“Irfan!”
Irfan menoleh pantas. Lega melihat Mala dan Mak Su. Tangisan Hana begitu kuat. Mungkin dia kelaparan dan keletihan.
Wajah Mala cemas.
“Nisa' mana?” matanya meliar melihat sekeliling, risau.
Irfan menyerahkan Hana kepada Mak Su.
“Nisa' dalam wad. Dia tak sedar lagi tapi dia ok. Cuma demam panas je. Mungkin kena tahan di wad satu malam.” Beritahu Irfan.
Diusap kepala Hana lembut.
“Mak Su bawak susu dia?”
Mak Su angguk.
Mak Su mengambil tempat di atas kerusi.
“tadi masa kamu ke rumah Nisa', kamu bawak Hana dan Nisa' macam mana?” sambil itu, tangan Mak Su lincah mengeluarkan susu dari beg barangan Hana.
Disuakan puting botol ke mulut Hana dan diamlah dia. Irfan menarik nafas lega. Mana taknya, sejak sampai tadi, Hana menangis tak berhenti.
“Irfan angkat Nisa' dulu masuk kereta, baringkan dia di belakang. Lepas tu naik balik, ambik Hana dengan kunci kereta Nisa'. Ambik kerusi baby tu. Yang lain tak ingat dah nak ambik. Mujur Mak Su ada simpan susu dan botol Hana jugak di rumah. Kalau tak, kena beli lainlah nampaknya.” Bicara Irfan kelegaan.
Dia tersandar kelelahan.
“Hana tidur ke masa awak sampai di rumah Nisa'?” soal Mala pula.
Dia mahu masuk melihat Nisa' namun mengenangkan Nisa' masih belum sedar, ditangguhkan dulu niat itu. Nisa' perlukan rehat.
Irfan angguk.
“haah, dia tidur, sama dengan Nisa'. Saya ketuk berapa kali, call beratus kali, baru dia jawab. Mujurlah dia pengsan masa saya ada. Ish, saya tak dapat bayangkan kalau dia pengsan dalam bilik air ke, dapur ke, sorang-sorang, dengan Hana lagi.. Alhamdulillah, syukur semua selamat..”
Mala angguk setuju.
“betul tu. Nisa' ni memang macam tu. Dah biasa sangat sendiri-sendiri. Patutnya bagitaulah saya semalam, ini tak. Tengoklah, dia sedar nanti, saya nak bebel banyak-banyak kat dia! Hee, geram!”
Irfan tersengih mendengar luahan geram Mala.
“bukan awak je. Saya pun nak bebel kat dia.”
Mak Su menggeleng.
“ish korang ni. Tak baik. Nisa' bukan sengaja. Mungkin dia baru rasa tak sihat pagi ni ke.. Kita tak tau.” Mak Su membela Nisa'.
“entahlah, mungkin jugak. Sebenarnya, Nisa' tu tak boleh berhujan langsung. Agaknya semalam dia berhujan kot. Hujan petang semalam lebat jugak. Saya rasa sebab tu dia demam…”
Mak Su terdiam, memikirkan sesuatu.
“haah lah, semalam, masa dia sampai rumah Mak Su, dia basah jugak. Sampai je, dia terus ambik Hana, tak tunggu lama dah. Mungkin sebab dia nak mandi cepat-cepatlah sebab dah kena hujan. Baru Mak Su perasan.”
Mendengar cerita mereka, Irfan mengeluh kecil.
“hai, ada hikmahnya saya habis kerja awal. Ish, kalau tak… entah apa nak jadi tak tau lah.” Keluh Irfan, lebih kepada risau.
Mala tidak membalas lagi. Sedar kerisauan Irfan berasas.
“so, sekarang macam mana? Mak Su dan Irfan nak tunggu sini?” soal Mala seraya mengerling jam di tangan.
Dia Cuma boleh keluar sekejap saja.
“awak dah nak balik ke?”
Mala angguk.
“haah, saya tak boleh lama ni. Saya nak jenguk Nisa' kejap. Lepas tu, saya ke office semula. Petang nanti, saya datang balik.”
Irfan angguk perlahan.
“ok. Mak Su dan saya tunggu sini. Saya pun mungkin nak balik kejap. Kesian Hana. Bajunya tak berganti lagi, mandi pun belum.” Diusap kepala Hana lembut.
Memang dia betul kelaparan, habis sebotol susu besar itu diteguknya.
“oklah cam tu, jomlah masuk, tengok Nisa'.” Ajak Mala.
Irfan menggeleng.
“awak masuklah dengan Mak Su, saya tunggu sini. Lagipun saya baru keluar je.” Irfan menolak.
Mala tidak membalas lagi, sebaliknya dia merenung Irfan lama. Irfan menyembunyikan sesuatu.
Dia berpaling pada Mak Su.
“jom, Mak Su.”
Mak Su akur. Dia bingkas, mengendong Hana, dan mereka masuk ke dalam meninggalkan Irfan di luar.
Fikirannya berserabut. Nisa', Nisa', tak sangka awak boleh buat saya gila macam ni.
Dia tersenyum sendiri, tidak percaya. Seketika kemudian, dia bingkas ke luar hospital. Dia perlu mendapatkan minuman. Untuk makan, memang dia tiada selera.
Kerana untuk pertama kali dalam hidupnya sejak pemergian Zila, dia bimbang akan kehilangan. Dan itu yang meresahkan dirinya sekarang, kehilangan Nisa'.
******
Entah berapa lama dia tertidur, Nisa' tak tahu. Perit terasa apabila dia membuka matanya.
Siling yang sedang dilihatnya lain, bukan siling biliknya. Nisa' melihat sekeliling dalam pandangan yang terasa berpinar. Semuanya putih dan biru muda. Belakang tapak tangannya terasa ngilu. Jarum yang dicucuk di situ mula terasa. Entah sudah berapa lama jarum itu terpacak di situ.
Sunyi. Jelas kelihatan siang melihatkan cahaya matahari yang terang-benderang memancar masuk melalui tingkap bilik itu.
Nisa' memejamkan matanya lama-lama, cuba mengingat kembali saat-saat terakhir sebelum ini.
Irfan! Irfan datang, dan dia marah-marah. Kemudian, Irfan pegang bahu aku.. dan.. Apa yang jadi?
Nisa' membuka matanya kembali, dia cuba melihat sekeliling dalam pandangan yang terbatas.
Dan barulah dia perasan, di hadapan katilnya, di atas sofa putih, seseorang sedang tersengguk-sengguk. Irfan menahan tidurnya, kepalanya bertongkatkan tangannya.
Dengan susah payahnya, Nisa' cuba mendudukkan dirinya. Sengal di seluruh badannya mula terasa apabila dia menggerakkan badan, tangan dan kakinya.
Setelah beberapa ketika, badannya sudah tegak bersandar di kepala katil.
Hospital? Nisa' memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Panas.
Aku demam? Ni semua gara-gara gatal redah hujan.
Pandangan jatuh kembali pada Irfan.
Bila dia balik? Tiba-tiba muncul. Ke aku mimpi?
Nisa' mencubit pipi kirinya.
Ouch! Bukan mimpi.
“puan dah bangun?”
Kus semangat Nisa' apabila satu suara menyapanya tiba-tiba. Misi yang masuk ke bilik itu tersenyum nipis melihat Nisa' terkejut dengan sapaannya.
Nisa' tidak sedar dia masuk.
Kala itu baru Nisa' perasan. Dia seorang saja di bilik itu. Single ward. Pasti kerja Irfan.
Irfan masih tersengguk-sengguk. Belum dia sedar kehadiran misi itu.
“puan rasa ok sikit ke?” misi itu ramah bertanya.
Nisa' angguk.
“misi, siapa yang bawak saya ke sini?”
Misi itu menunjuk ke arah itu.
“suami puan. Dia bawak anak puan sekali masa tu, kelam kabut kami bila dia datang panggil kami bawakan stroller untuk puan yang pengsan dalam kereta.” Jelas misi itu.
Nisa' terkedu. Irfan lagi. Entah untuk kali keberapa dia terhutang budi pada Irfan. Mungkin nyawa juga. Irfan sentiasa ada untuknya.
Misi itu memeriksa beberapa benda lagi sebelum dia meminta diri. Sebaik saja misi itu beredar, Irfan tersedar dari tidurnya.
“eh, awak dah bangun?” terpisat-pisat Irfan menghampiri.
Nisa' angguk, senyum tawar.
Irfan mengambil tempat di kerusi yang terdapat di sebelah katilnya. Spontan tangannya menyentuh dahi Nisa'.
Spontan juga darah Nisa' menyerbu ke mukanya saat kulitnya menyentuh dahi Nisa'.
“dah kebah sikit demam awak?” suara itu begitu prihatin.
Nisa' angguk lambat-lambat.
“Irfan…”
“ya? Nak air? Hampir separuh hari awak pengsan. Mesti awak dahaga, kan?” Irfan menoleh ke sisi mahu mengambil air untuk Nisa' apabila Nisa' menahannya.
“Irfan..tak, saya tak dahaga.”
Irfan tidak jadi meneruskan niatnya. Pandangan mereka bertaut. Nisa' tertunduk, segan mahu menahan pandangan mata Irfan.
“Irfan, thanks… for everything.” Ujarnya perlahan.
Irfan tidak membalas. Sebaliknya dia mengeluh perlahan. Tangannya sudah berada di pipi Nisa', memaksa Nisa' memandangnya lembut.
“Nisa', no need to thank me. I’m your husband, right? Awak tanggungjawab saya.”
Nisa' terdiam. Entah kenapa, dia dapat merasakan kebenaran dalam bicara Irfan, dan matanya juga. Seolah-olah Irfan meluahkan yang benar. Dan bukan apa yang mereka rancangkan.
“tapi Irfan, sepatutnya, awak tak disusahkan sampai macam ni. Perkahwinan kita Cuma sementara. Saya tak nak..saya dan Hana jadi beban pada awak, walaupun Cuma sementara. Awak dah berkorban terlalu banyak, dan saya tak pasti jika saya boleh bayar balik, semua pengorbanan awak ni satu hari nanti…”
Sebaik Nisa' habis berbicara, Irfan bingkas dengan tiba-tiba. Wajahnya berubah. Nisa' tersentak dengan perubahan itu.
“Irfan…”
Namun Irfan telah melangkah pergi dan keluar dari bilik itu, meninggalkan Nisa' terkebil-kebil, termangu-mangu.
Nisa' bingung. Sudah dua kali dia ditinggalkan begitu. Kenapa dengan Irfan? Apa yang mengganggu fikirannya?
Salahkah apa yang dikatakannya? Dan satu lagi hal yang membimbangkannya. Kenapa kali ini, hatinya sakit melihat Irfan melangkah pergi tanpa menoleh lagi?
Kenapa wahai hati?
Nisa' menanti dan menanti, sehingga dia terlelap lagi. Dan akhirnya, dia terjaga apabila telinganya dikejutkan dengan gelak ketawa bayi.
Nisa' membuka mata, dan Mala di depannya.
Hana dan Mak Su juga ada. Tapi Irfan tetap tak muncul-muncul jua.
“mana Irfan?”
Nisa' geleng.
“tadi ada, lepas tu, dia keluar. Tak balik-balik lagi.” Itu sahaja yang diberitahu Nisa'.
Tak berani Nisa' memberitahu hal sebenar pada Mala. Bimbang Mala cakap yang bukan-bukan lagi.
Sehingga habis masa melawat, sehingga habis semangkuk bubur Nisa' telan, Irfan masih tak muncul juga.
Nisa' mula resah. Resahnya lain macam. Namun sedaya upaya disembunyikan resahnya dengan bermain dengan Hana dan bersembang dengan Mala.
“Nisa', lain kali, kalau rasa tak sihat, bagitau aku. Mesti kau main hujan semalam kan?” teka Mala.
Nisa' angguk.
“aku terpaksa redah hujan. Payung lupa bawak.” Nisa' menjelaskan.
Mala menggeleng.
“hai, mujur ada Irfan, kalau tak, aku tak tau lah apa jadi dengan kau.”
Nisa' terdiam. Dibiarkan saja bicara Mala, seolah dia tidak berminat lagi. Hakikatnya, fikirannya sudah melayang mencari Irfan.
Irfan, mana awak?!
Nisa' sudah hampir mahu terlelap, apabila telinganya menangkap bunyi pintu dibuka dengan sangat perlahan. Entah sudah pukul berapa, Nisa' tidak pasti.
“Irfan?” dia dapat menangkap sebatang tubuh yang sedang berdiri hampir dengan pintu dalam kesamaran bilik itu.
“Irfan, awak ke tu?” panggilnya lagi.
Orang itu menghampiri katil, dan di bawah cahaya yang begitu samar, wajahnya jelas kelihatan. Duka.
“kenapa awak tak tidur lagi?”
Nadanya juga sudah berbeza. Tidak lagi ceria seperti tadi.
“awak pergi mana?”
Irfan menghampiri, dan dia duduk di sisi katil.
“mencari kepastian dengan apa yang sedang kita buat.”
Nisa' telan liur mendengar nada suara yang begitu mendatar itu. Lama dia diam, dan Irfan juga menyepi.
“Irfan, awak marahkan saya?” lambat-lambat dia bertanya, walau dia tidak pasti, kenapa perlu dia bertanya begitu, dan kenapa perlu Irfan marahkannya.
Tiada sebab. Secara logiknya. Secara tidak logiknya??
Nisa' dapat mendengar desahan nafas Irfan yang begitu jelas. Dia mengeluh perlahan.
“Nisa', saya tak ada sebab nak marahkan awak. Awak sentiasa cakap yang betul. Tak ada salahnya. Jadi kenapa mesti saya marah?”
Nisa' tidak membalas. Nada Irfan sinis. Jelas kedengaran dalam bicaranya.
Apa ertinya? Kenapa dia terasa hati dengan kata-kata Irfan? Kenapa? Kenapa baru kini semua itu bagai jelas kelihatan di matanya, jelas kedengaran di telinganya? Irfan begitu sinis.
Dan sakitnya mendengar nada itu, bagaikan kanak-kanak kecil yang sudah memecahkan pasu kesayangan ibunya, dan ibu itu akan berkata, “buatlah lagi, ibu tak marah.”
Terasa begitu berbeza, ironinya maksud hati yang sebenar, dengan apa yang dibicarakan oleh si bibir. Salah siapa? Hati? Atau bibir?
“maafkan saya.. kalau apa yang saya katakan tadi, menyinggung awak. Saya lupa, awak dah cakap pada saya, supaya jangan berterima kasih lagi dengan awak, kan?” mungkin kerana itu Irfan marah padanya?
Irfan tersenyum sinis. Mustahil Nisa' melihatnya.
“ya, dan jangan minta maaf juga..”
Nisa' kelu lagi. Berperang dengan perasaan sendiri. Ada sesuatu yang menganggunya sejak tadi.
Irfan bingkas, sangka Nisa', Irfan akan pergi ke sofa. Tapi ternyata jangkaannya meleset. Irfan membetulkan duduknya di atas katil itu, dan dia turut berbaring di situ, mengiring di sisi Nisa'.
Dan kepalanya betul-betul di bawah telinga Nisa', membuatkan desah nafasnya kedengaran jelas di telinga Nisa'.
Nisa' kaku. Degupan jantungnya terasa laju. Tangan dan kakinya sejuk.
Tangan kiri Irfan dilingkarkan di pinggang Nisa', seakan-akan memeluk Nisa', erat.
Tiada kata, tiada bicara. Saat itu, dunia seakan-akan terhenti. Nafas Nisa' juga terhenti. Matanya tidak berkedip, terpaku pada siling.
“Nisa'…”
Bisikan itu perlahan, namun ianya seakan-akan bergema dan menghidupkan setiap saraf pada tubuhnya yang keras kaku.
“please, take a very good care of yourself. Saya takkan maafkan diri saya kalau sesuatu jadi pada awak. At least, not when you are with me. Saya tak sanggup tengok awak sakit lagi. Please…”
Sunyi. Tiada respond.
Lengannya boleh terasa degupan jantung Irfan, dan ianya seakan-akan senada dengan degupan jantungnya. Jantungnya juga berdegup laju.
Kenapa? Kenapa Irfan begini?
“Nisa', saya mungkin tak bermakna pada awak, tapi you mean so much to me. Hana too. Tolong jangan anggap diri awak dan Hana beban pada saya. Izinkan saya memberi sebanyak yang mungkin supaya kelak saya tak menyesal lagi.. please…” dia merayu lagi.
Nisa' masih kaku dan kelu. Satu perasaan baru mula menyelinap ke segenap ruang dirinya. Rasa itu, kembali lagi, setelah sekian lama dia tidak merasakannya.
Selamat, gembira, bahagia, disayangi, dihormati, dan dicintai.
Tapi tak mungkin. Irfan punya Sara. Perasaan itu salah.
Tapi kenapa akalnya tewas kali ini? Tubuhnya tidak mampu bergerak, tangannya tidak mampu dikuit walau seinci. Kakinya tidak boleh dialih walau ke arah lain. Semuanya kaku. Akalnya marah, hatinya bersorak.
Hangatnya tubuh Irfan sudah menjalar ke segenap inci dirinya juga. Nisa' pasrah. Cinta itu datang lagi.
Badri, aku izinkan kau pergi. Pergi dan jangan kembali lagi.
Irfan, aku sedar aku sudah menempah duka. Tak perlu lagi ku balas jasamu. Hatiku bukan milikku lagi.
Setitis air matanya mengalir jua. Duka atau bahagia? Dan sehingga ke subuh itu, Nisa' tidak berkutik, membiarkan malamnya ditemani dengkuran halus Irfan. Membiarkan nafas mereka bersatu. Degupan mereka seiring. Mungkin itu yang pertama dan terakhir. Mungkin.
nisa' mesti sedar yg cinta irfan hanya utk nisa' n hana...
ReplyDeletenk diorg bahagia...
nk sgt...!!
pengunjung sepi dah x sepi sekejap2 pi blog awak. Best nyer. TQ:D
ReplyDeletehurm..best!
ReplyDeletesedar la wahai puan nisa..
cinta irfan tu semestinya utk anda...
hana juga..
heh..
ReplyDeletenisa'..cptlaa sedar..sian glee tgk irfan..
huhu..hope pasnieh nisa' bg diri dye peluang untuk memahami cinta irfan..smbung2..
adoiii..
ReplyDeletenisa nie lampi tul lar..
nape lar until now die x sdar yg irfan tu cinta gla2 kat die?!!
duh~
pesal ngek sungguh nisa... aduh... please...please.. jgn buat aku nak baling lappy kat dinding... lampi arr dia nie.. irfan stand firm
ReplyDeleteso ramantik..kat hospital pun bley manja2 lg..hehe..
ReplyDeleteananis ni memang hebat..menulis 3 karya serentak..disaat penulis lain kekeringan idea..ananif masih aktif dgn idea2nya..bagus2x..kalo g blog lain..asyik cite sama jer..kat blog ni..pastinya kita takkan kecewa..buktinya visitor bukan main ramai lagi..congrates ananis...
ReplyDeleteadusssssssssss... touching..............................
ReplyDeletewah... best2. nisa' dah mle jtuh hati dgn irfan... i like it... hehe...:)
ReplyDeletehuhuhu...terlambat lak...apa2 pun..mmg besttttttt...cayok2 najah..
ReplyDeletenisa dah sedar tntg perasaan dia..
ReplyDeletesambung lagi yer..
ciannye kat irfan...huhu
ReplyDeletewah.....terharu sungguh...
ReplyDeleteactually nisa tu mest tkut dia terluka je
ReplyDeletethen irfan kena la cite yg sbnr..
sara mean nothing to him