About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, January 23, 2016

Aku Bulan Dia Bintang 14





So, dia ada cakap bila you mula ikut dia, Maksud I, mula kerja dengan dia?”

Darin angkat bahu, malas mahu menjawab. Lagi lambat Fakhri bertanyakan mengenainya, lagi bagus.

By the way, I dah bagi nombor you pada dia. Kalau dia call, be ready. Ingat, kalau you tak sure, tangkap je gambar. Pandai-pandailah I tulis cerita tu nanti.”

“Hurm...” Apa sajalah yang Ria mahukan daripada Fakhri ni… bebel Darin dalam hati.

“Err...you nak tulis sendiri?” Baru Darin perasan ada yang tidak kena.

Ria tersenyum sesaat.

Nope, I tak ada masa. Mungkin I akan serahkan pada yang lain, tapi lagi bagus you tulis sendiri. But if it’s too much to ask, I faham.”

Darin terdiam lagi. Bunyinya macam kasihankan dia, tapi sebenarnya lagi menyeksanya. Darin menjatuhkan bahunya. Bercakap dengan Ria memang confirm sakit hatinya akan bertambah-tambah. Mimpilah dia akan cancel semua ni...

I keluar dulu, Ria.”

Ria mengangguk tanpa memandang ke arah Darin.  Tetapi, hati Darin begitu dipagut untuk bertanya mengenai sesuatu. Dia berpusing kembali.

“Ria, I nak tanya sikit, boleh?”

Ria angkat kening sedikit. “What is it?

“Hurm...” Darin menggumam. Bimbang juga mahu bertanya, takut soalan tak kena pula.

“Kalau kita tak ada story Tengku Fakhri ni, kita memang akan gulung tikar, ke?”

Soalan Darin berjaya membuat Ria memandang tepat ke wajahnya. Tapi pandangan Ria tak dapat Darin tafsirkan. Seketika Ria tersenyum dan Darin kelegaan.

If you do a great job, we won’t.”

Bagaikan bom jatuh, Darin terkesima. Jadi, apa yang Fakhri cakap semuanya betul? Memang masa depan Elegan terletak di bahunya sekarang ini?

“Kalau kita dapat story ni, dan usaha sama berjaya, kita akan dapat tarik perhatian masyarakat. Risikonya, kalau kita gagal pergunakan Tengku Fakhri. Tapi, kita memang tiada cara lain lagi kecuali cerita tentang Tengku Fakhri. I harap usaha sama ini berjaya. Kalau berjaya, I nak terbitkan sepuluh muka surat cerita tentang Tengku Fakhri. Mungkin kita boleh extend ke bulan-bulan seterusnya. Who knows?

Ria menghampiri Darin dan kedua belah tangannya diletakkan ke atas bahu Darin. Terasa begitu berat sekali Darin rasakan.

Do well, and don’t worry, okay.

Don’t worry? Gila aku tak risau. Ria ni fikir apa entah! Apalah bala betul aku jadi macam ni? Aku rela duduk je kat rumah tak payah kerja daripada fikir fasal orang. Tak fasal-fasal kepala jadi pusing. Darin merengus perlahan.

Darin keluar dari bilik Ria dengan perasaan sebal. Fikirannya menerawang jauh memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang bakal menimpanya kelak.




 Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.



PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

No comments:

Post a Comment