About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, January 13, 2010

Anaknya, Anakku Jua 49

Mak Su dan Nisa' berpelukan erat, begitu rapat sehingga boleh kedengaran desah nafas masing-masing.

“Nisa', dah sihat?” soal Mak Su seraya merenggangkan pelukan. Ditenung Nisa' penuh kasih sambil diperhatikan Irfan.

Mala tidak bersama mereka. Dia Cuma datang ke hospital untuk membantu Nisa' mengemas. Kemudian, dia kembali ke pejabatnya. Irfan dan Nisa' ke rumah Mak Su sejurus selepas Nisa' dibenarkan keluar.

Nisa' angguk.

“Mak Su, terima kasih, tolong tengokkan Hana.”

Mak Su mencebik.

“apa pulak. Dia kan cucu Mak Su jugak…”

Nisa' tersenyum tawar.

Mak Su kemudian mempelawa mereka masuk, dan diberitahu perihal Hana yang baru saja tidur.

“Nisa'..” tiba-tiba Irfan mencelah.

Nisa' menoleh, seraya melabuhkan punggung di sofa.

“lupa pulak nak beritahu awak. semalam saya call abah dan ummi, mereka risau jugak bila dengar awak masuk hospital. Puas saya yakinkan mereka yang awak ok. Saya dah call lagi tadi, beritahu awak dah keluar. Abah nak awak call dia semula bila dah settle semua.”

Nisa' terdiam mendengar pesanan itu.

“ok..”

Cuma itu sahaja yang terkeluar dari bibirnya. Mak Su sudah ke dapur. Tanpa disedarinya, Irfan merenungnya lama.

“Nisa', awak ok ke?”

“hah? Ok.. kenapa?” menungannya mati.

“taklah, dari tadi awak menung je. Mala pun ada tanyakan pasal awak tadi.”

Nisa' diam kembali, sebelum dia memaksa satu senyuman buat Irfan.

“Mala tu ada-ada je. Saya ok lah. Dah sihat dah…” Nisa' menegaskan lagi.

Luarannya, dia ok. Tapi dalamannya? Nisa' sendiri tidak pasti tentang itu.

Irfan tidak membalas. Ada yang tidak kena dengan Nisa', tapi masakan Nisa' akan memberitahunya. Dia orang luar. Walau hakikatnya mereka suami isteri, zahirnya mereka begitu jauh. Jauh dari gapaian satu sama lain.

Nisa' makan tengahari di rumah Mak Su hari itu. Bersama Irfan dan Mak Su.

“awak dah mintak cuti?” soal Irfan, merujuk kepada kenduri mereka yang akan berlangsung dalam 6 hari lagi.

Nisa' angguk.

“mula bila? Berapa lama?”

Nisa' memaksa diri menelan nasi di dalam mulut untuk menjawab soalan itu.

“lusa. Seminggu je.”

“laa, kenapa seminggu je? Mintaklah dua minggu!” protes Mak Su.

Nisa' terpinga-pinga. Irfan turut terkedu.

“mana nak kenduri, nak cuti, nak honeymoon lagi. Kahwin ni bukan setahun sekali. Apa salahnya lama-lama sikit..” sambung Mak Su lagi apabila kedua mereka tidak memberi reaksi.

Tersedak Nisa' tiba-tiba. Dicapainya gelas air lalu diteguknya laju. Irfan berdehem perlahan. Cuba mengawal suasana. Lucu pun ada.

Nisa' menarik nafas dalam. Dipandang Irfan, Mak Su yang tanpa rasa bersalah dan tanpa sedarnya terus menyuap, benar-benar tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Irfan tidak menjawab atau menambah apa-apa lagi. Anehnya, dia terus senyap. Melihat Irfan seolah-olah berlagak tidak tahu, Nisa' turut menyuap nasi yang berbaki. Malas mahu menyambung perbualan itu lagi.

Entah kenapa, perasaannya tersentuh mendengar perkataan itu. Honeymoon. Akan adakah erti perkataan itu dalam hidupnya? Yang pasti, perkataan itu tidak wujud sama sekali dalam perkahwinan ini. Tidak sama sekali. Dan hatinya mengeluh kecil di luar sedarnya.

****

“Nisa', tidur sinilah malam ni.” Pujuk Mak Su lagi. Entah kali ke berapa dia memujuk Nisa' dengan ayat yang sama, dan jawapan Nisa' tetap sama. Gelengan dan penolakan. Alasannya?

“Nisa' kerja Mak Su. Baju semua di rumah. Esok Nisa' hantar Hana ke sini jugak. Tak apa lah. Biar Nisa' tidur rumah saja ya?”

Mak Su mengeluh kecil. Begitu keras hatinya, tidak selembut peribadinya dan luarannya. Nisa' memang tegas, itu tidak dinafikan lagi.

Irfan sedari tadi senyap di duduknya, dengan Hana di pangkuannya. Dia yang akan menghantar Nisa' pulang ke rumahnya. Mak Su memandang Irfan, seolah-olah menghantar mesej, “Irfan! Pujuklah Nisa' tidur sini!”

Irfan membetulkan duduknya.

“esok pagi, kita baliklah rumah awak. bukan jauh mana pun. Sempat je…” memahami pandangan Mak Su, Irfan mencuba nasibnya pula.

Nisa' tidak terus membantah, sebaliknya dia turut melepaskan keluhan kecil.

“lagipun, saya dan Mak Su ada sekali di sini, kalau apa-apa jadi, kami ada.” Irfan menambah lagi.

Nisa' menarik nafas dalam.

Itu yang saya tak mahu. Berada dekat dengan awak. hatinya bertambah rawan memikirkan dia akan duduk serumah dengan Irfan kelak. Bagaimana mungkin dia menahan pilu di hati apabila berhadapan dengan Irfan setiap hari dan menanti masa diceraikan??

“Irfan, Mak Su, please, fahami kehendak saya.. Saya berterima kasih sangat dengan awak, Irfan, sebab awak ada masa saya sakit. Awak memang banyak membantu saya. Tapi, tolonglah faham. Saya perlu balik rumah. Dan saya tak nak bebankan awak pagi-pagi esok nak hantar saya ke rumah pulak. Please…” rayu Nisa' lagi.

Mak Su terdiam sejenak. Dia terfikirkan sesuatu.

“oklah, kalau macam tu, Irfan tidur rumah Nisa' malam ni. Mak Su risaulah nak biarkan Nisa' sorang-sorang. Lagipun, ini bukan malam pertama korang tidur sekali. Mak Su pun tak kisah sangat. Dah halal, apa nak kisah.” Mak Su memberi kata putus.

Nisa' terpana mendengar cadangan itu. Irfan turut terkejut, dan melihatkan reaksi Nisa', Irfan sedar Nisa' tidak memerlukannya.

“betul jugak macam tu. kenapalah tak terfikir dari tadi..”

Nisa' menoleh pantas ke arah Irfan. Tidak mengharapkan jawapan itu akan keluar dari mulutnya.

Belum sempat Nisa' membantah, Irfan sudah bingkas.

“jom lah. Saya pun dah mengantuk ni.” Mak Su turut bingkas, dan jelas sekali kedua mereka sudah bersetuju dengan cadangan itu.

Nisa' turut bangun dan menurut langkah mereka dengan wajah yang masih ragu-ragu. Irfan tak menanti keputusannya. Kenapa? Ada rasa geram di situ.

Mak Su menghantar mereka ke luar, dan Hana diserahkan kepada Nisa' sementara Irfan memandu.

Sebaik kereta Irfan keluar dari pekarangan rumah Mak Su, Nisa' menoleh pantas.

“sabar. Jangan marah dulu. Listen to me first.” Belum sempat dia bersuara, Irfan pantas mendahuluinya.

Nisa' tidak jadi meluahkan fikirannya. Dia kembali tenang, seperti yang diminta Irfan.

“saya Cuma nak diamkan Mak Su je. Saya tau awak tak setuju, tapi kita tak boleh bantah di depan Mak Su. Betul tak?” akhirnya, Irfan menjelaskan tujuannya bertindak sebegitu rupa.

Nisa' menarik nafas lega. Irfan mengerlingnya sekilas.

“saya tau awak tak selesa kita berdua-duaan dalam rumah. Lagipun, rumah awak tu kecik. Saya pun tak jamin jugak.”

Nisa' pantas berpaling dengan mata yang dibesarkan.

“ops! Saya gurau je!” Irfan pantas membela diri. Dia tersenyum lebar.

Nisa' memandang hadapan kembali. Gurauan Irfan memberi erti lain padanya.

Dan selepas itu, Nisa' terus senyap, sehingga mereka sampai di bawah apartmentnya. Seperti hari itu, Irfan membantunya mengangkat semua barang ke atas.

“are you sure awak boleh manage yourself and Hana tomorrow?” Irfan bertanya lagi sebelum dia mengundurkan diri. Nisa' angguk pasti.

“what if I can’t? saya memang takkan benarkan awak tidur sini macam mana pun.” Nisa' tersenyum sinis.

Irfan jungkit bahu.

“saya boleh tidur dalam kereta. Not a problem at all.” Selamba Irfan membalas.

Nisa' menggeleng perlahan bersama senyum yang masih belum pudar.

“ok Mr Irfan. You may leave now, thank you.” Ujar Nisa', tanda mahu Irfan beredar.

Irfan menurut tanpa banyak bicara. Dia menuju ke pintu.

Seketika, Nisa' kaku apabila dia melihat Irfan sudah berdiri di muka pintu. Peristiwa tempoh hari berulang tayang di mindanya. Resah dan gelisah mula melanda. Peluh dingin sudah mula membasahi tengkuknya.

Nisa' menghampiri Irfan lambat-lambat. Teragak-agak. Dia sendiri tidak pasti. Adakah dia enggan diperlakukan begitu lagi? Atau, dia mahu peristiwa itu berulang?

Nisa' menghulurkan tangan dalam debar. Diciumi tangan itu dan dia menantikan sesuatu hinggap di lehernya namun hampa. Irfan Cuma menggenggam erat tangannya sebelum genggaman itu terlerai.

Irfan sudah berundur setapak ke belakang sebelum dia berpaling, meninggalkan Nisa' di situ, hampa dan kecewa. Pantas Nisa' menyedarkan dirinya.

Aku tak berhak menerima layanan sebagai seorang isteri. Aku akan diceraikan. Tempoh hari, itu semuanya kesilapan. Semuanya kesilapan. Kesilapan.

*****

Nisa' menongkat dagunya di meja. Sekeping sampul itu direnungnya. Bukan sampul yang menjadi perhatian, namun nama di atasnya. Dia melepaskan keluhan kecil.

Sebaik sahaja dia masuk ke pejabat pagi ini, dia menelefon bapanya bagi mengesahkan berita kesihatannnya dan jelas Haji Bustaman begitu risaukan dirinya. Begitu juga Hajah Rubiah. Ceria juga kedengaran dari suara mereka. Pastinya persiapan kenduri semakin banyak yang sudah siap.

Nisa' mengeluh lagi. Perhatiannya kembali pada masa itu.

Kad ini perlu diserahkan kepada tuannya. Walau apa jua akibat yang akan menimpanya kerana bertandang ke rumah itu lagi. Nisa' tekad. Dicapainya tas tangan dan sampul yang berisi kad kahwinnya itu.

*****

Salam diberi dan bersambut. Nisa' menanti penuh debar di luar rumah, di depan pagar.

“Nisa'…” suara yang amat dikenalinya kedengaran.

Puan Kamariah kelihatan teragak-agak di muka pintu.

“makcik apa khabar?” soal Nisa' separuh menjerit.

Puan Kamariah seolah-olah dibangunkan dari lamunan, dan tergesa-gesa dia keluar menuju ke pagar untuk menyambut Nisa'. Mereka berpelukan erat sebaik pagar itu dibuka.

“Nisa' sihat?”

Nisa' angguk.

“makcik?”

“makcik sihat.” Pelukan mereka direnggangkan.

“jomlah, masuk.” Pelawanya seraya menarik Nisa' ke dalam.

Nisa' menahan dirinya di situ, tidak berganjak.

“makcik, Nisa' datang ni, Cuma nak bagi makcik ni…” Nisa' menghulurkan sampul itu.

Puan Kamariah merenung huluran itu lama sebelum menyambutnya. Senyumnya ragu-ragu.

“apa ni?” soalnya.

Hatinya terasa berat untuk mengoyakkan sampul itu dan melihat isinya.

Nisa' tidak menjawab, kerana dia pasti Puan Kamariah tahu apa isinya.

Puan Kamariah mengangkat mukanya, memaksa mata mereka bertentang. Ada sayu di situ.

“Nisa'… dah nak.. kahwin?” soalnya lambat-lambat.

Nisa' angguk.

“maafkan Nisa' makcik.” Hanya itu yang mampu diucapkannya.

Puan Kamariah mengukir senyum tawar.

“tak, Nisa' tak salah. Makcik.. akan datang. insyaAllah…” dia memberi janji yang terasa begitu berat mahu dilafazkan.

Nisa' tersenyum nipis, terharu. Dicapai tangan wanita yang hampir sebaya ibunya itu. Digenggamnya erat.

“terima kasih makcik, dan maafkan Nisa', untuk semuanya!”

Mereka berpelukan lagi, dan kepiluan mula mengisi segenap ruang. Nisa' menahan air matanya dari jatuh, dan dia meminta diri pantas. Tidak mahu bertembung dengan Daniel.

Cukuplah hati kedua mereka masing-masing terluka. Cukuplah.

********

Hari yang dinantikan tiba jua. Nisa' sudah pulang ke kampong 4 hari sebelum hari ini. Mala tiba lewat dua hari. Irfan akan hadir bersama rombongan, dan mereka dijangka tiba pada jam 12 tengahari.

Hana sudah diserahkan kepada Mala sepanjang hari supaya persiapan Nisa' tidak terganggu. Hana menarik perhatian ramai sejak Nisa' dan Hana tiba di kampong tempoh hari lagi. Sanak saudara, jiran tetangga, yang hadir untuk acara rewang di rumahnya pasti akan bertanya. Jika tidak pada Nisa' secara terus, pada Hajah Rubiah, atau Haji Bustaman. Fazil juga menjadi sasaran. Dan atas permintaan Nisa', mereka semua diminta menjawab, “Hana anak kawan baik Nisa'.” Itu sahaja dan tidak ada jawapan lain.

Mujurlah semua orang berpuas hati.

Nisa' boleh menarik nafas lega. Harapannya kini Cuma satu. Bakar dan riani tidak akan datang dan membuat kecoh di kenduri ini nanti. Perasaan ummi dan abah perlu dijaga. Itu sahaja kemahuannya kini.

Sudah beberapa kali dipesan pada Irfan setiap kali suara mereka berlaga di corong telefon, agar Bakar dan Riani tidak hadir pada kenduri ini kelak. Bukan Nisa' tidak mahu menjemput mereka, namun dia bimbang dengan kesannya kelak. Dia pasti mulut mereka tidak boleh ditutup.

Dan Irfan menurut tanpa banyak bicara. Tak ramai keluarganya yang tahu tentang perkahwinan kali keduanya. Sengaja dia menyembunyikannya. Ini bukan yang pertama. Jadi tak perlu dikecoh-kecohkan.

Nisa' diandam segak dengan perhiasan dan baju pengantinnya yang dibeli dengan Irfan tempoh hari. Mala tidak habis-habis memuji. Begitu juga mereka yang lain yang berkesempatan melihatnya sebelum masanya dia keluar dari biliknya.

Nisa' Cuma tersenyum simpul. Ingatannya Cuma terarah pada hari di butik itu.

“wah, wah. Aku tengok kau ni, macam kahwin betul-betul pulak.” Komen Mala penuh makna apabila Cuma tinggal mereka bertiga di dalam bilik itu. Hana dalam dukungannya.

Wajah Nisa' memerah malu. Cuma mereka saja yang tau ertinya.

“mana ada! Ni sebab mekaplah!” dalih Nisa'.

Hakikatnya, perasaan yang wujud sebagai seorang pengantin baru itu benar-benar hadir, bukan diada-adakan, bukan juga ditempek oleh mekap mak andam. Lahir dari dalam dirinya. Masakan dia akan memberitahu Mala.

Mala mencebik.

“eleh. Kau ingat aku ni tak pernah tengok pengantin ek? Orang yang kahwin atas dasar cinta pun, serinya tak macam ni tau! Kau ni, macam ada apa-apa je?” korek Mala lagi.

Nisa' menggeleng laju.

“taklah Mala. It’s all natural ok.. Mungkin sebab fikiran aku tengah fikirkan kehidupan aku selepas ni, dengan Hana…” Nisa' cuba memberi alasan yang dianggapnya munasabah pada Mala.

“heh. Yelah tu. dengan Hana je ke?” usik Mala lagi.

“Mala! Of course dengan Hana je!”

“aku tak? Sampai hati kau…” rajuk Mala.

Nisa' pantas menguntum senyum. Ditarik Mala ke dalam pelukan, bersama Hana.

“Mala, kau kawan aku dunia akhirat. Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila!” Nisa' mengungkap janji.

Mala tersenyum bahagia. Dia turut gembira di sebalik kegusaran yang melanda jiwanya.

Bila agaknya Nisa' akan sedar tentang perasaan Irfan? Dan di luar sedarnya, dia mengeluh perlahan.

Riuh-rendah rumah Haji Bustaman bertambah rancak apabila kompang dipalu kuat menandakan rombongan pengantin lelaki sudah tiba.

Nisa' di dalam bilik resah sendiri. Pengapit Nisa', seorang sepupu di belah ibunya mengajak Nisa' keluar dari bilik bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki.

Mala turut mengiringi mereka keluar ke beranda. Nisa' Cuma menanti Irfan di atas, tidak turut ke bawah. Irfan begitu segak dengan sepersalinan yang berwarna sedondon dengan busana Nisa'.

Nisa' kelu melihat Irfan, sehingga Irfan sudah berdiri di depannya.

Dia malu sendiri apabila tersedar jemari Irfan sudah bertaut dengan jemarinya, seraya membimbingnya ke pelamin bertemakan warna keemasan.

Kala itu, riuh rendah di atas rumah kerana semua tetamu mahu melihat pasangan itu. Begitu secocok, bagai pinang dibelah dua. Ramai yang bersetuju tatkala mereka melihat pasangan itu.

Tiada tepung tawar, Cuma sesi bergambar di atas pelamin sahaja. Kemudian, mereka diiring ke bawah bagi acara makan beradap.

Debaran di dada semakin menggila apabila Irfan tanpa menanti disuruh menyudu nasi dan dibawanya ke mulut Nisa'.

Nisa' teragak-agak di situ. Terkejut dengan tindakan spontan Irfan dan juga resah dengan sorakan para tetamu.

Akhirnya, dia membuka mulutnya dan menerima suapan Irfan. Riuh-rendah suasana apabila mereka meminta Nisa' pula menyuap Irfan. Irfan ketawa kecil.

Begitu mudah semua ini baginya, Cuma itu yang bermain di fikiran Nisa'. Begitu mudah Irfan melakonkan wataknya. Dulu, semua ini juga mudah bagiku, tapi kenapa kesukaran itu semakin terasa?

Dicapai juga sudunya, dan disudu sedikit nasi. Disuakan ke mulut Irfan, dan kala itu, pandangan mereka bertaut. Walaupun Cuma seketika, saat itu terasa begitu indah, sehinggalah mata Nisa' tertancap pada wajah riang Sara, yang turut berdiri di belakang Puan Hasanah, bersorak gembira dengan tindakan Nisa' sebentar tadi.

Menyedari dirinya diperhatikan, Sara turut memandang ke arahnya, dan diangkat ibu jarinya menunjukkan isyarat bagus. Nisa' telan liur bersama senyum pahit. Isyarat itu kelihatan sebagai satu peringatan pada Nisa'. Irfan milik Sara. Sekilas, sayu mula menguasai dirinya. Irfan bukan untuknya.

******

Begitu meriah kenduri ini. Itu pandangannya sebaik dia mencecahkan kaki ke tanah sejuru selepas turun dari keretanya. Ibu dan bapanya sudah berjalan dahulu, meninggalkan dia seorang di belakang. Dia sedar, mereka mahu memberinya masa.

“kalau Daniel rasa tak nak turun, ibu faham. Ibu takkan paksa Daniel.” Lembut suara Puan Kamariah dalam usahanya menenangkan Daniel.

Perutnya tidak lapar. Dia juga tidak dahaga. Matanya meliar memerhati sekeliling. Mencari wajah itu yang amat dirinduinya, yang kini sudah menjadi milik orang.

Dari kejauhan, dia ternampak Mala yang sedang kelelahan mengendong seorang bayi. Hana. Daniel pasti itu Hana walaupun wajah kecil itu sudah berubah dari kali terakhir dia melihatnya. Comel. Cuma itu yang singgah di mindanya saat matanya tertancap pada wajah itu.

Daniel pasti ibu dan ayahnya sedang bercakap dengan Haji Bustaman dan Hajah Rubiah saat ini. Sejak ter’putus’nya pertunangan mereka, setahu Daniel mereka tidak pernah lagi bersemuka dan ini kali pertama. Di hari perkahwinan Nisa' dengan orang lain.

Kenapa dia hadir juga? Kerana dia mahu melihat wajah Nisa', mungkin buat kali terakhir sebelum dia memisahkan dunianya dari dunia Nisa' untuk selama-lamanya. Mungkin itu tujuannya. Mungkin.

Akhirnya pencariannya berakhir. Di satu sudut, Nisa' di sisi seseorang yang berpakaian sedondon warna dengannya, sedang beramah mesra dengan satu pasangan lain.

Itulah Irfan. Mereka kelihatan begitu sepadan. Itu hakikat yang terpaksa diakuinya.

Daniel menelan liur. Dia mahu bersemuka dengan mereka. Langkahnya diatur tenang menuju ke arah itu. Masanya tepat kerana apabila dia menghampiri, pasangan yang berbicara dengan kedua mempelai tadi sudah mahu beredar.

“assalamualaikum…”

Salamnya jelas mengejutkan kedua mereka, terutamanya Nisa' yang kaku dan kelu sebaik melihat Daniel.

“Daniel…”

Daniel menghulurkan tangannya kepada Irfan. Irfan menyambut tenang.

“tahniah! Semoga kekal ke anak cucu!”

Irfan tersenyum lebar, ikhlas menerima doa itu. Lain pula halnya dengan Nisa'. Padanya, itu adalah satu sindiran. Tak lebih dari itu.

“thanks.” Tidak ikhlas kedengaran ucapan terima kasih dari mulutnya.

“dah makan ke?” Irfan menyoal ceria.

Daniel angguk. Tipu semata-mata.

“dah. Kenyang dah. Dah nak balik dah ni. Tunggu mak dan ayah kejap. Diorang sembang dengan abah dan ummi kot…”

Irfan angguk bersama mulut melopong. Nisa' menggigit bibir. Panggilan Daniel pada Haji Bustaman dan Hajah Rubiah kedengaran lain nadanya. Apa tujuan Daniel?

Pada Nisa', dia tidak patut menggelar mereka dengan panggilan itu lagi, sekurang-kurangnya tidak di hadapan Irfan. Bagai mahu mencabar sahaja. Namun riak Irfan tenang. Tidak menunjukkan apa riak tidak senang dengan kata-kata Daniel.

“oh, saya ke sana sekejap ya. Nak jumpa seseorang.” Irfan meminta diri.

Nisa' termangu-mangu. Belum sempat dia menahan, Irfan sudah berlalu. Dia tahu Irfan sengaja memberi peluang mereka berbicara.

Daniel berdehem perlahan, membuatkan Nisa' berpaling melihatnya semula.

“you look great. In fact, awesome.” Puji Daniel.

Nisa' tahu pujian itu ikhlas dari Daniel. Dia tersenyum kelat.

“thanks. Saya ingat awak takkan datang..”

Daniel berpura-pura ketawa mendengar bicara Nisa'.

“kenapa pulak saya takkan datang? Ini hari bersejarah awak. dan saya nak jugak tengok sejauh mana awak akan pergi.” Nada sinisnya datang lagi.

Nisa' merenung Daniel tidak berkelip. Dia kemudian melarikan matanya, meninjau sekeliling. Bimbang ada yang mendengar perbualan itu.

“apa maksud awak Daniel?”

“Nisa', awak pun tau maksud saya. Sejauh mana awak nak tipu lelaki tu? hah? Selama mana awak nak berpura-pura menerima dia? Saya kesiankan dia, Nisa'.”

Nisa' menelan liur mendengar bicara tajam itu, menusuk terus ke ulu hati.

“Daniel, please. Saya tak nak cakap pasal ni.” Ujar Nisa' separuh merayu.

Daniel mendekatkan jarak antara mereka.

“Nisa', saya dah buat keputusan.”

Nisa' memalingkan mukanya, memaksa mata mereka bertentang.

“keputusan apa?”

Daniel melihat ke arah lain, dan Nisa' turut melihat ke arah itu. Irfan.

“kalau awak boleh terima dia sebab dia boleh terima Hana, I will do the same. Mintak cerai dari dia, dan saya akan kahwini awak. saya rela Nisa', asalkan saya bersama dengan awak.”

Bulat mata Nisa' seraya mendengarkan setiap patah perkataan yang terlafaz dari mulut Daniel. Ditenung Daniel tajam, lama. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Daniel turut menentang matanya.

“awak ingat saya tipu awak? tak Nisa', saya dah sedar kesilapan saya. Saya nakkan awak dalam hidup saya, dan saya juga terima Hana seadanya dia. Please, Nisa'?” suara Daniel sudah separuh merayu.

Menyedari mereka berdiri terlalu hampir, Nisa' pantas menjarakkan dirinya, dan dia cuba sedaya upaya memastikan riak wajahnya tidak begitu ketara. Bimbang mengundang prasangka tetamu yang lain.

Nisa' menarik nafas dalam, dan dia memaksa matanya menentang sepasang mata Daniel.

“Daniel, maafkan saya… Saya, tak boleh…”

“tapi kenapa? Dia cintakan awak, saya cintakan awak. dia terima Hana, saya juga akan terima Hana. Awak tak cintakan dia, dan awak tak cintakan saya…”

“wrong!”

Daniel terdiam.

“I love him, with all my heart.”

“Nisa'…”

“yes Daniel. This is the fact. I love him, very much. And even if kami bercerai, itu hanya akan terjadi kerana keadaan memaksa, dan bukan kehendak saya. Saya harap, awak faham.”

Pandangan mereka bertaut lama, sebelum Nisa' melarikan matanya dan mengatur langkah pergi meninggalkan Daniel terkesima.

Daniel benar-benar tersentap. Kerana akhirnya, dia dapat melihat semula cinta itu dalam diri Nisa'. cinta yang sekian lama terpendam, sejak dia dan Badri berpisah. Dan kini, cinta itu menyala semula. Kali ini untuk Irfan. Daniel tahu dia tidak salah lihat. Sinar mata Nisa' menceritakan semuanya. Dan ketegasan Nisa', mengukuhkan lagi bukti itu. Daniel menghela nafas dalam, sebelum dilepaskan semula. Lega. Bercampur pilu. Kerana Nisa' tetap tidak akan memandangnya. Lebih-lebih lagi apabila cinta itu sudah menemui penggantinya. Badri dan Irfan. Kedua mereka begitu bertuah.

Tekaannya salah. Patutlah Nisa' begitu marah tempoh hari. Dia memang layak ditampar.

Daniel turut membuka langkah tanpa arah tujuan. Yang pasti, bukan lagi ke arah Nisa'.

Tawa kanak-kanak menangkap cuping telinganya, dan dia menoleh. Hana lagi. Namun kali ini, bersama seorang wanita lain. Bukan lagi Mala.

Daniel mendekat.

“Hana kan?” ditunjukkan pada si kecil itu. Wanita yang bersama Hana mengangguk.

“ya. Ni Hana. Anak Nisa'.”

Daniel mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah mereka. Dia mengukir senyum nipis.

“anak angkat.” Ujarnya, lebih kepada berbicara sendiri.

Wanita itu memandangnya pelik. Namun dia tidak lagi bertanya. Daniel mencuit pipi si kecil itu yang merenungnya pelik.

“comel.” Puji Daniel.

Wanita itu angguk laju, bersetuju.

“menyesal saya tak terima dia dulu.” Keluhnya pula.

“hah?”

“oh, tak, tak ada apa-apa. Saya Daniel, kawan Nisa', selain Mala.” Daniel memperkenalkan diri.

Wanita itu tersenyum.

“saya Sara. Sepupu Irfan.”

Daniel melopong.

“oh…”

“kenapa oh macam tu?”

Daniel geleng bersahaja.

“nothing. Terkejut je.”

Sara tersenyum nipis. Lelaki ini aneh.

“awak suka budak ke?” soal Daniel lagi.

Sara angguk.

“haah. Comel. Lagipun, kerja saya memang menuntut saya supaya sukakan kanak-kanak.” Sara bercerita tanpa diminta.

“awak kerja apa?”

“di rumah anak yatim di Melaka.”

Daniel angguk lagi.

“oh…”

Sara tergelak kecil melihat Daniel melopong lagi namun dia tidak bertanya.

“nak dukung dia?”

Daniel kerut dahi.

“dia nak orang yang tak kenal ke?”

Sara angguk.

“saya pun baru jumpa Hana hari ni. Dukunglah.” Pelawa Sara.

Daniel menurut, dan tanpa sebarang penolakan, Hana Berjaya didukungnya. Daniel tersenyum riang. Sungguh dia menyesal kerana menolak Hana dulu. Kini Hana dan Nisa' takkan kembali lagi padanya. Sampai bila-bila.

9 comments:

  1. sedihnya..biar daniel dgn sara plak jd pasangan baru..best..best..

    ReplyDelete
  2. hohohoho...
    nak nisa ngnh irfan...
    nak cnta mrk brputik..
    best2 cmpt smbg..

    ReplyDelete
  3. padan muka daniel..tp mcm dia minatkn sara jer..

    ReplyDelete
  4. huhuhu..besttt...nisa' dah lafazkan...terimalaa hakikat nisa'...irfan tercipta untukmu..ahak..akak followww najah..nak lagi..hihi

    ReplyDelete
  5. whoaaaaaa..
    kenapa msih ade rasa serba slh dlm diri nisa' nieh..
    cube nisa' pikir tamak sket..
    irfan dan jdik suami awak..milik sah..
    isk2..sian kat irfan..
    sume orng dah sedar yg irfan cintakan nisa' n nisa' cintakan irfan..
    cume nisa' je yg tak sedar cinta irfan..
    susah2..
    harap2 la orng disekeliling dorang nieh tolong dorang..
    smbung2..

    ReplyDelete
  6. haha, daniel minat kat sarah la tu, cicuit...
    moga irfan n nisa' berkekalan lah bahagia dlm rumah tangga kalian...

    ReplyDelete
  7. erm..daniel ngn sara je la..
    lgpon sara bkn mkwe irfan pon..
    moge nisa n irfan kekal..
    best2..

    ReplyDelete
  8. wah..writer very da good job..!
    cepat smbung yek..
    nisa' plz dont clash with irfan..
    luv irfan very much..!
    caiyok irfan..! dont giveup..!!!
    daniel keep in touch w sara k..

    ReplyDelete
  9. lambat lagi ke sambung episod baru..

    ReplyDelete