About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, March 28, 2010

Anaknya, Anakku Jua 55

Nisa' membuka matanya apabila sayup-sayup azan menerpa ke cuping telinganya. Ada bunyi lain yang begitu hampir dengan telinganya. Dengkuran halus yang begitu asing. Nisa' mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum menoleh ke sisinya. Wajah Irfan sedang lena betul-betul di sebelahnya, dan jarak antara mereka Cuma sejengkal.

Nisa' merenung wajah itu dalam samar lampu. Tidak pernah dia termimpi lelaki ini akan berada di sebelahnya apabila dia bangun pagi. Tidak pernah dia menyangka lelaki yang amat dihormatinya ini kini miliknya, bukan orang lain, bukan Sara, bukan juga Shila.

Nisa' tersenyum sendiri mengenangkan kebodohannya sebaik melihat gambar Zila di bilik tidur Irfan. Dalam masa yang sama, rasa bersalah masih menguasai dirinya mengenangkan dia memikirkan perkara yang yang tidak patut tentang arwah Zila.

Dia membetulkan selimutnya, mahu bangun dan membersihkan diri. Namun, baru saja dia bergerak ke tepi sedikit…

“ouch!” dia sudah terlentang di atas lantai. Nisa' meraba punggungnya yang terasa sengal.

Aku tidur tepi sangat ke?

Dengan susah payah Nisa' duduk, kemudiannya berdiri. Dikuatkan sedikit cahaya lampu tidur di sebelah katilnya.

“patutlah…dia tidur sebelah aku saja. Sebelah sana kosong!” Nisa' membebel sendiri, namun suaranya masih perlahan.

Dia tidak mahu mengejutkan Irfan. Dia perlukan masa yang lama di dalam bilik air.

Dicapai tuala di penyidai dan juga bathrobe. Pagi pertama sebagai seorang isteri.

********

Usai mandi, Irfan masih tidak berkutik. Nisa' menghampiri katil.

Macam mana nak kejut ni? Tiba-tiba, kenangan malam pertama mereka di kampong menjengah di mindanya. Rasa lucu bila mengingatkan soalan-soalan ummi dan cara mereka menjawab. Lepas ni, semuanya tak perlu dilakonkan lagi.

Tanpa disedarinya, dia menghela nafas lega. Matanya masih melekat pada sekujur tubuh yang lena di depannya.

“Irfan, bangunlah, dah subuh ni…”

Tiada kesan.

Nisa' menggaru dahi.

“Irfan…” suaranya dikuatkan sedikit.

Masih tiada perubahan.

Nak sentuh dia, dah ada wudhu. tak naklah masuk bilik air lagi nanti.

Nisa' menarik selimut, dan dibentangkan di atas kaki Irfan. Sebagai lapik.

Dia kemudiannya memegang kaki Irfan yang berlapik itu dan digoncangnya.

“Irfan, bangunlah. Dah subuh ni…”

Irfan bergerak sedikit, namun kemudiannya dia berdengkur lagi.

Nisa' bercekak pinggang.

“alah, kenapa susah sangat dia nak bangun ni?” bebelnya sendiri.

Dia berlegar di situ, memikirkan cara untuk mengejutkan Irfan.

Ditolak-tolak lagi kaki Irfan.

“Irfan, bangunlah…” suaranya agak keras sedikit, namun masih tiada kesan.

Nak buat apa ni? Kalau Zila di tempat aku, apa yang dia buat? How do I know?

“Irfan! Bangun!” jeritnya pula.

Cara lembut tak lut, cara keras pulak.

Masih Irfan di situ tidak beralih langsung.

“argh!” Nisa' berjalan pantas ke bilik air.

Dia tahu apa yang boleh dilakukannya. Dia kembali semula dengan segayung air.

Dicelupkan lima jarinya ke dalam air dan direnjiskan ke muka Irfan.

Sekali, dua kali, kali ketiga baru Irfan buka mata.

Nisa' menghela nafas lega.

“ya Allah, susahnya nak bangunkan awak!”

Irfan yang masih terkebil-kebil memandang Nisa', yang berbalut kepala dengan tuala, dengan pandangan keliru.

“kenapa…awak dalam bilik saya?” soal Irfan.

Nisa' ternganga.

“bilik awak? ini bilik saya, awak tu yang tidur di bilik saya.” Tukas Nisa' tidak percaya.

Dia lupa ke? Ke dia ada short-term memory? Nisa' pantas ke almari pakaiannya. Hakikatnya dia malu sendiri apabila Irfan seakan lupa dengan apa yang berlaku semalam. Geram bercampur malu dan bingung. Dia saja ke buat perangai macam tu?

Irfan masih di atas katil, namun kakinya sudah dilunjurkan ke tepi katil. Dia meraup wajahnya yang masih mamai.

“sorry… saya terlupalah…” Irfan sudah bingkas, dan dia melangkah keluar dari bilik Nisa' begitu sahaja.

Nisa' berpusing ke belakang dan mendapati dia sudah berseorangan dalam bilik itu.

Dia keluar macam tu je? Macam tu saja? Nisa' menggigit bibir. Rasa tidak enak mula berbisik di hatinya. Entah-entah, dia gunakan aku je? Ambik kesempatan sebab aku isteri dia? Takkanlah..tapi, dia keluar macam tu je?

********

Nisa' sudah bersiap untuk ke pejabat namun dia masih belum mahu keluar dari bilik. Dia duduk di birai katil, menunggu apa pun dia tak pasti. Sejak tadi, Irfan belum datang lagi menjenguknya. Benarkah Irfan mengambil kesempatan ke atasnya saja? Dan kemudian dia berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sampainya hati dia… Nisa' memejamkan matanya lama-lama. Cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan Irfan selepas ini.

Dia bingkas dengan tekad baru. Aku takkan biarkan perasaan menguasai diri! Walau apa pun yang dah terjadi dan bakal terjadi, kami akan bercerai! Aku takkan hidup dengan impian yang tak pasti!

Dicapai tas tangan dan beg bimbitnya. Dia mengatur langkah ke pintu. Belum sempat dia meletakkan tangan di tombol, pintu itu sudah terkuak.

Wajah Irfan tersembul.

Nisa' pantas memalingkan mukanya.

“awak nak apa?” soalnya tegas.

Irfan melangkah perlahan. Begitu hampir dengan Nisa' membuatkan dia semakin tidak keruan.

“jom breakfast?”

Nisa' geleng.

“saya tak nak makan..”

“kenapa?”

“tak ada selera..”

Irfan diam. Dia kemudiannya mengambil beg bimbit Nisa' dari tangannya dan tangan Nisa' diraihnya. Ditarik Nisa' perlahan, dan Nisa' menurut dengan wajah yang mencuka. Entah kenapa, dia tidak boleh menolak lelaki itu.

Mereka turun ke bawah dan Nisa' mendapati meja semalam masih di tempatnya, bezanya Cuma di atas meja itu tidak lagi kosong. Ada makanan dan minuman tersedia.

Irfan mendudukkan Nisa' di kerusi yang tersedia dan diambilnya tas tangan Nisa' yang tergalas di bahu, diletakkan di atas sofa berdekatan.

Nisa' menyandarkan badannya.

“apa ni?” soalnya tidak puas hati. Irfan sudah mengambil tempat bertentangan dengannya.

Pinggan di depannya direnung kosong. Spaghetti bolognaise. Mana datang pulak ni?

Irfan tersenyum lebar.

“dinner semalam. Saya tunggu awak tapi awak tak balik-balik. Tak apa kan kita makan pagi ni? Saya dah panaskan dah. Jom, makan?”

Nisa' memeluk tubuh.

“saya dah kata saya tak nak makan. Saya pergi dulu…”

Nisa' mahu bangun apabila Irfan menahannya.

“saya ada penyakit..”

Suara Irfan mematikan niat Nisa' untuk bangun. Penyakit?

Pandangannya dipusatkan pada Irfan kembali, yang merenungnya tidak berkelip. Matanya redup, Nisa' tau Irfan tidak berbohong.

“sakit apa?” suara Nisa' perlahan.

Tuhan, jangan ulangi sejarah dulu. Aku sudah serik berhadapan dengan kehilangan.

Irfan menunduk.

“saya pun tak pasti…”

Nisa' mengetap bibir, terasa berpasir tekaknya.

“teruk ke?”

Irfan geleng.

“tak teruk, tapi cukup teruk untuk membuatkan awak merajuk dengan saya.”

Nisa' kerut dahi.

“awak mainkan saya ke?” Nisa' bangun pantas.

Dia mahu menuju ke sofa untuk mengambil begnya apabila Irfan pantas menghalang.

“sorry, pasal pagi tadi..” mata mereka bertentangan, namun pantas Nisa' melarikan matanya.

“saya tak faham. Apa awak cakap ni?”

Irfan meraih kedua tangan Nisa', dan digenggamnya.

“itu memang penyakit saya Nisa'.. saya.. bila bangun tidur.. lepas..erm..’benda’ tu..mamai saya akan menjadi-jadi. Saya takkan ingat apa-apa…. Bila saya dah betul-betul sedar, baru saya akan sedar dan ingat semula. Subuh tadi, awak terasa hati dengan saya, kan?”

Nisa' terdiam. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Lama kemudian, baru Nisa' mengangguk perlahan.

“apa yang saya cakap pada awak?” soal Irfan lembut.

Nisa' menunduk. Entah kenapa, air matanya bergenang. Sebak yang sukar dibendung. Benarkah Irfan bukan seperti apa yang difikirkannya?

Irfan menariknya perlahan ke dalam pelukan.

“maafkan saya… saya memang tak sedar apa-apa. Apa pun yang saya cakap, saya tak maksudkannya. Dan semalam, apa yang terjadi semalam, takkan saya lupakan sampai bila-bila..”

Tangisan Nisa' makin menjadi. Wajahnya yang sudah kemas dengan mekap tadi nampaknya perlu dikemaskan semula.

Irfan merenggangkan pelukan mereka perlahan, dan dikesat air mata di pipi Nisa' lembut.

“Nisa', look at me..”

Nisa' mengangkat mukanya perlahan, sendunya masih kedengaran.

“saya sayangkan awak, dan saya betul-betul cintakan awak, dan sejak sebelum kita kahwin lagi, saya dah berniat, saya takkan ceraikan awak, melainkan dengan kemahuan awak sendiri. Sekarang, boleh saya tahu, sudi tak awak, Nisa' Haji Bustaman, untuk sehidup semati dengan saya, Irfan Khalid, suami awak, selama-lamanya?”

Nisa' merenung Irfan lama, tidak berkedip, sebelum dia mengangguk perlahan, dan air matanya merembes lagi, gembira.

Irfan tersenyum gembira, mereka berpelukan lagi, lama, seolah-olah tidak mahu berenggang lagi.

Terima kasih Allah, di atas perkahwinan ini…

22 comments:

  1. waaaaa..suke2...
    nie bukan penamat kann??hihi..
    rindu sudah sma dorang nieh.

    ReplyDelete
  2. lme tgu n3 cite nie,,,
    x abis lg kan cite nie,,???

    ReplyDelete
  3. jgn abis ag...
    best nye...

    ReplyDelete
  4. best.. dah habis ke cite nie???

    ReplyDelete
  5. hehe best bangat!!! plz..............
    jgn la hbs kn cte ni lg....:(

    ReplyDelete
  6. huhuhu..
    hepi 2gether

    ReplyDelete
  7. dah abis ke? irfan x bawak nisa' gi honeymoon?

    overr pulok sy ni. he he he...

    ReplyDelete
  8. dah abis ke?
    blm lg kan?
    best2..

    ReplyDelete
  9. Aduhaiii Najah..sesak napeh tunggu episod kali ni..tpi x per dah baca dah...anyway thankssss...i loved it...im followww..hihi

    ReplyDelete
  10. terharunya baca entri kali ni.
    at last, nisa ngaku perasaan dia pada irfan.
    hana jgn lupa tau!

    ReplyDelete
  11. besnye... akhirnya diorg bersm gak..
    d smbgn lgi ke pas nie???

    ReplyDelete
  12. best3x..dah T.A.M.A.T. ker???..sambung la 1 episode lagi ker...

    ReplyDelete
  13. sweetnyerr ;)..terbaekklah ..

    ReplyDelete
  14. best nyer....sambung la lagi....

    ReplyDelete
  15. best nyerrrr..
    gud job...
    truskan lagi bekarya...

    ReplyDelete
  16. Aaaaaargh. Cerita ni da perfect endingg. Anarif. Awk buat saya tak sabar nk marathon buku tuu. Good job!!

    ReplyDelete
  17. best n3 ne. .sweet sangat.laaahhhh . . .tak hbis lg rupnya.bila nak smbung lg???hrap2 mreka tak de mslah lah.tk sngup nak bace. .kekekeke

    ReplyDelete
  18. sy sedang mencari novel ni...dh merata2 msk kedai buku...xjumpa pun novel nih...

    ReplyDelete