About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, November 18, 2009

Anaknya, Anakku Jua 41

Nisa' sudah di dapur apabila bunyi motor kedengaran dari depan rumah. Mala sedang mandi, berdentum-dentum bunyi air kolah apabila tercurah ke lantai. Hana dan Fazil? Apa lagi, tidurlah.

Pagi ini, Nisa' mahu memasak nasi goreng. Lincah jemarinya membersihkan kacang panjang apabila ingatannya tiba-tiba singgah pada hari semalam.

********

“nak nikah?” berkerut dahi abah. Ummi menggeleng.

“kenapa cepat sangat? Kan kenduri tak lama dah?” ummi bersuara tidak bersetuju.

Nisa' menunduk. Biarlah Irfan yang selesaikan. Terasa wajahnya panas, malu.

Irfan berdehem perlahan. Dia sudah bersedia dengan jawapan untuk soalan itu.

“sebenarnya, Irfan kan sekarang tengah sibuk nak buka bisnes di Sabah. So, Irfan mungkin jarang ada sehari dua sebelum kenduri. Lagipun, mengikut pengalaman Irfan sendiri, kalau bernikah di hari kenduri ni, banyak peraturannya sedangkan hal tu sepatutnya tak susah. Jadi, Irfan dan Nisa' rasa baik kami bernikah dulu, sebelum kenduri. Senang sikit hari kenduri nanti.” Irfan menjelaskan panjang lebar.

Abah mengangguk-angguk.

“memang pun, nikah hari kenduri ni ada leceh sikit.” Abah menyokong.

“ibu dan ayah kamu macam mana? Diorang dah setuju ke?” ummi masih tidak berpuas hati.

Irfan tersenyum nipis.

“ibu tu, lagi cepat lagi dia suka. Yelah, pakcik dan makcik pun, maklumkan dengan status saya. Jadi, ibu tu nak saya cepat-cepat kahwin lagi. Baru senang hati dia.”

Nisa' tertunduk terus 90 darjah. Tidak mampu menyampuk walau sepatah.

Melihatkan Cuma Irfan yang bersungguh-sungguh, Hajah Rubiah mengerling Nisa'.

“hah, Nisa'. Kamu betul ke nak nikah dulu ni?”

Nisa' mengangkat muka, dan semua mata menikamnya.

“err, Nisa' ikut je ummi, abah. Kalau abah dan ummi setuju, Nisa' ok je.” Hampir tidak kedengaran suaranya.

Ummi terdiam. Dipandangnya Haji Bustaman di sisinya.

“macam mana bang?”

Haji Bustaman termenung kosong, lama sebelum dia berdehem perlahan.

“habis tu, bila kamu cadang nak nikahnya?” soal Haji Bustaman, memandang Nisa' dan Irfan silih berganti.

Irfan tersenyum nipis. Berjaya!

“err, tak tau lagi pakcik. Kami nak Tanya pakcik dan makcik dulu, kalau setuju barulah...”

“kalau macam tu, nikah petang ni je. Tuk imam dan saksi pun cukup.”

“hah??” bulat mata Nisa' dan Irfan sebelum mereka saling berpandangan. Nisa' menjeling Jam dinding. Sekarang dah 11 pagi. Cuma kurang 5 Jam saja lagi kalau macam tu halnya.

“tapi, bah..”

“hah, tadi nak sangat. Dah alang-alang semua dah ada, cukup syarat, nikah hari ni je. Tak payah dah pikir-pikir banyak lepas ni.” tegas suara Haji Bustaman.

Irfan terdiam. Direnung Nisa' di sisi. Mengerti kemelut hati gadis itu. Tapi, apakan daya, Haji Bustaman sudah memutuskan, lagipun, tiada sebab kukuh untuk mereka menolak cadangan itu.

Nisa' tersandar lemah. Dunia gadisku, selamat tinggal....

**********

“kamu nak masak apa Nisa'?” Nisa' menoleh pantas mendengar suara ummi.

Aduh, malu tadi masih terasa.

Nisa' pantas berpaling ke depan semula, tidak mampu menatap wajah ummi.

“nasi goreng, ummi.”

“hmm, baguslah, suami kamu tu makan ke nasi goreng?”

Suami? Irfan? Nisa' tersenyum sendiri seraya menggeleng. Sehingga sekarang dia masih tidak percaya Irfan dan dirinya telah sah bergelar suami isteri.

“tersenyum sorang-sorang ni kenapa? semalam bukan ada apa-apa pun. Apa yang dia teringat entahlah.” Sinis suara ummi menerjah ke telinga Nisa'.

“ummi! Jangan la cakap pasal tu. Seganla!” tegah Nisa'.

Hajah Rubiah tersenyum simpul. Sengaja dia mahu mengusik satu-satunya anak gadisnya itu. Dalam senyum, ada sayu bertandang. Nisa' sudah menjadi milik suaminya, bukan lagi hak ibubapanya.

Kedengaran bunyi tapak kaki dari atas.

Nisa' menumpukan perhatian pada kerjanya kembali. Merah mukanya sampai ke telinga.

Tanpa sedar, Nisa' mengeluh perlahan. Ummi, apa yang ummi cakap tu takkan terjadi. Maafkan Nisa', ummi, abah.

Bawang goreng pula dimayang halus. Ikan bilis yang sudah ditumbuk separuh lumat diletak tepi. Nasi sudah digembur. Mala yang baru usai mandi terus keluar rumah menyidai tualanya sebelum masuk ke dapur kembali untuk membantu Nisa'.

Sejak tadi, mereka belum pun berpeluang berbicara. Ummi sudah naik ke atas semula, menyambut kepulangan abah dan Irfan. Kedengaran suara mereka berbicara dari bawah.

Mala mengambil bekas berisi nasi putih seraya berdiri di tepi dapur. Tersengih-sengih tanpa sepatah kata merenung Nisa' yang sedang menuangkan minyak ke dalam kuali.

Menyedari dirinya diperhatikan, Nisa' menjeling kembali.

“Mala, kau ni kena sampuk ke ha?”

Mala jungkit bahu.

“haah, kena sampuk dengan pengantin baru.”

Pantas tangan kanan Nisa' menepuk lengan Mala kuat membuatkan Mala terjerit kecil.

Mala menghampiri Nisa' begitu dekat sehinggakan kepala mereka hampir berlaga dengan satu sama lain.

“so?” bisik Mala.

Nisa' mengerutkan dahi.

“so? So what?”

Mala tersenyum penuh makna.

“eleh, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tau. Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya pula.” Lengkap dua rangkap pantun di berikan Mala.

Nisa' ketawa kecil.

“apa Mala? Aku betul tak fahamlah. Apa yang kau nak ni? tepi sikit boleh?” Nisa' menolak Mala ke arah lain lantaran Mala terlalu menghimpitnya, menghalang kerjanya.

Mala terdorong ke tepi sebelah sana namun jelas dia tidak berputus asa. Nisa' ni betul bendul ke apa?

“Nisa', kau ni buat-buat tak faham pulak. Baru semalam tidur sebilik, dah hilang ingatan ke??” dengan gaya-gayanya Mala terus-menerus mencucuk.

Mendengar kata-kata Mala bulat mata Nisa'. Pantas dia menarik Mala mendekatinya seraya mengerling ke tangga, mahu memastikan tiada sesiapa di situ.

“eh Mala. Ya Allah, kau nak tau, aku malu betul pagi tadi.” Ujar Nisa' seraya berbisik.

Mala tersenyum nipis.

“hah, kenapa pulak?”

“ummi. Dia Tanya kenapa aku dengan Irfan tak mandi pagi tadi. Yelah, kau, faham kan kenapa?” suara Nisa' semakin perlahan. Begitu segan dia mahu berbicara soal itu.

Mala mengerutkan dahi.

“kenapa?”

Nisa' menepuk lengan Mala.

“ish. Kau ni. since nothing happened, so kitorang memang la tak perlu mandi. Ambik wudhu’ untuk solat macam biasa sudah la.” Nisa' menjelaskan tanpa sebarang rasa ragu.

“tak ada apa jadi?” buntang mata Mala, suaranya juga agak kuat lantaran terkejut kerana dia tidak menyangka itu yang berlaku.

Nisa' menekup mulut Mala pantas tanda amaran. Bimbang ada yang mendengar atau terdengar.

“ok, ok, sorry, tapi, memang tak ada apa yang jadi ke?” soal Mala lagi penuh keraguan.

Nisa' memandang Mala pelik. Pelik dengan pertanyaan Mala.

“heh, kau ni, gila ke apa? Aku dan dia kahwin bukan sebab bercinta. Kau ingat sesenang ke aku nak, menyerah kat dia? Lagipun, dia Cuma tolong aku dan kami kan berpura-pura saja dengan perkahwinan ni? takkanlah nak jadi apa-apa pulak.” Nisa' menerangkan panjang lebar tanpa ragu, mengingatkan kembali Mala kepada tujuan asal perkahwinan itu.

Mala menggosok dagu, gaya berfikir dalam.

“betul ke, tak ada apa jadi?”

Nisa' menepuk bahu Mala kuat.

“kau gila ke? Haish.”

Tiba-tiba...

“Nisa'!”

“ya, ummi!”

“apa yang bau hangit ni?” jeritan ummi lantas membuatkan Nisa' dan Mala berpaling pada kuali yang sudah berasap tebal.

“Allah!” kalut Nisa' mematikan api.

Dijelingnya Mala.

“hah, tu la, ralit bersembang lagi.” Bebel Nisa'.

Mala Cuma tersengih saja tanpa rasa bersalah.

“dah lah, aku nak masak ni. malas aku nak cakap pasal hal pagi tadi. Tebal betul muka aku. Mujur ummi tak Tanya aku dan Irfan serentak. Kalau tak, ish, tak tau la apa jadi.” Bebel Nisa' seraya membuka kembali api kuali dan dimasukkan bahan tumis ke dalam kuali itu. Semerbak harum baunya mengisi segenap ruang itu membuatkan perut yang kosong terasa begitu lapar.

“ummi kau Tanya apa? Kenapa korang tak mandi?” soal Mala seraya menarik kerusi lalu duduk.

Nisa' menoleh sekejap-sekejap ke arah Mala. Tidak mahu hilang tumpuan seperti tadi lagi.

“yelah. Mula-mula dia Tanya Irfan. Kan aku tidurkan Hana dalam bilik. Dia bersoal-jawab dengan Irfan kat luar bilik. Yang aku ni bendul sangat kau tau tak, boleh tak faham apa maksud soalan ummi tu. Bila Irfan masuk bilik, aku Tanya dia. Dia kata, tak ada apa-apa. Lepas tu, dia pergi surau dengan abah.” Nisa' berhenti seketika, menumpukan perhatian pada kualinya.

“ish, kau ni pun, takkan dia nak cakap kot? Memang betul bendul.” Selamba Mala menggelar.

Nisa' menjeling Mala dari ekor matanya.

“hamboi, hamboi cik kak, sedap ngata ek? Manalah aku tau. Ni kan, my first night ever in marriage?? Lainlah dia tu.” Nisa' membela diri.

Mala tersengih lebar.

“haha, memang pun. Lepas tu, bila yang kau faham maksud soalan ummi?”

Nisa' membuat muka.

“humph. Ummi serang aku pulak lepas tu.” Sedaya upaya Nisa' mengawal nada suaranya.

“kau tau, ummi Tanya direct terus. “Tak buat apa-apa ke semalam?” Aku apa lagi, malunya, Allah je yang tau. Rasa macam nak lari keliling dunia, tau tak?” luah Nisa' dengan penuh perasaan.

Mala ketawa kecil.

“masa tu baru kau fahamla maksud soalan ummi pada Irfan?”

“yelah, masa tu baru aku faham. Lepas tu, of course la aku yang jadi mangsa ummi. Dah dia Tanya tu, aku jawab la, tak. dah memang tak kan jawapannya. Lepas tu, dia Tanya lagi, kenapa? aduh! Part ni, aku dah kelu.”

Mala sudah ketawa kuat sehingga sakit perutnya.

Sudah tentu Cuma satu alasannya. Kerana perkahwinan itu satu penipuan. Bagi Nisa'. Bukan bagi Irfan.

Nisa' menggeleng-geleng saja.

“aku jawab apa tau Mala, aku jawab, kitorang penat.” Tawa Mala semakin kuat. Geli hati dia dengan cerita Nisa'.

“dah tu, ummi cakap lagi, penat apanya? Kalau sebab tu penat tak pelah jugak!” ditambah dengan gaya Nisa' bercerita, Mala sudah tidak tahan lagi.

“aduh! Tak tahan aku nak gelak! Ummi kau ni pun satu hal la Nisa'. Benda-benda tu Tanya habis-habisan!” ujar Mala dalam tawa yang masih bersisa.

Nisa' turut tersengih-sengih. Lucu memanglah lucu. Yang menanggungnya dia, bukan orang lain! Haish!

“tau tak pe! Sabar je lah aku. Lepas tu, aku tak tunggu lama, terus aku cabut. Sabar je la.” Nisa' menggeleng-geleng lagi.

“apa yang seronok sangat tu?” tiba-tiba satu suara menegur membuatkan kedua mereka berpaling.

Nisa' menahan tawa apabila pandangannya jatuh pada Irfan yang sedang menuruni tangga. Pantas ditekup mulutnya.

Mala tersengih-sengih sahaja tatkala Irfan menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Mala.

“tak ada apa-apa. Hal kami je, mana boleh awak dengar.” Usik Mala.

Irfan tersenyum.

“tapi tu isteri saya. Berdosa tau sembunyikan apa-apa dari suami.” Selamba bicara itu keluar dari mulutnya membuatkan Nisa' terkedu.

Tidak berani Nisa' menoleh. Biarlah Mala saja yang menjawab Irfan.

“alah Irfan. Isteri atas kad nikah je. Kan, Nisa'?” sengaja Mala memprovok.

“eh tak. pada saya tak macam tu. Dia tetap isteri saya, kan Nisa'?” Irfan pantas mencelah.

Nisa' bingung seketika.

“erm, err, Irfan, awak makan nasi goreng kan?” Nisa' pantas menukar topic.

Mala ni apasal semakin hari semakin x boleh harap ni?

Nasi sudah dimasukkan ke dalam kuali dan digaul. Kacang panjang turut dimasukkan.

“apa-apa yang isteri saya masak saya makan je.” Jawapan Irfan membuatkan Nisa' bertambah tak keruan.

Ish, apesal rasa tak sedap ni?

Nisa' tidak menjawab lagi. Ish, Irfan ni, kalau ada Mala, pelik-peliklah cakap. Depan aku, menikus. Pening lah!

10 comments:

  1. irfan dgn nisa kawen jugak..ye..gembira =)
    suka2..

    ReplyDelete
  2. cpt sambung...suka..dah jadi follower awk..jemput ke blo0g sy http://nikmatsyukur.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. alahai anarif...entry kali ni cam cite balik je apa yg jadik..dah cam entry sebelum ni..cepat ek sambung...tak sabar la nak tunggu berhari2..sambung bebanyak skit pun bagus...hehe. anyway tq coz bring smile to me.

    ReplyDelete
  4. hahahhha...
    ala lucu la pula...
    irfan brusaha la nak pikat ati nisa...
    best2..
    smbung2x..

    ReplyDelete
  5. comei je irfan bahasakan isteri saya :)
    nisa ..cepat2lah jatuh hati dengan suami sendiri :)

    ReplyDelete
  6. comel3..suke3..
    nk lg..watla nisa suke kt irfan...

    ReplyDelete
  7. hahaha...
    tak byk scene n3 nieehh..
    heeee..
    nk n3 yg nisa' n irfan kene sakat serentak kaw2 punyee..
    hhehehe..

    ReplyDelete
  8. haha comel la nisa' ni. tp kdg2 bila slow tu, mmg slow gila ah. haha xD

    ReplyDelete
  9. kesian nisa. lepas ni, irfan kena lagi tegas le...nak dapatkan bukti suami/isteri tu.......... lepas tu nisa tak leh lari2 dah. hehehe. apapun, akak follow........................

    ReplyDelete