Seperti yang dijanjikan,
Darin, Ria dan Fakhri bertemu juga pada tengah hari itu.
“I’m very well-related to your
writer here, Miss Darin,” ujar Fakhri tenang sambil melirik ke arah Darin.
Hari ini, pakaian Fakhri tidak terlalu
formal seperti tempoh hari, tetapi tetap segak dan kemas di mata yang
memandang. Darin membuang pandang ke arah lain. Malas mahu melayan dan melihat
wajah Fakhri. Tadi, Ria dan Darin tiba dahulu, tetapi mereka tidak perlu
menunggu Fakhri lama. Lima minit saja mereka menanti, dan Fakhri muncul di
depan mereka dengan senyum yang begitu manis, dan mencairkan.
“Boleh I tahu, I rasa you
tak ada personal assistant, am I right? You personally talked to me
on the phone. Selalunya, orang macam you ada PA.” Nada Ria begitu
lunak dan mesra.
Selalunya begitulah Ria kalau nak
mengorek cerita. Darin sudah menahan rasa meluat di dalam hati. Sudahlah
terpaksa datang, kena pulak tengok drama macam ni. Menyampah betul!
“I memang tak ada PA. Di
London, I ada PA cuma untuk masa bekerja saja. Bila I datang
sini, I uruskan hal I sendiri. I lebih senang begitu.”
Dalam tidak mahu, terdengar juga butir
bicara mereka. Mana taknya, mereka di sebelahnya saja. Tanpa sedar, Darin
mencemik.
Entah-entah melambak assistant
dia, tapi saja je dia tak nak orang lain tahu. Mustahil orang kaya macam ni tak
ada pembantu langsung.
“So, what are you, Elegan?”
Soalan Fakhri membuatkan Ria tersenyum
sumbing.
“We have agreed on what we need to
agree, and I am just here to seal the deal. Is there anything else that you
might want to add?”
Bicara Ria yang itu membuatkan Darin
tertarik untuk memberi perhatian kepada mereka. Apa yang mereka cakapkan? Deal
apa?
Kala itu barulah dia sedar, Ria dan
Fakhri seperti sudah mengenali diri masing-masing begitu lama.
“Nothing for now. Now that we have
seen each other, I rasa kita tak perlu buang masa, kan? As I told you,
when I need her, you have to release her.”
Sekali lagi Darin bingung. Matanya
sekejap ke Fakhri, dan sekejap ke Ria. Mereka seolah-olah tidak mengendahkan
dia di situ. Her? Siapa yang dimaksudkan tu?
“As you wish. We will talk to each
other again.”
Ah, lantaklah. Malas aku nak peduli.
Darin sudah kebosanan. Tidak dia dengar ayat terakhir Ria. Apabila Ria berdiri
tiba-tiba, dia yang sedang menguap terus terkejut dan ikut berdiri dengan
tergesa-gesa.
Apabila Ria memandangnya tajam dengan
senyuman yang masih terukir, Darin terasa seperti sedang melakukan kesalahan
pula.
“Err, dah siap kan? Dah nak balik
kan?” Darin jadi serba salah tapi langsung tanpa rasa bersalah.
Fakhri masih lagi tersenyum ke
arahnya.
“Nampaknya, empunya badan belum tahu
apa-apa lagi,” ujar Fakhri pula.
Darin bingung tiba-tiba. Apa ni?
Takkan Ria jual aku kut kat lelaki kaya ni? Biar betul!
“Darin, I’m leaving you with him. I
hope you have a good talk with him. I’m counting on you.”
Senyuman yang diukir Ria tidak
menenangkan Darin langsung. Darin semakin keliru.
“Dia nak cakap dengan you.
Nanti dia hantar you balik.”
Belum sempat Darin membantah, Ria
memandang Fakhri dengan anggukan sekali sebelum berlalu tanpa sepatah kata
lagi. Darin mahu mengejar, tetapi apabila Ria menoleh dengan pandangan yang
cuma dia mengerti, niatnya terus dimatikan. Hampa. Kenapa mesti aku ditinggalkan
dengan mamat sombong berlagak ni?
Matanya masih tidak lepas dari
memerhatikan susuk Ria yang semakin menjauh dan sudah melepasi pintu lobi
hotel. Sampai hati Ria. Sampai hati!
Dihenyak kembali punggungnya ke sofa
empuk dengan renungan mata menandakan
rasa geram dan marah yang mula membuak-buak terhadap Fakhri.
“Apa yang awak cuba lakukan
sebenarnya?” Walaupun suaranya perlahan,
tetapi dia memang sedang marah. Semuanya kerana mahu menjaga jasa dan air muka
Ria dan Along.
Dan mungkin juga kerana Fakhri orang
kaya. Takut juga Darin jika Fakhri tiba-tiba melakukan sesuatu yang luar biasa
kalau dia dimalukan di khalayak ramai.
“Saya cakap saya nak jumpa awak hari
tu. Kenapa awak tak datang? Awak ingat saya ada banyak masa free ke?
Saya tunggu lama, sejam kat lobi tu tapi mana awak tak muncul-muncul?” Nada
Fakhri berubah serta-merta apabila kini tinggal dia dan Darin sahaja di ruang
itu. Tadi, bukan main manis bicaranya di depan Ria.
“Awak… awak berubah.” Tanpa sedar,
Darin mengulas perubahan itu.
Fakhri tergelak kecil, bunyinya sinis
dan tidak asing di telinga Darin.. “Kenapa saya perlu gunakan nada formal saya
depan awak? Awak tak ada nak bagi saya bisnes juta-juta, kan?”
Serta-merta darah menyerbu ke muka
Darin. Nampaknya, Fakhri masih lelaki yang di Genting tempoh hari, bukannya
Fakhri yang bercakap dengannya di depan semua rakan wartawan baru-baru ini.
“Jadi, hari tu bila awak senyum sambil
cakap awak nak jumpa saya, awak cuma berpura-pura senyum?”
Soalan itu terasa begitu perit di
tekak. Kenapa hatinya sakit? Jauh di sudut hatinya, dia berharap agar lelaki
itu benar-benar tersenyum dan jujur berbicara dengannya. Walaupun antara mereka
orang asing dan mempunyai kedudukan berbeza dalam masyarakat, Darin tetap
mengharapkan keikhlasan lelaki itu, sebagaimana ikhlasnya nenek melayannya.
Fakhri jongket bahu tanpa sebarang
perubahan pada riaknya yang sudah berubah sebaik saja Ria pergi. “Well,
kalau itu yang awak nampak, ya.”
Darin terkedu. Nampaknya, kehidupan
orang kaya bukanlah pilihannya. Menampal wajah plastik bukanlah kegemarannya.
Pada hematnya, lebih baik jujur daripada bermuka-muka.
Darin cuba untuk menenangkan diri yang
masih lagi dalam keadaan terkejut. “Kenapa awak nak jumpa saya?” Akhirnya,
terkeluar juga soalan itu.
Fakhri mendengus perlahan sebelum
memandang ke arah lain. “Nenek nak jumpa
awak.”
Darin terdiam. Nenek?
Sekali lagi, Fakhri melepaskan keluhan
panjang.
“Dia macam rindukan awak. Walaupun
saya memang dah tak ada keinginan nak jumpa awak dan saya rasa awak pun sama,
tapi saya terpaksa jugak cari awak sebab nenek.”
Darin masih tidak mampu membalas. Dia
cuma mampu merenung wajah Fakhri yang ternyata tidak begitu gembira dengan
pertemuan ini, sama seperti apa yang dia rasakan saat ini.
“Saya sayangkan nenek, dan saya tak
nak nenek susah hati. After all, dia segala-galanya untuk saya. So,
saya nak awak jumpa nenek.”
Kata-kata Fakhri yang seterusnya
membuatkan Darin sedikit tersentuh. Keras macam manapun, kasar bagaimanapun,
Fakhri tetap sayangkan nenek. Dan dia sayangkan Along. Dia tidak mahu Along
susah hati. Darin nampak, ada persamaan di situ antaranya dengan Fakhri.
“Saya tak ada urusan dengan awak lagi.
Saya harap, awak tolong jelaskan pada nenek, bahawa saya minta maaf. Awak kan
pandai berbohong? Cakaplah saya sibuk.”
Fakhri tergelak sinis mendengar
permintaan Darin.
“Sibuk? Banyak-banyak orang saya
bohong, ada sebab-sebabnya. Dalam dunia saya, kalau terlalu jujur, awak akan
dimakan orang lain. Awak pun nampak bos awak tu macam mana. Awak ingat kalau
bos awak tu emosional macam awak, dia boleh sampai ke tempat sekarang?”
Darin mengalih pandang ke arah lain.
Meluat pula rasanya memikirkan kepura-puraan Fakhri. Aku emosional atau tidak,
sekurang-kurangnya aku jujur. Bukan macam dia yang hipokrit!
“Lagipun, nak tak nak... awak kena
ikut saya.”
Darin menoleh dan mendapati Fakhri
sedang tersenyum bangga.
“Sebab I have a deal with Ria.
Nampaknya, awak tak tahu apa-apa fasal tu.”
Darin semakin hairan, dan tidak senang
duduk. Deal lagi. Apa benda yang diorang cakapkan ni?
“Awak tu dah kena jual. I agree to
give an exclusive interview for Elegan, only if you come with me. In other
words, this is your job. Ikut saya dan the interview will be yours.”
Menggigit geram Darin mendengar
kata-kata Fakhri. Gila betul perjanjian Ria dengan Fakhri ini. Ada ke patut aku
kena ikut ke mana aje dia pergi kalau nak dapatkan interview tu!
“Ria tak cakap apa-apa pun dengan
saya?” Darin masih mahu menidakkan apa yang baru didengarinya. Macam mustahil
pula Ria akan buat perjanjian sebegitu.
“Kalau begitu, telefon bos awak
sekarang. Elegan, syarikat retak yang menanti belah. Tercorot antara majalah
lain dan sales pun makin lama makin jatuh.” Dengan yakinnya, Fakhri
berkata.
Darin tergamam. Dia tahu Elegan
bermasalah tapi dia kurang pasti kalau Elegan benar-benar retak menanti belah.
Ura-ura kata nak bankrap selalu benar dia dengar tapi tidak juga bankrap sampai
sekarang.
Mata mereka berterusan bertentangan,
dan Darin benar-benar hilang kata. Sampainya hati Ria. Bukan setakat mengugut
aku dengan nama Along, tapi ‘jual’ aku pada Fakhri!
Perasaannya sudah bergolak bagai
dilanda tsunami dan ribut taufan Katrina.
“So, you choose. Kalau awak tak
mahu, Elegan habis. Musnah. Pilihan di tangan awak.”
Dia ugut aku? Darin tersentak habis.
Apalah malang bekerja di syarikat yang hampir bankrap macam Elegan tu? Tapi di
situ juga dia makan gaji dan meneruskan hidup.
“Elegan ada potensi tapi
sayang...bakal musnah. Pilihan awak apa, Darin?”
Wajah Darin sudah terasa panas.
Berlagak betul gaya Fakhri sekarang ini. Pandai betul Ria dan Fakhri
memanipulasi keadaan. Dan dia pula, naif!
Ish, jika diikutkan hati aku, mahu
saja aku patah-patahkan leher dia dan ganyang-ganyang mukanya tu. Macam handsome
sangat senyum macam tu kat aku. Geram betullah!
“Ria dah bagi kebenaran kepada saya
untuk ‘gunakan’ awak bila-bila masa, in exchange for that interview. So,
now, bergembiralah ya. Awak akan ikut saya untuk tempoh tujuh hari.”
“Ha!” Jatuh rahang Darin sekejap.
Tujuh hari? Dia nak aku ke hulu ke
hilir dengan dia untuk tujuh hari? Biar betul dia ni...
Fakhri menyisip kopinya, sebelum
menghubungi seseorang. Darin cuma mampu memandang dengan perasaan berbelah
bahagi dan terhenyak seluruh perasaannya.
“Helo! Perjanjian kita boleh
diteruskan. Darin akan bersama I selama tujuh hari.”
Ketika itu mata mereka bertentang, dan
sekali lagi Darin terbeliak. Tahu dah siapa yang di hujung talian tu. Tentu
Ria.
Gila ke apa dia ni? Dia ingat dia
Sultan Selangor ke, nak diikut selama tujuh hari ke hulu ke hilir tu? Setakat
wawancara macam tu je, jumpa sehari saja pun dah boleh tulis cerita untuk enam
muka surat. Cukuplah tu. Apa lagi dia nak?
“Yeah, Darin nampak teruja untuk
bersama I dengan lebih rapat lagi.”
Darin sudah tersandar lemah dan
menunduk. Rasa dia nak tengking-tengking Fakhri ini. Tapi apa yang dia boleh
buat kalau Fakhri ini orang kaya yang ada pengaruh. Nak cari lelaki kaya yang
baik, jujur, telus, egonya sederhana dan hormat orang lain bukannya senang.
Selalunya yang kaya ini egonya melangit tinggi jika disergah.
“Sehari tak cukup untuk dia kenal I
luar dan dalam.”
Mendongak terus Darin melihat Fakhri
yang mengenyit mata kepadanya. Ya Allah...Apalah dia nak nak lakukan ni...
“Tujuh hari, cukup bagi I.Don’t
worry. We have everything figured out. Yeah. She will feed you with the details
later. For now, I have to go somewhere with her.”
Apa? Nak bawak aku ke mana pulak
dah... Kau kena minta izin dengan aku, bukan Ria! Penumbuknya sudah digenggam.
Marah!
“Thanks. See you later. Pleasure
doing business with you.”
Apabila Fakhri mematikan talian, mahu
saja rasanya Darin menghempuk kepala Fakhri dengan beg tangannya. Dia terus
angkat punggung. Geli dia, macamlah Ria buat bisnes memperdagangkan orang saja.
“Saya nak balik!”
Darin terus membuka langkah, dan
tiba-tiba Fakhri sudah berada di depannya dengan riak wajah yang dilembutkan.
Nak merayu, macam tu la! Kalau tidak, mana dia nak peduli, kan?
“Darin, I am begging you. Bukan
saya yang nak semua ni, tapi nenek. Tolonglah, jumpa nenek sekejap je. Sekejap
je. Saya janji, tujuh hari tu saya takkan ganggu awak. Awak bebas buat kerja
awak. Please, untuk nenek.”
Berperang perasaannya, bergolak
jiwanya. Dia sudah faham sebenarnya cuma dia sakit hati cara Fakhri
‘mendapatkannya’. Biarkan orang lain salah faham seolah-olah berfikir Fakhri
mahukannya sebab lain yang menjijikkan, sedangkan sebab nenek saja!
Sekarang ini, antara marahkan Fakhri
dan simpati pada wanita yang begitu baik padanya. Darin betul-betul bingung.
Setelah 10 minit kemudian, dia
menyumpah seranah dirinya sendiri yang sudah duduk selesa dalam kereta mewah
milik Fakhri untuk bertemu nenek.
Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.
PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.
No comments:
Post a Comment