About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, December 16, 2009

Anaknya, Anakku Jua 45

Nisa' terpaku sebaik kakinya melangkah masuk ke butik pengantin itu. Busana itu begitu indah dan cantik, membuatkan Nisa' terasa asing pula. Seumur hidupnya, tidak pernah dia menjejakkan kaki ke dalam butik semewah dan semahal ini.

Nisa' telan liur.

Dia menoleh ke sisinya, Irfan tersenyum nipis.

“be my guest.” Dengan gaya tangan, Irfan mempersilakan Nisa' maju ke hadapan apabila dia melihat wajah ragu-ragu Nisa'.

Nisa' mengetap bibir.

“Irfan, kedai lainlah, ni macam mahal je…” Nisa' berbicara seolah berbisik, perlahan, bimbang terdengar dek pekerja butik itu.

Belum sempat Irfan membalas, seorang pekerja butik menghampiri dan menyapa mereka mesra.

“ya, puan, encik, nak tengok baju? Di sini kami ada banyak rekaan terkini, puan boleh tengok sendiri atau puan nak tengok catalog dulu?” ujar pekerja itu bersama senyum mesra.

Nisa' senyum tawar.

“err, kejap ye dik.” Pinta Nisa'. Ditarik lengan Irfan menjauhi pekerja itu.

“Irfan, betul ke awak nak cari baju di sini?” Nisa' bertanya lagi.

Irfan angguk.

“ya. Kan saya dah cakap, saya akan kotakan. Awak pilih mana-mana baju yang awak berkenan. Ok?”

Ditenung Irfan yang tenang.

“tapi…tempat ni macam mahal la… Saya rasa kita pergi butik biasa je. Yang kita mampu, boleh?” Nisa' memujuk lagi.

Irfan geleng.

“I’m paying right? So, tak apa lah. I can afford this.” Tutur bicara itu yakin, seperti tadi.

Nisa' masih ragu. Lama dia diam. Dikerling seluruh butik itu.

“betul awak mampu? Saya tak nak susahkan awak…”

Irfan angguk pantas. Diletakkan tangannya di bahu Nisa' dan didorong Nisa' berjalan beriringan dengannya, menghampiri pekerja itu. Nafas Nisa' gabagai terhenti. Pantas ingatannya terbang ke peristiwa hampir seminggu lalu. Irfan, dan dia di muka pintu, Hana sebagai saksi.

Cepat-cepat Nisa' membuang ingatan itu.

“kami tengok catalog, boleh?” pinta Irfan.

Pekerja itu angguk dengan senang hati.

“puan dan encik ikut saya ya.” Pekerja itu memusingkan badannya. Nisa' dan Irfan menurut dari belakang.

Nisa' masih resah. Tidak patut Irfan berbelanja banyak begini Cuma kerananya. Membazir. Lagipun, perkahwinan ini olok-olok.

Bingung. Nisa' bingung dengan gelagat Irfan yang begitu bersungguh-sungguh. Namun kerana dia sudah bersetuju Irfan akan membelikannya baju pengantin, Nisa' tidak mampu menolak lagi. Dia bukan munafik. Janji tetap janji.

Tapi kenapa Irfan buat aku rasa bersalah??? Argh!

Mereka dibawa ke tengah butik itu, di mana terdapat satu set meja kecil kaca berukir dengan empat biji kerusi di sekelilingnya. Di atas meja itu terdapat beberapa catalog yang sudah tersusun rapi.

Pekerja itu berpaling bersama senyum lebar.

“encik dan puan boleh tengok catalog di sini. Jika encik perlukan bantuan ataupun nasihat kami, encik panggil saja saya atau pekerja yang lain.” Pekerja itu menerangkan prosedur dengan senyum manis yang masih tidak lekang dari bibirnya.

Irfan angguk.

“terima kasih.”

“sama-sama.” Pekerja itu beredar sebaik sahaja Irfan dan Nisa' duduk di kerusi yang tersedia. Tangan Irfan mencapai satu catalog, yang paling atas. Diselaknya helaian demi helaian. Nisa' kaku.

Melihatkan Nisa' diam di duduknya, Irfan mengangkat muka, menghadiahkan Nisa' pandangan pelik.

“awak, pilihlah. Awak punya baju, bukan saya.” Tegur Irfan, pelik melihat Nisa' begitu.

Nisa' senyum tawar. Geleng.

“awaklah pilihkan. Saya tak kisah, mana-mana je.” Rasa bersalah yang menebal membuatkan Nisa' tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Jika Irfan pilih yang mahal, nasiblah, duit dia. Asalkan bukan aku yang pilih.

Wajah Irfan berubah hampa. Catalog di tangan ditutup dan diletakkan kembali di atas meja. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Nisa', direnung Nisa' dalam.

“cik Nisa', kalau saya yang pilihkan, itu bukan baju awak namanya. Baju saya. Samada awak pilih baju di sini atau saya tak belikan langsung baju untuk awak. Awak pilih.” Seakan berbisik, kata dua diberi Irfan.

Bunyi macam merajuk je.

“Irfan, saya…”

“saya bagi awak masa 3 saat je untuk buat pilihan. Satu…”

Nisa' mengeluh kasar. Geram.

Irfan buat tak peduli.

“dua…”

Nisa' angkat tangan.

“ok, ok, saya pilih.”

Irfan senyum senang.

“pilihlah 2-3 yang awak berkenan, nanti kita akan pilih yang paling best.” Irfan membelek kembali catalog tadi.

Nisa' mengetap bibir.

Dicapai satu catalog dan dibeleknya.

Cantiknya…semua cantik..kalaulah perkahwinan ni betul-betul, aku pasti lebih teruja.

Tanpa sedar, Nisa' mengeluh perlahan.

Mendengarkan keluhan itu, Irfan mengerling Nisa'.

“aik, pilih baju pun penat ke?”

Nisa' geleng.

“tak lah, tak tau nak pilih yang mana, semua cantik.” Dalih Nisa'.

Irfan senyum nipis. Dia tahu Nisa' tertekan.

“awak suka warna apa?” sengaja mahu menceriakan suasana.

Nisa' angkat muka.

“purple, biru laut, hijau lembut.”

Irfan angguk.

“yang ni, suka?” Irfan mengunjukkan katalognya, menunjukkan songket hijau muda pucuk pisang.

Terlupa dengan niat di hatinya, Nisa' mengambil catalog itu dari tangan Irfan.

“wow! Cantiknya!” terpaku sebentar dia.

“nak yang ni?” soal Irfan.

Nisa' tidak terkata apa-apa, masih mengagumi keindahan baju itu. Sungguh dia jatuh cinta dengan baju itu.

“berapa ni?” pandangannya jatuh ke bawah, di mana harga setiap baju ditulis.

Nafas Nisa' bagai terhenti.

Ditolak catalog itu kembali pada Irfan.

“tak nak lah, tak cantik.” Dibelek kembali catalog yang dipegangnya tadi.

Irfan kerut dahi.

“tadi kata cantik?”

Nisa' geleng.

“tak lah, bila tengok balik, tak cantik. Tak nak.” Dalih Nisa'.

Irfan membelek muka surat itu kembali, harganya diteliti. Irfan senyum sendiri.

“ok, suka hati awak. Saya belikan yang ni.”

Nisa' angkat muka.

“eh, awak, saya kata tak nak kan?”

Irfan buat muka selamba.

“tak apa, kalau tak awak tak nak, saya bagi Mala.”

Nisa' gigit bibir. Ish, saja je dia ni.

“suka hati awak la.” Akhirnya hanya itu yang terkeluar dari mulut Nisa'. Memang dia nakkan baju itu tapi untuk sekali pakai seumur hidup, wang sebanyak harga baju itu tidak berbaloi. Amat tidak berbaloi.

Nisa' menolak kerusi, bingkas. Irfan mendongak, pelik.

“awak nak pergi mana?”

“dah awak nak beli yang tu, kita tak payah lah tengok yang lain. Balik je.”

“satu je?”

Nisa' angguk.

“takkan nak banyak-banyak? Membazirlah Irfan. Harga baju tu pun boleh buat sewa berpuluh baju tau.”

Irfan jungkit bahu. Bingkas.

“ok, suka hati awak.”

Irfan memanjangkan lehernya, mencari-cari pekerja butik.

“dik..” panggilnya.

Pekerja tadi menghampiri.

“ya encik, dah buat pilihan?” soalnya mesra.

Irfan angguk.

“yang ni ada?” ditunjukkan rekaan yang dikehendaki.

Pekerja itu melihat catalog itu seraya mengangguk.

“ada encik. Puan nak try dulu?” pekerja itu bertanya pada Nisa' yang sedang ralit.

Jauh fikirannya melayang.

“hah? Kena try ke?” soalan Nisa' itu mengundang senyum pekerja itu.

“ya puan. Mana tau, tak muat ke nanti. Sebab baju di sini satu saiz saja setiap rekaan.” Pekerja itu menerangkan.

Nisa' pandang Irfan. Irfan angguk.

“go on, try it first.” Galak Irfan.

Nisa' angguk lemah.

“ok..” tas tangannya di letakkan di atas meja.

“ikut saya ya puan…”

Nisa' menurut langkah pekerja itu ke fitting room.

Irfan bersiul kecil. Sudah 10 minit Nisa' di dalam. Belum keluar-keluar. Pekerja tadi bersamanya.

“encik, encik nak tengok dia?” suara pekerja itu membuatkan lamunan Irfan mati.

Tanpa sedar, dia mengangguk.

Pekerja itu menghilang kembali, dan dia keluar dari balik tabir berat itu bersama seseorang.

Irfan terpaku.

Nisa' tertunduk.

“ok ke encik?” soal pekerja itu.

Irfan angguk, bagai terpukau.

Nisa' panggung muka.

“boleh saya tanggalkan sekarang?” pinta Nisa' pada pekerja itu.

Irfan angkat tangannya, menghalang.

“nanti. Biar dulu. Awak buat bil ya. Kami beli baju ni.” Arahnya pada pekerja itu.

Pekerja itu mengangguk, dan sekali lagi dia menghilang di balik gantungan baju. Irfan menghampiri Nisa'.

Nisa' resah. Dengan tudung yang tidak terpasang sempurna lantaran ditanggalkan tadi, dia membetulkan ikatan tudungnya.

“Nisa', buka tudung awak..” Irfan bersuara meminta.

Nisa' kaku.

“tak payah kot…”

Tudung Nisa' sudah tertanggal. Irfan sendiri buat.

Atas bawah ditenung Nisa' membuatkan Nisa' kaget. Malu ditenung begitu.

“Irfan, bak balik tudung tu, nanti ada orang laki macam mana?” pinta Nisa'.

Buang tebiat ke Irfan ni?

Mata Irfan tidak berkelip.

“Nisa', awak cantik sangat…” ayat itu meluncur laju dari bibir Irfan, membuatkan Nisa' tertunduk malu.

“ok, thanks. Sekarang boleh bagi balik tudung saya? Saya nak tukar baju balik.” Pinta Nisa', separuh merayu.

Bimbang dengan kelakuan pelik Irfan.

“kalaulah ni bukan baju pengantin, awak balik rumah macam ni pun tak pe.” Itu pulak yang difikirkannya.

Nisa' jegil mata.

“ish, merapu lah. Dah, dah, saya rimas ni. Please, my tudung?” rayu Nisa' lagi.

Irfan mengalah jua.

“encik, bil dah siap.” Pekerja tadi menjengah.

Nisa' pantas bersuara.

“err, dik, tolong saya tanggalkan baju ni?”

Pekerja itu mengangguk senang.

“encik boleh ke kaunter di sana ya.” Sempat pekerja itu memberi panduan pada Irfan.

Irfan angguk, beredar ke arah yang ditunjukkan.

Nisa' hela nafas lega.

Irfan pelik. Itu sahaja yang mampu difikirkannya. Sejak mereka bernikah, Irfan pelik, dan tak dinafikan, hati dan perasaan Nisa' dipagut rasa bimbang dengan perubahan Irfan.

Dia kasihankan Sara. Irfan tak sepatutnya bertindak sedemikian. Bagaimana dengan Sara kelak? Bagaimana dengan janjinya pada Sara?

Resah Nisa' memikirkan semua itu.

Cerita dengan Mala? Nisa' sudah malas mahu bersuara tentang itu. Diceritakan tindakan Irfan tempoh hari, Mala beri respon gembira. Suka sangat dengan tindakan Irfan. Nisa' protes. Mana boleh. Irfan kena setia dengan Sara!

Mala kata tak payah kisah. Sekarang Irfan dan Nisa' sudah sah sebagai suami isteri. Apa risau? Kalau terjadi ‘hal’ itu pun tak ada dosanya.

Sakit tangan Nisa' mencubit Mala lantaran respon melampaunya itu.

Nisa' memasang tekad. Mereka perlu cepat bercerai selepas kenduri. Nisa' tak sanggup lagi memikirkan semua ini. Penat jiwa raga, sakit fikiran.

16 comments:

  1. ngaaaaa..ngengada la nisa'..
    irfan,,tayah cerai..
    haha..

    ReplyDelete
  2. hoho..
    abisla..
    irfan da angau ngan nisa..

    ReplyDelete
  3. janganlah bercerai.. hoho... cpt smbg yea cs :)

    ReplyDelete
  4. serius..cita nie mg cool..best2..irfan dh thp lentok dh 2 dgn nisa..hahaha

    ReplyDelete
  5. bestttttttt...cepat laa sambung..x sabarnyer..dah tersengih2 baca sorg2 nie..hihih

    ReplyDelete
  6. ala...kalau part kat bilik persalinan butik pengantin tu diperhalusi lagi mesti lagi best.

    apa2 pun daku nak fokus kat irfan ja pasni. kena bijak sket menangangi bini dia nih. susah2 sgt pastikan 'hal' itu terjadi pada kadar segera!! senang sikit nak kawal nisa'

    sapa setuju????

    ReplyDelete
  7. hahaha komen yunix77 klaka lar..
    tapi btul gak per yg yunixx77 ckap..
    nnt sng skt nk 'rantai' nisa'
    x sabar nyer nk tau per jd...

    ReplyDelete
  8. xpayah cerai.......xpayah........hehehe..
    sambung99

    ReplyDelete
  9. ala risau la. irfan, cepatlah ngaku yg awak betul2 in love dgn nisa. jgn biarkan nisa camtu. please.......................

    ReplyDelete
  10. irfan patut kena bg tau sape sara sbnr...bru nisa boley fall in love ngan dia...hehe

    ReplyDelete
  11. yunix77... sy sokong awak he, he, he...

    ReplyDelete
  12. anisa pun sokong yunix..hihihi..

    ReplyDelete
  13. terima kasih kepada penyokong-penyokongku
    hihihi

    tak sabar tunggu new n3

    ReplyDelete
  14. ble nk publish novel ni?
    terseksa tggu n3

    ReplyDelete
  15. hahhah..sy sgt tidak sokong dgn yunixx
    biarlah cinta tu dtg dri hati nisa sendiri..
    yeah....
    moga nisa dpt hidayah dgn cepat..
    ameeennn

    ReplyDelete