‘apa yang awak nak cakap dengan saya?’ soal Irfan setelah mereka memesan makanan dan bertukar-tukar cerita selama 3 hari tidak bertemu.
Nisa' menelan liur, jemarinya ditaupkan dan digenggam, diletak di atas meja. Anak mata Irfan dipandang tepat.
‘erm, kita makan dulu tak boleh ke?’ soal Nisa' membuatkan Irfan senyum nipis.
‘Nisa', sooner or later, we would still have to talk. So, why not now?’
Balasan Irfan membuatkan Nisa' tersenyum malu dengan kesilapan sendiri. Hakikatnya, dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan.
‘pasal plan kita.’
Mendengar Nisa' meluahkan ayat pertamanya, Irfan bergerak ke hadapan sedikit, menumpukan sepenuh perhatian pada Nisa'.
‘kenapa dengan plan kita?’
Nisa' menunduk seketika.
‘parents kita dah setuju dan benarkan kita kahwin. Kita mesti ada plan lepas kahwin kan? I mean, duduk mana, peraturan hidup kita sehingga kita bercerai, semuanyalah. Saya nak selesaikan dan fikirkan semuanya sekarang sampai kita dah capai persetujuan dan kita berdua bersetuju dengan semua peraturan.’
Irfan mengangguk-angguk faham, kemudian dia bersandar tenang.
‘ok. Apa yang awak nak tentukan sekarang?’ soal Irfan, tenang menanti bicara Nisa'. Dia tidak terkejut dengan kata-kata Nisa', kerana dia tahu pasti hari itu akan tiba.
‘tapi, sebelum tu, saya nak awak tau, yang saya sanggup buat semua ni, dan kahwin dengan awak, kerana saya tahu, awak ada kekasih hati, dan awak tak ada perasaan pada saya. Awak, faham kan?’ Nisa' memandang tepat ke wajah Irfan ,mahu melihat reaksinya, mahu memancing Irfan untuk berkata-kata dan meluahkan perasaannya jika benar kata-kata Mala tentang Irfan semalam.
Irfan tidak menjawab, sebaliknya dia mengangguk tenang, dan bersahaja.
‘ok, saya faham.’
Nisa' melepaskan nafas panjang, nafas yang tertahan sejak tadi. Lega, namun ada sedikit rasa lain yang terselit. Entah mengapa, dia tidak gembira dengan kata-kata Irfan walaupun akal warasnya bersorak riang. Kenapa wahai hati? Kenapa kau tidak seia dan sekata dengan akal?
‘so, peraturan apa yang nak ditentukan?’ soalan Irfan membuatkan Nisa' kembali ke dunia nyata, berdepan dengan Irfan.
Nisa' berdehem perlahan. Cepat-cepat dia menyingkirkan rasa yang mula menyelinap di hati.
‘erm, kita nak duduk di mana lepas kahwin?’ soal Nisa', perlahan.
‘terpulang pada awak, awak selesa saya berpindah ke rumah awak, of course for the time being, or awak nak pindah ke rumah saya?’
‘tapi, apartment saya macam mana?’
‘janganlah jualkan. Biarkan je apartment tu. Seminggu sekali, kita datanglah bersihkan.’
‘kita?’
‘habis? Kan kita dah kahwin masa tu, mesti ke mana sekeluarga, betul tak?’
Nisa' terdiam sekejap.
‘betul.’
‘so, awak nak duduk mana?’
‘rumah awak besar mana?’
‘banglo setingkat, 4 bilik.’
‘kat mana ya? Jauh tak dari sini?’
‘tak. kalau tak sesak jalan, 15 minit je. Kalau sesak, lama la jugak. Nak pergi tengok?’
Soalan Irfan membuatkan Nisa' terdiam sekejap.
‘hmm, boleh juga. Nantilah. Dengan Mala sekali.’
‘ok. So, nak duduk rumah saya?’
Nisa' mengangguk. Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa pesanan.
‘ok. Settled than. Duduk rumah saya. Apa lagi yang nak ditentukan?’
‘kita ni nak kahwin bila?’ soalan Nisa' yang agak terkeluar dari tajuk itu membuatkan Irfan terlopong sekejap.
‘entah.’ Jawab Irfan bersama senyum nipis.
‘duit ada ke?’ soal Nisa' lagi, lebih kepada diri sendiri.
‘saya ada. Tak apa, saya tanggung.’
‘eh, ada pulak. Bukannya awak kahwin sorang. Saya pun kahwin jugak. Takkan belanjanya awak je yang keluarkan?’ tingkah Nisa' seraya menyuap nasi gorengnya ke dalam mulut.
‘ok, separuh-separuh. Kita buat kenduri belah awak saja lah. Sebab saya dah merasa kenduri di rumah saya.’ Senang sahaja Irfan membuat keputusan.
Nisa' mengangguk-angguk, sambil mengunyah perlahan.
‘betul jugak. Tak membazir duit, kan? Tapi, ibu dan ayah awak tak apa ke?’ sola Nisa' curiga. Bimbang kecil hati pula keluarga di belah Irfan.
‘tak apa. Saya boleh uruskan yang tu.’
‘hmm, bulan depan cuti sekolah dah mula. Kita buat minggu terakhir cuti sekolah, ok?’ cadang Nisa'.
‘ok, tapi ummi awak tak marah ke mendadak sangat?’
Nisa' menyuap lagi. Mengambil masa sedikit untuk menjawab soalan Irfan.
‘ummi saya tak kisah cepat ke lambat, yang penting, ada kad kahwin, ada kenduri yang padanya setaraf dengan dia, oklah dia.’
‘kalau macam tu, pokailah saya.’ Seloroh Irfan membuatkan Nisa' berhenti mengunyah.
Dipandang tepat ke muka Irfan, membuatkan Irfan gelisah, bimbang Nisa' terasa hati dengan gurauannya. Sesungguhnya, dia tidak kisah dengan duit. Langsung tidak. Tapi mana mungkin Nisa' mengerti.
‘Irfan, are you sure awak nak buat semua ni? surely kita tak boleh kahwin koboi, especially with my mother like that. Parents awak mungkin tak apa. Tapi, when I come to think about it again and again, saya rasa tak sampai hati. Kalau duit saya habis, tak apa, tapi awak, saya tak sampai hati la nak habiskan duit awak semata-mata untuk kahwin dan bercerai.’ Ujar Nisa' perlahan. Dia kembali meragui kewajaran tindakan mereka.
Irfan turut diam, nasi di dalam mulut terasa seperti pasir, mendengarkan perkataan cerai dari mulut Nisa'.
Irfan menarik nafas dalam. Suapan Nisa' terhenti, dikuis-kuis nasi di dalam pinggan dengan sudu dan garpu.
‘Nisa', kan kita dah bincang pasal ni, saya setuju dengan semua benda. Jangan risau, ok?’ pujuk Irfan.
Nisa' membalas pandangan Irfan yang masih tenang, seperti kebiasaannya.
‘are you sure?’ soal Nisa', ragu-ragu.
‘yes, I’m 100% sure.’ Jawab Irfan yakin.
Nisa' tersenyum nipis, berharapkan keyakinan Irfan dapat memberinya kekuatan untuk meneruskan semuanya.
Nisa' meyambung suapannya, dan Irfan menurut apabila dia pasti Nisa' sudah tenang kembali.
‘hi Irfan.’ Satu suara menyapa dengan mesranya. Irfan dan Nisa' sama-sama mendongak. Wajah Irfan berubah, berkocak ketenangan wajahnya.
‘hi,’ Shila menegur Nisa', berbasa-basi, sekadar menunjukkan adab.
Nisa' mengukir senyum nipis.
‘hi.’
‘saya Shila.’ Tangan dihulurkan dan Nisa' menyambut dengan senang hati. Gadis bertudung kuning cair itu kembali memusatkan pandangannya pada Irfan sebelum sempat Nisa' memperkenalkan diri.
‘Irfan, long time no see. You buat apa kat sini?’
Nisa' menunduk sedikit, menyuap nasinya ke dalam mulut. Pada hematnya, dia patut membiarkan sahaja mereka dengan urusan mereka.
Irfan berdehem perlahan. Matanya pada Nisa' yang leka menyuap, tiada reaksi luar biasa.
‘I jumpa kawan kejap. You bila datang KL? I tak tau pun?’ soal Irfan, berbasa-basi.
Shila senyum kelat.
‘Irfan, banyak yang you tak tau tentang I.’ Selamba bicaranya, namun ada nada sinis yang hanya Irfan tahu tujuannya.
‘oh,’ sepatah balasan Irfan.
Melihatkan mata Irfan tidak lekang dari Nisa', Shila mengerti situasi itu.
‘well, I guess I better get going. Well, nice meeting you,’
Shila beralih pada Nisa' pula.
‘and you, miss...’
‘Nisa',’ Nisa' mengenalkan diri.
‘oh, Nisa'. Ok, bye.’ Shila berundur selangkah, berpusing pergi. Keluhan kecil dilepaskan.
Irfan meletakkan sudunya, masih terganggu dengan kehadiran Shila. Namun dia lebih terganggu melihat Nisa' yang tiada reaksi langsung.
Melihat Irfan meletakkan sudu dan garpunya, Nisa' menyorotkan matanya di wajah Irfan.
‘kenapa? tak sedap?’ soal Nisa'.
Irfan geleng.
‘tak. sedap.’ Senyuman tawar diukir.
Nisa' tahu ada yang tidak kena. Tapi, masakan dia mahu bertanya. Hidup Irfan dan dia berbeza. Mereka Cuma bersama dan akan bersama kerana Hana. Lagipun, dia tiada hak untuk bertanya. Jika Irfan berbicara, dia akan mendengar.
‘so, what’s wrong?’ soal Nisa' lagi.
Irfan tidak menjawab, sebaliknya dia menggeleng lemah.
‘makanlah.’ Sepatah Irfan berkata.
Sudu dan garfunya diangkat kembali, dan dia mula menyuap. Nisa' turut menyuap dan sepi menyelubungi mereka untuk seketika.
Nisa' bosan dengan kesunyian itu. Masih ada yang mahu diperkatakannya. Namun kelibat Shila yang bertandang tadi masih tak lekang dari ingatannya. Itukah kekasih Irfan?
‘Irfan, macam mana dengan perbelanjaan rumah? I mean, duit belanja rumah macam mana? Kita nak specify bidang or area masing-masing or tak perlu?’
Irfan mengunyah tenang, berfikir sejenak.
‘kalau saya kata saya tanggung semua?’
Nisa' menggeleng pantas, diteguk minumannya seteguk dua.
‘tak bolehlah macam tu.’ Tolak Nisa', tidak bersetuju.
‘ok, so awak nak macam mana?’ soal Irfan kembali, menyuap nasinya lagi.
Nisa' memicingkan matanya, memikirkan cara yang sesuai.
‘macam ni. macam biasa, saya bayar barang saya, awak bayar barang awak. Tapi, kalau untuk rumah, I mean, makanan kat rumah, saya tak kisah kalau guna duit saya.’
‘dan kalau saya bayar balik dekat awak, awak kena terima.’
Nisa' terdiam, mahu membantah apabila Irfan bersuara lagi.
‘Nisa', saya tetap seorang suami. Dan saya tetap wajib memberi nafkah kepada awak, dan Hana.’
Nisa' terdiam mendengar kata-kata Irfan. Nafkah? Oh, lagi satu!
‘dan Irfan, cakap pasal nafkah, err, kita tidur bilik asing-asing kan?’ soal Nisa' lambat-lambat, dan agak perlahan membuatkan Irfan menggerakkan kepalanya ke hadapan, cuba menangkap butir bicara Nisa'.
‘apa awak cakap?’
Pergerakan spontan Irfan membuatkan Nisa' malu sendiri, mahu mengulang pertanyaannya semula lagilah dia malu.
‘kita tidur bilik asing-asing kan?’ ulang Nisa', tanpa memandang mata Irfan.
Irfan terdiam apabila soalan itu jelas di telinganya. Ditegakkan duduknya.
‘kenapa? awak nak tidur sebilik ke? Saya tak kisah.’ Jawapan Irfan membuatkan Nisa' mengangkat muka pantas.
Irfan ketawa kecil.
‘yelah, awak percayakan saya tak?’ soal Irfan, tepat ke muka Nisa'.
Nisa' angguk saja.
‘kepercayaan awak tu dah cukup pada saya. Saya takkan khianatinya Nisa', selagi nyawa masih di dalam jasad.’ Irfan mengungkap janji, separuh berbisik membuatkan Nisa' tertunduk.
‘tapi, kita kena tidur sebilik jugak.’ Nisa' mengangkat muka kembali. Memandang tepat ke wajah Irfan. Tertanya-tanya.
‘yelah, kalau ada orang lain dalam rumah, kita kena tidur sebilik, kan? Takkan nak diorang tau?’ pantas Irfan menjelaskan, membuatkan Nisa' terangguk-angguk.
‘betul juga. So, bila awak nak balik jumpa ibu dan ayah awak untuk bincang pasal meminang?’ soal Nisa' pula.
Irfan jungkit bahu.
‘hujung minggu ni kot? Awak nak cepat ke lambat?’
‘cepatlah.’ Jawab Nisa' pantas.
‘kenapa? tak sabar nak kahwin ke?’ usik Irfan membuatkan Nisa' membesarkan matanya.
‘what? Of course not!’
Irfan ketawa kecil. Nisa' sudah memerah malu.
‘kidding. Ok, ok, saya faham. Saya balik hujung minggu ni.’ tawa Irfan masih bersisa.
Nisa' tidak menjawab lagi. Malu sendiri. irfan masih tersenyum. Lupa sebentar dia pada Shila.
No comments:
Post a Comment