About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, September 24, 2010

Ini Bubur Cinta: Bowl 17



Isabelle melangkah lambat-lambat, membontoti langkah Haliza yang angkuh. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia membantah kemahuan arwah Nek Zizah, tapi bila teringatkan Haliza yang sanggup menerimanya, Isabelle hilang kata. Kali pertama mereka bersua tadi, Haliza tidak bersuara walau sepatah.

Apabila dia berbicara, tiada ramah dalam nadanya. Jelas Haliza terpaksa. Isabelle mengeluh sendiri. Dia juga terpaksa. Mungkin dia patut memberi peluang pada Haliza untuk menebus salahnya pada Nek Zizah.

Kesal. Anak sendiri tidak hadir untuk menghantar ibunya ke alam sana. Tidak takutkah dia jika kedua mereka pergi tanpa memaafkannya? Gentar jiwa Isabelle memikirkannya.

Langkah Isabelle kalut. Abaya yang tersarung di badannya bakal menjadi uniformnya selama dia di rumah ini. Itu kata Haliza tadi apabila dia menyerahkan bungkusan plastic kepada Isabelle di dalam perjalanan tadi. Dua pasang abaya hitam yang paling ringkas. Satu sudah tersarung, menutup seluruh badannya dan juga muka. Matanya tidak boleh terdedah langsung. Pasti orang lain akan tertanya-tanya identitinya.

Rimas dan panas, tetapi Isabelle patuh.

“Jangan bersuara langsung, dan ingat, nama kau bukan Isabelle. Nama kau Fatimah. Faham?”

Isabelle diam saja. Akur.

Apa-apa saja yang Haliza mahukan. Isabelle tiada kuasa mahu membantah, dan rasanya dia tahu tujuan Haliza menutup identitinya. Paan.

“Puan dah balik?” rupanya ada penghuni dalam rumah ni.

“Hmm, ni, pembantu rumah baru. Fatimah namanya. Dari Iran.” Ujar Haliza.

Bukan pembantu rumah itu sorang yang terkedu, Isabelle turut ternganga luas.

Pembantu rumah? Dari Iran? Ada ke patut!

“Bawak dia ke bilik kamu. Lagi satu, dia bisu. Tak payah susah-susah ajak dia bersembang dengan kamu, faham?” tegah Haliza.

Bisu? Sekali lagi Isabelle tersentak. Sampai begitu sekali Haliza cuba menyembunyikan identitinya.

“Siti, bawakkan air dulu. Aku haus.” Arah Haliza seraya melabuhkan punggung di sofa. Isabelle masih terpacak di situ.

Pembantu rumah bernama Siti itu akur. Isabelle kagum dalam hairan. Ada jugak orang gaji melayu sekarang ni. Ingat dah tak ada. Siti muncul semula dengan segelas air sejuk. Dia kemudiannya mempamit Isabelle supaya mengekorinya. Mereka beriringan ke bilik belakang, melintasi ruang makan yang agak mewah. Luas pula.

“Sini bilik kita. Katil ada satu je. Jadi, awak kena tidur bawahlah. Tak apa kan?”

Isabelle angguk.

“Oklah, saya nak masak ni. Kalau awak dah habis berkemas, keluar ke dapur ya.”

Angguk lagi.

Siti beredar, meninggalkan Isabelle yang terus menyelak tutup mukanya seolah-olah dia kekurangan nafas di dalam.

“Phew…” kelegaan, dia menjeling sekeliling bilik itu.

“Hmm, Isabelle, kerana nenek, berkorbanlah sikit. Baik dia terima kau dari dia tak kisah langsung.” Satu keluhan dilepaskan sebelum dia mula membuka begnya untuk berkemas.

***********

Paan keletihan. Hari ini, kerjanya selesai hampir lewat malam. Di saat-saat akhir, ada pelan yang perlu disiapkan.

Diheret kakinya keluar kereta dan masuk ke dalam rumah yang disirami lampu malap. Butang kemejanya ditanggalkan sehingga ke dada.

Kering tekaknya menyucuk-nyucuk. Diheret pula kakinya ke dapur. Pintu peti ais yang lebih tinggi darinya itu dibuka malas. Sebotol air sejuk dicekaknya, tutup botol itu pantas dibuka.

Diteguk air itu laju sehingga habis separuh isi botol itu sekaligus. Bunyi cicak kedengaran. Paan tidak peduli. Dia berpaling kembali untuk menyimpan botol itu tetapi tiba-tiba dia kaku di situ.

Matanya terpaku ke satu arah, di mana satu lembaga hitam sedang berdiri tegak. Lembaga itu tidak bermuka, namun Paan pasti lembaga itu sedang melihat ke arahnya.

Dengan badan yang sudah terlalu penat, dan minda yang sudah serabut, Paan tidak dapat menerima kejutan sebegitu. Dia rebah, dan botol itu jatuh di sisinya begitu saja.

Isabelle ternganga luas apabila lelaki itu rebah di atas lantai. Diselak penutup mukanya ke atas cepat-cepat.

Alamak! Kenapa dia ni?

Dia mendapatkan lelaki itu. Takut juga nak dekat, dengan kemeja yang agak terdedah di bahagian dada, Isabelle malu sendiri melihat lelaki itu begitu.

Nak buat apa ni? Kejutkan Siti? Lepas tu, apa pulak? Angkat dia ni?

Direnung wajah itu dalam samar lampu.

“Ish, muka je macho. Penakut. Tak guna badan sasa macam ni…” sempat Isabelle mengomel.

Isabelle berdiri kembali, digaru kepala yang tidak gatal.

Nak buat apa ni? Aduhai…

Direnung lagi wajah itu yang jelas keletihan. Dengkuran halus mula kedengaran. Isabelle tergelak sendiri. Nampaknya, terpaksalah…

**********

“Eh, encik Paan, encik buat apa kat sini?”

Suara Siti yang nyaring menusuk ke telinga Isabelle. Digosok matanya yang terasa pedih. Jam menunjukkan pukul 6 pagi.

Nampaknya, keputusannya meninggalkan lelaki itu di situ amat tepat. Dia tidak mahu menganggu tidur lelaki itu.

“Encik Paan, bangun. Pergi tidur di bilik.” Arah Siti.

Paan terpisat-pisat. Sejuknya lantai itu kini terasa mencucuk-cucuk hingga ke tulang. Dia bangun dalam terpinga-pinga. Botol air yang jatuh sudah tiada di atas lantai.

“Mana botol air tu?” soalnya dalam mamai.

Siti kerut dahi.

“Botol air apa?”

“Yang kat atas lantai tadi..”

Siti geleng.

“Encik mengigau ke? Pergi masuk bilik. Mana ada botol air. Encik sorang-sorang atas lantai ni…”

Paan melihat sekeliling. Dia pasti dia tak tersalah lihat. Tapi mana botol air tu? dibukanya peti ais, kemudiannya ditutupnya kembali.

Dalam peti ais. Siapa yang simpan?

Pelik melihat Paan begitu, Siti cepat-cepat menggesa Paan pergi ke atas, dan Paan akur dalam kebingungan ditambah dengan mamai.

Isabelle menjenguk ke luar, dan cuma tinggal Siti di situ. Dia tersenyum sendiri.

**********

“Morning ibu…” sapa Nasha yang turun dengan uniform lengkap.

Haliza mengangguk.

“Mana abang?”

Nasha menjeling ke atas sambil menjungkit bahu.

“Entah…”

Dia terus duduk. Dicedok nasi goreng ke dalam pinggannya dan disudunya.

“Eh, sedapnya nasi goreng ni!” puji Nasha dengan mulut yang masih penuh.

“Nasha! Mulut penuh jangan bercakap!” marah Haliza.

Nasha terdiam. Kembali menyuap dan mengunyah dengan enaknya. Siti muncul membawa seteko teh.

“Kak, sedap nasi goreng ni…” puji Nasha lagi.

Siti tersenyum.

“Bukan akak buat, kak Fatimah yang buat.” Beritahu Siti seraya berlalu.

“Siapa kak Fatimah, ibu?”

Haliza berdehem perlahan.

“Orang gaji baru.”

“Hah? Berapa banyak orang gaji langsung ibu nak cari?”

“Ish, suka hati ibulah. Rumah ibu.” Tingkah Haliza.

Nasha mencebik.

“Ayah balik petang ni kan?”

“Kenapa?”

“Saja tanya. Teringat pulak kat ayah.”

Haliza tidak membalas sebaliknya dikerling jam di dinding.

“Cepat sikit. Nanti bas sampai.”

Nasha akur sambil menghabiskan nasi gorengnya. Diteguk pula air tehnya dengan rakus.

“Ibu, Nasha pergi dulu.” Dihadiahkan satu ciuman di pipi Haliza sebelum dia berlalu menuju ke pintu, meninggalkan Haliza sendirian di meja. Siti kembali ke meja untuk mengambil pinggan dan cawan Nasha.

“Siti…”

“Ya, puan..”

“Malam tadi Paan balik pukul berapa?”

Siti menggeleng jujur.

“Tak pasti puan. Tapi…” teragak-agak Siti mahu meneruskan.

“Tapi apa?”

“Erm, pagi tadi, dia tidur di depan peti ais.”

“Hah?”

“Ya puan. Saya kejutkan dia pukul 6 pagi, baru dia naik atas. Baju kerjanya pun belum tukar.”

Haliza terdiam. Takkan Paan dah tau tentang Isabelle?

“Hmm, baiklah. Kejutkan dia. Nanti lewat pulak dia ke pejabat.” Arah Haliza.

Siti akur lalu menghilang ke atas.

Haliza menggigit bibir. Macam mana kalau Paan dah tau itu Isabelle?

“Fatimah!”

Sepi.

“Fatimah!” jerit Haliza lebih kuat.

Masih tiada balasan.

“Fatimah!!” laung Haliza sekuat-kuatnya.

Isabelle yang sedang menikmati tehnya tersedak. Bukan dia tidak dengar nama itu dipanggil, tetapi dia terlupa itu namanya di rumah ini.

“Ya makcik!” jerit Isabelle dari dapur sambil berlari keluar.

Haliza menjegilkan matanya apabila Isabelle terpacak di depannya.

“Kau bisu! Bukan pekak! Faham?” gertak Haliza dengan suara yang agak perlahan.

Isabelle menggigit bibir.

“Faham..”

“Bisu!”

Isabelle menekup mulutnya yang sememangnya sudah bertutup itu. Angguk laju. Tersilap. Siti muncul dari tingkat atas, dan cepat-cepat Haliza membetulkan reaksi wajahnya.

“Mana Paan?”

“Dia kata dia lewat sikit hari ni, sebab semalam dah kerja lebih masa.” Siti menerangkan.

Haliza angguk, puas hati. Siti beredar sambil mengerling Isabelle yang terpacak di tepi meja.

“Hah, tunggu apa lagi? Pergi belakang!” jerkah Haliza tak semena-mena. Dengan Siti sekali terkejut.

Isabelle akur lagi. Di dapur, Siti tiba-tiba menariknya masuk ke dalam bilik. Isabelle terpinga-pinga sebentar.

“Hei, kau tak bisu kan?”

Isabelle menyelak penutup wajahnya. direnung wajah Siti lama tanpa memberi apa-apa jawapan. Geleng tidak, angguk pun tidak?

“Kau jangan tipu. Aku dengar kau jawab panggilan puan tadi…”

Isabelle tetap berdiam. Bimbang didengari Haliza, susah mereka nanti.

“Siti!!” suara Haliza mencelah di balik lubang pintu yang bertutup rapat. Siti yang jelas kesal kerana soalannya tidak berjawab beredar dengan wajah tidak puas hati.

Isabelle menghela nafas lega. Mati aku macam ni…

*********

Paan merenung wajahnya di cermin. Ditepuk-tepuk pipinya berkali-kali.

“Aku dah gila ke?” dia menyoal sendiri.

“Atau itu kesan letih sangat semalam?”

Jenuh dia berfikir. Dia pasti dia ternampak sesuatu di depan pintu bilik air semalam. Tapi apa? Botol air aku tak sempat simpan, tapi pagi tadi elok ada dalam peti ais. Takkan aku berkhayal kot?

Penat berfikir, Paan memutuskan bahawa dia mengigau semalam, dan kemudian dia terus tertidur di depan peti ais. Itu saja penjelasan yang paling baik. Mustahil dia akan bertanya pada orang lain di rumah itu. Bimbang diketawakan. Mana ada hantu di rumah ni. Mustahil.

Tepat jam 11, Paan turun dengan berpakaian kasual dan mendapati ibunya tidak ke mana-mana.

“Hah, Paan, semalam sampai rumah pukul berapa?” soal Haliza seraya menyertai anak sulungnya itu di meja makan.

“2 pagi.” Jawabnya ringkas.

Dia juga tidak memandang ibunya. Haliza pula seakan tidak kisah dengan kelakuan Paan begitu.

“Ibu dengar kamu tidur di depan peti ais, betul ke?”

Paan tidak jadi memulakan suapan.

“Tertidur.” Dia terus menyuap laju.

“Takkan tertidur? Kamu tak pernah pulak penat sangat sampai tertidur depan peti ais.” Komen Haliza.

Paan tidak membalas. Nasi goreng hari ni sedap betul. Lagipun, dia malas mahu melayan ibunya. Isabelle muncul dari dapur yang dibelakangi Paan bersama sebiji cawan dan piring dan berdiri di sebelah Paan.

Paan menoleh sekilas sebelum dia terundur ke belakang terkejut. Sudunya tercampak ke luar pinggan.

“Kenapa kamu ni?” marah Haliza. Dia juga turut terkejut dengan tindakan refleks Paan.

Isabelle tersenyum sendiri. Mujur wajahnya bertutup. Tiada yang dapat melihat reaksinya.

“Ni, ni, apa ni?” tanya Paan dalam nada yang tak teratur.

“Apa, apa? Siapalah! Orang la, takkan beruk kot?”

Paan tidak membalas. Isabelle pula berlagak biasa. Diletakkan cawan dan piring itu di sebelah Paan sebelum berlalu pergi dengan tawa yang tidak berbunyi. Penakut betul.

“Siapa tu?” soalnya apabila semangatnya telah kembali.

“Fatimah, dari Iran.”

“Iran? Mana datang?”

“Kawan ibu nak berhentikan dia, ibu dengar dia kerja bagus. Ibu ambikla dia kerja.”

“Berapa banyak orang gaji langsung ibu nak ambik? Ayah mesti tak tau.” Protes Paan.

“Eh, nanti ibu cakaplah dengan ayah. Takkan ibu nak kacau kerja dia?”

“Hmm, ibu tu bukan kisah nak tanya pendapat ayah pun. Buat suka hati je…” ujar Paan sinis.

“Eh, kamu jangan kurang ajar Paan. Ibu ni ibu kamu…”

Paan meletakkan sudu. Hilang seleranya.

“Memang ibu ibu Paan, tapi seorang ibu takkan lupakan ibunya sendiri, dan dia akan cari jalan untuk bahagiakan anaknya. Maafkan Paan kalau Paan biadap, tapi ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi…”

Paan menghabiskan tehnya dengan sekali teguk, dan dia bingkas sebelum Haliza sempat berkata-kata.

“Pergi dulu.”

Haliza menggigit bibir geram. Semuanya kerana Isabelle! Punca Paan jadi begitu ialah Isabelle! Dan kini, punca itu berada dalam rumahnya. Aku akan pastikan kau merana Isabelle!

8 comments:

  1. kejam betul haliza.....................

    ReplyDelete
  2. jahatnyaaaa
    bile paan nak tau ni

    ReplyDelete
  3. lain dari yg lain kagum btul..

    ReplyDelete
  4. kesiannye isabelle...
    dasyatnye dendam haliza...

    ReplyDelete
  5. nak paan ngan isabelle la...
    paan n isabelle ada connection.
    sx paan pandang isabelle terus tkejut berok smpai pengsan2. ahaha... kelakar... ;D

    ReplyDelete
  6. kak anarif besttt..
    sambung la lagi..
    dah lama tunggu IBC 18..huhu
    rindu kat paan dgn bell..

    ReplyDelete
  7. mana smbungan cita ni?
    best la

    ReplyDelete