About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, January 23, 2016

Aku Bulan Dia Bintang 15




Tiba-tiba satu bunyi kedengaran. Cepat-cepat Iris membelek skrin.
“Eh, Ngah. Ada orang bagi WhatsApp kat kau la. Macam mana orang tahu kau dah ada WhatsApp?” Soal Iris hairan.
Darin celik mata. Dia lagilah hairan. Siapa pulak yang tahu fasal dia ada handphone baru, nombor baru... Amri? Rasanya, aku senyap-senyap je sorok kotak Samsung tu masuk dalam kotak Bata siang tadi. Mana ada orang nampak pun. Kalau satu pejabat tahu Ria bagi handphone ni kat aku, memang naya la.
Maklum, Ria bukan jenis yang pemurah. Dia kedekut ya amat. Kalau makan sama-sama pun, siap berkira, berapa yang patut dia bayar. Bukan nak belanja staf dia pun walaupun sekali dalam setahun!
“Ngah! Ni ke Tengku Fakhri tu?”
Soalan Iris membuatkan Darin hampir tersedak dengan air liurnya sendiri.
“Dia hantar WhatsApp la! Cuba kau baca!” Iris menyorong skrin telefon ke depan wajah Darin. Memang tidak salah lagi.

Dah ada WhatsApp? Bukan handphone awak handphone cabuk je ke?

Hellooooooo… ada orang tak? Ke hantu Darin yang guna handphone ni?

Darin mengetap bibir. Dua kali Fakhri hantar mesej. Iris terus membelek lagi, sebelum dia menjerit penuh teruja secara tiba-tiba.
“Angah! Ni ke orangnya?” Disorongkan skrin sekali lagi ke depan wajah Darin. Wajah Fakhri terpampang di situ. Mana pulak acu korek gambar mamat ni?
“Yup, dialah mamat kaya yang sengal tu.”
Iris mengekek lagi sendiri. Darin memeluk bantal dengan hati yang membengkak. Geram pula melihat Iris teruja begitu. Dikerling Iris yang sedang sibuk menaip di skrin itu.
“Kau buat apa tu?”
Iris tersengih.
ReplyWhatsApp dia.”
Bulat mata Darin mendengar jawapan Iris, tetapi sebelum sempat dia mengejar Iris dan mendapatkan kembali telefonnya, balasan Fakhri sudah masuk.
Mereka sama-sama merenung skrin telefon yang agak besar itu dengan mulut yang sedikit ternganga.

Hai Acu. Kakak awak tu tengah menggigil ke pegang hp sampai tak boleh reply sendiri?

Iris ketawa besar kemudiannya sementara Darin cepat merampas telefon itu. Terkial-kial jemarinya cuba menaip di atas skrin. Berjaya juga dia menaip dua baris ayat lantas membalas WhatsApp Fakhri.

Hei! Jangan biadab boleh tak? Saya retilah guna handphone ni!
----
Oh, ingat tak reti. Next week, Isnin, kita start. Sebab saya tak ada PA, awak jadi PA tak rasmi saya. Saya akan kenalkan awak sebagai PA saya, faham. Jangan banyak cakap, melainkan saya suruh cakap. Deal?
----
Suka hati saya la nak buat apa pun!
----
Ok. Suka hati awak. Saya cuma tak nak awak malu je. Orang yang saya akan jumpa tu semua ada bisnes juta2. I hope you know how to carry yourself around later.
----
Darin mengetap bibirnya lagi. Rasa macam mahu saja dihempuk telefon itu ke dinding. Melihat gaya Darin, Iris merampas kembali telefon itu dari kakaknya.



 Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.

PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete