About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, December 22, 2009

Ini Bubur Cinta: Bowl 6



Paan termenung di tangga rumah Nek Zizah. Dia merenung jalan luan di depan, kosong. Banyak yang bermain di fikirannya bagi seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.
Sekejap-sekejap kedengaran tawa Isabelle yang sedang bermain dengan Kitty di bawah rumah. Suka betul dia dengan Kitty. Sejak Kitty diberi padanya, Isabelle tak murung lagi. Paan juga gembira.
Tapi kini kegembiraan itu kian pudar. Dia akan berpindah. Tak mungkin suaranya akan didengari oleh kedua ibu bapanya. Bapanya terlalu sibuk. Ibunya terlalu kisahkan jahitan bajunya. Dia anak tunggal, dan kebosanan kian bertambah. Bosan dengan hidupnya di rumah. Kerana itulah dia mencari kawan. Kerana itulah dia suka berkawan.
Kalau dah pindah, mesti susah nak cari kawan. Paan mengeluh panjang.
“Paan, apa mengeluh ni?” tegur Nek Zizah yang baru muncul dari arah dapur bersama sepiring kuih keria dan secawan teh.
Paan mengerling neneknya sekilas.
Dia menongkat dagu. Keluhan kecil dilepaskan.
“sedihlah nenek…”
Nek Zizah kerut dahi.
“kenapa? Mak kamu marah kamu datang sini jumpa Isabelle?” itu saja yang di fikiran Nek Zizah. Bimbang betul dia.
Hakikatnya, dia bimbangkan hal lain juga. Datin Rahmah dan Dato' Dini sudah lama menyepi. Tiada khabar.
Lupakah mereka pada Isabelle? Namun dia memanjat syukur. Isabelle sudah tidak bermurung lagi sejak adanya Kitty. Namun sebagai seorang sahabat, risaunya tetap ada.
Ke mana mereka? Ke luar negarakah?
“tak lah nek…” lemah suara Paan.
“habis, kenapa ni? Nenek tak suka lah tengok Paan sedih-sedih. Cuba cerita dengan nenek…” pujuk Nek Zizah.
Disuakan piring kuih ke arah Paan.
“nah, makan dulu, bagi hilang sedih tu..”
Paan membetulkan duduknya, menghadap Nek Zizah. Dicapai sekeping kuih itu, dan digigitnya. Namun jelas dia tidak berselera.
Nek Zizah menggeleng sendiri.
“Isabelle…”
“yes Nek Zizah..” suara kecil itu menyahut.
Sebulan dengan Nek Zizah, Isabelle sudah mula menyebut perkataan dalam bahasa melayu. Bimbang juga Nek Zizah. Lantaran tiada orang lain yang boleh berbahasa inggeris dengannya, kemungkinan besar Isabelle akan melupakan bahasa itu tak lama lagi.
Nek Zizah tak mahu begitu. Apa-apa pun, biarlah semuanya sama rata, seimbang.
“mari makan kuih sayang…”
Isabelle berlari ke tangga tanpa berlengah. Dipanjat anak tangga satu persatu. Kitty turut lincah memanjat tangga di belakangnya.
Isabelle duduk di sebelah Paan. Dia menghulurkan tangan, mahu mencapai sepotong kuih apabila Nek Zizah menepuk tangannya lembut.
“ouch!” diusap tangannya itu.
Mata Nek Zizah mencerlung melihat Isabelle.
“basuh tangan dulu. Kan nenek selalu pesan dengan Isabelle? Pergi dapur, basuh tangan.” Arah Nek Zizah.
Isabelle bingkas kembali dengan muncung panjang. Diatur langkah ke dapur.
Paan Cuma memerhati, tidak berminat masuk campur. Kepalanya serabut.
Nek Zizah menggeleng kepalanya perlahan.
Perhatiannya kepada Paan kembali apabila keluhan Paan kedengaran lagi.
“Paan, tak baik mengeluh depan rezeki..” tegur Nek Zizah.
Paan angguk.
“maaf nek…”
“hmm..cuba Paan cakap dengan nenek, apa masalah Paan? Gaduh dengan Chan dan Aman ke?” teka Nek Zizah.
Paan geleng.
“taklah. Ni hal di rumah..”
Nek Zizah kerut dahi pelik.
“mak dan ayah gaduh ke?” risau juga Nek Zizah. Bimbang kerana Isabelle mereka bertengkar.
Paan geleng lagi.
“tak. Ayah cakap kami mungkin pindah dalam sebulan dua ni. Pindah ke Kuala Selangor.” Paan menunduk malas. Kuih keria di tangannya tergigit sedikit sangat.
Nek Zizah terdiam.
“nak..pindah?”
Paan angguk.
“haah. Ayah dapat tawaran pindah tempat kerja, dan jawatan tinggi sikit. Mak ikut je. Mesti mak suka, sebab jauh dari Isabelle.” Rungut Paan.
“ish, Paan, tak baik cakap mak macam tu… Bukan kehendak mak, ayah yang kena pindah.” Nek Zizah memujuk, menyedapkan hati Paan.
Dia juga sedang menyedapkan hatinya sendiri. Anaknya satu-satunya nak berpindah, tapi langsung Haliza tak kisah nak beritahu ibu bapanya yang masih hidup dan bernafas ni? Walhal rumah mereka dekat sangat.
Marah lagikah Haliza dengan mereka?
Nek Zizah melepaskan keluhan tanpa disedari.
Isabelle sudah kembali, dan dia sedang mengunyah kuih keria enak. Suka pula dia dengan kuih itu.
Kitty sibuk mengendeng di tepi Isabelle.
“Paan tak nak pindah nek, tapi mak dengan ayah takkan dengar cakap Paan punya. Paan suka duduk sini, ada kawan. Ada nenek. Kalau Paan pindah, mesti Paan jarang jumpa nenek, kan?”
Nek Zizah senyum kelat. Diusap kepala Paan mesra dan penuh kasih.
“Paan boleh balik jumpa nenek selalu. Nenek ada kat sini, nenek akan tunggu Paan. Entah-entah, Paan nanti yang akan lupakan nenek bila dah pergi sana. Yelah, duduk Bandar ni, orang kata best. Paan tak akan ingat kampong dah..” ada sayu di situ.
Paan mencebik.
“tak, Paan takkan lupakan nenek. Paan takkan lupakan Isabelle, Chan, Aman, semua orang di sini. Paan akan selalu balik, jumpa nenek.” Bersungguh-sungguh Paan berbicara.
Isabelle tak ambil kisah. Asyik dia mengunyah kuih itu dengan ditemani Kitty.
“Paan!” serentak mereka bertiga menoleh melihat Chan dan Aman sedang menghampiri tangga. Wajah masing-masing tak puas hati.
“apesal kau datang sini terus? Kan kita janji tunggu tempat biasa dulu? Baru datang sini sama-sama?” soal Chan garang.
Dia melabuhkan punggung di anak tangga paling bawah. Melepaskan lelah.
“entah. Penat kitorang tunggu tau!” Aman menambah lagi. Bercekak pinggang.
Paan sengih.
“sorry la. Aku ada berita buruk la.”
“apa dia?” serentak mereka bertanya.
Wajah Paan kembali murung.
“aku akan pindah dari kampong ni. Ke Kuala Selangor.” Ujar Paan lemah.
Wajah garang Chan dan Aman bertukar hampa.
“ye ke? Sampai hati kau nak tinggalkan kami Paan…” Chan mula beremosi.
Aman angguk.
“betul. Nanti mesti kau lupakan kami..”
Paan turut sayu.
“aku nak buat macam mana, mak ayah aku nak pindah. Aku ikut je lah. Takkan aku tinggal sini sorang-sorang kot? Lagipun, korang pun tau, mak aku tak suka aku kawan dengan Isabelle. Dia takkan biar aku sorang kat sini punya…”
Chan tunduk.
“hmm, apa boleh buat? Nasib kami tinggal berdua. Kau jangan lupakan kami Paan. Kalau tak, aku cepuk kau nanti.” Chan beri amaran disebalik sayunya.
Paan angguk.
“aku takkan lupa korang punya..”
“hmm, dah kau nak tinggalkan kami, apa kata selagi kau tak pergi, kita buat puas-puas semua benda yang kita selalu buat? Mancing di parit, panjat pokok rambutan, main sorok-sorok, nak?” cadang Aman tiba-tiba.
Berseri wajah Chan mendengar cadangan itu.
“betul-betul! Kita patut buat semua benda sebelum Paan pergi.” Sokong Chan.
Paan sengih.
“wah! Bestnya! Tak sabar la pulak!” Paan sorak ceria.
“kau suka nak pindah ke?” Chan bertanya pelik.
“eh, taklah! Tak sabar nak main semua tu la…”
Chan angguk faham.
“oo, ok, ok..”
Nek Zizah tersenyum sahaja melihat telatah mereka. Sungguh dia gembira denga persahabatan itu.
“why are you so happy?” tiba-tiba suara itu menyampuk.
Hampir terlupa mereka dengan kehadiran Isabelle.
“Isabelle, he will go….err…away…” Selamba Chan berbahasa inggeris. Hantam saja.
Paan garu kepala.
Isabelle pandang Paan.
“where are you going?” mata bulatnya di wajah Paan.
Paan sengih. Dikerling Chan dari ekor matanya.
“Chan, apa aku nak jawab ni?” bisiknya perlahan.
“alah, dia kan faham bm. Kau cakap je lah.” Dalih Paan. Malas mahu mengajar.
Paan sengih kerang busuk.
“jauh Isabelle. Saya nak pergi jauh.”
Nek Zizah merenung Isabelle sayu. Kesian Isabelle. Baru hendak berseronok. Ke mana pulak Rahmah dan Dini menghilang?
“you are happy he is going?” soal Isabelle pada Chan, pelik.
Chan geleng laju.
“no. we want to do…err…many things..with him, before…he go.” Susah payah Chan memikir ayatnya.
Wajah Isabelle berubah suram.
“I like you. Why must you go? Am I a bad girl?” suara itu lirih.
Paan ternganga. Dipandang Chan.
“Chan, apa dia cakap?”
Chan terkebil-kebil.
“err..”
Nek Zizah menarik Isabelle mendekat. Dipeluk bahu si kecil itu.
“dia sedih kot Paan nak pergi.”
Paan terdiam.
“janganlah nangis. Saya kan kawan awak, sampai bila-bila.” Paan memujuk.
Namun wajah Isabelle tetap mendung. Dia teringatkan sesuatu. Semua orang yang disukainya akan pergi darinya. Semua. Ibu bapanya, atuk dan neneknya, dan sekarang Paan.
Kenapa? Hati kecilnya sudah menangis. Air matanya saja yang masih terbendung.
Paan kaget. Chan turut merasa sedih. Kesian Isabelle. Aman juga sayu. Nek Zizah bertambah pilu. Dipeluk Isabelle erat. Dan sekejap sahaja, esakan kecil mula kedengaran.
p/s: maaf atas kelewatan n3 IBC... smlm internet buat hal n kesibukan dgn program... =(

3 comments: