Nisa' mengatur langkah tenang, melepasi ambang pintu rumah dua tingkat yang begitu asing padanya. Hana turut tersenyum sendiri saat mereka sudah berada di dalam rumah itu. Entah apa yang melucukan si kecil itu.
Irfan memerhati reaksi Nisa'. Mala masuk agak lewat sedikit bersama beg di tangan. Irfan juga memegang dua buah beg di tangan kanan dan kirinya.
“well, inilah rumah saya. Nampak boring kan? Dah ada surinya, harap-harap bolehlah Nampak ceria sikit rumah ni lepas ni..”
Nisa' mengerling Irfan, namun apabila mata Irfan ke arahnya, dia pantas melihat ke arah lain.
Suri? Aku ke orangnya? Ini bukan tempat aku. Aku akan pergi bila sampai masanya..
Dia mengeluh perlahan tanpa disedari yang lain.
Nisa' mengukir senyum nipis, menoleh pada Irfan.
“nice.. lagipun, for the cover je kan? Tapi if awak nak saya hiaskan sikit-sikit rumah ni before awak dengan Sara pulak kahwin, saya on je, tak ada masalah..” ujar Nisa' tanpa sekelumit rasa aneh. Dia berkata yang jujur, pada hematnya.
Berubah wajah Irfan. Mala turut kelu. Tanpa rasa bersalah, Nisa' berkata lagi.
“boleh tolong pasangkan katil Hana dulu? Susah nak mengemas kalau dia kat bawah macam ni..” pintanya.
Irfan senyum kelat.
“ok..” beg diletakkan di atas lantai, dan dia keluar semula.
Mala pantas mendekati Nisa'.
“kenapa kau cakap macam tu tadi?” soal Mala laju.
Berkerut dahi Nisa'.
“cakap apa?”
Mala tidak membalas. Wajahnya jelas kecewa.
“ish, malaslah aku..” akhirnya Mala menjauhkan diri, ke ruang tamu dan dihempaskan punggungnya ke atas sofa. Nisa' kehairanan.
“kau ni kenapa?” Nisa' turut mengambil tempat di sisi Mala.
Mala memejamkan matanya. Geram. Dia pulak yang terlebih emo dari Irfan.
Dia menarik nafas dalam.
“tak ada apa..” jawabnya acuh tak acuh.
“kalau kau penat, baliklah. Itulah, aku dah cakap, kau tak payah ikut hari ni. Cukuplah kau bertungkus lumus masa kenduri. Aku tak nak kau overwork pulak..” ujar Nisa' kesal.
Mala mendiamkan diri. Mungkin lagi bagus dia balik. Serahkan segala-galanya pada Irfan.
Dia bingkas. Nisa' terkebil-kebil.
“aku baliklah. Nak rehat. Nanti-nanti kita jumpa..” ada nada lain dalam suara Mala.
Mala menuju ke pintu, dan langkahnya mati tatkala Irfan muncul dengan bahagian-bahagian katil Hana.
“eh, awak nak balik?” soal Irfan. Wajahnya kerkerut-kerut.
Mala jungkit bahu.
“haah. Saya penatlah. Jumpa nanti-nanti ya. Bye, Nisa'. assalamualaikum…” Mala melepasi Irfan, dan keluar terus dari pintu. Nisa' terlopong.
“kenapa Mala macam tu?” Irfan bertanya pada Nisa' pula.
Nisa' terkebil-kebil.
“entah.. saya pun tak tau..”
Sebentar kemudian, kedengaran bunyi deruman enjin kereta, dan bunyi itu mula sayup-sayup dan tidak kedengaran lagi.
“nah, kita pasang katil dia dulu..” ujar Irfan, sekaligus melenyapkan tanda tanya tentang perangai Mala.
Nisa' akur. Dia memberi arahan, bahagian mana perlu dicantum di mana, dan ternyata mereka merupakan satu pasukan yang baik. Together they make a good team. 15 minit sahaja katil Hana siap dipasang.
Nisa' meletakkan lapik di atas tilam katil itu. Dia kemudiannya meletakkan Hana di dalam katil itu.
“phew..lega..”
Irfan tersenyum kecil.
“so..”
Irfan memandang Nisa' yang tidak meneruskan bicaranya.
“so?”
Nisa' menggigit bibir.
“erm, bilik saya dan Hana, mana?” soal Nisa' teragak-agak.
Irfan terdiam.
“oh, haah, lupa pulak. Dekat bawah ada satu bilik, tapi kecik sikit. So, baik kita semua tidur atas.”
Nisa' diam.
“kita semua? Se- sebilik?”
Irfan tergelak kecil.
“saya tak kisah kalau awak nak sebilik. Nak ke?”
Merah padam wajah Nisa'. pantas dia menggaru dahi. Tersedar tudungnya masih di kepala, dia menanggalkan tudungnya.
Irfan yang menyedari lawaknya tidak bersambut kembali serius. Dia berdehem perlahan.
“bilik kita asing-asing. Nak tengok bilik?”
Nisa' angguk.
“boleh jugak.”
Irfan menuju ke tangga, dan Nisa' mengekor dari belakang.
Apabila dia berpuas hati dengan biliknya, mereka ke bawah semula apabila suara Hana berteriak nyaring.
Nisa' pantas mengeluarkan botol susu yang sudah berisi susu siap dibancuh. Dibaringkan Hana di dalam katilnya dan susunya diberikan. dia tersenyum nipis melihat Hana yang sudah boleh memegang botol susunya sendiri.
Diusap lembut kepala Hana yang berambut agak lebat itu.
“sayang ummi memang anak yang baik… Tak susahkan ummi, faham keadaan ummi, ummi bangga jadi ummi Hana. Besar nanti, jadi anak solehah ya…” Nisa' seolah-olah berbicara sendiri.
Irfan yang sedari tadi memerhati menghampiri bersama senyum lebar.
“Hana memang anak yang baik..” sambungnya pula.
Pandangannya kemudian jatuh pada Nisa'.
“dan saya bertuah kerana kalian hadir dalam hidup saya…” seolah berbisik, Irfan berbicara lagi.
Nisa' dapat mendengar dengan jelas, namun sengaja dia tidak mengendahkan Irfan.
“err, saya nak kemas baju dulu. Awak tunggu sini ya, tengokkan Hana kejap..” Nisa' berpaling.
Irfan terlebih dahulu menangkap lengannya, menahannya dari pergi.
“Nisa', I mean it..”
Nisa' menelan liur. Apa maksud Irfan?
Nisa' membiarkan lengannya dalam pegangan Irfan, tanpa menoleh, dia bersuara.
“ap- apa maksud awak?” perlahan.
Irfan mengeluh perlahan, jelas di telinga Nisa'.
Irfan, jangan katakan apa yang sedang saya fikirkan. Please…
Irfan mengumpul kekuatannya. Mungkin lebih baik dia berterus-terang.
“awak dan Hana, keduanya bermakna pada saya..” butir katanya begitu jelas, dan Nisa' tahu dia tidak tersalah dengar.
Mungkinkah kerana mereka menggantikan yang pergi, maka senang bagi Irfan menerima mereka? Kerana keadaan itu yang memaksa perasaan itu hadir dalam diri Irfan, Irfan terkeliru. Nisa' pasti. Irfan Cuma terkenangkan Zila dan anak mereka yang belum lahir itu. Itu saja.
“Irfan..” Nisa' menoleh bersama senyum nipis. Debaran kian menggila saat mata mereka bertentangan.
“saya faham perasaan awak, dan pastinya kami mengisi kekosongan dalam hati awak. saya hargai semua tu.. dan saya amat berterima kasih kerana awak sudi membantu kami.. Saya benar-benar hargai pertolongan awak..” Nisa' merungkaikan pegangan Irfan, dan menarik tangannya perlahan.
“saya nak naik dulu. Nak kemas barang..” Nisa' meminta diri, meninggalkan Irfan terkebil-kebil.
Nisa' sudah menghilang ke atas. Irfan Cuma mampu memandang tanpa sepatah kata. Dia terkedu. Nisa' masih tidak mengerti.
Irfan menoleh pada Hana yang sedang enak menyusu.
“Hana, Hana faham kan perasaan abi?”
Diam. Cuba bunyi desah nafas Hana yang menyusu saja kedengaran.
“macam mana lagi abi nak cakap dengan ummi Hana tu? ish, susah betul!” dia mengomel lagi.
“atau, dia faham tapi saja buat-buat tak faham? Tak mustahil jugak macam tu, kan?” dan Irfan mula terfikirkan sesuatu. Mustahil Nisa' tidak mengerti bicaranya.
Mungkin Nisa' sengaja memberi reaksi begitu, untuk memberitahu secara halus, bahawa dia tidak boleh menerima Irfan?
Tak mustahil juga. Dari gayanya tadi, jelas dia mengerti. Tapi kenapa kata-katanya menunjukkan sebaliknya? Ah! Bingung!
Irfan menekur di tepi katil Hana, lama. Dia kemudiannya ke dapur. Peti ais dibuka. Kosong.
Rumah ini memang begitu sejak Irfan berkahwin. Rumah ini dibeli kerana rancangan asalnya, mereka akan menetap di sini selepas kahwin, namun Zila menolak. Dia mahu menemankan Puan Hasanah di rumah mereka. Irfan terpaksa bersetuju, dan sejak itu, rumah ini Cuma menjadi tempat persinggahan Irfan jika dia tidak sempat pulang ke rumah ibu bapanya kerana menguruskan perniagaannya.
Nak makan apa malam ni? Makan luar?
Dia mengambil gelas kosong dan diisi air tapis. Diteguknya laju sebelum dia keluar ke ruang makan. Nisa' yang baru turun mengerling Irfan.
“saya dahagalah..”
Irfan menunjuk ke arah dapur.
“di dapur ada air kosong je. Saya memang tak pernah isi peti ais…” ujar Irfan.
Nisa' angguk. Dia kemudiannya melihat sekeliling rumah, sebelum pandangannya kembali pada Irfan.
“rumah ni, macam tak pernah ada orang perempuan duduk. Memang keadaan rumah ni macam ni ke lepas arwah pergi?” entah kenapa tiba-tiba dia berminat untuk tahu.
Irfan senyum kelat. Nisa' dapat melihat riak wajah Irfan berubah. Pasti dia masih terasa pedihnya, sebagaimana aku masih mengenang Badri.
“kami tak pernah tinggal di sini..” Irfan memberitahu.
Nisa' terdiam.
“Zila, dia tak nak tinggal di sini. Dia duduk di rumah dengan mak saya dan ayah saya. Kami tinggal di sana lepas kahwin..”
Nisa' tiba-tiba teringatkan Puan Hasanah. Puan Hasanah pernah memberitahunya mengenai Zila semasa dia berkunjung ke rumah Irfan untuk pertama kalinya. Adakah Puan Hasanah mahu dia bertindak seperti Zila juga?
Mungkin juga itu tujuannya menceritakan hal itu pada aku dulu..
“Nisa'..”
“hmm?”
“nah..” sebiji mug dihulurkan.
“eh, bila awak ambilkan?”
“tadi, awak termenung je saya tengok..”
Nisa' tersipu malu. Disambut juga mug itu.
“thanks..”
Irfan tidak membalas.
“kita nak makan mana malam ni?”
Nisa' yang sedang meneguk berhenti tiba-tiba. Dia merenung ke dalam mug. Pandangannya kosong.
Kita. Kita ialah Irfan, dia dan Hana.
“esok baru kita boleh beli barang dapur. Hari ni boleh jugak, kalau awak larat lah. Saya ok je..” sambung Irfan lagi.
Shopping? Dengan Irfan dan Hana? Mungkin ini kali pertama dan terakhir. Siapa tahu?
“hari ni pun ok..” jawabnya perlahan.
Irfan angguk.
“ok then. Kita pergi makan, lepas tu kita pergi shopping..”
Irfan mengerling jam di dinding.
“dah zohor. Saya nak solat. Awak?”
Nisa' geleng.
“tak boleh..”
“bukan dua hari lepas boleh ke?”
Nisa' menunduk malu. Selamba je dia ni bertanya. Haish!
“baru lah..”
Irfan tergelak kecil.
“ok, saya naik solat dulu..”
Nisa' angguk.
Sekilas ingatannya kembali pada malam kenduri dua hari lepas.
“Irfan..”
“hmm..” Irfan sudah terbaring di tempatnya, dengan mata terpejam.
“esok pagi, jangan lupa..”
Tiada jawapan. Nisa' yang sedang menyisir rambutnya menoleh.
Dah tidur ke?
“Irfan..”
“hmm..”
“awak dengar tak ni?”
“apa?” suaranya lemah.
“kena mandi tau sebelum solat..”
Mata Irfan terbuka luas.
“kenapa pulak?” suaranya sedikit kuat, membuatkan Nisa' pantas meletakkan jari di mulutnya.
“awak cakap perlahan sikit boleh tak?”
Irfan mengiringkan badannya, menghadap Nisa' yang duduk di depan meja solek.
“ok, ok. Tapi saya tak faham. Kena mandi sebelum solat?”
Nisa' menggigit bibir.
“hari tu kan, ummi dah bising pagi-pagi..” suara Nisa' makin perlahan.
Hakikatnya, dia malu mahu mengingatkan Irfan mengenai hal itu. Irfan patutnya lebih arif!
“bising apa?”
Nisa' pantas menjatuhkan tangannya di atas riba, kecewa kerana Irfan masih belum mengerti. Melihat wajah Nisa', Irfan pantas teringatkan sesuatu.
“oh! Pasal tu!”
Nisa' menggeleng.
“apalah awak ni..” bebelnya tanpa disedari.
Irfan tersengih.
“tapi, dah alang-alang nak mandi, baik jadikan satu reality je..” suara Irfan perlahan, namun jelas di telinga Nisa'.
Dia menjegilkan matanya sebelum melayangkan sikatnya spontan.
Irfan menyambut pantas bersama tawa yang boleh tahan kuatnya.
Nisa' memusingkan badannya, boleh gugur jantungnya. Irfan ni memang menggugat janjinya pada Sara. Lupakah dia pada Sara? Memang dasar lelaki.
Nisa' tersedar dari lamunan apabila botol susu Hana terjatuh ke atas lantai. Hanalah yang menolaknya keluar dari celah-celah bingkai katilnya.
Dia meraup wajahnya. Mengucap panjang. Dia mula bersiap-siap sementara menanti Irfan selesai solat.
hohohooh...
ReplyDeleteishhh...
nisa ni...
lurus bendul la btul...
klu aku pun jd mala..
mst aku mrh...
x pnd nak mnghargai...
bila dah khlangn brulah mnysal...
best2x...
irfan,,, slow2...
ReplyDeletelame2 dpt la nisa' tu,,,
hehehe
alahaiii..nisa',nisa',nisa'..
ReplyDeletegeramnyaaa..
irfan jgn mengalah okee..
kalau sorang batu,,sorang kena la cm jeli..
haha...
smbung2..
tq btw..
*pandai2 je wat perumpaan sendiri..muahhahaa..
nisa ni..
ReplyDeletegERam lak kdang2 ngn die ni..
lurus bndul yg xde bengkang bengkok nye..
hehehe..
x per...janji ada tiap minggu..hihi..best2...sapa yg sakit sekarang ni?.apa laa nisa' ni..dah dpt irfa yg baik pun menafikan lagi hati tu...iskh..
ReplyDeletehhmm..panjang..puas baca...tapi bila nk abis yer?? dah episod 50 lebih..tapi rasa cam baru mula jer...kalo irfan cakap betul2..mesti cite ni cepat abis kan....penulis saja jer nk kasi pembaca setia membaca..kan? kan?
ReplyDeleteapahal la nisa ni lambat sangat? takkan la tak faham apa yang irfan buat tu untuk dia.
ReplyDelete