“Darin! Ria nak jumpa
kau!”
Darin yang sedang tekun menyiapkan artikel,
bangun dari duduk dengan malas.
Najwa, salah seorang penulis Elegan
dan ditugaskan juga menyambut panggilan telefon di pejabat ini kembali ke
kubikelnya yang berselang beberapa meja darinya. Darin menjenguk malas.
“Kenapa Ria nak jumpa aku?”
Najwa jongket bahu. “Entahlah. Malas
nak tanya lebih-lebih. Mood dia macam tak baik je. Kau baik-baik sikit.
Kutlah dia memang moody hari ni. Amri pun ada kat dalam tu.”
Amri? Ah sudah. Ni mesti fasal semalam
ni. Darin yakin Amri sudah menyampaikan berita semalam kepada Ria. Semalam, dia
terus pulang ke rumah dari hotel tersebut memandangkan Ria sudah memberi kebenaran
untuk pulang terus jika ada assignment di waktu petang. Tidak jadi dia
mahu ke pejabat lagi walaupun memang itu niat asalnya jika pulang bersama Amri.
Tetapi di hentian bas, Darin menukar fikiran. Dia terus pulang ke rumah tanpa
memberitahu Amri. Jadi, dia memang tidak tahu-menahu mengenai laporan yang Amri
berikan kepada Ria mengenai hal semalam.
Dengan perasaan sedikit gusar, dia
mengetuk pintu bilik Ria, dan Amri membukanya dari dalam. Riak wajah kedua
mereka sukar untuk dibaca. Apa sebenarnya yang dah jadi ni?
“Darin, masuk. Duduklah.”
Darin menelan liur. Aik, nada Ria tak
macam marah pun, tapi dia tak senyum juga. Apa benda pulak nak jadi ni?
Amri tidak duduk, sebaliknya dia
berdiri dan menyandar di dinding, menghadapnya dan Ria yang kini berhadapan.
“Ada apa Ria? Artikel tu belum siap
la. Semalam I terus balik rumah dari hotel tu…”
Ria tidak membalas, sebaliknya dia
mengangkat jari telunjuk kirinya lalu diletak ke bibirnya. Mengerti dengan
isyarat itu, Darin terus mengunci mulut sambil mengerling Amri di sebelah. Ria,
wanita kacukan Cina-India yang sebaya dengan Along, dan sudah bercerai tanpa
anak.
Setahunya, Ria seorang atheist tetapi
kekasih barunya beragama Kristian. Tapi, Ria seperti bermasalah dengan bekas
suaminya juga. Sebenarnya, isu-isu begini jarang mereka bualkan. Apa yang Darin
tahu, dia tahu dari Along. Dia pun jarang beramah mesra dengan Ria, kerana dia
memang bukan orang yang suka beramah.
Dia di sini kerana kerja, jadi biarlah
dia bekerja. Sebab itulah apabila Amri seperti mahu merapatinya, dia tidak
begitu mahu melayan. Malas rasanya mahu terlibat dengan orang-orang di pejabat.
Kebanyakannya, sejak dia bekerja di sini, dia cuma tahu nama mereka saja. Yang
lain-lain, tak rajin mahu bertanya.
“What is this?” Ria menolak
skrin monitornya hingga terpusing menghadap Darin, dan Darin ternganga sesaat.
Gambarnya dan Fakhri semalam, sebelum
Amri merapati mereka waktu itu, mungkin. Terlihat jelas kelat wajahnya di skrin
besar itu, dan Fakhri yang tersenyum ke arahnya dengan segelas air di tangannya.
Dia menjeling Amri yang cuma tersengih-sengih saja tanpa riak bersalah. Suka
agaknya menggunakannya begini?
“Who is he?”
Darin menunduk seraya menggeleng.
“I don’t know.” Dengan
kemampuan berbahasa Inggeris yang sangat kurang, dia terus gagap kalau Ria
terus-terusan menggunakan Bahasa Inggeris dengannya. Garang pula tu.
“He is the son of Tengku Adnan, a
shareholder of Baron Logistics and Transportation based in London. You don’t
know that?”
Darin ternganga lagi. Kedengaran macam
penting sangat Fakhri ini di mata orang ramai. Bukan setakat kaya dan kacak
rupanya. Apabila Darin tidak memberi reaksi yang dimahukan, Ria bingkas dari
kerusi dan merapatinya. Kedua-dua belah bahu Darin dipegang Ria kejap, dan Ria
tiba-tiba tersenyum lebar. Serius, pada Darin ketika itu, senyuman Ria amat
menakutkan.
“You’ve hit a jackpot!” ujarnya
riang seraya memeluk Darin sesaat. Ria tidak menyangka Darin membawa untung
besar kepada syarikatnya ini.
Darin bertambah kelu apabila pelukan
Ria dileraikan dan wajah Ria kelihatan begitu gembira dan teruja. Dia semakin
bimbang kerana dia tahu, dia sudah ketinggalan. Dia betul-betul bingung dan
tidak dapat menangkap erti di sebalik pelukannya sebentar tadi.
“Apa yang you maksudkan, Ria? I
tak faham.” Memang Darin tak faham maksud kata-kata Ria tadi. Jackpot?
Jackpot apa?
Ria mundar-mandir di hadapan Darin.
Darin semakin keliru, sementara senyuman Ria semakin melebar.
“Apparently, he wants you, right?”
“Apa? Apa maksud you? Dia
nakkan I? Kami tak ada apa-apa hubungan. Dia cuma tolong bayarkan bilik
hotel I malam tu…”
Serentak itu dua pasang mata kini
terbeliak memandang Darin.
Ops! Apa aku dah buat ni? Darin mula
gelabah. Dia berdiri tiba-tiba, dan mahu saja dia berlari keluar dari bilik itu
sekarang, atau menghilang begitu saja. Menyedari kesilapan bicara itu, Ria
memandang Amri.
“I want to talk to Darin alone.”
Amri terkedu. Dia keluar meninggalkan mereka dan Darin
terduduk kembali sambil menongkat kepalanya, menyesal tidak berkesudahan. Macam
mana aku boleh terlepas cakap ni?
“Tell me everything. Everything.
Jangan tinggal walau satu perkataan pun, faham?” Ketegasan nada Ria dan cahaya
matanya membuatkan Darin akur, dan mengalah. Sejarah malam itu diungkap kembali
tanpa rela.
Anehnya, habis saja ceritanya, Ria
terus memintanya keluar dari bilik tanpa sebarang ulasan.
“Tapi dia bencikan I. Ingat tu
Ria. I pun tak suka dia.” Sebelum keluar, sempat lagi Darin menegaskan
supaya kepala Ria berhenti memikirkan sebarang idea yang mungkin sedang beranak
sekarang ini.
“HELLO!
Elegan here.”
“Hi, who am I speaking to?”
Suara garau dari sebelah sana membuatkan jemari Ria yang sedang menari di atas
skrin tablet terhenti.
“Ria Doss. Who is this?”
Balasnya sedikit acuh tak acuh.
“Hi, you’re the owner of Elegan, I
assume?”
Ria mengerutkan dahinya. Jarang sekali
ada yang menelefon dan bertanya begitu.
“Yes, I am. Who is this?” Ria
masih berasa pelik.
“Sorry, saya lupa nak kenalkan
diri. Tengku Fakhri dari Baron Logistics.”
Terus Ria menegakkan duduknya.
Benarkah ini Tengku Fakhri? Pucuk dicita ulam mendatang. Sebelah bibirnya terus
terjongket. Baru semalam dia mengetahui sesuatu tentang lelaki ini daripada
Darin, hari ini sudah dapat mendengar suara. Wow! dahsyat...
“Maaf bertanya, You ada staf
bernama Darin, kan?”
“Yes, we do.”
“Boleh I bercakap dengan dia?
Or if possible, I would like her handphone number. Hanya ini caranya untuk I dapatkan
dia, kalau you tak keberatan.”
Ayat terakhir itu membuatkan minda Ria
terus berputar laju. Mustahil dia akan melepaskan peluang ini. Ria berdeham
perlahan. Kononnya mahu menunjukkan tanda tidak teruja mahupun beria dengan
panggilan itu.
“I’m sorry, but I don’t think I can
do that.She is a good employee of mine.I perlukan izin dia dulu.” Ria mula
menyusun rancangannya.
“I get it. Tapi Darin yang I
kenal takkan jumpa I tanpa sebab. And I betul-betul nak berjumpa
dengan dia. Ada yang belum selesai antara kami. Peribadi. I can’t tell you
more. Is it really not possible for me to get her number?” Kedengaran
Fakhri masih tidak mahu berputus asa. Masih meminta nombor telefon Darin
daripada Ria.
Ria tersenyum lebar.
“Actually, there is a way.”
“Good. Let me hear it.” Fakhri
senang hati sedikit apabila Ria, majikan Darin seakan-akan ada cara untuk
menyelesaikan masalahnya dengan Darin.
“Make it a non-personal matter, if
you know what I mean.”
Fakhri terdiam dan berkerut dahinya.
Macam tak percaya pula, namun dia boleh faham situasi timbal balik begini.
Sekarang yang peribadi dijadikan seolah-olah bukan peribadi.
“We are in the publishing business,
Tengku. Tiada perkara peribadi bila kami jumpa orang macam Tengku.” Ria
sudah memasang jeratnya. Dia tahu Fakhri yang terdesak akan menurut
kemahuannya. It’s a win-win situation.
“I got it. So you want something in
return, right?”
“Dan Tengku boleh dapatkan dia selepas
itu. No objections. Purely professional and purely business.No
questions asked.” Ria mencapai pen di hujung mejanya dan digigit kepalanya.
Jika percaturannya tidak salah, lelaki bergelar ‘Tengku’ ini begitu mahukan
Darin. Jika sampai sanggup mencarinya menggunakan cara begini... jadi, apalah
salahnya dengan satu dua wawancara?
Fakhri di sebelah sana ketawa kecil.
Begitu mudah sekali editor merangkap pemilik Elegan ini memerangkapnya.
Nampaknya, Elegan juga sudah begitu terdesak kalau wanita bernama Ria ini
sanggup memberikan business proposition sebegini.
“Oh, well well. I see I am not the only
one yang terdesak sekarang ni. Might as well grab the offer while it lasts,
right?”
“I see you deserve to be called a
businessman, tengku.” Puji Ria pula, mendalam maknanya.
“Well, I know when an opportunity
is an opportunity, and I know when to let go of things I don’t really need. But
I cannot afford to lose her. Kalau macam tu yang you nak, I am
willing to be your saviour. On one condition, Darin boleh ikut I ke
mana-mana saja, bila-bila masa saja I perlukan dia. Do we have an
agreement here?” Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan.
Ria tersenyum lebar. Nampaknya, lelaki
ini benar-benar ‘perlukan’ Darin.
“I assume you know the position we
are in right now is very tight. If you agree, you should also be willing to
provide us with anything necessary to boost our image, at least get us back on
the line. Am I clear?” Ria juga tidak mahu kalah. Alang-alang nak gunakan
dia, biar dia tahu apa yang dia akan hadapi. Orang kaya dan berpengaruh macam
ni, mesti ada banyak yang terselindung di sebalik kot dan sut mahalnya.
Fakhri ketawa kecil. Dia faham benar
dengan apa yang dimaksudkan Ria. Majalah murahan. Beginilah caranya untuk
hidup. Segala jenis skandal mahu disumbat. Tak sesuai langsung dengan namanya,
Elegan!
“I tak ada pilihan lain, kan?
Sebelum tu, I rasa lebih sesuai kita bersua muka, don’t you think so?”
Saran Fakhri.
“I setuju. Whenever you are
free to entertain us, let me know.”
“Wednesday should be okay. Hilton
PJ, 1.00 o’clock. I will see you in the lobby.”
“Great. Hope to see more of you.”
“And you too.”
Dengan itu, talian terus mati. Sejurus
itu Ria mencium gagang telefon sepuas hatinya.
“Finally Elegan will have a
patron!” Dan setahu Ria, Tengku Fakhri bukanlah golongan kaya dan
berpengaruh yang sukakan gosip liar. Namanya tidak pernah terlepas di mana-mana
majalah gosip atau tabloid.
Jika ada pun, kerana bergandingan
dengan selebriti dan nama-nama besar di UK. Itupun jarang-jarang sekali.
Namanya lebih lazim muncul di surat khabar segmen perniagaan, atas usaha sama
rancak Baron Logistics dengan syarikat-syarikat lain di seluruh UK, dan juga
Asia. Jadi, jika orang seperti Tengku Fakhri muncul dalam Elegan, Ria pasti
banyak mata yang akan terbeliak nanti.
Oh, tak sabarnya nak jumpa ‘pemilik’
baru Elegan!
“APA?
Jumpa Fakhri?” Terbeliak besar mata Darin memandang Ria yang tiba-tiba saja
mengeluarkan cadangan yang dia rasakan sungguh gila setelah beberapa hari
selepas pertemuan di biliknya tempoh hari.
Ya, gila kerana Ria mengajaknya
bertemu Fakhri bagi memujuk Fakhri memberikan wawancara eksklusif untuk
diterbitkan oleh majalah mereka. Bukan ke itu idea gila namanya?
“Tapi macam mana? I tak ada contact
number dia pun.” Tiba-tiba Darin terasa sungguh lega kerana kad nama Fakhri
terus dibuangnya tempoh hari. Kalau tidak, memang naya. Kalau ada pun, tak guna
juga. Kad nama Fakhri tiada nombor telefon pun. Yang ada cuma nama dan
jawatannya saja.
Ria tersenyum sesaat. “Don’t worry.
I have already set up and appointment with him during lunch hour. Dia
setuju untuk berjumpa kita dengan satu syarat.”Bersinar-sinar mata Ria merenung
Darin, berseri-seri wajahnya dengan senyum yang terukir lebar tiba-tiba.
“Apa dia?”
“You kena ikut I jumpa
dia.”
Darin ternganga lagi. Jumpa Fakhri
lagi! Oh...tidak!
“Erm, I sakit perut la. Period
pain.Sorry. You saja pergi ya.” Bohong sajalah. Untung-untung terlepas
daripada bala.
Ria yang kini sedang menyusun fail di
mejanya mengangguk sekali. “It’s okay. Tengku Fakhri still wants you there.
So, kalau you tak boleh jumpa hari ni, kita boleh jumpa dia lain hari.”
Darin tergamam.
“Ria, please. I tak nak jumpa
dia.” Darin sudah merayu. Biarlah Ria fikir apa pun, yang pasti dia memang tak
mahu berjumpa lagi dengan Fakhri! Macam alergi dia rasa kalau berdekatan dengan
Fakhri.
Ria memandang tanpa simpati.
“Darin, I tahu you tak
nak jumpa dia lagi. Dia tu orang kaya, so you mungkin akan rasa malu
nanti.” Ria pandang sekilas pada Darin dan gaya pakaiannya hingga membulat mata
Darin melihat Ria.
Bukan sebab kaya miskin la Ria! Aku
tak kisah pun siapa dia tu tapi aku tak suka dia! Dia tak suka aku! Kalau dia
jumpa aku, menyakitkan hati saja!
“But it’s okay. Relax. He’s a very
cool person. Walaupun dia sibuk, dia masih kata okey tahu. Susah tahu orang
macam dia nak layan magazine tak laku macam kita ni. This is our only
chance to gain a good name. Gunakan dia selagi boleh. Kalau you tak
boleh tolong I, you fikirlah untuk family you, kakak you.
Mesti dia sedih kalau you tak usaha untuk buat yang terbaik untuk family
you, kan?”
Ah sudah. Lemah terus segala sendi Darin.
Dia faham maksud Ria, dan dia faham kemahuan Ria. Dalam erti kata lain, Ria
sedang mengugutnya. Kalau tak nak Along tahu, buat saja. Bukan Ria suruh dia
jual badan pun, kan?
Mengenangkan Along dan Ria yang
memberinya peluang pekerjaan, Darin tiada pilihan. Dia langsung tiada hak untuk
menolak.
“Okey. Bila nak pergi?” Hampir saja
dia tidak mendengar suaranya sendiri.
Ria tersenyum kemenangan. Dia tahu
Darin takkan menolak.
“At noon. I panggil you
nanti. Kita pergi dengan my car.”
Tanpa membalas lagi, Darin melangkah
keluar dari bilik Ria dengan perasaan bercampur-baur. Lemau jadinya, dek
penangan berita yang tidak diinginkan itu.
Keluar saja Darin dari biliknya, Ria
tersenyum puas.
Akhirnya Elegan akan mendapat sesuatu
yang besar. Dan yang lebih bagus lagi, kebaikan itu sendiri datang bergolek
padanya. Memang Ria tidak pernah berniat untuk mengabaikan Fakhri sejak dia
tahu mengenai kaitannya dengan Darin. Cuma, Ria memilih untuk membuat kerjanya
secara senyap-senyap. Baru saja dia berura-ura mahu mencari kenalan yang
mungkin mengenali Fakhri, Fakhri sudah hubungi dia terlebih dahulu membuatkan
harinya kini terasa indah.
Darin monyok sebaik duduk di
kerusinya.
Amri yang datang entah dari mana,
mendekatinya. Sejak peristiwa di bilik Ria beberapa hari lepas, Amri sudah
banyak kali cuba untuk mengorek kisah sebenar di Genting tapi dia kunci mulut.
“Ria ada cakap apa-apa fasal Tengku
Fakhri?”
Darin membisu sambil duduk di meja
kembali. Wajahnya ditekup lemah.
“Aduhai Amri. Kenapalah jadi macam ni?
Kalau kau tutup je mulut hari tu, kan ke settle semua masalah aku?”
tuturnya dari sebalik tangan yang masih menutup muka. Hakikatnya, marahkan Amri
pun tak guna juga. Memang ini takdir, tetapi dia betul-betul tak sanggup nak
menghadapi semua ini.
Apabila dia membuka tangannya, Amri
sudah tiada. Baguslah. Cuma ada Feeza, jurnalis Elegan yang sedang mengemas
mejanya untuk keluar. Ada assignment, mungkin.
Kali ini, dia menongkat kepalanya
pula. Apa sebenarnya Fakhri nak daripada aku? Kenapa dia beria ajak aku jumpa
hari tu?
Ahhh...lelaki kaya tu
memanglah...menyusahkan aku betul!
Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.
PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.
No comments:
Post a Comment