Hei. Oh. Erm. Tak ada apa-apa. Sebenarnya...
Oh, serius, tak, ada apa-apa yang penting pun untuk aku cakapkan pada korang. Apa? Korang dapat teka? Oh. Ya. Erm. Jangan marah tau. Sebenarnya...
Erm, ya, aku dah tak berhubungan dengan Fakhri lagi sejak kes ‘bas’ hari tu. Ya, aku tak tipu. Dah berapa lama ya? Erm. Kejap.
Ok! Aku memang mengira hari yang berlalu! Ya. Aku mengaku!
Sebab apa? Sebabnya... tak payah berteka-teki ok... mesti korang dah tau sebabnya, kan? Ok, ok, aku memang dah terpaut pada dia! Damn!
Ok. Dah setahun 7 bulan 5 hari 7 jam 11 minit sejak aku kembali bekerja sebagai wartawan di sini. Tempat kerja baru, rakan sekerja baru, semuanya baru. Dan yang paling best, semua orang macam tak kenal aku. Hahaha. Ya, aku sangat suka dengan semua benda baru ni sebab sekurang-kurangnya, takkan ada apa-apa yang mengingatkan aku pada dia.
Yep. Kecuali... sekotak barang yang dah berhabuk di sudut bilik aku. Argh! Geram betul aku dengan acu! Kenapa dia dengki sangat dengan aku? Tak boleh ke dia tolong aku buang barang-barang tu???
Ok, dah bermacam cara aku cuba. Aku siap sorokkan kotak tu di kalangan barang-barang dia yang tak berguna dan yang dah memang confirmed masuk tong sampah, but in the end, guess what? Kotak tu bertapak kembali di bilik aku, somehow it ‘made it back’.
Akhirnya, aku ambil sikap tak nampak. Aku biarkan saja kotak tu di situ. Ok. Memang aku ter’jeling’ kotak tu kadang-kadang. Ok, bukan kadang-kadang, tapi selalu! Puas hati? Habis, dah kotak tu dalam bilik aku. Takkan aku nak pejam mata tiap kali masuk bilik. After all, that’s my room! Kotak tu patut cari bilik lain!
Apa aku merepek ni? Ya. Aku sudah tak waras.
Aneh. Dia memang senyap. Tak ada berita. Sangat pelik. Bila aku cakap tak ada berita, memang tak ada berita. Tak ada berita langsung pasal dia, dalam majalah, luar majalah, suratkhabar. Seolah-olah, dia dah lenyap.
Kejap. Entah-entah, selama ni, Fakhri yang menganggu aku tu, sebenarnya bukan manusia. Tolong jangan merepek. Cukup-cukuplah Muna. Yang pasti, kau menanti dia kan?
Ya. Titik.
Aku rindu dia. Titik.
Aku nak jumpa dia. Titik.
Titik, titik, dan titik. Noktah. Faham? Noktah maksudnya takkan ada apa-apa lagi yang berkenaan menyusul selepasnya. Faham? Sila rujuk kamus hidup aku. Harap maklum.
Baiklah. Ini ialah perbincangan serius. Aku memang rindukan dia. Tapi, semua perkara ni buat aku keliru. Tak mungkin. Mustahil lelaki macam dia nakkan aku. Dia orang kaya. Ah, korang pun dah tengok kan perbandingan aku dan dia? Dia ada segala-galanya, sedang aku?
Ya, aku bukan manusia yang menyedihkan macam ni dulu. Aku ceria, baik hati, tak kisah cakap orang, aku buat perkara yang menggembirakan aku, and that is, making my beloved ones happy, and keeping them happy. That was me.
Tapi itu dulu. Tak mungkin aku kembali macam dulu. Sebab aku yang dulu membuatkan aku menjadi sasaran yang lain. Sebab baik sangat. Aku dah bosan. Arwah abah sendiri perlekehkan aku sebab ‘baik’ sangat.
Bosan. Aku berubah. Dan kenapa aku jumpa dia bila aku dah berubah?
Kalau aku tak jadi macam sekarang, adakah dia akan tertarik pada aku? Entah. Kalau aku baik macam dulu, mesti dia takkan nampak aku. Entahlah.
Satu saja soalan. Masihkah dia ingat aku setelah setahun lebih tak bersua? Memang dia lenyap dan senyap macam tu je. Kadang-kadang aku termimpi besi buruk yang dia bawak ke rumah aku, dan tersadai di depan rumah sebab dia tak mahir bawak besi buruk tu. Serius.
Menyesal? Sikit je. Selebihnya, aku Cuma mampu berdoa dia dah berjumpa dengan gadis yang lebih layak dengan dia, yang lebih baik dari aku. Ya, aku masih Muna yang dulu. Baik. Aku tetap mendoakan dia.
Hei, menyayangi dan menyukai tak semestinya memiliki, kan? Manusia yang ingat hanya dengan melafazkan ‘Saya cinta awak’ dia akan memiliki orang yang dicintainya perlu diketuk kepalanya dengan tukul. Sebab dia perlu sedar, tak siapa pun memiliki sesiapa di dunia ni.
Aku seorang pengalah? Lantaklah. Yang penting aku bahagia, dan aku harap dia pun bahagia. Hidup dia akan lebih bagus tanpa aku.
Ah, sudah. Aku dah mabuk perkataan. Sebenarnya, skop kerja aku sekarang lebih luas dari dulu. Aku dah diberi kolum sendiri. Entah, mimpi apa editor bagi aku ruangan sendiri dalam majalah ni. Tapi bukan satu muka penuh pun. Cuma, erm, dalam 1/8 muka? Hahaha. Gelaklah. Aku pun tengah gelakkan diri sendiri.
Memalukan. Aku dibenarkan merapik dalam kolum tu. Duh. Dia ingat aku perlukan jurnal supaya aku tak jadi gila. Betul ke?
Muna, cut it!
“Muna, ingat, koktel malam ni.” Suara garuk Richard, editor aku mencelah ‘kolum lamunan’ aku yang sentiasa penuh bertulis dengan ayat-ayat minda aku yang menerawang. Kalaulah aku tak perlu taip apa yang aku tulis.
Tak ada ke mesin yang boleh takrifkan dan zahirkan apa saja yang bermain di minda? Kalau ada, mesti Obama takkan berpeluang langsung masuk politik.
“Tak pergi, tak boleh ke?”
Richard menggeleng ala-ala nyahnya. Ish, geli bulu hidung!
“No, my dear, all the press will be there. You should join the crowd, my dear.”
Aku menjatuhkan dahi tepat ke atas papan kekunci. Malas nak menjawab Richard.
Dan skrin monitor aku menunjukkan ‘kolum’ aku yang masih menunjukkan warna putih suci tanpa sebentuk coretan pun. Dah 3 jam aku temenung, dan di fikiran aku masih ada dia. Ada tak pemadam untuk ingatan? I seriously need one, at whatever cost!
Koktel. Ulangtahun syarikat ke apa entah, aku tak ambik tahu. Yang aku tahu, Richard wajibkan semua pergi. Koktel ni mesti ada ayam panggang, sotong bakar, udang bakar, itu saja yang aku fikir. Harapkan acu punya masakan? Mimpilah.
Dengan pakaian kerja, aku pergi juga. Oh, lupa nak cakap ya. Saya sudah ada lesen kereta ya. Tak mainlah pakcik driver kereta ‘panjang’. Dan aku dah ada kereta. Dengan ‘P’ besar-besar terlekat kat situ. Kereta Viva je. Tu pun acu dah senyum meleret bila aku cakap aku dah beli kereta. Bestlah dia, dapat menyelit dalam kereta aku kalau nak pergi mana-mana. Yelah, aku kan kakak yang baik?
Dengan bangganya, aku memandu ke tempat yang dimaksudkan Richard, berpandukan alamat yang aku hafal dalam otak. Hmm, aku pernah ke tempat ni. Sebab tu dengan yakinnya aku nak pergi sendiri.
Bencinya bila ada kereta ialah aku kena cari parking teruk-teruk dan bayar parking mahal-mahal. Argh! Tak suka! Kalau aku kaya, dah lama aku letak kereta aku depan bangunan dan jerit, ‘Valet parking!”. Baru puas hati aku.
Sampai di lokasi, aku tengok parking dah penuh. Yelah, bukan sikit press kat Malaysia. Melambak ok. Perut dah pasang lagu Korea, otak dah memainkan video Chef Wan membakar udang dan sotong. Aduh, baru teringat betapa laparnya aku. Memikirkan pasal kolum tu, tak teringat dah aku nak makan.
Restoran terapung tepi tasik. Sangat eksklusif. Aku pun melangkah ke pintu masuk. Belum apa-apa lagi...
“Muna!” aku menoleh.
Ria tersengih sambil melenggang ke arah aku. Aku sengih jugak. Satu saat je.
“Masih tak berubah. Nampaknya, you dah merajuk dengan I ya.”
Aku sengih lagi.
“Taklah, berubah angin maksudnya berubah tempat, kan? Kalau tempat yang sama taklah orang panggil berubah angin, betul tak? Baik sebut berubah pengudaraan.” Dalam selamba sinis aku terkeluar jugak.
Ria. Inilah sebabnya aku malas nak keluar ke tempat awam. Malas nak bertembung dengan mereka-mereka yang mengenali aku. Aku lagi rela terperuk menaip kolum dari keluar bertemu makhluk berjalan berkaki dua.
“You want a column? I will give you one if you come back to us.” Ria cuba memancing aku.
Dia ingat aku kebulur dengan kolum tu? Setakat 1/8 muka, taik gigi je.
Aku sengih saja dalam malas nak membuka mulut.
“Ria, aku hargai apa yang kau dah buat pada aku, tapi aku takkan balik ke situ. Erm, aku lapar. Aku nak cari makan dulu.” Aku cepat-cepat meminta diri.
Biadap? Biarkan. Hanya kerana dia bagi aku kerja dulu, dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia? Lupakan je lah.
Tanpa memandang sekeliling, aku menonong ke meja makan. Ambik pinggan, isi sebanyak mungkin ke dalam pinggan, ambik air minuman, dan cari tempat-tempat kosong yang agak-agak takkan ada orang datang menyibuk dan buat selera makan aku hilang.
Found it! Sebelah pasu bunga yang agak besar dengan tumbuhan yang sangat besar. Ada sebuah kerusi betul-betul kat situ dan orang lain macam tak kisah dengan kerusi tu. Yelah, diorang semua sibuk beramah mesra. Bila masa diorang nak tengok kerusi tu?
Aku pun duduk, dan makan sambil menjeling-jeling sekeliling.
Dalam diam, aku berdoa agar Amri tak datang ke majlis ni dan kalau dia datang pun, dia tak nampak aku. Aku harap pokok dalam pasu ni cukup besar untuk melindungi aku dari mata-mata yang mengenali aku. Dan, tetiba, adalah dua orang manusia ni bertenggek kat tepi pasu tu, di sebelah yang bertentangan dengan aku.
Rasanya, pokok ni memang cukup besar sebab aku rasa diorang tak perasan ada manusia sedang menikmati makan malam yang cukup enak di sebalik pokok ini.
“This is really boring..” komen minah pertama.
“Yep. Tak dinafikan lagi. Tapi apa boleh buat, bos aku wajibkan datang.”
Oh, ada jugak orang lain yang kena paksa datang eh?
“Tapi kau nampak tak tadi?”
“Nampak apa?”
“Alah, minah yang baru datang tadi. Entah mana dah dia pergi.”
“Siapa?”
“Alah, yang buat kontroversi dengan Tengku Fakhri tahun lepas tu. Yang tolak lamaran dia depan press lain.”
Erk. Serius udang ni melintang kat tekak aku, static. Air liur pun kering tiba-tiba, seolah-olah ada gurun dalam tekak aku. Rasa berpasir, dan ada perasa udang.
“Oh, minah tu ke? Hei, kau nak tau satu benda tak?”
“Apa dia?”
“Serius, ini rahsia tau. Kau jangan bagitau orang lain.”
“Ish, suspen je kau ni. Cakap je lah.”
“Aku pun tak taulah apa yang minah tu ada, tapi, sebenarnya, Tengku Fakhri upah wartawan tu untuk tulis rumour tu, supaya dia dapat buat press conference dan propose that girl.”
“OH, MY, GOD!”
OH, MY, GOD. Seketul udang tu aku telan, ajaibnya, aku tak tercekik pun.
“Seriously? Macam mana kau tau?”
“Eh, aku kan ada cable dasar laut, mestilah aku tau. Tapi ini rahsia tau. Sebab Tengku Fakhri dah bagi arahan supaya benda ni tak disebut atau ditulis lagi. If not...”
“Ok, ok, aku faham, tapi, kenapa minah tu? Dah tak ada orang lain ke dia nak cari? Macam aku ke, boleh tahan apa.”
Udang tadi macam nak melompat-lompat keluar balik dari perut aku. ‘Kenapa’ dia Tanya? Aku terus berdiri, menampakkan diri aku.
“Hai, do I look familiar?” tergamam dua-dua minah tu.
“Erm, kitorang... kitorang..” Found guilty.
Aku tersengih jahat.
”Jangan takut. As a matter of fact, I should thank you, both of you sebab dah sampaikan maklumat pada I. And I think I should attempt your question just now.” Aku mendekatkan diri dengan salah seorang minah tadi yang aku pasti orang yang mempersoalkan kedudukan aku sebentar tadi dengan pandangan yang Cuma aku mengerti.
Pinggan makan aku terus singgah ke atas kepalanya menjadikan kepalanya ‘kepala berhias bertema lautan’, membuatkan dia terjerit kecil, dan kami bertiga mula menjadi perhatian orang ramai yang hadir.
“Why me? Because I’m not a bitch. And why not you? Because you’re worse than a bitch.” Dengan itu, aku hadiahkan segelas air sirap kepada temannya yang memerhati dengan mulut terlopong sebelum berlalu pergi dengan hati yang puas.
Sebelum aku melangkah keluar dari ruangan itu, aku terdengar sayup-sayup suara Richard dari belakang memanggil namaku, dan kalau tak salah, Ria juga melaung namaku.
Tanpa menoleh, aku mengangkat tangan seraya menjerit sekuat hati.
“I QUIT!”
Dan aku terus mendapatkan keretaku, memandu pergi dengan seribu satu persoalan bermain dalam fikiran.
Fakhri upah penulis tu untuk buat cerita supaya dia dapat buat press conference dan melamarku? Merapu betul. Tapi takkan diorang suka-suka buat cerita. Mustahil.
Aku perlukan jawapan. Dan sekarang baru aku sedar. Aku tak ada cara untuk hubungi Fakhri sebab selama ni, dia yang akan mencari jalan menghubungi aku.
Aku terduduk kat situ. Fakhri, macam mana saya nak cari awak?
As strange as it is, tak ada langsung berita pasal dia. Seolah-olah, dia dah dibawa angin lalu. Seolah-olah, dia tak pernah wujud, macam dalam mimpi.
Tapi, mungkin ada seseorang yang tau di mana dia sekarang. Kelam-kabut aku capai telefon.
Tolong jawab, Amri, aku perlukan kau sekarang.
“Hello,” YES!
“Amri!”
“Erm, ya, hai Muna, apa halnya? Apa mimpi awak call?”
Ouch!
“Sorrylah sebab dah lama menyepi.”
“OK, saya kena dengar dulu tujuan awak call saya sebelum saya maafkan awak.”
Aku telan liur. Will he change his mind after hearing my reason?
“Saya, erm, ok, straight to the point. Awak tau cara nak hubungi Fakhri?”
“Oh.”
“Amri, sorry tapi saya dah tak ada cara lain atau orang lain yang boleh saya tanya.”
“Tak ada cara lain? Awak tak baca paper ke?”
Paper? Kenapa dengan paper?
“Baca, kenapa?”
“Kalau awak baca, mesti awak tau esok dia buat press conference di Hilton. Dia baru bukak company baru.”
Ye ke? Kenapa aku tak tau apa-apa atau dengar apa-apa pun?
“Bila?”
“Petang kot.”
Bagus!
“Amri, thanks a lot! I owe you!”
“Sure you do, Muna.”
“Amri, I’m sorry but I mean it. Thanks.”
“OK. Good luck.”
Good luck? Apa maksud dia? Aku akan gagal mencari tempatnya esok? Atau Fakhri takkan layan aku lagi setelah setahun lebih menyepi? Atau dia tipu aku? Talian dimatikan. Apapun, esok aku akan ke sana.
Hilton. Argh! Destinasi terakhir aku akan pergi dalam dunia sebab ianya dipenuhi dengan penyakit ‘orang kaya’. Nak tak nak, kena jugak pergi dan masuk. Ini mungkin satu-satunya peluang aku untuk mendapat jawapan.
Ok. Itu Cuma alasan. Aku nak menatap wajah dia. Puas hati? Macam mana korang boleh baca isi hati aku ni? Aish!
Entah bagaimana, aku Berjaya mendapatkan parking kereta walaupun agak sukar nampaknya untuk aku mendapat parking kerana nampaknya, ramai betul manusia yang membanjiri hotel ini. Pelik. Kerana press conference tu ke? Boleh jadi.
Aku tak perlu bertanya pada orang ramai lokasinya kerana terpampang di depan aku besar-besar satu banner yang agak eksklusif dan memaparkan segala maklumat mengenai press conference yang akan diadakan. Dan mudah saja untuk aku pastikan tempatnya kerana walaupun aku jarang ke sini, tapi aku pernah ke sini sebelum ini untuk membuat liputan.
Yeah, I’m not an anti-social after all.
Di luar bilik yang bakal menjadi ‘tempat kejadian’, aku kaku di muka pintu. Aku hela nafas panjang. Ya, aku akan bersua kembali dengan dia setelah aku menolak dia. Dan kali ini, aku yang mencari dia. Ya. Muna, inilah masanya.
Masa untuk apa, aku pun tak pasti.
Dalam masa yang sama, aku perasan keadaan agak sunyi di luar bilik ini. Kenapa ya? Ah, pedulikan.
Aku tolak pintu perlahan-lahan, dan... sekejap.
Aku sedang berdiri di muka pintu bilik dengan lampu malap, dan walaupun keadaan agak malap, aku masih dapat melihat dengan jelas. Bilik itu kosong. Ya. Kosong.
Di depan aku, hamparan permaidani yang sangat cantik menanti untuk dipijak.
Ok. Salah bilik. Aku mahu berpaling apabila aku dengar namaku disebut. Oleh suara yang sangat aku kenal.
Masa tu, aku rasa jantung aku macam nak tercabut. Aku tahu, dia ada di situ. Bila aku berpaling, dia akan menyambut aku dengan senyuman.
Aku berpaling kembali, hampa. Tiada apa atau sesiapa di depan aku. Bulu romaku mula meremang.
Baru saja aku terfikir aku perlu berjumpa doctor kerana aku sudah mula berhalusinasi tentangnya, ruang itu tiba-tiba menjadi cerah. Mata aku terkelip-kelip, cuba menahan cahaya lampu yang memanah ke dalam mataku secara tiba-tiba. Baru aku perasan, dan aku terkedu seketika.
Di atas permaidani di depanku, bunga ros bertaburan di setiap sudut, tetapi ada satu bahagian yang kosong, membentuk satu laluan dari tempat aku berdiri ke hujung bilik, dan di situ, aku pun tak pasti apa sebenarnya benda tu, tapi ianya seolah-olah sekeping papan putih, macam papan tanda.
Tanpa sedar, aku melangkah ke arah papan itu. Dan aku bertambah kelu. Di atas papan itu, gambar-gambar aku bertindih di atas satu sama lain. Gambar aku sedang bekerja, gambar aku sedang minum air di pantry, gambar aku sedang menongkat kepala kerana pening memikirkan apa yang hendak ditulis di kolum aku, gambar aku keluar dari kereta, di depan rumah dengan acu, membeli-belah dengan acu, gambar aku bercakap dengan rakan sekerja, dan... gambar aku semalam. Di sudut itu, di balik pokok, sedang menyuap sotong bakar.
Banyak lagi gambar lain di situ, dan di bawahnya pula, semua keratan kolumku selama aku mula menulis ada di situ, bertindih di atas satu sama lain, seolah-olah membentuk satu garis masa. Ya, sejak aku mula berkerja. Bukan. Sejak aku bertegas untuk berhenti berjumpa dia.
Tanpa aku sedar, pipi aku dah basah. Entah kenapa dan sejak bila aku menangis, aku tak pasti.
“Muna.” Aku terkesima mendengar namaku dipanggil sekali lagi. Kali ini, aku amat yakin. Dia di belakangku.
Cepat-cepat aku kesat air mata yang masih tidak berhenti. Aku memusingkan badan, dan dia di situ. Tersenyum nipis. Masih kacak dan kemas, seperti kali terakhir kami bertemu.
Kami berpandangan, dan untuk seketika, aku kelu.
“Saya takkan tanya khabar awak atau apa yang awak buat sekarang sebab... awak pun dah tengok. Saya tau semuanya tentang awak. Dan saya tau awak dah berhenti kerja.” Ujarnya tenang, dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar.
Aku turut tersenyum nipis.
“You, young man, are a stalker.” Sindirku dengan suara yang agak serak.
“OK, saya tak jangka itu yang akan keluar dari mulut awak setelah 1 tahun 7 bulan 6 hari 6 jam dan...” dia menjeling jamnya sebelum menyambung, “37 minit kita tak berjumpa. Tapi tak apa, I’ll take that as a compliment.”
Aku tergelak kecil. Dia turut mengira detik dan saatnya, macam aku. Oh, Tuhan.
“Kenapa awak buat semua ni?”
“Awak tahu sebabnya. Cuma kali ni, awak sendiri cari saya. Bukan saya yang cari awak. Jadi, awak yang salah kalau pertemuan kita kali ni tak menyenangkan awak.”
“Bila pulak saya cari awak?” cepat aku berdalih.
Dia tergelak kecil.
“Oh Muna, jangan main tarik tali dengan saya. I know everything.”
Aku terdiam. Semuanya? Dia tahu semuanya?
“Apa yang awak tahu?” soalku pantas.
“Apa yang awak nak tahu?” cepat dia menyoalku kembali.
Aku menggigit bibir.
“You set up the press conference?”
Dia tidak terus menjawab. Sebaliknya, dengan muka selamba, dia bertanya pula.
“Which one? This one or the last year one?”
Aku tergelak kecil. Obviously semua ni kerja dia.
“Tapi kenapa? Awak... awak tak perlu buat semua tu susah-susah, Fakhri. Dan... membazir.”
Dia masih tersenyum.
“Sebab the girl I love that I’ve been chasing is very hard to please?”
Aku tergelak kecil.
“Dan awak tak pernah mengalah, nampaknya.”
“Macam yang awak tengok, never.”
Kedua kami terdiam seketika. Aku benar-benar tak tau apa yang patut aku katakan sekarang. Gembira? Ya. Tapi aku lebih kepada aku terkejut. Ini perangkap rupanya. Perangkap dia.
“Muna..”
“Amri pun terlibat?” cepat-cepat aku memotong sebelum dia menghabiskan ayatnya. Aku tau apa yang dia nak cakapkan.
Tapi, terus-terang aku cakap, walaupun aku betul-betul rindukan saat-saat dulu, tapi semua ni sangat mengejutkan, dan aku belum bersedia untuk mendengar ayat itu.
Dia melepaskan keluhan kecil. Masih tersenyum.
“Everybody.” Jawabnya ringkas.
“Everybody? And just who is that, everybody?” Apa maksud dia? Kali ni, aku betul-betul ingin tahu.
Dia jungkit bahu.
“Well, almost everyone you know. Your officemates, your boss, Amri, along, acu...”
“Kejap, kejap. Along? Awak cakap, along?”
Dia angguk.
“Along yang paling banyak membantu saya selama ni.”
“Acu pun?”
Dia angguk lagi.
“Tak mungkin!” aku terjerit kecil.
“Saya tahu awak mungkin akan rasa, dikhianati tapi saya terpaksa sebab awak sangat degil. Dan rakan sekerja awak? Diorang taklah membantu sebenarnya, tapi saya bayar diorang.”
“Untuk apa?”
“Supaya tak sebut apa-apa pun pada awak tentang saya, dan peristiwa lalu, atau bertanya pada awak.”
Ok. No wonder.
Aku ternganga di situ. Aku betul-betul tak percaya dengan apa yang aku dengar.
“Fakhri, awak betul-betul... serius?”
“Yep! Kan saya dah cakap sebelum ni? Saya takkan mengalah, Muna. Sebab saya tahu, awak tak bencikan saya, Cuma awak takut untuk menerima hakikat yang saya betul-betul nak awak dalam hidup saya.”
Aku hilang kata.
“Tapi Fakhri...”
“Muna, saya tahu kenapa awak cari saya. Well, sebenarnya saya tak jangka kita akan bertemu secepat ni. At least, this is not what I planned, but thanks to ‘those two women’, we’re here now, and thanks to Amri too, for helping me making up this whole ‘press conference thing’.”
Aku terdiam seraya menunduk. Apabila aku mendongak kembali, dia berdiri betul-betul di depan aku, dengan kotak biru yang sangat aku kenali. Dihulurkan kotak itu padaku, tapi ianya masih bertutup. Aku memandangnya tak berkelip, bingung.
“Muna, esok, press conference yang sebenar akan berlangsung, tapi bukan di sini, di tempat kita bertemu untuk pertama kalinya.”
Aku menelan liur.
“Ambil cincin ni, dan esok, saya harap awak akan datang dengan memakai cincin ni. Kalau awak tak datang...” mata redupnya memandang aku lama kala itu.
“Saya anggap semuanya dah berakhir. Dan saya janji, saya takkan kacau awak lagi.”
Kenapa aku rasa takut dengar ayat dia yang last tu?
Aku sambut kotak itu.
“Satu saja harapan saya, Muna.”
Aku menanti.
“Jujurlah dengan diri awak. Jangan seksa diri sendiri. Tak guna awak tenung saja kotak tu hari-hari tanpa awak tetapkan betul-betul apa yang awak nak buat dengannya.”
Ni mesti kerja acu. Aku balik nanti, siaplah dia.
“Saya harap, awak akan datang esok. Saya akan tunggu awak.” Dia tersenyum lagi, namun kali ini, senyuman itu tidak semanis tadi.
Terganggu dengan semua itu, aku menghela nafas dalam.
“Apa kata kali ni, kita biar takdir yang tentukan?”
Berkerut dahi dia mendengar kataku.
“Takdir yang tentukan?”
Aku tersenyum.
“Selama ni, selain dari pertemuan kita yang pertama, awak yang atur semuanya, kan? Di mana saya ada, awak akan pergi, orang di sekeliling saya, semuanya dalam kawalan awak. Dan seperti yang awak tahu, ya, saya memang berharap agar saya dapat katakan ‘Ya’ pada awak dengan mudah, tapi hati saya masih sangsi.”
Aku menggenggam kotak baldu itu erat.
“Dalam perjalanan saya pulang ke rumah, ada 15 lampu isyarat.”
Jelas dia pening dengan apa yang aku mahu katakan sebenarnya, tapi dia masih sabar menanti.
“Kalau semua lampu tu hijau, SEMUANYA, saya akan hadir esok. Saya janji. Kalau tak...”
“Awak takkan datang.”
Aku angguk.
Kejap. Apa aku buat ni?
“Jadi sekarang, semuanya dalam tangan Dia. Saya harap, awak biarkan saja semua berjalan seperti biasa malam ni tanpa apa-apa campurtangan...” aku memberi amaran.
“Dan tunggu dan lihat saja apa yang akan jadi esok. Boleh?”
“Muna, macam mana kalau kebetulan satu lampu atau semua lampu merah?”
Aku tersenyum kelat.
“Makanya, kita tak ada jodoh, dan macam yang awak dah janji, awak tak boleh mungkir janji awak. Lupakan saya.”
“Tapi boleh ke awak lupakan saya?” kami berbalas pandang, dan jelas dia mahu aku ubah fikiran.
Aku mengetap bibir.
“Saya akan buang kotak tu, malam ni jugak, kalau saya tak perlu hadir esok.”
“Muna, this is crazy!”
“Bye Fakhri. And thanks.” Aku terus melangkah melintasinya yang masih terpacak di situ.
Oh tidak! Tolonglah lampu! Semua hijau! Tolonglah!
Lama aku di dalam kereta, mengira-ngira saat terbaik untuk aku keluar dari parking, supaya semua lampu akan hijau. Kalau ada yang merah? Muna, promise you’ll not break you own oath!
Aku menghela nafas dalam, dan dengan itu, enjin dihidupkan, dan aku tau, tonight is going to be a very long night.
Hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, hijau, dan.........
*
**
***
****
*****
******
*******
********
*********
**********
***********
************
*************
**************
***************
**************
*************
************
***********
**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*
Gotcha!
Sebulan kemudian....
Hari pertama aku sebagai seorang isteri. Kepada siapa? Mestilah korang dah tau kan. Yep. TFTA.
Kami baru selesai solat Subuh bersama dan aku sedang mengeringkan rambut yang basah di depan cermin bilik air apabila dia memelukku dari belakang seraya menghadiahkan ciuman mesra ke pipiku.
Ya, aku tersenyum bahagia kerana aku sudah tak takut lagi. Apa pun yang bakal berlaku, aku akan hadapinya, dan aku yakin, suamiku takkan meninggalkanku.
“Wahai suamiku yang tersayang, rambut Muna basah ni. Boleh pergi jauh-jauh sikit tak?” ujarku mengusik.
Dari refleksi di cermin di depanku, aku dapat melihat dia tersenyum lebar.
“Tak apa. I want to cuddle you for the whole day today.” Bisiknya ke telinga kananku.
“Don’t worry. Muna takkan lari ke mana-mana.” Of course! Hari pertama sebagai suami isteri.
Pelukannya bertambah erat.
“Nak tau satu rahsia tak?” ujarnya lagi.
“Apa dia?”
Dipegangnya bahu kedua bahu aku lalu dipusingkan badanku menghadapnya membuatkan aku terpinga-pinga sebentar.
“Ingat tak hari pertama kita date tanpa nenek?”
Aku terdiam, cuba mengingat.
“Date? Itu bukan date lah.” Aku membetulkan. Pada aku, itu bukan date. Kerana aku tertidur dalam bas!
“Alah, pada abang, itu tetap our first date.”
Aku memuncungkan mulut.
“Yelah, kenapa dengan hari tu?”
Dia tersengih lebar. Macam ada yang tak kena je.
“Sebenarnya, kita tak sampai Klang pun.”
“What? Muna tak faham.”
Dia tersengih lagi.
“Bila Muna tidur, abang arrange for another bus to come and I transferred semua penumpang lain kecuali kita. Dan patah balik ke rumah Muna.”
Aku ternganga.
“Patutlah!” ujarku geram.
“Sebab abang rasa kesian pulak nak teruskan ke Klang bila Muna dah tertidur macam tu. I have to do that. Lagipun, bosanlah dalam bas bila tak ada orang nak bersembang.” Aku tau dia memerli aku.
Cepat-cepat aku ketam lengannya. Dia menjerit kecil.
“Oh, tak habis-habis menipu ya? Apa lagi yang abang tipu Muna? Malu betul Muna tau, bila fikir Muna tertidur sampai tak sedar apa-apa.” Muncungku sudah sedepa.
Patutlah sekejap betul perjalanan hari tu. Naluriku tak silap.
Dia meraih pinggangku mesra, cuba memujuk.
“Muna bulan abang, dan akan sentiasa jadi bulan abang.” Bisiknya ke telingaku.
“Bukan bulan bintang ke?”
“Bila abang fikirkan balik, you’re actually my moon. Only my moon.”
“Habis, bintang tu siapa?”
“I’m your stars. Eventually, wherever you go, I’ll always be around you, in disguise, in everyone. Kan?”
Aku tersenyum lebar. Mengenangkan satu perkara.
“Except for once.” Bantahku.
“Bila?”
“Muna pun dah buat sesuatu yang memungkinkan kita berada di sini sekarang. I lied.”
Berkerut dahinya.
“About what?”
“The traffic light.” Aku tersenyum lebar.
Dia terdiam sambil memandangku lama.
“Maksud Muna...”
Aku angguk.
“Yep. Ada satu yang merah, but I refuse to accept it. So I went to Genting.”
Dia memelukku erat dan aku tergelak kecil. Dia merapatkan dahinya ke dahiku, dan nafas kami mula bersatu.
“Bad girl. Abang tau Muna akan terima abang, dan abang bersyukur kita dah disatukan. Thanks Allah for that, and you know what?”
Aku menolaknya perlahan.
“Alah, takkan ada lagi benda yang Muna tak tau?” geram pulak aku bila kejutan demi kejutan diberikan.
Dia tersenyum lebar seraya menarik aku ke dalam pelukannya sekali lagi.
“A lot. I love you.”
Sebaris ayat terakhir itu membuatkan aku tersenyum lebar. Aku turut memeluknya erat.
“I love you too.”
Tanpa disedari, air mataku menitis. Aku memejamkan mata erat-erat, dalam pelukan suami tersayang, ia hari paling bahagia dalam hidupku.
Aku sayang dia, dan hanya dia. Babah, tengoklah, Muna pun dah kahwin. Dan Muna akan sentiasa berdoa agar kebahagiaan milik kami, selama-lamanya.
‘I love you, my stars.
From,
Your only MoonA.’
whoaaaaaaa
ReplyDeletesangat sangat sangat sweet.
sukee.
=D
^________^
ReplyDeletesuka sangat2. senyum lebar smp ke telinga
hehe
besttt..
ReplyDeleteSgt2 sweet....:) :)
oho..
ReplyDeletehepi ending..
babah..muna da pandai lie..
hikhikhik..
gud luck ya
wah npe cam cket je..
ReplyDeletemane nenek?
hihihi..
best sgt citer nih.. buat la citer lain lg.cpat2 skit.hikhikhik
ReplyDeleteswit~
ReplyDeleteso sweet...ijau..ijau...ijauuu tettttt...
ReplyDeletelike this..:)
ReplyDeletesweet sgt.....bru bc...5 star la
ReplyDeleteseronoknyaaaaa ;)
ReplyDeletesuka suka suka
ReplyDeletetahniah :D
suka hero n heroin... hehehe
ReplyDeletesweet...xbptus asa...ska la...hehehe
ReplyDeletewuhuuu..
ReplyDeleteda la kaye baek lak tuh..
untung...untung..untung...
:)
nape best sgt cter ni...so sweet!!
ReplyDelete