Tepat pukul 10 pagi, aku dah dengar deruman enjin kereta kat depan rumah. Tapi… lain macam je bunyi enjinnya.
Aku yang memang dah siap 10 jam yang lalu menjenguk ke luar tingkap. Perlahan-lahan aku selak langsir dan menjenguk ke luar.
What? Impossible. Serius aku tak percaya apa yang aku nampak. Sebuah Volkswagen kelabu tahi anjing tersadai di depan rumahku, dan guess who’s in the driver’s seat? Of course yang berhormat Tengku Fakhri Tengku Adnan.
Aku resah sendiri.
Ok. Aku nak belek penampilan aku untuk kali terakhir di depan cermin. Eh, kejap. Muna, this is not a date, please!
Ok, aku tak jadi tengok cermin.
Aku capai purse dan aku bukak pintu seluasnya. Fakhri yang dah berdiri di luar kereta tersengih-sengih macam kerang busuk bila nampak aku. Aku buat-buat tak nampak je.
“Hai awak. Awak sihat?” soal Fakhri berbasa-basi.
Aku angguk.
“Hmm… Ni, kereta siapa?”
Fakhri turut melihat ke arah yang aku maksudkan.
“Kawan.”
“Mana kereta awak?”
“Tak sempat modify jadi macam ni. So kena la pinjam kereta lain.”
Perut aku dah nak pecah rasanya menahan gelak. Kesian pulak aku tengok.
Aku berdehem bagi menghilangkan rasa geli hatiku.
“Erm, kita nak pergi mana ya?” aku berkira-kira. Tapi pelik.
Dia nak sembang kat luar kereta je ke?
“Awak…”
“Apa dia?” pelik aku tengok muka dia yang agak keruh.
“Kita naik teksi boleh?”
Aku terkedu.
“Kan ada kereta. Kenapa nak naik teksi pulak?”
“Alah, tak apalah. Saya bayar. Saya… sebenarnya… dah lama tak bawak kereta manual. Kereta ni pulak ‘canggih’ sangat. Susah nak bawak. Nanti awak gelakkan saya pulak.”
Aku hampir tergelak besar dengan permintaannya, tapi cepat-cepat aku cover.
“Betul awak nak naik teksi?”
Aku tenung dia.
Fakhri jungkit bahu. Pandangannya terhala pada kereta antik itu.
“Daripada bawak kereta ni, saya lagi rela naik teksi.”
“Dah berapa lama awak tak naik public?”
Fakhri tersenyum nipis.
“Not as long as I could remember.”
Aku tergelak kecil.
“Great. Kita naik bas, nak?”
Tanpa menanti persetujuannya, aku terus membuka langkah.
“Eh, tak naklah bas. Teksi tak ada ke?” jerit dia dari belakang.
Aku tersenyum sendiri.
“Teksi tak banyak. You’ll get one if you’re lucky.” Jeritku.
Beberapa ketika kemudian, dia sudah berada di sebelahku.
Aku terus berjalan ke simpang tiga, untuk ke perhentian bas dengan dia di sebelahku.
“Awak…”
“Hmm…”
“Adakah ini maknanya, awak dah maafkan saya?”
Langkahku terhenti. Dia juga begitu.
“Taklah. Mana ada. Saya tak cakap apa-apa pun.” Aku terus melangkah laju-laju.
“Muna..” dia meraih tanganku namun aku pantas menepis.
“Jangan pegang-peganglah. Nak kena pukul ke?” marahku.
“Ok, ok, sorry.”
“Apa sengih-sengih?” ish. Geram pulak aku tengok dia senyum meleret-leret.
Dia masih tersenyum.
Di perhentian bas, cuma kami saja di situ. Aku mengambil tempat, dan dia turut melabuhkan punggung di sebelahku. Dari ekor mataku, aku perasan dia keluarkan sapu tangannya seraya mengelap peluh di dahi.
“Aik, dah berpeluh?”
“Haah. Panas. Awak tak panas ke?” berkerut-kerut dahi dia. Agaknya, dia pelik tengok aku rileks je.
“Taklah. Alah bisa tegal biasa. Dari kecik macam ni.”
“Mak dengan ayah awak memang tak ada kereta?”
Aku terdiam. Mungkin dia perasan aku tersentak dengan soalan itu, cepat-cepat dia meminta maaf.
“Sorry, saya tak patut tanya macam tu.”
Aku menggeleng dengan senyum kelat.
“Saya… yatim piatu.” Suara aku dah tersekat-sekat.
Entah apa reaksi dia, tapi dia masih merenung aku tak beralih.
“Muna, saya tak tau…”
“It’s ok.”
Aku dah tak tau nak cakap apa, dan dia pun hilang kata. Kala itu juga, sebuah bas berhenti di depan kami. Aku tak berganjak.
Dia dah berdiri.
“Jomlah, bas dah sampai.” Ajaknya.
Aku jeling nombor bas tu.
“Tu bukan bas kita.”
“What?”
Aku senyum je. Nilah gaya anak orang kaya nak naik bas rupanya.
Dia duduk kembali dengan wajah kebingungan. Aku biarkan bas tu pergi macam tu saja, baru aku menoleh pada dia.
“Bas ni pun ada nombor siri untuk destinasi tertentu. Sekarang kita nak naik bas nombor lain. Kena pastikan nombornya, bukan boleh main naik je. Kalau tersesat, susah. Rugi duit je.”
Dia mengangguk-angguk faham.
“Oh ye ke…”
Sebuah bas lagi berhenti. Aku kerling nombornya.
Aku pandang ke arah dia. Eh, tak ada!
“Muna!” aku pandang depan.
Dia dah berdiri di muka pintu bas tu. Aku dah panic. Aku terus berdiri tegak.
“Eh! Turunlah. Kita tak naik bas tu!”
Dia tersenyum lebar.
“Jom kita sesatkan diri kita hari ni, nak?” aku melopong.
Gila!
“Tak naklah!”
“Muna! Jomlah! Takkan awak nak biar saya naik bas ni sorang-sorang?” panggilnya lagi.
Ish! Geramnya!
“Dik, nak naik ke tak ni?” pakcik driver dah marah. Aduhai.
Dengan tak relanya, aku melangkah naik. Kami berdiri di anak tangga sambil berpandangan. Rasa macam nak telan je mamat ni. Aku dah bukak purse.
“Bas ni pergi mana pakcik?”
“Klang.”
Aku terlopong. Aku pandang Fakhri yang dah jungkit bahu.
“Tak apa. Nanti kita naik teksi balik.”
“Senang je awak cakap!” marahku.
“Berapa tiket?”
“3 ringgit.” Pakcik tu tak tengok aku pun. Aku pun tarik duit seringgit tiga keping dan masukkan dalam kotak tu.
Pakcik tu pun tarik tiket untuk aku. Aku terus melangkah, tinggalkan Fakhri kat situ yang tercengang-cengang.
“3 ringgit ya pakcik?”
Aku dengar dia bertanya lagi. Aku mencari-cari tempat kosong lalu duduk. Dia sedang mengeluarkan dompetnya. Satu not biru kehijauan dikeluarkan.
“Tak ada balance ke?” soalnya.
Aku menutup mulut menahan tawa.
“Tak ada. Bagi duit besar, nasiblah.” Selamba je pakcik tu menjawab.
Tanpa teragak-agak, dia masukkan not 50 ke dalam peti duit itu. Pakcik tu tengok dia tak berkelip. Aku nak tergelak besar dah. aku dengar penumpang lain dah ketawa sendiri-sendiri.
Dia berjalan dengan selamba ke arahku lalu mengambil tempat di sisiku.
“Awak bagi RM50?”
Dia angguk.
“Tak ada duit kecik.”
Aku menggeleng.
“Orang kaya. Duit tak ada nilai.” Ujarku seraya mencemuh.
“Bukan duit yang tak ada nilai. Awak yang tak ada nilai. Takkan saya tak bayar dan biar awak naik bas ni sorang-sorang? Bayar sajalah.” Jawabnya selamba.
Aku kerling dia sekilas. Dia tersenyum.
“So, date kita dalam bas je?”
“Siapa cakap ini date?” tingkahku seraya memandang ke luar tingkap.
“Bukan ke? Saya tak bawak nenek sebab saya cakap dengan nenek, ini date. Kalau saya tau bukan date, saya bawak dia sekali naik bas ni.”
Aku gigit bibir.
Macam mana aku nak cakap pada dia perkara sebenar?
“Fakhri…”
“Ya, saya tau, awak tak boleh terima saya. Awak takkan buka pintu hati awak untuk saya. Tapi saya tak boleh terima alasan awak, Muna. Kerana saya kaya, awak tolak saya. Bukan salah saya dilahirkan berduit. Dan selama ni, saya cuma tau buat apa saja dengan duit. Sebab saya tak pernah jumpa cara lain untuk hidup. Dengan duit, semuanya jalan. cuma awak je, yang tak jalan-jalan.”
“Fakhri…”
“Muna, satu saja harapan saya bila awak cakap awak sudi jumpa saya hari ni.”
Aku menoleh.
“Apa dia?”
Dia tersenyum lagi.
“Bila awak setuju jumpa saya, saya rasa awak dah mula terima saya. Kalau tak, well, knowing you, awak takkan bagi peluang langsung pun pada saya, kan?”
Aku telan liur. Oh, tidak. Tidak.
“Fakhri, tolong saya boleh?”
“Tolong apa?”
“Tolong jangan perasan!”
Dia tergelak mendengar kata-kataku.
“Saya tak perasan. Tapi mungkin awak yang tak perasan, yang hati awak dah mula menyebelahi saya, kan?”
“Taklah. Siapa cakap?”
“Hati awak dah datang jumpa saya semalam. Dia cakap dia dah bersedia nak terima saya, kan?”
“Hish! Perasan!” jeritku tiba-tiba, agak terkuat sedikit dari biasa.
Semua orang dah pandang-pandang ke arah kitorang. Aku jeling Fakhri yang tersengih-sengih.
“Jangan senyum!” marahku.
Geram aku tengok dia tersenyum dari tadi.
“Kenapa awak nak marah saya pulak ni? Senyum tu kan satu sedekah.”
“Tak payah sedekah senyum awak tu! Tak ada maknanya! Bagi je duit awak yang banyak tu kat orang lain!”
Dia ketawa pulak.
“Muna, cuba awak senyum. Macam ni, senyum….”
Aku merengus perlahan.
“Diam.” Aku menghadiahkan jelingan tajam padanya sebelum memandang ke hadapan kembali.
Dari ekor mataku, aku tahu dia masih tersenyum. Ah, apa-apa jelah.
Pakcik, bila nak sampai Klang ni…. Waa!
“Kalau naik bas lama-lama macam ni, awak selalunya buat apa?” tiba-tiba dia bertanya setelah cuma SEMINIT, diulang, SEMINIT dia berdiam diri.
“Duduk je, tengok pemandangan.”
“Tak mengantuk?”
“Kalau tidur, takut terlepas bas. Bahaya.”
“Kalau tertidur? Pernah awak terlepas bas?”
Aku terdiam. Pernah. Tapi bukan sebab tertidur. Malas nak mengingat balik kisah dulu.
“Nenek dah sihat?”
Fakhri tida terus menjawab, sebaliknya dia merenung aku lama. Pasti dia dapat mengesan perubahan nadaku.
“Ok. Dia kirim salam pada awak. Lupa nak cakap tadi.”
“Nenek tak marahkan saya, ke?”
“Kenapa dia nak marah? Saya yang teruk kena marah. Tak habis-habis dia membebel sebab saya buat plan tu hari tu. ni semua awak punya pasal, tau!” ujarnya, kononnya marah.
Ada aku peduli kalau dia marah pun?
aku terus diam, dah tak tau nak jawab apa. Aku pandang ke luar tingkap, tapi tak satu benda pun yang aku tengok melekat kat kepala aku.
“Apa yang awak takutkan, Muna?”
Aku menoleh, dan dia sedang menatap wajahku dengan segaris senyum nipis. Rasa macam senyum itu memerli aku. Ya, aku yang takut. Takut untuk bercinta lagi. Tapi kenapa aku dengan dia sekarang dalam bas nak pergi ke Klang kalau betul aku takut?
Aku palingkan muka. Takut nak tenung lama-lama.
“Saya tak takut.”
“Tipu. Awak takut.”
Aku geleng lagi.
“Mana ada. Jangan memandailah.”
“Awak takut apa sebenarnya? Takut pada saya, harta saya, wajah saya yang kacak bergaya ni, kedudukan saya, taraf saya? Apa sebenarnya yang awak risaukan?” dia mendesak lagi.
Aku menggigit bibir. Buat masa sekarang, tiada jawapan yang terlintas di minda.
“Awak tak tau nak jawab apa, sebab jawapannya bukan antara semua tu, kan?”
Aku menoleh lagi. Dia masih tersenyum.
“Apa yang awak nak cakap sebenarnya ni?”
“Awak takut menerima mana-mana lelaki pun, sebab awak takut kecewa lagi, kan? Kalau tak…”
“Kalau tak, apa?” tingkahku. Ish, jadi pak tilik pulak mamat ni.
“Mesti awak dengan Amri sekarang, bukan saya.”
Aku hilang kata. Sepasang mata kami bertatapan. Aku rasa pelik. Hairan, aneh, syak, semua ada.
“Kenapa lelaki macam awak nak kejar saya yang… yang macam ni? Kan banyak lagi perempuan lain yang boleh awak cari, petik je jari, berduyun berbaris depan awak. Awak sendiri cakap, awak ada harta, rupa yang kacak walaupun saya rasa awak ni perasan terlebih je, kedudukan, kenapa awak nak jugak menyelit dalam hidup saya bila kisah kita sepatutnya berakhir lama dulu?”
“Apa perbezaan kita?”
“Banyak. You should know. Saya tak makan dekat hotel macam makan kedai mamak. Saya tak pernah naik kereta mewah, terpandang pun jaranglah sebab saya naik bas je dan kalau saya naik bas, saya memang tak tengok keliling. Saya tak tidur di hotel macam tidur kat bilik sendiri. Saya tak boleh keluarkan duit macam air sebab duit yang masuk ditunggu-tunggu, bila nak keluar pun kenalah berkira-kira. Dan saya tak ada banyak masa lapang macam awak sebab saya kena kerja dan kerana awak, saya baru je kehilangan kerja saya satu-satunya dan sekarang saya dah bingung tak tau nak mintak kerja kat mana sebab kerja yang tu pun kakak saya yang carikan sedang awak, tak kerja pun tak apa, duit tetap tak ada. And one more thing, saya kena sara hidup saya dan adik saya sebab saya dah tak ada mak ayah yang boleh bertanya saya, “Ada duit ke tak?” untuk bagi saya duit bila sesak, unlike you.”
Aku tarik nafas dalam. Phew!
“Sebab tu saya suka awak.” aku cakap berpuluh baris dia balas sebaris je?
Aku menjegilkan mata.
“Awak tau, kenapa magnet menolak?” soalnya tiba-tiba. Ni nak belajar sains pulak ke?
“Sebab kutubnya sama.” Jawabku, macam orang baru belajar.
“Kenapa magnet menarik satu sama lain dan melekat?”
“Sebab kutubnya berbezalah.”
“Macam tu lah kita. Yang sama akan menolak, yang berbeza akan tertarik dan melekat, dan payah nak ditanggalkan, kan? Sebab kita berbeza, kita saling menarik satu sama lain. Awak tak rasa macam tu ke?”
Cepat-cepat aku geleng.
“Awak yang menyibuk dekat saya. Bukan saya cari awak.” dan cepat-cepat juga aku pandang ke luar tingkap.
Aku dapat mendengar tawa kecilnya. Aku terus menyandarkan kepala ke tepi tingkap, memejamkan mata kononnya mahu tidur. Malas aku nak melayan dia di sebelah.
“Muna, saya tau jauh di sudut hati awak, awak nak benarkan saya masuk ke dalam hati awak, kan?”
Gulp! Ops, jangan bukak mata, control… control…
“Saya nak sangat tau kenapa awak marah saya sangat. Kalau saya tak tau, macam mana saya nak betulkan tanggapan awak tu?”
Diam, Muna, buat-buat tak dengar please…
“Muna, saya ikhlas dalam apa yang saya buat. Saya cuma harap awak dapat nilai semula diri saya dengan menilai saya yang sebenarnya, seorang lelaki bernama Fakhri, yang ikhlas mahu menyayangi awak selagi masih bernyawa.”
Aku terkedu. Fakhri, apa yang dia cakap memang betul. Aku masih takut. Maafkan aku Fakhri. Luka lama masih gagal aku sembuhkan. Dan aku bimbang ia terguris lalu berdarah kembali. Patutkah aku membuka ruang kepada kekecewaan sekali lagi?
Dan aku terlelap tanpa aku sedari. Sedar-sedar, bas masih berjalan. Tapi, jalan ni macam lain je aku tengok…
Fakhri! Dia masih di sebelahku. Fuh! Ingat dah kena culik dah. tapi pelik. Bas ni kosong. Cuma kami berdua, dan pakcik driver.
“Kenapa kita je dalam bas ni?”
Fakhri jungkit bahu.
“Semua dah turunlah. Kita je yang tak turun.”
Aku bersandar kembali. Dan aku terus menyepi, sehinggalah bas itu sampai ke destinasinya.
Eh, kejap.
“Eh, ni bus stop rumah saya.” Tegurku pelik.
Mungkin pakcik driver tu dengar apa aku cakap, dia menyampuk dari depan.
“Yelah, kita dah patah balik dah pun. Cik adik tidur tak sedar-sedar.”
“Hah? Biar betul!” aku toleh ke arah Fakhri.
Dia jungkit bahu lagi.
“Betul apa pakcik tu cakap. Naik bosan saya bila awak tak sedar-sedar. Bas dah berhenti, dah jalan balik, awak tak bangun lagi. Takkan saya nak kejutkan? Tak sampai hati pulak.”
Aku tergamam.
Tidak! Tidak! Tidak! Kenapa semua ni berlaku sekarang? Argh! Sungguh tak masuk akal! Kenapa bila Fakhri dengan aku, aku selalu buat silap? Kenapa?
Fakhri dah berdiri, aku menurut tapi kepala aku memang dah tertunduk 90 darjah, tak terangkat dah. malunya Tuhan saja yang tahu.
Mustahil. Takkanlah.
Kami turun dari bas, dan aku masih terpinga-pinga.
“So, kita nak naik apa sekarang?” soalnya padaku yang masih mamai bercampur bingung.
“Hah? Baliklah.”
“Balik? Ala, kan kita tengah date sekarang ni?”
“Siapa cakap kita ada date? Perasan!” tingkahku.
Aku terus membuka langkah, selaju-lajunya dan aku tahu dia tiada pilihan selain mengikuti langkahku.
Sebenarnya, aku dah tak sanggup lagi. Malu! Tak terdaya nak menunggu lagi dan terus-terusan menatap wajah itu.
“Muna, baru pukul berapa. Kenapa dah nak balik? Ok, kita naik teksi pulak.”
“Tak nak.”
“Muna, please…”
“Fakhri, saya nak balik.”
“Muna, kalau kita berpisah sekarang…” dia menghalang laluanku tiba-tiba, memaksa aku berhenti.
“Bila kita akan berjumpa lagi?” sinar matanya penuh harapan, membuatkan lidahku kelu.
Sebelum sempat hatiku berbicara, akalku pantas menghalang.
“Never. This is our last meeting.”
Aku menolaknya ke tepi untuk meneruskan perjalanan.
“What? Sanggup awak buat saya macam ni?” sayu suaranya kedengaran.
Aku menelan liur. Semakin lama, aku semakin takut dengan perasaan sendiri.
Kalau aku terima dia, adakah aku akan dikecewakan lagi?
“Muna, please! Give me one more chance to prove myself!”
“Awak tak perlu buktikan apa-apa pada saya Fakhri. Awak lelaki yang baik, cuma saya…” aku pandang tepat ke matanya.
“Saya bukan orangnya. Awak faham, kan?”
Sampai di depan rumah, Fakhri tersandar di pagar, lesu. Aku juga kecewa, namun kugagahkan juga.
“Tunggu kejap. Ada barang saya nak bagi pada awak.”
Di dalam rumah, air mataku hampir mahu menitis. Segala pemberiannya yang sudah aku kumpulkan dalam satu kotak, aku tenung lama. Air mataku berguguran namun cepat aku tahankan. Aku mesti kuat. Aku bukan Muna yang lemah, seperti dulu.
Aku intai dia di balik langsir, dengan hati yang hancur. Biarlah aku tatap wajahnya buat kali pertama dan terakhir sepuas-puasnya begini saja.
Setelah aku pasti dia takkan dapat mengesan apa-apa perubahan pada wajahku, aku keluar bersama kotak itu.
Melihat kotak itu, Fakhri menggeleng sayu.
“Muna, don’t do this.” Pintanya.
Aku teruskan juga. Kotak itu aku hulurkan padanya, dan di atas sekali, glove pemberian nenek di Genting tempoh hari.
“Saya rasa awak kena ambil balik semua barang awak ni.”
Fakhri masih tegak. Enggan berganjak.
“Semua ni hak awak. bukan milik saya lagi, Muna. Awak simpanlah.” Pintanya.
Aku geleng laju dengan senyum kelat.
“Saya tak pernah anggap ini semua hak saya. Bagi saya, cuma pinjaman. Maaf, saya bagi harapan pada awak. tapi itu saja caranya. Dan saya mintak sangat, awak hormati permintaan saya ni. Tolong berhenti hubungi saya, dalam apa cara sekalipun. Kalau saya tau, mungkin…”
“Mungkin apa?”
Aku cuba menguatkan diri, menatap matanya yang sayu, sangat berbeza berbanding tadi.
“Saya akan terus menghilangkan diri, supaya awak dan saya takkan bertemu lagi.”
Dia terdiam. Sambil merenung isi kotak itu, dia menyambutnya perlahan.
Berat hatiku mahu melepaskan kotak itu, dan juga Fakhri, tapi aku yakin ini yang terbaik. Untuk semua orang.
Akhirnya aku lepaskan jua kotak itu yang kini sudah berpindah tangan.
“So…” aku mengulum kata, cuba memikirkan penyudah yang terbaik. Ya, aku kekok. Segala ayat-ayat yang teratur sebentar tadi dalam mindaku kini sudah berserakan, entah mana hujung pangkalnya.
Fakhri mendongak, merenungku sayu. Aku faham erti pandangan itu. Cepat-cepat aku larikan anak mata.
“Maafkan saya. Saya… perlu hentikan semua ini. Sekali lagi, saya tegaskan, tolong berhenti cari saya. Kita… takkan bersama.”
“Muna…”
“Fakhri, do me a favour, one last time. Respect my decision.” Ujarku tegas.
Bicaranya mati. Dia tertunduk seketika.
“Nampaknya, kali ni awak betul-betul serius.”
“Sebelum ni pun saya serius, cuma awak saja yang tak faham-faham bahasa.” Tingkahku.
Dia tersenyum, tapi jelas tidak seceria tadi. Dia mengundur selangkah. Tidak seperti jangkaanku, kotak di tangannya diletakkan kembali di atas lantai simen. Aku terkedu. Aku renung kotak itu dan dia silih berganti.
“Selagi kotak ni dengan awak, saya masih ada harapan, kan?”
Aku terlopong. What the fish?
“Tak apa, take your time. I won’t bother you. Take as long as you want, but when you are ready, let me know. I’ll come to you.” Yakin saja dia, macam selalu.
“Saya…”
Fakhri mengundur lagi. Seperti seorang tentera lagaknya (perasan betul!), dia mengangkat tangan kanannya dan diletakkan ke pelipis seraya menunduk hormat, sebelum berpusing menuju ke keretanya. Aku termangu-mangu seketika.
“Fakhri! Saya akan buang kotak ni!” ugutku.
Dia tersenyum nipis. Entah apa mimpinya, keyakinannya seolah-olah kembali, seperti tindakanku tadi tiada erti.
“Kalau awak nak buang, dulu lagi awak dah buang. Especially those gloves.”
Aku mengetap bibir.
“Saya akan tinggal je kat sini!” jeritku lagi.
“Suka hati awak. All yours.” Dia membuka pintu kereta Volkswagen itu, lalu masuk ke dalam kereta. Sebelum berlalu, dia membuat isyarat tangan seraya melaung dari dalam kereta,
“Call me! Bye!” dan dia terus berlalu, meninggalkan aku dan kotak itu dan isi-isinya. Kepala ikan lumba-lumba pemberiannya seolah-olah sedang tersenyum mengejekku.
Geram dengan tingkahnya, aku tinggalkan saja kotak itu di luar, di mana Fakhri tempatkannya.
Pulang saja adikku dari sekolah, dia menjerit-jerit dari luar. Malas aku mahu melayan. Aku teruskan menonton tv.
Akhirnya, dia masuk dengan kaki yang dihentak-hentak.
“Angah! Apa ni?” kotak itu di tangannya, dan diletakkan ke hujung kakiku.
Aku mengerling sekilas.
“Sampah.”
Dia bercekak pinggang.
“Sejak bila kita buang sampah tengah-tengah laman? Hah? Dah tak reti nak angkat ke tong sampah kat luar tu?” marah adikku yang seorang itu.
Aku buat dek saja. Bengang betul aku bila dikenang sikap Fakhri tadi. Aku ingat dia dah termakan dah. Sekali degil dia datang balik daa…
“Tolong buangkan.” Ujarku tanpa memandang adikku.
“Ceh. Buanglah sendiri!” dia terus mengatur langkah masuk ke dalam biliknya lalu dikunci pintu.
Aku tercengang-cengang.
“Acu! Bawak keluar balik kotak ni!”
“Bawak keluar sendiri la!” balasnya dari dalam.
“Acu!!!!!!”
“Tak nak!”
“Argh!” akhirnya, kutendang saja kotak itu, habis berhamburan semua isinya.
“Fakhri! Kenapalah saya jumpa lelaki gila macam awak??” jeritku sekuat hati.
“Diamlah! Orang nak tidur!” jerit adikku dari dalam.
Akhirnya, aku bingkas menuju ke bilikku. Kutinggalkan saja segala benda yang berhamburan di atas karpet begitu saja. Biar! Puas hati!
p/s: ada interview utk biasiswa esok. pray for me my frens and readers!!! ;)
alahai..
ReplyDeletefakhri ni..
memang semangat waja la..
gud luck ya sis
btul tu, semangat btul fakhri ni.
ReplyDeletenak nx entry.. =)
apapun, akak follow.................
ReplyDeletemmgla sweet si fakhri nie...=)
ReplyDeletenp sy xley nk bce first entry???
ReplyDeletesweet sgt...:)
ReplyDeletesweet nye fakhri...
ReplyDeletelawak2...hehe
ReplyDelete