About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, September 28, 2009

Anaknya, Anakku Jua 35

Pelukan Makcik Kamariah terasa erat seakan tidak mahu dilepaskannya.

“makcik sihat?” soal Nisa' prihatin.

“Alhamdulillah.”

Nisa' menatap sepasang mata mesra milik wanita itu sebelum turut mengikut pandangannya yang beralih pada Mala.

Jelas dia terkejut melihat kehadiran si kecil di dalam dukungan Mala. Hana seakan-akan memanggil Makcik Kamariah apabila wanita itu menerpa dan mencium pipi gebu Hana berkali-kali.

“anak siapa ni?” soalan yang seakan-akan ditujukan kepada Mala, namun Nisa' tahu dialah yang patut memberi jawapannya.

“erm, ni Hana, anak angkat Nisa'.” Nisa' turut menghampiri Mala dan mengambil Hana.

Makcik Kamariah memandang Nisa' dengan wajah berkerut.

“anak angkat Nisa'? bila Nisa' ambil anak angkat? Tak bagitau makcik pun?”

Nisa' dan Mala berpandangan.

“err, Nisa' minta maaf, tak sempat nak cakap. Cadangnya nak bawak terus jumpa makcik.” Jelas Nisa' lagi.

Makcik Kamariah terangguk-angguk, namun masih ada pertanyaan yang berlegar di mindanya yang tidak akan diutarakan.

“eh, masuklah. Jom masuk.”

Mereka beiringan masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu dan pandangan mereka disapa perhiasan rumah yang sederhana dan menarik. Nisa' menarik nafas dalam. Rumah ini tidak banyak berubah sejak kali terakhir dia menjejakkan kaki ke sini. kunjungan wajibnya bersama Daniel setiap sebulan sekali.

Ditarik nafas dalam. Cincin di jari masih elok terletak. Hajatnya mahu memberitahu perkembangan terbaru dirinya kerana dia tahu itu lebih baik dari menyimpan perkara itu sebagai rahsia. Nisa' tidak mahu menyakitkan hati sesiapa lagi, terutamanya Makcik Kamariah.

Berita pertunangannya belum sampai ke telinga Makcik Kamariah. Jika benar, pasti wanita itu sudah menyebut-nyebut tentang itu di dalam telefon semalam. Ummi juga sudah menyerahkan semuanya di bahu Nisa'.

Pandai-pandailah Nisa' sekarang.

“nak duduk sini dulu ke nak ke ruang makan terus? Pakcik turun kejap lagi. Daniel pun. Diorang solat kejap. Makcik dah solat awal-awal tadi.”

Nisa' terdiam sekejap.

“kita masuk ke dalam terus la. Tunggu pakcik di meja. Boleh Nisa' tolong-tolong apa yang patut jugak.” Cadang Nisa'.

Makcik Kamariah mencebik.

“ish, dah tak ada apa yang perlu dibuat. Tunggu makan je.”

Nisa' tersenyum nipis.

“tak apa. Kita duduk dalam je la.”

Makcik Kamariah terangguk-angguk.

“ok, jomlah masuk.”

Mereka beriringan ke ruangan satu lagi yang menempatkan set meja makan, dengan pelbagai jenis makanan terhidang di atasnya.

“boleh makcik dukung dia?” soal Makcik Kamariah sambil merenung Hana penuh kasih. Nisa' mengangguk.

“dukunglah.”

Hana bertukar tangan. Mujur Hana mudah mesra, dia tidak menangis apabila bertukar tangan. Matanya bulat merenung Makcik Kamariah, kehairanan dengan wajah baru itu.

“eh, duduklah, duduk.” Pelawa Makcik Kamariah sambil mengagah Hana.

Nisa' dan Mala mengambil tempat di meja. Makcik Kamariah berdiri berhadapan mereka dan bertentangan dengan tangga.

Nisa' tersenyum senang melihat Hana yang tidak meragam dengan Makcik Kamariah.

“eh, mak, anak sapa tu?” tegur satu suara dari tangga membuatkan senyum Nisa' pudar. Mala menggenggam jemari Nisa' kuat.

“anak Nisa' ni hah.” Beritahu Makcik Kamariah sambil memusingkan badannya ke arah tangga sepenuhnya, dan beberapa tika kemudian, tuan empunya suara itu muncul di hadapan Nisa', kaku di depan tangga.

Nisa' turut kaku di tempat duduknya. Mereka berpandangan lama sambil diperhatikan Makcik Kamariah dan Mala penuh minat. Makcik Kamariah tersenyum sendiri.

“hai Daniel, awak apa khabar?” Nisa' memulakan lambat-lambat. Daniel kelihatan agak susut sedikit berbanding dulu.

Daniel menunduk seketika sebelum pandangannya diarahkan pada Hana yang turut merenungnya pelik. Satu lagi wajah asing padanya.

“mak jemput dia ke sini kenapa?” soalan itu tidak bernada kasar, namun hati Nisa' tetap terguris. Ditelan liur. Kerongkong terasa berpasir.

Makcik Kamariah membesarkan matanya seraya mendengar soalan itu.

Ditarik Daniel ke balik dinding yang menempatkan tangga.

“Daniel! Kenapa kamu cakap macam tu? Nisa' dah datang tu kira baguslah tu. Sekurang-kurangnya mak cuba untuk kamu, tapi kamu? Macam orang hilang akal, merajuk dengan mak, tak balik rumah. Macam tu ke caranya kamu selesaikan masalah? Ha?” tingkah Makcik Kamariah, perlahan namun tegas dan jelas kecewa dengan Daniel.

Daniel menggaru belakang kepala bosan.

“mak, tak ada apa yang nak diselesaikan lagi. Kami dah berpisah. Forever. Apa lagi yang nak dibetulkan? Apa?” balas Daniel geram namun suaranya masih terkawal.

Makcik Kamariah merengus kecil.

“masih belum terlambat untuk kamu berbaik Daniel. Kamu takkan jumpa orang macam Nisa' lagi. Mak nak kamu berbaik dengan dia. Muktamad.” Suara berbaur amaran dari Makcik Kamariah.

Rengekan Hana yang mungkin ketakutan dengan suasana perbualan kedua itu membuatkan perhatian Daniel beralih padanya.

“mak tau tak, kami berpisah kerana budak ni. selagi budak ni dengan Nisa', Daniel tak boleh terima Nisa' semula.” Daniel tersandar di dinding.

Makcik Kamariah mengerling Hana sekilas.

“apa masalah kamu dengan budak ni? ha? Kerana dia anak angkat kamu tak boleh terima dia?” soal Makcik Kamariah tidak berpuas hati.

“tak makcik. Sebab Hana anak bekas kekasih saya.” Suara yang datang dari belakangnya itu membuatkan Makcik Kamariah berpaling kepada Nisa' dengan dahi berkerut.

Daniel mengerling ibunya malas, dan kecewa. Jelas hatinya masih terluka dengan Nisa'.

Nisa' mengukir senyum tawar. Mendengar rengekan Hana tadi,dia pantas mendapatkan mereka, dan telinganya tertangkap sedikit butir bicara anak beranak itu.

Nisa' menghulurkan tangan untuk mengambil Hana dan Makcik Kamariah tidak membantah.

Dicium dahi dan pipi Hana bertalu sambil dielus lembut rambut halus Hana.

”makcik, Hana anak Badri, bekas kekasih saya yang telah berkahwin selepas hubungan kami putus di tengan jalan. Badri dah meninggal kerana barah otak, dan isterinya turut meninggal sejurus selepas Hana dilahirkan. Saya penjaga Hana sekarang. Maafkan saya makcik, kerana tak menjelaskan hal ni sebelum pertemuan ini terjadi. Tapi Daniel tak bersalah, memang salah saya semua yang terjadi. Saya tak mungkin tinggalkan Hana, dan Daniel, tak mungkin menerima Hana. Kerana saya kami berpisah. Maafkan saya.” Ujar Nisa' tegas.

Makcik Kamariah tergamam, dan tidak terkata apa-apa. Baru kini dia mengetahui punca sebenar perpisahan mereka.

Dan dia telah berlaku tidak adil pada anaknya sendiri.

Nisa' menarik nafas dalam.

Pandangannya terarah pada Daniel.

“Daniel, sekali lagi, maafkan saya kerana melukakan hati awak. Tujuan saya datang Cuma untuk berdamai, dan juga untuk menyampaikan berita pertunangan saya.” Sehabis bicara Nisa' Daniel mengangkat muka, merenung wajah Nisa' tidak percaya.

“what?”

“maafkan Nisa', makcik. Kirim salam pada pakcik.” Nisa' pantas menuju ke kerusi dan dicapai tas tangannya.

“Mala, jom balik.” Langkah diatur pantas keluar rumah dan tanpa disedari Daniel mengejar Nisa' laju di belakang.

“Nisa', wait! You are getting married? To whom??” lantang suara Daniel bertanya demi mendapatkan perhatian Nisa' yang sudah menghampiri keretanya.

Langkah Nisa' terhenti. Mala meletakkan barang-barang di dalam kereta dan mengambil Hana dari Nisa' seraya masuk ke dalam kereta.

Nisa' memeluk tubuhnya, membalas pandangan Daniel yang sukar ditafsirkan ertinya.

“Irfan. Anak saudara Mak Su.” Ujar Nisa' yakin.

Daniel melopong seketika.

“what? Lelaki di klinik that night?” soalan itu bernada tidak percaya.

“yup. Tak salah lagi.”

Daniel mundar mandir di hadapan Nisa', dengan tangan di dahi.

“awak, akan kahwin dengan dia? Dengan..... dia?” soalan itu berbaur sinis.

“yes Daniel. Dengan Irfan.”

Daniel tersenyum, namun senyuman itu juga sinis.

“and he accepts ‘his’ girl?” Nisa' angguk yakin.

“he loves her, so much.”

Daniel ketawa besar, namun jelas dibuat-buat dan nada sinis tetap terselit dalam tawanya.

“so, you are marrying him, just because he loves her? Not because you love him?” soalan Daniel yang itu membuatkan bibir Nisa' terkunci untuk seketika, tergamam dengan kenyataan itu.

“you dumped me because of her, and now you are marrying him just because of her? This is all about her?” Daniel tertawa lagi.

Nisa' masih kaku.

Tiba-tiba Daniel berhenti ketawa. Wajahnya didekatkan dengan wajah Nisa', dan direnung sepasang mata Nisa' tajam membuatkan Nisa' bertambah tak keruan.

“Nisa', please! Stop messing with other’s feeling! You don’t love him but yet you are marrying him! You are one damn heart breaker, Nisa'. And I’m serious about that.” Nisa' terus kaku menerima tuduhan Daniel.

Telunjuk Daniel turut terikut-ikut bicaranya dan diarahkan ke wajah Nisa'.

Nisa' pantas berpaling. Tuduhan Daniel meresap jauh ke lubuk hatinya.

“Nisa' stop it. Berapa banyak hati awak nak hancurkan, hah? Awak nak permainkan perasaan dia pulak? And then what? Divorce? Hah Nisa'? answer me!” Daniel terus menerus menyerang membuatkan Nisa' bertambah bingung. Bingung dengan kenyataan yang baru dibangkitkan Daniel.

Mustahil dia akan mendedahkan tujuan perkahwinan itu pada Daniel. Daniel tidak boleh tahu tentang itu. Tapi kenapa hatinya tetap sakit mendengar tuduhan Daniel? Mengapa hatinya sakit mengenangkan tuduhan Daniel yang mengatakan dia sedang menyakiti Irfan?

Irfan tak menyayangi aku. Kenapa harus aku hancurkan hati dia? Hati dia takkan sakit dengan perceraian kami kelak. Takkan.

“Nisa', Irfan tu dah lama ada hati dengan awak. Sejak kita bersama lagi. From the first time we met saya dah sedar tentang tu. Awak ingat saya tak tau? Tapi saya tak sangka awak sekejam tu hingga sanggup pergunakan dia demi kebahagiaan awak dan budak tu!”

Pang!

Nisa' menahan nafas, matanya merah berlinanganair mata saat lima jarinya mencecah pipi Daniel.

“you know nothing about us! About him, about me, about her! How dare you talk to me like that?” dada Nisa' turun naik menahan marah.

Marah dengan kenyataan yang dibangkitkan Daniel. Daniel tersenyum sinis. Perit pipinya tidak terlalu sakit jika dibandingkan dengan pedih hatinya kala itu.

“kenapa Nisa'? kerana saya cakap benda yang betul, awak marah? memang awak tak reti menghargai cinta dan kasih sayang orang Nisa'. Cinta saya yang selama 2 tahun saya suburkan untuk awak, awak kuburkan macam tu je! Cinta Irfan pada awak juga bakal menempah nasib yang sama! Awak tak cintakan dia Nisa'! awak tak pernah cintakan saya! Awak hanya pergunakan dia untuk Hana!”

“diam!”

Hening seketika. Cuma esakan kecil Nisa' kedengaran.

Mala di dalam kereta mula tidak senang duduk melihat Nisa' menampar Daniel dan jeritan Nisa' yang mencuri-curi masuk ke dalam kereta melalui semua celah yang ada.

Mala menghela nafas lega apabila Nisa' membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta, meninggalkan Daniel termangu-mangu di situ.

Air mata masih berlinangan.

Nisa' pantas menghidupkan enjin dan memandu kereta pergi bersama pipi yang basah.

********

“Nisa', apa yang Daniel cakap?” akhirnya soalan itu terluah apabila mereka sudah selamat tiba di apartment Nisa'. Dia tidak sampai hati mahu bertanya sepanjang dalam perjalanan tadi kerana Nisa' terus-terusan menangis.

Nisa' menggeleng. Wajahnya dibelek sedikit di cermin. Wajah yang sedikit sembap kesan menangis tadi.

“tak ada apa-apa.” Dalih Nisa'.

Jiwanya resah. Dia benar-benar terganggu dengan bicara Daniel sebentar tadi.

Nisa', Irfan tu dah lama ada hati dengan awak. Sejak kita bersama lagi. From the first time we met saya dah sedar tentang tu. Awak ingat saya tak tau?

Tak, tak mungkin. Daniel cakap macam tu sebab nak sakitkan hati aku je.

“Nisa'..” Mala memanggil lagi.

Hana masih di pangkuannya.

“Mala, kau tunggu rumah ya. Aku keluar beli dinner kat kedai depan tu kejap.” Panggilan Mala dijawab dengan arahan itu.

Mala tidak membalas. Akur sahaja tatkala Nisa' keluar kembali melalui pintu yang baru dimasuki sebentar tadi.

6 comments:

  1. nisa',,ble nk sedar yg irfan mmg cintakan awak..
    orang sekeliling awak pon nmpk prasaan irfan tuh..
    haila2..
    smbng2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya tuan punya badan x perasaan coz bz ngan benda lain....

      Delete
  2. adoi
    apa kena nisa' nih?
    bukalah minda tu sikit
    adoiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  3. kenapa baca n3 rasa nak seyum2 je? patutlah..n3 pertama lepas raya :)

    so, daniel dah tahu kebenaran, mala dah sedar, maksu pun dah..wake up nisa.. irfan memang nakkan nisa la, takkan tak sedar.. berapa lama lagi nak duduk dalam denial stage nisa.. haisyy...

    ReplyDelete
  4. kenapalah nisa ni tak fhm2?????????????????????? tapi hopefully, dlm tak fhm2 tu, nisa juga mempunyai rasa untuk irfan.

    ReplyDelete