About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, February 27, 2011

Bulan Bintang 3

Ria melihatku tak berkelip. Aku tau sukar untuk dia percaya di tangannya sekarang ada surat peletakan jawatanku. Ya, aku mahu berhenti. Sudah-sudahlah apa yang berlaku. Aku tak mampu lagi menerima kejutan. Biar aku pulak bagi kejutan pada orang lain.

You won’t regret this?”

Aku geleng.

“Saya yakin saya takkan menyesal. Ria, I thank you for everything. Tapi dah sampai masanya saya berubah angin.” Alasan. Semua alasan.

Ria masih mengerutkan dahinya, tapi akhirnya dia mengalah.

Alright. But you know I’m always here to take you back in, don’t you?”

Aku angguk. Aku yang dah tak rela kerja di sini. Dan aku tau sekali keputusan diambil, aku takkan berpatah balik.

Semuanya kerana peristiwa 3 hari lepas. Aku tak lena tidur. Mandi tak basah. Makan tak kenyang. Aku tak tenang. Bagai semuanya mimpi, aku cuma mahu tersedar dan kata, ah, semuanya mimpi. Lega…

Semuanya kerana encik Fakhri. Tapi aku rasa lega. sekurang-kurangnya dia tak lagi mencari aku selepas peristiwa bersejarah dan memalukan itu. Aku dah tak ada rasa apa-apa. Aku sedar mata memandang ke mana aku pergi, tapi aku abaikan.

Amri? Dia dah bersedia ‘menyambut aku dengan tepung tawar’ tapi cepat-cepat aku jelling dia setajamnya dan tak endahkannya maka semuanya tergendala. Lega.

Ini saja yang aku perlukan. Diri aku yang dulu. Kebaikan aku masih disalah erti. Memang menyakitkan hati. aku manusia biasa. Tak layakkah aku dapat cinta ‘biasa’?

Cuma ada satu masalah besar. Aku pasti setelah wajahku keluar di tabloid dan berita-berita hiburan tanah air, aku kurang pasti ke mana harus aku pergi dan memohon kerja.

Takkan aku nak minta along carikan lagi. Sudah-sudahlah.

Satu-persatu barang aku masukkan dalam kotak sederhana besar, sebesar pemeluk aku. Atas meja, bawah meja, dalam laci. Dalam laci.

Laci bawah sekali. Ada topi beruang kutub, dan sepasang glove. Memori sebulan lalu menerjah minda. Antara perkara yang betul-betul aku tak boleh fikir kenapa aku buat macam tu ialah aku tak tanggalkan langsung topi dan glove sejak aku mengamuk dengan Fakhri hinggalah Amri ambil aku, dan aku tertidur.

Bangun tidur, bagaikan terjaga dari mimpi buruk, baru aku teringat nak tanggalkan semuanya. Memalukan. Entah Amri fikir apa, aku tak tahu.

“Benda-benda tu…” suara Amri mengembalikan aku ke mejaku.

Pasti dia dah tahu aku mahu berhenti. Notis satu hari saja. Aku tak kira.

“Fakhri bagi, kan?”

Aku pegang topi dan glove di kedua-dua tanganku. Aku pandang kedua tangan silih berganti.

“Boleh tolong aku?” Amri angguk.

“Tolong apa?” aku pasti sekarang dia sudah faham aku tak mahu apa-apa perkara lepas disebut-sebut lagi, dan aku sangat bersyukur dia mendiamkan dirinya.

Aku hulurkan topi dan glove padanya. Riaknya terkejut.

“Kau bagi aku?”

Aku geleng.

“Tolong buangkan dalam tong sampah besar kat depan bangunan ni, boleh?”

Amri pandang aku tak berkelip. Lama kemudian, dia geleng.

“Kalau kau nak buang memori kau dengan dia pun, kau patut lakukan sendiri. Kalau kau mintak aku buangkan, maksudnya kau tak jujur dengan diri sendiri. Kau tak sanggup buang sendiri, dan kau tak nak rasa bersalah dengan perbuatan kau. Itu pentingkan diri namanya, Muna.” Bicara Amri menyentapku.

Kami berpandangan lama. Akhirnya, aku mengeluh perlahan.

Aku terduduk di situ, dengan benda-benda itu masih di tanganku.

“Muna, aku tak faham satu benda je.” Dia menarik kerusi kosong berdekatan lalu duduk di depanku.

Aku angkat muka.

“Apa dia?”

“Aku pelik. Kenapa kau tolak dia? Dia lelaki kaya Muna. Dan takkan ada perempuan yang akan menolak dia.”

Aku ukir senyum tawar.

“Sebab aku bukan perempuan kot?”

Amri memuncung.

“Muna, aku serius ni.”

Aku tegakkan duduk sambil menjungkit bahu.

“Entah. Aku…”

“Kau betul maksudkan apa yang kau cakap hari tu? Kau memang kecewa bila dia buat macam tu pada kau? Tapi itu sangat romantik, ok? Siapa yang mampu buat press conference semata-mata untuk melamar? Itu satu dalam sejuta! Yelah, kat Malaysia jelah maksud aku. Tapi… that’s ridiculous. Aku… aku tak faham la kau ni.”

Aku jungkit bahu lagi.

“Tak perlu faham. Apa yang aku cakap, aku maksudkannya. Titik.” Aku bingkas dan kembali mengemas.

Lagi lama bercakap, pasti kelemahanku akan terdedah. Dan aku sudah tak boleh menerima apa-apa tamparan lagi. Fakhri yang terakhir.

Ya, dia orang terakhir akan buat aku rasa begini.

Amri menawarkan bantuannya untuk menghantar aku pulang hari itu. Aku bersetuju saja kerana pasti takkan menyeronokkan menaiki kenderaan awam dengan barang penuh di tangan.

Lagi pula, aku tak merancang untuk bertemu dengannya lagi di masa depan. Semuanya perlu dipadamkan. Aku takkan tinggalkan apa-apa pun untuk dikenang.

Sampai di rumah, adik bongsuku yang berumur 17 tahun mendekat.

“Betul angah dah berhenti kerja?”

Aku angguk. Kotakku diletakkan saja di ruang tamu. Dia mula menyibuk di situ, membelek-belek isinya.

“Apa ni?” diangkatnya topi itu dan dikenakan ke kepalanya.

“Comelnya! Mana angah dapat? Acu nak!” seronok terlebih dia pula topi itu terletak di kepalanya, digaya-gayakan di depan cermin.

“Jangan ambik! Tak boleh.” Tegasku tanpa memandangnya.

Aku tahu dia sedang memuncung.

“Ish, kedekutnya. Orang nak cuba je.” Dicampakkan topi itu begitu saja di atas lantai tanda protes.

“Eh, acu!”

“Apa?”

“Ambik topi tu, dengan glove tu, buangkan kat tong sampah besar depan rumah.”

Dia mencebik. Alat kawalan TV yang dicampaknya tadi diambil semula. Dia duduk bersahaja di depan TV, tak mengendahkan aku.

“Acu!”

“Apa dia?” protesnya.

“Tolong buangkan. Tak dengar angah cakap tadi?” marahku.

“Buanglah sendiri.” Jawabnya tanpa memandangku.

Kesudahannya, topi itu masuk kembali ke dalam kotak. Aku tak boleh bagi acu, dan aku tak boleh buang. Ya, tak sampai hati. apa yang Amri cakap semua betul. Aku takut rasa bersalah dan menyesal akan menghantuiku selama-lamanya.

Kenapa ya?

Along menelefon malam itu. Aku ringkaskan apa yang terjadi, dan dia memujukku supaya bersabar. Sebenarnya, aku sangat beruntung kerana along sentiasa menyokongku walau apa pun yang terjadi. Tentang Fakhri, dia tak komen lebih-lebih. Katanya, aku tau hati sendiri. Kalau aku cakap tak, kenapa orang lain nak kata ya? Betul tak?

Tak betul. Sebab aku selalu rasa along saja nak perli aku bila dia cakap macam tu. Macam dia nak mengiyakan apa kata orang. Yes, reverse psychology. Itulah cara along. Tak macam abah. Along memang macam arwah mak.

Masa aku tak cari kerja, dia dah hantarkan resume aku. Tapi dia cakap…

“Saja je along nak test angah ni ada kelayakan ke tak nak kerja. Kalau betul, baguslah. Kalau dapat, tak payah pergi tau. Angah kan memang suka duduk rumah? Boleh along hire angah jaga budak dua orang tu. Tak payah harapkan orang lain.”

Aku ketap bibir. Memang dia saja. Aku tau. Bila aku dapat interview?

“Eh, tak payah pergilah. Along silap hantar ke situ. Diorang tu buta ke? Tak tengok muka angah melepek je kat situ? Macam orang mati laki? Tak payah angah. Tolong along je.”

Dah tentu aku pergi sebab dia cakap macam tu. Dan pasal Fakhri?

“Angah dah cakap angah tak suka dia kan? Kalau dia terhegeh-hegeh jugak, sepak je muka dia. Dia ingat dia anak orang kaya dia boleh buat suka hati? Along yakin angah percaya dengan kata hati angah. Kalau angah memang tak suka, memang betul angah tak suka, kan? Along tau. Pelik kenapa si Amri tu masih nak sibuk cakap kau suka Fakhri. Angah dah cakap pun dia masih tak faham. Ish, pelik manusia ni.”

Yang pelik sebenarnya aku. Itu yang dia nak cakap tapi pastinya dia akan cakap belit-belit.

Tapi entah kenapa, aku senang bila bercakap dengan along sebab dia faham fikiran aku, terutamanya lepas abah mengata aku bila aku break dengan Kamil.

“Kamil tu buta. Orang baik pun tak nak. Angah, tak payahlah angah nak baik-baik lagi dengan kaum lelaki ni. Biar diorang sendiri sedar apa yang hilang. Bakal suami along tu pun bukan boleh buat baik sangat. Kena bersederhana. Ada masa kena tunjuk jugak kita ni manusia. Sepanjang masa nak jaga hati memang susah. Rileks angah. Abah tak faham. Dia ingat along dah nak kahwin, perkahwinan along akan kekal? Tak adanya. Hanya Dia yang tahu apa yang menanti di masa depan. Kita cuma boleh berdoa. Angah, tabahkan hati. along pasti angah akan jumpa orangnya bila sampai masanya.”

Dan aku berpegang pada kata-katanya. Aku sudah serik dikecewakan. Kini hidup aku cuma untuk aku, dan keluarga.

Lepas aku cakap dengan along, aku matikan telefon. Sejak hari tu lagi aku dah matikan telefon. Tak mahu sesiapa pun telefon dan bertanya. Lantaklah apa nak jadi. Sepupu ke, kawan belajar dulu ke, semua aku malas nak layan. Dan bila dah berhenti? Lagi lega.

Takkan ada gangguan lagi.

Tapi aku silap besar.

Esoknya, acu dah pergi sekolah. Tinggal aku sorang di rumah.

Agak-agak dah tengahari, pakcik posmen hon-hon di depan rumah. Kelam-kabut aku keluar.

Hish, rasa cam nak menjerit kat pakcik tu, tapi rupanya bukan pakcik posmen. Budak lelaki yang lebih muda dari aku rasanya.

“Nak apa?” aku menjerit dari dalam.

“Cik Muna?”

Aku angguk. Pelik betul. Siapa pulak nak cari aku ni? Kan aku dah hilang dari dunia ni?

“Ada bungkusan.”

Aik?

Aku keluar. Bungkusan itu sebesar tapak tangan je. Bom ke?

“Apa ni?” Teragak-agak aku nak ambik. Kalau bom macam mana?

“Bukan bom. Jangan risau.” Dia tersengih. Macam tau-tau je.

“Habis? Tak payah sign?” pelik aku.

Dia geleng.

“Saya tak salah orang. Saya bukan posmen. Memang dibayar untuk kerja-kerja macam ni dan personal. Tak ada bukti-bukti. Ada faham?”

Hek eleh, kerek pulak budak ni. Aku jeling je dia dan terus masuk. Tak ada nama pengirim pun?

Memang dibungkus dengan kertas minyak je. Sabar jelah aku.

Aku bukak perlahan-lahan. Isinya sangat menghampakan. Yelah, bila kita dapat kotak, kita mesti fikir hadiah ke, apa ke. Ini tak. Yang ada cuma sehelai kertas bertulis besar-besar. Serius satu pembaziran.

Can we start over?” aku baca kuat-kuat apa yang tertulis.

Tak ada nama, tak ada initial. Ok. This is creepy. Fakhri ke? Atau Amri? Aku yakin Amri dah sedar I’m not the one for him. Habis siapa?

Aku abaikan, tapi aku simpan kotak tu.

Esoknya, ada lagi. Kotak juga. Tak pasal-pasal budak penghantar tu kena marah.

“Siapa yang upah awak ni?”

Dia jungkit bahu.

“Tak tahu. Saya pun dapat call dan disuruh ambil bungkusan dan duit dari sembarangan orang.”

Aku tenung dia tak percaya.

“Laa, tak percaya? Memang saya buat keja macam ni la.”

“Bagi nombornya.” Arah aku. Memang aku mengarah.

Dia geleng.

“Setiap kali nombor lain-lain.”

Aku jeling dia lagi. Aku sambut juga kotak itu.

“Ish!” marahku lalu masuk ke dalam rumah.

Isi yang sama macam semalam.

I never met someone like you, and when I do, I know you are the one. And I never thought it would be this hard to win your heart. If you could give me another chance, I’ll prove it to you. I really want to try again. Please…

Argh! Aku dah rasa macam nak mengamuk. Siapa orangnya ni? Amri? Mustahil. Mesti Fakhri.

Dan esoknya, ada lagi.

Mesti awak nak sangat berkomunikasi dengan saya, kan? Tapi saya belum bersedia. Saya takut awak akan menolak lagi. Nak berdepan dengan awak pun saya malu. Awak memang berbeza, sebab perempuan lain akan terima saya tak kira apa pun yang saya buat. Taburkan wang, mereka datang berduyun-duyun. Saya bosan. Tapi nampaknya, bila saya berjumpa awak, baru saya sedar, saya tak tahu nak buat apa pun tanpa duit. Macam sekarang, saya bayar banyak tau untuk dapat servis ni. Tapi saya tak tau apa lagi patut saya buat. Nak hantar bunga, takut bunga tu kena campak atas jalan macam tu je. Nak bagi coklat, nanti awak marah saya nak gemukkan awak pulak. Macam yang saya kata, saya tak dapat baca fikiran awak. Jadi… apa kata awak buat wish list? Apa awak nak? Saya akan cuba dapatkan dan hantar pada awak. Ok?”

Bila aku jenguk ke luar, budak tu tak pergi lagi.

“Dia suruh tunggu setengah jam, kot-kot awak nak bagi balasan.” Jelasnya tanpa diminta dengan sengih panjang.

Aku terdiam. Nak jawab apa? Dah sah ini kerja Fakhri. Last-last, aku suruh budak tu balik je. Aku buat keputusan untuk tak membalas suratnya.

Esoknya, ada lagi penghantaran. Tapi isinya lain sikit. Beruang yang comel, kecil je, sekecil tapak tangan, di perutnya ada bentuk hati warna merah, bertulis “Please”.

Itu saja. Aku pelik. Ya, aku mula rasa pelik. Tak ada surat?

Bila aku tanya budak tu (yang masih menunggu di luar rumah selepas aku ambil bungkusan) katanya giliran aku membalas.

Aku minta budak tu tunggu. Aku mundar-mandir sendiri. Apa patut aku buat? Nak balas ke tak? Nak balas ke tak? Akhirnya, aku ambil kertas dan pen.

Saya benci awak dan restoran mewah, saya benci awak dan kereta mahal awak, saya benci awak dan senyuman awak, saya benci awak dan semua perbuatan awak, saya benci segala-galanya. Pendek kata, saya benci awak sebab saya kena buat baik pada awak sebab awak tolong saya. Saya benci semua tu. saya takkan berbaik dengan sesiapa lagi. Dan awak orang terakhir yang akan dapat kebaikan saya. Saya dah puas disakiti. Dan saya nak hidup untuk diri sendiri.

Dengan itu, surat itu kembali kepada pengirim misteri itu. Esoknya, budak itu kembali lagi dengan kotak yang lebih besar.

“Apa ni?” bodohnya aku bertanya soalan yang kurang cerdik pada budak tu.

“Entah. Tak pernah saya tau.”

Aku buka kotak itu dan isinya ialah ikan lumba-lumba berwarna biru. Ada surat juga.

Kalau itu semua buatkan awak bencikan saya, apa saya boleh buat? Itu diri saya. Saya lahir dalam kemewahan. Tapi saya tak pernah jumpa perempuan tolak kemewahan. Awak bukan tak suka kemewahan, tapi awak dah tutup pintu hati awak sebab awak nak hidup sendiri, kan? Itu yang awak sendiri cakap. Kenapa awak nak berhenti berbaik dengan orang? Apa gunanya menyeksa diri? Awak takut akan terluka lagi? Cinta lama awak dulu sakitkan hati awak?Beritahu saya siapa orangnya. Biar saya pergi campak dalam laut, tak pun saya ikat dekat roller-coaster Genting dan pusingkan dia sepanjang hari. Biar dia tahu siapa awak, dan saya. By the way, ikan lumba-lumba tu saya beli di pasar malam je. Jangan seronok sangat. ;)

Dengan surat itu, aku tergelak besar. Ada-ada saja perangainya. Tak habis-habis. Ops! Jangan gelak, Muna!

“Nak kena balas ke?” aku tanya budak tu.

Dia jungkit bahu.

“Terpulang.”

Aku geleng.

“Tak payahlah. Thanks.” Dia tidak beredar.

“Kenapa?”

“Awak tak pernah ucap terima kasih selama beberapa hari saya hantar barang-barang tu. Nampaknya, cara ni berkesan.”

Aku terdiam.

Dia beredar dengan senyum lebar. Aku termangu-mangu.

Esoknya, ada lagi.

I want to see you badly, tapi kalau awak janji awak takkan tumbuk saya atau tendang saya bila kita berjumpa, baru saya akan jumpa awak. Boleh? Please……..”

Aku tak membalasnya.

Keesokannya, budak itu datang lagi. Kali ini, isi kotak itu bukan surat, tapi perakam suara. Entah kenapa, aku berdebar-debar semasa hendak memainkannya.

“Assalamualaikum, Muna. Mesti awak dah tahu siapa saya, kan? Maaf, saya terpaksa guna cara begini sebab saya dah tak tau cara lain untuk meluahkan perasaan saya. Nak bawak awak keluar, saya cuma tahu pergi kedai mahal je. Dan kereta saya pulak, semuanya macam tu. Susah pulak rasanya nak downgrade keta macam tu. Kalau awak tau kedai mana-mana yang boleh buat macam tu, bagitau saya. Mesti saya pergi sebelum datang semula cari awak.”

Senyap. Aku belek perakam suara itu. Dah habis? Tu je? Tiba-tiba…

“Muna, saya betul-betul tak boleh tidur lena lepas malam tu. Setiap kata-kata awak hantui saya siang dan malam. Nenek? Dia pun sama. Tapi saya bersyukur nenek tak kena heart attack. Kalau tak, mesti awak kena kacau dengan hantu nenek tiap-tiap malam.”

Aku ketawa besar. Seolah-olah dia tahu aku akan ketawa, suaranya juga berhenti.

Tiba-tiba, aku teringatkan wajahnya yang bersahaja membalas bicaraku sebelum ini. Aku seperti dapat membayangkan wajahnya itu di depanku.

“Muna, saya benar-benar jujur dengan apa yang saya buat pada awak. Ya, saya terburu-buru, saya tak hormat perasaan awak, saya buat ikut hati sendiri tanpa memikirkan perasaan awak. Saya sedar, saya pentingkan diri. Tapi sebab saya takut kehilangan awak. Saya betul-betul tak nak kehilangan awak. Saya sangka, bila saya buat macam tu, awak akan… yelah, macam dalam filem, terima lamaran saya, kita kahwin, dan dapat anak, dan hidup bahagia selamanya. Itu yang saya fikirkan akan terjadi, tapi nampaknya, awak tak seperti yang saya sangkakan. Dari awal, sukar untuk saya menebak fikiran awak. tapi saya yakin dengan satu perkara, awak orangnya. Bila awak tolak saya depan orang ramai hari tu, saya sedar, apa yang penting ialah kasih sayang. Dan ia tiada nilainya. Itu buatkan perasaan saya semakin kuat, dan saya yakin, pilihan saya tak salah. Saya cuma mahu awak buka pintu hati awak, dan lihat saya seadanya. Seorang lelaki yang ikhlas menyayangi awak, dan benar-benar cintakan awak.”

Aku terkedu.

“Muna, saya cintakan awak.”

Dan selepas itu, senyap sepi.

Aku masih terpaku.

Sekali lagi, aku mundar-mandir di ruang tamu. Berkira-kira nak membalas ke tak. Hatiku kuat mengatakan aku perlu tamatkan semua ni.

Aku ambil pen dan kertas.

Datang ke rumah saya esok, tepat pukul 10. Seorang diri. Tolong jangan gunakan nenek sebagai alasan lagi.

Aku menyerahkan surat itu kepada budak itu.

“Bye. Kita takkan berjumpa lagi.” Ujarku selamba.

“Kenapa?”

“Sebab saya nak hentikan semua ni.”

Budak itu tersenyum.

“Tak apa, ada progress kan? Bagus!” dia berlalu dengan riang.

Aku tercengang. Pelik aku. Budak ni memang happy terlebih.

Esok. Alamak! Kenapa aku boleh janji nak jumpa esok? Adoi! At least, minggu depan ke, bulan depan ke… aku mula gelabah. Nak pakai baju apa ni?

Kali terakhir aku risau nak pakai baju apa ialah hari terakhir aku jumpa Kamil.


PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

10 comments:

  1. hrmmm... so impressive....... good job....

    lain daripad ayg lain...

    ReplyDelete
  2. wawawawawa..
    memang tekad abis ni

    ReplyDelete
  3. semangat kental gila..^^
    n tq ntuk entri ni

    ReplyDelete
  4. hahahah those letter remind me of 1 of my fav movie whch is 10 THINGS I HATE ABOUT U......hehehhehehhe ...lurve it so much....nak hepi endng lh....

    Hanis501

    ReplyDelete
  5. sy sentiasa suka dengan cara penulisan anarif. gaya bahasa yang sangt melekat kat jiwa. u are superb...

    ReplyDelete