Pintu bilik itu terbuka tiba-tiba. Pantas Nisa' memejamkan matanya. Tidak mahu Irfan tahu dia tidak tidur walau sepicing pun. Mungkin sudah subuh.
Melihatkan kedua mereka di atas katil, misi itu menekup mulutnya. Dia Cuma mahu memeriksa keadaan pesakit. Tak sangka dia menganggu pula.
Cahaya terang dari luar yang menyimbah masuk membuatkan tidur Irfan terganggu.
Nisa' dapat merasa pergerakan Irfan. Melihat Irfan terjaga, misi itu mula rasa bersalah.
“maaf encik, saya, err..Cuma nak periksa keadaan puan Nisa' je. Err, saya keluar dulu. Pagi nanti saya datang semula. Maaf sekali lagi.” Misi itu pantas keluar semula dan pintu ditutup kembali.
Irfan mengeluh perlahan. Tertidur kat sini pulak. Direnung wajah Nisa'.
Tidur.
Irfan meletakkan kepalanya kembali. Rasa mengantuknya masih terasa. Jam di tangan dibelek. Dah pukul 5.
Dia bingkas, duduk di sisi Nisa'. Tangannya diletakkan di dahi Nisa', mahu merasa suhunya.
Erm, dah ok sikit.
Tidak dia perasan pergerakan Nisa' yang terkejut dengan sentuhan itu.
Irfan menurunkan kakinya, bingkas dari katil. Diraup wajahnya. Dikerling Nisa' sekilas. Dia cuba mengingat kembali apa yang dibebelkannya semalam, sebelum tidur.
Dia begitu penat. Mengantuk. Fikiran pun dah tak betul masa tu.
Geram. Marah. Sakit hati. Geram kerana dia tak boleh berterus-terang. Marah sebab dia tersepit dengan keadaan. Sakit hati kerana dia tidak boleh memangkas kata-kata Nisa' yang acap kali membuatkan perasaannya terguris.
Dan dia benci bila perasaannya semakin hari semakin mendalam pada Nisa'. Dan dia tak sanggup kehilangan Nisa'. Tak sanggup kehilangan untuk kali kedua.
Nisa' sedar Irfan turun dari katil dan keluar dari bilik. Dia juga terdengar keluhan panjang Irfan.
Apabila dia pasti pintu bilik itu sudah tertutup dan Irfan sudah keluar, Nisa' membuka matanya. Direnung siling itu kosong.
- Dia rasa bersalah dengan tindakannya. Dan aku juga patut rasa bersalah dengan perasaan ini. Ianya mustahil! Kami tak mungkin bercinta!
- Mungkin dia sukakan kau. Kau saja yang tak sedar.
- Tak. Dia ada Sara. Kalau betul dia sukakan aku, mungkin kerana kami sering bertemu kebelakangan ini. Dan ianya satu kebetulan. Perasaan itu akan pergi bila kami sudah tak bertemu kelak. Aku pasti.
- Itu dia. Kau pulak? Kau dah jatuh cinta. Mengaku sajalah!
- Ya! Tapi dia bukan milikku. Dia mungkin suamiku, tapi Cuma Sara yang berhak ke atas Irfan. Bukan aku. Cuma Sara.
- Dia suami kau sekarang. Biarkan Sara. Dari segi undang-undang, kau yang berhak ke atas Irfan!
- Memang betul, tapi hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Aku rela aku terluka, tapi akan takkan lukakan hati wanita lain. Aku Cuma meminjam Irfan, dan aku akan kembalikan dia bila tiba masanya.
- Kau rela diceraikan?
- Aku tak ada pilihan. Memang itu rancangannya, dan rancangan itu akan kekal begitu. Kami tetap akan bercerai, dan Cuma akan tinggal aku, dan Hana.
- Kau pasti? Kau sanggup biarkan Irfan pergi dan bersama Sara?
- Aku…aku…
- Tengok! Akal dan hati bercanggah. Macam mana kau akan putuskan hal ni kelak?
- Aku akan bercerai! Sebaik saja kami selesai kenduri.
- Sanggup kau patahkan hati orang tua kau?
- Ya! Demi janji aku pada Sara!
- Baiklah. Kita tengok saja nanti.
“Nisa'….”
“hah?” Irfan di depannya.
Irfan tersenyum nipis.
“awak berangan apa? Saya masuk pun tak sedar?”
Nisa' melarikan matanya pantas. Tidak sanggup bertentang lama.
“err…saya boleh keluar hari ni kan?” cepat dia mengubah topic.
Tak mahu lagi peristiwa semalam berulang.
Irfan angguk. Dia melangkah ke tepi katil, dan dengan setiap langkahnya, debaran di dada Nisa' semakin menggila.
Lega apabila Irfan berhenti di sisinya, dan duduk di kerusi yang tersedia.
“doctor kata macam tu lah. Tapi kita kena tunggu dulu tengahari ni. Nanti doctor akan datang lagi check awak, kalau awak dah betul-betul ok, awak boleh keluar.”
“oh, ok.” Sepi.
Nisa' bermain dengan jemarinya.
Irfan turut melayan perasaannya.
“err, Nisa'…”
“hmm..”
“saya…minta maaf dengan tindakan saya semalam. Saya…”
“tak apa.” Laju Nisa' memintas.
Pedih mula menjalar. Benar Irfan rasa bersalah. Itu ertinya tiada perasaan yang mengiringi tindakan itu. Tiada.
Dan Nisa' pula?
“tak apa?” berkerut dahi Irfan.
Nisa' angguk pantas. Senyum kelat.
“ya. Saya faham. Tidur atas sofa tak best. Jadi saya rasa tak ada masalah pun. Kesian jugak dekat awak.”
Irfan terdiam mendengar balasan itu. Dia juga mengukir senyum. Tawar.
“awak nak pergi tandas? Basuh muka?”
Nisa' geleng. Dia takkan pergi dengan bantuan Irfan.
“ok. Err, saya nak ke dining. Awak nak apa-apa?” Irfan sudah bingkas.
Nisa' geleng lagi.
“tak. Saya tak ada selera.” Lidahnya tawar, tekaknya tawar, hatinya juga tawar.
“jangan macam tu. Awak kan tak sihat? Kena makan banyak sikit.”
Irfan! Stop being nice to me! I can’t bear it!
Nisa' mengetap bibir.
“ok. Awak belilah apa-apa. Saya makan je.”
“ok. Saya pergi dulu.”
Irfan keluar lagi. Nisa' melepaskan nafas lega, dengan rasa sebak. Air matanya mula bergenang, terasa panas tubir matanya.
Nisa'! wake up! Dia tak suka kau! Dia buat semua tu semata-mata atas rasa tanggungjawab dan kau pulak dah mula sukakan dia?
Nisa' memejamkan matanya rapat-rapat, air mata dikesat kasar. Be strong!
Perasaan ni Cuma sementara. Dia akan pergi, dan perasaan ni juga akan hilang. Pasti.
Nisa' bingkas dari katil perlahan. Dia perlu ke tandas. Dengan beberapa botol air yang dimasukkan ke dalam badan, baru kini terasa mahu ke tandas.
Pulang dari tandas, Irfan sudah ada di bilik.
“awak pergi mana?”
“tandas.” Jawabnya tanpa memandang wajah Irfan.
Dua bungkus nasi lemak daun pisang sudah tersedia di atas meja makan Nisa'.
“boleh saya tanya sikit?”
Nisa' memanjat katilnya kembali. Apabila Irfan mendekat, Nisa' mengangkat tangannya, tanda tidak mahu Irfan menolong.
Dan Irfan menurut. Tak mahu menimbulkan apa-apa masalah lagi. Dia berdiri di situ sehingga Nisa' sudah naik ke atas katil sendiri.
“kenapa awak ni degil sangat?” tiba-tiba Irfan bertanya.
Nisa' mengangkat mukanya, memandang Irfan pelik.
“degil apa pulak?” tanpa rasa bersalah, Nisa' menjawab.
Irfan sudah bercekak pinggang.
“semalam awak suruh saya lepaskan awak, kemudian awak pengsan. Tadi saya dah tanya awak, nak ke tandas ke tak, awak tak nak. Tapi awak pergi sendiri jugak. Whats wrong with you? Tak boleh ke awak cakap, “Irfan, tolong saya? Saya nak ke tandas.” Hah? Tak boleh?” tegang wajah Irfan.
Nisa' menggigit bibir.
“you’ve helped me a lot Irfan. I don’t need your help anymore. Saya boleh jalan. so, saya tak nak susahkan awak. Tu saja.”
Irfan merengus kasar.
“Nisa', dah berapa kali saya cakap, awak bukan satu beban pada saya! You’re my wife!”
“Irfan, stop it! Ini semua lakonan saja! Keadaan akan berubah! Jadi saya tak nak biasakan diri dengan reality yang…yang sementara ni. Saya tak nak…” hatinya digigit pilu.
Dia tak mahu terbiasa dengan Irfan di sisinya, dan kelak, apabila Irfan sudah tiada, susah untuk dia hidup sendiri.
Melihatkan wajah sayu Nisa', Irfan terkedu. Tidak jadi dia memuntahkan marahnya lagi.
Irfan membuka bungkusan nasi lemak, diletakkan ke dalam pinggan dan dihulurkan pada Nisa'.
“nah, makanlah. Just forget what I said.”
Nisa' menyambut tanpa bicara. Forget what you said? Nisa' mengeluh perlahan.
Disuap nasi lemaknya. Irfan turut menyuap nasinya. Sepi menghuni lagi.
******
“kau kenapa?” Mala yang sibuk mengemas barang-barang Nisa' melirik Nisa' pelik.
Nisa' angkat kening.
“kenapa apa?”
Nisa' memeluk lututnya. Irfan sudah keluar menguruskan prosedur di kaunter.
Mala baru saja tiba apabila diberitahu Nisa' sudah boleh keluar hari ini.
“termenung je aku tengok.”
Nisa' mengeluh lagi.
“tak ada apa-apalah.”
Mustahil dia akan memberitahu Mala apa yang bermain di fikirannya.
Mala bercekak pinggang.
“tak ada apa-apa? Termenung dari tadi tak ada apa-apa?”
Nisa' angkat muka.
“betullah. Aku ok.”
Tiba-tiba wajah Mala berubah pelik. Dia menghampiri Nisa', mulutnya didekatkan pada telinga Nisa'.
“Irfan buat apa kat kau semalam, hah?”
“ouch!” cepat saja tangan Nisa' mencubit lengan Mala. Geram.
“apa kau merepek ni? Nothing happened, and nothing will happen, ok?!”
Mala mencebik dalam sakit.
“eleh. Yelah tu. Duduk sebilik, berdua je, takkan Irfan diam je kot?”
Nisa' mencapai bantalnya dan dilayangkan pada Mala. Mendengar kata-kata Mala membuatkan perasaannya bertambah terusik.
“tak ada apa-apalah!” Nisa' separuh bertempik.
Mala angkat tangan surrender.
“ok, ok! Yang kau melatah lebih ni apasal?” Mala kembali menyelesaikan kerjanya.
Nisa' tersandar di kepala katil. Bingung.
Tiba-tiba dia rindukan Hana. Tak sabar mahu bertemu buah hatinya itu. Hana, tunggu ummi…
ye..hati telah terusik..sedarlaa nisa'..telah tercipta Irfan utukmu..hihih..lebih2 lak..apa2 pun besttttttt..go najah go..akak follow..hihi
ReplyDeletenk lagi..
ReplyDeletebile nk bertrus terang ni..
ReplyDeletegeram la ngn nisa ni..asek2 pk jnji jer..isk2..
taw xpe...nisa nie degil btol....hu3(ter'emo plak)
ReplyDeletesian kt irfan...
ala nisa ni, kesian kat irfan tau!!!! please lakorang berdua. face to face!!!! bukan face off.
ReplyDeletesungguh terseksa bila kita terpaksa sembunyikan perasaan terhadap seseorang. skrg ni nisa' dan irfan masing2 memilih utk sembunyi. kesannya??? daku pun terseksa. uwaaaa....
ReplyDeletetq ana. n3 yg bagus. good job bebeh.