When I know no one, When I like no one, When I think of no one, I'm revealing, A new me... The Other Side of Me..
About Me
- Anarif88
- Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor
Love Them!
Terbaru PBAKL 2017
Jenguk2 sini...
NOVEL DI PASARAN
Wednesday, December 30, 2009
Ini Bubur Cinta: Bowl 8
Monday, December 28, 2009
Anaknya, Anakku Jua 47
“Irfan!”
Irfan menoleh pantas. Lega melihat Mala dan Mak Su. Tangisan Hana begitu kuat. Mungkin dia kelaparan dan keletihan.
Wajah Mala cemas.
“Nisa' mana?” matanya meliar melihat sekeliling, risau.
Irfan menyerahkan Hana kepada Mak Su.
“Nisa' dalam wad. Dia tak sedar lagi tapi dia ok. Cuma demam panas je. Mungkin kena tahan di wad satu malam.” Beritahu Irfan.
Diusap kepala Hana lembut.
“Mak Su bawak susu dia?”
Mak Su angguk.
Mak Su mengambil tempat di atas kerusi.
“tadi masa kamu ke rumah Nisa', kamu bawak Hana dan Nisa' macam mana?” sambil itu, tangan Mak Su lincah mengeluarkan susu dari beg barangan Hana.
Disuakan puting botol ke mulut Hana dan diamlah dia. Irfan menarik nafas lega. Mana taknya, sejak sampai tadi, Hana menangis tak berhenti.
“Irfan angkat Nisa' dulu masuk kereta, baringkan dia di belakang. Lepas tu naik balik, ambik Hana dengan kunci kereta Nisa'. Ambik kerusi baby tu. Yang lain tak ingat dah nak ambik. Mujur Mak Su ada simpan susu dan botol Hana jugak di rumah. Kalau tak, kena beli lainlah nampaknya.” Bicara Irfan kelegaan.
Dia tersandar kelelahan.
“Hana tidur ke masa awak sampai di rumah Nisa'?” soal Mala pula.
Dia mahu masuk melihat Nisa' namun mengenangkan Nisa' masih belum sedar, ditangguhkan dulu niat itu. Nisa' perlukan rehat.
Irfan angguk.
“haah, dia tidur, sama dengan Nisa'. Saya ketuk berapa kali, call beratus kali, baru dia jawab. Mujurlah dia pengsan masa saya ada. Ish, saya tak dapat bayangkan kalau dia pengsan dalam bilik air ke, dapur ke, sorang-sorang, dengan Hana lagi.. Alhamdulillah, syukur semua selamat..”
Mala angguk setuju.
“betul tu. Nisa' ni memang macam tu. Dah biasa sangat sendiri-sendiri. Patutnya bagitaulah saya semalam, ini tak. Tengoklah, dia sedar nanti, saya nak bebel banyak-banyak kat dia! Hee, geram!”
Irfan tersengih mendengar luahan geram Mala.
“bukan awak je. Saya pun nak bebel kat dia.”
Mak Su menggeleng.
“ish korang ni. Tak baik. Nisa' bukan sengaja. Mungkin dia baru rasa tak sihat pagi ni ke.. Kita tak tau.” Mak Su membela Nisa'.
“entahlah, mungkin jugak. Sebenarnya, Nisa' tu tak boleh berhujan langsung. Agaknya semalam dia berhujan kot. Hujan petang semalam lebat jugak. Saya rasa sebab tu dia demam…”
Mak Su terdiam, memikirkan sesuatu.
“haah lah, semalam, masa dia sampai rumah Mak Su, dia basah jugak. Sampai je, dia terus ambik Hana, tak tunggu lama dah. Mungkin sebab dia nak mandi cepat-cepatlah sebab dah kena hujan. Baru Mak Su perasan.”
Mendengar cerita mereka, Irfan mengeluh kecil.
“hai, ada hikmahnya saya habis kerja awal. Ish, kalau tak… entah apa nak jadi tak tau lah.” Keluh Irfan, lebih kepada risau.
Mala tidak membalas lagi. Sedar kerisauan Irfan berasas.
“so, sekarang macam mana? Mak Su dan Irfan nak tunggu sini?” soal Mala seraya mengerling jam di tangan.
Dia Cuma boleh keluar sekejap saja.
“awak dah nak balik ke?”
Mala angguk.
“haah, saya tak boleh lama ni. Saya nak jenguk Nisa' kejap. Lepas tu, saya ke office semula. Petang nanti, saya datang balik.”
Irfan angguk perlahan.
“ok. Mak Su dan saya tunggu sini. Saya pun mungkin nak balik kejap. Kesian Hana. Bajunya tak berganti lagi, mandi pun belum.” Diusap kepala Hana lembut.
Memang dia betul kelaparan, habis sebotol susu besar itu diteguknya.
“oklah cam tu, jomlah masuk, tengok Nisa'.” Ajak Mala.
Irfan menggeleng.
“awak masuklah dengan Mak Su, saya tunggu sini. Lagipun saya baru keluar je.” Irfan menolak.
Mala tidak membalas lagi, sebaliknya dia merenung Irfan lama. Irfan menyembunyikan sesuatu.
Dia berpaling pada Mak Su.
“jom, Mak Su.”
Mak Su akur. Dia bingkas, mengendong Hana, dan mereka masuk ke dalam meninggalkan Irfan di luar.
Fikirannya berserabut. Nisa', Nisa', tak sangka awak boleh buat saya gila macam ni.
Dia tersenyum sendiri, tidak percaya. Seketika kemudian, dia bingkas ke luar hospital. Dia perlu mendapatkan minuman. Untuk makan, memang dia tiada selera.
Kerana untuk pertama kali dalam hidupnya sejak pemergian Zila, dia bimbang akan kehilangan. Dan itu yang meresahkan dirinya sekarang, kehilangan Nisa'.
******
Entah berapa lama dia tertidur, Nisa' tak tahu. Perit terasa apabila dia membuka matanya.
Siling yang sedang dilihatnya lain, bukan siling biliknya. Nisa' melihat sekeliling dalam pandangan yang terasa berpinar. Semuanya putih dan biru muda. Belakang tapak tangannya terasa ngilu. Jarum yang dicucuk di situ mula terasa. Entah sudah berapa lama jarum itu terpacak di situ.
Sunyi. Jelas kelihatan siang melihatkan cahaya matahari yang terang-benderang memancar masuk melalui tingkap bilik itu.
Nisa' memejamkan matanya lama-lama, cuba mengingat kembali saat-saat terakhir sebelum ini.
Irfan! Irfan datang, dan dia marah-marah. Kemudian, Irfan pegang bahu aku.. dan.. Apa yang jadi?
Nisa' membuka matanya kembali, dia cuba melihat sekeliling dalam pandangan yang terbatas.
Dan barulah dia perasan, di hadapan katilnya, di atas sofa putih, seseorang sedang tersengguk-sengguk. Irfan menahan tidurnya, kepalanya bertongkatkan tangannya.
Dengan susah payahnya, Nisa' cuba mendudukkan dirinya. Sengal di seluruh badannya mula terasa apabila dia menggerakkan badan, tangan dan kakinya.
Setelah beberapa ketika, badannya sudah tegak bersandar di kepala katil.
Hospital? Nisa' memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Panas.
Aku demam? Ni semua gara-gara gatal redah hujan.
Pandangan jatuh kembali pada Irfan.
Bila dia balik? Tiba-tiba muncul. Ke aku mimpi?
Nisa' mencubit pipi kirinya.
Ouch! Bukan mimpi.
“puan dah bangun?”
Kus semangat Nisa' apabila satu suara menyapanya tiba-tiba. Misi yang masuk ke bilik itu tersenyum nipis melihat Nisa' terkejut dengan sapaannya.
Nisa' tidak sedar dia masuk.
Kala itu baru Nisa' perasan. Dia seorang saja di bilik itu. Single ward. Pasti kerja Irfan.
Irfan masih tersengguk-sengguk. Belum dia sedar kehadiran misi itu.
“puan rasa ok sikit ke?” misi itu ramah bertanya.
Nisa' angguk.
“misi, siapa yang bawak saya ke sini?”
Misi itu menunjuk ke arah itu.
“suami puan. Dia bawak anak puan sekali masa tu, kelam kabut kami bila dia datang panggil kami bawakan stroller untuk puan yang pengsan dalam kereta.” Jelas misi itu.
Nisa' terkedu. Irfan lagi. Entah untuk kali keberapa dia terhutang budi pada Irfan. Mungkin nyawa juga. Irfan sentiasa ada untuknya.
Misi itu memeriksa beberapa benda lagi sebelum dia meminta diri. Sebaik saja misi itu beredar, Irfan tersedar dari tidurnya.
“eh, awak dah bangun?” terpisat-pisat Irfan menghampiri.
Nisa' angguk, senyum tawar.
Irfan mengambil tempat di kerusi yang terdapat di sebelah katilnya. Spontan tangannya menyentuh dahi Nisa'.
Spontan juga darah Nisa' menyerbu ke mukanya saat kulitnya menyentuh dahi Nisa'.
“dah kebah sikit demam awak?” suara itu begitu prihatin.
Nisa' angguk lambat-lambat.
“Irfan…”
“ya? Nak air? Hampir separuh hari awak pengsan. Mesti awak dahaga, kan?” Irfan menoleh ke sisi mahu mengambil air untuk Nisa' apabila Nisa' menahannya.
“Irfan..tak, saya tak dahaga.”
Irfan tidak jadi meneruskan niatnya. Pandangan mereka bertaut. Nisa' tertunduk, segan mahu menahan pandangan mata Irfan.
“Irfan, thanks… for everything.” Ujarnya perlahan.
Irfan tidak membalas. Sebaliknya dia mengeluh perlahan. Tangannya sudah berada di pipi Nisa', memaksa Nisa' memandangnya lembut.
“Nisa', no need to thank me. I’m your husband, right? Awak tanggungjawab saya.”
Nisa' terdiam. Entah kenapa, dia dapat merasakan kebenaran dalam bicara Irfan, dan matanya juga. Seolah-olah Irfan meluahkan yang benar. Dan bukan apa yang mereka rancangkan.
“tapi Irfan, sepatutnya, awak tak disusahkan sampai macam ni. Perkahwinan kita Cuma sementara. Saya tak nak..saya dan Hana jadi beban pada awak, walaupun Cuma sementara. Awak dah berkorban terlalu banyak, dan saya tak pasti jika saya boleh bayar balik, semua pengorbanan awak ni satu hari nanti…”
Sebaik Nisa' habis berbicara, Irfan bingkas dengan tiba-tiba. Wajahnya berubah. Nisa' tersentak dengan perubahan itu.
“Irfan…”
Namun Irfan telah melangkah pergi dan keluar dari bilik itu, meninggalkan Nisa' terkebil-kebil, termangu-mangu.
Nisa' bingung. Sudah dua kali dia ditinggalkan begitu. Kenapa dengan Irfan? Apa yang mengganggu fikirannya?
Salahkah apa yang dikatakannya? Dan satu lagi hal yang membimbangkannya. Kenapa kali ini, hatinya sakit melihat Irfan melangkah pergi tanpa menoleh lagi?
Kenapa wahai hati?
Nisa' menanti dan menanti, sehingga dia terlelap lagi. Dan akhirnya, dia terjaga apabila telinganya dikejutkan dengan gelak ketawa bayi.
Nisa' membuka mata, dan Mala di depannya.
Hana dan Mak Su juga ada. Tapi Irfan tetap tak muncul-muncul jua.
“mana Irfan?”
Nisa' geleng.
“tadi ada, lepas tu, dia keluar. Tak balik-balik lagi.” Itu sahaja yang diberitahu Nisa'.
Tak berani Nisa' memberitahu hal sebenar pada Mala. Bimbang Mala cakap yang bukan-bukan lagi.
Sehingga habis masa melawat, sehingga habis semangkuk bubur Nisa' telan, Irfan masih tak muncul juga.
Nisa' mula resah. Resahnya lain macam. Namun sedaya upaya disembunyikan resahnya dengan bermain dengan Hana dan bersembang dengan Mala.
“Nisa', lain kali, kalau rasa tak sihat, bagitau aku. Mesti kau main hujan semalam kan?” teka Mala.
Nisa' angguk.
“aku terpaksa redah hujan. Payung lupa bawak.” Nisa' menjelaskan.
Mala menggeleng.
“hai, mujur ada Irfan, kalau tak, aku tak tau lah apa jadi dengan kau.”
Nisa' terdiam. Dibiarkan saja bicara Mala, seolah dia tidak berminat lagi. Hakikatnya, fikirannya sudah melayang mencari Irfan.
Irfan, mana awak?!
Nisa' sudah hampir mahu terlelap, apabila telinganya menangkap bunyi pintu dibuka dengan sangat perlahan. Entah sudah pukul berapa, Nisa' tidak pasti.
“Irfan?” dia dapat menangkap sebatang tubuh yang sedang berdiri hampir dengan pintu dalam kesamaran bilik itu.
“Irfan, awak ke tu?” panggilnya lagi.
Orang itu menghampiri katil, dan di bawah cahaya yang begitu samar, wajahnya jelas kelihatan. Duka.
“kenapa awak tak tidur lagi?”
Nadanya juga sudah berbeza. Tidak lagi ceria seperti tadi.
“awak pergi mana?”
Irfan menghampiri, dan dia duduk di sisi katil.
“mencari kepastian dengan apa yang sedang kita buat.”
Nisa' telan liur mendengar nada suara yang begitu mendatar itu. Lama dia diam, dan Irfan juga menyepi.
“Irfan, awak marahkan saya?” lambat-lambat dia bertanya, walau dia tidak pasti, kenapa perlu dia bertanya begitu, dan kenapa perlu Irfan marahkannya.
Tiada sebab. Secara logiknya. Secara tidak logiknya??
Nisa' dapat mendengar desahan nafas Irfan yang begitu jelas. Dia mengeluh perlahan.
“Nisa', saya tak ada sebab nak marahkan awak. Awak sentiasa cakap yang betul. Tak ada salahnya. Jadi kenapa mesti saya marah?”
Nisa' tidak membalas. Nada Irfan sinis. Jelas kedengaran dalam bicaranya.
Apa ertinya? Kenapa dia terasa hati dengan kata-kata Irfan? Kenapa? Kenapa baru kini semua itu bagai jelas kelihatan di matanya, jelas kedengaran di telinganya? Irfan begitu sinis.
Dan sakitnya mendengar nada itu, bagaikan kanak-kanak kecil yang sudah memecahkan pasu kesayangan ibunya, dan ibu itu akan berkata, “buatlah lagi, ibu tak marah.”
Terasa begitu berbeza, ironinya maksud hati yang sebenar, dengan apa yang dibicarakan oleh si bibir. Salah siapa? Hati? Atau bibir?
“maafkan saya.. kalau apa yang saya katakan tadi, menyinggung awak. Saya lupa, awak dah cakap pada saya, supaya jangan berterima kasih lagi dengan awak, kan?” mungkin kerana itu Irfan marah padanya?
Irfan tersenyum sinis. Mustahil Nisa' melihatnya.
“ya, dan jangan minta maaf juga..”
Nisa' kelu lagi. Berperang dengan perasaan sendiri. Ada sesuatu yang menganggunya sejak tadi.
Irfan bingkas, sangka Nisa', Irfan akan pergi ke sofa. Tapi ternyata jangkaannya meleset. Irfan membetulkan duduknya di atas katil itu, dan dia turut berbaring di situ, mengiring di sisi Nisa'.
Dan kepalanya betul-betul di bawah telinga Nisa', membuatkan desah nafasnya kedengaran jelas di telinga Nisa'.
Nisa' kaku. Degupan jantungnya terasa laju. Tangan dan kakinya sejuk.
Tangan kiri Irfan dilingkarkan di pinggang Nisa', seakan-akan memeluk Nisa', erat.
Tiada kata, tiada bicara. Saat itu, dunia seakan-akan terhenti. Nafas Nisa' juga terhenti. Matanya tidak berkedip, terpaku pada siling.
“Nisa'…”
Bisikan itu perlahan, namun ianya seakan-akan bergema dan menghidupkan setiap saraf pada tubuhnya yang keras kaku.
“please, take a very good care of yourself. Saya takkan maafkan diri saya kalau sesuatu jadi pada awak. At least, not when you are with me. Saya tak sanggup tengok awak sakit lagi. Please…”
Sunyi. Tiada respond.
Lengannya boleh terasa degupan jantung Irfan, dan ianya seakan-akan senada dengan degupan jantungnya. Jantungnya juga berdegup laju.
Kenapa? Kenapa Irfan begini?
“Nisa', saya mungkin tak bermakna pada awak, tapi you mean so much to me. Hana too. Tolong jangan anggap diri awak dan Hana beban pada saya. Izinkan saya memberi sebanyak yang mungkin supaya kelak saya tak menyesal lagi.. please…” dia merayu lagi.
Nisa' masih kaku dan kelu. Satu perasaan baru mula menyelinap ke segenap ruang dirinya. Rasa itu, kembali lagi, setelah sekian lama dia tidak merasakannya.
Selamat, gembira, bahagia, disayangi, dihormati, dan dicintai.
Tapi tak mungkin. Irfan punya Sara. Perasaan itu salah.
Tapi kenapa akalnya tewas kali ini? Tubuhnya tidak mampu bergerak, tangannya tidak mampu dikuit walau seinci. Kakinya tidak boleh dialih walau ke arah lain. Semuanya kaku. Akalnya marah, hatinya bersorak.
Hangatnya tubuh Irfan sudah menjalar ke segenap inci dirinya juga. Nisa' pasrah. Cinta itu datang lagi.
Badri, aku izinkan kau pergi. Pergi dan jangan kembali lagi.
Irfan, aku sedar aku sudah menempah duka. Tak perlu lagi ku balas jasamu. Hatiku bukan milikku lagi.
Setitis air matanya mengalir jua. Duka atau bahagia? Dan sehingga ke subuh itu, Nisa' tidak berkutik, membiarkan malamnya ditemani dengkuran halus Irfan. Membiarkan nafas mereka bersatu. Degupan mereka seiring. Mungkin itu yang pertama dan terakhir. Mungkin.
Sunday, December 27, 2009
Ini Bubur Cinta: Bowl 7
Thursday, December 24, 2009
Anaknya, Anakku Jua 46
Nisa' mengurut tengkuk yang lenguh. Kebelakangan ini, dia begitu letih. Mungkin kerana dia lebih sibuk dari biasa. Mungkin ummi yang menguruskan kebanyakan perkara, namun bahagian Nisa' juga perlu diselesaikan. Kad kahwin perlu diedar, nak menjawab soalan orang lagi.
“cik Nisa' nak kahwin? Jadi…cincin tu..” bulat mata Liza tidak berkedip saat kad berwarna kuning keemasan itu bertukar tangan apabila Liza masuk ke pejabatnya pagi itu.
Nisa' angguk.
“ya, cincin tunang. Sorry ya..hari tu saya terpaksa berdalih. Saya, tak nak kecoh-kecoh.” Nisa' berbisik perlahan.
Liza senyum nipis.
“ish, tak apa la. Cik Nisa' jemput kenduri ni pun saya dah happy sangat dah.” Liza bersuara girang.
Matanya tertancap di kad itu. Berubah wajahnya saat namanya melekat pada nama pengantin lelaki.
Nisa' mengerti dengan perubahan itu. Dia sudah bersedia dengan jawapannya juga.
“cik Nisa'… kenapa..”
“tak ada jodoh Liza. Nak buat macam mana..” cepat Nisa' memotong sebelum Liza menghabiskan ayatnya.
Liza terdiam. Perlahan dia mengukir senyum tawar.
Dipegang tangan Nisa' kejap. Memberi semangat.
“saya faham. Maafkan saya sebab bertanya. Apa-apa pun, tahniah cik Nisa'. Semoga cik Nisa' bahagia ke anak cucu!” sempat Liza berseloroh.
Nisa' tertunduk bersama senyum kecil menghiasi wajahnya.
Entah sampai ke anak entah tak. Dalam hati ada sangsi seraya mendengar ucapan ikhlas dari Liza itu.
Nisa' mengangkat muka. Pegangan tangan Nisa' dibalas kejap.
“thanks Liza. Doakan saya ya..” tetap berterima kasih demi menunjukkan adab walhal Nisa' sendiri ragu dengan masa depan perkahwinan itu.
“tapikan cik Nisa', boleh saya tanya sikit?” Liza bersuara ragu-ragu.
Nisa' tersenyum nipis.
“tanya apa? Tanya je. If saya boleh jawab, saya jawab..”
Wajah Liza berubah kelat.
“erm..cik Nisa' dengan encik Daniel lama jugak dulu. Macam..agak cepat je cik Nisa' dapat pengganti? Cik Nisa' pasti dengan apa yang cik Nisa' buat ni?” soal Liza perlahan dan lambat-lambat.
Nisa' terdiam mendengarkan soalan itu. Senyum tawar diukir.
“itu soalan yang agak susah nak dijawab tu.” Seloroh Nisa' dalam usaha menyembunyikan kalutnya.
Wajah Liza mula mempamerkan raut bersalah.
“cik Nisa', maafkan saya. Saya..Cuma pelik je. Yelah, selama ni, saya tengok cik Nisa' dan cik Daniel pun dah hampir bertunang. Tup-tup, cik Nisa' bagi kad kahwin, nama orang lain. So, saya Cuma rasa pelik je. Tapi, cik Nisa' tak perlu jawab kalau cik Nisa' rasa soalan saya ni, agak menyusahkan cik Nisa'. Saya…”
“tak apa. Kalau saya beritahu sesuatu pada awak, agak-agak, awak boleh simpan rahsia tak?” Nisa' memicingkan matanya ke arah Liza.
Liza angguk laju.
“kan selama ni saya yang simpan rahsia cik Nisa'? cik Nisa' can trust me, betul!” bersungguh-sungguh Liza.
Nisa' ketawa kecil.
“ok, macam ni sebenarnya…”
Dan sepagi itu Nisa' bercerita tentang kehadiran Hana yang secara tiba-tiba ke dalam hidupnya, reaksi Daniel, dan tamatnya hubungan mereka. Kemudian tentang Irfan. Tapi plan perkahwinan mereka tetap menjadi rahsia. Dia terpaksa mengolah cerita. Kononnya, Irfan dan dia masing-masing sukakan masing-masing dan mereka terus mengambil keputusan mahu berkahwin. Dan mengenai Irfan yang merupakan seorang duda.
Terlopong mulut Liza apabila selesai sesi bercerita Nisa'.
“waa, complicatednya…”
Nisa' angguk.
“yes, but I’m happy now.”
Liza turut angguk, mengiyakan.
“saya tumpang gembira. Cik Nisa' dapat anak and husband dalam satu masa. Tak payah tunggu setahun dua!”
Merah padam muka Nisa' mendengar jenaka Liza.
“ish, apa awak ni cakap macam tu?”
Liza menjeling tajam.
“alah cik Nisa'. Tak lama lepas kahwin, bertemanlah si Hana tu. Bertuah encik Irfan, dapat isteri dan anak sebagai ganti yang pergi. Instant semuanya.” Tambah Liza lagi.
Nisa' Cuma mampu tersenyum nipis.
“yelah tu. Eh, Liza, dah lama awak dalam ni. Dah masanya untuk kita buat kerja kot?” soal Nisa' berbasa-basi.
Liza sengih saja.
“yelah, nanti marah pulak big boss. Hehehe… saya keluar dulu ya cik Nisa'? and don’t worry, your secret is safe with me!” ujar Liza seraya berdiri.
Nisa' angguk.
“thanks Liza for your understanding.”
“no prob. Saya keluar dulu ya? And congrats again!” Liza terus menghilang di balik pintu.
Nisa' tersandar bersama keluhan panjang.
Dia meraup wajahnya dan tudungnya dibetulkan. Rasa rimas pula. Tekak pun sakit sikit. Banyak bercerita kot?
Cincin di jari direnung lama. Irfan ke sabah lagi. Sudah 3 hari. Patutnya balik KL lusa. Rasa pelik pulak bila Irfan tiada. Mungkin sudah terbiasa dengan kehadiran Irfan di sisi sejak semuanya bermula.
Nisa' berdehem perlahan.
Jemarinya mula menaip. Kerja yang banyak perlu dihabiskan. Nanti nak mintak cuti senang.
Dan Nisa' mula tenggelam dalam kerjanya yang bertimbun.
*****
Nisa' memeluk erat beg bimbitnya. Direnung hujan yang turun lebat. Resah gelisah.
Macam mana nak redah hujan ni? Silap besar tak bawak payung tadi. Nampak gaya macam lama lagi je hujan ni.
Nisa' menggigit bibir. Berfikir dalam.
Dahlah keluar office lambat. Tunggu hujan ni, lagi lambat sampai rumah Mak Su. Kesian pulak dengan Hana. Kalau Irfan ada, tak pe jugak. Ah, redah je la. Tak jauh mana pun kereta tu.
Nisa' memasang tekad. Ada kebimbangan yang terselit di sudut hatinya, namun cepat dia membuang rasa bimbang itu jauh. Hana keutamaannya sekarang.
Dipegang hujung kain. Beg bimbit diletak atas kepala sebagai pelindung, bertindak seperti payung. Dia mengatur langkah.
Kunci kereta ditekan. Nisa' berlari-lari anak. Sekejap saja satu badannya sudah basah.
Sampai di kereta, cepat-cepat Nisa' masuk dan menutup pintu.
Phew. Mintak-mintaklah tak jadi apa-apa esok.
********
Irfan menahan teksi limo.
Apabila teksi itu berhenti, dia pantas membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam teksi itu.
tak jadi balik esok. Urusannya sudah selesai. Dia rindukan mereka.
Destinasi diberitahu kepada pemandu dan teksi itu mula meluncur laju di atas jalan raya. Tidak sabar Irfan mahu sampai ke rumah Mak Su. Nisa' tidak diberitahu tentang kepulangannya. Mak Su pun. Saja mahu memberi kejutan.
*****
“assalamualaikum…”
Mak Su menjenguk ke luar seraya mendengar salam. Nisa' ke?
Tapi suara laki.
“Irfan? Eh, bukan balik esok ke?” Mak Su menyoal pelik tatkala melihat Irfan yang sudah masuk ke halaman rumah bersama beg kecil yang dijinjit.
Irfan tersengih.
“saja buat surprise. Hana mana?” disalam tangan Mak Su dan diciumnya.
“Nisa' tak datang lagi. Mak Su ingat Nisa' yang datang tadi. Tapi rupanya kamu.” Jawab Mak Su.
Irfan kerut dahi.
“eh, dia tak datang lagi? Tak kerja ke?” Irfan menjeling jam tangannya.
Mak Su jungkit bahu. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
“entah, tak ada call pun.”
Irfan tidak membalas. Begnya diletakkan di atas lantai.
Kunci keretanya dikeluarkan dari poket seluar. Keretanya ditinggalkan di rumah Mak Su semasa dia ke sabah hari tu. Kebetulan hari tu, malas pula dia mahu memandu ke airport.
“nak pergi mana?” soal Mak Su pelik apabila Irfan menuju ke pintu.
Irfan menoleh sekilas.
“ke rumah Nisa'.”
Mak Su terdiam.
“hmm..hati-hati..” itu saja yang mampu dipesannya.
Irfan angguk.
Tidak lama kemudian, keretanya sudah berada di atas jalan. Fikirannya Cuma ada dua benda. Nisa' dan Hana.
Pelik. Lambat pulak Nisa' hari ni. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek baju kemejanya. Didail nombor Nisa'.
Tak berangkat. Lagi pelik. Dicuba lagi. Tetap tak berangkat. Mala pulak.
“hello, Irfan?”
“ya, saya ni Mala, err, awak dah pergi kerja?”
“haah, saya di office ni, kenapa?” suara Mala ada nada curiga.
Irfan geleng sendiri. Seolah-olah Mala dapat melihatnya.
“tak, Nisa', dia tak datang hantar Hana lagi. Saya on the way ke rumah dia.”
“eh, awak bukan di sabah ke?”
“tak, saya baru sampai lah ni dari airport. Tak pelah, apa-apa hal nanti saya call awak.”
“ok, jangan lupa ya, bye.”
Talian dimatikan. Irfan mendail nombor Nisa' lagi tapi tetap hampa.
Nisa', answer the phone!
****
“Nisa'!” diketuk kuat pintu rumah itu, bagai mahu roboh.
Peduli apa Irfan. Sudah hampir berpuluh ketukan namun pintu itu tetap sepi.
Irfan meraup wajahnya. Dia dipagut bimbang. Teramat bimbang. Nisa', tolong jangan buat saya macam ni…
Sudah berpuluh kali dia menelefon, juga tidak berangkat.
Irfan memejamkan matanya rapat-rapat.
Tuhan, bantulah hambamu ini..
Dibuka matanya, dan didail lagi nombor Nisa'. Last time. Kalau tak berangkat jugak, Irfan akan panggil security pecahkan pintu. Dia akan buat apa saja, agar Nisa' dan Hana muncul di depan matanya, dengan selamat.
Bunyi deringan membuai resah Irfan.
“helo…”
“Nisa'! where are you????!”
“Irfan?” ada kelainan pada suara itu.
“yes, its me! Nisa', mana awak? Kenapa saya call tak angkat?” terkeluar juga marahnya.
“saya…tak sihat..”
Irfan terdiam. Pantas dia memusingkan badannya. Dalam lega kerisauan kembali bertandang.
“open the door, now.”
“awak kat mana ni?” desah nafas Nisa' jelas kedengaran. And it doesn’t sound good.
“depan rumah awak Nisa'. Please, now?” Irfan separuh merayu.
Talian mati.
Irfan menanti. Kedengaran pintu dibuka dari dalam. Wajah Nisa' terjengul saat daun pintu dikuak.
Irfan kelu. Wajah Nisa' begitu pucat. Rambutnya juga tidak terurus. Susah payah Nisa' membuka gril dengan menyandar pada dinding.
Irfan menyerbu masuk sebaik gril dibuka. Buntu.
Diperhati langkah Nisa' yang lemah. Pilu menambat hati.
“kenapa awak tak beritahu Mak Su awak tak sihat? Saya risau, tau tak?”
“Irfan, saya tak sedar langsung. Sorry..” suaranya juga lemah.
Irfan pantas memeluk bahu Nisa' apabila dilihatnya langkah Nisa' semakin lari rentaknya. Tersentap Irfan saat tangannya menyentuh bahu itu. Panas.
Nisa' menoleh, dia cuba menolak tangan Irfan perlahan, kurang selesa dengan perlakuan Irfan yang agak mendadak itu.
“saya ok.. tak apa..” suaranya begitu lemah.
Irfan tak peduli. Tangannya tetap kemas di bahu Nisa'.
“no you’re not. Awak demam panas ni.”
“Irfan, please…” semakin lemah suara itu kedengaran.
Irfan mengalah. Dilepaskan pautannya, namun tidak sepenuhnya.
Serentak itu, Nisa' terjelupuk di atas lantai. Matanya terpejam rapat.
“Nisa'!”
