About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, May 18, 2011

AAJ DI PASARAN JUN INI!


ASSALAMUALAIKUM WRT.

Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa Anaknya, Anakku Jua atau nama glamornya, AAJ, akan menemui korang, para pembaca yang setia menanti, di pasaran pada bulan JUN iaitu NEXT MONTH!!! Yay!!

Kesian kat saya sebab saya rasa orang lain mungkin dah ada yang tau lebih awal dari saya (kalau korang rajin jenguk website KN, memang dah ada AAJ kat situ).

Sedih? Bercampur baur dengan gembira kerana akhirnya AAJ sudah lahir. Hahaha... Untuk yang tak tengok lagi cover AAJ, this is a POWER PEEK. hehehe...





So, OK ke? Pada saya, OK SANGAT! Comel! hahahahahaha.....

Hana pun kata dia suka.......

Macam tak percaya je tu novel saya.

hahahahahahahahahahahahah
(Korang tak tau betapa saya gelak sambil menangis sambil melolong bila tengok AAJ kat website KN)

Ok.

Kepada yang baru kenal blog ni dan tak tahu menatang AAJ tu apa, inilah sejarah AAJ ya.

Novel kedua saya (hahahah, sbnrnya yg ketiga tp x pyh la tau yg kedua tu yg mana, hehehe) selepas Kira Ayumi, saya mula menulis AAJ pada tarikh 9 April 2009 (09.04.09) dan saya juga telah menghantar AAJ ke website Penulisan2u.

Rentetan dari sambutan yang menggalakkan dari pembaca di P2U, encik Muzri dengan berbesar hati telah mengetengahkan AAJ kepada penerbit untuk cadangan diterbitkan dan kerana itu, saya telah disuruh menyediakan manuskrip AAJ yang telah dihantar ke tangan penerbit secara rasminya pada 4 Julai 2010 untuk penilaian penuh.

Setelah lama menanti jawapan, akhirnya pada 18 Februari 2011, saya mendapat berita baik iaitu AAJ akan diterbitkan oleh KN.

Setelah urusan surat setuju terbit dibuat, sekali lagi saya dalam penantian menanti tarikh sebenar AAJ akan diterbitkan. Kalau nak diikutkan, KN sudah ada list penuh untuk tahun ni, dan diorang sebenarnya bercadang untuk publish AAJ next year. Tapi, setelah diorang pertimbangkan balik, akhirnya, diorang selitkan jugak AAJ untuk list tahun ni. Untuk itu, saya sangat bersyukur sebab dah ramai yang bertanya dan saya sendiri tak ada jawapan. Jadi, sekurang-kurangnya bila orang tanya kenapa lambat, saya ada jawapan untuk tu. hehehe...

Pada 7 April, KN email saya untuk mintak sinopsis, penghargaan, blurb, biodata, dan semua yang berkenaan untuk dicetak di novel tu. Sebenarnya, ini part yg sedih sikit. Bukan sedih apa, tapi agak tak best di pihak saya. Saya diberi masa yang sedikit untuk sediakan semua tu, dan saya memang terlupa langsung untuk sediakan semua benda tu sebelum diminta, Almaklumla, first time. Jadi memang saya tak terfikir langsung pasal semua tu. Bila diorang mintak, saya cuma ada dlm 4 jam mcm tu untuk tulis semua tu, dgn cari gmbr yg sesuai lagi (dan rupanya sy x ada gmbr perseorangan yg elok untuk dijadikan tatapan satu Malaysia! ah! Pathetic!)

Cari gambar dh buang masa, makanya, sinopsis sy pun agak terabur, mmg sgt x puas hati tp nak tak nak, kena bg sbb diorg kata nak cepat.

Kemudian, senyap lagi tanpa berita. Dua hari lepas, terdetik di hati nak email KN n tanya, dan barulah sy tau AAJ akan keluar next month, bulan JUN.

Alhamdulillah....
Legaa.......

Tapi.....

Bila tengok sinopsisnya....
Hmm...

Tak apalah, mungkin ada baiknya diorang tak guna yg sy bg sbb entah apa-apa. hahaha. Novel saya yang lepas ni (SAYA AKAN PASTIKAN ADA NOVEL SAYA YANG KEDUA DAN SETERUSNYA hahahahahah) akan saya siapkan yang terbaik untuk korang, PEMBACA YANG TERBAIK!

SAYA BERJANJI!

hehehehe.....

So, this is it. AAJ akan keluar bulan depan ya korang. Yang tak ada duit, sila pastikan gaji or elaun bulan depan dah disimpan RM22 (bg semenanjung) dan RM25 bagi Sabah Sarawak sebab AAJ tebal sikit. hahahahaha....

OR

Kan saya dah cakap, kalau korang tak nak beli pun tak apa. Sebab saya nak bagi peluang kat korang untuk dapat AAJ percuma, siap dgn sign lagi. Tak nak? Nak ke tak nak? ;)

Saya akan hold contests before AAJ keluar, maksudnya, before Jun lah kan.

Tapi, korang kena "Like" page "ANARIF" di FB secepat mungkin sebab who knows when am I gonna hold the contest? kan? kan?

dan lagipun, saya sebenarnya tengah menunggu ramai lagi pembaca di luar sana untuk 'like' my page sblm hold contest tu. Saya nak semua org get an equal chance, but if korang tak nak, tak pe la. Takkan nak paksa-paksa, kan? hehehe....

Anyway, AAJ akan keluar and pastikan korang tunggu AAJ tau!

Lastly, thanks sangat-sangat sebab sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus menulis (wlupun ramai jd silent readers je) tapi sy hargai 'kehadiran' korang di blog ni.

Terima kasih atas sokongan korang!

I LOVE YOU ALL, AND MAY ALLAH BLESS US ALL.


love,

anarif

PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

3 comments:

  1. Anarif..

    Akak akan beli novel ni... lama tunggu tu.. alhamdulillah dah siap dan akan dibeli utk dibaca secepat mungkin.. :-)

    1st time baca AAJ, di penulisan2u.. rupernya mmg dah hold utk diterbitkan.. then cari blog Anarif..

    In case ada road show nak promote novel ni di sekitar KL, please inform kat blog, in case available masa tu, bolehlah jumper & dapatkan autograf. :-)

    Tahniah buat Anarif!!! All the best to you..!!

    ReplyDelete
  2. Yuhuuuuuuu!!!
    Aku janji,aku akan simpan duit dlm masa 3 bln nih utk dptkan novel AAJ..lambat beli takpe,yg penting aku akan usaha utk dptkan AAJ..

    Anarif, U rock babe!!!!

    Jangan berhenti berkarya yaa...

    ReplyDelete