About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, November 9, 2009

Anaknya, Anakku Jua 40

Nisa' tersedar tiba-tiba apabila ada sesuatu yang panjang dan keras menghempap bahunya, menyebabkan matanya terbuka luas.

Hana?

Terkebil-kebil Nisa' di dalam kelam. Untuk seketika dia tidak mampu bergerak walau seinci.

Apa ni? Nisa' meraba di dalam kelam, dan nafasnya terhenti seketika apabila dia dapat merasa jari-jemari. Kasar dan besar. Jari lelaki?

Siapa ni??

Gelabah seketika Nisa' sebelum otaknya pantas menyampaikan maklumat dari ruang simpanan short-term memori kepada pusat mengenalpasti.

Oh, Irfan. Nisa' tergeleng-geleng kepala sendiri mengingatkan kealpaannya. Macam mana boleh lupa?

Nisa' menolak tangan itu lembut ke tempat di mana dia patut berada, dan diusap-usap perlahan bahunya yang dihempap tadi. Perit jugak.

Matanya sudah buntang, Nisa' tidak mampu lagi melelapkan matanya. Entah berapa lama dia terkebil-kebil di dalam kelam, dengan memastikan bantal peluk yang diatur tadi kekal di tempat asal.

Nisa' menarik nafas lega apabila bantal itu masih di situ.

Dia membetulkan tidurnya, mengadap siling yang tidak kelihatan apa. Cuma ada sinaran lampu ruang tamu yang mencuri masuk melalui celahan pintu dan lubang-lubang halus di dinding kayu bilik itu.

Mujur tadi mengiring. Kalau menelentang, aduh, mau menjerit aku pagi-pagi buta ni.

Belum pun lama matanya celik, azan subuh berkumandang dari surau kampung membuatkan Nisa' pantas duduk. Berbaring masa azan tak elok. Nanti mayat berat. Pesan abah yang selalu diamalkan.

Pergerakan Nisa' yang agak spontan itu membuatkan katil lama itu menguit sedikit, namun Irfan tetap tidak berkutik.

Nisa' menyandarkan badannya ke kepala katil. Direnung Irfan di dalam kelam walaupun yang jelas di matanya Cuma rambut hitam lebat milik lelaki itu. Dan dengkuran halusnya saja yang kedengaran.

Nisa' sedar, teramat sedar dia bertuah mengenali Irfan, lelaki yang cukup baik dan sempurna padanya. tak mungkin dia akan berjumpa lagi lelaki sebaik Irfan. Dan simpati turut singgah kala itu, mengingatkan kisah pilu Irfan yang kehilangan isteri dan anaknya sekaligus.

Mereka semua pernah merasa kehilangan. Walaupun secara zahirnya, Hana tidak benar-benar merasa erti kehilangan, namun Hana lah yang merasa kehilangan yang maha agung. Dia belum merasa kasih ibu kandungnya. Entahkan sempat Suraya menyusukannya, Nisa' tidak pasti. Namun dia sedar jika Suraya tidak sempat sekalipun, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.

Dan Nisa' kehilangan Badri. Yang disayanginya sepenuh hati. Sesalan tetap bersisa. Biar kini dia seakan sedang cuba menebus sesalan itu dengan Hana, namun tiada apa yang dapat menggantikan rasa itu. Dan Hana bukan alasan.

Hana anaknya, tetap anaknya, bukan alasan untuk apa sekalipun. Demi Hana, apa juga sanggup dilakukan. Demi Hana.

“Nisa'...” suara abah memanggil dari luar membuatkan Nisa' tersentak.

“dah bangun bah.” Nisa' memaklumkan. Dia bingkas dari katil.

Entah bila abah keluar dari biliknya, Nisa' tidak tahu. Terlalu asyik dia bermenung. Menelusuri hidupnya selama ini, dan mengandaikan masa depan, yang masih kabur.

Suis lampu dipetik, dan Irfan kelihatan terganggu dengan sinar dari lampu yang tiba-tiba menerangi bilik itu. Nisa' membetulkan rambut yang agak kusut dengan jemarinya.

Nisa' menghampiri katil, kaku di tepi katil.

“alamak, macam mana nak kejut ni?” Nisa' mengomel sendiri.

Goyang kaki dia? Orang kata kejut dari kaki, supaya roh tak terkejut dan sempat masuk sebelum dia terjaga.

Nisa' menguis kaki Irfan dengan jemarinya. Satu jari saja digunakan. Ditolak-tolak kaki kiri Irfan perlahan, berulang-ulang.

“Irfan, bangun. Dah subuh.” Panggilnya seperlahan yang mungkin.

Dalam pada itu, sempat Nisa' menangkap suara abahnya yang mengejutkan Fazil di ruang tamu pula.

Irfan bergerak sedikit namun matanya tetap pejam.

Nisa' menggaru kepala sendiri yang jelas tidak gatal.

“Irfan,”

Dicubanya lagi. Masih tiada reaksi. Irfan tetap kaku. Lena betul tidurnya.

Akhirnya, Nisa' mengambil keputusan untuk ke bilik air dulu. Nanti baru dikejutkan Irfan semula.

Baru saja Nisa' turun ke dapur untuk ke bilik air, tangisan Hana memecah kesunyian. Begitu bingit membuatkan Nisa' berlari semula naik ke atas.

Lapar betullah tu. Malam ni dia tak menangis langsung. Tak terjaga langsung ke? Pelik.

Nisa' berjalan pantas, hendak melewati biliknya untuk ke bilik Fazil apabila ada sesuatu muncul tiba-tiba dari dalam biliknya yang pintunya ditutup langsir membuatkan mereka terlanggar di depan bilik. Kedua-duanya terjatuh di depan pintu.

“Irfan!” jerit Nisa' perlahan.

Irfan turut mengaduh.

“Sorry, sorry. Saya terkejut dengar Hana menangis. Awak ok ke?” Irfan bersuara dalam mamai.

Nisa' menggeleng saja, digosok punggungnya sedikit sebelum dia bingkas pantas dan menghilang ke dalam bilik Fazil.

Kedengaran suara ummi yang baru keluar dari bilik menyapa Irfan. Abah mungkin di bilik air.

Seketika kemudian dia keluar bersama Hana yang kelihatan comot dengan air matanya, dan wajah mamai.

“sayang ummi lapar ya?” dipeluk Hana rapat ke dadanya. Rindu pula rasanya walau Cuma semalam mereka tidur berasingan. Kebetulan pula Mala uzur, jadi Nisa' tidak kisah Mala mahu tidur lama sedikit.

Irfan yang sudah berdiri menghulurkan tangannya, mahu mengambil Hana.

Nisa' menyerah tanpa membantah.

Mereka beriringan ke dapur.

Nisa' sedang membancuh susu apabila abah muncul dari bilik air.

“apa bising-bising tadi?” soal abah pelik.

Tak pernah seriuh itu rumahnya di pagi hari.

Irfan mengerling Nisa' sekilas.

“tak ada apa-apa bah. Hana dah terjaga. Dia lapar.” Irfan saja yang menjawab.

Abah menghampiri Hana yang cebik.

“ala cucu tokwan, dah bangun? Semalam ummi tak ada ya? Kesiannya dia. Rindu ummi ke? Ummi dah ada abah..”

Mendengar usikan abah, Nisa' pantas menoleh dengan wajah kemerahan, malu.

“abah, apa cakap macam tu?”

Irfan tersengih saja.

Abah tidak menjawab teguran Nisa' sebaliknya dengan wajah selamba abah naik ke atas.

Nisa' mengambil Hana dari Irfan dan disusukannya di tangannya.

Irfan menguap panjang.

Nisa' yang perasan dengan tindak-tanduk Irfan menjeling.

“susahnya nak kejut awak. Macam tak tidur pulak semalam padahal tidur awal.” Pantas Nisa' menegur membuatkan Irfan terkebil-kebil.

“oh, ye ke? Sorry la. Err, tak boleh tidur.”

Berkerut dahi Nisa'.

“kenapa tak boleh tidur? Tak selesa ke katil tu?” dengan tidak tahu dan bendulnya Nisa' bertanya.

Irfan agak tersentap dengan soalan itu.

Sedar bukan salah Nisa'. Nisa' tiada pengalaman. Haha.

“err, tak lah, saya masuk bilik air dulu ya. Nak ambil wudhu’.” Irfan pantas menuju ke bilik air tanpa menanti lagi.

Lagi lama, lagi susah nak jawab.

Nisa' beredar ke atas, dibawanya Hana ke biliknya dan ditidurkan kembali. Sebentar kemudian, sedang dia menidurkan Hana, kedengaran suara ummi di luar kamarnya, menegur Irfan yang baru kembali dari bilik air.

“eh, Irfan, ambik wudhu’ je? Kenapa tak mandi?” soalan ummi berbaur pelik.

Nisa' memasang telinga.

“err, erm, tak apa ummi. Boleh.” Jawapan Irfan pun pelik.

Kenapa tak jawab je, malas ke, nanti ke, bukan salah pun kan?

“boleh? Biar betul. Takkan boleh kot?” Nisa' mula tak senang duduk apabila ummi seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan Irfan.

Apa masalahnya ni?

“erm, betul, betul.” Irfan meyakinkan ummi, namun suaranya kedengaran teragak-agak.

Senyap seketika. Nisa' sangkakan ummi sudah berlalu namun jangkaannya meleset apabila suara ummi kedengaran lagi.

“ada masalah ke?”

“eh, tak ummi, tak ada.”

“Hana tidur dengan Mala kan? Ke kamu ambil juga Hana malam tadi?”

“eh, tak ummi, tak. kami berdua je.”

“Nisa' boleh solat kan?” ummi bertanya lagi.

“Hajah Rubiah. Yang kamu ni bertanya sampai macam tu sekali kenapa? bukannya salah pun kalau tangguh kejap.” Abah pula menyampuk.

Nisa' resah sendiri. Apa yang diorang cakap ni? kenapa abah pun tau?

Apa yang aku tak tau? Apa kaitan aku solat dengan Irfan?

“tak lah, pelik la. Orang lain tak payah suruh, diorang ni lain pulak. Mana kita tak Tanya?” ummi menjawab teguran abah dengan yakinnya.

“yelah, hal diorang, kita tak payah masuk campur. Dah, pergi ambil wudhu’.” Arah abah, sekaligus mengunci mulut ummi.

Irfan masuk ke dalam bilik dengan wajah lega.

“kenapa ummi Tanya macam-macam?” soal Nisa' tidak puas hati.

Irfan kaku di depan katil.

“ha? Err, tak, tak ada apa-apa. Awak jangan risau.” Irfan tidak memandang mata Nisa', sebaliknya dia sibuk mencari sesuatu.

“awak cari apa?”

“sejadah.” Jawabnya ringkas.

“kan sejadah kat luar? Mana ada dalam bilik.” Nisa' memaklumkan.

Irfan terdiam seketika, seakan mengingat kembali.

“oh, ya, lupa.”

“Irfan.” Panggil Nisa' lagi sebelum Irfan sempat keluar.

Irfan menoleh semula.

“tak nak pergi surau dengan abah?” Cadang Nisa'.

Irfan mengangguk saja.

“boleh jugak. Awak?”

Nisa' menggeleng.

“saya di rumah je, dengan ummi.”

Irfan angguk.

“ok, saya pergi dulu.” Irfan menapak keluar dari bilik, meninggalkan Nisa' dengan rasa tak puas hati yang menebal.

Apa yang diorang cakapkan tadi?

5 minit kemudian, Hana sudah tidur semula. Nisa' keluar dari bilik dan mendapati ummi baru naik dari dapur.

“hah, Nisa', tak mandi ke?” soal ummi.

Nisa' mengerutkan dahi.

“kenapa nak mandi pulak?”

Ummi terhenti di depan pintu bilik bersama gelengan panjang.

“kamu ni, dengan Irfan, tak buat apa-apa ke semalam?” hah, direct soalan itu ditujukan.

Nisa' terasa darah menyerbu ke mukanya. Kalau boleh, saat itu, dia mahu menyembunyikan wajahnya di bawah bantal, tidak mahu melihat dunia dan dunia melihatnya. Malunya!!!

Melihat Nisa' teragak-agak ummi menyergah lagi.

“ada ke tak ada? Kenapa Irfan pun tak mandi ummi tengok? Ambik wudhu’ je? Kamu pun sama.”

Nisa' senyum kelat. Ades. Nak jawab apa ni?

“err, tak ummi, masing-masing penat.” Nisa' menjawab sambil tidak memandang wajah ummi.

“penat? Buat apa je semalam, kalau kamu penat sebab tu, ye lah jugak. Ni penat sampai tak buat apa-apa?”

Nisa' tertunduk 90 darjah terus. Tak tau nak jawab apa lagi.

“hish, nak kata ada masalah, kamu boleh solat. Irfan tu pun bukan anak teruna. Duda. Takkan duduk diam je?” ummi membebel lagi.

Alahai ummi. Nisa' tak tau pulak ummi nak bercakap hal censored pagi-pagi buta ni. nasib baik Fazil terlentang lagi, Mala pun pengsan lagi, dan Hana tak boleh faham orang cakap. Kalau tak....aduhai...

“ummi, dah lah, yang penting, kami tak ada masalah, Cuma... ha, tu lah, kami penat. Dia pun penat sangat tu. So.. erm, Nisa' ke bilik air dulu ummi.” Pantas Nisa' melangkah tanpa menanti lagi.

Waa! Kenapa la tak terfikir nak suruh dia mandi je tadi? Aish! Censored betul!

19 comments:

  1. ahahaha...da agak da umi die plik sbb 2 2 amik wudhuk je..keke..ptutnye pndai2 la kaber..g la mndi..ahahaha..

    ReplyDelete
  2. huhhuuuh...
    kawen jg akhirnya mrk...
    nak irfan ngn nisa brcnta lpas kawen...

    ReplyDelete
  3. hahahaha...lcu lah plak..
    gud job.smbg cpat2 ea..

    ReplyDelete
  4. hahaha....
    kelakar la...
    nisa' wt muke blur...

    nk lg..!!
    best...

    ReplyDelete
  5. hahaaaaaaaaaaaa...kalut,,,kalut..... apapun, irfan, kena memulakan dulu. pasti nisa tak dpt nak mengelak, kan! ayuh irfan! do ur part! heheheeeee

    ReplyDelete
  6. adehhh..
    seyes lawak n3 nieh..
    haha..sian irfan kena tahan..
    nisa' plak tataw ape2..
    muahahahaa...
    irfan la kena mule dulukan..
    kan..?
    hehe..
    smbung2..

    ReplyDelete
  7. adoi nisa'....ko ni lurus ler plak
    sian irfan terkebil2
    mesti beliau terseksa...kui3x...

    tapiiii...sib baik mak nisa' yg tanya
    kalu mertua yg tanya....waa...malunya

    ReplyDelete
  8. hahaha...terkulat2 nak jawab bila kna tanya..
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  9. gile direct kena soal...hihi sambung lagi yer

    ReplyDelete
  10. hi,hi, hi....hjh rubiah ni pun direct sungguh:D

    kesian irfan, mlm kedua mcm irfan? dosa tau nisa':D

    ReplyDelete
  11. x leh tahan gelak bce n3 kali ni...
    bez gle+lawak gle..
    mak nisa straight 2 the poin...
    x bengkang-bengkok...
    wakakakaka~~~

    ReplyDelete
  12. perghh... tak fahamla si nisa ni.. lambat pick up plak... takpe2... pandai2 la cover dpn umi nanti...

    ReplyDelete
  13. senyum je baca n3 ni. Nak lg:D

    ReplyDelete
  14. alahai anarif...bila la nak sambung lagi ni..dah naik hafal entry ni coz asyik baca before ada new entry..apa2 pun best sgt story ni...klaka..tp byak nasihat dan pengajaran...

    ReplyDelete
  15. hahahahahahahahaha..... drpd air mata sedey tetiba kuar air mata sbb asyik gelak jer. lawak btl bab ni. irfan, ko kena ajar nisa', dia tak de pengalaman tu...... hahahahaha

    ReplyDelete
  16. kelakar2 , hahaha ~ ketawa sorang2 baca pasal NISA & IRFAN ney ..

    ReplyDelete
  17. Patut nisa tu ganti dengan fadhlina...cantik nama tu ( konon). Yg ikhlas farah, cucu hj bahron..hehe

    ReplyDelete
  18. hahahaha. . .aku tertawa sendiri..lalalalala~

    ReplyDelete