Aku Muna. Seorang wartawan, dan hidupku berubah kerana seorang lelaki. Tengku Fakhri. Dan ini kisahku.
********
“Muna, today, jangan lupa kau kena pergi cari scoop di Anugerah Filem Asia. The faster you go the better, ok?” Ria, kacukan Cina-India, ketua editor majalah Elegan yang sudah menjadi ketuaku sejak 3 tahun lalu bersuara sebaik aku meletakkan punggung di kerusi pagi itu.
Dan siapa sangka, ayat itu akan membawa kepada pertemuanku dengan Tengku Fakhri.
Aku mengeluh panjang. Itu saja yang mampu dikatakan. Terus-terang aku cakap, sepatutnya seorang wartawan majalah akan rasa excited bila dengar MAJLIS ANUGERAH, tapi sayangnya, itu bukan aku. aku benci berada di tempat yang ramai orang. Yes, I hate crowded places. Sangat-sangat benci plus menyampah plus tak suka plus plus and plus.
Ok, that’s it. Tak kira betapa bencinya aku dengan semua tu, the fact that Ria will never accept my excuses setelah dua tahun dia menerima permintaanku untuk jadi wartawan yang cari scoop di internet membuatkan aku tak mahu mencuba langsung. Ria baik orangnya, and she could be very scary too. Fullstop.
Face it, Muna, kau kena pergi jugak walaupun lewat. Wajib. Compulsory. Tak ada sunat-sunat. Mesti.
Majlis start dalam pukul 8. Pukul 6 kena ada dah kat sana. Genting Arena of Stars. Oh, I hate it. I despise it. Seumur hidup aku, tak pernah aku jejak Genting. Nama pun tak suka crowd places, Genting antara tempat yang tak pernah masuk senarai aku. Mintak simpang.
“Amri…” jurufoto Elegan yang agak tak Elegan itu baru saja melangkah masuk dengan Nikon tersangkut di lehernya.
“Yo, apa hal?” jawabnya ala-ala Sean Kingston. Aku bagi jelingan maut. Aku dah cakap aku benci dia panggil aku, YO.
“Kau nak kena sepak ke terajang?” ambik kau. Pagi-pagi dah dapat breakfast sedap punya.
Amri tersengih-sengih. Dia hampiri meja aku dan aku sekali dengan sengih panjang, dan lebar.
“Ye, cik Muna. Ada apa cik panggil saya pagi-pagi buta ni?”
Muncung aku lagi panjang.
“Jangan lupa petang ni, kita kena gi Genting. Pukul 4 dah gerak.” Kalah Ria gaya aku bagi arahan.
Peliknya, Amri angguk.
“Baik puan. Whose car?”
Aku tenung dia lagi.
“Ops, sorry, lupa pulak kau ada driver yang bawak semua orang dalam dunia ni. Pakcik bas.” Dia sengih lagi.
“Dah. Blah dari meja aku.” Dengan itu, end of conversation.
Senang cakap, dalam pejabat Elegan ni, aku cuma cakap banyak dengan Ria saja. Tu pun sebab dia yang bayar aku. Dengan orang lain, ho, minta maaflah ya. Tak berminat.
Seperti yang dirancang, aku dan Amri dah keluar dari pejabat pukul 3.59 dan pukul 5.55, kami dah terpacak di depan Arena of Stars. Yang paling menyakitkan hati, sejuknya di puncak itu mengalahkan semua rasa sejuk yang pernah aku rasa sebelum ni, dan aku tak tahu langsung Gentings sejuk macam ni. Aku tak tipu. Dan paling geram, Amri dah bersedia dengan jaket tebal, sedang aku? Cuma kemeja nipis, tudung bawal bidang 45 dan jeans biasa.
“Apasal kau tak cakap Genting sejuk? Hah?” marahku sebaik saja kereta kami diparkir di tempat letak kereta khas. Kabus?
Tebal nak mampus. Aku boleh kehilangan Amri kalau kitorang berdiri sejauh 10 meter dari satu sama lain. Dah sudah pasti aku tak boleh kehilangan dia. Orang ramai dah mula membanjiri termasuk rakan wartawan dan aku mula rasa tak best. Memandangkan ini kerja, aku turutkan jugak hati yang bengkak.
Aku berdoa dalam dewan tu nanti, ada pemanas. Macam dalam filem Korea. Tolonglah. Kalau dia pasang aircond jugak, memang aku akan mati beku kat situ. Percayalah, aku tak tipu.
Masa tu jugak aku teringat macam mana artis boleh datang dengan dress cantik dan menyeksakan? Seksi dan seksa. Aduhai jiwa.
“Kau nak beli glove? Ada jual.” Cadang Amri bila dilihatnya aku menggosok kedua tapak tangan.
“Actually aku tak sangka sejuk macam ni. Aku bawak je sweater just in case. Nampaknya hari ni cuaca tak berapa baik.” Amri membebel lagi, nak sedapkan hati akulah tu.
Aku menjeling saja. Ya Allah, terkepit-kepit bukan main dah aku. Cuba nak hilangkan sejuk yang teramat.
“Tak ada ke tempat yang panas kat sini?”
Amri sengih.
“Ada.”
“Mana?”
“Kasino.”
Aku cekak pinggang.
“Kidding. Toilet?”
“Hah? Ada unggun api ke dalam tu?”
“Taklah. Pengering tangan tu boleh jadi heater jugak masa-masa macam ni.” Jelas Amri.
Aku terdiam. Ye ke? Nak try ke tak?
“Kau tunggu sini. Aku tak tahan sangat dah ni.”
Amri angguk.
“Cepat, red carpet dah nak mula.”
Aku angguk tanpa menoleh lagi.
Memang betul, aku rasa syurga aku dalam tandas masa tu, dan aku rasa aku boleh tinggalkan dunia untuk pengering tangan dalam tandas buat masa ni. Ikut hati, aku tak nak keluar dari tandas. Sejuknya mencengkam sampai ke dalam. Tak sanggup aku.
Tapi mengenangkan Amri tengah menunggu dan kerja aku jugak menanti, aku gagahkan diri keluar.
Aku tak terkejut bila ramai press dah berkumpul dan ada selebriti yang dah tiba. Aku dalam tandas tu setengah jam. Diulang, setengah jam.
“Pesal lambat? Aduh. Kita dah terlepas Azean Irdawati.” Amri membebel.
Apahalnya? Azean pun dia kisah? And one more thing, aku tak pernah kisah dengan artis. Menambahkan rasa menyampah aku untuk datang sini. Kenapa aku jadi wartawan majalah? Ask my sis. Dia dah risau aku melepek kat rumah lepas setahun keluar universiti, dan dia yang sibuk hantarkan resume untuk aku.
Tanpa disangka-sangka, aku dipanggil interview dan sikap acuh tak acuh aku menarik perhatian Ria. Itu kisahnya. Kenapa dia suka aku? Sampai sekarang aku tak tau. Aku cuma tau aku buat kerja tepat pada masanya. Itu saja.
“Wow!”
“Pesal?” terkejut aku dengar Amri WOW tepi telinga aku. Bingit dah tempat ni. Rimas? Bertambah rimas.
“Nampak lelaki kat sana tu?”
“Aha?” aku sebenarnya tak nampak dengan jelas siapa yang dia maksudkan.
“Dia anak hartawan yang berjaya di UK. But he’s Malaysian. Recently, dia balik Malaysia dengan family dia dan aku tak sangka anak dia akan datang sini.”
Aku angguk tanpa memandang ke arah itu lagi. Perhatian aku sudah beralih arah. Aku sebenarnya blur, tak tau apa patut aku buat seterusnya padahal dah berapa kali aku ikut Ria ke event untuk belajar, tapi aku still bengong dengan benda-benda macam ni.
Sejam kami menapak di luar, ambil gambar, catat apa yang perlu (aku rasa aku tak pernah tengok tulisan aku seburuk tu. cuba tulis cepat-cepat dengan tangan yang dah beku. Korang akan faham apa maksud aku.)
Dan dengan itu, kami masuk dalam dewan. Lega… Akhirnya… Malangnya, dewan tu tetap berhawa dingin, cuma kurang sikit sejuknya dari di luar. Tapi dengan pakaian sebegini, di mana pun aku tetap rasa macam sama. Terutamanya bila aku dah tak rasa jari kaki dan tangan aku.
Sejam, dua jam, tiga jam, that’s it! Aku berlari keluar dewan sebab dah tak tahan nak terkucil. Aku tau tak lama lagi majlis akan tamat tapi aku dah tak boleh membendung lagi kehendak alam.
Aku pergi, macam tadi jugak, agak lama sebab aku rasa lagi selamat aku duduk dalam tandas dari keluar. Pengering tangan tu tak berhenti berbunyi sebab tangan aku tak pernah aku letak kat tempat lain melainkan di bawah benda tu supaya sentiasa panas. Makcik tukang cuci pun dah tengok aku pelik.
Aku pasti Amri akan tunggu aku macam mana pun.
Aku keluar dan mendapati memang majlis dah bersurai. Dan aku rasa macam dah agak lama majlis tamat sebab di luar dewan cuma tinggal beberapa kerat manusia.
Agaknya semua cepat-cepat balik sebab dah semakin sejuk, dan hari semakin larut malam.
Ok, mana Amri? Aku keluarkan telefon bimbit aku dan untuk seketika, aku terkedu bila tengok skrin telefon hitam legap.
Allah! Adik aku cabut wayar charger phone aku untuk charge phone dia semalam, sekali lagi! Argh! Nilah padahnya kalau ada jenama telefon yang sama dalam satu rumah. Tak membantu langsung! Dan pagi tadi aku capai handphone tanpa kisah nak check baterinya, dan lepas handphone terperuk dalam beg sampai sekarang.
Ok, jangan panik, mana Amri? Mesti dia tunggu aku kat mana-mana. Mesti ada. Ok, kereta, mana kereta dia? Aku mula merayau cari jalan ke parking kereta, dan dah tentu aku sesat. Mustahil aku akan ingat mana dia letak kereta sebab aku memang tak nak ingat dan aku tak ingat pun plat kereta dia!
Ok, Muna, jangan panic. Sabar, mesti dia ada kat mana-mana. Tapi, macam mana kalau dia tak ada? Macam mana kalau dia dah tinggal aku? Serius, aku tak tau nak pergi mana.
I mean, my first time in Genting and I don’t know where to go!
Dan aku tak boleh call sesiapapun guna telefon awam sebab aku tak pernah kisah nak hafal nombor sesiapa pun yang aku kenal! Not even my sis’s number!
Percayalah, aku dah mula rasa nak menangis, nak menjerit, dan melaung melolong kat parking bertingkat tu bila aku dah tak tau nak pergi mana.
Aku rasa macam dah nak putus harap dan tiba-tiba, kaki aku macam faham yang aku dah tak larat, aku terjelepok atas simen, betul-betul tengah-tengah laluan kereta. Air mata aku dah nak keluar tapi masih terbendung lagi.
Ria! Tolong aku! Amri, mana kau?
Tiba-tiba aku dengar bunyi kereta dan nun jauh di sana, satu kereta membelok masuk ke laluan di mana aku tengah bersantai dengan sedapnya dan kereta tu berhenti betul-betul di depan mata aku. Aku dengar bunyi pintu kereta dibuka, tapi aku dah tak kuasa nak tengok siapa orangnya.
“Cik, kalau nak bunuh diri pun, kat jalan rayalah. Kat sini tak glamour.” Tegurnya, dan sepasang kaki terpacak di tepi aku.
Aku masih tak percaya aku berada dalam situasi ni.
“Langgar saya.” Dengan otak yang dah tak betul, aku bersuara.
“What?!”
“Langgar saya. Saya tengah bermimpi dan saya perlu sedar kembali.” Aku merepek lagi.
Aku dengar lelaki tu ketawa tak percaya. Mesti dia fikir ini hari paling bersejarah dalam hidup dia.
“Awak nak saya langgar awak? Are you kidding me?”
Aku geleng. Dan tanpa disedari, aku dah menangis teresak-esak.
“Saya sesat… saya nak balik. Saya tak nak duduk sini. Nak balik… nak balik… Amri, mana kau? Kenapa kau tinggal aku?” aduh! Itu saat paling memalukan dalam hidup aku, selain dari bila orang lain tahu aku berhenti pakai lampin untuk buang air besar masa umur aku 7 tahun. Diulang, 7 tahun!
Lelaki itu terpaku, dan tiba-tiba aku dengar satu ketawa yang sangat kuat. Aku tahu dia tak percaya akan jumpa orang macam aku.
“Sesat? Di Genting? Helo, saya yang baru balik oversea pun tak sesat di Genting.” Sempat dia gelakkan aku. Memang tak betul.
Aku kesat air mata dan dongak. Mata kami bertentang, dia berhenti ketawa.
“Gelaklah, gelaklah. Saya harap awak mati kena langgar lori malam ni!” marah aku tiba-tiba.
Aku bingkas dengan kudrat yang masih bersisa dan mula mengatur langkah, dan aku sebenarnya tak tau aku nak pergi mana. Kan parking lot nampak sama je mana-mana kita pusing?
Aku menapak, dan tiba-tiba ada satu tangan menarik aku. Tindakan refleks aku menyebabkan tangan itu dikilas ke belakang, dan lelaki itu menjerit-jerit kesakitan.
“Oh, nak ambik kesempatan ya? Just because I look weak, I’m not!”
“Ouch! Saya panggil awak tak dengar, saya peganglah!” marahnya dalam sakit.
Aku lepaskan tangannya dan terus berjalan.
“Hey, saya nak tolong awaklah!” aku tau masa tu dia tengah menyumpah dalam hati sambil menggosok-gosok lengan dia yang sakit tu.
Aku tak menoleh lagi, dan aku dengar enjin kereta mengaum di belakang aku. Terkejut, aku menoleh pantas.
Kereta tadi meluru laju ke arah aku dan aku tak sempat fikir apa aku patut buat, aku tekup telinga dan menjerit sekuat hati dengan mata terpejam.
Tak ada apa pun menyentuh aku, dan aku masih berdiri kat situ, tegak.
“Naiklah. Saya hantar awak.”
Aku geleng.
“Tak payah. Saya boleh cari guard.”
“Serius? Awak tahu kat mana guard?” dia menyoal dari dalam kereta.
Kereta apa, aku tak tau. Macam biasa, aku hidup dalam dunia sendiri. Aku diam. Ah, bodoh betul.
Aku tak menjawab, terus saja aku pusing dengan niat nak tinggalkan tempat itu dan naik ke atas semula.
“Awak sebut nama Amri tadi, siapa tu? boyfriend?”
Secara teknikalnya, dia kini beriringan denganku, bezanya dia dalam kereta, aku atas kaki sendiri.
“Bukan masalah awak.”
“Boyfriend awak tinggal awak di Genting? Dia nak jual awak ke?”
Aku diam.
“Saya rasa awak ada kat majlis tadi, kan?”
Malasnya aku nak jawab soalan kuiz masa-masa macam ni.
“Saya nampak ada orang berlari keluar dewan dengan muka yang agak desperate. Baru saya ingat.”
“Awak nak apa sebenarnya?” aku berhenti melangkah, dan aku menghadap dia.
“Tolong awak.”
“Tolong blah dari sini, boleh?” aku dah tak boleh membendung lagi rasa irritated aku.
“Wow, kasar jugak bahasa minah ni. Muka elok dah. Have you ever heard about manners?”
Aku berhenti melangkah. Ada sesuatu yang dikatakannya buatkan aku teringat sesuatu di masa lampau. Yang aku cuba untuk lupakan sedaya upaya.
Kamil.
“Kamil, saya akan buat apa saja yang awak nak. Please, jangan tinggalkan saya. Saya sayang awak…” hari itu, satu lautan air mataku tumpah, kerana dia.
“You know what your problem is? You care so much about others, and you know what? Lagi kuat awak pegang saya, lagi kuat saya meronta. I hate it. Kadang-kadang, kita kena jual mahal. Faham? Saya dah bosan dengan, kebaikan awak, kata-kata manis awak, perhatian awak, bosan! Dan saya cuma akan cakap sekali saja. Stop looking for me! We’re done!” Done. Tamat. End. Habis. Noktah. Fullstop.
Air mata aku bertambah laju. Dan balik ke rumah, arwah abah pula menambah minyak ke dalam api.
“Abah cakap dah. Tak nak dengar. Baik sangat, kan dah susah. Orang laki ni, bukan boleh baik sangat dengan dia. Dia akan lari. Siapa la yang akan lekat dengan Muna ni, abah pun tak tau. Umur makin meningkat. Tengok along. Dari sekolah menengah dah ada steady. Tak lama lagi nak kahwin. Muna? Habis satu tahun, break. Mesti semua alasan yang sama. Apa nak jadilah dengan kau ni…” sampai mati ayat abah aku takkan lupa.
Dan sampai abah pulang ke rahmatullah setahun lepas itu, aku masih kenangkan semuanya. Selepas Kamil, aku berubah. Dan semuanya tak sama lagi selepas tu. Takkan sama.
Aku menjadi Muna sekarang, keras hati, ignorant, indifferent, kasar, tak suka bersosial, dunia aku cuma kelas, hostel, dan pejabat. Dan keluarga.
“Miss… miss, hello…” dia masih di situ.
Aku seka air mata yang berlinang cepat-cepat. Sudah-sudahlah menangis depan stranger.
“Saya hantar awak. Saya ikhlas ni.” Dia masih tak berputus asa.
Aku jelling sekilas. Orang kaya, kereta besar, mesti lebih mahal dari sebiji bas RapidKL. Dan aku rasa mereka ni ada satu je tabiat. Berlagak baik sebelum tunjuk taring.
“Cik, awak ni pekak ke buta? Tak dengar atau tak nampak?”
“Saya boleh hidup sendiri. Tak perlu susah-susah. Tolong pergi, boleh tak?” jawabku kasar.
Menyampah. Dia ingat aku akan mati kat sini kalau dia tak tolong?
“Ish, degilnya. Kena jual baru tau.”
“Yang awak sibuk apasal?” bentakku. Bebel tak berhenti. Menyampah!
Lelaki itu mengeluh berat. Dia berhentikan keretanya, dan keluar dengan wajah yang agak dah menyampah nak layan aku. Aku lagi menyampah!
“Sebab saya orang terakhir bertemu awak di tengah malam macam ni di tempat parking kereta Genting Highlands dan awak seorang wartawan. Kan?”
So? Tingkahku dalam hati.
“Cuba tengok tu.” ditunjukkan ke satu sudut siling. Ada CCTV.
“Segala apa yang berlaku sejak tadi, dah terakam dalam tu. If anything happens to you, saya akan dicari dulu. Dan nama ayah saya akan tercemar dan pasti dia akan mengamuk sebab dia tak balik ke Malaysia untuk dengar anak dia terlibat dengan kes yang berat. Who knows? ‘Wanita mati dirogol di tempat letak kereta Genting Highlands’. Atau, ‘Wanita hilang di Genting Highlands’.”
Serius wajahnya.
“Siapa suspek utama? Ni. Tengku Fakhri Tengku Adnan. Ada faham?” dia bercekak pinggang. Aku berpeluk tubuh.
Mengira-ngira risikonya, aku akhirnya bersuara dengan nada yang agak perlahan. Malu dah sebenarnya.
“Tak perlu hantar. Saya balik sendiri. Just hantar saya ke stesen bas sini. Saya naik public.”
“Saya rasa itu mustahil. Sekarang dah pukul 12.30 tgh malam. Bas mana nak tunggu awak? Unless awak nak naik teksi, dan itu lagi saya rasa susah saya nak timbangkan sebab saya tak yakin awak akan balik dengan selamat.”
Aku terdiam. Kejap, lelaki ni nak mengorat ke? Aku tenung dia lama-lama. Ah, lelaki kaya. Macam ni lah. Mengorat, lepas tu tinggal. Mesti dia nak main-mainkan aku. Aku tau.
Tapi… pilihan apa aku ada? Aku kerling CCTV tu lagi sekali. Aduh. Susah betul.
“Ok. Balik KL.” Akhirnya, dengan berat hati dan muncung sedepa aku bersetuju.
“YA ALLAH, kenapa tak cakap dari tadi? Silakan naik…” aku mencebik.
Mengutuk akulah tu.
Naik saja kereta dia, aku mula rasa tak sedap. Menyesal. Macam mana kalau dia orang jahat? Mampus aku! Kakak aku tau aku datang sini, mesti dia akan kerahkan polis cari aku kalau aku tak balik malam ni. Tapi, orang hilang hanya boleh dibuat laporan dalam 24 jam. Aku baru ‘hilang’ 2 jam.
Aduh!
Kereta dipandunya naik setingkat demi setingkat parking itu. Dan akhirnya, kereta itu berhenti di salah satu parking di tingkat paling atas. Aku tergamam.
“Hei, kata nak hantar saya!” marahku dalam gentar.
Dia menoleh bersama senyum nipis.
“Saya lupa nak cakap, esok boleh? Saya sebenarnya dah tak larat nak balik KL malam ni. Saya pindahkan kereta je sebenarnya. Esok senang nak keluar.” Dengan itu, dia menghempas pintu kereta.
Aku terpaku. Esok?
“Awak tipu!” jeritku sekuat hati sebaik saja aku keluar dari kereta.
Dia menoleh.
“Bukan tipu, tapi sembunyikan maklumat. Esok, kalau awak tak nak balik dengan saya pun tak apa. Bas dah banyak tapi malam ni, awak tidur sini saja.”
“Awak saja nak ambik kesempatan, kan? Hah? Lelaki semuanya sama je! Pantang dibuat baik! Pantang nampak orang baik! Kan?” tengkingku sekuat hati.
Dia menggeleng kesal.
“Awak nak ikut saya atau nak tunggu dalam kereta? Saya tinggal kunci kat awak. saya pegang lesen awak. Mana satu pilihan awak? Saya dah bosan bertengkar dengan awak. umur saya hari ni je dah bertambah 50 tahun tau sebab bertengkar dengan awak.”
Aku ketap bibir. Geram!!!! Kalau dia tau aku tak reti bawak kereta, macam mana? Lagi memalukan!
“By the way, kita takkan tidur sekali. You’re not my taste. Jangan perasan, ok?”
Serentak itu, bunyi nyaring kedengaran. Dia keluarkan telefonnya.
“My dear, tak tidur lagi? Kan Ri dah cakap tak perlu tunggu. Dah habis event. Nak naik bilik dah ni. Kejap eh. Ada masalah BESAR yang tak berapa besar. Kejap lagi Ri sampai. Ok, love you. Bye..”
Aku ketap bibir. My dear? Jadi dia ada perempuan kat sini? Patutlah tak nak balik KL. Macam mana aku boleh setuju nak ikut dia tadi? Argh!
“So, boleh cepat buat pilihan tak? Saya betul-betul letih ni.”
“Saya tak ada duit.” Terus-terang, aku memang tengah pokai dan gaji belum masuk. So, hari ni, aku cuma ada sekeping not 50 dalam dompet. Macam mana nak ambik bilik?
“Apasal tak cakap dari tadi? Saya pinjamkan duit. Dah, jom.”
Aku menyumpah sendiri, tapi aku ikut jugak langkahnya. Tak ada pilihan. Itu saja yang bermain dalam fikiranku. Ikut hati aku, nak aku cekik-cekik mamat ni biar esok keluar paper, ‘Anak jutawan mati di tempat letak kereta’. Hah, baru padan muka kau!
Aku tak tau aku di mana, aku ikut saja langkahnya dari belakang. Tau-tau, kitorang dah sampai di depan kaunter hotel apa entah.
“One more room, please?”
Dari jauh, aku dengar dia bercakap dengan penyambut tetamu. Lepas tu, aku dah tak tau apa yang dia bebelkan sebab aku tak faham. One more room? Maksudnya dia ada banyak bilik? Entah-entah, setiap bilik ada perempuan. Malang betul siapa yang dapat dia ni.
“Jom.” Ajaknya. Dihulurkan sekeping kad padaku.
“Apa ni?”
“Hai, dah berapa lama awak tak masuk hotel? Ini kunci biliklah.”
Aku terdiam.
Aku ikut saja dia melangkah. Malu rasanya nak angkat muka. Entah-entah maksiat apa yang tengah berlaku dalam hotel ni, mintak simpangla.
“Berapa?” dalam lif, aku beranikan diri bertanya.
“Saya belanja.”
Aku ketap bibir. Ni yang buat aku marah ni.
“Saya tanya berapa?” aku keraskan lagi nadaku.
Jelas dia terkejut, direnung wajahku lama.
“Awak tak percayakan saya ke? Kalau orang bagi benda free, awak tak pernah nak terima eh?” sinis nadanya buat aku bertambah bengang.
“Awak tak faham bahasa ke? Kalau saya kata tak nak, tak naklah. Entah-entah apa yang akan awak mintak sebagai balasan, who knows.” Aku bagi ayat pedih sikit. Ambik kau.
“Cik, kalau saya nak buat jahat kat awak, baik saya selesaikan awak kat parking lot tadi. Tak ada hal punya. Tapi sebab saya fikir awak ni orang Melayu, bangsa saya dan saya tengok awak macam orang baik-baik, saya tolong awak. Kalau awak ni pelacur, saya tinggal je kat situ.”
Aku jegilkan mata. Kurang ajar betul!
Masa tu jugak pintu lif terbuka. Aku tak berpeluang nak menyembur dia lagi.
Dia dah keluar, dan aku terpaksa ikut dengan hati yang bertambah berat. Kami terus berjalan tanpa sepatah suara sampai dia berhenti dan aku turut berhenti.
“Ni bilik awak. Saya di sebelah. Apa-apahal, call je room service untuk hubungkan bilik kalau awak malas nak berjalan.” Dengan itu, dia terus ke pintu bilik sebelah dan menghilang. Aku dengar bunyi televisyen bila pintu dibuka dan ditutup dalam seketika.
Aku masih kaku depan pintu bilik aku. Takut.
Aku beranikan diri masukkan kad itu ke dalam ruang tersedia dan pintu terbuka. Teragak-agak aku melangkah masuk. Sebaik saja aku melangkah, satu demi satu lampu terbuka. Aku terpaku.
Bilik itu bukan bilik biasa. Suite yang agak besar dengan dua bilik lain. Mamat ni memang dah gila. Kalau aku nak bayar balik, tiga bulan gaji aku belum tentu cukup.
Aku pasti malam ni aku takkan tidur lena.
Tepat jangkaanku. Aku tak berani pejam mata pun, dan aku tak tidur atas katil, tapi atas sofa di ruang tengah yang selesanya kalah katil aku kat rumah. Aku pun tak tau berapa lama aku bukak mata aku dan pastikan aku tak tertidur, tapi akhirnya aku kalah juga. Kesejukan Genting dan selimut tebal yang menyelimuti buatkan badan aku yang letih tak bertahan lama.
Dan aku terjaga bila loceng bilik kedengaran berkali-kali. Aku tersentak. Jam tangan menunjukkan 9.30. What? 9.30???
Mujur aku tak solat. Untuk seketika aku bingung, lupa di mana aku. Bunyi loceng bertalu-talu menyedarkan aku.
Aku jenguk lubang kecil di pintu. Mamat semalam. Apa entah nama dia. Fakir? Fikri?
Aku buat tak kisah. Lambat laun aku akan keluar juga. Aku ambil masa untuk ke bilik air dan mandi secepat-cepatnya sebelum menyarung tudung. Baju? Baju yang sama aku pakai semalam, dan aku pakai tidur.
Buruklah kemeja tu lepas ni. Sedih betul.
Keluar dari bilik air, loceng dah tak berbunyi lagi. Aku masih buat tak endah. Aku akan ke sebelah juga mencari dia. Aku siapkan diriku seadanya, dan aku bergegas keluar bilik.
Loceng kutekan sekali. Tak ada jawapan. Aik. Dua kali. Masih tak ada jawapan. Kali ketiga, empat, dan kelima.
Baru pintu terkuak.
Aku dah bersedia nak melancarkan peluru berpandu ke muka dia tapi aku terkedu melihat gerangan yang membuka pintu.
Seorang makcik dalam lingkungan umur 60-an.
“Kawan Fakhri?”
Aku terdiam. Nak angguk, tak angguk.
“Nenek, kenapa bukak? Biar je dia kat luar tu. Kita tengok sikit macam mana dia nak mengamuk bila orang tak bukak pintu. Biar padan muka dia.” Suara yang sangat aku cam kedengaran dari dalam.
Aku ketap bibir. Tapi… nenek?
“Cantik. Masuklah, kita sarapan dalam bilik saja. Boleh?”
“Tak apalah. Saya nak balik terus.”
“Saya tak nak balik lagi.” Suara itu menjawab lagi.
Aku belum nampak lagi manusia bernama Fakhri ni. Kalau tak, memang dah kena ganyang.
“Masuklah, sarapan dulu.”
Dengan berat hati, aku melangkah. Fakhri tengah bersantai menonton tv sambil makan cereal. Yuks.
“Nak apa? Cereal? Roti bakar?” pelawa neneknya.
Aku telan liur. Semuanya aku tak makan. Tak selera pagi-pagi buta sumbat makanan orang putih ni. Aduhai…
“Saya tak nak makan.” Jawabku ringkas.
Fakhri menjeling dan aku perasan jelingannya tajam.
“Hey, tak payah pelawa dia nenek. Nak makan, pandailah ambik.”
“Fakhri, tak baik macam tu.”
Betul tu, tak baik layan tetamu macam tu. Aku menambah sendiri.
“Untuk manusia macam dia ni, tak payah layan baik-baik. Buang karan je.” Jawabnya lagi.
Aku ketap bibir. Ish. Lantak jelah cereal kau tu!
“Nenek dah lama tak nampak Fakhri ada girlfriend. Siapa nama kamu?” pelik. Nenek ni kan orang kaya?
Dia tak pelik ke kalau aku jadi girlfriend mamat senget ni? Tak sepadan kot! Langit dan bumi pun jauh sekali.
“Muna.”
“Nama sedap, muka lawa, perangai? Zero.” Tambah Fakhri tiba-tiba.
Ish. Memang cari pasal betul.
“Muna betul tak nak makan?” neneknya bertanya lagi.
Tak lalu! Bukan tak nak!
“Tak apalah. Saya makan di KL je nanti.”
“Makan jelah. Bukannya haram pun.” Tambah Fakhri lagi tanpa melihat ke arah kami.
Wajah neneknya sudah agak keruh.
“Saya tak makan makanan orang kaya. Minta maaf.” Terkeluarlah kebenaran dari mulutku.
Fakhri berhenti menyuap. Aku pandang tempat lain.
“Kalau macam tu, minum teh ya. Nenek tuangkan.”
Aku tak membalas. Apa-apa jelah, asalkan aku boleh pergi cepat dari sini dan tak tengok lagi muka dia.
Aku minum teh yang dituang neneknya. Tiba-tiba wanita itu bangun. Dan dia kembali ke meja makan itu dengan sesuatu di tangannya.
“Muna pernah mengait?”
Hampir nak tersedak aku. Menatang apa mengait tu? dah lama buku sejarah tak keluarkan perkataan tu.
Ada benang bulu kambing berwarna-warni di dalam bakul di tangannya.
Aku geleng.
“Nak belajar?”
Aduh! Nenek, please! Saya kena kerja!
Geram lagi aku tengok Fakhri tak bagi reaksi.
“Maaf. Saya perlu kerja hari ni. Saya nak balik. Saya tak boleh tunggu lama lagi.” Jawabku sekuatnya, dengan harapan Fakhri mendengar.
“Tak apa. Hari ni ambil cuti. Kita belajar mengait, nak?”
Aku kepal penumbuk bawah meja.
“Tak boleh. Maaf.”
“Boleh kalau Muna nak. Boleh kan? Teman nenek hari ni? Nenek ingat datang sini seronok, sebab kami dah lama tak balik Malaysia. Tapi rupanya tempat ni tempat orang muda.”
“Tulah, Ri dah cakap nenek tak nak dengar. Nak ikut jugak. Jangan salahkan Ri.” Fakhri bersuara.
“Tak apa, Muna boleh temankan nenek, kan?”
“Tak boleh!” tengkingku dan tanpa sedar, aku dah berdiri tegak.
“Maaf. Ini bukan kehidupan saya. Saya bukan orang kaya dan pejabat tu bukan pejabat bapak saya yang saya boleh datang dan pergi sesuka hati. saya kena balik dan saya perlu balik KL, SEKARANG. I don’t know and I don’t care how you live your life, tapi hidup saya tak semudah hidup kalian, yang bersenang bergoyang kaki di bilik hotel 5 bintang without knowing what life is about. PLEASE, SAYA NAK BALIK. I’M BEGGING YOU!”
Fakhri letakkan mangkuk cereal dia di atas meja di depannya dengan sopan, seolah-olah bicara aku tak menyinggungnya. Wajah neneknya sudah berubah.
Tapi aku tak peduli. Aku bukan lagi seorang hipokrit yang suka bermuka-muka seperti dulu. Dan aku takkan berpura-pura aku sukakan apa yang berlaku sekarang, kerana aku bencikannya. Aku benci bertemu keluarga ini dan aku benci kehidupan mereka.
“Jom.” Ajak Fakhri yang berlalu melintasi aku ke pintu.
“Pergi dulu.” Tanpa berlengah aku menurut langkah Fakhri.
Tanpa kusangka-sangka, sebaik saja kami berada di luar bilik, Fakhri mencekak pergelangan tanganku sekuat hatinya dan dihempaskan aku ke dinding. Aku mengaduh dalam terkejut.
“Kenapa dengan awak ni?” marahku.
“What the hell is wrong with you, hah?!”
Aku tergamam. Suaranya begitu kuat, bagai halilintar.
“Siapa awak nak ceramah tentang kehidupan kami? Hah? Who the hell are you, miss, untuk tengking nenek saya macam tu? Hah?” dihayunkan penumbuknya ke arahku. Gentar dengan keadaan itu, aku memejamkan mata serapat-rapatnya namun penumbuk itu singgah di dinding menghasilkan bunyi yang agak kuat, sipi mahu menghancurkan mukaku.
Benar, aku ketakutan melihat dia begitu.
“Nenek saya tak bersalah. Dia cuma mahukan teman, dan kebetulan, awak ada. Apa salahnya kalau awak pretend? Tak berdosa pun. Nenek saya bukan kaya sejak lahir, dan semua ini adalah hasil titik peluh ayah saya. Dia tak pernah terlibat dengan semua tu. Hidup dia cuma kami. Ada awak terfikir semua tu? Ada?” dia mundar-mandir di depanku dengan kedua tangan di belakang kepalanya.
“You hurt her, pernah awak terfikir tentang tu? From the very beginning, awak dah sakitkan hati dia. Apa salah dia pada awak? Dan apa masalah awak sebenarnya? Awak benci golongan kaya macam saya? Well, I hate you!” ayat itu diluahkan tepat ke mukaku.
Aku masih tergamam.
“Saya menyesal jumpa awak, dan bawa awak ke sini dengan NIAT nak tolong awak, sebab awak tak layak ditolong! Saya lagi rela bawak pelacur balik jumpa nenek saya sebab sekurang-kurangnya, diorang tahu hormat orang, walaupun mereka cuma berpura-pura! Tak macam awak yang tak ada hati perut untuk bertindak depan orang tua macam tu!” marahnya lagi.
“Awak tak pernah dengar perkataan ‘ambil hati’? Malangnya, saya yang duduk oversea selama ni pun reti beradab. Sayang betul, orang Malaysia dah hilang adabnya. Memalukan! Sangat memalukan!”
Lidahku masih kelu.
“Saya menyesal, sangat-sangat menyesal berjumpa awak, because you’re pathetic! Orang yang hidup dalam dunia sendiri dan rasa diri bagus sangat.”
Nafasku yang seolah terhenti mula membuatkan dadaku sesak.
“Dari semalam awak nak pergi kan? Pergilah. Pandai-pandai awak cari jalan balik. Saya dah tak nak tengok muka awak lagi. Go to hell!”
Dia tinggalkan aku sendiri di situ, di luar bilik dan dia masuk kembali.
Bagaikan ditampar sekuat-kuatnya, aku terduduk di atas permaidani tebal yang menjadi lantai lorong itu. Sakit bahuku akibat dihentak ke dinding mula terasa bisanya.
Sakitnya kembali. Sakit bila Kamil meninggalkan aku, sendiri. Dan air mataku menitis.
Pintu dikuak. Cepat-cepat aku seka air mataku.
“Muna, jom masuk.” Aku dongak. Nenek Fakhri berdiri di depanku.
“Tak- tak apa. Saya balik sendiri.” Aku bingkas cepat-cepat.
Aku berpusing dan mahu berlalu apabila satu tangan melingkari lenganku.
“Jom. Nanti Fakhri hantar balik KL.”
Aku geleng.
“Tak- tak boleh, saya mesti balik sekarang. Maaf- maafkan saya.”
“Muna, demi nenek…” aku berpaling, dan mata kami bertentangan.
“Saya…” sepatah demi sepatah perkataan Fakhri menerpa kembali cuping telingaku. Apa masalah aku?
Akhirnya, aku biarkan diriku ditarik kembali masuk ke dalam bilik itu. Tanpa memandang ke arah lain, aku duduk kembali dengan senyap.
Aku dapat mendengar bunyi sudu berlaga dengan mangkuk, dan aku tau, dia ada di situ, menghabiskan cerealnya.
“Kat bawah ada Merrybrown. Kita makan bubur nasi kat situ, nak? Nenek pun tak berapa suka makan macam ni. Tapi sebab Fakhri suka, nenek order je la.”
Rasa bersalah bila teringatkan apa aku cakap sebentar tadi.
“Nenek…”
“Tak apa. Fakhri, jom, kita turun bawah.” Aku beranikan diri angkat muka, dan mata kami bertentangan. Cepat-cepat aku tunduk kembali. Gentar.
20 minit kemudian, kami sudah berada di restoran makanan segera Merrybrown di tingkat bawah. Bubur pun buburlah. Lapar sangat dah ni.
Aku dan nenek duduk semeja. Fakhri duduk di meja lain, dengan suratkhabar yang entah dari mana dia dapatkan. Dari tadi, kami masih belum bercakap lagi. Aku tak berani melihat wajahnya yang serius.
Sambil makan, nenek bercerita tentang keluarga mereka. Baru aku tau. Asal mereka dari estet. Dulu, ayah Fakhri membesar di estet ladang getah. Dia kemudiannya berjaya membuktikan dirinya dengan menjadi ahli perniagaan yang berjaya, dan mereka berpindah ke UK.
Fakhri lahir di KL, dan bila mereka berpindah, umurnya 15 tahun. Sejak itu, mereka jarang balik ke Malaysia. Kini, mereka pulang lama sedikit setelah hampir 15 tahun kerana urusan perniagaan. Nenek pula sentiasa bersama mereka kerana ayah Fakhri satu-satunya anaknya.
Dalam diam, aku kagumi keluarga ini kerana sentiasa bersama. Lazimnya, keluarga kaya sebegini mengabaikan ahli keluarga lain.
Dan dari situ aku tau, Fakhri pewaris empayar mereka kerana dia anak lelaki tunggal dan dia ada seorang adik perempuan.
“Fakhri memang manja dengan nenek. Dan nenek pun lebih mesra dengan dia berbanding adiknya. Sebab tu nenek selalu ikut dia ke sana ke mari dan dia tak pernah membantah. Mesti Muna pelik, kan? Selalunya, anak muda takkan rapat dengan neneknya.”
Aku mengangguk perlahan sambil mengerling Fakhri yang kelihatan serius membaca suratkhabar.
“Jadi… semalam, nenek yang telefon dia?”
Nenek angguk.
Benar-benar mesra. Dan dari gaya dia marahkan aku tadi, aku tahu neneknya segala-galanya padanya. Sukar untuk aku percaya tapi aku tau, itu hakikatnya.
“Memang dia bercakap dengan nenek macam tu. Di rumah pun begitu.”
Aku angguk faham.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi.
“Jom, nek.” Tiba-tiba Fakhri bersuara.
“Pergi mana?” soalku pada nenek yang tersenyum nipis.
“Pergi main dulu. Baru kita balik, boleh?” nenek tersenyum nipis.
Aku terkedu. Perangai nenek dengan cucu sama saja. Pandai-pandai buat plan tak bagitau dulu.
“Tapi, hari ni saya kerja…”
“Tak apa, nanti nenek sendiri akan cakap dengan boss Muna. Ok?”
Aku hilang kata. Apa lagi boleh aku cakapkan. Ikut jelah… Lagipun, aku betul-betul tak sampai hati nak hampakan nenek. And I mean it.
Kami keluar dari Merrybrown itu. Fakhri beratur untuk membeli tiket di kaunter. Aku kesejukan memandangkan pakaianku masih seperti semalam.
Fakhri memanggil kami dan kami mengikutnya masuk melalui pintu yang disediakan. Tempat apa ni, aku pun tak tau. Tapi macam fun-fair. Ini rupanya tempat orang pergi kalau datang Genting.
“Fakhri, kita belikan Muna glove dan shawl dulu. Sejuk ni.” Arah nenek.
“Eh, tak payah nenek, betul.” Kala itu juga, jelingan Fakhri singgah ke mataku, dan aku terdiam kembali.
Kami singgah di deretan kedai yang ada, dan nenek belikan aku topi kepala beruang kutup yang sangat comel, mafla dan glove.
Fakhri tidak masuk sebaliknya dia tunggu di luar.
“Ok sikit tak?” tanya nenek.
Aku angguk. Terharu aku dengan layanannya.
“Nek, nak naik apa?” tanya Fakhri sebaik kami keluar dari kedai itu.
“Muna nak naik apa?”
Aku terdiam.
“Saya… tak pernah terfikir nak datang sini pun. Nenek pilihla. Saya ikut je.” Entah kenapa, aku benar-benar rasa lain kala itu.
Sudah lama aku menutup hatiku pada orang lain, dan kini, sukar untuk aku katakan tidak. Nenek terlalu baik.
“Naik yang biasa-biasa je. Nenek takut kalau naik yang tinggi-tinggi tu.”
Aku angguk. Fakhri seperti biasa tidak memandang ke arah kami. Aku bingung. Marah lagikah dia? Bukan salahku semua ini terjadi. Salah Amri.
“Naik ni, boleh?” tunjuk nenek pada permainan yang ala-ala untuk budak-budak saja. Flying jumbo namanya. Gajah-gajah yang dinaiki sebelum mereka berpusing mengelilingi paksinya.
“Yang ni? Saya ikut je.” Menatang apa ni?
Kami mula beratur dan masuk ke dalam kawasannya. Kami memilih gajah berwarna putih.
“Nek, tekan butang tu bila dah gerak nanti. Tekan lama-lama!” arah Fakhri dari luar gelanggang besi.
Sebaik ia mula bergerak dan berpusing, tanpa berlengah nenek menekan butang hijau di depan kami, dan gajah kami mula naik tinggi.
Brutal betul nenek ni.
Tapi seronok pulak bila gajah tu naik turun sambil berpusing. Kami ketawa serentak. Geli hati aku mengenangkan dah lama aku tak naik benda macam ni.
Enjoy the moment, Muna. Lepas ni kau takkan jumpa diorang dah. Takkan ada siapa tahu tentang ini.
Turun dari gajah tu, kitorang jalan lagi. Aku yang agak perak dan dah lama tak melihat dunia excited sangat bila tengok permainan lain. Yang pasti, aku berkepit je dengan nenek. Fakhri kejap-kejap kat depan, kejap kat belakang. Tak pernah seiring dengan kitorang, dan aku selesa begitu.
Aku tak tau apa yang dia fikir sebab dia cuma bersuara sekali-sekala.
“Jom naik Antique Car.” Cadangnya tiba-tiba.
Aku yang sedang membetulkan scarf dan topi nenek menoleh. Nenek pun sama.
“Kat mana?”
“Masuk dalam sikit. Round satu kawasan ni.”
Nenek angguk.
“Boleh kan?” nenek tengok aku, meminta pendapatku.
“Tak kisah, boleh je.”
Kami mengekori dia dari belakang. Stesennya di dalam bangunan, dan ada banyak kereta lama tersadai di satu sudut, sementara di atas landasannya, ada berderet-deret kereta beratur. Mujur hari ini hari minggu, jadi Genting memang lengang. Aku yang patutnya bekerja sedang enjoy pulak di sini.
Ia dipandu sendiri dengan menekan clutch yang tersedia di atas lantai tempat duduk depan.
“Fakhri bawak? Atau Muna?”
Aku cepat-cepat geleng. Fakhri tak beri respons. Seolah-olah dia tak dengar soalan nenek tu. lebih tepat lagi, aku dapat rasa dia layan aku seolah-olah aku tak wujud di situ.
“Saya… belum ada lesen.”
Nenek memuncung panjang.
“Oo… Fakhri bawak. Nenek duduk belakang sorang-sorang boleh?” aku tenung nenek tak percaya.
“Saya… err, tak boleh duduk dengan nenek?” perlahan saja suara aku.
Sampai hati nenek buat aku macam ni.
“Duduk depanlah. Jadi co-pilot. Boleh belajar bawak kereta dari Fakhri, kan?”
Aku pandang Fakhri, tapi dia melihat ke arah lain. Masa-masa ni dia tak bising pulak nak membantah. Bengang betul aku.
“Tak apalah, saya tunggu sini je. Nenek naik ya. Saya tunggu sini.” Akhirnya, itu jalan selamat.
Wajah nenek berubah.
“La, kenapa pulak? Duduk depan ke belakang kan sama je?” aku terkedu. Sah, perangai Fakhri yang bengong diturunkan dari neneknya. Aduh…
“Erm..” aku kerling Fakhri.
Sebenarnya? Aku takut nak duduk tepi dia. Buatnya dia tolak aku, tak pasal je. Esok, mesti keluar headline, ‘Wartawan kemalangan di Genting’ sebab naik kereta antik. Oh, tidak. Apa jaminan dia takkan apa-apakan aku?
Tadi dia hampir nak pecahkan muka aku. Diulang, PECAHKAN MUKA AKU.
“Naik jelah. Banyak songel pulak.” Ujar Fakhri tiba-tiba.
Itu ayat dia untuk yakinkan aku? Malangnya, ya. Sebab aku dah tak berani nak menjawab dengan dia.
Dia naik dulu, dan aku naik lepas dia setelah aku pastikan nenek duduk dengan selamat di belakang.
Sempit. Memang itu saja yang bermain dalam fikiran. Yang paling best, clutch tu betul-betul kat tengah. Jadi kaki dia dah bersedia atas tu untuk gerakkan kereta tu.
Aku naik, dan lepas tu, kaki aku rapatkan dan miringkan ke kanan. Tahan je kat tepi tu. Tak rela terkena kaki dia. Awal-awal bolehlah tahan. Lenguhnya!
Kereta dah mula bergerak, dan kami betul-betul mengelilingi kawasan taman tema luar Genting. Hampir separuh perjalanan kami, landasan kereta tu betul-betul melalui antara tasik kecil dan air terjun yang berada di belah kananku.
Nampak saja air terjun tu, dengan sendirinya kaki dan badan aku berganjak ke kiri. Tiba-tiba, kereta kami berhenti.
Aku pandang Fakhri yang memang tengah tengok aku. Nenek pun pelik.
“Awak nak bawak kereta ke?” tanya dia dengan wajah yang serius.
Dia tengok bawah, aku pun sama. Rupa-rupanya, kaki aku dah naik atas clutch tu masa aku berganjak. Serius aku tak perasan, ok!
Yang paling best, aku tengah pijak kaki dia. Cepat-cepat aku alihkan dan paling ke kanan. Malu!
“Sorry, tak perasan.”
Nenek ketawa di belakang.
“Jalan cepat. Dia basah nanti.” Arah nenek.
Dengan itu, kereta kami bergerak kembali.
Sumpah, aku dah tak pandang ke kiri langsung walaupun sebelah aku tak banyak benda yang menarik. Aku sanggup tenung tanah dari pandang depan atau ke arah dia. Aku berdoa cepat-cepat kereta tu sampai balik stesen.
Muka aku dah boleh jadi jalan tar dah tebalnya.
Sampai di stesen, aku terus melompat turun walaupun kereta tak berhenti sepenuhnya lagi.
“Eh, sabarlah Muna. Kita bukan nak cepat pun.” Tegur nenek.
Aku sengih macam kerang busuk.
“Err, tak sabar nak turun.” Aku tau dia tengah tengok aku, sebab tu aku pandang arah lain.
Aku tolong nenek turun, dan kami berjalan di belakang dia kembali.
“Nek, tak sejuk ke? Minum air panas dulu nak? Panaskan badan.” Saran aku tiba-tiba.
“Ok jugak tu. memang sejuk sangat ni. Walaupun di UK pun sejuk, nenek tak berapa suka keluar rumah.” Aku angguk faham.
Kami melalui sebuah bas yang berwarna merah, rupanya macam bas yang selalu kelihatan di kota London di kaca tv.
“Nenek masuk dulu. Ri belikan air.”
Nenek angguk.
“Muna nak air apa?”
Aku terdiam.
“Err, apa-apa je. Saya ok je.”
Fakhri merengus perlahan. Apa maknanya, aku tak tau.
“Nenek naik bas tu. Itu tempat makan. Bukan bas betul.”
Mendengar penjelasannya, aku dan nenek sama-sama kagum.
“Ooo, patutlah cantik je.” Komen nenek. Aku dan nenek beriringan ke bas itu, apabila namaku dipanggil.
“Muna, tunggu dengan saya. Macam mana saya nak bawak air banyak-banyak?” aku menoleh, dia masih tak memandang ke arahku.
Tak puas hati ke? Aku pijak lagi kaki tu baru tau!
“Nenek masuk dulu ya.”
Nenek angguk tanpa sebarang bantahan. Setelah memastikan dia selamat memanjat tangga bas itu, aku beralih pada Fakhri yang menanti dengan muka yang sangat masam.
Tanpas bersuara, kami ke kaunter yang menjual makanan dan minuman terletak betul-betul bertentangan dengan bas itu.
“Teh tarik 3.” Pinta Fakhri.
Aku berdiri di sebelahnya, dan aku ternampak sesuatu. Dulang bersusun elok di depanku. Aku jelling dia dari sisi.
Saja nak buli aku. Dulang melambak je kat sini.
Kami sama-sama memerhati pekerja itu menyediakan air kami, bukan membancuhnya, menyediakan saja kerana ada mesin air panas yang mudah digunakan. Cuma letakkan cawan di bawah corongnya dan pilih saja jenis air yang dimahukan. Mudah.
“Tak perlu pura-pura baik. Menyampah saya tengok.” Tiba-tiba, telingaku menangkap sindiran pedas itu.
Aku berpaling pantas, menghadapnya dari sisi.
“Apa masalah awak ni, hah? Siapa yang pura-pura?” marahku agak kuat.
Pekerja itu dah tertoleh-toleh. Entah apa dia fikirkan.
“Saya muak tengok awak buat-buat baik dengan nenek saya. Kenapa tadi awak tak blah je cepat-cepat?” ayat dia yang seterusnya hampir membuatkan aku nak gigit dulang-dulang di depan aku.
Aku menjegilkan mata sebesar-besarnya. Rupa-rupanya dari tadi dia sibuk fikirkan betapa pura-puranya aku dengan nenek.
“Tadi, awak hampir nak tumbuk saya sebab perangai saya yang kalah pelacur. Sekarang, awak kata saya hipokrit. Awak ni ada short-term memory loss, eh? Sayang betul.” Aku terus berpaling ke arah lain sambil memeluk tubuh.
Panas membara di dalam buatkan aku tak terasa lagi dingin Genting.
Yang paling menyakitkan hati aku, dia tak hargai apa yang aku buat. Semakin kuat ingatan dulu menjengah. Sakit. Pilu.
“Mustahil awak ikhlas. Kerana saya bertindak macam tu tadi, awak berubah, kan? Sayangnya, lagi sakit hati saya tengok awak macam ni dari semalam. Mata saya ni, hampir nak terjojol dah tengok awak tolong nenek tiap kali keluar masuk ride.”
Pang! Aku sedar pekerja itu terpaku di situ, melihat drama yang tak ada nilai komersilnya ini.
“You! And all the people around you! You will never, never, ever change, won’t you?” tak pernah tapak tanganku singgah di muka sesiapa, dan dia orang bertuah sebab jadi yang pertama.
“Semuanya sama saja! Tak pernah nak hargai kebaikan orang! Yes, I changed, tapi bukan sebab perbuatan bodoh awak tadi! Kerana ketulusan nenek! She reached inside me, and I feel her! Kerana nenek, saya stay dengan awak, and now, I’m having this stupid conversation with you, in… this stupid place! You! Go to hell!” aku pandang bawah dan pijak kaki kanannya sekuat-kuat hatiku membuatkan dia terjerit kuat.
Dengan itu aku terus berpusing dan melangkah laju. Destinasiku? Jalan keluar dari situ. Aku akan balik KL sekarang. And I mean it.
Anehnya, begitu mudah aku mencari jalan keluar dengan hati yang membengkak. Mulutku juga ringan bertanya.
Akhirnya, aku sampai di stesen Skyway, perkhidmatan kereta kabel yang menghubungkan Gohtong Jaya dan puncak Genting. Kecut perutku seketika apabila memikirkan aku perlu menaikinya untuk turun ke bawah. Semalam, Amri dan aku terus naik ke atas. Jadi, aku tak pernah tau wujudnya pengangkutan kereta kabel di Genting.
Aku beratur dan membayar tiketnya. Kemudian, aku terus ke platform yang lengang. Kereta kabel itu bergerak perlahan di platform dan penumpang perlu terus naik tanpa menunggunya berhenti. Agak kelam-kabut seketika aku. Dah nama pun first time.
Baru aku nak naik, aku terdengar ada orang panggil nama aku. Malas aku nak pandang, takut-takut aku perasan sendiri. Mustahil mamat tu akan datang sini.
Dengan yakinnya, aku melangkah naik dan duduk cepat-cepat di kerusi yang tersedia.
Masa tulah aku nampak Fakhri tengah berlari-lari masuk ke laluan untuk penumpang Skyway, dan nampaknya, dia mengejar aku.
Kabin yang aku naiki dah brpusing semula untuk meneruskan perjalanan. Aku buat tak nampak je. Aku tekad, macam mana pun, aku akan balik sendiri, tanpa bantuan dia! Suara dia sayup-sayup kedengaran bila pintu kabin aku tertutup.
Aku buat tak dengar dan aku dah tak pandang langsung. Kabin aku bergerak menjauhi platform dan beberapa saat kemudian, aku berada dalam kabin yang terapung setinggi 2km dari tanah.
Pemandangan yang indah tak lagi menarik perhatian aku. Aku tau aku nak cepat sampai di bawah dan pergi dari situ. Sekurang-kurangnya, aku dah tak nak tengok muka dia, dan aku pasti dia dah tertinggal di platform tadi. Walaupun dia naik kereta, aku tetap akan sampai dulu di bawah.
Aku akan ambil teksi atau bas atau apa-apa saja, balik KL, lupakan segala yang berlaku dan jalani hidup macam biasa.
Lebih kurang 15 minit kemudian, kabin yang aku naiki sampai ke platform paling bawah.
Aku bergegas turun dan mencari arah ke stesen bas yang dicakapkan Fakhri semalam. Sakit juga hati bila memikirkan terpaksa gunakan maklumat dia, tapi aku tiada pilihan.
Akhirnya, aku sampai di terminal bas Gohtong Jaya yang terletak di tingkat bawah sedikit. Terus aku ke kaunter bertanyakan bas ke KL. Tiketnya boleh tahan mahal untuk ke KL Sentral, dan aku cuma ada sekeping not 50. Sampai di sana, aku perlu naik komuter, dan kemudian teksi untuk sampai ke rumah.
Dengan RM50, aku mungkin takkan sampai ke rumah. Naik teksi dari sini? Pasti lagi mahal. Dengan tol lagi, minyak, upah.
Aku terduduk di kerusi yang tersedia. Buntu. Rasa macam nak menangis. Aku nak balik. Ya Allah, tolonglah, aku nak balik rumah!!
Aku duduk bersandar dengan mata terpejam. Apalah dosa aku untuk diuji macam ni…
Tiba-tiba kerusi sebelah aku diduduki orang. Aku dah malas nak toleh walaupun aku rasa macam nak mengamuk jugak. Banyak-banyak kerusi kosong nak jugak menyemak tepi aku.
“Bas awak pukul berapa?”
Aku toleh. Melihat Fakhri di sebelahku, rasa marahku menebal kembali. Entah kenapa, aku rasa dia puncanya kepada semua yang berlaku. Memang salah dia!
Aku bangun.
“Awak tak beli tiket pun, kan?”
Aku berdiri di situ, tegak.
“Apa lagi awak nak? Saya dah pergi jauh dari awak. kenapa awak cari saya balik? Belum puas sakitkan hati saya? Belum puas panggil saya hipokrit, pelacur, hah, belum puas?” dengan itu, aku buka langkah.
“Maafkan saya Muna.” Suaranya perlahan.
Dua langkah dan aku berhenti. Aku hela nafas dalam. Letih. Aku betul-betul letih.
“Awak tak cukup duit nak balik, kan?”
Aku masih tak berpaling. Tiba-tiba, dia di sebelahku.
“Saya hantar awak balik sekarang. Free.”
Mendengar kata-katanya, aku rasa bertambah marah.
“Saya tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan awak. Cukuplah, Fakhri. Kita ikut haluan masing-masing. Naiklah, nenek mesti tengah tunggu awak.”
“Dia yang suruh saya cari awak semula.”
Aku terkedu.
“Jadi, kalau dia tak suruh, mesti awak pun dah tak nak menghadap muka saya, kan?”
“Muna, bukan macam tu. Saya…”
“Fakhri, I mean it. Saya boleh balik ke tak, saya kena jual diri ke, saya kena mengemis ke, apapun, saya akan balik sendiri, tanpa bantuan awak.”
Aku angkat kaki. Dengan destinasi yang aku tak pasti.
Dan aku tau, dia tetap berdiri di situ.
Aku pergi ke tandas apabila aku terlihat papan tandanya, dan di dalam bilik air, aku menangis sepuas hati. Lama aku di situ, tak pasti berapa lama. Di dalam hati, tak putus-putus aku berdoa supaya ditunjukkan jalan.
Setelah aku pasti dia tak ada lagi, aku keluar. Dan kelibat Fakhri tak lagi kelihatan. Lega. Aku ternampak seorang lelaki sedang bercakap di telefon tak jauh dariku, dan jenama telefonnya sama denganku.
Kala itu, ilham menjengah minda.
Aku ke kaunter bas sekali lagi.
“Cik, boleh tanya tak cik guna telefon apa?”
Terkejut penjaga kaunter itu, tapi soalan aku berjawab juga.
“Cik ada charger? Saya perlu caj bateri telefon, penting sangat.” Pintaku dengan wajah sesayu mungkin.
Aku memanjat syukur bila dia meminta telefonku untuk dicaj di situ. 15 minit kemudian, dia memanggilku kembali dan menyerahkan telefonku.
Cepat-cepat aku hidupkan balik dan gembira tak terkata hatiku bila melihat cahaya lampu skrin telefonya bernyala.
Tanpa berlengah, nombor Amri didail.
“Amri!”
“Muna, ya Allah, kau kat mana? Kau ok ke?”
“Aku kat Genting lagi ni, kat stesen bas. Kau boleh datang ambik aku sekarang?” sebenarnya, aku rasa macam nak menangis bila dengar suara Amri. Suara aku pun keluar tak keluar je.
“Ok, ok, kau ok kan?”
“Ok. Aku tunggu kau.”
Kalau aku boleh menjerit, aku dah menjerit sekuat hati aku kat situ sebab aku rasa gembira sangat.
Dalam sejam kemudian, Amri tiba. Aku rasa macam nak peluk dia sebab selamatkan aku dari nightmare yang tak berkesudahan. Aku terus naik kereta. Aku dapat Amri lega sebab aku selamat.
“Kau ke mana? Aku cari kau tak jumpa, aku ingat kau dah pergi ke kereta. Lepas tu, aku datang balik dewan, kau dah tak ada…” entah apa lagi yang Amri membebel, aku dah tak dengar sebab aku dah terlelap.
Letih, betul letih.
**********
Hari ini dan esok, Ria bagi aku cuti setelah aku serahkan semua notes aku pada dia untuk dia selesaikan. Amri pulak tak habis-habis rasa menyesal dan bersalah.
Letih pulak aku nak cakap dia tak bersalah, semua salah aku, benda nak jadi, bla, bla, bla.
“Muna, kau dah lain.” Satu komen dia setelah penat kitorang bergaduh pasal siapa yang bersalah dalam hal ni.
Aku terpempan. Aku tengok dia serius semacam je.
“Lain macam mana?”
“Kau… lainlah, susah aku nak cakap macam mana.”
Aku terdiam.
“Kau dah tak banyak snap aku, dan kau dah tak selalu marah-marah. Apa yang jadi sebenarnya? Ada benda yang kau tak cakapkan?”
Aku masih terdiam, di mataku, terbayang-bayang wajah nenek, dan tanpa diundang, Fakhri. Cepat-cepat aku membuang ingatan itu.
“Taklah, macam aku cakap kat kau. Aku tidur kat surau dan bila dah siang, aku cari stesen bas. Itu je.” Yakin jawapanku.
“Ha, tengok. Kalau kau yang sebelum ni, kau tak nak explain details. Janji kerja siap. Tapi kau boleh explain panjang-panjang dengan aku. Terus-terang aku cakap, kau memang lain.”
“Ish, tak ada apa-apalah. Dahlah, aku nak balik rumah. Jumpa lagi lusa.” Tapi aku dah tak tenang. Apa yang dia cakap mengganggu fikiran aku.
Lain? Memang pun. Aku rasa ini kali pertama aku bercakap banyak dengan dia.
“Aku suka kau macam ni.” Komen dia yang terakhir buatkan aku hilang kata. Terus aku beredar dari situ, tinggalkan dia sorang-sorang.
Kalau lagi lama, entah apa lagilah dia nak cakap.
p/s: sbnrnya ini CerPan. hehehehe
me like!!!nak lg yek~~
ReplyDeletebest nyer....ble ek smbungnnyer?
ReplyDeletex sbar2 nk tao kesudahan..
hihihi...
ReplyDeletenk lg..
wat novel pun ok ni..
panjang gler!nice story.
ReplyDeletefollow me k.thx!
wow, best.
ReplyDeletex sbr nk tau ending nya.
best.. x sabar nk tw smbgn nyerr hehee
ReplyDeletei like it tooo
ReplyDeletebest3x.
ReplyDeletei've read through penulisan2u.my...
ReplyDeletemmg da best bce kat sane..n i guess u noe oredy bout the repeated things...
btw..best ler cter nie...even pnjang mne pon but still intrested read it.hehe...nak bce next chapter plak..hahaha
next.....hehehhe
ReplyDeletecerpen ini ada sambungan ke??I'm curious what will happen next,huhu
ReplyDelete