About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, May 1, 2013

IBC TEASER 1








Usai makan malam dan solat isyak, mereka berehat di ruang tamu, dengan Isabelle mengiring di atas kusyen berbantalkan paha Zainal.

“Daddy tak sangka Haliza akan berubah kembali. Daddy betul-betul ingatkan dia dah lupakan kisah silam.”

Siti angguk setuju.

“Tulah. puan tu memang tak berapa betul kot. Masa saya kerja dengan dia, asyik marah je. Mood dia memang tak pernah baik. Macam mana dia boleh berpura-pura macam tu sekali, tak tau la.” Tambah Siti.

“Tapi, kenapa tiba-tiba dia berubah? Kamu tak pelik ke? Kenapa mesti dia tunggu Nasha meninggal, baru dia berubah?” soalan yang jelas ditujukan pada Isabelle, namun gadis itu Cuma membatu.

Ini kali pertama dia terdengar buah fikiran sebegitu, dan selama ini dia tidak pernah memikirkan kemungkinan itu. Tidak juga mereka di sekelilingnya.

“Kamu tak rasa pelik ke? Takkan kemungkinan je dia tunggu masa kamu dah dekat nak nikah, baru dia nak mengamuk, dan kebetulan Nasha meninggal? Macam tu?”

Isabelle menggigit jari. Dia teringatkan sesuatu. Terus dia bingkas, bersimpuh di atas kusyen.

“Masa kami bertemu di hospital, memang dia ada cakap, Isabelle punca Nasha mati. But I couldn’t really digest that. Tapi bila difikirkan kembali, kenapa Isabelle puncanya? Padahal, kami tak ada berjumpa pun dalam masa 24 jam sebelum dia meninggal.”

“Sampai sekarang, punca kematian Nasha tak didedahkan?” soal Zainal.

Isabelle angguk.

“Paan tak ada call, and I bet he will after this long.” Nadanya seperti sudah berputus harap.

“Chan tak tau?” Siti pula bertanya.

Isabelle terdiam. Chan. Mungkin Chan tau. Mungkin Chan dah jumpa Paan. Mesti punya.

“Ya tak ya jugak. Most probably, Chan dah pergi jumpa Paan by now.”

“Kenapa dia nak jumpa Paan?” soal Zainal pula.

Isabelle terdiam.

“Sebab dia kesian kat kau bila Paan buat macam ni?” teka Siti.

Isabelle angguk sekali, teragak-agak.

“Ya kot..”

Zainal geleng.

“Daddy rasa bukan tu sebabnya.”

“Habis? Sebab apa lagi? Kitorang kan kawan? Mestila dia marah bila Paan berdiam tiba-tiba macam ni, apa berita pun tak ada.” Tingkah Isabelle laju.

Zainal merenung Isabelle lama.

“Mungkin ya, Chan akan cari Paan. Tapi, sebagai seorang lelaki, daddy yakin, dia cari Paan bukan sebab tu, tapi sebab dia tak suka tengok kamu sedih.”

Isabelle mencebik.

“Apa daddy cakap ni? Tak fahamlah..”

Zainal menggeleng perlahan.

“Daddy tau anak daddy ni cantik, baik hati. Takkanlah selama ni, Chan sticks with you only to be your friend? Daddy dapat tengok kesungguhan dia bila melibatkan hal kamu. He likes you, sayang. Daddy betul-betul yakin.”

Isabelle tergelak kecil.

“Daddy ni, dah mula nak buat cerita. Kalau nak senangkan hati sendiri pun, tak perlu guna nama orang lain.” Isabelle pantas menidakkan.

“Haah kan. Bila difikirkan balik, dia sentiasa ada untuk kau. Betul apa yang pakcik cakap, dan Aman. Kenapa kau nak kahwin dengan Paan bila kau patut kahwin dengan Chan? Dia yang betul-betul sayangkan kau. Bukan macam Paan tu. Kejap ada, kejap tak ada. Menyusahkan orang.” Omel Siti panjang lebar.


****************

FOLLOW MY PAGE IN FB FOR IMMEDIATE TEASERS AND CURRENT IBC NEWS. =)





PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

3 comments:

  1. hi..akhirnya dapat baca jugak ini bubur cinta..

    question: sorry bertanya, blog ini bubur cinta dah ditutup ke? sebab saya dpt invitation untuk blog kedua tu, tp tiba-tiba dah xboleh nk access blog tu..knape ye? huhu..

    ikhlas,
    sy yang rindukan paan dan belle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy post chapter 66 kot hr tu n tu chap last di private blog sbb sy tetap nk save ending utk versi cetak nanti. Awak dh terlepas la tu. Hehe Sy mmg dh tutup blog dh. Xde sapa pun boleh masuk skrg. Insya Allah akan update teaser dr masa ke semasa.

      Delete
    2. Owh.. begitu..thanx btw..da terlepas la tu..hehe

      apa pun, xsbr menunggu versi cetak..gudluck utk itu..

      Delete