest in this matter dah lama hilang.” Tegasku lagi.

“Kenapa? Kerana masa lalu kau yang menyakitkan?”

“Amri, don’t…”

“Muna, masa berlalu dan ia akan mengubat hati kita. Selama ni, aku berharap agar kau akan sedar semua tu. Atau, kau dah ada orang lain?” ayat dia yang terakhir memang menyentap jantung aku.

Nonsense!” aku dah berpusing kembali.

“Siapa Fakhri pada kau? Kenapa perlu kau takut untuk mengaku?” soalan Amri yang itu membuatkan langkah aku mati.

He is nobody!” marahku seraya berpaling pantas.

“Kau pasti? Betul kau tak pernah teringat pada dia, dan berharap agar dia muncul dalam hidup kau sekali lagi, walaupun pertemuan korang tadi satu kebetulan? Jantung kau tak berdegup pantas bila mata korang bertentang? Kau pasti dengan semua tu?”

“Fakhri cuma.. cuma…”

“Cuma apa, Muna? Cakap.” Desak Amri.

Cuma apa? Aku tiba-tiba jadi tak pasti dengan perasaan aku sendiri.

Forget it. Aku tak perlu jelaskan pada kau. Aku balik sendiri.” Hanya aku dan Yang Maha Agung yang mengerti.

Masa tu, terasa macam dada aku nak pecah. Semuanya berlaku terlalu cepat, dan kepalaku sakit, berdenyut-denyut. Aku betul-betul keliru dengan pengakuan Amri, dan kata-katanya masih belum meninggalkanku.

Aku menapak ke perhentian bas, dan sungguh aku lega bila dia tak mengekori aku. Aku betul-betul harap dia faham. Aku penat.

Aku duduk melepaskan lelah. Tak pasal-pasal kerja tak jadi.

Fakhri. Siapa dia pada aku? Soalan itu tak pernah diutarakan kerana tak siapa tahu tentang peristiwa di Genting kerana aku sudah bertekad untuk menghilangkannya dari sejarah. Jika aku tidak bercerita, pasti ia takkan tertulis.

Kononnya, itu yang harapkan. Dan sekarang, sejarah telah menulisnya. Kerana pertemuan enam mata tadi.

Bas yang perlu aku naiki berhenti di depanku, tapi entah apa yang merasukku, aku seolah-olah tidak sedar dengan kehadirannya. Dan akhirnya, bas itu berlalu begitu saja. Aku tersedar apabila bunyi hon bergema tiba-tiba.

Sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di depan perhentian bas, dan lebih tepat sekali, di depan aku. Eh, depan aku?

Aku buat tak kisah. Dan aku pandang sekeliling, agak lengang.

Eh? Mana orang lain? Tadi ramai!

Seorang akak yang berada hampir denganku kuhampiri.

“Kak, bas dah sampai ke tadi?”

Aku perasan akak tu dah tengok aku lain macam.

“Tak sedar ke? Lama bas tadi berhenti.” Ada riak tak senang dan nada yang menjengkelkan.

Aku tepuk dahi.

“Alamak, macam mana boleh berangan ni?”

“Dik…”

“Apa?”

“Tu, orang dalam kereta tu panggil adik dari tadi.”

“Saya?” aku tengok kereta itu.

Cerminnya sudah diturunkan. Aku menjengah sedikit.

“Naiklah, berapa lama lagi saya nak tunggu?”

Fakhri. Walaupun dengan cermin mata hitam dan kereta mewah yang lain dari hari tu, dan sudah tentu aku tak tau jenamanya macam yang hari tu jugak, aku tetap boleh cam dia, dan suaranya. Macam dah ada kotak ingatan hanya untuk dia dalam minda aku. Eh?

Aku buat tak dengar. Aku bangun, dan duduk di tempat lain. Akak tadi dah tengok aku pelik. Mesti dia pelik kenapa orang perempuan yang nampak biasa macam aku boleh buat tak kisah bila ada kereta mewah berhenti depan dia.

Menyesalnya berangan tadi! Kan dah menempah maut! Kalau tak, tak payah aku jumpa mamat ni lagi. Sekurang-kurangnya, tak adalah sejarah berulang lagi. Adoi…

Dia keluar dari kereta. Aku buat-buat tak nampak. Akak tadi dah tengok aku dan dia silih berganti.

“Muna, jom, kita balik.”

Aku membatu. Jangan mengalah, Muna!

“Muna, bas dah lepas, kan?”

Argh! Ya, dan ia sangat memalukan! Kenapa aku akan jumpa laki ni tiap kali aku ditinggalkan atau tertinggal??

“Saya takkan naik kereta dengan orang tak dikenali.”

Fakhri tanggalkan cermin mata hitamnya.

“Awak tak kenal saya?”

Aku diam. Boleh dia pop kuiz kat sini. Boleh jalanlah.

“Baik, hai, saya Tengku Fakhri Tengku Adnan. Now you know me. Boleh saya tumpangkan awak?”

Aku jelling lagi.

“Hish, gila ke?” desisku sendiri.

Akak tu dah geleng-geleng. Aku tau, dia mesti rasa nak cepuk aku dan ikat aku, letak kat tengah jalan raya sekarang, biar mati digelek kereta.

Semakin ramai manusia membanjiri perhentian bas itu.

“Cepatlah, orang dah ramai ni.”

Aku masih membatu, memeluk tubuh.

“Sayang, anak kita dah nak balik dari sekolah. Takkan nak biar dia menunggu lagi? Sudah-sudahlah awak buat perangai tu.”

“What?” akak tu geleng bertambah laju.

Aku tenung Fakhri dalam, kalau boleh aku nak telan dia masa tu jugak!

“Jomlah.”

Geram!! Tapi semua yang ada di situ dah pandang-pandang kitorang dan berbisik dengan agak kuat. Hampagas betul. Aku menghela nafas dalam.

Akhirnya, aku mengalah. Aku masuk ke dalam keretanya cepat-cepat. Aku tau dia tersenyum.

Tak apa, hari ni kau menang.

“Turunkan saya di KL Sentral.” Aku bersuara sebaik keretanya meluncur di atas jalan.

“Kenapa pulak?”

Aku pandang dia tak percaya.

“Hei, saya nak balik.” Tegasku.

“Saya tak nak hantar awak balik lagi.” Selamba saja dia menjawab. Tak pandang aku pun.

Tidak, sejarah takkan berulang!

“Fakhri, awak tak faham ke? Saya nak balik!” suaraku meninggi.

Dia menggeleng-geleng.

“Ish, macam mana Amri boleh kata awak dah berubah? Sama je saya tengok. Macam singa betina.” Komennya yang seterusnya membuatkan aku menepuk dashboard sekuat hatiku.

Shut up! Apa yang awak nak lagi dari saya, hah? Saya berdoa siang malam supaya saya tak perlu bertemu awak lagi! Awak ni tak reti bahasa ke?”

“Dan saya pulak berdoa siang malam agar saya bertemu lagi dengan awak. Iman saya lagi kuat nampaknya, kan? Allah makbulkan doa saya, bukan awak.”

Argh! Psikonya dia ni!!

“Turunkan saya!”

“Nantilah, belum sampai lagi.”

Now, Fakhri!”

Not now, Muna.”

Please!”

Please? For what?”

Aku mengalah. Letih. Akhirnya aku mengambil keputusan berdiam diri. Ke mana destinasi kitorang pun aku dah malas nak tanya.

Geram dan marah dan benci dan menyampah.

Bila aku tersedar kembali dari melayan perasaan, keretanya sudah masuk ke tempat letak kereta hotel mewah yang lain. Yang tak pernah aku tau wujud.

“Jom.” Ajaknya.

“Ke mana?”

“La, tadi nak turun sangat. Dah sampailah.”

Aku protes. Aku tetap membatu di tempat duduk. Biar dia turun seorang.

Dia berjalan ke pintuku dan dibukanya.

“Jomlah.”

Aku membisu.

“Muna, nenek tengah tunggu.”

Aku angkat muka.

“Nenek?”

Dia angguk.

“Saya dah beritahu nenek saya jumpa awak. Dan dia nak sangat jumpa awak sebab hari tu, ada orang tu lari dari Genting. So, let’s make it up for that, boleh?” pintanya.

Aku terdiam.

Nak pergi ke tak?

“Awak tak tipu?”

“La, takkan nak tipu pulak. Takkan awak nak saya heret nenek turun ke sini baru awak nak percaya?”

Aku ketap bibir. Hish. Aku keluar dari kereta.

“Yelah. Salah awak jugak saya lari hari tu.” bebelku sendiri.

“Sebab tu saya nak sangat jumpa awak semula. Sebab saya tahu saya dah salah. Awak maafkan saya?” sepasang mata dia merenung aku tak berkelip.

Serba-salah pulak jadinya. Muna! Tak boleh, tak boleh! Jangan maafkan dia!

We’ll see.” Jawabku seraya melangkah.

Dia menyaingi langkahku. Kami masuk ke dalam hotel itu dan terus ke restorannya.

Aku terasa agak kekok melihatkan pengunjungnya semua berpakaian ranggi dan mahal-mahal sedangkan aku cuma berkemeja 20 ringgit dan seluar jeans 30 ringgit. Tudung? 10 ringgit je, ok…

“Nek…” aku menoleh. Fakhri sudah mendahuluiku ke arah satu meja yang cuma diduduki seorang tetamu.

Mereka berpelukan mesra macam dah berpuluh tahun tak jumpa.

“Muna…” suara nenek menerpa telinga aku yang sedang berkhayal.

“Nenek, sihat?” kami bersalaman, dan aku terkedu bila dia menarikku erat ke dalam pelukan.

“Muna, kenapa balik tak bagitau nenek hari tu? Muna bosan keluar dengan nenek?” aku senyum tawar sambil mengerling Fakhri yang beriak selamba.

Nampaknya, dia tak beritahu nenek perkara sebenar.

“Ada hal mustahak. Maaf ya.”

Nenek tersenyum manis walau dalam usia emasnya.

“Tak apa. Hari ni, kita makan sama-sama ya.”

“Erm, Muna kerja nek. Hari lain, boleh?”

Wajah nenek berubah keruh.

“Ala, lama nenek rindukan Muna, baru jumpa dah nak pergi? Lepas makan, Fakhri hantar ke pejabat. Boleh?”

Aku serba-salah. Fakhri memberi isyarat supaya aku bersetuju. Aku ketap bibir geram melihat dia.

Banyak cantik dia! Ni semua salah dia!

“Erm, ok. Tapi tak boleh lama ya.”

Nenek angguk gembira. Dan aku maksudkannya. Dia benar-benar gembira dengan jawapanku.

“Jom, order sekarang.”

Fakhri angguk.

Aku cuma mahu minum tapi nenek mendesak supaya aku makan. Akur, aku meminta chicken chop. Itu saja nama makanan western yang aku tau.

Sejam kemudian, aku sudah kenyang dan mula resah sendiri. Fakhri dan nenek seakan lupa aku perlu pulang. Macam mana nak cakap ni?

Rancak nenek bercerita itu dan ini tentang Fakhri dan Fakhri sekali-sekala menyampuk meminta neneknya berhenti dan aku cuma mampu mengangguk, tersenyum, dan tersengih.

Satu jam setengah kemudian, aku beranikan diri bersuara.

“Nek, saya kena balik sekarang. Nak punch card ni.” Aku pasti Amri pasti pelik aku belum sampai di pejabat.

Telefonku yang memang disilentkan dikeluarkan. Sah! 10 missed calls. Dari Amri semuanya.

Mungkin Fakhri sedar perubahan wajahku, dia turut bersuara.

“Yelah. So, nek, Fakhri hantar dia dulu, ok?”

Nenek angguk lambat-lambat. Dia berat hati, tapi hati aku lagi bertambah berat kalau lagi lama aku kat sini.

Setelah bersalaman dan berpelukan dengannya, aku dan Fakhri beredar.

“Siapa ambil nenek nanti?”

“Saya.”

“Baik bawa dia sekali.” Pelik aku.

“Tak apa. Dia nak jumpa kawan dulu.”

Aku tak membalas lagi. Naik kereta, aku fikirkan sedalam-dalamnya.

“Turunkan saya di stesen komuter saja.”

Why? Saya nak hantar awak terus.”

“Tak payah. Di stesen komuter terdekat je.”

Fakhri pandang aku, tapi aku pandang ke arah lain.

“Muna, saya nak hantar awak safe and sound. Bukan nak campak awak tepi jalan macam tu je.”

“Tak perlu. I thank you but I’ve had enough of all this. Saya nak balik ke dunia saya.”

This? Apa maksud awak?”

“Fakhri, awak tak faham atau awak saja buat-buat tak faham? Kenapa awak tak pernah fikir yang saya mungkin tak selesa dengan semua ni?” lantang aku menyuarakan ketidaksenanganku dengan perbuatannya.

What?” jelas dia tidak percaya aku akan mengetengahkan hal itu.

“Kita bertemu, dan awak tolong saya. Alright, saya tau saya biadap dengan orang yang menolong saya, maafkan saya dan terima kasih atas bantuan awak, tapi semua tu dah cukup. Saya tak perlukan bantuan awak lagi. Saya pohon pada awak. Berhenti buat semua ni.”

Dia ketawa kecil.

“Jadi awak ingat saya terpaksa?”

Aku terdiam. Argh, kenapalah aku mulakan semua ni?

Tanpa berlengah aku keluar dari kereta. Dia menurutiku.

“Muna, awak nak pergi mana?”

“Balik sendiri. Sorry, and thanks a lot.”

“Muna, please, saya hantar awak.” Fakhri menghalang jalanku.

Aku menghela nafas dalam.

“Fakhri, sudahlah. Tak ada gunanya kita terus berjumpa macam ni. Takkan ada kesudahannya. Tak perlu awak bagi harapan palsu pada nenek. Dunia kita berbeza. Saya sendiri tak faham kenapa mesti awak terus-terusan mencari saya setiap kali saya nak pergi, jauh dari awak. Saya rimas. Dan saya betul-betul tak selesa. Tolonglah.”

Tapi dia tetap berdegil.

One last time. Saya hantar awak dan lepas ni, saya takkan ganggu awak lagi.” Rayunya.

Aku hilang kata.

“Janji?”

Dia angguk.

Berpegang dengan kata-katanya, aku bersetuju. Dia menghantar aku sampai ke depan bangunan di mana pejabatku berada, dan yang paling seronok, Amri dah ada kat bawah, bersedia untuk balik.

Aku kuatkan diri untuk keluar. Memang rasa macam keluar mulut buaya masuk mulut dinosaur.

“Thanks. And please go.” Mengerti dengan arahanku, Fakhri memandu keretanya pergi sebaik aku keluar.

Cubaanku untuk menyelinap begitu saja tanpa mempedulikannya gagal apabila Amri memanggilku.

“Tengku Fakhri hantar awak balik? Awak bukan cakap nak balik sendiri ke?”

Argh! Aku tak faham dengan perangai lelaki-lelaki ni!

“Dia cuma kawan.”

“Oh, kawan, tadi awak cakap dia bukan sesiapa?”

Aku terdiam. Terjerat dengan perkataan sendiri.

“Amri, kita tak ada apa-apa hubungan dan aku tak perlu terangkan apa-apa pada kau.”

Amri angguk.

“Baik. Kau jangan menyesal nanti.” Dengan itu, dia berlalu pergi.

Dia ugut aku? Dia ugut aku? Biar betul dia ugut aku. Malas mahu mempedulikannya, aku terus pergi tanpa menghiraukan ugutannya. Dan aku silap. Ugutannya bukan kosong.

*********

Dua hari kemudian, aku ke pejabat seperti biasa selepas bercuti di hujung minggu. Sampai di pejabat, Ria memanggilku dengan nada yang agak mencemaskan.

Skrin komputernya ditunjukkan padaku.

Aku terkedu. Gambarku terpampang sebesar-besarnya di dada skrin, bersebelahan wajah kacak tengku Fakhri.

Who… I mean…

Yes, who did this? I pun tengah bertanya soalan yang sama. I mean, you tak kenal dia pun. Apa lagi keluar bersama. So, how could this start?” aku telan liur mendengar komen Ria.

Mati aku kalau kakak aku nampak. Habis aku kalau keluarga aku tau.

Aku memberanikan diri membaca artikel itu. Bertajuk ‘Wartawan dan jutawan?’, isinya agak pedas, dan tepat. Dari mana mereka mendapat cerita ini, aku kurang pasti. Siapa yang dedahkan perkara ini?

Amri. Aku pasti ini kerja dia.

Belumpun sempat aku menghadam isi artikel itu, ada orang di pintu pejabat menekan loceng.

Aku keluar.

“Ya?”

“Cik Muna?” budak despatch mana pulak ni?

“Ya saya.”

“Ada penghantaran. Tolong tandatangan di sini.”

“Barang apa?” soalku sambil menurut arahannya.

“Bukan barang, tapi tu.” ditunjukkan pada jambangan bunga paling besar pernah aku lihat di belakangnya. Aku tergamam.

“Awak salah orang kot?”

Budak lelaki tu sengih saja.

“Taklah, betullah kan? Cik Muna yang dalam artikel tu. Saya cam muka cik Muna.” Otak aku bertambah laju memproses data.

“Nak saya angkatkan?”

Aku angguk dalam kurang pasti.

“Nak letak mana?”

“Erm, letak je mana-mana.”

Ria melopong melihat jambangan itu dimasukkan ke dalam pejabat.

“Wow! Siapa bagi?” soalnya.

“Entah..” aku mencari-cari kad pengirimnya. Ada, kad berwarna keemasan terselit di antara bunga ros.

To: My moon and stars, Miss Muna.

From: T.F.T.A.

Aku terkedu. Sudah pasti aku faham makna akronim itu.

“Siapa ni?”

Aku geleng.

“Tak kenal.” Bohongku. Budak lelaki tadi sudah pergi.

Kala itu, Amri tiba dan dia turut tergamam melihat jambangan itu.

“Untuk Ria ke?”

Aku menjelingnya. Ada urusan kami yang belum selesai.

Not me, Muna! Cantikkan? Bertuahnya you Muna…. Kalau I dapat bunga ni, memang bahagia hidup!”

Aku tak dengar lagi apa yang Ria bebelkan sebab aku dah tarik Amri ke arah pantry.

“Itu kerja kau kan?”

What? Bunga tu? kalau aku beli bunga tu, habis gaji aku sebulan, kau tau!”

“Bukan bunga tulah, artikel tu!”

“Artikel apa?”

“Kau saja buat tak tau kan? Kau yang sebarkan benda tak betul tu kan?”

“Eh, apa kau merapu ni Muna? Aku tak fahamlah!” Amri menidakkan lagi.

Aku mula rasa pelik. Kalau bukan dia, siapa lagi?

“Muna!” Ria memanggil namaku dari dalam.

Bergegas aku keluar semula.

“Ada call untuk you.” Aku fikir telefon bimbitku, tapi bukan. Telefon pejabat. Aik. Tak pernah orang call aku di pejabat.

“Helo, Muna bercakap.”

“Cik Muna, saya Zaza, dari akhbar Harian. Boleh saya dapatkan komen cik tentang artikel…”

“Maaf, saya sibuk.” Terus aku letak gagang.

Tak mungkin. This can’t be happening.

“Siapa tu?” tanya Ria. Amri turut mendengar.

“Salah orang.” Aku terus berlari ke luar pejabat.

Mundar-mandir di depan bangunan. Aku tak tau apa yang perlu aku buat. Ya, aku panik!

Aku perlu call dia. Tapi, aku tak ada nombor dia! Baru aku teringat, aku tak tau apa-apa maklumat dia melainkan nama dia!

Amri! Mesti Amri tau. Tiba-tiba Amri muncul di sebelah aku.

“Artikel apa yang kau cakapkan tadi? Bunga tu, siapa bagi?”

“Amri, kau tau macam mana nak cari Fakhri?”

Amri pandang aku tak percaya.

“Dia bagi bunga tu?”

“Amri, tolonglah. Aku ada masalah besar ni.”

“Masalah apa yang besar sangat kalau lelaki bagi kau bunga?”

“Amri! Tolonglah. Kau saja yang boleh tolong aku sekarang!” aku pulak mendesak dia.

Dia terdiam.

“Apa dia?”

“Tolong carikan nombor Tengku Fakhri. Please…

Masa-masa tu jugak, telefon bimbit aku berbunyi. Aku seluk poket. Nombor tak dikenali.

Nak jawab ke tak? Tak mustahil ini wartawan yang nak cari berita.

“Hello…”

“Muna?”

“Fakhri!”

“Wow! Saya tak pernah dengar awak begitu excited sebut nama saya macam ni.”

“Fakhri, awak dah tengok artikel tu?”

“Dah. saya telefon pun sebab takut awak terganggu dengan semua tu. Awak okey kan? Maksud saya, tak ada sesiapa kacau awak pasal artikel tu?”

Aku gigit bibir.

“Kejap, mana awak dapat nombor saya?”

“Pandai-pandailah saya…”

“Awak mengintip saya ke?”

“Eh, tak adalah. Tak dek pasal. Buang masa. Baik saya mengintip Siti Nurhaliza ke, Yuna ke…”

“Ah, sudah, sudah. Apa-apa jelah.”

Dia ketawa.

“So, ada orang call atau cari awak?”

Aku baru nak buka mulut.

“Bunga tu, dah dapat?”

Ya! Bunga yang sebesar pejabat aku!

“Bunga! Kenapa awak bagi?”

“Sebab awak tak nak saya cari awak lagi. Saya bagilah bunga tu pengganti diri.”

Senangnya alasan!

“Dengar sini, encik Fakhri. Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak, DAN, apa-apa benda pun dari awak! Walau sehelai rambut! Faham?”

“Kalau rambut saya gugur jugak macam mana? Bukan saya sedar pun.”

“Fakhri!”

“Baik, baik. I got it. Awak takkan menyesal?”

Menyesal?

“Apesal pulak nak menyesal?”

“Betul awak takkan menyesal kalau saya tak hubungi atau cari awak atau terjumpa awak lagi selepas ni?”

Aku terdiam. Gila!

“Fakhri, apa-apa hal pun, saya tak nak itu semua. Awak faham?”

“Baik, puan!”

“Argh!” aku terus matikan talian.

Tiba-tiba, telefonku berbunyi lagi.

“Helo,”

Just so you know, saya akan buat press conference regarding the matter. Awak kena tengok tv.”

Why should I?”

“Sebab ia berkaitan dengan awak. Ada faham?”

Tak, aku masih tak faham. Kalau berkaitan dengan aku pun, kenapa aku mesti tengok? Biarlah semuanya selesai tanpa aku tengok.

Whatever.”

Aku matikan talian lagi.

Telefonku berbunyi lagi.

“Helo!”

“Awak ni tolonglah belajar bersabar. Saya tak bagitau lagi bila press conference tu.”

Aku ketap bibir.

“Bila?” separuh hati aku bertanya.

“Tengahari ni. Kalau awak datang ke tempatnya, boleh? Sri Garden Villa.”

“Kenapa kena datang pulak? Tadi suruh tengok tv je?”

“Datang jelah. Boleh?”

“Tak ada kereta.”

“Amri boleh hantarkan?”

“Eh, awak ni tak reti bahasa atau memang bangang? Saya cakap saya tak nak, tak naklah! Kenapalah saya boleh jumpa dengan awak? Menyesal tahu tak!”

Talian mati lagi. Dan telefon bimbit aku tak berbunyi dah. tiba-tiba aku rasa sesuatu yang aneh. Aku kasar sangat ke dengan dia?

“Siapa?” opocot!

Alamak! Macam mana boleh lupa Amri dengan aku dari tadi?

Aduhai….

“Erm, tak ada siapa.”

Amri mesti tak percaya.

“Fakhri?”

Aku diam.

“Sudahlah Amri, saya pening ni. Tolong jangan kusutkan minda saya lagi.”

“Muna, kenapa kau seksa diri sendiri?”

“Apa seksa-seksa pulak ni? Adoi…”

“Kau tak nak bukak pintu hati kau dan terima kehadiran cinta. Itu bukan menyeksa diri ke namanya?”

“Bila pulak aku bercinta?”

“Habis Fakhri tu?”

Aku gigit bibir. Aku rasa aku tak pernah cakap aku cinta Fakhri. Dan aku tak pernah sebutkan perkataan cinta dan nama Fakhri dalam satu ayat, di depan Amri. Tak pernah. Dalam otak aku pun tak ada aku fikir macam tu. Dia ni ada ilmu ke?

“Aku tak sukakan dia, ok?”

“Orang yang tengok kau pun boleh tahu. Kau je yang degil nak terima hakikat.”

“Hei, kau nak cari gaduh dengan aku ni kenapa?”

“Bukan nak cari gaduh. Tapi aku sedih tengok insan yang dah mendapat tempat di hati aku tak boleh letakkan diri dia di tempat sewajarnya. Aku kesian tengok kau. Tapi aku tak menyesal sukakan kau, sebab aku tau kau memang patut disayangi, dan hati aku tak salah. Aku cuma harap kau takkan menyesal bila semuanya dah terlalu lambat.”

Aku baru nak buka mulut, Amri dah pergi naik ke atas semula. Aku terkontang-kanting. Ya, aku terkontang-kanting. Tahu apa aku buat selepas tu?

Aku terus naik bas pergi ke tempat press conference tu. Dan yang paling best, aku beli cermin mata hitam supaya bila aku sampai di situ, orang tak cam aku. Ceh, perasan macam artis dah aku ni.

Aku pergi sangat awal. Adalah dalam sejam awal. Jadi, aku duduk di sebuah kerusi yang tersedia. Rakan wartawan dah ramai yang datang. Aku perhatikan diorang sorang-sorang. Siapa agaknya yang mulut cabul buat berita pasal aku ni?

Kalau aku dapat, memang aku tak bagi can bernafas lagi.

Tak berapa lama kemudian, Fakhri muncul.

Wah, cahaya lampu kamera memang dahsyat. Berkelip-kelip tak berhenti bila dia muncul dan ambil tempat di meja yang tersedia.

Tiba-tiba…

Nenek!

Alamak, nenek pun ada! Tapi nenek duduk di luar sedikit supaya tak menarik perhatian wartawan.

“Assalamualaikum, selamat tengahari semua.” Fakhri dah bersuara.

Entah kenapa, bila aku duduk jauh dari dia, dan bila dia tak tahu aku ada di situ, dan bila aku tak menjadi perhatian dia, aku rasa aneh. Begini rasanya melihat orang yang kita kenal di bawah lampu glamour.

“Seperti yang anda tahu, saya ingin membuat kenyataan rasmi berhubung artikel di internet yang mengisahkan tentang saya dan seorang wartawan majalah hiburan, Cik Muna.”

Aku telan liur. Perlu ke dia sebut nama aku? Kejap, artikel tu kalau tak silap memang sebut nama penuh aku. Kan? Kot? Bukan ke lebih bagus dia tak sebut nama? Dia cuma nak bersihkan nama dia, bukan nama aku. Jadi tak perlulah sebut nama aku.

“Sebenarnya…”

Jantungku berhenti berdegup.

“Saya dan dia memang ada hubungan istimewa.”

Oh, tidak! Ok, ini cuma mimpi! Muna, wake up!

Wartawan-wartawan mula berbisik sesama sendiri. Aku tertunduk 180 darjah!

Macam mana kalau diorang cam aku? Tapi Fakhri! Kenapa dia cakap macam tu? Kenapa?

Apa yang dia cuba nak buktikan? Dia orang kaya, dan dia boleh buat apa saja? Aku cuma boneka? Macam tu? jadi selama ni memang dia nak mainkan aku? Dan tujuan dia nak aku datang ialah supaya aku boleh diperbodohkan? Dan aku boleh melihat sendiri orang kaya macam dia permainkan aku?

“Sejak bila hubungan itu bermula? Encik Fakhri baru pulang dari UK, jadi bila encik kenal dia dan di mana?” satu soalan diutarakan.

Aku menahan degupan jantung yang semakin laju. Apa jawapan dia?

“Di Genting. Dan kami baru saja kenal. Tapi saya yakin, dia orangnya.”

Mereka berbisik sesama sendiri lagi.

“Encik Fakhri kelihatan seperti benar-benar yakin dengan kenyataan itu. Boleh gambarkan peribadi dia yang menyebabkan encik sukakannya?”

Fakhri tersenyum nipis. Dia tersenyum! Tidak! Kenapa dia senyum? Kenapa?

“Dia pemarah, tak mudah percayakan orang, garang, kasar, tak pandai jaga hati orang lain, kelam-kabut, suka ambil tindakan melulu. Tapi dia berani, dan sangat yakin dengan diri sendiri. Dia bukan mata duitan, dan dia tak ambil kesempatan atas orang lain. Dia juga berhati baik. Dan dia sangat manis, walaupun dia belum pernah senyum untuk saya.”

Semakin kuat bisikan mereka yang hadir. Aku terkedu. Ok. Dia baru saja gambarkan aku di depan orang ramai, dan aku dah masuk tv secara tak langsung. Satu Malaysia dah tahu cik Muna wartawan Elegan orangnya macam mana.

Kepala aku macam dah nak cecah lantai.

“Baru sebulan encik kenal dia.”

“Betul.”

“Encik ada rancangan untuk mengahwini dia?”

Fakhri tersenyum lagi. Aku baru perasan. Dia begitu yakin dengan apa yang dikatakannya.

“Ya. Jika dia hadir hari ini, saya mahu melamarnya di depan semua orang.”

What?” aku sudah tak dapat menahan lagi rasa geram dan bingung dan bengong.

Semua mata tertumpu padaku. Cermin mata hitam aku tanggalkan.

Fakhri turut memandang ke arahku. Dan aku dapat menangkap riak gembira nenek di hujung sana. Tapi, mustahil aku akan menerima semua ini begitu saja. Pantang maut sebelum ajal. Eh, ye ke?

Dia tersenyum, aku menjeling tajam.

Aku melangkah dari tempat dudukku ke tengah, ke arahnya. Lampu kamera kini beralih padaku pula. Tapi aku sudah tidak peduli lagi.

“Siapa awak? APA hak awak untuk perlakukan saya macam ni?” ujarku selantang-lantangnya.

Aku tahu aku menimbulkan kekecohan, tapi aku sudah mati. Kekecohan ini cuma sedikit berbanding dengan rasa maluku yang setinggi gunung Everest.

Fakhri turut berdiri. Dia masih tersenyum, dan dikeluarkan sesuatu dari poketnya. Sebuah kotak baldu berwarna biru.

Dia menghampiriku dengan riak tenang.

“Muna, saya tau awak akan datang.” Itu jawapannya untuk soalan aku?

Aku terkedu apabila dia tiba-tiba melutut di depanku. Ok, inilah proposal of the year.

“Muna, sudikah awak menjadi isteri saya yang sah? Saya tau semuanya terlalu mendadak tapi saya tak boleh lupakan awak. percayalah. Hanya awak yang saya mahukan.” Kotak itu dihulurkan padaku.

Bicaranya masuk ke dalam kepalaku, dan keluar kembali. Tak mungkin. Tak mungkin aku dilamar. Itupun oleh anak jutawan.

No…”

What?”

This is not happening.”

Berkerut-kerut dahi Fakhri. Nenek menghampiri kami tanpa disedari.

“Muna, kenapa Muna tolak?”

Aku pandang wajah nenek. Aku terasa dikhianati. Sampai hati mereka permainkan aku. Hanya kerana aku orang biasa, mereka tak boleh minta pendapat aku dulu? Kerana mereka orang kaya, mereka boleh buat apa saja sesuka hati?

“Muna kecewa dengan nenek.”

Aku dapat lihat riak terkejut nenek dengan bicaraku.

“Muna ingat nenek berbeza dari yang lain. Muna ingat nenek orang biasa, yang faham perasaan orang biasa.”

Fakhri sudah berdiri kembali. Dan dia juga jelas terkejut dengan apa yang aku cakapkan.

“Tapi Muna salah. Nenek tak pernah faham. Kalau nenek faham, nenek akan ajar Fakhri cara yang terbaik. Bukan dengan menunjukkan kekuasaan dan harta kekayaan.”

Aku menangis. Ya, air mataku sudah mengalir. Hatiku sakit.

Semua yang hadir turut senyap bila aku mula bersuara, dan cuma esakanku yang kedengaran. Sukar untuk dibendung lagi.

“Saya ingat saya terlalu kasar dengan awak, dan saya nak betulkannya. Sebab tu saya datang, untuk menyokong awak dan membersihkan nama awak. Awak pun tau, press conference ni dibuat kerana nama awak tercemar, bukan saya, kan?”

Aku tersedu. Namun aku sudah tak kenal malu lagi. Entah berapa juta orang yang menonton melihat setiap sudut dan inci mukaku yang sudah comot.

“Awak orang kaya, semua sama. Lelaki, semua sama. Memang saya tak silap. Awak pentingkan diri. Mungkin saya biadap, tapi sekurang-kurangnya saya takkan merendahkan maruah orang lain. Apa yang tinggal untuk saya lepas ni?”

Dia tidak menjawab. Wajahnya sudah berubah murung. Senyumannya tidak lagi terpamer.

“Kalau orang kaya buat salah, orang akan lupakan. Tapi kalau saya bersalah pada awak, sampai bila-bila kesalahan tu akan diungkit, kan? Semuanya sebab saya orang biasa. Dan awak berpengaruh.”

“Saya benar-benar hargai segala bantuan awak, dan saya takkan dapat membalasnya. Terima kasih untuk segalanya, dan maafkan saya.” Aku pandang tepat ke matanya.

“Perkahwinan ini takkan berlangsung.”

Dengan itu, aku berpusing untuk pergi dari situ, dan lari sejauh-jauhnya. Aku terdengar suara nenek memanggil tapi aku terus berlari. Entah kenapa, aku betul-betul kecewa dengan perbuatan Fakhri, dan nenek. Betul-betul kecewa.


p/s: to be continued....



PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

6 comments:

  1. whoaaaaaaa..

    ape jadi ape jadi?
    next2.

    btw, update dah naik
    =D

    ReplyDelete
  2. ngeeeee....sedihnya..
    arap2 hubungan Muna ngan Fakhri akn terjalin
    tq ntuk entry ni,
    n ntuk next entry post laju2 ye..^^

    ReplyDelete
  3. aaaaa..
    memang la fakhri ni..
    sedih tau..
    yeah yeah..smbg lg..

    ReplyDelete
  4. x sbr nak bce next entri..besh..=)

    ReplyDelete
  5. interesting story...
    good job..

    ReplyDelete