About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, December 14, 2009

Ini Bubur Cinta: Bowl 5



Nazri berdehem perlahan. Ditelek Haliza pelik. Sejak petang tadi, sejak dia pulang dari pejabat di mana dia berkerja sebagai pegawai daerah, Haliza monyok sahaja.
Bawak ke malam, dah nak tidur dah pun, tak manis-manis jugak mukanya.
Nazri menutup bukunya, ditolak ke tepi.
Haliza yang sedang membelek mukanya di cermin ditenung lama.
“Liza...”
Sepi.
“Liza...” keras sedikit suaranya kali ini.
Haliza menoleh sekilas.
“ya bang? Abang panggil Liza ke?” perhatiannya kembali pada wajahnya. Dibelek setiap inci wajah itu.
Nazri angguk.
“ya lah, dah dua kali abang panggil. Liza yang tak dengar.” Nazri merungut.
Liza mencebik.
“sorrylah, hah, apa dia bang?” tetap tidak memandang suaminya.
Nazri menarik nafas dalam.
“Liza, ada masalah ke? Abang tengok muka tu kalah muka ayam serati kita nak bertelur.”
Haliza mencebik.
“abang ni, ada pulak samakan muka Liza dengan muka ayam katik tu?” marah Liza, ala-ala merajuk.
Nazri senyum kecil.
“habis, dah masam je mukanya...”
Haliza memusingkan badannya sepenuhnya. Muncungnya tetap ada.
“tak ada apa-apalah bang.” Dalihnya.
Haliza sedar bahayanya jika dia bercerita tentang Zainal dan sejarah lama mereka. Nazri orang luar. Setelah perkahwinan tak jadi Zainal dan Haliza, Nazri ditukarkan bekerja di sini, dan dia yang kebetulan sedang mencari-cari teman hidup bertemu Haliza di sebuah kenduri.
Rombongan dihantar dan diterima baik Nek Zizah dan Tuk Khalid. Bagi mereka, pasti ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.
Haliza pula turut bersetuju walaupun di dalam diam, hatinya tidak mungkin beralih arah. Dan rasa itu, tanpa disedarinya telah bertukar menjadi dendam.
Nazri yang kebetulan pula sebatang kara telah memilih untuk menetap di kampung ini, dan setahun kemudian, Paan lahir ke dunia.
“betul?” Nazri bertanya lagi.
Haliza senyum tawar.
“haah, betul. Cuma Liza rasa tak sihat sikit je.” Haliza bingkas menuju ke katil. Dipanjat katil itu dan dirapatkan badannya ke suaminya.
Wajahnya disandarkan ke dada lelaki itu. Dia sayang Nazri, teramat sayang, dan tidak pernah terdetik di hatinya untuk dia menduakan lelaki itu.
Namun luka lamanya terobek kembali, dengan kehadiran Isabelle. Tak mungkin dia melupakan semua itu. Tak mungkin.
“abang, maafkan Liza..”
Nazri menunduk sedikit, mencari-cari wajah itu.
“kenapa? Liza ada buat salah ke?”
Haliza panggung mukanya. Ditenung dalam wajah suaminya yang lebih tua 8 tahun darinya itu.
“kalau Liza buat salah dengan abang, maafkan Liza, ya...”
Nazri senyum nipis. Dihadiahkan ciuman hangat ke dahi Liza, lama.
“abang tak pernah marahkan Liza. Liza jangan susah hati, ok?”
Haliza angguk. Ditekapkan kembali sisi wajahnya ke dada suaminya. Jemari mereka bertaut. Haliza memejamkan matanya. Mencari wajah Nazri.
Tapi hampa, yang muncul Cuma wajah Zainal yang sedang ketawakannnya.
*********
“Isabelle...” panggil Nek Zizah.
Dikuak pintu itu. Isabelle sedang memeluk teddy bearnya di atas katil kayu itu. Mata bulatnya mengerling Nek Zizah.
“what do you want?”
Nek Zizah mendekat. Dilabuhkan punggungnya di sisi katil itu.
“ada orang nak jumpa Isabelle. Diorang bawak hadiah.” Ujar Nek Zizah, cuba mencuri perhatian si kecil itu.
Isabelle tidak menjawab. Wajahnya jelas kebosanan.
“who are they?” acuh tak acuh dia bertanya.
Nek Zizah tersenyum. Di menoleh ke pintu bilik.
“Paan, mari masuk.” Panggil Nek Zizah.
Paan muncul, bukan seorang. Di belakangnya, Aman dan Chan. Di tangan Paan ada sesuatu yang bergerak-gerak.
Isabelle menjeling Paan, matanya jatuh pada benda di tangan Paan.
“what is that?”
Paan menghampiri bersama sengih lebar.
“nah, untuk awak.” Dihulurkan benda itu.
Isabelle menolak bearnya ke tepi, dihulurkan tangannya untuk menyambut.
“wow! A kitty!” Isabelle bersorak ceria.
Dipeluknya anak kucing itu, dan dibelai-belainya lembut.
Paan memandang Chan dan Aman, dan masing-masing tersenyum.
“awak nak main dengan kami?” Tanya Chan.
Isabelle mengangkat mukanya.
“what? Who are you?” dia menghadiahkan pandangan pelik pada Aman dan Chan.
Paan sengih.
Ditunjukkan Chan.
“ini, Chan.” Beralih pada Aman pula.
“ni Aman.”
Isabelle tersenyum nipis.
“hello. I’m Isabelle.”
Chan angguk.
“dah tau dah.”
Aman pantas menyiku Chan, menegur kata-katanya.
Tesedak Chan.. “nice to meet you... Isabelle.” Tergagap-gagap Chan berbahasa inggeris.
Paan menoleh pantas.
“eh, macam mana kau tau cakap orang putih?” tegur Paan tak puas hati.
Chan buat muka berlagak terus.
“ha, tu lah kau. Tengoklah citer orang putih. Time Teacher Aini masuk kelas jangan tidur!”
Paan angkat tangan, nak sekeh Chan.
Chan cepat-cepat angkat tangan, lagak nak tahan.
Paan sengih. Tangannya diturunkan.
“acah je...”
Chan gigit bibir geram.
Mereka yang lain ketawa saja.
“Isabelle, nak main dengan Paan?” Nek Zizah mengelus kepala itu lembut. Bertocang kuda.
Isabelle menunduk.
“I want to feed him. He’s hungry.”
Nek Zizah senyum nipis.
“ok. Kita bagi dia makan ya?”
Isabelle angguk.
Riuh-rendah dapur Nek Zizah kerana semua mereka turun ke dapur. Paan senyum senang.
******
“Paan!” suara Haliza yang bagai halilintar itu membuatkan Paan tersentak.
Dia menoleh ke belakang. Haliza sedang bercekak pinggang di depan biliknya.
“Paan ke rumah nenek ke?” garang Haliza bertanya.
Paan ketap bibir. Takut.
“tak, mak. Paan...main dengan Chan dan Aman.”
Haliza merengus kasar, menghampiri Paan.
“Paan ingat tak apa mak cakap semalam?”
Paan angguk. Sepi.
“apa mak cakap?”
Paan telan liur.
“jangan main dengan Isabelle.”
“hah, kalau mak tau Paan kawan dengan dia, mak takkan bagi Paan keluar rumah dah, faham?” jerkahan Haliza membuatkan Paan kecut perut.
“baik mak, Paan faham.” Paan tunduk.
Haliza berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mahu membuka langkah pergi.
“mak... kenapa mak benci dia?” tiba-tiba timbul keberanian dalam dirinya untuk bertanya.
Haliza menoleh kembali.
Pandangannya tajam.
“Paan tak payah tau. Ikut saja cakap mak, faham?”
Paan akur, angguk.
Haliza memandang hadapan kembali, meninggalkan Paan yang melepaskan nafas lega.
********
Sebulan berlalu...
Paan mengatur langkah ke tempat biasa. Bertemu Chan dan Aman. Dari situ, mereka ke rumah Nek Zizah. Sudah menjadi kebiasaan pula, sejak ada Isabelle, mereka ke situ.
Setiap petang juga Haliza tidak jemu bertanya dan memberi amaran pada Paan supaya jangan bermain dengan Isabelle. Namun tak pernah Paan endahkan.
Natijahnya? Dia berbohong dengan ibunya. Pada Nek Zizah juga tak diceritakan. Bimbang neneknya akan memarahinya kerana berbohong. Itu pantang neneknya nombor satu.
Haliza pula tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Nek Zizah lagi. Memang dia marah betul.
Apabila Nek Zizah mengkhabarkan perihal Haliza, Tuk Khalid Cuma mengeluh panjang.
“biarlah dia. Lambat-laun dia akan faham jugak...” itu sahaja kata Tuk Khalid.
Itu jugalah harapan Nek Zizah.
“oi Paan! Apasal lambat?” marah Chan. Dari jauh dia sudah menjerit.
Paan buat tak kisah.
“aku mengaji banyak sikit hari ni. pastu balik tukar baju dulu. Makan. mak aku masak kuih kegemaran aku hari ni. tepung talam!” Paan menjelaskan.
Bulat mata Aman mendengar cerita Paan.
“oit! Setakat cakap saja tak bawakkan kitorang sikit buat apa?” Aman menegur tak puas hati.
Paan sengih.
“ala, mak aku buat sikit je. Takkan nak bagi kat korang pulak?”
“ah, kalau kedekut tu cakap je lah.” Aman berang.
Paan sengih saja.
“hei, sudah-sudah. Jom, kita gerak gi rumah nenek kau. Nanti Isabelle tunggu lama pulak.” Chan menyampuk meredakan suasana.
Tanpa berlengah mereka atur langkah.
“wei, Paan. Mak kau tak tau lagi ke yang kau asyik selinap ke rumah nenek kau jumpa Isabelle ni?” Chan bertanya.
Paan angguk.
“haah. Aku cakap aku jumpa korang je. Ingat apa aku cakap hari tu. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Jangan bagitau sesapa. Kalau mak aku Tanya pun, kau bohong je.” Pesan Paan.
Aman kerut dahi.
“dah sebulan kau pesan cam tu la Paan. Kitorang tau la.” Balas Aman.
Chan angguk.
“betul tu. Dah bosan aku dengar.”
Paan jeling dari ekor matanya.
“yelah, aku ingatkan je.” Mereka meneruskan langkah ke rumah Nek Zizah.
*********
“Liza..” Nazri bersuara ketika mereka sedang makan malam itu.
Haliza panggung kepala.
“apa bang?”
Paan menyuap nasi gelojoh. Dia benar-benar kelaparan. Tidak dipedulikan bicara mak dan ayahnya.
“abang dapat offer kerja di tempat lain. Tadi dapat surat. Apa pendapat Liza?”
Haliza terhenti menyuap. Dipandang suaminya lama.
“jadi, kita akan pindah?” soal Haliza mendapatkan kepastian.
Nazri angguk.
“haah. Ke Kuala Selangor. Kerja di sana pulak.” Jawab Nazri.
Haliza terdiam, berfikir sejenak.
Paan berhenti menyuap. Terasa bagai pasir di tekaknya, amat sukar ditelan. Pindah?
“kalau abang terima, bila kita akan pindah?”
“hmm, dalam sebulan-dua lagi. Abang pun kena tengok dulu tempat di sana. Kalau rumah yang diorang bagi tu tak sesuai, kita cari rumah sendiri.” Nazri menjelaskan.
Haliza angguk lambat-lambat, menguntum senyum nipis.
“Liza ikut je bang. Kalau itu yang baik untuk abang, untuk kita.” Akhirnya Haliza memutuskan.
Nazri senyum senang.
Dia mengalih pandang pada Paan yang sudah mati selera.
“Paan..” tiada jawapan.
“Esfahan.”
“hah? Ye ayah?” Paan malu sendiri. Nama penuh dah kena panggil. Aduh...
“Paan suka tak kita nak pindah? Pindah ke Bandar, macam-macam ada, belajar di sana pun lagi bagus. Paan suka?” perhatian Nazri tertumpu pada Paan, satu-satunya anaknya itu.
Paan menekur pinggan. Angguk perlahan.
“suka, ayah.”
Nazri senyum senang.
“baguslah. Esok ayah akan uruskan hal perpindahan kita. Liza dan Paan bolehlah mula kemaskan apa yang patut.” Arah Nazri.
Liza angguk. Paan geleng tidak, angguk tidak.
Pindah? Tak bestnya...

2 comments: