Tanpa menunggu lama, sandalnya
ditanggalkan dan dia terus membuat terjunan cantik ke dalam kolam yang terus
berkocak ketenangannya. Sekejap saja, dia sudah sampai di hujung sana. Dalam
masa beberapa minit saja, dua pusingan lengkap sudah dibuatnya tanpa henti.
Sebelah tangannya dipaut pada dinding kolam.
Tiba-tiba, tangannya terdengar
deringan dari telefon bimbitnya. Tanpa berlengah, dia terus memanjat dinding
kolam lalu naik ke atas. Telefon yang berbunyi terus dicapai sebaik saja tangan
dan wajahnya dikeringkan.
“Yes, sir,” ujarnya sebaik saja
talian bersambung.
“Hmm, I believe everything is going
well over there?”
“Yes, as scheduled. We are still in
the middle of reviewing the audit report which just came out. Cendera akan
jadi milik kita.”
“You know what I want. Don’t
disappoint me.”
Baru saja Fakhri mahu membuka mulut,
membalas kata di hujung talian, talian sudah dimatikan.
Dengan keluhan pendek, dia merenung
skrin telefon yang memaparkan nama pemanggil. Tengku Adnan...
“Yes, sir. Yes, dad...” ujarnya
lemah seraya meletakkan kembali telefon ke atas meja. Fakhri terus berbaring di
kerusi malas di sebelahnya. Bathrobe dicapai lalu diletakkan melintang
di atas badannya, dan matanya mula merenung langit malam yang jelas kelihatan
dari tempatnya. Malam ini cerah, berbulan dan berbintang.
Fikirannya tiba-tiba melayang kepada
Darin.
“Darin, Darin. Let see berapa
lama kau boleh jadi hipokrit. Sanggup ke nak melayan aku dan nenek lama-lama?”
Terluah ayat itu dari bibirnya. Dia tahu Darin cuma sedang berkompromi. Bagus
juga. Sekurang-kurangnya, boleh diajar gadis itu mengenai hidupnya, yang tidak
semuanya indah.
“Kau anak yatim piatu. Tentu sedih.
Tapi, ada ibu dan ayah pun adakalanya tak bererti apa-apa. Apa yang kau tahu, tentang hidup ini, Darin?”
Tambahnya lagi, mengenangkan hidupnya sendiri.
Telefon bimbitnya dikerling.
“Tengoklah. Call cuma untuk
tanya fasal business. Ada dia nak tanya, aku sihat ke, nenek sihat ke,
apa ke… Tak ada Darin...”
Matanya kembali pada bulan yang
seperti mengerti perasaannya.
“Aku ni, memang tak patutlah dia
tanya. Tapi nenek…” Fakhri mengeluh panjang.
“Darin, Darin. Samalah kita…” Selepas
ini, gadis itu akan mengikutnya ke mana saja. Apa saja yang ada dalam hidupnya.
Pasti gadis itu akan terkejut, kerana hidupnya tidak seindah yang disangka.
Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.
PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.
As salam. Buku ni ada lagi x? Nak beli. Whatsapp saya boleh? 0189570185
ReplyDelete