About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, March 20, 2010

Ini Bubur Cinta: Bowl 13




Isabelle mengemaskan simpulan hujung tudungnya yang terjurai ke depan, tidak bersilang ke bahu, tidak juga diikat ke belakang. Nenek tak benarkan, kerana kata nenek, kalau pakai tudung tunjuk dada juga, baik tak payah pakai tudung. Itu ajaran agama. Isabelle mengerti, dan dia bertudung bukan kerana nenek, atau sesiapa, tetapi kerana dia memahami tuntutan itu.
Dia menyorong motor tua milik arwah Tuk Khalid yang masih tersimpan elok di bawah rumah. Dia mahu ke kedai untuk membeli sedikit barang dapur.
Kedai Ah Tong. Bapa Chan. Kedai itu memang pilihan utama mereka di kampong, kerana Ah Tong baik hati dan tidak cekik darah, walaupun dia bukan orang Islam. Ada sebuah kedai lain milik Mamak Kareem, tapi dia kedekut. Barangannya begitu mahal. Tak ramai yang sanggup ke kedainya. Jika boleh berjimat, mengapa perlu membazir?
Begitu aneh dunia ini. Yang sepatutnya membantu sesama sendiri tidak mahu membantu, dan yang tidak akan mendapat apa-apa atas kebaikannya di akhirat kelak pula yang kerap membuat kebaikan tanpa mengira balasan.
Enjin motor dihidupkan.
Nek Zizah menjenguk ke luar sebaik saja motor tua itu pergi meninggalkan pekarangan rumah.
Nek Zizah mengatur langkah ke arah telefon di atas meja kecil. Dia mula mendail.
“helo, assalamualaikum Rashid? Ya, saya bercakap. Rashid ada dapat apa-apa berita ke pasal anak saya? Belum lagi?” keluhan berat dilepaskan.
“tak apa, saya Cuma nak tau perkembangannya saja. Maaflah kalau saya menganggu Rashid. Baiklah, terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum…”
Gagang diletakkan semula. Nek Zizah menghela nafas dalam.
Baru semalam Rashid diminta mencari Haliza, mustahil boleh bertemu sekejap itu.
Nek Zizah semakin tidak keruan. Haliza perlu ditemui secepat mungkin kerana nasib Isabelle perlu dibela jika dia tiada kelak. Masalahnya, tak siapa tahu bilakah masanya akan tiba. Kerana itu dia bimbang, bimbang untuk berlengah lagi.
Isabelle perlukan sebuah keluarga.
Dan Haliza boleh membantu, walaupun tidak sebanyak mana.
Selama ini Isabelle terperuk di situ, tidak ke mana-mana. Bukan Nek Zizah tak pernah meminta Isabelle mengaktifkan diri dengan persatuan, puas dipujuk, Isabelle enggan kerana bimbang dia tiada masa kelak untuk sentiasa di rumah.
Mungkin hanya bila dia tiada Isabelle akan berpeluang melihat dunia. Nek Zizah masuk ke biliknya, dan dikuak pintu almari kayu. Berkeriut bunyinya apabila engsel lama itu berlaga.
Dikeluarkan sebuah peti besi bersaiz sederhana, dan dia duduk di hujung katil. Peti itu dibuka. Di dalamnya terdapat beberapa helai kertas lusuh. Surat-surat Dato' Dini sebelum pemergiannya, dan beberapa keping gambar. Dia merenung gambar-gambar itu satu persatu. Mereka bukanlah orang yang suka bergambar, kerana itu beberapa keping gambar yang ada pada mereka itu begitu berharga pada mereka.
Tahun ini, Isabelle akan berumur 18 tahun. Hari lahirnya Cuma beberapa bulan saja lagi. Bulan oktober. Dan kelak, harta Dato' Dini yang ditinggalkannya akan sah menjadi milik Isabelle, dan Isabelle akan menjadi jutawan. Itu yang dia tidak tahu. Sangka Isabelle, dia tidak punya apa-apa.
Itu juga satu perkara yang merunsingkan fikirannya. Apa akan jadi kelak apabila Isabelle menjadi pewaris sah harta Dato' Dini? Pasti dia menjadi sasaran orang lelaki mata duitan.
Memang duit membuatkan kita hidup senang. Tapi kerana duit jugalah manusia kehilangan kasih sayang.
**********
“uncle, selamat petang..” tegur Isabelle ramah sebaik dia memarkir motornya di depan kedai runcit itu.
Ah Tong tersenyum nipis melihat wajah itu. Tidak ada orang dalam kedai kala itu. Cuma Ah Tong saja kelihatannya.
“haiya, Isabelle, lama talak datang?”
Isabelle sengih.
“barang banyak lagi la uncle. Uncle dan aunty sihat?”
Ah Tong angguk. Dia yang sedang menyusun roti di raknya kembali menumpukan perhatian pada kerjanya.
“appa, wo yao qu…” satu suara datang dari dalam kedai, dan suara itu mati. Isabelle menoleh.
Lelaki itu turut terpaku di situ.
“Isabelle…”
“Chan..”
Ah Tong melihat mereka silih berganti bersama senyum lebar.
“ha, Chan baru balik semalam. Kamu bersembang dulu ha. Uncle masuk dalam dulu. Mau minum.” Ujar Ah Tong.
Isabelle menundukkan kepalanya sedikit.
Chan melangkah ke luar sedikit, untuk memudahkan perbualan mereka memandangkan Isabelle masih berdiri di luar.
Senyap. Sepi. Tiada sepatah kata.
“erm…awak..” Chan berkata. Serentak Isabelle turut bersuara.
“kau…” Isabelle terdiam.
Awak? apa dah jadi pada ‘kau’?
Chan tersengih malu. Giginya berbaris cantik, senyumannya menawan. Walaupun sudah berbelas tahun tidak bertemu, mereka masih dapat mengecam wajah satu sama lain.
“sorry, dah lama tak berjumpa, rasa pelik nak guna kau…” Chan tergelak kecil.
Isabelle terangguk-angguk.
“tak apa, mana-mana je…”
“so, awak- err..kau dari mana?”
Isabelle tersenyum.
“dari rumah neneklah. Takkan dari rumah Aman kot…”
Berubah wajah Chan mendengar nama Aman namun perubahan itu tidak disedari Isabelle.
“kidding…wah, dah lama tak jumpa, kau dah lain betul ek…tinggi, dulu pendek je…tapi satu je, kau makin gelap lah…” tegur Isabelle.
Chan tersengih lagi.
“kerja kat tempat terbuka, gelaplah aku…”
“dah kerja? Kau kerja apa?” teruja suara Isabelle.
“kerja biasa je… kau pulak? Buat apa sekarang?”
“macam ni lah, duduk rumah, jaga nenek.”
“aku dengar SPM kau elok. Kenapa tak sambung?” wajah Chan sedikit serius.
Isabelle geleng.
“siapa nak tengokkan nenek kalau aku pergi?”
Chan terdiam sebelum dia turut mengangguk.
“betul jugak tu..”
“kau balik sampai bila ni?” ceria suara Isabelle. Sekurang-kurangnya, ada temannya berbual kalau Chan ada.
Chan mengetap bibir.
“tak lama. Aku balik ni pun sebab ada hal penting.”
Isabelle mencebik.
“sampai hati balik kejap-kejap macam tu je. Kau tak rindu mak ayah kau ke?”
Chan menunduk seketika.
“sebenarnya aku selalu balik, tapi balik hari. Aku tak bermalam. Ini baru aku balik bermalam sejak sekian lama…” jelas Chan.
Isabelle angguk faham.
Walaupun mereka dekat, tapi masih terasa jauh. Hakikatnya, Isabelle masih berkecil hati dengan Chan kerana pergi tempoh hari tanpa memaklumkan padanya.
Namun jika Chan sengaja bertindak begitu, apa haknya mahu bertanya? Lagipun Chan seakan-akan berahsia dengannya, seperti sengaja dia menjauhkan diri.
Wajarkah dia bertanya? Mungkin dia perlu membiarkan saja kisah lama.
Chan tersenyum, tapi rupanya seperti tidak senang dengan pertemuan mereka.
Itu yang membuatkan Isabelle resah sendiri.
“erm, aku nak keluar ni. Ada hal. Kalau ada masa, kita jumpa lagi.” Akhirnya Chan bersuara, meminta diri.
Isabelle angguk.
“datanglah rumah…” pelawa Isabelle berbasa-basi.
“in- ok…if ada masa..peluk cium nenek untuk aku ya..” Chan sudah melangkah pergi, belum sempat Isabelle membalas.
Dia menghilang kembali ke dalam kedai, ke rumahnya barangkali. Isabelle menarik nafas dalam. Benarkah dia telah bersemuka dengan Chan setelah berbelas tahun dia menghilang? Dia selalu balik ke sini?
Kenapa Ah Tong tidak pernah memberitahu Isabelle mengenai kepulangan Chan setiap kali? Bukankah dia selalu bertanya?
Pelik. Mungkin benar Chan enggan meneruskan persahabatan mereka. Biarlah.
Bukannya mati pun.
********
Malam itu, usai makan malam, Nek Zizah memanggil Isabelle ke biliknya.
“nek, kenapa nenek panggil?” Isabelle membetulkan lipatan lengan bajunya yang disingsing untuk mencuci pinggan tadi.
Isabelle melabuhkan punggung di sisi Nek Zizah. Nek Zizah mengambil peti besi yang terletak elok di sisi bantalnya dan diletakkan di atas ribanya. Isabelle memerhati kotak itu penuh minat. Perihal Chan yang bermain di mindanya sedari tadi beransur hilang. Dia lebih hairan melihat peti itu.
“peti apa ni nek?”
Nek Zizah merenung peti itu lama sebelum dibukanya.
“Isabelle mesti nak tengok wajah ayah Isabelle kan?”
Isabelle terdiam. Ayah? Dia menelan liur seraya menunduk.
Selama ini, dia tidak pernah meluahkan pendapatnya mengenai ayahnya, ibunya, yang telah meninggalkannya. Hakikatnya, dia tidak pernah mahu kisah. Baginya, dia Cuma ada Tuk Khalid dan Nek Zizah. Merekalah ibu bapanya. Tiada yang lain.
Walaupun hakikat itu diketahuinya, akalnya tetap menidakkan. Dia tidak ingin tahu.
Sejak Nek Zizah memberitahu siapa dia yang sebenar, dia tidak pernah meluahkan apa yang ada dalam fikirannya kerana dia tidak mahu Nek Zizah terluka. Kerana dia menghormati Nek Zizah, menyayangi Nek Zizah, maka dia tidak pernah memberontak di depan Nek Zizah.
Dan kerap juga dia cuba melupakan masa silamnya. Kerana dia tiada sesiapa, Cuma Nek Zizah, dan itu hakikatnya, sampai bila-bila. Susah senangnya, Cuma dengan Nek Zizah.
Kenapa perlu dia kenal lelaki yang bernama ayah sekarang? Lelaki yang telah menidakkan haknya sebagai seorang anak. Ibunya? Dia benar-benar kecewa. Ibu bapa yang sebenar tak akan membuang anaknya sendiri. Takkan.
“nenek simpan je lah gambar tu..” tolaknya dengan baik.
Nek Zizah seakan terkejut dengan penolakan itu, memang tidak dijangkanya. Peti itu ditutup kembali.
Lengan Isabelle diraihnya lembut.
“kenapa ni?” soalnya perlahan.
Isabelle geleng.
“tak ada apa-apa. Cuma…Isabelle tak rasa perlu untuk Isabelle kenal orangnya lagi. Tak ada gunanya pun…”
Nek Zizah melepaskan keluhan berat.
“Isabelle benci ayah Isabelle?”
Diam.
Sejak tempoh hari, mereka tidak pernah menyentuh perihal ini lagi. Dan hari itu pun, Nek Zizah memintanya berkahwin sebaik saja dia memberitahu asal-usul Isabelle.
“Isabelle, tak baik benci ibu bapa sendiri..” untuk seketika, dia terkenangkan anak kandungnya Haliza yang sudah begitu jauh darinya. Pilu mula terasa.
“sebagai seorang ibu, nenek faham rasanya bila dibenci anak sendiri. Ibu bapa pun manusia biasa, mereka buat kesilapan, dan kita Cuma boleh berdoa, mereka belajar dari kesilapan…”
Isabelle masih menunduk.
“mereka ada sebab untuk buat semua tu, nenek jamin. Tapi, kita tak boleh hakimi mereka dengan perbuatan lampau mereka. Mungkin sekarang mereka masih mencari Isabelle, siapa tahu?”
Isabelle menggigit bibir. Bencikah dia? Marahkah dia? Berdendamkah dia?
Astaghfirullahalaziim…
“nek…”
Isabelle menentang wajah tua itu, lembut.
“Isabelle minta maaf.. tapi, Isabelle tak bersedia lagi nak melihat wajah ayah. Nanti, bila Isabelle dah bersedia, Isabelle akan tengok puas-puas. Boleh?”
Nek Zizah angguk bersama senyum nipis.
Isabelle membetulkan duduknya, dan membaringkan badannya di sebelah Nek Zizah, dengan kepalanya di atas riba Nek Zizah. Nek Zizah menolak peti itu ke tepi.
Jemarinya mengelus kepala Isabelle lembut.
Isabelle memejamkan matanya rapat-rapat. Cuba melupakan Chan, Aman, dan sesiapa saja yang hadir dalam hidupnya. Dia mahu bermimpi, mimpi yang indah-indah, dan melarikan diri dari dunia yang melelahkan. Sesak. Begitu sesak.

*appa, wo yao qu = ayah, saya nak pergi

8 comments:

  1. x baca habis lagi tp da tertarik dengan reminder from the 1st paragraph. itulah hakikat pemakaian tudung yang sebenar yang rata2 telah digubah untuk dijadikan fesyen...cter ni memang besh!

    ReplyDelete
  2. aaaa...mesti chan dh jd muslim/ on da way..
    tetiba nk chan dgn isabelle..
    hahha..x nk ar isabelle dgn paan..
    hehhe..jgn lmbat2 chan..nnti melepas..huhhu
    rasenye aman pun ade hati dgn isabelle..

    abes la..aku dh wat citer sndiri..

    ReplyDelete
  3. rasenye chan dah muslim sbb td dier tersasal...heheh..btul x ????

    ReplyDelete
  4. mesti chan ada hati dgn isabelle ni, kan!!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Hurm, sy cuma nk komen sket
    pasal penggunaan bhs mandarin tu.
    Sy rasa Anarif perlu ltk terjemahan
    utk bhs mandarin tu wp sdkt je. Pasal
    x sume org faham pe yg diperkatakan.
    Lgpn, sdkt-sbnyk pembaca citer ni bleh
    blajar sama..

    ReplyDelete
  6. buat la ending dia dgn chan....len dari yg len...
    baru syok..smua gat paan hero...tp rupe2 nyer chan...hhehehehehhe...nk chan!!!

    ReplyDelete
  7. chan bawak ati kot ari tu..sbb aman pinang isablle.(eja nama tak betol..)suka ti ja aku wat statement..

    ReplyDelete