About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, August 9, 2009

Anaknya, Anakku Jua 28

Nisa' menyelak sehelai demi sehelai muka surat buku Life is an Open Secret tulisan Zabrina A. Bakar pemberian Irfan tadi. Tiba-tiba saja, sebaik Nisa' tiba di rumah Mak Su untuk rutin hariannya, mengambil Hana, Irfan menyerahkan buku itu kepadanya.

'untuk apa ni?'

'bacalah, apa lagi.'
Kerut dahi.

'but, for what? I mean, what occasion?'
Irfan senyum nipis.

'daily gift. As a gift from me to you.' Simple jawapan Irfan.

Nisa' senyum tak senyum. Pelik. Akhirnya, dia menggeleng. Diselak helaian buku itu satu persatu. Cuba menunjukkan minat. Bimbang Irfan berkecil hati pula jika dia buat endah tak endah dengan buku itu.

'hmm, interesting. But, may I ask?'

'hmm, apa dia?'

'what made you want to give this book to me?'

'hmm, mungkin sebab saya rasa awak perlukan something to spice up your life. No offense, but I really think you are gloomy. You need to cheer up Nisa'.'
Jatuh rahang Nisa'.

'what?'

'no, seriously. Awak tu dah jadi seorang ibu. Tak lama lagi, dah nak kahwin. This book is good for you. Don't worry, saya pun ada satu. Because I think we need one for ourselves.'

Nisa' terdiam. Aku ni muram ke? Ish, confused betul. Rasa marah pun ada jugak dengan kata-kata Irfan. Really offending. But, maybe it's true, right? Kalau tak, kenapa aku rasa marah?

Dibelek kulit buku itu lagi. Kulit berwarna coklat muda.
Dipandang Irfan lagi.

'thanks, anyway. For the book.' Irfan jungkit bahu.

'don't mention it,'

Mereka berbalas senyum.

Lamunan Nisa' terganggu apabila bunyi ayam berkumandang. Ada panggilan.
Dicapai telefon bimbit dari meja sisi katil.

Digenggam erat telefon itu apabila nama pemanggil disapa matanya.
Makcik Kamariah.

Nisa' mengetap bibir. Rasa serba salah mula menguasai minda. Teringat Daniel yang sudah senyap langsung. Tiada berita.

Ditekan juga punat hijau mematikan bunyi ayam yang kian galak berketuk minta diangkat.

'hello, assalamualaikum makcik.' Nisa' memulakan.

'waalaikumussalam. Nisa', Nisa' sihat?' suara tenang Makcik Kamariah, ibu Daniel menyapa gegendang telinganya.

Rasa serba salah kian subur.

'sihat makcik, makcik dan pakcik sihat?'

'hmm, macam nilah. Sihat orang tua.' Suara itu jelas menyuarakan ada yang tidak kena. Namun Nisa' tidak mahu bertanya. Tidak mahu menunjukkan minatnya, tidak mahu memberi harapan pada mereka yang terlalu baik padanya.

'hmm, pakcik dah tidur ke?' soal Nisa', cuba mencari topic untuk dibualkan.

Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu menyentuh hal dulu, dan juga kini tanpa diminta. Tidak mahu dianggap tidak berhati perut dengan bercerita tentang hidupnya kini. Sungguh Nisa' tidak mahu jalinan yang sedia ada rapuh.

'belum, tengah tengok bola. Selalu orang muda-muda je tengok bola. Pakcik kamu ni dah berjangkit dengan Daniel. Tengok bola je kerjanya sekarang.' Keluh Makcik Kamariah.

Mendengar nama Daniel, jantung Nisa' bagai berhenti berdegup. Tolong jangan bertanya, Makcik Kamariah, tolong jangan bercerita hal lalu. Nisa' tak mahu....

'Nisa','

'err, ya, makcik,'

'Nisa' macam mana sekarang? Makcik dengar, Nisa' ada anak angkat. Betul ke?'

Nisa' telan liur. Dikerling Hana yang seperti kebiasaannya tidur lena.

'hmm, ha'ah, Hana namanya. Dah 4 bulan.'

'baguslah. Anak sihat?'

'sihat, makin bulat.'

'ye ke? Baguslah macam tu. Hati senanglah tu. Ibu dia jaga baik-baik. Beruntung dia dapat ibu macam Nisa'.'

Nisa' senyum kecil.

'taklah makcik. Saya ni kekok sebenarnya, yelah, benda kita tak jangka, tapi so far so good, and Alhamdulillah. Semua ok.'

'hmm, baguslah tu. Itulah, makcik ada jugak marahkan Daniel masa dia beritahu Nisa' tarik diri sebab Daniel tak boleh terima Hana. Dan sampai sekarang, Daniel merajuk.
Dia, kecik hati makcik sokong Nisa'.'

Nisa' terkedu. Sedar Makcik Kamariah menyayanginya seperti anak sendiri. Almaklumlah, anaknya semua lelaki, 3 orang.

Nisa' tarik nafas dalam. Tidak tahu apa yang patut dikatakannya. Cuma desah nafas Makcik Kamariah kedengaran.

Tanpa sedar, Nisa' mengeluh kecil.

'Nisa',' suara lembut Makcik Kamariah menyapa.

'ya makcik,'

'makcik tak sokong Nisa', makcik tak marah Nisa', makcik tak marahkan sesiapa.
Daniel pun makcik tak marah.'

'makcik, Nisa'..' ayat Nisa' mati. Dia tidak pasti apa yang paling sesuai diucapkan kala ini. Maafkah? Terima kasih kerana tidak berkecil hati? Entah.

'makcik tau, hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa. Tapi, Nisa' pun tau kan, makcik berharap sangat, Daniel dan Nisa' jadi kahwin. Tapi, kadang-kadang, apa yang kita nak, tak semuanya kita dapat. Makcik nak Nisa' tau, makcik tetap sama macam dulu. Macamana makcik sebelum Nisa' dan Daniel berpisah, macam tulah makcik sekarang. Makcik nak Nisa' tau, makcik tak berkecil hati, tak marah pun dengan Nisa'. Sebab sebahagian dari apa yang terjadi, salah Daniel jugak. Bertemu berpisah adat kehidupan. Kalau tak berpisah sekarang, maut tetap akan memisahkan manusia dan manusia.'

Nisa' tunduk, akur mendengar kata-kata Makcik Kamariah yang sangat pasrah bunyinya.
Dia sedar Makcik Kamariah sangat baik. Lebih tenang dari umminya.

'makcik, Nisa' minta maaf, sebab Nisa' tak telefon makcik langsung, lepas kali terakhir Daniel dan Nisa' bertemu. Nisa', takut...'

'makcik faham Nisa'. Makcik faham dilemma Nisa'. Sebab tu makcik telefon Nisa' dulu. Yelah, walaupun, dah lama jugak hal tu berlalu, makcik tau selagi makcik tak telefon Nisa', Nisa' tak mungkin akan telefon makcik, kan?'

Nisa' mengangguk. Lupa Makcik Kamariah tidak dapat melihatnya respondnya itu.

'makcik Cuma harap, Nisa' boleh datang ke rumah seperti sebelum ni, bawaklah anak sekali. Boleh kan? Kita tetap macam dulu-dulu?'

Nisa' terdiam. Berat untuk ditunaikan permintaan itu. Bukan dia tidak mahu, tapi bukankah tidak manis begitu? Jika Daniel sudah bertemu yang lain, bukankan si gadis itu akan kecil hati jika dia tahu Nisa' masih kerap bertandang? Dan Makcik Kamariah lebih menyenangi Nisa' berbanding yang lain? Bukankan keadaan sudah berubah, dan cara menjalinkan hubungan juga harus berubah? Bukankah begitu? Susah untuk Nisa' mengutarakan apa yang bermain di fikirannnya.

Secara pragmatiknya, mengikut pakar bahasa, mungkin dia patut diam sahaja untuk menunjukkan disagreement di situ? Tapi diam orang melayu bererti setuju. Aduh, macam mana ya?

'erm, Nisa' pun tak pasti pasal tu, makcik. Bukan tak nak tapi Nisa'...'

'Nisa' takut Daniel jumpa yang lain dan itu akan buat Daniel rasa kekok? Macam tu?' tekaan yang tepat sekali.

Nisa' garu dahi yang tidak gatal.

'hmm, macam tu lah, lebih kurang.' Makin perlahan suara Nisa'.

Kedengaran keluhan Makcik Kamariah. Nisa' bertambah resah, gelisah. Makin lama makin terganggu dia dengan perbualan ini.

'Nisa', makcik rasa Nisa' dah maklum sangat dengan Daniel tu. Dia takkan cari pengganti dalam masa terdekat ni. kalau ada pun, mungkin tak sepenuhnya. Mungkin terpaksa, atau saja dia nak menghiburkan hati. Lagipun, sebenarnya, Daniel dah lama tak balik rumah. Sejak Nisa' dan dia berpisah.'

Nisa' terpempan sekejap. Daniel tak balik rumah?

'Daniel tak balik? Betul ke makcik?'

'hmm, dia dah tak balik rumah langsung sejak makcik marah dia. Makcik pun dah tak tau nak kata apa. Menyesal jugak sebab marahkan dia tapi, entahlah. Nisa', jangan rasa terganggu pula. Makcik tak nak susahkan Nisa' lagi tentang Daniel.' Sayu suara itu membuatkan Nisa' bertambah risau, dan bingung.

Betulkah tindakannya? Tapi apa yang dia buat sekarang, semuanya kerana Hana. Kepentingan dirinya ditolak tepi. Kerana Hana dia berpisah dengan Daniel. Kerana Daniel tidak boleh menerima Hana. Kerana Hana dia bersetuju dengan cadangan gila Irfan. Kerana Hana dia dimarahi ummi. Dan kerana Hana juga, Nisa' sedar, perasaan seseorang itu terlalu berharga untuk dikorbankan, demi kesenangan orang lain. Kerana mahukan orang lain bahagia, dirinya dikorbankan. Dia sedar kini dia perlu menegakkan perasaannya sendiri, tiada lagi simpati dan sikap takut untuk bersuara kerana bimbang hati insan yang menyayanginya terluka.

Jika terlalu menjaga perasaan yang lain, dan dirinya tidak bahagia, bagaimana pula? Siapa yang akan membahagiakannya? Siapa lagi?

'kadang-kadang kan Nisa', makcik terfikir, mungkin ada baiknya Daniel dan Nisa' berpisah, supaya Daniel berpijak di bumi nyata, supaya dia sedar, tak semua yang dia nak dalam dunia ni dia akan dapat. Kadang-kadang, masa Nisa' masih dengan Daniel, makcik terfikir jugak, Daniel dan Nisa' tak sepadan. Nisa' terlalu matang, dan Daniel terlalu kebudak-budakan. Kasih sayang saja tak cukup. Kematangan berfikir tu pun penting jugak. Dan pada makcik, sebagai seorang yang telah membesarkan Daniel, makcik tak rasa Daniel tu matang. Sebab dia tak pernah merasa susah. Dan dia takkan pernah tau erti susah selagi dia tak merasainya. Dan Nisa' telah mengajar Daniel semua tu. Hopefully, dia sedar kesilapan dia selama ni.'

Nisa' tergamam lagi. Baru dia tahu isi hati wanita penyayang itu yang selama ini tidak pernah berkata begitu tentang Daniel, anak keduanya. Kenyataan yang mengejutkan.

Well, bak kata orang barat, the world does not revolve around you, betul tak?

'makcik ni, bukanlah nak memburukkan anak sendiri, tapi makcik nak meluahkan pada Nisa', perasaan makcik tentang apa yang berlaku antara Nisa' dan Daniel.'
Keluhan kedengaran lagi.

'yelah, makcik rasa Daniel tu sebenarnya tak dapat menerima keputusan Nisa' sebab benda tu lebih menjurus kepada kekalahan dia sendiri. Dia ditolak. Mestilah dia rasa sakit, betul tak? makcik tak taulah Daniel pernah cerita dengan Nisa' ke tak, tapi masa di sekolah dulu, ramai gadis tergilakan dia. Jadi, dia ingat, dia boleh dapat sesiapa yang dia dengan mudah, dan tak ada orang akan tolak dia. Tapi satu yang makcik kagum dengan Daniel, dia tak ambil kesempatan dengan kelebihan tu. Dia tak permainkan perempuan. Bila dia jumpa Nisa' dan dia nakkan Nisa', mestilah dia fikir dia akan dapat Nisa', forever and ever. Dia tak tau, hakikat hidup. Selagi tak ada ikatan, jangan menaruh harapan. Alangkan yang dah kahwin pun bercerai. Jadi, apa yang kita boleh buat? Redha dan berdoa supaya berkekalan. Kan?'

'betul , makcik.'

'hmm, jadi ceramah pulak malam-malam ni. Nisa' jangan risau pasal Daniel. Tau lah
dia balik bila dia balik. Makcik pun tak nak ungkit pasal ni lagi. Makcik harap Nisa' bertemu jodoh dengan orang yang layak dengan Nisa'.'

Terharu Nisa' seketika.

'terima kasih makcik. Terima kasih banyak-banyak.' Entah kenapa, kala itu, seraut wajah Irfan singgah di ingatan.

'nanti bila-bila datanglah rumah, bawa anak. Makcik nak jugak tengok si kecik tu.'
Nisa' tersenyum.

'baik makcik. Err, makcik, maafkan Nisa', untuk semuanya. Halalkan semuanya yang Nisa' ambil, makan, minum, segalanya, masa Nisa' dengan Daniel. Ya, makcik?'

'hmm, dah lama dah makcik halalkan. Dah memang halal takkan nak diharamkan? Jadi yahudi pulak nanti.' Sempat Makcik Kamariah berseloroh.

Nisa' tersenyum lagi.

Teringatkan petikan yang pernah dibacanya, 'Mengharamkan yang halal itu sifat yahudi.'. Tak ingat pula sama ada itu hadith atau Cuma kata-kata hikmah dari ahli fiqh.

'oklah Nisa'. Nanti kalau nak datang beritahu dulu. Boleh makcik masak sedap-sedap. Maklumlah, lepas ni entah bila lagi Nisa' nak berkunjung kan? Kirim salam dengan ummi ya.' Pesan Makcik Kamariah lagi.

Nisa' terangguk-angguk.

'baik makcik. Kirim salam dengan pakcik. Maafkan Nisa'.'

'dah, tak ada apa yang perlu dimaafkan. Jaga diri ya.'

'baik makcik, assalamualaikum.'

'waalaikumussalam.'

Dan talian mati.

Nisa' tersandar di kepala katil. Di mana Daniel? Tidak mahu persoalan itu mengganggunya lagi, Nisa' menurunkan bantal yang diletakkan menegak di belakang badannya sebagai alas dan kepala diletak perlahan.

Buku dan telefon bimbit diletak elok di atas meja sisi. Matanya dipejamkan. Berharap hatinya lebih tenang dengan perbualan tadi, dan berharap rasa bersalahnya dapat dikurangkan. Mungkin.

8 comments:

  1. cepat la irfan kawen ngan nisa'....

    ReplyDelete
  2. thx a lot friend..
    do wait for my 2nd request ok?
    hahahaha xsabarnye nk tggu nxt ep..

    -kin2-

    ReplyDelete
  3. smb0nk lg c0z nk tnggu
    pari nisa n irfan..
    hehehe

    ReplyDelete
  4. bila la irfan nak kawin dgn nisa nie..
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  5. huhu..
    lmbtnye la irfan nk kawen ngn nisa' nieh..
    huhu..
    kang daniel muncul kang..
    cpt2 kasi dorang kawen anarif..
    hehe..smbung2..

    ReplyDelete
  6. x mo la nisa n Daniel....
    nk Nisa n Irfan gaks.......

    ReplyDelete
  7. makin menarik citer ni..
    x sia2 bukak blog awk..

    ReplyDelete