About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, July 17, 2013

Kad Raya + Lu'lu' & Marjan






Assalamualaikum wrt wbt.

Salam Ramadhan 1434H.

Seperti yang kita semua sedia maklum, tahun ni merupakan tahun ketiga saya bergelar penulis secara rasmi,
bermula dari penerbitan Anaknya Anakku Jua dan kini Lu'lu' & Marjan bulan Ogos ini.

Alhamdulillah, dengan apa yang Dia beri, dan dengan apa yang dia kurniakan.
Saya mahu lebih, semestinya, tapi saya berharap lebih itu takkan mengurangkan saya dari mana-mana aspek,
dan lebih itu akan datang bila saya benar-benar sudah bersedia untuk menghadapinya, dari segi mental dan fizikal. Sesungguhnya Dia juga yang Maha Tahu apa yang baik untuk kita.

Oleh itu, walaupun setelah 2 tahun 2 bulan baru novel kedua sy menyusul, sy bersyukur. Kerana bila ditimbal balik, banyak kekurangannya saya, dan banyak kelemahannya saya. Maka kejayaan ini sesuai dengan keadaan saya buat masa ini.

Banyak yg saya pelajari dalam tempoh selama dan sesingkat ini. Dari segi dunia penulisan, hubungan penerbit-penulis, hubungan pembaca-penulis, komitmen, tanggungjawab, agak banyak juga yang masih membuatkan saya terkejut dari masa ke semasa, but I am coping well, insya Allah. Akan terus bertahan, dan akan terus memberi yang terbaik setiap kali.

Kepada kalian yang kerap singgah di sini, maaflah blog ini sepi sesepinya. Saya tau ramai penulis e-novel yang sudah bergelar novelis mengalami perkara yang sama, atas beberapa faktor yang sama juga, tapi percayalah, setiap novelis tu pasti takkan melupakan titik tolak mereka, termasuk saya.

This blog marks me as Anarif, and I will never let it cease. Selagi wujudnya internet, saya akan pastikan blog ini hidup, cumanya sekarang tak ada entry sbb mmg sy sndiri tak ada n3 baru lg, dan jugak IBC masih belum siap (malangnya). Maka penulisan novel lain masih belum dapat disambung semula. Maaf, untuk kesekian kalinya.

Hari tu saya dh buat first post bagi order Lu'lu' & Marjan yang bakal menerjah pasaran raya ini. With all due respect, the content is the same with the one in this blog. Demi tujuan promosi, harap persoalan ini habis di sini saja. Terima kasih daun keladi. =)

Dan kepada yang berminat, boleh email saya di anarif88@gmail.com bagi urusan pembeliannya. Harga pasaran RM28, harga dari sy termasuk postage ialah RM30. Kepada korang yg beli dari sy kali ni, akan disertakan dengan kad raya sekali, insya Allah. Kalau beli dari KN tak ada kad raya. Harap maklum. =)

Untuk tahun ni, saya tak dapat open kad raya request atas sebab2 kewangan dan sy tak dapat sediakan bajet yg banyak, jadi saya cuma akan berikan kepada kalian yang order novel by post, insya Allah.

Macam baru semalam saya hantar kad raya untuk tahun 2012, now its 2013 already.

Penghantaran novel akan dimulakan selepas raya, kerana sy mgkn akan mengalami kekangan masa sebelum raya. Tapi jika sempat, akan diusahakan secepat mungkin selepas 31 Julai, insya Allah.

Maaf andai ada terkasar bahasa. Sy teringin nak tengok blog ni ceria semula. So, I will proceed with other novels as soon as I complete IBC. Sama-sama kita doakan yg terbaik. Bagi yang menanti IBC, plg awal pun mungkin hujung tahun dpn akan menerjah pasaran. Itu cuma ramalan saya. Let's hope its sooner. Insya Allah.

Moga bertemu lagi.

Terima kasih, buat yang masih di sini. Moga Allah lindungi.


love,

anarif





PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

2 comments:

  1. salam anarif.
    dah lama k nina follow lulu dan marjan.
    tak sangka dah dibukukan.boleh masuk dalam senarai buku nih:)
    congratulations dear

    ReplyDelete
  2. Saya dah beli last weekend dan dah habis baca pun. It was superb! best! congrats anarif!

    ReplyDelete