About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, October 8, 2009

Anaknya, Anakku Jua 36

Suasana sepi menyelubungi antara mereka. Cuma kedengaran denting sudu masing-masing menyuap mee goreng mamak yang dibeli Nisa' di kedai berdekatan sebentar tadi. Mala menyuap namun matanya tidak lekang dari Nisa' yang berhadapan dengannya yang turut menyuap perlahan. Hana sudah diletakkan di dalam katilnya yang disorong berhampiran meja makan. Biarlah Hana bermain sendiri.

Suapan Nisa' jelas menunjukkan dia tidak berselera. Mala mengunyah perlahan. Sudah penat dia bertanya namun Nisa' tetap membisu.

Akhirnya Mala turut membisu, membiarkan Nisa' mengambil masanya untuk bercerita. Dia benar-benar ingin tahu apa isi perbualan Nisa' dan Daniel sebentar tadi lantaran suasana tegang yang kini menyelubungi mereka.

Ditambah lagi dengan tindakan Nisa' menampar Daniel. Kenapa agaknya?

Kunyahan Nisa' yang semakin perlahan akhirnya terhenti. Sudunya dilepaskan berdenting kuat begitu sahaja membuatkan mata Mala semakin galak memerhatikannya.

Nisa' menarik nafas dalam dan diraup wajahnya. Semakin lama dia semakin terganggu dengan bicara Daniel yang jelas masih menghantuinya.

Kalau Mala cakap pasal tu, aku boleh deny lagi, tapi Daniel? Hanya laki yang tahu maksud pandangan laki, kan selalu macam tu? Means, Irfan betul sukakan aku? Argh!

“Nisa'!” suara keras Mala menyapa cuping telinganya membuatkan Nisa' membalas pandangan tajam Mala.

“kau ni kenapa? aku Tanya dari tadi tak nak cakap. Lepas tu buat muka tension habis, aku lagi tension tengok kau macam ni, tau tak?” marah Mala, akhirnya, terluah juga geramnya.

Nisa' menunduk. Ditopang kepalanya di atas meja, mengeluh kuat.

“tak ada apa-apa.” Menipu, jelas dia menipu.

Mala turut meletakkan sudu dan garpunya, memerhatikan Nisa' dengan pandangan tidak puas hati.

“tak ada apa-apa kau cakap? Muka kau macam orang mati anak tau. Resah semacam. Tadi kau tampar Daniel, mesti ada sebab kan? Kenapa? kalau kau rasa kau still nak aku sebagai kawan, cerita dengan aku. At least, aku tau kau still appreciate aku kat sini, dengan kau, siang malam.” Bebel Mala, emosional tiba-tiba.

Nisa' mengerling sekilas.

Sepi. Diletakkan tangannya di atas meja.

Ditenung Mala dalam-dalam. Serba-salah, namun Nisa' sedar kata Mala ada benarnya. Mala saja yang tinggal dengannya bagi membincangkan hal rahsia ini, perkahwinan dia dan Irfan.

“Mala, kau rasa, Irfan suka aku kan?” soalan Nisa' yang itu membuatkan Mala mengerut dahi.

Apa kena mengena soalan ni dengan masalah Nisa' sekarang?

“kenapa kau Tanya balik pasal tu?”

Nisa' mengetap bibir, digaru dahi yang tidak gatal.

“Daniel, dia cakap Irfan suka aku.... from the first time diorang bertemu malam kat klinik tu, dia dah tau by the way Irfan looked at me.” Lambat-lambat Nisa' meluah kata.

Ditopang kembali kepalanya.

“sebab tu ke kau resah ni?” soal Mala tidak percaya.

Nisa' menggigit bibir, sebelum mengangguk perlahan.

“mestilah. If apa yang korang cakap betul, dia suka aku, so things have changed. Aku tak tau sama ada aku still boleh percaya dia ke tak.” akhirnya terluah kerisauannya.

Mala terdiam, sebelum tawanya pecah tiba-tiba membuatkan Nisa' menghadiahkan pandangan pelik.

“kenapa kau gelak pulak? Aku risau ni!” marah Nisa', geram. Dah cakap apa masalah aku, boleh gelak kat aku? Ni yang malas ni!

Mala masih ketawa kuat. Sehingga ditekan-tekan perutnya menahan senak.

Nisa' memeluk tubuh. Disuap mee gorengnya ke dalam mulut tanda protes.

“Nisa', kau nak risau apa? Kalau betul dia suka kat kau, terima jelah dia, tak payah cerai, masalah kau selesai. Kan senang?” cadang Mala dalam tawa yang masih bersisa.

Nisa' pantas menggeleng.

“kau nak tau kan kenapa aku tampar Daniel? Sebab benda ni lah. Daniel tuduh aku pergunakan Irfan untuk dapatkan Hana. Yelah, even if dia betul pun, tapi itu memang plannya. But the thing is, cara dia cakap tu membuatkan aku rasa, hina sangat, yelah, gunakan Irfan untuk dapatkan Hana, and then cerai. Tu yang buat aku marah sangat tu. So, if betul Irfan suka kat aku, aku terpaksa hentikan plan gila ni. aku tak nak lukakan sesiapa lagi.” Tegas Nisa' berbicara.

Terkenang Badri, terkenang perhubungannya dengan Daniel yang putus di tengah jalan, Nisa' benar-benar serik. Jika tiada cinta, mustahil sesuatu perhubungan akan berjalan lancar. Pasti ada hati yang terluka. Dan dia tidak mahu sejarahnya dan Daniel berulang.

Lebih-lebih lagi mereka akan terlibat dalam alam perkahwinan. Ikatan yang suci. Jika mereka bercerai juga sedang Irfan benar ada hati padanya, pastinya Irfan akan terluka, dan Nisa' tidak mahu menanggung perit itu lagi. Perit dituduh heart-breaker oleh Daniel.

Mala menarik nafas dalam.

“Nisa', kau tak suka dia ke?”

Nisa' terdiam. Suka?

“suka tu memanglah suka, tapi bukan cinta.”

“are you sure?”

“yes, 100% sure.”

“so kalau dia tak sukakan kau, kau akan kahwin dengan dia dan teruskan dengan plan korang?”

“yup! Definitely. Sebab aku tau dia takkan terluka dengan perceraian kami kelak.”

“sure?”

“yes Mala! Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni? straight to the point boleh tak?” Nisa' semakin tidak sabar dengan bicara Mala yang tidak diketahui tujuannya itu.

Mala mencapai sudunya kembali.

Dikuis-kuis mee di dalam pinggannya.

“macam mana kau nak tau dia suka kat kau ke tak? korang akan kahwin dalam masa sebulan lagi je. Masa dah semakin suntuk. Kau kena tau sekarang if kau nak batalkan perkahwinan ni. yelah, dengan parents of both sides lagi, everything.” Sebaik selesai bicaranya, Mala menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

Berkerut-kerut dahi Nisa'.

“itulah masalahnya, macam mana aku nak tau? Sebab aku pernah Tanya dia, dia memang cakap dia tak suka aku. After all, dia kan ada girlfriend. Ish! Pening lah aku!” getus Nisa' geram.

Mala tersenyum tenang, bertentangan sikapnya dengan Nisa' yang resah kala itu.

“ada satu je caranya.”

“apa dia?” soal Nisa' pantas.

“kau cakap kau nak jumpa girlfriend dia dengan dia sekali, sebagai tanda terima kasih kau kat diorang. Senang.” Cadang Mala.

Mendengan cadangan Mala, berseri-seri wajah Nisa' serta-merta.

“betul! Pandai kau! Kalau dia tak dapat bawak girlfriend dia, means dia tipu aku.”

“means dia suka kau!” sampuk Mala pantas.

Nisa' mencebik.

“kalau dia bawak girlfriend dia macam mana?”

“kau interview lah diorang. If dia tau pasal plan korang, means dia memang girlfriend Irfan. Plan ni kan something yang confidential? If dia tau, mesti Irfan trust dia and betullah dia tu girlfriend Irfan.” Tambah Mala bersemangat.

“yeah, right! Brilliant!” puji Nisa'.

“tapi...girlfriend dia tu macam pelik la.” Berkerut-kerut dahi Nisa'.

“siapa girlfriend dia?” soal Mala, lupa sebentar siapa yang dimaksudkan Nisa'.

“alah, yang datang masa kitorang bertunang tu la. Shila.” Melopong Mala sebentar.

“kau sure ke tu girlfriend dia?” lambat-lambat Mala bertanya.

Nisa' jungkit bahu.

“entah, tapi aku rasa ya la. Dia nampak rapat dengan ibu Irfan.”

Mala terangguk-angguk. Kala itu, di mindanya, dia merancang sesuatu. Sesuatu yang Nisa' tidak akan tahu.

“alah, kalau betul tu girlfriend dia, kau boleh tarik nafas lega. Means dia tak suka kau. Betul tak?” Mala berbicara yakin, cuba meyakinkan Nisa' sebaik mungkin. Hakikatnya, dia ada agenda tersendiri.

“hmm, ye lah kan? Ish, dah lah, malaslah aku nak cakap pasal ni lagi.” Nisa' kembali menyuap mee goreng yang sudah sejuk di dalam pinggan, tidak berusik.

“bila kau plan nak jumpa Irfan and girlfriend dia?” soal Mala lagi. Dia mahu mengatur rancangan.

Nisa' terdiam sejenak, mulutnya rancak mengunyah.

“entah.” Riak wajah Nisa' kembali ragu-ragu.

“kau tak call dia lagi sejak hari tu?” soal Mala tidak percaya. Bulat matanya merenung Nisa'.

Nisa' geleng.

“tak.”

“ya Allah, Nisa'!”

“apa? Bukan salah aku.” Nisa' menyuap lagi.

Mala merengus kecil.

“habis macam mana kau nak jumpa dia dengan girlfriend dia ni?” soal Mala ragu-ragu.

Nisa' tidak menjawab. Dia juga tidak pasti bagaimana harus dia melakukannya.

Mala memeluk tubuh, merenung Nisa' tajam. Tidak puas hati. Lama sehingga Nisa' menyerah kalah.

“ok, ok, aku call dia malam ni! puas hati?”

“Nisa', apa-apa pun, he is doing you a favour. Yang kau nak marah tak tentu pasal dengan dia kenapa?” tegur Mala.

“tak lah, aku sebenarnya, dah tak marah tapi segan la nak telefon dia. Aku tak pernah call dia kalau tak ada sebab. Selama ni dia je yang call aku. Kan kitorang selalu jumpa je?” Nisa' menjelaskan situasi sebenarnya.

“so now kau dah ada sebab. Make sure jangan lambat buat appointment dengan dia. Nanti susah pulak. Tu la, orang lain kahwin nak kekal lama. Kau kahwin nak cerai. Ish, tak ada masalah cari masalah.” Getus Mala.

Nisa' mencebik.

“yelah, yela. Aku call dia cepat-cepat.” Ujar Nisa', namun tiada ketegasan dalam katanya itu.

Mala pantas menggeleng.

“lain macam je bunyinya tu. Ah, tak de, tak de, bak sini handphone. Aku call dia.” Mala menghulurkan tangan.

Nisa' tanpa bantahan mencapai handphone di sisi lalu diserahkan kepada Mala.

Mungkin kerana tidak diendahkan terlalu lama, Hana mula merengek tiba-tiba. Nisa' pantas bingkas dan dikeluarkan Hana dari katilnya.

“ala, sorry ya anak ummi, ummi sibuk sangat sampai lupa dengan Hana.” Dicium kedua pipi Hana kiri kanan.

Melihatkan Nisa' tidak memberi perhatian padanya, Mala pantas mengambil nombor Irfan dan disimpannya di dalam handphonenya.

Kemudian, didail nombor Irfan dan sebelum sempat bunyi dail kedengaran, dia telah menghentikan panggilan itu, namun telefon tetap dilekapkan ke telinganya, seolah-olah menanti Irfan menjawab panggilan.

“dia tak angkat, sibuk kot.” Tipu Mala.

Handphone Nisa' diletakkan kembali ke atas meja.

Nisa' mengerling Mala sekilas.

“tak angkat? Hmm, dia tak balik sini lagi kot. Tak apa, esok aku call dia.” Nisa' memberi janji.

“boleh percaya ke?”

“yelah, nak tak nak kena jugak. Ni soal hidup aku dan Hana.”

Mala tersenyum nipis.

“hah, tau tak apa.” Mala menyuap lagi, menghabiskan mee gorengnya di dalam pinggan. Dia mahu segera pulang ke rumah bagi melaksanakan rancangannya.

Habis makan, dibawa pinggan ke sinki dan dicuci.

“oklah Nisa', kau ok kan, aku balik dulu, penat ni.” Mala mencapai tas tangan di atas sofa.

“hmm, ok, thanks. Sorry ya sebab susahkan kau.” Ucap Nisa', ada nada sesal terselit.

“tak apa, ok, sayang, auntie Mala balik dulu.” Dicium pipi Hana sebelum melangkah keluar. Telefon bimbitnya digenggam erat.

Demi semua orang, aku perlu bertindak.

9 comments:

  1. waaaaaa..
    ape yg mala plan??
    ngeeeee..
    hope dpt satukan irfan n nisa'..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. Hmmmm...sambung cpat...
    best dh ni.

    ReplyDelete
  3. Cepat sambung ni dah menarik sgt nak tahu apa rancangan si mALA tu he he he adakah mala akan memberitahu irfan

    ReplyDelete
  4. nisa, nisa.............poning den dibueknye

    ReplyDelete
  5. best2...

    ternanti nanti cite ni...

    smbg2...

    hehe

    ReplyDelete
  6. geram pulok ngan si-nisa' ni. Sian irfan. Takpe nanti mala tolong ek.

    ReplyDelete
  7. apa la mala nak wat tue..
    nape nisa tue mcm keras hati yer..sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  8. best ada kwan mcam mala nie
    true fwen right??/
    ANYWAYS hope hana will hav a happy family from her ummi n papa irfan maybe???
    nice story n creative

    ReplyDelete
  9. time kasih mala!!!! nak harapkan irfan & nisa', mau huru hara jadinya....

    ReplyDelete