‘ada jumpa Irfan?’ soalan pertama Mak Su sebaik Nisa' masuk ke dalam rumah.
Nisa' angguk.
‘tadi jumpa kejap.’ Teringatkan usikan Irfan, hati Nisa' tersenyum kecil.
Mak Su senyum nipis.
‘Irfan dah cakap dengan Mak Su, yang mak dan ayah kamu dah setuju dengan kamu berdua.’ Bicara Mak Su diiringi senyum lebar, jelas Mak Su senang hati.
Nisa' turut tersenyum.
‘hmm, susah jugak ummi tu sebenarnya.’
‘baguslah ummi dan ayah kamu dah setuju. Bila nak langsungkan majlisnya?’
Nisa' terpempan sekejap. Nampaknya, Mak Su pun berharapkan berita baik dari mereka secepat mungkin.
‘err, Nisa' dah cakap dengan Irfan tadi, dia kata weekend ni dia nak balik cakap dengan mak dan ayah dia.’
Mak Su angguk-angguk.
‘baguslah. Ummi rasa mesti diorang pun nak majlis korang dicepatkan. Lagipun, Irfan tu bukan muda lagi. Kamu pun dah layak jadi ibu. Dah jadi dah pun. Samalah dengan Irfan tu.’ Tambah Mak Su, siap dengan mimic muka lagi.
Nisa' senyum malu. malu apabila apa yang terjadi sebenarnya bukan seperti yang dianggap Mak Su, dan yang lain.
‘Mak Su, Nisa' nak ambil Hana dulu.’
Mak Su angguk.
‘hmm, pergilah. Dah bangun kot dia. Tadi tidur lama jugak.’
Nisa' bingkas masuk ke dalam bilik, dan keluar semula bersama Hana yang sudah mencelikkan mata bulatnya.
‘anak ummi dah bangun la. Sayang rindu ummi tak?’ diciumi pipi gebu Hana berkali-kali.
Mak Su tersenyum senang. Sungguh dia senang hati jika dia mendapat Nisa' sebagai menantu.
Nisa' mendudukkan Hana yang terkebil-kebil melihat sekeliling di pangkuan. Anak kecillah katakan.
Tiba-tiba, Mak Su teringatkan sesuatu.
‘eh, Nisa', kamu dah pergi kursus kahwin belum?’
Nisa' mengangkat muka, berkerut dahi.
‘kursus kahwin?’ hairan.
‘yelah. Kamu tu anak dara lagi. Kena pergi kursus dulu, baru boleh kahwin. Irfan tak cakap?’
Ya tak ya. Macam mana Nisa' boleh terlupa langsung ni? aish, nak kahwin ke tak ni??
Nisa' geleng lambat-lambat.
‘tak, dia lupa kot.’
‘hmm, bukan lupa, tapi dia segan kot nak ingatkan. Dia tu duda. Kamu tu anak dara. Memang la lepas kahwin dia boleh ajar semua, tapi tetap kena pergi kursus jugak. Sijil kena ada.’ Bebelan Mak Su yang bernada sinis mengusik membuatkan Nisa' malu sendiri.
‘yelah Mak Su. Nanti Nisa' uruskan. Nisa' tak teringat langsung.’ Nisa' mengakui salahnya.
Kenapa boleh tak ingat langsung ni? hai, Nisa', Nisa'.
Nisa' berlama untuk beberapa minit lagi, sebelum dia meminta diri untuk pulang bersama Hana.
Esok, ada agenda lain untuknya. Mengikuti kursus kahwin.
*********
Pukul 10 pagi keesokan harinya, Nisa' sudah terpacak di depan pejabat jabatan agama islam. Teragak-agak untuk masuk apabila melihat beberapa pasangan lain yang keluar masuk dari pejabat itu. Semuanya berpasangan. Dia?
Di tangannya borang permohonan untuk menghadiri kursus yang sudah lengkap diisi olehnya.
Nisa' melangkah masuk melepasi pintu dan terus ke kaunter pertanyaan.
‘assalamualaikum,’ ucap Nisa' bersama senyum nipis.
Pekerja di kaunter itu menguntum senyum sebagai balasan. Manis bertudung, mungkin dalam lingkungan 30-an.
‘waalaikumussalam. Ya cik, cik ada urusan apa?’
Nisa' mengunjukkan borang di tangan.
‘saya nak hantar borang ni.’
Borang itu bertukar tangan.
‘pasangan cik tak hantar borang?’
‘hah?’
‘pasangan cik, tak datang?’
‘err, dia, dah pergi kursus awal-awal lagi.’
‘oh. Baiklah. Cik boleh hadiri kursus sabtu dan ahad ni ya? Ok, kita masih ada kekosongan lagi. Cik datang sini pukul 8.30 pagi sabtu. Kursusnya dari pagi hingga petang, dua hari tapi tak bermalam. Maksudnya, cik datang dan balik setiap petang. Boleh kan?’
Nisa' angguk laju.
‘boleh.’
‘baiklah, bayarannya RM80 sahaja.’
Nisa' menghulurkan not 100 yang sudah sedia dikeluarkannya.
Baki RM20 dihulurkan kembali.
‘baiklah, itu saja. Jika cik tak dapat hadir hari sabtu ini, cik kena maklumkan lebih awal supaya pihak kami dapat memberi tarikh baru untuk cik dan penyertaan cik takkan dibatalkan. Jika cik gagal membuat makluman lebih awal, duit cik tidak akan dikembalikan dan cik kena mendaftar semula.’ Jelas pekerja di kaunter itu lagi.
Nisa' terangguk-angguk faham.
‘ok.’
‘baiklah itu saja. Jumpa lagi hari sabtu ni.’ ujarnya bersama senyuman.
Nisa' turut tersenyum.
‘terima kasih. Assalamualaikum.’ Nisa' berlalu keluar dari pejabat itu. Ikram yang baru keluar dari keretanya terpandang Nisa' menghampiri keretanya yang terletak selang 3 buah dari keretanya.
Teman wanita Daniel? apa dia buat kat sini? Daniel mana?
Ikram bertambah hairan melihat Nisa' berseorangan. Dia pula ke pejabat ini untuk menghantar borangnya dan tunangnya.
Masuk ke dalam pejabat, Ikram pantas bertanya kepada petugas di kaunter itu.
‘cik, tumpang Tanya, cik yang baru keluar tadi, apa dia buat ya? Saya kawan dia.’ Soal Ikram tanpa menunggu lama.
‘oh, cik tu, dia hantar borang kursus pra perkahwinan.’
Hantar borang? Daniel dah nak kahwin, tak cakap dengan aku pun?
‘err, apa nama cik tadi? Nisa' kan?’ soal Ikram lagi.
Petugas itu merujuk borang Nisa', dan mengangguk mengiyakan.
‘ya, cik Khairunnisa’.
Ikram terkebil-kebil seketika. sampai hati Daniel.
*********
‘Nisa', awak kat mana ni?’ suara Irfan kedengaran di corong telefon. Nisa' yang baru sahaja memandu keluar dari pekarangan pejabat jabatan agama islam tersenyum nipis mendengar suara Irfan.
‘di pejabat agama. On the way ke office semula. Kenapa?’
‘pejabat agama? Boleh saya tau awak buat apa?’
‘hantar borang kursus kahwin.’
‘hah? Oh ya, lupa pulak yang awak kena pergi kursus.’
‘hmm, tulah awak, Mak Su yang ingatkan saya tau, saya manalah ingat benda-benda ni, semuanya ad hoc. Tak sempat nak fikir apa dah.’
‘alah, kursus tu formality je, protocol. Patutnya awak tak payah pergi pun tak apa.’
‘ha? Kenapa pulak?’
‘yelah, saya ni kan bekas suami orang. bab-bab hal rumah tangga ni dah expert dah. Saya boleh ajar awak dari A-Z.’
Nisa' senyum lagi.
‘tak apa lah Irfan ,terima kasih saja. But no thanks. Your offer is rejected.’
‘eh, betullah Nisa'. Awak tak percaya ke? Tak percaya tunggu lepas kita kahwin nanti. Saya akan ajar awak macam mana...’
Diam.
‘macam mana apa?’ soal Nisa' hairan. Tiba-tiba Irfan senyap.
‘err, tak ada apa-apa. Saya kat rumah Mak Su ni. nak lunch sama?’ terus bertukar topic mereka.
Memang betullah kajian ahli bahasa dan budaya yang mengatakan lelaki lebih kerap menukar topic dalam perbualan antara lelaki dan wanita.
‘eh, tak boleh lah Irfan. Saya ada lunch date dengan bos dan officemates. Sorry.’
‘oh, ok. Kalau macam tu, see you this evening.’
‘hmm, ok. Peluk cium Hana untuk saya.’
‘kalau saya nak kirimkan peluk cium awak, bukan ke awak kena peluk cium saya dulu?’
‘Irfan!’
‘apa?’
‘don’t talk ridiculous!’
‘mana ada? I’m seeking for confirmation! Am I not?’
‘ah, tak jadilah macam tu. Nanti saya peluk Hana sendiri. Ok, bye.’
Ketawa Irfan kedengaran di corong.
‘ok, ok. Sorry. Kidding. Take care.’
‘hmm, bye.’
‘bye.’
Talian mati. Nisa' tersenyum sendiri. Kenapa ya, kebelakangan ini, Irfan kerap bergurau begitu? Dia lebih ceria dari sebelum ini. Dan acap kali, Nisa' tersenyum mengenangkan kenakalan Irfan dalam berbicara, dan usikannya. Mengapa? Adalah cinta kembali mengetuk pintu hatinya? Mungkinkah selepas Badri, orang yang akan menghuni di salah satu sudut hatinya ialah Irfan? Mungkinkah?
Nisa' sendiri tidak pasti, namun apa yang dia pasti, dia tersenyum lagi.
No comments:
Post a Comment